CERPEN: AMANDA LOVE STORY...
Hari ini ialah hari pertama aku menghadiri interview terbuka untuk mengisi jawatan kekosongan di syarikat ayah aku sendiri!!!Nah..ni semua papa punya pasal,,suka sangat kalau aku kena buli,...
......................................................
2 MINGGU LEPAS..
“Apa nak jadi dengan kamu ni Amanda..dapat jer result SPM ,bukan nak sambung belajar ke,kerja ker..asyik kerja berlingkar je dalam rumah ni.”
Tan Sri Azman membebel keatas puteri tunggalnya yang khusyuk membaca majalah di ruang tamu villa mereka.
“Amanda nak jadi modelling,peragawati,papa tak bagi,malaslah nak kerja.”selamba saja Amanda menjawab.
“Huhh..susahnya kalau dapat anak macam ni..,papa tak sukalah kamu kerja yang mendedeh dedah badan macam tu,tak elok orang tengok.”
Tan Sri Azman mengeluh kecil sebelum duduk di sisi anaknya.Amanda memang cantik,wajah Amanda persis wajah isterinya yang berasal dari Australia.Banyak tawaran yang diterima oleh Amanda untuk menjadi modelling namun Tan Sri Azman tidak membenarkan.Akibatnya,2 tahun berlalu dari tarikh gadis itu tamat persekolahan menengah,Amanda hanya bersuka ria di rumah tanpa melakukan apa apa pekerjaan.Puan Sri Maria pula terlalu sibuk menguruskan butik,hingga tiada masa menegur sikap Amanda itu.
“Habis papa nak suruh Manda buat apa,kerja kat syarikat papa??”Amanda menutup majalah,Mula berbicara serius dengan papanya.
“Yes,Why not,kamu satu satunya puteri papa Amanda,pada siapa lagi papa nak wariskan empayar papa kalau bukan pada kamu???”
Tan Sri Azman amat berharap yang puterinya itu akan faham.
“Tapi..”
“Cuba kamu tengok anak Tan Sri Iskandar tu,Daniel dengan Bella,Bella tu satu sekolah dengan kamu,sama umur lagi..habis jer sekolah terus sambung belajar kat JULLIARD ACADEMY,dalam 2 tahun jer.. belum tamat belajar lagi dia dah menempa nama kat HOLLYWOOD,kamu tengoklah majalah majalah tu,semua cover muka dia.”
Amanda merengus geram..Bella musuhnya,Bella yang selalu buat dia rasa cemburu dan Bella yang selalu mendapatkan apa jua yang dikehendaki.Dan..memang betul tuah sentiasa mengiringi gadis itu,walau dimana jua Bella berada..dia tetap menjadi ikon.Samalah seperti di SEKOLAH PERSENDIRIAN MERIEN OMEGA dahulu.
“Papa boleh tak jangan bandingkan dia dengan Amanda,Amanda tak sukalah!”
Setiap kali nama Bella meniti di bibir seseorang,dia merasa maruahnya tercabar.Walhal,dia sendiri tahu yang dia memang tidak dapat menandingi gadis itu.Cover majalah yang terletak diatas meja ditenungnya bengang,memang Bella selalu bernasib baik,kat MALAYSIA ramai orang suka,sampai kat eropah pon tetap jadi ikon.
“Kenapa tak?Tan Sri Iskandar tu beruntung dapat anak macam Bella dengan Daniel,boleh harumkan nama keluarga,bukan macam kamu,makan dan tidur jer yang kamu tahu!”bebel Tan Sri Azman.
Tan Sri Azman dan Tan Sri Iskandar ialah rakan kongsi juga sahabat baik yang selalu menceritakan perihal anak masing masing.Kini Empayar Mapple milik Tan Sri Iskandar diterajui anak sulungnya Adam Daniel dan Bella pula menjadi duta kepada empayar mereka.Siapa sangka gadis ganas dan suka melawan macam Bella boleh menjadi ikon dunia sekarang ini??
“Ok fine,Amanda akan buat apa saja yang papa suruh,tapi lepas ni Amanda taknak dengar sesekali pun papa bandingkan Amanda dengan Bella,Amanda benci!”Amanda meninggikan suara.
“Papa cabar kamu Amanda,kalau kamu mampu bertahan kerja kat syarikat papa selama 6 bulan,papa takkan sesekali bandingkan kamu dengan sesiapa pun,bahkan papa amat berbangga dan kamu boleh minta apa apa jer dari papa kalau kamu berjaya.”Tan Sri Azman mencabar anak gadisnya itu.
“Itu kerja mudah,papa jangan menyesal..”Amanda tersenyum sinis..
......................................................................................................
Dan..disebabkan perjanjian itulah Amanda kini berada di ruang menunggu MAZOR CORP.,Syarikat yang dibina atas usahasama papanya dan papa Bella untuk diinterview atas jawatan penolong pengurus.Lebih kurang setiausahalah..Masakan papanya akan memberikan jawatan C.E.O seperti yang dijangkanya walaupun Amanda ialah anak pengarah syarikat tersebut.Kata Tan Sri Azman..Amanda kena bekerja dari peringkat bawahan sebelum jadi C.E.O.
“Amanda Farisha Azman,sila masuk ke bilik interview sekarang.”
Seorang gadis comel yang bertudung litup memanggil nama nama calon yang hadir untuk temuduga hari itu.Lebih kurang 30 orang mencuba nasib untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat tersebut.Walaupun berada di syarikat ayahnya sendiri,rasa gugup masih menular dalam diri Amanda.Masakan tidak..inilah kali pertama menghadiri temuduga...
Masuk saja di dalam bilik yang berukuran lebih kurang 20 kaki persegi,3 pasang mata memerhatinya dari 3 buah meja yang dipasang sebaris didalam bilik itu.Sebuah kerusi diletakkan tidak jauh dari 3 manusia yang pastinya bertugas sebagai penemuduga itu.Amanda yang tidak mengendahkan pandangan orang lantas saja ke kerusi tersebut dan melabuhkan punggungnya.
