NOVEL : GEMPAK GADIS PIZZA BAB 1
Written at Monday, October 8, 2012 [ 7 ] comments
BAB
1
“Selamat datang ke Pizza Star.”
Suara
Ika yang datang dari arah muka pintu restoran membuatkan aku memandangnya
sekilas.Kelihatan gadis itu membuka pintu dengan senyuman lebar hingga ke
telinga.Senyuman plastik yang sudah naik jemu dilemparkan kepada semua
pelanggan restoran itu setiap kali gadis genit itu menjadi ‘host’ atau
dengan kata nama lain,penyambut
tetamu.Dua pemuda yang berumur dalam lingkungan 30 an itu melihat Ika daripada
atas hingga ke bawah dengan senyuman gatal.
“Boleh
saya tahu,encik berdua hendak makan di sini atau ingin bungkus bawa pulang ke
rumah?” Suara Ika masih lembut bertanya.Dua pemuda tadi masih tersenyum miang.
“Kalau
abang nak bungkus cik adik yang comel ni untuk dibawa pulang ke rumah boleh
tak?”
Pertanyaan
biadap salah seorang daripada pemuda itu membuatkan telinga aku berdesing
seketika.Mujurlah aku berdiri tidak jauh daripada kawasan pintu hadapan Pizza
Star.Jika tidak mahu Ika terkulat kulat sendirian di situ.Segera saja kaki menapak
ke arah sahabat baikku itu.
“Maaflah
encik,restoran kami ni ada khidmat bungkus makanan je,bukan bungkus orang.Kalau
encik berkehendak begitu, pergi cari dekat
restoran lainlah.Itu pun saya tak jamin ada atau tidak.Kita berada di
Malaysia.Sebuah negara Islam yang tidak mengamalkan perniagaan menjual
manusia.”
Tercengang
seketika kedua pemuda itu apabila aku tiba-tiba saja menyampuk bicara
mereka.Beberapa ketika mereka berdua tersipu malu.Mungkin menyedari kebodohan
sendiri atas kepincangan menggunakan lidah yang dikurniakan.Ika pula hanya
tersengih-sengih.Terus saja dia membawa kedua pemuda itu ke meja kosong
berdekatan memandangkan mereka berdua tidak ingin membungkus makanan untuk di
bawa pulang.
“Cool
lah lu beb,ayat power habis!” Farah yang sedari tadi hanya memasang telinga di
kaunter cashier,segera saja menerpa dan memaut bahu aku.
“Biasa
jelah beb.” Aku menjawab malas sambil melemparkan senyuman senget.
Gadis
berselendang itu tersenyum lebar seperti kebiasaan.Aku pula sudah masak benar
dengan perangainya.Sama saja dengan Ika.Ceria memanjang.Entah petua apa yang
digunakan dua gadis ini sehingga setiap hari pun mereka bisa tersenyum ceria
menghadapi kerenah pelanggan yang pelbagai ragam.Jika diikutkan angin aku,mahu
gulung tikar restoran ini.Kami berdua memandang kawasan luar daripada pintu
lutsinar itu dan aku terdengar Farah mengeluh kecil.
“Kau
tak bosan ke beb kerja kat sini?” Pertanyaan Farah tidak sedikit pun
mengejutkan aku.Sudah sering kali pertanyaan begini ditanyakan oleh semua teman
rapat aku yang sama sama bekerja di bawah Pizza Star.Renungan mata Farah yang
mengenakan kanta lekap bewarna kelabu itu aku pandang dengan satu keluhan
panjang.
“Bosan.Tapi
kita tiada pilihan lain selain daripada bekerja di sini. Sekarang bukan senang
nak dapat kerja.”
Jawapan
sama aku berikan kepada Farah dan gadis yang tua dua tahun daripada aku itu
hanya mengangguk angguk kecil.Sudah setahun aku bekerja di Pizza Star Kota
Tinggi,Johor sebaik saja aku mendapat keputusan SPM.Keputusan peperiksaan aku
bukanlah teruk sangat tetapi aku tidak terpilih untuk memasuki IPTA.Mungkin
tiada rezeki.Niat di hati ingin menyambung pelajaran ke IPTS tetapi masalah
kewangan keluarga menjadi penghalang.
