BAB
5
“Apa
semua ni? Kau ni siapa sebenarnya? Tolonglah lepaskan aku….” Esakan Sky
menyebabkan Cyril melepaskan pegangan tangannya. Saat itu Sky berada kembali di
bilik Cyril. Entah mengapa tangisan Sky menyebabkan hati Cyril sedih. Dia sudah
lama tidak berasa seperti itu. Sky yang ketakutan berpeluk lutut di sisi katil
dengan badan yang menggigil. Cyril mengeluh kecil.
“Maafkan
aku.” Itu reflex yang terungkap dari bibirnya sebelum dia mengusap lembut
kepala gadis itu. Cuba menenangkan.
“Aku
tak perlu nak cakap apa-apa kalau kau tak percaya cerita aku. Kau tenangkan
diri dan buka minda kau, baru aku boleh jawab semua soalan kau.” Cyril cuba
berlalu pergi namun langkahnya terhenti apabila tangan kirinya dipegang oleh
Sky.
“Jangan
tinggalkan aku sendirian. Aku takut.” Jawapan Sky menyebabkan Cyril tersenyum
kecil. Dia duduk di birai katil berhadapan dengan gadis itu.
“Aku
ada dekat sini. Aku tak pergi mana-mana. Kau tak perlu takut. Aku takkan usik
kau lagi.” Dan Cyril setia dia situ tanpa sebarang bicara. Menyesal kerana
menakutkan Sky pada mulanya.
“Adakah
aku dah mati?” Setelah hampir satu jam mendiamkan diri, baru Sky berani membuka
mulut.
“Aku
kurang pasti pasal kau. Tapi kami semua pasti dah mati.” Cyril tersenyum hambar
di hujung ayatnya. Tidak menyangka itu soalan pertama yang ditanya Sky.
“Di
sini tiada manusia yang berumur kurang daripada 100 tahun. Jadi mustahil
manusia boleh hidup selama seratus tahun. Kami semua adalah syaitan daripada
manusia yang dah mati.” Jawapan Cyril menyebabkan mata Sky membulat.
“Kali
lepas kau cakap dengan aku umur kau baru 50 tahun?” Sky ingat akan cerita Cyril
sewaktu pertama kali dia memasuki bilik pemuda itu.
“Aku
tipu. Kalau aku cakap umur sebenar aku, kau tak kan percaya. Aku cakap dah 50
tahun aku dekat sini pun kau tak percaya.” Sinis bicara Cyril.
“Tolong
jangan tipu aku. Mulai saat ini, apa pun yang kau cakap, aku akan percaya.
Tolonglah beritahu aku hal yang sebenar.” Sky meminta lemah. Dia tiada pilihan
lain. Dia terpaksa mempercayai Cyril yang telah menyelamatkan nyawanya. Cyril
sedikit terpukul dengan kata-kata gadis itu. Mengapa Sky membuat keputusan
untuk mempercayai makhluk sepertinya?
“Baiklah,
aku sumpah takkan tipu kau. Kau boleh tanya aku apa saja soalan. Aku akan
jawab.” Itu janji Cyril.
“Umur
sebenar kau berapa?”
“Lebih
daripada 300 tahun. Aku dah tak larat nak kira.” Melopong. Itu saja yang Sky mampu lakukan.
“Kau
kata selalu ada manusia baru yang terdampar di pulau ini. Jadi mesti ada yang
muda?” Sky cuba berfikir waras.
“Paling
muda 100 tahun lebih. Yang lain tidak sempat bertahan lama. Mereka mati.”
“Mengapa
mati? Bukan ke manusia di sini hidup kekal abadi?” Dia baru mematahkan leher Cyril, dan kini pemuda itu elok duduk bercerita di hadapannya.
“Manusia
yang baru terdampar di sini. Ambil masa yang sangat lama untuk percaya cakap
kami. Jadi bila mereka tidak berjaya melakukan tugas kad syaitan, mereka
disumpah menjadi makhluk ganas yang mendiami hutan selamanya. Tiada apa yang
dapat mengembalikan wujud asal mereka.” Penjelasan Cyril buat Sky terdiam lama.
Terkenang kembali makhluk-makhluk ganas yang ditemuinya.
“Aku
akan ringkaskan untuk bagi kau senang faham.” Cyril menyambung cerita.
“Aku
terdampar di pulau ni, masuk sekolah, bila malam aku jadi Pontianak, siang jadi
manusia. Bila ada kad syaitan jatuh, aku laksanakan tugasnya. Aku berjaya, aku
dapat kawal wujud Pontianak aku. Jika aku gagal, gagal dan gagal. Tiba
waktunya, aku akan terkena sumpahan kad itu dan menjadi makhluk buas yang tidak
mempunyai sebarang perasaan atau perikemanusian dan disingkir daripada sekolah
ini. Duduk dalam hutan dan akan membunuh apa saja yang kelihatan seperti wujud
manusia.” Penerangan Cyril menerangkan kabus dalam fikiran Sky.