“Mana adab awak???Masuk tak bagi salam,duduk tak minta kebenaran??”
Pedas lagi berbisa ayat yang keluar dari mulut pemuda yang berada di kerusi penemuduga bahagian kanan.Amanda hanya mencebik namun matanya tiba tiba terpaku menatap wajah kacak yang kini bertentang mata dengannya..sungguh jantungnya berdebar debar.Wajah lelaki itu amat kacak..putih tanpa cela juga berbadan tegap.Pandangan ini agak sama disaat matanya menatap wajah Azusa buat kali pertama.Tapi..kini Azusa ialah milik Bella!!!
“Orang bertanya ,dia termenung plak..”Amanda tersipu sipu malu apabila wanita yang berusia 30 an yang berada di centre meja menegurnya.
“Er..maaf,ini kali pertama saya hadiri interview,tak tahu plak yang masuk kena bagi salam dan duduk pun kena minta kebenaran..”
Amanda menjawab jujur namun wanita dan lelaki yang berada di bahagian kiri menggelakkannya,hanya pemuda tampan yang menarik perhatiaanya berwajah serius.
“Itu membuktikanlah yang awak kurang adab.”
Sekali lagi telinga Amanda disapa dengan ayat power pemuda itu.Ni,,tak boleh jadi..!Dia sekarang bukan berada di sekolah MERIEN OMEGA dimana dia akan selalu kalah pada ayat ayat Bella.Tapi sekarang dia berada di syarikat papanya,dan dia harus buktikan yang dia layak berada disitu.
“Daripada encik membebel tentang adab saya,lebih baik encik teruskan dengan sesi temuduga ni,ramai lagi calon yang menunggu diluar sementara nak tunggu encik habiskan temuduga saya.”Amanda membalas.
Ternyata ketiga tiga penemuduga tercenggang seketika.
‘Nah..ambik kau!nak sangat aku buat ayat power macam Bella kan..padan muka!!’Amanda berkata dalam hati.
“Baiklah kalau macam tu Cik Amanda,boleh awak jelaskan pada kami apa kelulusan awak atau pengalaman bekerja??”
Lelaki yang lebih kurang sama umur dengan wanita yang menegurnya tadi kini bersuara.Lelaki itu duduk disisi kiri.Ternyata pemuda tampan yang membuatkan jantung Amanda berdegup laju hanya memandangnya dengan pandangan tidak berpuas hati.
“Saya hanya pelajar lepasan SPM dan tiada apa apa pengalaman pun dalam kerja.”
Sekali lagi bilik itu dipenuhi dengan tawa penemuduga atas jawapan Amanda.
“Saya rasa temuduga kita tamat sekarang,cik Amanda awak boleh keluar,Kak Nana panggilkan calon seterusnya.”
Nazriel mengarah wanita disebelahnya yang rancak ketawa. Nana dan Aizul terdiam mendengar arahan pengurus mereka.Amanda benggang,tidak menyangka pemuda tampan itu memandangnya sebelah mata.
“Awak jangan ingat sebab saya cuma ada kelulusan SPM dan takda pengalaman kerja ,saya tak boleh jadi pembantu pengurus syarikat ni,saya PASTI, akan dapat kerja ni!.”
Amanda bangun dari duduknya dan terus berlalu keluar.Apalah papanya memberikan pekerjaan kepada lelaki bongkak yang tidak diketahui namanya itu.
“Giller apa,PASTI konon..,tak ingin aku ada secretary bongkak macam perempuan tu.”
Nazriel merengus tak puas hati.Masakan dia sanggup mengambil secretary yang tidak beradab macam Amanda.Harap muka jer cantik!!.Terasa membuang masa saja menginterview gadis itu.
“Ingin ker tak ingin Nazriel oi,Tan Sri Azman,pengarah kita, dah arahkan by hook or by crook calon yang bernama Amanda Farisya wajib dapat jawatan ni,”
Farhanah merangkap Ketua Bahagian Pemasaran bersuara.Wanita yang berusia 34 tahun itu sudah menganggap Nazriel sebagai adiknya sendiri.
“Oklah tu Riel,aku tengok budak tu macam modelling siot,cantik dan mengancam.Untung tu kau dapat secretary macam tu”Aizul menggelakkan pengurusnya yang berusia muda 10 tahun darinya.
“Untung pebendanya,harap muka jer cantik ,tapi perangai hampehh.Nak buat apa..”
Nazriel benggang,tidak menyangka pula yang Amanda bakal jadi setiausahanya.Patutlah gadis itu yakin sangat akan dapat pekerjaan tersebut.Rupa rupanya ada jaminan daripada pengarah MAZOR CORP.Apa pula hubungan gadis itu dengan Tan Sri Azman.??
...............................................................................................................
SEMINGGU BERLALU..
Atas peluang yang diberikan papanya,akhirnya Amanda dapat menyandang jawatan setiausaha pengurus MAZOR CORP dengan mudah.Hari itu merupakan hari pertama Amanda memulakan tugasnya.
Setelah diperkenalkan dengan semua staf MAZOR CORP juga mendapat taklimat serba sedikit tentang tugas yang dilakukan staf staf MAZOR CORP oleh Kak Nana atau nama sebenarnya Farhanah.Tibalah gilirannya untuk bertemu dengan pengurus MAZOR CORP merangkap orang kepercayaan papanya dalam menguruskan hal syarikat.Amanda menuju ke sebuah bilik yang ditunjukkan Kak Nana dan Amanda bersendirian ke bilik itu,Ingin juga melihat gerangan pengurus MAZOR CORP.Tua ke muda???.
“Assalamualaikum,boleh saya masuk..?”
Amanda dengan penuh sopan meberi salam sebelum menguak pintu tersebut setelah mendapat arahan masuk dari dalam.Mata Amanda terbuntang melihat gerangan pemuda yang duduk bertinggung di meja pengurus.