Demi
mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga,aku sanggup bekerja untuk
menampung perbelanjaan sendiri juga menyimpan duit untuk perbelanjaan pelajaran
kelak.Walaupun gaji di Pizza Star ini tidak mencecah nilai 1K,itu bukan alasan
untuk aku mementingkan diri sendiri dengan menyerahkan tugas mencari rezeki
kepada abah dan abang-abang aku.Aku sendiri perlu berusaha!.
Dalam
era millennium ini,seorang gadis yang hanya mempunyai sijil SPM dalam tangan
seperti aku,Ika dan Farah sememangnya tidak mempunyai peluang yang luas untuk
memilih pekerjaan yang bagus.Graduan yang mempunyai diploma dan ijazah juga
sudah ramai yang jadi penganggur.Inikan pula aku yang hanya mempunyai keputusan
SPM.Peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang berkualiti hanya tinggal mimpi
sajalah.Diterima bekerja sebagai salah seorang staf di Pizza Star ini pun sudah
memadai buatku.
Pizza
Star adalah sebuah francais yang terkemuka di Asia.Label francais ini sama saja
dengan Pizza Hut,KFC atau MacDonald.Ditubuhkan oleh seorang jutawan cina muslim
lebih kurang tiga puluh tahun lalu di Beijing,China.Pizza Star berkembang pesat
apabila cawangannya didirikan di setiap negara.Sambutan yang menggalakkan
daripada orang ramai menyebabkan cawangan Pizza Star bertambah setiap
tahun.Setelah tiga puluh tahun beroperasi kini Pizza Star memiliki lebih
daripada seratus cawangan di Asia Tenggara.
“Alangkah
baiknya jika kita dilahirkan seperti dia..” Suara lembut Farah menyebabkan
lamunan aku mati begitu sahaja.Aku memandang ke arah papan iklan bersaiz
gergasi yang tercacak megah berhadapan dengan restoran kami.Papan iklan yang
membuatkan mata aku dan Farah tidak berkelip kelip melihatnya.Tanpa bicara aku
tersenyum hingga ke telinga.Terpamer cantik di atas papan itu wajah seorang
pemuda yang amat tampan pada pandangan mataku.Pemuda itu memperagakan baju
sukan jenama ‘Ace’ yang mana merupakan jenama paling laris masa kini.
Pemuda
itu ialah Ace.Seorang penyanyi terkemuka dunia yang namanya melonjak naik dalam
sekelip mata tiga tahun lepas apabila dia menjuarai pertandingan nyanyian
terbesar di Amerika Syarikat,World Idol.Ace yang ketika itu baru berusia 16
tahun menjuarai pertandingan tersebut dengan suara merdunya yang tiada
tandingan.Dalam masa tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan,kariernya
tidak pernah sekalipun jatuh.Justeru kini Ace mampu memiliki syarikat
sendiri.Bahkan dia juga telah mengeluarkan beberapa produk dengan jenama
sendiri .Bukankah dia sangat bertuah?.
“Em...idola
aku.Bintang aku.Dia memang dilahirkan dengan tuah.Alangkah bertuahnya aku jika
dapat bertatapan mata dengan dia.” Senyuman Ace dalam papan iklan itu seolah-olah
menusuk jauh ke dalam kalbu.Bilalah agaknya aku boleh bertemu dengan idola
aku?.
“Tak
payah nak bertuah sangatlah Cik Yuri.Berangan je kerja kau orang berdua ni.”
Suara
Mak Ngah,Assistant Manager Pizza Star Kota Tinggi atau nama sebenarnya Noor
Afiza Mazlan mematikan perbualan aku dengan Farah.Gadis yang berusia 26 tahun
itu segera saja menyelit antara aku dan Farah yang sedang berdiri.Nasib baiklah
tubuh gadis itu macam papan saja.Jika tidak tiada maknanya aku hendak berdiri
bersama mereka berdua di muka pintu itu.Nampaknya,Mak Ngah turut sama
memerhatikan papan iklan Ace itu.
“Ya
Allah,kenapalah Ace ni hensem sangat ya? Walaupun Mak Ngah tengok papan iklan
tak bergerak tu setiap hari,tetap juga Mak Ngah nak puji wajah dia yang tampan
tu.Bilalah Mak Ngah dapat bertatapan dengan dia ya?”