“Tapi
mengapa serigala dalam sekolah ini ingin membunuh aku? Bukan ke mereka masih
manusia?” Tanya Sky perlahan. Teringat akan gerombolan serigala yang ingin
membahamnya tadi.
“Di
sekolah ini semua makhluk kekal abadi. Tapi kesakitan tu tetap dirasai. Jika
mereka makan kau, kau akan rasa kesakitan daging kau dilapah dan digigit rakus.
Tapi bila siang, tubuh kau akan kembali pulih.”
“Jadi,
semua dekat sini memang tak boleh mati walaupun dibunuh?” Ada nada kagum dalam
ketakutan Sky.
“Boleh
dibunuh dan mati. Tapi kena melepasi sempadan sekolah. Diluar sekolah ini,
siapa yang kena bunuh, akan mati betul-betul.” Bicara Cyril membuatkan Sky
menelan liur.
“Semua
makhluk yang kau tengok dalam sekolah ni tadi adalah manusia yang telah
bertukar rupa. Ada yang boleh kawal perubahan mereka dan ada yang masih belum
berjaya. Tapi mereka semua masih ada perasaan seperti manusia.”
“Kau
perasan kan, semua pelajar sekolah ini pagi tadi ada yang pakai badge merah,
hitam, hijau, biru dan kuning pada hujung baju mereka. Itu sebagai tanda…”
“Tanda
apa?” Sky bertanya laju ingin tahu.
“Tanda
spesies apa mereka itu.”
“Spesies?”
Sky kurang faham.
“Maksud
aku malam itu mereka akan bertukar jadi apa.” Wajah ingin tahu Sky menyebabkan
Cyril bersemangat memberi penerangan.
“Jadi
apa?”
“Merah
macam aku, pasti kau boleh agak kan. Aku Pontianak. Hitam…”
“Kau
hisap darah orang ke?” Sky memotong ayat Cyril.
“Dekat
sini tak ada manusia normal pun yang aku boleh hisap darah.”
“Habis
tu kau tak mati tanpa hisap darah?”
“Pontianak
di sini bukan sama dengan cerita Pontianak di dunia kau. Kami gunakan gigi ni
untuk membunuh.” Cyril mengetuk gigi taring putih bersihnya.
“Jadi
tak matilah tak hisap darah?”
“Taklah!”
Pertanyaan Sky yang berulang kali menjengkelkan Cyril. Dia tahu yang Sky takut
dia akan menghisap darah gadis itu.
“Tapi…”
Sky masih sangsi. Takkan Pontianak tidak hisap darah manusia?”
“Siang
kan aku jadi manusia. Jadi aku makan makanan manusia lah. Kenapa pulak aku nak
hisap darah manusia. Darah manusia bukan bersih pun. Dan aku tak berminat pun
untuk hisap darah kau.” Penyataan Cyril membuatkan Sky menghembus nafas lega.
“Sambung
balik cerita tadi, hitam apa?” Cyril hampir melopong melihat Sky. Cepat betul
gadis itu menenangkan diri dari dunia yang haru biru itu.
“Hitam
untuk serigala jadian. Hijau untuk peri hutan.”
“Peri
hutan?”
“Ya.
Macam Doris. Kau ada nampak kan?”
“Ada.”
Wajah Doris dengan tubuh kayunya terbayang di fikiran Sky.
“Kuning
untuk familiar macam Carl. Familiar dia boleh bertukar bentuk jadi haiwan apa
pun yang mereka suka.”
“Ohhh…”
Satu persatu gambaran binatang terpamer di ruang fikiran Sky.
“Dan
akhir sekali biru. Ahli sihir. Mereka golongan yang paling sikit dalam sekolah
ini.”
“Kenapa?”
“Sebab
mereka suka sumpah orang, sumpah yang menyakitkan tentunya dan sumpahan mereka sangat kuat. Jadi bila malam menjelma, kami bersepakat tangkap
mereka dan bunuh mereka di luar sekolah.” Selamba Cyril bercerita. Tidak terhitung jumlah ahli sihir yang dibunuh olehnya. Dan dia berharap Sky bukan salah satu dari mereka.
“Kalau
ada manusia baru yang terdampar di pulau ini. Berapa lama masa yang mereka
ambil untuk bertukar rupa?”
“Satu
malam aje.”
“Habis
tu aku ni jadi apa?” Persoalan itu akhirnya terungkap di bibir Sky.
“Aku
tak tahu…” Persoalan yang sama bermain di fikiran Cyril.