“Waalaikumussalam,bagus..nampaknya ada pengajaran atas teguran saya hari tu.”selamba badak saja Nazriel berkata.
Amanda seperti terkena kejutan eletrik.Apehal plak dia bertemu dengan pemuda bongkak itu lagi.
“Awak ni siapa.awak buat apa kata sini??”pantas saja Amanda bertanya.
“Selamat datang ke MAZOR CORP ,Cik Amanda Farisha,saya Nazriel Hakimi,pengurus syarikat ni.”Nazriel mengelilingi meja kerjanya sebelum duduk di kerusi.
“What the...so,maksudnya saya kena jadi secretary awak lah ni?”Amanda kurang percaya.
“Yes,and starting now you is my secretary,awak kena buat semua kerja yang saya suruh starting 8.00 am till 5.00 pm,got it?”
Nazriel memberi arahan.Wajah jelita dihadapannya ditenung lama.Sekali imbas wajah gadis ini seperti Miley Cyrus.Mungkin kerana darah kacukan yang berada dalam diri Amanda.
“Oh,ok.”Amanda menjawab ringkas dan ingin berlalu keluar.
“Sebelum awak keluar,bancuhkan saya hot coffee,pergi tanya dengan Kak Nana,pantry kat mana,Saya tahu sebelum 5 minit hot coffee dah ada kat atas meja saya.”
Arahan pertama dari Nazriel diterima Amanda dengan senyuman paksa.Dia tidak boleh kalah dengan bulian Nazriel,dia mesti menang cabaran papanya!!Amanda tak boleh dibandingkan dengan Bella.
Amanda bergegas mencari pantry setelah ditunjukkan Aizul yang kebetulan lalu disitu sebaik saja Amanda keluar dari pejabat Nazriel.Gadis itu menyelongkar pantry mencari serbuk kopi 3 in 1,namun tidak berjumpa,yang terdapat disitu Cuma serbuk kopi biasa sahaja.Demi menyiapkan tugas tersebut,terpaksa juga Amanda membancuhnya.Setelah selesai,segera pula dia menatang mug yang berisi hot coffee itu ke pejabat Nazriel.
“Well done,lagi 5 saat je nak cukup 5 minit,awak dah Berjaya.”
Nazriel ternyata menunggu Amanda di dalam officenya sambil menghitung waktu.Segera sahaja mug dicapai dan air kopi diteguk perlahan dan...Nazriel meyemburkan air tersebut dari mulutnya.
“What the..hei,air kopi apa yang awak buat ni,takde rasa manis langsung!?”Nazriel geram apabila melihat wajah Amanda yang langsung tidak gentar berhadapan dengannya itu.
“Tu namanya..air kopi bancuhan 5 minit,no sugar,just water and coffee.”
“Apa awak ni memang tak pernah buat air kopi ke ha,air macam ni boleh buat orang mati tau tak?!”Nazriel menjegilkan matanya.
“Tak mati pun???..em ok lah..lau ada apa apa hal,bos boleh panggil saya,saya nak keluar dulu.”
Amanda berlalu keluar dengan wajah masam mencuka.Sakitnya hati apabila diperlakukan begitu dalam hari pertama dia bekerja.
...................................................................................................................
Amanda termenung di ruang tamu villa papanya berseorangan,,.kenangan lama mengamit memorinya.Sewaktu di Sekolah Merien Omega dia tidak berasa sesunyi itu,dia mempunyai ramai kawan,.Namun semua itu berubah setelah 2 tahun berlalu.Semua rakan rakannya mencipta kerjaya dan menyambung pelajaran masing masing,sedangkan dirinya..baru bermula setapak ke alam pekerjaan.Apabila melihat wajah Bella di cover majalah,rindu pula kenangannya bergaduh dengan Bella.Walaupun menyakitkan hati,memori itu tidak akan terpadam dari kotak ingatannya dan kadangkala Amanda akan tergelak sendirian apabila terkenang peristiwa di sekolahnya dahulu.
Papa dan mamanya sering sibuk menguruskan hal pekerjaan sehingga tidak mengambil berat perihal Amanda di rumah.Amanda membuka televisyen,kebetulan siaran tersebut memaparkan Konsert Bella yang berlangsung LIVE in CALIFORNIA.
Tidak berkedip kedip mata Amanda melihat Bella yang rancak menari dan menyanyi di dalam televisyen.Mengapakah tuah selalu mengiringi Bella?Kenapa gadis itu boleh jadi ikon dimana jua dia berada???Dan,,kenapa Bella selalu lebih hebat dari Amanda??.................
Seperti deruan angin,satu semangat bertiup kencang dalam diri Amanda..Ya..dia tak boleh mengalah pada Bella,Amanda mesti setanding dengan Bella.Mesti!!!.
‘I am not afraid of storms, for I'am learning to sail my ship.’
..............................................................................................................
Sebulan Kemudian..
MAZOR CORP..
“Amanda,tolong fotostatkan saya dokumen ni,saya nak 10 copy.”
Nazriel mengarah Amanda yang sedang tekun menghadap computer menyiapkan laporan yang disuruhnya sebentar tadi.
“Er...”
“Apa yang awak tunggu lagi,saya nak copy dokumen tu sekarang,.”
Nazriel menegaskan suaranya apabila melihat gadis itu tergagap gagap.Amanda yang sudah agak faham dengan sikap menggesa Nazriel segera saja bangun dari duduknya dan bergerak ke bilik yang mempunyai mesin fotostat.
Setibanya di bilik tersebut,Amanda jadi binggung melihat mesin fotostat yang tersadai disatu penjuru.Masakan Amanda tahu cara menggunakan mesin tersebut,mahu bertanya pada staf lain,...staf staf lain sudah pulang kerumah.Jam sudah menujukkan pukul 8.00 malam,.Nazriel tidak membenarkan dia balik awal atas kesalahan dia terlewat masuk kerja setengah jam.Memang majikannya itu agak kejam..
“Aduh...macamanalah nak guna mesin ni..”