Paku
dulang,paku serpih.Mengata orang dia yang lebih.Hampeh!.Mak Ngah pun dua kali
lima saja dengan aku.Dia kata aku berangan memikirkan Ace.Sekarang,dia pun
sama.Farah hanya mampu ketawa kecil melihat gelagat gadis itu dan aku hanya
menggeleng geleng kepala.Sudah masak benar dengan situasi sebegitu.
Mak
Ngah adalah nama gelaran manja untuk Asisstant Manager aku yang kurus kering
itu kerana dia adalah anak kedua dalam ahli keluarganya.Selain itu,gelaran
tersebut diberikan kerana mulutnya yang
suka membebel macam mak nenek.Justeru,keseluruhan staf Pizza Star Kota Tinggi
memanggil Fiza dengan panggilan Mak Ngah.
“Wow,cantiknya kereta!” Mata Mak Ngah membulat
sambil melihat sebuah kereta BMW 5 Series bewarna putih yang molek terparkir di
hadapan Pizza Star.Aku dan Farah turut sama memerhatikan kereta mewah itu tanpa
berkelip kelip.Aduhai,macam orang jakun saja gaya kami
bertiga.Ha,ha,ha.Bukanlah jakun sangat sebenarnya.Cuma untuk orang seperti kami
dapat memandu kereta seperti itu rasanya dalam mimpi sajalah.Aku?.Lesen pun
tiada.Bagaimana mahu memandu kereta?.
Selang
beberapa minit,keluar dua manusia daripada perut kereta mewah itu.Aku menelan
liur.Pada mulanya aku ingatkan orang yang memandu kereta itu berbangsa cina.Namun,setelah
melihat gadis yang keluar daripada kerusi penumpang mengenakan
pashmina,maknanya orang melayulah tu.Eh,memandai je aku ni!.
Kedua
manusia yang menarik perhatian kami bertiga itu berpakaian tebal seperti berada
di musim salji sahaja lagaknya.Walaupun aku tidak pernah ke luar negara,tetapi
gaya pemakaian mereka itu sepertilah gaya para pelakon drama korea yang
menjalankan penggambaran pada musim salji sahaja.Setahu aku,Malaysia tiada
musim salji.Paling sejuk pun dekat Cameron Highland atau Genting
Highland.Itupun suhu tidak mencapai 20 degree celcius hingga tahap manusia di
situ terpaksa memakai pakaian tebal
seperti orang Eskimo.
“Gila
ke apa,tengah hari buta pakai baju macam tu.” Nampaknya Farah sependapat dengan
aku.
“A,ah,sejak
bila pulak Malaysia ni ada musim sejuk.”
Mak
Ngah menyampuk.Kami bertiga terus memerhatikan pasangan itu sehinggalah mereka
menghampiri pintu Pizza Star.Ika yang entah bila muncul di belakang aku segera
saja membuka pintu restoran dan Farah turut sama membantu.Aku dan Mak Ngah pula
hanya mengiring ke bahagian tepi agar tidak menghalang dua manusia itu memasuki
restoran kami.Bau semerbak harum menusuk hidungku sebaik saja pemuda yang
mengenakan kaca mata hitam itu melintasi aku.Sedapnya bau!.Pasti minyak wangi
mahal ni!.Amboi,ke situ pulak kau Yuri!.
“Selamat
datang ke Pizza Star!” Aku dan Mak Ngah tiba-tiba saja serentak mengucapkan kata-kata
menyambut para pelanggan restoran kami sambil menundukkan kepala.Kemudian kami
berdua berpandangan sama sendiri dan tersengih tak tentu pasal.Bukan aku tidak
tahu,Mak Ngah akan teruja untuk menyambut tetamu atau mengambil order pelanggan
restoran kami yang kelihatan segak atau menarik perhatian walaupun itu bukan
tugas utamanya.Lebih kurang sama saja dengan aku.Gatal lebih.Ha,ha,ha.
Sengihan
aku mati begitu saja apabila bau haruman tadi tiba-tiba saja begitu dekat
dengan aku.Apabila aku mendongakkan kepala,terasa tegak keseluruhan bulu roma
di atas badan ini.Mata yang mengenakan kaca mata hitam itu kelihatan
memerhatikan aku daripada jarak lebih kurang beberapa inci sahaja.Entah sejak
bila dia berdiri begitu dekat dengan aku.Aku tidak perasan.Automatik saja aku
menapak beberapa langkah ke belakang menjauhinya.Walaupun mata pemuda itu
tertutup,tetapi aku dapat merasakan sepasang mata itu tajam merenungku.