“Aku
tak nak jadi serigala jadian atau Doris…atau perempuan hodoh tu. Aku pun tak
nak jadi haiwan!!! Boleh tak…”
“Kau
jangan nak suruh aku gigit kau pulak. Jadi Pontianak atau tidak bukan aku yang
tentukan.” Cyril seolah-olah dapat membaca fikiran gadis di hadapannya.
“Habis
tu siapa yang tentukan?”
“Tak
ada siapa yang tahu. Kau akan jadi apa yang kau patut jadi dan tak ada apa yang
boleh ubah.” Jawapan Cyril mematahkan semangat Sky.
“Macam
mana aku nak tahu aku akan jadi makhluk apa?”
“Setakat
semua eksperimen yang aku dah jalankan pada kau. Aku tak tahu kau makhluk apa.”
“Eksperimen?”
“Yup.
Kau perasan tak bilik yang aku kurung kau ada jendela yang boleh nampak bulan
penuh?” Tanya Cyril dan Sky mengangguk.
“Kalau
kau serigala jadian, kau dah bertukar jadi seriga bila tengok bulan.”
“Maknanya
aku bukan serigala jadian?!” Sky seperti ingin bersorak saat itu. Dia tidak
rela sama kumpulan dengan makhluk yang ingin memakannya.
“Kalau
kau Familiar, kau sepatutnya berubah menjadi binatang saat Carl tikam kau
dengan pedang kali lepas.”
“Kenapa
pulak?”
“Itu
pedang Familiar. Jika ditikam pada Familiar, kau akan bertukar jadi
Familiarlah.”
“Ohh…”
Dua kemungkinan yang mengerikan telah hilang daripada otak Sky.
“Dan
kalau kau peri hutan, kau sepatutnya boleh keluar daripada sangkar yang aku
kurung kau dengan mudah.”
“Kenapa
pulak?”
“Sebab
peri hutan sangat bijak. Dan mereka tak perlu untuk patahkan leher aku untuk
keluar daripada sangkar.” Sinis biacara Cyril. Sky buat muka selamba.
“Dan
kau bukan Pontianak sebab kau tak bereaksi bila tengok aku.”
“Ha?”
Sky kurang faham.
“Kalau
kau Pontianak bila kau tengok aku, kau akan rasa nak gigit leher aku.”
“Kenapa
pulak aku perlu nak gigit kau?”
“Sebab
aku adalah Pontianak yang paling tampan. Tiada satu Pontianak pun yang dapat
menolak kecantikan aku ini.” Ujar Cyril dengan nada bangga.
“Apa
kait mengait kau tampan dengan aku nak gigit kau?” Cyril menepuk dahi. Bicara Sky memang bikin dia geram!
“Pendek
katanya, kalau kau Pontianak, bila malam menjelma, kau teringin nak hisap darah
makhluk yang cantik. Sekarang ini, kau bukan nak hisap darah aku, tapi kau
patahkan leher aku! Maknanya kau bukan Pontianak! ” Cyril terjerit kecil. Masih
bersisa kesakitan di tengkuknya.
“Tadi
kau kata Pontianak tak hisap darah manusia?” Wajah Sky kembali diselubungi
ketakutan.
“Ia
hanya untuk malam pertama perubahan. Lepas kau dah ada taring dan kuku tajam,
kau tak kan rasa pun nak hisap darah manusia. Membunuh lagi seronok
sebenarnya...”
“Apa?”
“Hahaha,
aku gurau aje.”
“Jadi,
aku ini ahli sihir yang hodoh?” Itu adalah pilihan terakhir yang tinggal.
“Mungkin.”
“Jadi
macam mana aku nak tahu aku ahli sihir atau tak?”
“Selalunya,
pada malam pertama, kau akan berubah tanpa apa-apa dorongan. Tapi… mengenangkan
malam ini adalah malam kedua kau di Pulau Syaitan dan kau tak bertukar jadi apa pun....aku pun tak tahu. Kita tunggu sampai malam esoklah.”
“Aku
pasti akan berubah jadi hodoh kan?” Nada Sky seperti ingin menangis.
“Kau
akan jadi hodoh kalau kau tak tidur. Tidurlah. Esok pagi aku gerak.”
Cyril
menarik tangan Sky yang berada di kakinya dan mengarahkan gadis itu berbaring
di atas katil. Dia menyelimutkan Sky dan berlalu keluar dari bilik itu. Pertama
kali dia rajin menjawab panjang lebar semua persoalan dari warga baru Pulau
Syaitan!
P/S: SORRY TAK DAPAT MENEPATI JANJI UNTUK UPDATE ENTRY SELALU, SANGAT BUSY.... BUT I'LL TRY...
PLEASE LIKE AND SHARE. THANKS.