Amanda mengetap bibirnya,.Selalunya jika mahu copy sesuatu dokumen ,dia hanya perlu ke kedai dan memberi duit.Tapi sekarang..
“Lain kali kalau tak pandai,tanyalah...”suara Nazriel mematikan lamunan Amanda.
Nazriel tersenyum kecil,agak geli hati melihat telatah stafnya itu.Sedari tadi dia melihat telatah Amanda yang seperti ayam berak kapur apabila tidak tahu cara menggunakan mesin fotostat tersebut.
“Nak tanya dengan siapa.. semua orang dah balik..”Amanda membela dirinya,takkan nak tanya dengan Nazriel...
“Habis saya ni bukan orang ke cik Amanda oi..??”
Nazriel menghampiri Amanda yang berdiri seperti tunggul di sebelah mesin fotostat.
“Firstly Amanda,kalau nak guna sesuatu mesin,pastikanlah suisnya dibuka..”
Nazriel membuka suis mesin fotostat yang tertutup.Amanda mengaru garu kepalanya yang tak gatal.Patutlah mesin itu tidak memberi sebarang respon walaupun dia menekan semua button yang terdapat diatasnya,rupa rupanya tiada arus eletrik yang mengalir.Aduh..malunya dia di hadapan Nazriel..!!
“Lepas buka suis,tekan button hijau ni,untuk ‘on’ kan mesin ni..”seperti guru pula Nazriel mengajar Amanda.
Sesekali Amanda terbuai dengan bauan harum yang datang dari perfume BLACK POLO Nazriel.Ternyata walaupun waktu bekerja sudah tamat,Nazriel masih kelihatan kemas dan segak.Memanglah..majikannya ini jenis yang berketrampilan dan berkarisma.
“Amanda,awak dengar tak apa yang saya cakap ni??”Nazriel melambaikan tangannya ke wajah Amanda yang kelihatan seperti berangan.
“Em..dengar,dengar.”Amanda menyembunyikan rasa gugupnya.
“Ok,lepas tu awak tekan button ni,tekan angka 10,maknanya 10 copy.”Amanda mengangguk angguk bak burung belatuk mendengar penjelasan Nazriel.
“Lagi 15 minit saya siap,lepas tu kita pergi dinner sama sama.Awak kemaslah dulu apa yang patut.”selamba sahaja Nazriel mengeluarkan arahan.Amanda yang malas bertekak,mengikut saja langkah bosnya itu.
Dan..perkara yang paling tak dijangka Amanda ialah,...Nazriel membawanya makan di warung yang berderet di sekitar jalan raya.Sangkanya pastilah Nazriel akan membawanya dinner di hotel hotel ternama.
Amanda teragak agak untuk turun dari kereta MERCEDEZ SPORT kepunyaan Nazriel.Adakah lelaki itu ingin mempermainkannya??.Adakah Nazriel akan meninggalkan dia sendirian di warung itu sebaik saja dia turun dari kereta???.Namun sangkaan Amanda meleset sama sekali..Nazriel bukan sahaja turun dahulu dari kereta,malahan lelaki itu turut membuka pintu keretanya seperti menyambut kedatangan tuan puteri pula.Amanda hanya mendiamkan diri,dia hanya mengikuti langkah Nazriel dan duduk di sebuah meja.
“Amanda,awak nak order apa,saya belanja??”terpancar wajah gembira dari wajah Nazriel.Seharian penat bekerja,menghabiskan waktu makan malam di warung kegemarannya bersama Amanda memanglah hari yang dinanti nantikan.
“Er..sebenarnya Riel..saya tak pernah makan kat warung macam ni..”
Amanda teragak agak untuk berbicara.Namun,sedetik kemudian tawa Nazriel terburai memenuhi warung tersebut.Geli hati sungguh dia mendengar penyataan ikhlas Amanda.
“Apsal awak gelak??”Amanda geram,wajahnya sudah merona merah akibat malu diketawakan Nazriel.
“Awak ni kan,macam puteri raja lah Amanda,ok,ok,biar saya jelah order untuk awak.”
Nazriel menamatkan sisa tawanya dan mengorder makanan apa yang patut.Amanda terpaku,pertama kali melihat Nazriel ketawa seperti itu,jantungnya berdegup kencang tidak terkawal,rasa seperti hendak meletup saja...jiwanya tidak tenteram..
“Amanda,boleh saya tahu kenapa awak tak further study??Saya tengok result SPM awak excellent.7 A 3B,kenapa tak sambung belajar??”rancak pula Nazriel bertanya,.
Baru hari ini dia berpeluang berbual panjang dengan Amanda,itupun setelah dia menggunakan alasan memaksa gadis itu kerja lebih masa.jika tidak,masakan Amanda ingin keluar makan dengannya.
“Saya nak further study,tapi dalam course yang berkaitan dengan dunia peragaan,like modelling,tapi..ayah saya tak bagi...tahu jelah fikiran orang tua kan.”Amanda menjawab seikhlas mungkin.
“Bukan orang tua jer Amanda,kalau saya ada isteri atau girlfriend pon, saya tak suka dia berkecimpung dalam dunia peragaan..dedah sana ,dedah sini..kan tak elok tu.”Nazriel cuba menasihati,Amanda tersenyum kecil.
“Yeah,i got it..em..dan lepas kerja kat MAZOR CORP ni,saya rasa saya berminat juga dalam bidang perniagaan,.”
Perbualan mereka terhenti seketika apabila makanan dihidangkan.Selera Amanda terbuka luas apabila melihat tomyam campur,ikan siakap 3 rasa,sayur kalian ikan masin dan cendawan goreng terhidang dihadapannya.Baru saja Amanda mencapai sudu dan garfu,Nazriel menegurnya..
“Makan guna tangan lagi sedap tahu,jom basuh tangan.”
Nazriel mengambil sudu dan garfu dari tangan Amanda dan menyuruh Amanda membasuh tangan di sebuah sinki yang terdapat disitu.Ternyata..Amanda sungguh berselera makan malam itu.Nazriel senang hati melihat keceriaan Amanda.