“Saya
nak awak yang ambil pesanan makanan saya.” Ujar pemuda itu seraya mengajukan
jarinya ke arah aku.
Alahai,sedapnya
suara dia.Tapi,tunggu sekejap! Kenapa pula dia nak suruh aku yang ambil pesanan
makanan dia?! Tak betul ke apa lelaki ini?.Belum sempat aku memprotes,pemuda
itu sudah mengikut jejak langkah pasangannya yang tersengih sengih memandang
aku.Aku,Mak Ngah,Ika dan Farah tercengang seketika.
“Kau
kenal dia ke Yuri?” Farah bertanya dengan wajah teruja.
“Gila
kau.Ada pulak aku kenalan yang berpakaian Eskimo dan berkereta mewah.Aku tak
kenallah.” Jawapan aku jelas menambahkan persoalan di wajah para
sahabatku.Tanpa menunggu lama,aku terus saja mengambil buku menu daripada
tangan Ika dan mengejar langkah pasangan itu.Sepatutnya kerja menyambut tetamu
dan menyerahkan menu dilakukan oleh Ika.Namun,atas permintaan khas pemuda
tadi,aku terpaksalah mengikut saja.
Sakitnya
hati aku bila pasangan tadi kelihatannya berpusing pusing dalam restoran untuk
mencari meja yang sesuai untuk diduduki mereka.Macam hendak buat lawatan pula
gaya mereka berdua.Mujurlah memang salah satu daripada tugas aku untuk
mengeskot pelanggan ke meja yang disukai mereka sebelum mengambil pesanan.Jika
tidak,masakan aku sudi mengelilingi restoran itu hingga beberapa kali.
Akhirnya,selepas
penat tawaf dalam restoran itu,kedua pasangan tadi mengambil keputusan untuk
duduk di meja nombor 25.Sekali lagi aku diserang sakit hati.Punyalah banyak
meja bersih yang tiada pinggan mangkuk,kutleri atau sisa makanan yang belum
dikemas di atasnya,mengapa mereka berdua memilih untuk duduk di meja itu?.
“Maaf encik,cik,meja ni belum dikemas.Boleh
tak kalau encik dan cik duduk kat meja yang bersih?”
Aku
bertanya lembut sambil mengajukan ibu jari ke arah meja meja kosong yang tiada
pelanggan.Masih banyak meja yang bersih dan kosong.Hendak juga duduk di meja
yang kotor.Bodoh ke apa mereka berdua ini?
“Saya
nak duduk dekat meja ni,awak ada masalah ke?”
Pemuda
yang berkaca mata hitam itu bertanya sinis.Kelihatan hujung bibir merahnya yang
menyenget ke tepi.Daripada memek muka pemuda itu sepertinya aku telah melakukan
sesuatu yang menjengkelkan.Ringan saja tangan aku ingin menghadiahkan penampar
pada wajah itu.Nasib baik pelanggan!.
“Oh,takde masalah,cume encik kena tunggu
sebentarlah,saya nak panggil kawan saya untuk bersihkan meja ni.”
Aku
tertinjau tinjau mencari kelibat staf yang bertugas mengemas meja pada hari
tersebut.Selain aku,Kak Azimah juga bertugas sebagai servis hari itu.Bagaimana
aku hendak mengemas meja seraya hendak melayan kerenah pelanggan itu.Tidak
sanggup aku.Sudahlah pemuda itu berterusan merenung aku dari balik kaca mata
hitamnya.Sementara perempuan muda yaus tersengih sengih memerhatikan pemuda di
hadapannya.Aku pulak yang hangin satu badan melihat mereka berdua.
“Kenapa
malas sangat,tak perlu buang masa tunggu kawan.Awak takde tangan untuk kemas
sendiri meja ni ke? Awak staf servis juga kan?”
Menyirap
darah aku apabila diperli pemuda itu.Malas untuk bertengkar,aku mengemas meja
tersebut sepantas mungkin.Sepanjang aku mengemas aku perasan yang pemuda itu
tersenyum sinis memandangku.Grr...sakitnya hati!.Setelah selesai mengemas,cepat
saja aku meletakkan buku menu dan cuba berlalu.