“Hish..awak ni..makan macam budak kecik..”ringan saja tangan Nazriel mengelap mulut Amanda yang terkena kuah cili dengan sehelai tisu.
Sekali lagi Amanda terpegun,mahu runtun jiwanya kalau sikap Nazriel begini setiap hari!!
Malam itu Amanda tidak dapat tidur lena.Fikirannya dipenuhi wajah dan sikap Nazriel yang agak caring melayannya hari itu.Gilakah dia???Atau..Amanda sudah jatuh cinta???
..........................................................................................................
‘Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya’
...........................................................................................................
Seminggu berlalu dari tarikh Nazriel membawa Amanda keluar makan di warung,hubungan mereka berdua semakin rapat.Nazriel sudah tidak terlalu tegas seperti dahulu.Waktu lunch pun,Nazriel akan mengajak Amanda makan bersamanya.Mereka mula bersahabat baik.Sehinggalah suatu hari..
“Amanda,hari ni,kita ada mesyuarat dengan pemegang pemegang saham MAZOR CORP,saya nak awak uruskan dokumen yang saya cakap kelmarin dan..boleh tak kalau awak bancuhkan saya segelas Nescafe??”Nazriel meminta lembut.Amanda tersenyum riang.
“Boleh.tapi Nescafe dah habis..,kalau awak bagi saya turun bawah kejap,untuk beli Nescafe 3 IN 1 kat kedai bawah ni,bolehlah saya buatkan awak air?”
Amanda bertanya.Stok Nescafe di pantry sudah kehabisan.Masakan tak habis,kalau Nazriel setiap hari minum Nescafe.Katanya Amanda tidak pandai membancuh kopi tapi Amanda pandai bancuh Nescafe.So..setiap harilah bosnya itu minum Nescafe .
“Em ok,tapi jangan lambat sangat yer.Nanti saya bimbang plak..Hati hati jalan tu..”
Nazriel bersuara romantik.Sejuk hati Amanda mendengarnya.Pantas saja langkahnya dihayunkan menuruni lif untuk membeli Nescafe 3 in 1 yang dijual di kedai yang berhampiran dengan syarikat mereka.Di dalam perjalanan pulang ke MAZOR CORP,Amanda menaiki lif dengan seorang lelaki...
“Er..Cikgu Azusa ker??”Amanda teragak agak menegur lelaki yang berada disebelahnya di dalam lif.
“Ya ALLAH,Amanda,awak buat apa kata sini!?”terjerit kecil Azusa apabila berjumpa dengan bekas pelajarnya itu.
“Saya kerja kat sini cikgu,cikgu plak buat apa kat sini,wah..cikgu bertambah handsome lah!”
Amanda memandang Azusa dari atas kebawah,memang gurunya itu banyak berubah,terutamanya rambut.Dulu rambutnya pendek dan kemas,kini lebih stylo dengan gaya rambut korea yang agak panjang dan ditrim cantik.Azusa mengenakan sepasang sut hitam.Memang bekas gurunya itu tampak segak sekali.Jauh lebih segak berbanding di sekolah dulu.
“Ada ada jelah awak ni Amanda,oh..saya lupa,ayah awak kan pengarah syarikat ni,patutlah awak kerja kat sini..”Azusa mengingat ingat kembali latar belakang pelajarnya itu.
“Cikgu buat apa kat sini?”sekali lagi Amanda bertanya.
“Hari ni kan ada mesyuarat antara pemegang saham MAZOR CORP,saya wakili papa saya ikuti mesyuarat tu.”
Azusa memberi penerangan dan Amanda mengangguk angguk.Pintu lif terbuka dan mereka berjalan beriringan.
“Eh..cikgu dah tak bekerja sebagai guru ker??”.
Amanda bertanya hairan,takkanlah Azusa punya banyak masa untuk menguruskan syarikat juga menjadi guru.Berita terakhir yang didengarnya tentang guru muda itu ialah pertunangannya dengan Bella.Itupun tidak pasti benar atau tidak,hanya khabar angin..
“Saya dah tak jadi guru dah,sekarang ni uruskan syarikat papa saya.Lagipun..awak tahukan yang Bella..”belum sempat Azusa menghabiskan ayatnya,satu suara menyampuk.
“Awak beli Nescafe ke buat Nescafe??”wajah Nazriel kelihatan merah padam di hadapan Amanda dan Azusa.
“Sorry,lambat sikit.Jumpa dengan..Azusa tadi.”Amanda menarik tangan Azusa kebelakang dan membisikkan sesuatu.
“Semua staf kat sini tak tahu yang saya anak pengarah syarikat,so boleh tak kalau cikgu simpankan rahsia saya??”Amanda bertanya,
Nazriel yang menjadi pemerhati bertambah berang.Siapa yang tidak kenal anak tunggal Pemilik EMPAYAR AZE,Azusa Reifan.Baru berumur 24 tahun,tetapi sudah mahir berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam dan luar Negara.30 peratus dari saham MAZOR CORP juga adalah kepunyaan Empayar mereka.Setiap kali Azusa mengunjungi syarikat mereka,pasti semua staf perempuan MAZOR CORP akan berdandan cantik untuk menarik perhatian lelaki itu.Namun,Nazriel tidak menyangka yang Amanda juga berperangai gedik seperti staf stafnya yang lain.
“Ok,not a big deal,boleh ajer.”Azusa berjanji.
Amanda membuat muka selamba dan terus berlalu ke pantry,Nazriel yang sakit hati, tidak menyambut kedatangan Azusa terus saja menuju ke bilik mesyuarat.
...........................................................................................
‘Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu’
............................................................................................................
Selesai saja mesyuarat berlangsung,Nazriel bergegas ke pejabatnya.Kebetulan Amanda yang tidak menyangka perkara yang buruk bakal berlaku meletakkan secawan air Nescafe diatas meja kerja Nazriel dan apabila pemuda itu menghempaskan dokumennya tanpa melihat ke atas meja..
“Prang!!”bunyi cawan bersepai ke atas lantai.Amanda yang bimbang berlaku apa apa segera sahaja memasuki pejabat Nazriel.
“Riel,awak ok?”Amanda bertanya cemas.
Wajah Nazriel kelihatan tegang apabila dokumen dokumen penting diatas mejanya habis ditumpahi cairan yang bewarna coklat.
“Eh,yang awak pandai sangat letak air Nescafe atas meja kerja saya tu kenapa??!Awak tahu tak yang dokumen dokumen ni penting!!?”Nazriel menengking Amanda.Staf staf yang lain hanya berani memasang telinga.
“Mana saya tahu,memang selalu saya letak air kat situ kan..”Suara Amanda mula mendatar,hatinya teras sebak apabila dimarahi Nazriel.
“Apa yang awak tahu,awak tahu menyusahkan syarikat ni jer,awak ni beban jer,tahu tak!?”
Nazriel tidak dapat mengawal emosi,akibat cemburu melihat kemesraan Amanda dan Azusa.Nazriel cuba melepaskan geram pada gadis itu.
“Ini syarikat papa saya,awak takde hak nak cakap saya beban syarikat ni.!”
Amanda melawan,masakan dia boleh sewenang wenangnya membiarkan Nazriel mengatanya ‘beban syarikat’.
“Oh..so,sekarang ni awak nak mengakulah yang awak tu anak Tan Sri Azman,awak ingat saya kisah ker awak anak siapa.???Eh,awak tahu tak Amanda,kalau bukan sebab ayah awak pengarah syarikat ni,jangan haraplah awak dapat menjejakkan kaki ke syarikat ni,awak tak pernah layak sama sekali!!!.”
Besar lagi dasyat penghinaan Nazriel.Nazriel sudah lama mengetahui status sebenar Amanda dari mulut Tan Sri Azman sendiri.Tan Sri Azman mengamanahkan Nazriel untuk mengajar puterinya itu tentang selok belok perniagaan agar mudah di masa hadapan.Namun,lain pula yang terjadi hari ini..
“Sampai hati awak Nazriel,cakap saya macam tu,sampai hati awak..”sejurus itu empangan air mata Amanda pecah dan segera pula gadis itu berlari pulang.
Nazriel yang menyedari kesilapannya hanya terdiam tidak berkata kata.Dia terduduk diatas kerusinya sendiri.
............................................................................
Sebulan setelah incident tersebut berlaku,Amanda dan Nazriel tidak bertegur sapa.Setelah Amanda menceritakan hal yang sebenar kepada Tan Sri Azman,papanya bersetuju untuk melantik Amanda sebagai Ketua Bahagian Promosi Mazor Corp.Jawatan setiausaha Nazriel dibiarkan kosong.
“Kak Ana ...tengok tak tadi..cantik betul dia tu..”Seorang staf yang bernama Fatin berbisik bisik keatas seorang staf lain yang bernama Lyana.
“A..ah Fatin,cantik giller,bulu mata lentik,putih melepak,badan solid habis.Macam Barbie DOLL dah akak tengok.”bersungguh sungguh pula Lyana menjawab.
Amanda yang mendengar berasa pelik.Takkanlah mereka memuji dirinya??.Memanglah staf staf MAZOR CORP selalu memuji kecantikannya,tapi kali ini kedengaran berlebihan pula.Kelihatan juga beberapa orang staf lelaki yang terjenguk jenguk mengintai pejabat Nazriel dari cermin luar.Apa yang dilihat mereka???.Amanda ingin melihat,namun jika dia yang mengintai pastilah Nazriel akan beranggapan bukan bukan.
“Cantik betullah duta baru kita tu..kalau aku dapat..”kedengaran suara suara miang staf staf lelaki berkata.
Amanda tidak sedap hati,pastilah duta baru itu ialah duta bagi projek pembukaan HOTEL MERIGA,hotel terbaru yang dibina atas pelaburan MAZOR CORP.Amanda terpaksa juga memberanikan diri menjenguk bilik Nazriel.
......................................................................................................
OFFICE NAZRIEL..
“Wah..kau sekarang ni Daniel,jadi pemuzik yer,aku tengok kau main gitar hari tu,fulamak!!Hebat siot!!”
“Mana adalah Riel,biasa jer..”
Nazriel berbual ramah dengan Adam Daniel,sahabat baiknya sewaktu di tingkatan 6 dahulu.
“Alah kau tu,asyik puji abang aku ajer..aku yang terlalak lalak kat tengah pentas,kau tak nak puji plak??”
Selamba badak sahaja Bella berkata.Masuk ke bilik Nazriel,dia pula yang duduk di kerusi manager.Nazriel hanya bertinggung diatas kerusi yang diduduki Bella.Sudah lama tidak berjumpa Bella,kali terakhir dia menemui gadis itu saat Bella terlantar koma dilanggar kereta.Namun,dari dulu hingga sekarang,walaupun sudah menjadi POP STAR,mulut dan perangai ganas gadis itu masih tidak berubah.
“Hish lu ni ek,..yelah siapa yang tak kenal ZYYA BELLA,ikon remaja dunia,suara merdu bak buluh perindu,tapi mulut laser.. mengalahkan sinaran radioaktif!!”
Serentak dengan perlian Nazriel,kepala pemuda itu diketuk dengan dokumen yang terdapat diatas meja oleh Bella.
“Aduh..sakitlah!!Daniel,kau kata adik kau dah belajar moral,ni aku tengok makin nakal jer.”
Pantas saja tangan Nazriel menarik pipi gebu Bella,gadis itu terjerit kecil.Nazriel mengenali Bella disaat dia berkawan dengan Daniel.Dia pernah jatuh hati pada gadis nakal itu,namun hasratnya tidak tercapai apabila mengetahui Bella sudah berpunya dan tambah lagi dengan hatinya sendiri yang kini sudah bertakhta nama orang lain..