“Awak nampak tak yang kami berdua? Kenapa bagi
menu sekeping saja? Macamana saya nak tengok?”
Langkahku
terhenti.Aku menyumpah dalam hati.Bagaimanalah boleh terlupa untuk membawa dua
buku menu tadinya.Dengan perasaan sebal aku kembali berpaling ke belakang dan
tersenyum ke arah pemuda itu.
“Maafkan
saya.Saya terlupa.Saya pergi ambil satu lagi buku menu sekarang.” Pantas saja
aku berlari ke kaunter juruwang dan mengambil sebuah buku menu yang tersusun
cantik di situ.Kemudian aku kembali berlari ke meja nombor 25.
Jantung
aku berhenti berfungsi dan aku terkesima seketika apabila bertatap mata dengan
pemuda yang sudah menanggalkan kaca matanya itu.Dia juga tidak berkelip kelip
memandang aku.Ya Allah,kacaknya dia!.Bagaimanalah aku boleh tidak perasan
ketampanan wajah pemuda itu sedari tadi.
“Saya
tahulah saya hensem.Tak perlulah nak tenung saya macam tu sekali.Bak sini menu
tu.”
Dia
menarik buku menu daripada tanganku yang sedang berdiri tegak.Sebaik saja aku
perasan senyuman sinisnya terus saja aku beristighfar perlahan.Wajahku terasa
membahang.Alahai,kenapalah mata ini gatal sangat untuk merenungnya.Tidak tentu
pasal kau dah kena perli Yuri!.
“Saya
nak Seafood Lasagna satu dengan orange juice.” Gadis cantik yang berusia dalam
lingkunagn 20 an pada pandangan mataku itu mula memesan makanan.Aku mencatat
pesanannya ke atas sekeping kertas.Aku memandang pula wajah pemuda tampan
tadi.Tiada tanda tanda yang dia sudah bersedia untuk memesan makanan.Sengaja
menyeksa aku berdiri lama di sisi meja itu.
“Vin,cepatlah
oder makanan.I dah laparlah..” Gadis itu merengek rengek kecil seraya memegang tangan
pemuda tampan itu.Mungkin teman wanita dia.Nama pemuda itu Vin? Pelik saja bunyinya.
“Saya
nak hati awak.”
“Ha?!”
Hampir saja terlepas pen dan kertas yang aku pegang.Aku salah dengar ke?.
“Saya
nak Pizza Hawaiian Chicken personal size dengan Iced Coffee.” Ujar pemuda itu.Aku
terpinga pinga seketika sebelum menulis pesanannya.Sah,aku salah dengar!.
“Baiklah,hidangan
akan siap dalam masa 20 minit.” Aku mahu cepat beredar daripada meja itu namun baru
selangkah aku menapak sekali lagi pemuda itu memanggilku.
“Awak...”
Sebaik
saja aku berpaling ke belakang,pemandanganku tiba-tiba saja gelap.Pantas saja aku
menarik sesuatu yang menyelubungi wajahku.Sesuatu yang harum dan baunya seperti
bauan yang aku hidu tadinya.Sekali lagi mata aku terbeliak apabila tanganku memegang
sehelai jaket hitam tebal yang berbulu lembut.Jaket siapa lagi jika bukan jaket
pemuda itu.
“Tolong
sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya.Saya takut jaket saya kotorlah.”
Pinta pemuda itu.
“Maaflah
encik,Pizza Star bukan restoran berstandart lima bintang sampai ada tempat penyangkut
jaket bagai.Sangkut saja di kerusi.Encik bukannya budak lima tahun sampai makan
pun berselerak sana sini.”
Selesai
aku bersuara,segera saja aku mengambil jaket pemuda itu dan disangkutkan di atas
kerusi kosong yang berada bersebelahannya.Belum sempat dia membuka mulut lagi,aku
segera cabut lari.Dari kejauhan aku dapat mendengar gelak besar teman wanita pemuda
itu.Mungkin mengetawakan teman lelakinya kerana telah disembur oleh aku.Rasakan!.
P/S:RENOVATION DRP NOVEL CINTA SI GADIS PIZZA.ADA SCENE YG SAMA DAN ADA YANG LAIN.
ENJOY YOUR READING.
Kalau rajin komenlah ye.