“Tulah Riel,lama sangat tinggal kat eropah agaknya.Itu yang makin nakal tu.Cikgu moral plak tertinggal kat sini..”
“Abang!!!”Bella menjerit lagi.Pantang betul jika abangnya menyebut perkataan ‘cikgu moral’.
Baru saja Nazriel ingin meneruskan perbualan,pintu bilik dikuak seseorang.
“Ya Amanda,awak nak apa?Setahu saya awak bukan lagi secretary saya,so buat lah kerja awak,jangan...”sekali lagi kepala Nazriel diketuk Bella.
“Aduh sakitlah!!Apsal ketuk kepala saya?!”berangin juga Nazriel melihat adik kawannya itu.
“Sebagai manager yang bermoral,kau kena tanya masalah pekerja sebaik jer dia masuk bilik kau,bukan kau halau dia bila dia masuk..apelah pandai sangat..”
Bella mula membebel.Nazriel mendengus kecil.
“Ya Amanda,awak nak apa?”Nazriel bertanya serius.Rindu sungguh hatinya ingin menatap wajah itu.
“Maaf,saya kalau boleh nak berjumpa dengan duta baru MERIGA HOTEL.”Suara Amanda agak terketar ketar.
“Ya,sayalah duta baru tu,selamat berkenalan!!”
Pantas pula Bella menjawab dan apabila mata kedua duanya bertentang,..
“AMANDA?!”
“BELLA?!”
“WHAT ARE YOU DOING HERE??”
Mereka serentak bertanya dan serentak juga mereka tergelak kecil.
“Awak kenal dia ker Bell?”Nazriel bertanya lembut.
Api cemburu menyala dimata Amanda.Adakah Bella akan merampas haknya seperti dahulu lagi???Adakah Bella akan merampas orang yang dicintainya.
“Yup,kita orang musuh tradisi kat sekolah.”.
Daniel sudah tergelak besar,adiknya ni kalau bercakap tak menyakitkan hati orang, memang tak sah.Bella banyak bercerita perihal Amanda padanya waktu persekolahan dahulu.Tidak menyangka pula,Bella akan bertembung dengan Amanda sebaik saja tiba di MALAYSIA.
“Tapi jangan salah faham,itu waktu sekolah jer,sekarang ni semua musuh pun jadi kawan pada ZYYA BELLA.”
Bella bangun dari duduknya dan mendapatkan Amanda.Bella memeluk erat gadis itu.
“Banyak banyak musuh aku,kaulah musuh yang paliang aku rindu.”Bella berbisik lembut di telinga Amanda dan Amanda hanya ketawa kecil.
............................................................................................
Kehadiran Bella di MAZOR CORP memang mengubah segalanya.Kewujudan Amanda seperti sudah tidak dipedulikan walaupun setelah staf staf mengetahui dia puteri tunggal pengarah MAZOR CORP.Semuanya sibuk tentang Bella,Bella dan Bella.
“Bell,jom kita lunch?”Nazriel mengajak Bella lunch sebaik saja gadis itu tamat shooting untuk promosi hotel mereka.
“Boleh,tapi saya nak call Abang dulu then saya nak ajak Amanda lunch jugak.”
“Takpelah Bell,aku kenyang lagi,nanti kalau aku lapar,aku makanlah.”Amanda ingin mengelak dari bertemu dengan Nazriel.
“Whatever,yang aku tahu,kau kena temankan aku makan,jom turun bawah,abang aku dah sampai..”
Bella memaksa.Lagak ‘princess’ nya seperti di sekolah dahulu betul betul buat Amanda bengang.Paling menyakitkan hati bila Daniel membawa kereta sport kepunyaan Bella yang hanya muat untuk 2 orang.Seperti sudah dirancang,Amanda terpaksa menaiki kereta Nazriel dan Bella bersama abangnya.
“Amanda..saya nak minta maaf dekat awak,atas apa yang saya ucapkan kali lepas..”
Nazriel bersuara perlahan.Dia tidak mempunyai kesempatan untuk berbual panjang dengan Amanda,ditambah lagi dengan sikap Amanda yang seperti melarikan diri darinya.
“Saya taknak bercakap tentang hal ni sekarang...”
Amanda kecewa.Setelah lebih sebulan berlalu,baru Nazriel ingin memohon maaf??Adakah lelaki itu menganggapnya orang yang tak mempunyai perasaan.Nazriel mengeluh kecil.Setibanya di sebuah restoran terkenal,Amanda terburu buru ingin keluar dari kereta hingga menyebabkan kakinya tersadung batu dan tumit kasutnya patah.
“Amanda,awak ok?”Nazriel cemas apabila melihat gadis itu terpelecok di jalan tar.
“Saya ok..Cuma tumit kasut ni jer patah.”Amanda menolak tangan Nazriel yang ingin membantunya bangun.
“Tulah perempuan,sikit sikit pakai heel,sikit sikit heel,kalau jatuh,kaki terseliuh,baru padan muka.”Bella yang tak mempedulikan situasi lancang bersuara.
“Bella,jaga sikit mulut awak tu,awak nampak tak yang Amanda ni jatuh??”Nazriel geram.Hati Amanda berbunga riang apabila Nazriel membelanya.
“Nak marah aku plak..cepat tanggal heel kau tu,aku bagi kau kasut lain.”
Amanda hanya menurut kata kata Bella.Heel yang telah patah tumit diberikan pada Bella.Bella menanggalkan sneakersnya dan berlutut di kaki Amanda.Bella berkaki ayam dan dia menyarungkan sneakersnya di kaki Amanda.
“Habis takkan awak nak berkaki ayam?”Nazriel bertanya pelik.
“Bodoh apa nak berkaki ayam..”
Bella mengambil heel kepunyaan Amanda dan mematahkan tumit yang sebelah lagi.Lantas saja kasut yang sudah tidak bertumit itu tersarung dikakinya.
“Bell,kau kan artis,tak eloklah pakai kasut macam tu..”Amanda serba salah.Dia berasa sangat terharu apabila Bella sudi memakaikan sneakers di kakinya seperti melayan seorang anak raja pula.
“Sebab aku artislah,aku berani pakai kasut macam ni,apa yang aku pakai akan jadi contoh,ha,ha,ha.”
Bella dan Daniel tergelak sebelum masuk kedalam restoran.Sungguh Amanda dan Daniel tidak memahami 2 beradik itu.
......................................................................................................
“Amanda kau ada nampak Nazriel tak?”Daniel bertanya sebaik sahaja berkunjung ke MERIGA HOTEL yang telah dibuka seminggu setelah majlis perasmian.
“Entah..tak..”
Belum sempat Amanda menamatkan ayatnya,suara Bella memeranjatkan ramai.
“Amanda,cepat tengok kat luar,Nazriel kat atas bangunan!.Dia cuba terjun!!!”
Bella sudah sepantas kilat berlari keluar diikuti orang ramai.Amanda berasa bagai rohnya tercabut saat itu.Dan..memang benar apa yang dikatakan Bella,setelah mereka keluar dari MERIGA HOTEL,kelihatan sekujur tubuh Nazriel sayup sayup berada di tingkat teratas MERIGA HOTEL.Amanda sudah menitiskan air mata.Orang ramai mula berbising bising.Tiba tiba handphone Amanda berbunyi dan tertera nama Nazriel.
“Nazriel.apa yang awak buat kat atas tu,jangan buat kerja gila!!”Amanda dengan penuh air mata berbicara melalui handphone.
“Ni semua salah awak Amanda,saya cintakan awak tapi..awak tak nak maafkan saya..walaupun saya dah minta maaf..”kedengaran suara putus harapan Nazriel di hujung talian.
“Tolong jangan macam ni Nazriel,saya dah lama maafkan awak,saya cintakan awak!!!tolong turun dari tingkat atas tu sekarang!!”Amanda merayu sambil meraung raung.
“Baiklah saya akan turun tapi dengan satu syarat..”
“Cakap jelah apa apa,saya akan tunaikan..”Disaat seperti itu tiada apa yang difikirkan Amanda kecuali keselamtan Nazriel.
Talian dimatikan dan Amanda terduduk ketanah apabila sekujur tubuh Nazriel betul betul melayang jatuh ke bawah dan...
“ALLAH!!!”
Amanda menjerit kuat sebelum suaranya terhenti apabila matanya melihat tulisan “WILL YOU MARRY ME?!!” yang tertulis pada payung paracut bewarna putih yang entah muncul darimana tapi apa yang pasti melekap di badan Nazriel.Seperti sudah di setting pula,molek molek saja Nazriel terjun kebawah dengan selamat dan berhadapan dengan Amanda.
“Betul ni,awak dah maafkan saya??”Nazriel membuat muka seperti tiada apa yang berlaku.
“BODOH,kalau awak jatuh betul betul macamana!!”
Amanda yang tidak dapat menahan perasaannya yang bercampur baur segera sahaja mendakap tubuh Nazriel.Staf staf MERIGA HOTEL sudah bersorak riang.Belum cukup dengan itu,Nazriel berlutut di kaki Amanda sambil mengeluarkan sebentuk cincin berlian.
“I dream about you evey night
I shiver when your in sight
I long to hold you close n tight
I wanna be there with all my might
I m just hoping I'm the man whos right..”
I shiver when your in sight
I long to hold you close n tight
I wanna be there with all my might
I m just hoping I'm the man whos right..”
“Will u marry me,Amanda Farisya Tan Sri Azman???”Jelas lagi terang ayat lamaran Nazriel untuk Amanda.Amanda berfikir sejenak sebelum menjawab.
“If Your asking if I Need U the answer is 4Ever..
If Your askin if I'll Leave U the answer is Never..
If Your askin what I LOVE the Answer is U..
if Your askin U WANT TO MARRY ME, the answer is I do. “
If Your askin if I'll Leave U the answer is Never..
If Your askin what I LOVE the Answer is U..
if Your askin U WANT TO MARRY ME, the answer is I do. “
Mendengar jawapan Amanda semua orang bersorak ceria.Tan Sri Azman hanya tersenyum dari jauh.Berjaya juga rancangannya ingin bermenantukan Nazriel Hakimi...
“Thanks Bell sebab bagi idea giler ni,”
Nazriel mengucapkan terima kasih kepada Bella yang merancang plan itu dari A- Z.
“No hal,aku ni bukan apa..Cuma nak pastikan nanti kalau orang tu melamar aku..jauh lagi romantic dari cara yang aku ajar kau melamar Amanda..”
Bella tersengih nakal melihat Azusa yang berada disisinya.Ternyata tunangnya tidak berpuas hati dengan idea gila yang dicadangkan Bella kepada Nazriel untuk melamar Amanda.
“Awak jangan ingat saya nak lamar awak macam tu,jangan haraplah.”Azusa menjuihkan bibir.
“Tak nak lamar sudah,habis belajar kat JULLIARD,saya kawin dengan orang lain,padan muka awak.”Bella menggiat Azusa.
“Kalau berani cubalah,mati bakal laki awak tu saya kerjakan.”
Azusa menjawab.Bella dan Nazriel tergelak besar.Setelah berjumpa dengan Bella,barulah Nazriel mengetahui siapakah gerangan lelaki yang bertakhta di hati gadis itu.Rupa rupanya..Azusa..Pantaslah mereka berdua bersama,memang pasangan yang paling secocok.
“Bella,thanks untuk semuanya..”Amanda memeluk Bella,terharu dengan bantuan gadis itu terhadapnya.
“Anggaplah ni sebagai tanda aku minta maaf atas semua yang aku lakukan kat sekolah dulu.”Bella bersuara ikhlas dari lubuk hatinya.
“Aku dah lama maafkan kau..”Amanda menjawab.
“Yeah..mungkin cerita cinta kau nanti aku boleh buat filem plak,tajuknya..’amanda love story’.”Bella ketawa diiringi Amanda.
..................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment