BAB SATU
rosellian mansion
Miley dengan susah payah meredah tempat duduk penonton ke tempat duduk Profesor Snape,dan bergegas berjalan sepanjang lorong di belakang professor itu.Dia langsung tidak berhenti untuk meminta maaf apabila dia terlanggar kepala Profesoor Quirell hingga terhantuk ke tempat duduk di hadapannya.Ketika hampir dengan Profesor Snape,Miley membongkok,meengeluarkan tongkatnya dan membisikkan beberapa perkataan.Nyalaan biru yang terang keluar dari hujung tongkatnyta dan menyambar hujung jubah professor itu.
Profesor Snape mengambil masa lebih kurang 30 saat untuk menyedari yang bajunya sedang terbakar.Miley bergegas kembali ke tempat duduknya.Itu sudah cukup...Jauh di udara Harry tiba tiba dapat menunggang penyapunya semula.
Harry menjunam ke bawah ketika para penonton melihatnya menekup mulutnya dengan tangan seolah olah dia hendak mabuk...tiba di lapangan Quidditch dengan kedua dua kaki di tanah...terbatuk...dan......
“Miley!!!”
Miley tersedar dari alam mimpi apabila antena mimpi yang terletak di dahinya dicabut seseorang.Seseorang yang menjerit kuat memanggil namanya.Siapa lagi gerangan yang berani mencabut antena itu kalau bukan Ryxelea,sepupu terbaiknya.Kelihatan Ryx yang sedang bercekak pinggang disisi katil memandang wajah Miley yang langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah.Perasaan geram jelas terpancar di kedua dua wajah.
Ryx mendengus kecil sebelum duduk di kerusi meja solek yang terletak berhampiran dengan katil Miley.Gadis itu menanggalkan makeup nya dengan sehelai tisu basah.
“Masuk ni,dah 10 kali kau masuk dalam filem HARRY POTTER and THE SORCERRES STONE..kau tak bosan ker?”
“Tak pernah bosan,..Kau ganggu aku jelah Ryx,..aku baru nak tengok Harry Potter dapatkan bola snitch.Tiba tiba jer kau sedarkan aku.”
Miley memuncungkan bibir,rambutnya yang agak berserabut selepas bangun tidur diikat tinggi.Ryx yang baru pulang dari melakukan konsert sudah mengagak sepupunya berada dalam dunia “Harry Potter” segera saja menggerakkan Miley dari terus berada dalam dunia mimpi.Miley sanggup tidak hadir ke konsert Ryx walaupun dia bertugas sebagai pengurus Ryx kerana sibuk bermimipi sepanjang masa.Kadang kadang perangai Miley ini mendatangkan kemarahan Ryx.
“Alah..kau bercakap macam baru kali pertama jer masuk dalam cerita Harry Potter tu..dahlah bangun,pergi mandi dan bersiap,aku nak ajak kau pergi satu tempat.”
Ryx bangun dari duduknya dan menuju ke almari Miley.Disebabkan hubungan mereka yang rapat.Mereka berdua selalu bertukar pakaian.Malahan kerana bimbang Ryx kesunyian,Miley berkeputusan tinggal serumah dengan Ryx.
“Ke mana Ryx?”
“Yang pasti bukan dunia mimpi.Bertambah pasti, bukan dunia mimpi Harry Potter ..”
Miley tersengih sebelum bergegas menuju ke kamar mandi sebaik saja Ryx meninggalkan biliknya.Mesin Mimpi yang terbuka sedari tadi,ditutup kemas dan diletakkan dalam sebuah peti simpanan khas.
Mesin Mimpi ialah satu ciptaan terbaru tahun 2017 yang dihasilkan oleh Profesor Clyyne atau nama sebenarnya Mr.Leon Clyyne.Profesor Clyyne ialah bapa saudara Miley Parker.Seorang professor terkenal,jutawan ternama juga bapa kepada penyanyi remaja terkemuka dunia ..Ryxelea Rosella Clyyne.
Profesor Clyyne,pengarah syarikat MAAPLE,sebuah syarikat rekacipta bertaraf dunia .Syarikat Maaple menghasilkan pelbagai teknologi serba canggih untuk memudahkan perjalanan hidup manusia yang bertambah maju setiap hari.Orangnya kurus dan tinggi,mempunyai anak mata yang berlainan warna di kedua belah matanya tanpa memakai sebarang kanta lekap.Hanya berada di rumah selama satu jam setiap hari ahad dan waktu lainnya dihabiskan di makmal yang terletak di syarikat Maaple.Isterinya,Puan Clyyne meninggal dunia sejak Ryxelea dilahirkan.
Walaupun mempunyai waktu yang terhad di rumah.Profesor Clyyne mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Ryx,puteri tunggalnya yang baru mencecah usia 19 tahun.Ryx selalunya menghabiskan waktu di makmal kajian melihat Profesor Clyyne bekerja bersama Miley.Profesor Clyyne bangga mempunyai anak seperti Ryx yang pandai berdikari dan hidup sendiri.
Ryxelea Clyyne mempunyai segala galanya yang diinginkan.Dia hanya perlu melihat,meminta dan dia akan dapat apa yang dimahukan dalam sekelip mata.Itulah keuntungan menjadi seorang gadis yang popular lagi kaya.Namaun begitu,satu rahsia besar yang hanya diketahui Miley mengenai Ryx ialah Ryx sangat taksub dengan dunia pengembaraan.Ryx selalu merungut kerana dilahirkan dalam kehidupan yang moden dan mudah dan bukannya hidup dalam dunia cabaran yang penuh adventure.
Sudah berapa banyak aktiviti mencabar yang dilakukan penyanyi pujaan ramai itu seperti mendaki gunung Everest,menyelam dasar lautan Pasifik juga mengikuti ekspidisi merentas kutub utara.Namun,semua aktiviti itu masih tidak mencabar bagi Ryx.Oleh kerana minat Ryx yang mendalam itulah,Profesor Clyyne membenarkan anaknya itu menggunakan mesin mimpi yang masih belum diluluskan akta teknologi dunia untuk dipasarkan bagi kegunaan manusia kerana kesan negatifnya belum dikaji seratus peratus.
Ryx yang pada mulanya teruja menggunakan mesin mimpi itu mula berasa bosan setelah semua penggembaraan mimpinya terlalu sama dengan semua tayangan yang pernah ditonton di pawagam.Mesin mimpi ciptaan Profesor Clyyne hanya boleh membawa Ryx kealam mimpi berpandukan cerita yang telah diterbitkan oleh pengarah pengarah terkenal seperti STEVEN SPIELBERG,MICHAEL BAY dan pengarah pengarah filem yang lain.Ryx mahukan kelainan,dia inginkan sebuah pengembaraan yang dia tidak tahu jalan ceritanya...dan akhir sekali kerana bosan..mesin mimpi itu dihadiahkan kepada Miley.
“Kenapa kita ke rumah Pakcik Axseran?Dia ada jumpa barang lama lagi ker?”
Miley bertanya sebaik saja kereta Ferrari Lambhorgini Ryx mengambil tempat parking di hadapan sebuah istana lama yang setahu Miley kepunyaan pakcik mereka seorang professor kaji bumi yang bernama Axseran Jester.Selalunya mereka akan mengunjungi pakcik yang merupakan abang sulung Profesor Clyyne itu jika terdapat penemuan baru dalam aktiviti cari gali bumi yang sudah hampir 60 tahun dilakukannya.Dari jauh kelihatan juga tiga buah kereta mewah lain yang sangat dikenali Miley.
Pertanyaan Miley tidak berjawab.Ryx diam saja.Dan akhirnya dia mengeluarkan sebuah kotak sebesar briefcase bewarna putih dari boot kereta dan dari pandangan Miley kotak itu seperti kotak mesin mimpi.Cuma warna kotak saja yang membezakan mesin mimpi yang pernah diberikan Ryx kepadanya dulu.Miley menuruti langkah Ryx yang bergegas masuk ke dalam istana yang terkenal dengan jolokan nama Rosellian Mansion.
Ryx menghembuskan nafas perlahan sebaik saja masuk ke istana lama itu.Entah kenapa..fikirannya sentiasa tenang setiap kali menjejakkan kaki ke istana yang gah berdiri di puncak bukit.Rosellian Mansion ialah tinggalan sejarah warisan nenek moyang Ryx yang sudah berusia mencecah ratusan tahun.Namun struktur istana itu masih molek dan terukir cantik.Pakcik Axseran sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk memastikan istana itu tidak dirampas oleh pihak lain.Dan..sudah tentu wang merupakan isu pertama yang akan menyebabkan Rosellian Mansion terus berada dalam genggaman Pakcik Axseran.Profesor Clyyne sendiri sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan istana itu tetap berada dalam warisan keluarga mereka.Tiga orang pemuda,dan seorang tua kelihatan tersenyum lebar apabila Ryx dan Miley menghampiri mereka.
Profesor Axseran memeluk Ryx dengan perasaan penuh bangga kerana mempunyai pertalian darah dengan gadis yang konsertnya ditonton lebih dari tiga per empat purata manusia di dunia ketika itu.Konsert Ryx dipaparkan di setiap saluran,walaupun berada di istana lama, tidak bermakna Profesor Axseran ketinggalan hiburan.Rosellian Mansion sudah diselenggara dengan kemudahan air juga eletrik tanpa mencacatkan struktur binaannya.Di tempat mereka berdiri,candeliar mewah bergantungan diatas siling menerangkan dewan yang luas dengan cahaya yang berkilauan.Ukiran patung naga,jaguar,kuda bersayap juga burung phoenix sentiasa menarik pandangan sesiapa yang memasuki dewan itu.
“Thanks uncle.”
Ryx tersenyum kecil sebelum memberi peluang dirinya berpelukan dengan Max,Sam dan Zac.Lima sahabat yang sama sama menuntut di Julliard Academy.Sebuah akademi yang menempatkan pelajar pelajar genius muzik seperti mereka dalam satu pusat pembelajaran.Miley turut sama berpelukan dengan Pakcik Axseran juga Eternal Band yang sudah dianggap seperti adik beradik.
“So Ryx,apa barang best yang awak cakap kat kita orang tu,baru jer habis konsert,awak dah suruh kita orang berkumpul kat sini,saya teruja nak tahu?”
Sam memulakan bicara.Semua mata menumpu kearah Ryx,nampaknya mereka semua memang tidak mengetahui tujuan Ryx mengajak mereka berkumpul diistana lama itu.Ryx tersengih sebelum mengangkat kotak mesin mimpi yang dibawanya dari boot kereta tadi.
“Alah..takkan nak masuk dalam dunia mimpi lagi,awak kata awak dah bosan??”
Max yang turut sama selalu mendengar kebosanan Ryx berada dalam dunia mimpi(walaupun pendapatnya bertentangan dengan Ryx,berada dalam dunia mimpi sangat seronok),berasa agak pelik bila Ryx ingin mereka semua berkumpul hanya kerana mesin mimpi.Itulah kelebihan menjadi sahabat baik anak seorang genius teknologi,walaupun mesin mimpi tiada dijual dalam pasaran,Eternal Band turut sama dapat merasa keseronokan menggunakan mesin mimpi.Mesin mimpi sentiasa bertukar tangan antara mereka berlima.
“Warna putih,?bukan mesin mimpi tu kotaknya warna hitam ker??”
Zac yang sedari tadi sibuk membelek belek beberapa buah perhiasan antik yang berada di dewan itu menyampuk perbualan mereka.Sekali lagi mereka semua tertanya tanya.Zac memandang Ryx dengan pandangan ingin tahu.Bukan dia tidak tahu perangai Ryx yang suka benar membuat kejutan.
“Yup,yang ini model terbaru mesin mimpi.Ayah saya baru jer siap buat minggu lepas.”
Penerangan Ryx menyebabkan mata mereka semua membulat dan mereka terjerit kecil.
“Sampai hati kau taknak cakap dengan aku,apa yang lainnya mesin mimpi ni Ryx?”
Miley yang mempunyai perasaan teruja bercampur baur dengan merajuk kerana Ryx tidak memberitahu berita gembira itu kepadanya terlebih dahulu cepat saja bertanya.
“Sebenarnya tak lah banyak beza pun dengan mesin mimpi yang lama,kalau yang dulu kita boleh masuk ke dalam filem yang pernah ditayangkan di pawagam.Yang ni plak lebih advance sikit...”
“Apa yang advance tu???”
Mereka tidak sabar sabar menunggu jawapan yang keluar dari mulut Ryx.Seperti menunggu keputusan pembedahan pula gaya mereka ketika itu.Profesor Axseran Jester yang mengetahui tujuan anak buahnya datang ke istana hari itu berlalu ke dapur bagi memberi ruang anak anak muda berbual sementara dia menyediakan minum malam.
“Mesin ni boleh bawa kita ke alam mimpi berdasarkan sebuah novel atau buku.”
“What???!!!”
“Aku tahu korang semua teruja,macam aku juga.Tapi sekarang ni aku sangat lapar..so malam ni,sharp on 12 a.m,kita berkumpul..dan aku akan terangkan segala galanya sebelum kita berangkat ke alam mimpi.”
Penjelasan Ryx membuatkan 4 sahabat itu begitu teruja.Mereka tidak sabar sabar untuk menunggu detik 12 malam bagi mendengar keterangan selanjutnya.Tidak seorang pun dari mereka menyedari satu lembaga manusia sedang menghendap dan mendengar perbualan mereka dari satu sudut.
Pada pukul 11 malam,Ryx mengikut pakcik Axseran ke sebuah bilik yang dipenuhi dengan timbunan buku buku lama.Bilik itu dikenali sebagai Lybrinth Library.Ratusan rak buku molek tersusun dalam bilik yang Ryx pasti lebih besar dari tiga buah padang bola sepak,dan apa yang pasti bilangan buku dalam perpustakaan yang bercabang cabang itu mungkin mencecah angka satu juta.Ryx sering kali tersesat dalam perpustakaan lama itu jika dia berjalan jauh dari pintu masuk.Mujurlah kemudahan talifon dan cctv dipasang dalam perpustakaan itu,bolehlah dia bertanya kepada pakcik Axseran tentang jalan yang patut diambil untuk keluar dari tempat tersebut.
“Ryx kamu pasti ker yang mesin tu tak merbahaya untuk kamu juga kawan kawan kamu.?Ayah kamu tak benarkan kamu guna mesin tu kan?”
Pakcik Axseran menyuarakan kebimbangannya,dia mengetahui yang Ryx telah mengambil mesin mimpi baru itu tanpa pengetahuan Profesor Clyyne.Ryx telah menalifonnya dua hari lepas untuk memberitahu perancangan untuk menggunakan mesin mimpi baru ciptaan adiknya di Rosellian Mansion.
“Tak perlu bimbang lah pakcik.Lagipun Ryx akan bawa mereka masuk kat dalam mimpi yang pendek sebelum memasuki mimpi yang panjang.Lagipun pakcik kan ada,bolehlah pakcik monitor kami.Em..rasanya buku ni pun dah cukup.”
Ryx mencapai sebuah buku tipis yang bertajuk “THE LITTLE MERMAID” untuk dijadikan experiment pertamanya.Pakcik Axseran tersenyum kecil.Keberanian Ryx memang tidak dapat dihalang sesiapa..memang betullah Ryx mewarisi genetic Profesor Leon Clynne.Kebimbangannya berkurangan setelah mendengar kata kata Ryx.Bunyi kaca terhempas ke lantai memeranjatkan mereka berdua.Segera saja Ryx dan Profesor Axseran menuju kearah bunyi itu.Kelihatan seorang wanita berambut putih,sibuk memungut serpihan tembikar yang berselerakan di lantai bilik.
“Maafkan saya Profesor,saya dah pecahkan tembikar kesayangan professor?”
Suara wanita yang berusia dalam lingkungan 50 an itu agak bergetar apabila dia terpandangkan wajah Ryx.Orangnya agak gempal,matanya bulat dan berkaca mata.Dari pemandangan Ryx,gaya pemakaiannya memanglah seperti seorang pustakawan saja.
“Takpelah Abby.Kamu tak sengaja..Ryx kamu tunggu sini kejap.Pakcik nak ambil penyapu,bimbang pula kalau kamu terkena serpihan kaca tu nanti.”
Profesor Axseran keluar dari bilik itu meninggalkan Ryx dengan perempuan bernama Abby yang baru kali pertama dilihat Ryx.Selalunya pakcik Axseran lebih suka bersendirian di Rosellian Mansion.Katanya tidak elok membawa orang luar menjejakkan kaki ke istana warisan mereka.Profesor Axseran amat khuatir jika terdapat artifak beharga Rosellian Mansion dicuri orang luar.Oleh itu,kawalan ketat dibina di sekeliling istana,cctv dan pagar bervoltan tinggi menjadi tembok disetiap sudut Rossellian Mansion.Hanya orang tertentu saja yang boleh memasukinya.
“Hai saya Ryxelea Clyyne,boleh saya tahu makcik ni siapa?”
Ryx bertanya penuh sopan,walaupun dia tidak mendapat didikan seorang ibu,ayahnya selalu berpesan agar menghormati manusia tanpa mengira taraf atau umur.Dan sebab itulah dia sentiasa disayangi dan menjadi ikon para peminat.
“Maaf Lady Rosella,nama saya Abigail,,,,saya seorang penulis juga pembantu Profesor Axseran...”
Abigail tunduk hormat tanpa mempedulikan salam yang dihulurkan Ryx.Ryx terpinga pinga seketika sebelum menjatuhkan tangannya yang tak bersambut.Jarang sungguh orang memanggilnya dengan nama kedua itu.
“Panggil saya Ryx ..Makcik seorang penulis dan pembantu pakcik saya??,dah lama ke kerja kat sini?”
Ryxelea ingin tahu lebih lanjut gerangan wanita yang bernama Abbigail itu.Lady Ryxelea ialah gelaran namanya sebagai penyanyi terkenal.Lady Ryxelea atau Cik Muda Ryxelea ialah gelaran hormat dari peminat kepada Ryx yang dianggap seperti puteri raja.Tapi nama Lady Rosella bukanlah nama komersialnya..Hanya ayahnya yang suka memanggilnya dengan nama itu.
“Sudah hampir 20 tahun cik muda saya bekerja disini”
“Panggil saya Ryx jer makcik,sekarang ni saya bukan penyanyi..saya Cuma..”
“ Maaf cik muda,.. saya tak mampu.. dan takkan membenarkan lidah sendiri memanggil orang kehormat seperti cik muda Rosella, dengan gelaran biasa dan dengan nama yang tak setaraf dengan diri cik muda.Harap cik muda maafkan saya..”
Suara Abbigail kedengaran seperti dalam ketakutan yang amat.Ryx yang malas bertekak lagi tentang penggunaan gelaran “cik muda” atau nama “Rosella” hanya mengangguk tanda faham.Kelihatan Abbigail seperti beremosi apabila berbicara dengannya.
“Tak perlu minta maaf banyak kali.Saya tak ambil kisah pun.Saya..”
“Terima kasih cik muda.”sekali lagi ayat Ryx dipotong wanita separuh abad yang akan menundukkan dirinya apabila meminta maaf dengan Ryx.Pelik sungguh wanita ini.Ryx berkata dalam hati.Melayannya seperti seorang puteri raja pula.
“Em..saya pun dah hampir 10 tahun berulang alik datang ke istana ni,tapi tak perrnah nampak makcik pun??”
“Saya selalu bekerja dekat tapak cari gali,baru baru ni Profesor Axseran suruh saya datang sini,tolong dia meyelenggara artifak artifak dan manuskrip yang baru dijumpai di istana ni.Tapi..kalau cik muda Rosella tak suka saya bekerja disini,saya akan berhenti sekarang juga.”
Penyataan Abbigail membuatkan Ryx terkejut besar.Segera saja Ryx meminta maaf agar wanita itu tidak salah faham.
“Bukan itu maksud saya,saya sangat gembira sebab makcik sudi membantu pakcik saya buat semua kerja kat sini.”
“Tapi saya Cuma tolong selenggara artifak jer,bukan semua kerja saya buat cik muda..”
Ryx menggaru garu kepalanya yang tak gatal.Kali pertama berhadapan dengan komunikasi yang agak rumit dengan pembantu pakciknya.Akhirnya Ryx diam,cuba mencari topik baru.
“Yes,ada artifak baru kan??Boleh saya tengok??”
Baru saja Ryx bersuara tentang artifak yang dikatakan Abbigail,Profesor Axseran datang dengan sebatang penyapu di tangannya.Ryx menarik nafas lega,sekurang kurangnya Pakcik Axseran boleh membantunya berbual dengan perempuan pelik itu.
“Ryx,kawan kawan kamu dah berkumpul di tingkat 2,jomlah kita ke sana sekarang.”
Profesor Axseran memberikan Abbigail penyapu dan menarik tangan Ryx beredar keluar dari bilik itu.Ryx hanya menurut langkah Profesor Axseran sambil anak matanya memandang wajah Maria yang nyata sedang tajam merenungnya.
“Pakcik,makcik Abbigail tu pembantu pakcik ker?”
Ryx sempat bertanya dalam perjalanan mereka menuju ke tingkat 2 istana.Kemunculan wanita bernama Abbigail itu sememangnya menimbulkan pelbagai soalan di benak fikiran Ryx.
“Yup,dah dekat 20 tahun dia kerja dengan pakcik.Dia pandai menyelenggara artifak.Tentukan usia artifak..kamu tahu jelah..bukan ramai orang yang boleh buat kerja yang perlukan ketelitian tinggi macam tu..”
“Tadi dia kata,dia penulis,dia tulis apa pakcik?”Ryx bertanya seperti penyiasat pula.
“Oh...dia tulis aliran sejarah.Kamu tahu jelah,buku yang dihasilkan para sejarawan tak ikut turutan.Bertambah pula buku dekat Lybrinth Library banyak sangat.Pakcik tak mampu nak uruskan seorang.Jadi pakcik upah dia untuk susun balik semua buku juga aliran sejarah tu agar mudah untuk dibaca dan difahami.Abbigail tu rajin,hampir separuh buku sejarah kat perpustakaan bercabang tu dia dah baca.”
“Oh..dan pasal artifak yang pakcik jumpa kat istana ni,Boleh Ryx tengok??”
“Em..tu nantilah kita bincangkan.Kamu pun bukan setahun sekali datang ke mari kan..,kita ada banyak masa.Sekarang ni kita uruskan mesin mimpi kamu dulu.”
Ryx dan Profesor Axseran ketawa kecil sebelum menuju ke bilik utama dimana sahabatnya berkumpul.Bukan Profesor Axseran tidak tahu,anak saudarnya itu lebih gemar menghabiskan masa di Rosellian Mansion daripada berada dirumahnya sendiri.
BAB DUA
Peraturan MAUT A2TP
Ryx memilih untuk berkumpul di sebuah bilik yang lapang tanpa sebarang perabot didalamnya untuk memulakan rancangannya malam itu.Enam orang manusia duduk di lantai yang diperbuat dari batu bata bewarna coklat cair membentuk sebuah bulatan besar.Ryx mengambil tempat diantara Profesor Axseran dan disebelah sepupunya,Miley.Semua mata menumpu kearah Ryx yang sedang membuka kotak yang mengandungi mesin mimpi versi baru yang dikatakannya tadi.Sebuah cip panduan dimasukkan kedalam I PAD kepunyaan Zac sebelum Ryx tersenyum kecil.
“Sebelum korang bertanya apa apa,aku nak semua dengar manual mesin mimpi dan peraturannya dengan fokos seratus peratus.”
Ryx berpuas hati apabila kawan kawannya mengangguk tanda faham.Mereka semua menunggu dengan sabar panduan panduan yang akan dibaca Ryx.Semua teknologi yang dihasilkan ayah Ryx mempunyai garis panduan dan cara penggunaan tersendiri.Ryx menekan nekan permukaan I Pad yang bewarna hijau tua sebelum berhenti dan menarik nafas perlahan.
PENGENALAN RINGKAS MESIN A2TP (ADVENTURE TO THE PAST)
1.A2TP DICIPTA UNTUK MENAIKKAN TARAF MESIN MIMPI DCT(DREAM COMES TRUE) YANG TELAH DICIPTA SEBELUM INI.
2.PENGGUNAAN A2TP TIDAK TERBATAS DENGAN HANYA MENGGUNAKAN CERITA YANG TELAH DITERBITKAN UNTUK TONTONAN RAMAI SEBAGAI LINK UNTUK MEMASUKKAN GELOMBANG OTAK PENGGUNA KE ALAM MIMPI.
3.A2TP DAPAT MEMASUKKAN PENGGUNA KE ALAM MIMPI MELALUI BAHAN BERTULIS YANG TIDAK PERNAH DITONTON SECARA LANGSUNG OLEH MANUSIA.
4.PENGGUNA A2TP TIDAK DAPAT MEMILIH WATAK DALAM PERJALANAN MIMPI SEPERTI PENGGUNAAN MESIN DCT.
5.KETENTUAN WATAK ADALAH SECARA RAMBANG DAN MENGIKUT KEKUATAN GELOMBANG OTAK YANG DITERIMA A2TP.
6.PENGGUNA A2TP DAPAT MEMAINKAN 40% PERJALANAN WATAK DENGAN KEMAHUAN SENDIRI TANPA MENGIKUT CERITA YANG DIGUNAKAN DALAM A2TP.
7.PENGGUNAAN A2TP ADALAH TERHAD SELAMA 12 JAM BERTERUSAN SEBELUM PENGGUNA DIBAWA BALIK KE ALAM REALITI.
Selesai saja Ryx membaca pengenalan ringkas mesin A2TP,manusia yang berada disekelilingnya mula membuka mulut.
“Aku tak faham dengan peraturan no 6 tu,40 % KEMAHUAN sendiri tu apa?”
Miley mengerutkan dahi,tanda betul betul perlukan penjelasan.Ryx yang pernah mendengar perbualan ayahnya dengan salah seorang Profesor di Maaple mengenai mesin A2TP mempunyai jawapan bagi soalan Miley.
“Mengikut ayah aku,kalau kita guna mesin DCT,watak yang kita bawa kan tetap dan mengikut scene yang ditayangkan dalam filem yang kita gunakan..tapi mesin A2TP ni..”
Ryx diam seketika.Dia masih ingat bagaimana Miley begitu teruja memilih watak Hermione dalam mimpi Harry Potter atau watak watak heroin dalam setiap filem yang pernah dijadikan mimpinya.
“Oh,aku faham.Maksudnya kita boleh mengawal mimpi kitalah.So cool!!”
Zac terjerit besar menambah perasaan teruja di setiap diri kawan kawannya.
“Lebih kurang betullah apa yang Zac cakap tu,tapi kita Cuma boleh kawal 40% jer,yang lainnya masih fix ikut bukulah.Kita akan kawal perjalanan mimpi bila watak kita takde dalam perjalanan cerita buat sementara waktu..”
“Aku tak faham..”Max masih tak mengerti.
“Contohnya,Miley masuk cerita Harry Potter and The Sorcerer Stone,dia memegang watak Hermione dan watak Hermione langsung tak terlibat dalam pertarungan Harry Potter dengan Lord Voldemort di penghujung filem.Kalau kita guna mesin DCT,watak Miley akan terhenti disitu dan dia akan kembali ke alam reality bila sesuatu scene yang berkaitan dengan Hermione dah tiada.Tapi..kalau kita guna mesin A2TP,semasa pertarungan akhir Harry Potter tu,watak Miley masih hidup dan disitulah Miley akan menggunakan ‘KEMAHUAN SENDIRI’ untuk meneruskan perjalanan mimpinya hinggalah filem Harry Potter tamat.”
Penerangan panjang lebar Profesor Axseran Jester membuatkan Ryx bersama teman temannya melopong.Memang betullah Profesor Axseran abang Profesor Clyyne,sebab itulah otak mereka berfungsi dengan begitu baik.Ryx dan kawan kawannya mengangguk tanda faham.
“Kalau macam tu,mesin A2TP ni memang betul betul hebat,apa lagi..jomlah kita tidur!!”
Miley yang begitu teruja cepat saja ingin melangkah ke alam mimpi,namun ditegah oleh Ryx.
“Tadi baru pengenalan ringkas,kau tunggu aku habis baca peraturannya dulu baru boleh tidur.”
Mereka semua tergelak besar apabila Miley yang tadinya tersenyum lebar menarik muka masam atas kata kata Ryx.
PERATURAN YANG WAJIB DIIKUTI PENGGUNA A2TP
1.SESEBUAH MESIN A2TP MENGHADKAN NILAI MAKSIMUM 5 ORANG DALAM SESEBUAH MIMPI.
2.WATAK PENGGUNA A2TP DI ALAM MIMPI TERBATAS MENGIKUT GELOMBANG OTAK.TIDAK BOLEH DIPILIH DAN WATAK TAK TERKAWAL.
3.MASA MIMPI TERHAD,MAKSIMUM 12 JAM.
4.PENGGUNA AKAN KEMBALI KEALAM REALITI APABILA CERITA YANG DIGUNAKAN TAMAT ,ANTENA MIMPI DICABUT ATAU WATAK MIMPI PENGGUNA DALAM CERITA YANG DIGUNAKAN TELAH ‘MATI’.
5.SATU ANTENA MIMPI DIPERLUKAN OLEH SETIAP ORANG PENGGUNA A2TP.
6.MESIN A2TP WAJIB DIMONITORKAN OLEH SEORANG MANUSIA BERAKAL WARAS DI ALAM REALITI SEBELUM MEMULAKAN MIMPI PENGGUNA.
7.PASTIKAN TUBUH PENGGUNA A2TP BERADA DALAM KEADAAN HIDUP DAN SIHAT SEPANJANG MENGGUNAKAN MESIN A2TP...
Ryx mematikan ayatnya tiba tiba.Tidak meneruskan ayat terakhir yang terpamer di monitor I Pad itu.
“Ok,thats all,sesiapa yang tak faham,boleh tanya.?”
Ryx menutup IPad dan mengembalikannya kepada Zac.Mereka semua diam seketika sebelum tersenyum sesama sendiri.
“Apa lagi,jomlah kita mengawal dunia mimpi!!!”Miley menjerit kuat.
“Untuk langkah keselamatan,aku akan gunakan cerita pendek dulu untuk test pertama,aku setting masa 15 minit dan keputusan mimpi korang akan menentukan samaada mesin ini selamat digunakan atau tak.”
Mereka berempat mengeluh hampa apabila Ryx menunjukkan Fabel Donggeng Little Mermaid.Tiada cerita lainkah yang hendak digunakan sebagai experiment??Mengapa mesti fable donggeng kanak kanak itu.
“Aku Cuma perlukan 3 orang,siapa yang volunteer nak masuk alam mimpi ikan duyung?”
Max,Miley dan Sam serentak mengangkat tangan dan Zac hanya membuat muka tak berminat.Zac lebih gemar memerhatikan Ryx,seperti dapat membaca sesuatu yang menghairankan di wajah gadis itu.
“Mana ada cerita ikan duyung... lelaki yang sibuk nak berlakon ni,apalah kau orang ni ek??Tapi..tak pelah..Buktikan kat aku yang mesin A2TP dapat buat kau orang seronok,bersedia untuk tidur.”
Miley,Max dan Sam malas bertanya lagi..Mereka terus berbaring diatas lantai.Tidak mempedulikan kesejukan berbaring di atas lantai tanpa beralaskan sesuatu. Ryx membuka mesin A2TP,mengeluarkan 3 antena mimpi yang bersaiz cube dan meletakkannya di dahi 3 sahabatnya .Dengan perlahan antena mimpi A2TP mengeluarkan kaki kaki kecil bewarna silver seperti sebuah robot transformer kecil dan melekap di pusat dahi mereka.
“Aku akan cabut antena mimpi ni lepas 15 minit.”
“Ok.Macam manalah aku jadi ikan duyung yer..dahlah takde kaki,geli jer,masuk cerita Harry Potter lagi bagus.”
Miley sempat membebel sebelum mereka semua terdiam apabila Ryx memasukkan buku Little Mermaid ke dalam satu ruang khas mesin A2TP dan itu petanda mereka akan bermimpi sebentar lagi...Dalam jangka masa sesaat saja,mesin A2TP telah menerima ransangan gelombang otak Miley,Max dan Sam.Profesor Axseran melepaskan nafas lega apabila mesin itu kelihatan berfungsi dengan baik.Ryx meminta diri untuk ke tandas setelah memastikan Profesor Axseran menjadi monitor mimpi rakan rakannya.
Ryx yang baru saja keluar dari tandas agak terperanjat dengan kelibat Abigail yang tiba tiba saja muncul dihadapannya.Kelihatan wanita itu memegang beberapa buah buku dan gulungan kertas.
“Ya makcik,ada apa apa yang saya boleh bantu??”
“Maaf cik muda,sebenarnya..saya berniat untuk berikan cik muda...ini..”
Abigail menarik tangan kanan Ryx dan meletakkan suatu objek yang kelihatan berkilauan dan agak sejuk apabila menyentuh telapak tangan Ryx.Dan apabila Ryx membuka gengaman tangannya,mulutnya melopong melihat seutas rantai perak yang mempunyai loket berbentuk bintang bertatah permata bewarna biru laut.
“Cantik rantai ni makcik,dari mana makcik dapat?”
“Rantai itu kepunyaan cik muda,pakailah.”
“Tapi makcik,rantai ni sangat cantik dan berharga..ni milik makcik,saya tak boleh nak terima sesuka hati..”
Ryx cuba memulangkan rantai yang menarik perhatiannya ke tangan Maria namun wanita tua itu menolak keras.Wajahnya kelihatan merah seperti meradang apabila Ryx menolak pemberiannya.
“Rantai dan loket itu milik cik muda Rosella,cik muda pakailah..saya sangat senang hati jika cik muda sudi memakainya.”
Ryx yang agak berat hati akhirnya menyarungkan rantai tersebut ke lehernya untuk memuaskan hati Abigail.Kelihatan satu senyuman terukir di bibir wanita separuh abad itu sebaik saja Ryx mengalungkan rantai unik itu dilehernya.
“Saya boleh dapatkan kalau saya nak..”
Ryx membelek belek loket yang mempunyai ukiran tulisan greek di belakangnya dan Ryx memang langsung tak faham.Mata Ryx lebih berminat melihat permata yang galak bersinar tergantung dilehernya ketika itu.Seperti sebuah lautan dalam ia berkilau apabila terkena sinaran bulan.Seperti warna permata “HEART OF THE OCEAN” dalam filem “TITANIC” saja.Cuma bentuk loket itu jarang ditemui,berbentuk bintang.Bukan mudah menempa berlian dalam bentuk itu.Namun dengan mesin ciptaan tahun 2017,tiada apa yang mustahil...
“Tiada loket yang serupa dengan loket Arch Angel.3 bentuk loket lagi mempunyai permata bewarna merah,putih dan hitam.Mengikut sejarah,kalau cik muda dapat kumpul empat bentuk loket Arch Angel..apa juga hajat cik muda.. dapat ditunaikan.”
PROF.AXSERAN JESTER |
Ryx tergelak besar mendengar penerangan Abigail.Tidak menyangka yang pembantu pakciknya memepercayai sejarah yang lebih menyerupai mitos dan tidak boleh diterima akal logic.Terutamanya mereka sekarang berada di kurun dimana sains dan teknologi menjadi perkara pertama yang menerajui kehidupan manusia.Dimanakah letaknya sejarah,mitos dan lagenda kalau bukan...dalam perpustakaan.Hanya pakciknya saja yang berminat mengkaji sejarah purbakala sewaktu manusia sibuk mengkaji masa hadapan.
“Kalau betullah saya dapat tunaikan apa juga hajat dengan kumpul 4 loket ni,saya akan cari sampai ke hujung dunia makcik...tapi saya tak percaya mitos yang macam ni.”
“Ia bukan mitos cik muda Rosella,tapi sejarah.Sejarah yang pernah berlaku.Saya harap cik muda dapat pakai rantai itu dan jaga loket Arch Angel dengan baik.Bacalah buku ni kalau cik muda ada masa..ia berkisarkan sejarah loket tersebut..Selamat malam.”
Ryx terpinga pinga seketika apabila Abigail memberikan sebuah buku berkulit tebal yang kulitnya sudah hampit tercabut dan tajuknya sudah tidak kelihatan kepadanya.Abbigail berlalu meninggalkan Ryx dengan seribu tanda tanya.Setelah dibelek belek isi kandungan buku tersebut,nyata Ryx tidak dapat membacanya kerana buku itu dalam tulisan Greek.Ryx cuba mencabut rantai yang terkalung dilehernya,namun seperti ada satu kuasa,susah pula rantai itu hendak dicabut.Akhirnya,Ryx membiarkan rantai tersebut bergantung dilehernya sebelum berlalu mendapatkan Profesor Axseran bersama sebuah buku di pelukan.Masa 15 minit sudah hampir tiba..
Ryx melangkah perlahan menghampiri 3 jasad kawannya yang kelihatan tenang berada dalam alam mimpi.Zac kelihatan sibuk dengan handphone di satu sudut.Karier mereka sebagai band yang memainkan music bagi Lady Ryxelea mendapat tumpuan ramai.Tambahan lagi dengan kehadiran Miley sebagai pengurus,kehidupan mereka hampir saja sama sibuk dengan Ryx.Sibuk dengan panggilan peminat, wartawan juga orang orang yang tak dikenali..Dan kerana itulah Ryx selalu mematikan handphone. Mengelak daripada dihujani kesibukan.
“Ok Zac,times up,gather here..”
Ryx memanggil Zac,leader Eternal Band juga penulis lirik lagu Ryx, agar berkumpul bersamanya sebelum mendapat keputusan mimpi daripada Miley,Sam dan Max.Profesor Axseran sendiri menghampiri Ryx dengan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.Bimbang dan teruja...Mereka bertiga berkumpul membentuk bulatan mengepung tubuh Miley,Max dan Sam sebelum Ryx dengan perlahan menekan button “OPEN” di mesin A2TP untuk membuka antena mimpi yang terpasang didahi rakannya secara automatic.
“RYXELEA!!!”
Serentak dengan itu juga,satu jeritan kuat yang terhasil dari 3 suara menggemakan bilik tersebut.Jantung Ryx hampir tercabut apabila namanya diteriak kuat.Kelihatan wajah kecewa Max,Sam dan Miley yang baru saja sedar dari tidur mereka.
“Ryx..aku baru jer nak jumpa putera raja.”Miley bersungut.
“Aku baru jer bercadang nak melihat keindahan panorama dasar laut yang dalamnya lebih 3000 meter dari darat..”giliran Max mengeluh.
“Ryx..aku baru jer nak belajar tengok bola ajaib..”
“Enough,kau orang tak payah nak membebel.Cepat ceritakan mimpi kau orang.”
Ryx cepat memotong ayat Sam yang baru saja ingin membebel panjang.Kelihatan wajah ceria 3 sahabatnya apabila Ryx meminta bercerita mengenai mimpi pendek mereka.
“It was awesome Ryx,mesin A2TP ni memang hebat,,..aku memang rasa dapat mengawal mimpi,pertama kali aku rasa berada dalam cerita dongeng tu sangat menyeronokkan.”
“Betul cakap Miley tu Ryx,walaupun aku kena jadi ahli sihir laut yang berikan Miley ‘ubat untuk dapatkan kaki dan bisukan suara’,aku masih dapat buat benda lain..contohnya bermain main dengan dolphin dan mengarahkan sotong kurita gergasi mengejar kapal kapal.Aku pun ada bola Kristal yang boleh tengok orang lain macam satelit!!!”
Giliran Sam bercerita dengan tawa terbahak bahak.Entah apa yang lucu sangat dihatinya.Sam memang berbeza dengan Max dan Zac,perangai Sam lebih kebudak budakan jika hendak dibandingkan antara mereka bertiga.
“Aku jadi kawan baik Liz,Max “ikan duyung lelaki’..walaupun aku tak ingin langsung nak halang dia dari pergi jumpa putera raja tu,..(buang masa aku jer)..tapi mulut aku tetap juga berkata yang aku nasihatkan dia jangan pergi.Dan aku rasa itulah..”
“Dialog dan scene yang dah ditetapkan.So sekarang kita dah boleh buat conclusion bahawa mesin A2TP sememangnya membenarkan pengguna mengawal sebahagian dari perjalanan mimpi dan sebahagian lagi adalah tetap mengikut buku.”
Penjelasan Profesor Axseran atas penerangan mimpi Max,membuatkan mereka semua begitu teruja untuk masuk ke alam mimpi seterusnya
“Em..tapi satu hal yang aku teringin sangat nak tahu..berapa lama kau orang bertiga berada dalam dunia lautan tu?”
“Lebih kurang 2 minggu,tapi aku rasa macam dua hari jer sebab kita berada di dunia baru..banyak benda yang aku boleh buat.Ikan duyung pun cantik cantik..”
Max memberikan jawapan atas soalan Ryx.Nampaknya jarak waktu dunia mimpi dengan alam reality memang sama sekali jauh berbeza.Ryx berfikir seketika.
“Pakcik,boleh tak kalau pakcik monitor kami untuk setengah jam lagi.Saya nak masuk kea lam mimpi dengan mereka semua??”
“Sudah tentu Ryx,bukankah itu tujuan kamu semua datang kesini,untuk jadikan pakcik monitor kamu.”
Persetujuan Profesor Axseran Jexter untuk menjadi monitor mereka membuatkan 5 sahabat tersenyum riang.Masing masing sudah tidak sabar mengembara ke alam mimpi.
“Tapi..takkan kita nak masuk cerita ikan duyung lagi kot??”
“Tak thrill lah,aku ada ambil satu buku dari Lybrinth Library tadi.Ceritanya lebih kurang filem “LORD OF THE RING”..kalau kau orang tak gentar berhadapan dengan raksasa,jomlah kita tidur.”
Ryx menunjukkan buku yang diberikan Abbigail kepadanya.Mudah saja dia berbohong dengan mengatakan buku itu diambil dari perpustakaan bercabang.Tambah yakin mengatakan buku itu iras iras sebuah novel yang diadaptasi menjadi filem popular “LORD OF THE RING”.Kata kata Ryx sememangnya meyakinkan sesiapa yang mendengar.
“Aku lebih suka jadi ketua raksasa sebenarnya.Jomlah kita tidur.!!”
Sam segera saja berbaring tanpa banyak bicara.Profesor Axseran tidak mengesyaki apa apa hanya tersenyum melihat tingkah laku mereka yang sibuk mencari posisi untuk berbaring.Ryx sudah memasukkan buku tebal tersebut kedalam mesin A2TP sebelum dia berbaring disisi Zac.Setiap seorang diberikan satu antena dan antena tersebut mula melekap di dahi mereka berlima.
“Pakcik,bangunkan kami 30 minit dari sekarang.Good bye.”
“Sweet dream sweatheart.Semoga perjalanan mimpi kamu indah belaka.”
Ryx sempat melambaikan tangannya kearah Profesor Axseran,menoleh ke arah Zac yang tersenyum memandangnya..sebelum dunianya terasa gelap seketika...
BAB TIGA
SELANGKAH KE SOMMERIES
Ryx tersedar dari tidurnya dan mendapati dia berada di atas sebuah katil empuk bersaiz King yang cadarnya disulam dari benang emas juga sejenis kulit biri biri yang menghangatkan badan.Mata Ryx menerokai keseluruhan bilik dengan bersuramkan cahaya lilin.Ryx mendapati perabot dalam ruang itu lebih cantik dan kelihatan baru jika hendak dibandingkan dengan perabot antik yang terdapat di Rosellian Mansion.Bilik tersebut hanya diterangi dengan beberapa batang lilin yang dipasang di setiap penjuru.Tiada eletrik digunakan.Ryx bangun dan melihat dirinya dari atas ke bawah.Tubuh Ryx dibaluti gaun tidur bewarna putih .Dan apa yang pasti dia tidak mempunyai baju tidur seperti itu.
“Oh..pastilah aku dah masuk dunia mimpi.Kat mana aku ni..”
Ryx baru menyedari yang alam mimpinya sudah bermula.Dia tersengih sengih sendirian apabila melihat sebuah potret besar yang berlukiskan wajahnya bersama seorang lelaki juga wanita tua tergantung tidak jauh dari tempat dia berdiri.Kelihatan lelaki itu memakai mahkota,begitu juga dengan wanita tersebut dan gambarnya sendiri.Potret hitam putih.Petir sabung menyabung di luar langsung tidak menghilangkan perasaan teruja Ryx.Dia membelek belek gambar tersebut.Memang gadis dalam potret tersebut mempunyai rupa yang sama dengannya.
“Oh my god,..aku puteri raja ker?Asyik jadi puteri jer..tak best betullah..”
Ryx membebel sendirian,matanya menyorot kearah sebuah almari yang terletak di sisi katil.Ringan saja tangannya membuka almari yang mempunyuai dua pintu berukir burung phoenix diatasnya.Ryx ternganga apabila mendapati semua baju yang berada dalam almari itu bewarna putih.Ryx memang minat warna putih,tapi mustahillah semua koleksi bajunya bewarna putih.
Setelah almari ditutup dengan perasaan pelik,mata Ryx terpandangkan sebuah peti kayu berukiran cantik dan berbentuk panjang terdapat di satu sudut lain.Ryx cuba membuka peti tersebut dengan kedua tangannya namun tidak Berjaya.Tidak berkunci atau bermangga tetapi tidak boleh dibuka.Ryx memandang peti tersebut dengan geram.
‘BOITE D AGEE TRESOR,,,IC ORDRE TO ES TO OURRIR,,,IC ORDRE TO ES TO REUNION YOUS MEME.. QUAND IC DE’
Ryx menekup mulutnya apabila ayat tersebut secara spontan keluar dari bibirnya dan dengan ajaib juga peti yang ingin dibukanya sebentar tadi terbuka dengan sendiri.Pastilah ini yang dikatakan Profesor Axseran sebagai scene mimpi yang dah ditetapkan.Ryx telah menyebut beberapa patah perkataan Perancis yang pastinya dia tidak pernah belajar.Kaki Ryx terjengkit jengkit menghampiri peti tersebut dan dengan perlahan juga dia menjenguk untuk melihat isi kandungan peti kayu itu.
“Oh my god,aku ahli sihir atau seorang pahlawan pedang??”
Ryx menarik keluar sebilah pedang, satu satunya objek yang terdapat dalam peti tersebut.Sarung pedang saja cukup membuatkan Ryx kagum.Saduran gangsa dan kayu mahogany.Sebaris ukiran Greek ditempa dengan emas di atasnya. Sebiji permata bewarna biru, berbentuk bulan sabit molek terletak di hulu bilah pedang tersebut.Dan apa yang pasti itulah kali pertama Ryx melihat mata pedang yang bewarna hitam pekat bukannya warna perak seperti kebanyakan pedang yang matanya ditempa daripada besi.Ryx melibaskan pedang tersebut ke arah sebuah meja bulat dan mulutnya melopong tidak menyangka yang hayunan nya mampu membuatkan meja tersebut terbelah dua!
“Bagusnya kau ni..sebab kau pedang yang hebat,Aku namakan kau pedang Wind Struck ..Umpama angin yang menderu,Gah gitu.”
Ryx mengucup pedang yang diberi nama Wind Struck dan meletakkan objek tersebut di atas katil.Baru saja dia ingin melangkah ke meja solek,pintu bilik yang sedari tadi terkatup rapat ditolak kuat oleh seseorang.Ryx terkejut.
“Tuan Puteri,istana kita telah diserang tentera Beeston,kita perlu lari,pertahanan kita sudah dikalahkan,tuan puteri cepat salin pakaian ni,saya akan tunjukkan tuan puteri jalan keluar dari istana.”
Kelihatan seorang gadis yang berusia sebaya dengan Ryx termengah mengah berlari dan memberikan Ryx sepersalinan pakaian.Baju gadis itu kelihatan pelik dimata Ryx.Seperti baju zaman purba kala saja.Rambut juga pakaiannya bewarna putih.
“Alamak..takkan baru masuk mimpi watak aku dah nak mati kot??Tak adil betullah..”
Ryx berkata sendirian,agak terkilan jika wataknya mati di permulaan cerita.Seperti robot juga Ryx menyalin pakaian seperti permintaan gadis tersebut.
Elliot memaling wajahnya kebelakang apabila tuan puterinya berkelakuan pelik dengan tanpa segan silu menyalin pakaian di hadapan seorang hamba.Ryx tersenyum puas apabila gaun tidurnya sudah disalin dengan sepasang baju kulit bewarna coklat yang kelihatan cantik ditubuh langsingnya.Pedang Wind Struck disematkan disisi pinggang.Gaya seorang pahlawan saja.
“Cepat tuan puteri,kita dah tiada banyak masa.”
Elliot mengesa.Hairan melihat puterinya yang tenang walaupun istana mereka telah diserang musuh.
“Tunggu sekejap,nama awak apa yer?”Ryx bertanya sopan.
“Elliot.. Tuan Puteri,kenapalah tuan puteri suka bergurau di saat genting macam ni.”
Gadis yang menamakan dirinya Elliot itu lantas saja menarik tangan Ryx yang masih terpinga pinga.Ryx berlari meredah pekat malam melalui susur bangunan lama yang membuatkan mata Ryx tidak leka dari memandang ke kiri dan ke kanan.Kedengaran jerit pekik manusia dari kawasan bawah namun Ryx tidak dapat melihat apa yang berlaku.Langkahnya semakin laju mengikut larian Elliot.Sampailah di satu persimpangan Ryx hampir terjatuh kerana tersadung badan Elliot yang tiba tiba berhenti.
“Elliot,kenapa awak berhen.. ti...”
Kaki Ryx menggeletar apabila terpandangkan sesusuk tubuh haiwan yang badannya seperti gergasi,berkepala harimau dan bertanduk seladang sedang menghadang laluan mereka.Kelihatan juga makluk mengerikan itu memegang sebilah kapak yang saiznya berpuluh kali ganda besar dari kapak biasa.Tangan Ryx menggigil.
“Puteri ,berlindung di belakang saya..Mentagor ni agak berbahaya”
Elliot mengarah keras.Ryx tecengang,bagaimana gadis yang tak mempunyai senjata seperti Elliot mampu melawan makhluk yang 4 kali ganda lebih besar dan tinggi dari mereka ??.Mentagor..tidak pernah pula Ryx mendengar nama makhluk sedemikian sepanjang dia hidup.Jantung Ryx betul betul terasa hampir meletup apabila Mentagor tersebut mula melibaskan kapak gergasinya terhadap mereka berdua.
‘IC PESTER TO ES PETRIFIER’
Elliot menggumam beberapa perkataan sebelum secara automatic Mentagor yang hendak menyerang mereka tidak bergerak dan membeku seperti patung.Ryx tercengang,hebat sungguh gadis itu.Matanya dikedipkan beberapa kali bagi memastikan dia tidak berkhayal.Ryx mengurut dadanya perlahan setelah pasti makhluk hodoh tadi betul betul telah membeku sebelum sekali lagi tangannya diheret Elliot.
“Sihir saya Cuma boleh tahan beberapa minit saja tuan puteri,lebih baik kalau kita percepatkan langkah untuk menuju ke jalan rahsia dan tinggalkan istana ni.”
“Ok.”
Ryx tidak banyak bicara,kalau boleh dia membangunkan diri sendiri dari mimpi ngeri itu pasti sudah lama dia tersedar di Rosellian Mansion.Namun,itu semua mustahil berlaku,dia belum mati dan mimpinya belum tamat.Ryx pasti.. dia berada dalam dunia sihir.Masakan Elliot dengan sewenang wenangnya dapat membekukan seekor gergasi dengan beberapa patah perkataan saja.Larian mereka diteruskan buat beberapa minit sehinggalah Elliot membawa Ryx memasuki sebuah bilik kosong yang hanya mempunyai dinding batu bata biasa.
Telinga Ryx dapat menangkap bunyi larian makhluk besar menggetarkan lantai dan pasti sudah mendekati mereka.Terbayang bayang wajah Mentagor di otak Ryx.Meremang bulu romanya.Ryx pernah masuk ke dalam mimpi ‘NARNIA’ menggunakan mesin DCT,tapi tidak pernah pula dia merasakan ketakutan melampau seperti saat itu.
“Apa yang kita nak buat dalam bilik ni Elliot?”
Ryx menyoal kebingungan.
“Puteri seru Frevios,saya akan buka pintu ke dunia manusia sebentar lagi.Puteri terbanglah ke Sommeries,menyamarlah sebagai manusia biasa,kelak ada dari kesatria Windsour akan mencari tuan puteri.Jangan bimbang tentang kami semua,kami akan pertahankan Windsour dengan sepenuh tenaga.”
Bersungguh sahaja bicara Elliot,Ryx yang tak dapat mencerna kata kata gadis yang rambutnya diikat seperti samurai itu mula menggelabah.Matilah dia.Bagaimana dia mahu terbang,dia bukan burung atau pari pari.Tiada sayap juga.
“Cepat Tuan Puteri,Mentagor tadi sudah hampir dengan kita.”
“Elliot,saya manusia,mana saya ada sayap untuk terbang??”
Ryx semakin gusar apabila Elliot menggesanya.Ditambah lagi dengan bunyi derap kaki yang semakin menhampiri bilik dimana mereka berada.Ryx membayangkan tubuhnya akan tercerai dua jika dilibas oleh kapak yang dibawa makhluk bernama Mentagor itu.
“Puteri,saya merayu,serulah Frevios sekarang,ini bukan masa untuk bergurau..!”
Kedengaran suara Elliot seperti hendak menangis merayu puterinya yang kelihatan aneh malam itu.Ryx memejamkan matanya,berharap akan tersedar dari mimpi..Mulutnya terasa menyebut sesuatu.
Satu cahaya putih menjelma disertai dengan sinaran terang benderang menyebabkan Ryx membuka mata.Dia menggosok gosok mata beberapa kali apabila melihat seekor kuda putih yang mempunyai tanduk dan sepasang sayap tiba tiba muncul.Dan..ternyata Elliot lebih pelik melihat puterinya yang hairan melihat haiwan kesayangan sendiri.Elliot tidak mahu membuang masa.Dia menghampiri dinding bata yang berdekatan dan menghulurkan tangannya seperti ingin memegang sesuatu.
‘SECRETE PORTE D WINDSOUR,, REUNION CHEMIN JE PRINCESSE ROSELLA,REUNION YOUS MEME JE ETRE MONDE’
Ryx yang pasti sesuatu keadaan pelik akan terjadi apabila Elliot menggumam perkataan yang tak difahaminya segera melihat gadis itu.Dinding yang tadinya molek terbentuk dan gah berdiri sedang merekah dan akhirnya membentuk satu lubang besar.Satu sinar terang muncul dari lubang itu.
“Cepat Tuan Puteri,naik ke atas Frevios.Tuan Puteri akan tiba di Sommeries sebelum matahari terbit.”
Ryx mengikut kata kata Elliot seperti orang dungu.Dalam kepelikan,kakinya sudah melangkah ke atas kuda bernama Frevios.Seperi sudah biasa pula Ryx menunggang kuda bersayap itu.Kuda itu hanya diam dan membenarkan Ryx menunggangnya.
“Elliot,marilah terbang bersama saya.!”
Ryx menghulurkan tangannya kearah Elliot apabila melihat pintu bilik tersebut telah dipecahkan oleh sekumpulan Mentagor.Elliot hanya menggeleng geleng kepala tanpa perasaan gentar.
“Terima kasih atas jasa tuan puteri,tuan puteri hiduplah dengan baik baik di Sommeries,kelak manusia juga akan menyanjung Puteri Rosella seperti mana kami makhluk Windsour menyanjung tuan puteri.Jagalah pedang Windstruck sebagai tanda Puteri Rosella adalah tuan kami..Selamat tinggal Puteri ku..”
“Elliot,Jangan!!!”
Serentak dengan itu juga Frevios terbang merentas lubang yang diseru Elliot dan sebaik saja tubuh Ryx melepasi rekahan itu,Elliot menggumam beberapa mantera dan sekaligus batu bata yang tadinya runtuh bercantum kembali.Tinggallah gambaran Elliot dengan puluhan ekor Mentagor di bayangan Ryx.
Ryx yang kini berada diatas Frevios terbang melayang dari langit menuju ke satu lokasi.Apa yang pasti Ryx tidak dapat melihat satu objek pun kecuali rasa badannya seperti melayang dibawa angin.Hanya badan Frevious yang bersinar terang memberikan Ryx sedikit cahaya untuk bernafas.Ryx kebingungan.
“Oh Ryx,ini Cuma mimpi dan Cuma sebuah cerita yang dikarang manusia..kau tak payahlah nak emosi sangat..ini bukan betul pun..”
Ryx berkata sendirian,menyedapkan hatinya yang rasa bersalah kerana meninggalkan Elliot yang baru dikenali beberapa saat bersama sekumpulan makhluk mengerikan.Semangatnya tiba tiba naik apabila melihat terbitnya matahari memancar bumi dari ufuk timur setelah beberapa jam terbang dan Frevios mendarat di atas tanah.Ryx turun dari kuda bersayap itu dan menyembamkan mukanya ke tanah.
“Akhirnya..sampai juga aku dekat satu kawasan yang aku pasti bernama bumi.”
Ryx bercakap sendirian sambil menepuk nepuk badan Frevios yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi.Ryx yang tadinya senyum teruja mempamerkan wajah terperanjat apabila melihat Frevios.Kedua sayapnya sudah hilang.!!!.Ryx mengelilingi kuda tersebut beberapa kali dengan perasaan pelik.
“Frevios,mana sayap kau?Takkan dah hilang kot?Aku baru nak ajak kau terbang di waktu siang,aku tak nampak apa pun masa kau bawa aku terbang malam tadi?.”
Ryx bertanya kearah kuda itu,manalah tahu kuda itu akan berkata kata seperti dalam sesetengah dongeng yang ditontonya.Namun Ryx hampa apabila Frevious tidak memberikan apa apa respons.Mulut Ryx juga tidak mengeluarkan mantera mantera sihir secara spontan lagi.Ryx yang mendapati dirinya berada di pinggir hutan segera saja menarik tali putih yang tergantung dileher Frevios.Membawa haiwan itu berjalan disisinya memasuki hutan yang yang jarang ditemui pada tahun 2017.
“Macam manalah keadaan Elliot yer...Miley,Max,Sam,dan,Zac juga.Kesian mereka kena masuk dalam mimpi yang pelik macam ni,harap harap mereka baik baik saja...”
Ryx berjalan perlahan sambil bercakap sendirian.Bimbang memikirkan keselamatan rakan baiknya yang turut sama memasuki mimpi itu.Frevios hanya mengikuti langkah Ryx seperti angin.Langkah Ryx tiba tiba terhenti apabila mendengar suara jeritan sayup sayup meminta tolong.Semakin lama semakin dekat,dan hampir dengan dirinya.Ryx sudah mengeluarkan pedan Windstruck.Kemungkinan saja Mentagor menjejakinya ke hutan itu.Bunyi ranting ranting dipijak semakin kuat.Ryx memegang kuat tali Frevious,menguatkan semangatnya yang semakin goyah.
“Tolong..tolong saya..ada sekumpulan perompak sedang mengejar saya.!”
Seorang gadis cantik tiba tiba saja memeluk tubuh Ryx.Ryx menghela nafas lega.Mujurlah manusia..Tubuh gadis malang itu kelihatan calar balar dan dipenuhi luka luka kecil.Pastilah kerana gadis itu memakai sepasang gaun sutera labuh tidak berlengan yang hanya sesuai dijadikan pakaian dalam dan bukannya sebagai pakaian memasuki hutan.Tubuh gadis itu menggigil kuat.
Ryx berdiri dihadapan perempuan itu apabila sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang menghampiri mereka.Kedengaran hilai tawa pemuda pemuda berkepala botak yang Ryx pasti adalah spesies manusia.. apabila melihat dirinya cuba mempertahankan wanita malang itu.Perut Ryx terasa kecut.Sepanjang dia jadi penyanyi pun,tidak pernah dia dikerumuni 12 orang lelaki yang berniat ingin mencederakannya.
Para perompak itu mulai diam apabila ketua mereka yang memiliki badan gemuk dan bermisai tebal menghampiri Ryx.Ketua perompak yang pada mulanya tawa mengilai,tiba tiba terdiam apabila matanya bertembung dengan anak mata Ryx.Tukul besi yang tadinya digalas di atas bahu tiba tiba jatuh ke tanah.Ryx yang turut sama terkejut menapak kebelakang beberapa langkah.Mata ketua perompak itu masih tidak berkelip memandangnya.
“Apa niat kau orang mengejar gadis ini?Dimanakah maruah kamu semua sekumpulan lelaki mengejar seorang gadis yang tidak bertenaga!.”
Ryx tidak dapat mengawal mulutnya.Ayat ayat spontan mula keluar dari mulutnya.Setiap perompak yang bertembung mata dengan Ryx terpaku dan membisukan diri.Ryx menelan liur.Matilah dia.
“Kami cuma berniat mengumpul harta..kami merompak perempuan ini yang penuh dengan emas dan permata di kudanya..”
Ryx dan wanita tersebut terpegun apabila kesemua perompak tadi tiba tiba melutut di atas tanah seperti orang bodoh.Mata mereka semua masih tak berganjak dari memandang wajah Ryx.Ketua perompak tadi bangun dan menghampiri Ryx.
“Aku akan jadi ketua perompak puak Haggerstone yang paling terkenal kalau dapat memiliki gadis secantik kau..”
Baru saja tangan ketua perompak itu ingin menyentuh pipi Ryx,Ryx menepis kuat.Perompak itu mendengus kasar.
“Jangan kau berani menyentuh aku!!!Cakap saja apa yang kau mahu,asalkan jangan kau usik maruah aku dan perempuan ini.”
Tengkingan Ryx menyebabkan semua perompak tersebut berdiri kembali.Mereka sudah menggoyangkan senjata masing masing seperti hendak menyerang.Ryx menelan liur.
“Baiklah,kalau kau mampu bagi kami semua seuncang emas seorang,kami akan lepaskan kau berdua.Kalau tidak,..kami akan tawan kau wahai si cantik jelita dan jadikan perempuan itu sebagai pelacur.”
Sekali lagi hutan itu dipenuhi dengan gelak tawa menyakitkan hati yang keluar dari mulut mulut penyamun yang berasa bangga dengan cadangan ketua mereka.Ryx binggung,dari mana dia mampu mendapatkan emas ketika itu.Kalau di tahun 2017,mintalah berapa banyak emas pun yang mereka mahu,pasti Ryx mampu memberinya.Wajah ketakutan gadis yang bersembunyi di belakangnya dipandang penuh simpati.Ryx meraba raba poket seluarnya..
‘AIDE IC..CROQUESE CONTREFACON GABION,..”
Mulut Ryx mengeluarkan sebaris ayat sebelum tangannya merasakan beberapa ketulan berat tiba tiba memenuhi poket seluarnya.Ryx dengan selamba melemparkan setiap seorang dari penyamun itu dengan seuncang emas yang datang entah dari mana.Ketua perompak dan koncu koncunya seperti tidak percaya yang Ryx memiliki emas sebanyak itu.Namun,mereka menepati janji,sebaik saja barang tawaran yang dikehendaki berada di tangan masing masing,mereka berlalu pergi.Ryx menghembus nafas lega.Frevios kelihatan diam saja.
“Terima kasih awak,kerana sudi membantu saya..”
Wanita yang tadinya diserang ketakutan kini sudah berani bertentang mata dengan Ryx.Seperti perompak perompak tadi,Marien turut terpegun apabila menatap wajah Ryx.Marien tidak bergerak sehinggalah Ryx melambaikan tangannya di wajah wanita itu.
“Awak ok ker?Saya R..Rosella,..”
Ryx menghulurkan salam perkenalan,entah kenapa mulutnya menyebut nama Rosella bukan Ryxelea.Gadis itu terpinga pinga seketika sebelum menyambut salam Ryx.
“Saya Marien,panggil saja saya Mary.Pertama kali melihat perempuan secantik awak..”
Mary memuji secara spontan.Sepanjang dia berada di Sommeries tidak pernah dia berjumpa perempuan secantik Rosella.Marien yang seringkali dipuji dalam kalangan wanita tercantik di Sommeries merasakan dirinya mempunyai kecantikan yang biasa jika dibandingkan dengan Rosella yang telah menyelamatkannya. Ryx hanya tersenyum.Baju kulit yang tersarung ditubuhnya dibuka dan disarungkan di tubuh Mary.Ryx hanya memakai baju tipis yang diperbuat dari kapas seperti singlet.Ryx mengarah Mary menaiki tubuh Frevios,Ryx lebih senang berjalan disisi kuda itu daripada menunggangnya.
“Mary,apa yang awak buat dalam hutan ni berseorangan,kan merbahaya?”
Ryx bertanya ramah,sambil berjalan perlahan disisi Mary yang berada diatas Frevios.Ryx mengikut kudanya tanpa hala tuju.
“Saya dan enam orang pengawal saya baru pulang dari pekan berdekatan,tidak sangka pula yang perompak Haggerstone menyerang kami di tengah jalan,para pengawal saya telah mati dibunuh.Mereka memang kejam.Nasib saya agak baik kerana dapat melarikan diri dan berjumpa dengan awak Rosella.”
Ryx mengangguk tanda faham.Haggerstone..mungkin nama perompak yang ditemui mereka sebentar tadi.
“Rosella,awak berasal dari negara mana,tidak pernah pula saya melihat kelibat awak di sekitar Sommeries?”
“Saya lahir di BEVERLY HILLS.Satu negeri yang sangat kecil terletak jauh dari tempat ni..Saya ni seorang pengembara Mary..tiada tempat tinggal tetap,saya berjalan dan terus berjalan melihat keindahan setiap kota.Saya nak pergi ke Sommeries sebenarnya,tapi tak tahu mana jalan yang mahu dituju.”
Ryx menokok nambah cerita mengikut sedap mulutnya berkata.Tidak pula dia rasa bersalah.Masakan ada manusia dari zaman purba yang tahu kewujudan BEVERLY HILLS atau U.S.A pada masa itu.
“Saya tak pernah keluar dari Sommeries jadi saya tak berapa tahu pasal Negara luar.Tapi..kalau awak nak ke Kota Sommeries saya akan tunjukkan jalan nya dengan senang hati.Kota Sommeries tak jauh dari sini..Itupun kalau awak sudi..”
“Dengan berbesar hati saya sudi...”
Mary melemparkan senyuman manis kepada Ryx.Dapat juga dia membalas budi penyelamatnya walaupun sedikit.Mereka berjalan beriringan merentasi hutan...
BAB EMPAT
PUTERA MAHKOTA SOMMERIES
Mata Ryx terpaku sebaik saja dia melepasi sebuah tembok gergasi yang berketinggian lebih kurang 50 kaki mencanang ke langit.Ryx berasa seolah olah bermimpi(walaupun sebenarnya dia memang bermimpi) apabila melihat puluhan manusia berjalan di sekitar tempat tersebut dengan pakaian pelik,pakaian yang hanya dipakai untuk pementasan purbakala di zaman 2017.
‘Pasti banyak manusia yang mati untuk bina tembok setinggi ini’.
Ryx berkata dalam hati.Kagum juga dengan binaan manusia purbakala.
“Selamat datang,” kata Mary, “ke Kota Sommeries”
Mary tersenyum melihat Ryx terpegun.Mereka melangkah masuk ke tembok berbatu itu.Frevios sentiasa mengikut langkah Ryx walaupun Mary sudah turun dari badannya.Matahari yang bersinar galak memancarkan cahaya yang menyakitkan mata dari sebuah kedai yang didepannya terdapat setimbun pedang dan peralatan logam pelbagai bentuk.
Ryx berharap dia mempunyai banyak mata untuk melihat semua arah ketika dia menyusuri jalan itu.Buah buahan,pakaian dan banyak barang hanya dijual secara lambak oleh para peniaga.Jika pada tahun 2017 peniaga menjual barangan dengan cara ini,pasti barang niaga mereka sudah dirompak oleh pencuri.Ryx menekup mulutnya,hampir tidak percaya yang dia dapat berpijak di kawasan seperti itu.
“Lady Marien..salam hormat untuk cik muda.”
Beberapa orang peniaga tunduk hormat apabila terpandangkan wajah Mary.Mata mereka juga mencuri pandang wajah jelita Ryx yang masih leka melihat ke kiri dan ke kanan.Mary tersenyum sinis,nampaknya bukan dia dan perompak Haggerstone saja yang terpegun melihat kecantikan Ryx.
“Mary,adakah awak seorang bangsawan disini,kenapa mereka tunduk hormat apabila melihat awak?”
Ryx menyedari yang langkahnya disusuli dengan pandangan mereka yang berada disitu dan banyak yang tunduk hormat kepada Mary.
“Mungkin sebab awak cantik sangat,macam bidadari kayangan.”Mary mengusik.
“Cantik ker bidadari kayangan??”
Mary tergelak kecil mendengar pertanyaan Ryx.Pastilah gadis itu berjenaka.Mengikut cerita orang tua tua,bidadari kayangan mempunyai kecantikan yang boleh membuatkan orang yang melihatnya pengsan.Namun tidak pernah pula Mary berjumpa dengan bidadari kayangan.Bertemu dengan gadis secantik Ryx pun hanyalah satu kebetulan.
“Saya ialah anak saudara Raja Sommeries,maaf kerana tak memberitahu nama sebenar saya tadi,saya ialah Lady Marien Eliston.”
Mary menundukkan sedikit badannya apabila memperkenalkan identity sebenar kepada Ryx.Sememangnya gaya seorang gadis bangsawan.
“Tak perlu minta maaf,jadi orang yang sentiasa terkenal pun bukannya bagus sangat.Baiklah Mary,terima kasih kerana tunjukkan saya jalan ke Sommeries.Saya nak berjalan jalan di sekitar bandar yang menarik ni,awak pulanglah dulu,rehatkan diri.”
“Terima kasih sekali lagi Rosella kerana selamatkan saya,kalau tak keberatan datanglah ke istana,saya belum balas jasa awak lagi.”
“Bantuan yang saya beri bukan minta untuk dibalas dengan jasa,kalau ada jodoh kita bertemu lagi Lady Marien.”
Giliran Ryx menundukkan badannya ke arah Mary sebelum dia berlalu dengan Frevios.
“Gadis yang sangat hebat,kalau aku lelaki pasti aku tertawan dengannya.”
Mary berbisik sendirian sebelum bergegas pulang ke istana.
Raja dan Permaisuri Sommeries berada dalam keaadaan gusar apabila mendapat berita rombongan Lady Marien telah diserang penyamun .Puteranya yang diarahkan untuk menjejaki Lady Marien mendapati para pengawal Lady Marien telah mati dibunuh.Ketibaan Lady Marien di dewan utama istana Sommershire melegakan hati penghuni istana.
“Syukurlah,kami dapat melihat kamu lagi anakku..”
Permaisuri Catherine memeluk erat tubuh anak saudaranya yang sudah dianggap seperti puteri sendiri.Jullian turut berasa lega,hampir dua hari dia menjejaki langkah Lady Marien atas arahan ayahnya namun membuahkan hasil yang hampa.Pertemuan terakhir yang membuatkan dia pulang ke istana Sommershire apabila mayat sekumpulan perompak ditemui mati bergelimpangan tidak jauh dari Kota Sommeries.Hendak dikata mereka mati diserang manusia.. tiada pula kesan pertempuran,apa yang pasti para perompak dari puak Haggerstone itu mati kerana diracun.
“Seorang gadis telah menyelamatkan saya dari perompak Haggerstone ayah,mereka telah membunuh para pengawal, mereka perompak yang keji,mereka cuba memperkosa saya juga Rosella”
Mary menceritakan kembali detik detik ngeri yang dilaluinya bersama Ryx yang diketahuinya bernama Rosella.Raja Craster terdiam sebentar sebelum merenung putera tunggalnya,memberi isyarat agar tidak memberitahu hal sebenar kepada Lady Marien yang masih dalam keadaan lemah.Bimbang jika Lady Marien banyak berfikir.
“Siapakah gadis yang bernama Rosella itu Marien,adakah kamu membawanya ke istana?Gadis yang telah menyelamatkan kamu wajar diberi ganjaran.”
Pertanyaan Raja Caster membuatkan Lady Marien tersenyum riang.Walaupun Raja Caster dan Permaisuri Catherine bukan ibu bapa kandungnya namun perhatian mereka berdua terhadapnya sama seperti perhatian yang diberikan kepada Jullian.Mary berasa gembira kerana ayahnya ingin membalas jasa Rosella.
“Dia tiada di istana,tapi dia berada di Sommeries.Dia seorang pengembara ayah.Dan...”
“Jangan bimbang Marien,saya akan cari gadis yang bernama Rosella tu dan membawanya ke istana untuk diberikan ganjaran.Sandra bawa Lady Marien ke kamarnya untuk berehat.”
“Baiklah Tuan Putera”
Jullian mengarahkan Sandra,orang suruhan paling setia Lady Marien yang merupakan sahabatnya untuk membawa gadis itu beredar dari dewan utama.Sandra mengiringi langkah Mary selepas tunduk hormat kepada Jullian.
“Terima kasih Jullian.Pastikan awak cari dia sampai jumpa.Dia memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik.”
Mary sempat berpesan sebelum berlalu.Jullian hanya mengangguk.Hubungannya dengan Marien seperti adik beradik walaupun mereka hanyalah sepupu.Sejak kedua ibu bapa Lady Marien mati,ibu bapa Jullian lah yang menjaga Marien,mereka membesar bersama.
“Seorang gadis mengalahkan sekumpulan perompak Haggerstone,pertama kali saya dengar.”
Addison,sahabat terbaik merangkap orang suruhan paling setia Jullian mula berceloteh sebaik saja Jullian meninggalkan dewan utama istana Sommershire.Addison dan Sandra adalah orang suruhan merangkap orang kepercayaan Jullian.Jika tidak kerana status keturunan,sudah pasti Addison dan Sandra menjadi adik beradik angkatnya.Jullian memandang wajah Addison yang memang banyak mulut.
“Memang pertama kali dengar,tapi tak mustahil kan kalau perempuan tu seorang ahli sihir macam kamu.Memanglah dia bisa mengalahkan sekumpulan gajah sekali pun.”
Jullian menjawab,menyuarakan sebarang kemungkinan atas kehebatan gadis yang berjaya membunuh sekumpulan perompak ganas puak Haggerstone.Sejak sempadan Sommeries dicerobohi perompak,ramai dari rakyat takut keluar dari kota Sommeries.Banyak dari mereka telah disamun dan dirompak puak Haggerstone.
“Itu lagilah mustahil,kamu tahu kan yang ahli sihir dari keturunan manusia macam saya tak mampu nak bunuh seorang manusia pun,kecuali mencederakan mereka,lainlah kalau saya ni berketurunan Skyblood.Dan..kalau betul pun wujudnya ahli sihir berketurunan Skyblood yang kita tak pernah jumpa walaupun sekali,mengikut kata ayah awak .....”
“Mereka takkan turun ke dunia manusia.”
Jullian memotong ayat Addison sebelum duduk bersandar di kerusi makan yang terletak dalam kamar peraduannya.Jullian berfikir seketika.Terlalu banyak rahsia yang masih belum terungkai di Sommeries.
“Esok,kita berdua akan meronda di Sommeries,siapa pun perempuan itu,ahli sihir,skyblood atau manusia biasa.Kita telah terhutang budi dengannya.Dia dah selamatkan Lady Marien.”
“Itu sememangnya betul” Addison bersetuju dengan keputusan Putera Jullian.
Pada malam itu,Ryx bermalam disebuah rumah tumpangan dengan perasaan gembira.Tidak menyangka yang poketnya sentiasa dipenuhi emas setiap kali dia rasa hendak membeli sesuatu.Ryx telah menyewa sebuah bilik yang pada fikirannya paling buruk untuk dikatakan sebuah bilik.Busuk dengan bauan yang kurang menyenangkan,bilik yang diperbuat dari kayu dan tidak mempunyai siling.Katil pula hanya dibuat dari pangkin kayu dan beralaskan jerami.Sesekali Ryx terjerit besar apabila beberapa ekor tikus melintas diatas tempat dia berbaring.
Ryx membuka tingkap kayu yang berada di bilik tumpangan itu.Mujurlah dia sempat membeli sepasang jubah labuh yang berhud untuk melindungi wajahnya dari tatapan umum.Ryx merasakan yang wajahnya sentiasa menjadi perhatian ramai dalam mimpi atau dalam dunia realiti.Ryx tersenyum melihat Frevios yang diikat tidak jauh dari pintu masuk rumah tumpangan tersebut.Kuda itu melihat kearahnya seolah olah mengetahui Ryx berada di tingkat atas.Ryx berada di sisi Frevious untuk beberapa jam pada waktu malam,(memikirkan yang Frevious mungkin mengeluarkan sayap pada waktu malam) memutuskan untuk tidur sahaja setelah tiada perkara ajaib berlaku.
Keesokan harinya,Ryx terjerit kecil apabila bangun dari tidur.Dia baru menyedari bahawa anak matanya telah bertukar warna.Warna anak matanya yang bewarna biru cair,telah berubah menjadi biru pekat disebelah kanan.Disebelah kiri masih bewarna biru cair.Ryx mengelabah seketika melihat pantulan dirinya dalam cermin yang berada dalam bilik itu.Rambutnya masih elok,bewarna putih keemasan dan beralun lurus.Dia membelek satu persatu anggota tubuhnya.Tiada yang luarbiasa kecuali anak matanya yang tiba tiba bertukar warna.
Melihat anak matanya,Ryx teringat akan Profesor Clynne ,ayahnya,yang mempunyai anak mata bewarna hijau di sebelah kanan dan biru disebelah kiri.Mungkinkah tiba tiba genetiknya mengikut ayahnya itu??Ryx binggung seketika.
“Ha..macammana benda ni boleh ada kat sini,Miley tak pernah cakap pun yang dia boleh bawak ‘HANDPHONE’ masuk dalam mimpi Harry Potter.”
Ryx juga baru tersedar yang rantai pemberian Abbigail sebelum dia memulakan mimpi masih molek tergantung dilehernya.Ryx menarik narik rantai tersebut,namun seperti biasa..dia tidak berjaya menanggalkan rantai tersebut.Akhirnya Ryx mengeluh hampa.Dia membersihkan diri dan memakai hud yang dibelinya dengan harga 5 keping syiling emas di kedai berhampiran.
Ryx keluar dari rumah tumpangan tersebut dan ingin mendapatkan Frevios,namun sekali lagi dia terkejut besar apabila Frevious tiada di tempat yang diikatnya semalam.Ryx yang gelabah membuka hudnya.Dia masuk kembali ke rumah tumpangan dan bertanya dengan beberapa orang pemuda yang rancak berbual di kedai makan yang tersedia di bahagian bawah rumah tumpangan tersebut.
“Maaf encik,adakah encik ada melihat seekor kuda putih berkeliaran di sekitar sini??”
“Kami tak melihat kuda putih,tapi kami terlihat seorang perempuan berambut putih keemasan yang cantiknya mengalahkan Lady Marien.”
Empat pemuda itu ketawa terbahak bahak sebelum mereka serentak membisu apabila Ryx menghunuskan pedang Windstruck ke leher pemuda yang mengeluarkan ayat kurang sopan terhadapnya.
“Jaga mulut kau,atau pedang ni akan hancurkan kerongkong bodoh kau tu!!!”
Ryx memberi amaran tegas sebelum berlalu keluar,dia melingas ke hulu dan ke hilir mencari bayang Frevious.Ryx berjalan di sekeliling bandar Sommeries.Langkahnya terhenti apabila melihat sekumpulan lelaki berpakaian besi seperti kesatria yang menunggang kuda sedang mengejar seorang kanak kanak lelaki.
“Pencuri,pencuri!!!jangan lepaskan dia!!.”jerit para pengawal.
Ryx yang ingin mengetahui punca sebenar kanak kanak itu dikejar melupakan hal Frevios.Ryx turut sama mengejar kanak kanak itu namun dari arah yang berlainan.Ryx menggunakan lorong lorong kecil sehinggalah di satu simpang dia berlanggar dengan kanak kanak itu.
“Bertenang dik,boleh akak tahu kenapa para pengawal tu kejar adik?”
Ryx memeluk kanak kanak yang wajahnya penuh dengan kotoran juga pakaian yang compang camping dengan penuh perasaan simpati.Kanak kanak itu juga berasa selamat dalam pelukan Ryx.Aura Ryx lain dari manusia biasa.Tangan kanak kanak yang menggigil itu menunjukkan dua biji epal yang dicurinya.
“Mak saya dah seminggu tak makan,dia terlantar sakit di rumah.Kami takda duit untuk beli makanan.”jelas kanak kanak lelaki itu dalam ketakutan.
“Tak pe,berlindung di belakang akak,akak akan pastikan dia orang tak cederakan adik.”
Selesai saja Ryx berbicara,kumpulan pengawal tadi sudah mengepungnya.Sekali lagi Ryx mengeluarkan pedang.Tanpa gentar Ryx cuba melindungi kanak kanak tersebut.
“Kau orang ni tiada maruah ker,berkuda dan bersenjata tapi mengejar seorang kanak kanak yang tak berupaya?!”
“Maafkan kami cik,mengikut undang undang Sommeries,sesiapa yang mencuri akan ditangkap dan dipotong kedua belah tangan sebagai pengajaran.”
Penjelasan salah seorang pengawal itu mengejutkan Ryx.Wajah Ryx mula merah menahan marah.
“Kalau kau potong kedua belah tangannya,macammana dia nak mencari makan kelak,kenapalah undang undang negara kau orang ni bodoh sangat!!”Ryx melenting.
“Siapa yang berani mengatakan undang undang Negara ini bodoh sangat???”
Pertanyaan Jullian yang muncul bersama Addison entah dari mana menyebabkan semua pengawal turun dari kuda dan tunduk hormat.Hanya Ryx yang masih melindungi kanak kanak tersebut tidak memberi apa apa respon.Matanya merenung tajam mata Jullian.Tak menyangka yang wujudnya lelaki kacak tak terperi di waktu itu.
“Maaf putera,seorang kanak kanak telah mencuri buah buahan dari sebuah kedai,kami ingin menahannya namun dihalang oleh gadis ini.”
Penerangan Sir William selaku ketua peronda memeranjatkan Jullian.Dia merenung Ryx dari atas ke bawah.Tidak pernah berjumpa gadis secantik itu walaupun telah banyak Negara juga puteri raja ditemuinya.Matanya terpaku dan mulutnya membisu sehinggalah bahunya disiku lembut oleh Addison yang menyedari kelekaan puteranya.Jullian tersedar.
“Memang saya yang cakap peraturan Negara ni bodoh,masakan kanak kanak sekecil ini ingin dipotong tangan hanya kerana mencuri dua biji epal untuk diberi kepada ibunya yang terlantar sakit di rumah,seminggu tak makan!.”
Jullian tersenyum,berani sungguh gadis ini melawan kata katanya,selaku putera raja,tidak pernah sekali pun rakyat mengingkari perintahnya.Inilah kali pertama.Jullian mencangkung sedikit dan menghampiri kanak kanak yang berada di belakang Ryx.Perasaan simpati menular dalam jiwa lelakinya bila melihat kanak kanak itu.
“Siapa nama kamu?”
“Tom tuan putera,Thomas..,..”
“Betul ker yang mak kamu terlantar sakit kerana seminggu tidak makan?”
Pertanyaan Jullian hanya dibalas dengan angukan kecil kanak kanak itu.Jullian berdiri.
“Lepaskan dia Sir William,hantar bekalan makanan ke rumahnya dan rawat ibunya yang sakit.”
Arahan Jullian diterima segera.Para pengawal mulai beredar,Ryx tunduk melihat kanak kanak malang itu.Seuncang emas dikeluarkan dari poket seluarnya.
“Tom,beri ini kepada mak kamu,jaga dia dengan baik dan pastikan kamu berjasa untuk dia.”Ryx berpesan.
“Terima kasih akak,terima kasih putera.”
Tom mengucapkan terima kasih sebelum berlari meninggalkan kawasan itu dengan keriangan.Jullian yang baru saja ingin bertanya lebih lanjut dengan Ryx sedikit terperanjat apabilka gadis itu terjerit besar.
“Frevios!!Di situ rupanya kamu!.”
Ryx menyeringai apabila melihat kudanya berada tidak jauh dari kawasan dia berdiri.Jullian dan Addison turut sama terkejut.Mereka mengikuti langkah Ryx.
“Cantiknya kuda ini,pandai kamu menjaganya.”
Jullian menepuk nepuk lembut belakang Frevious.Addison tersengih,tidak dapat menafsir samaada ‘cantik’ yang dikatakan Jullian adalah untuk kuda tersebut atau tuannya.
“Saya tak tahu menjaga kuda,dia pandai jaga diri dia sendiri,betul tak Frevious?”
Ryx senang hati,fikirnya Frevios sudah terbang ke langit meninggalkan dia sendirian di Sommeries.Mujurlah kudanya itu hanya bersiar siar.
“Pasti kuda ni dari baka yang baik.”Jullian masih cuba memancing Ryx untuk berbual.
“Maaf cik,boleh saya tahu,adakah cik ni bernama Cik Rosella?”
Jullian menjeling Addison,nampaknya Addison lebih cepat bertanya berbanding dirinya.Mereka menyedari yang kuda gadis itu sangat cantik seperti ciri ciri kuda yang dikatakan Lady Marien.Tapi tidak pula menyangka yang gadis secantik Ryx mampu mengalahkan sekumpulan perompak.
“Tak..nama saya Ryxe..”
“Apa awak berdua ni orang suruhan Mary ker?”
Ryx yang tidak biasa dengan nama keduanya itu cepat bertanya.Setahunya hanya Lady Marien yang tahu namanya Rosella.Addison tersengih apabila Jullian mengerutkan dahi.Orang suruhan???.Tidak dengarkah gadis itu para pengawal memanggil Jullian dengan gelaran putera??.
“Saya sepupu Lady Marien,Putera Mahkota Sommeries,Jullian Eliston.Ini pembantu saya,Addison.”
Jullian memperkenalkan identity penuhnya untuk menarik perhatian Ryx,namun kelihatan riak meluat terpancar di wajah itu.
“Bagaimana keaadaan Mary,Addison?Saya harap dia baik baik saja.”
Ryx tidak mempedulikan Jullian.Putera Mahkota yang kacak namun sombong dan bongkak di mata Ryx.Dia paling benci dengan orang yang mentarafkan status manusia mengikut pangkat dan kekayaan.Jullian mendengus geram apabila Ryx lebih berminat berbual dengan Addison berbanding dirinya.
“Jadi betullah awak ni cik Rosella,gadis yang selamatkan Lady Marien dari serangan penyamun tempoh hari?”Addison inginkan kepastian.
“Panggil saja saya Rosella.”
Ryx menghulurkan salam perkenalan kepada Addison yang dengan senang hati menyambut tangannya.Jullian benggang.
“Lady Marien ingin awak ke istana,ibu bapa saya,Raja dan Permaisuri Sommeries ingin berjumpa awak Rosella.”
Jullian menyampuk apabila Addison kelihatan semakin rancak berbual dengan Ryx.Ryx yang gembira melihat wajah geram putera itu menerima ajakan tersebut dengan terbuka.Entah kenapa..Ryx merasakan yang dia pernah berjumpa dengan Jullian juga Addison di mana mana...
BAB LIMA
ISTANA SOMMERSHIRE
Ryx melangkah masuk ke tembok setinggi 25 kaki yang memisahkan kawasan perkampungan dengan kawasan istana dengan mulut yang melopong.Dia yang sedari tadi menunggang Frevious tidak lepas dari menoleh ke kiri dan ke kanan.Para kesatria yang berpakaian besi bermantel merah di bahagian belakang berdiri sepanjang laluan tersebut.Mereka semua tunduk hormat apabila Jullian yang turut menunggang seekor kuda melintasi barisan tempat mereka berdiri.Mata Ryx terkebil kebil memandang kesatria tersebut.Tidak panaskah mereka berpakaian begitu??.Jika dia mempunyai handphone di saat itu,sudah pasti beratus gambar sudah ditangkapnya.
“Berapa lama mereka kena berdiri macam tu??”
Jullian yang sedari tadi menunggang kuda di barisan hadapan menoleh kepalanya ke belakang apabila mendengar soalan pelik dari mulut Ryx.
“Er..dari pagi sampai malam..nanti malam pengawal lain akan ambil alih tugas untuk mengawal dari malam sampai pagi pula.”
Addison menjawab ringkas,tidak menyangka yang Ryx bertanyakan satu soalan yang agak bodoh pada pendengarannya.
“Pasti mereka penat kan?”
“Mereka berbakti kepada kerabat diraja Cik Rosella,dan tugas mereka melindungi Sommeries ialah satu tanggungjawab yang patut di banggakan.”
Putera Jullian menjawab,dia pasti yang Ryx yang dikenalinya sebagai Rosella itu ingin menyangkal sisitem ketenteraan negara mereka.
“Kebanggaan apanya...berdiri tengah panas terik selama lebih kurang 12 jam, sambil tunduk hormat pada kerabat di raja yang lalu di hadapan mereka..itu bukan satu kebanggaan tapi satu kebodohan..”
Jullian merengus geram,baru saja dia ingin membidas kata kata Ryx,Addison menahannya dari meneruskan perbalahan.
“Tapi Rosella..kalau tiada kesatria yang menjaga kerabat diraja juga Negara,macammana Negara kami boleh bertahan apabila diserang musuh?”
Addison yang menunggang kuda di belakang Jullian,bertanya dengan penuh hormat dan sopan santun pada Ryx .
“Em..dekat negara saya..pengawal presi..”
Mulut Ryx tiba tiba tertutup untuk berbicara.Ryx tersedar yang dialognya mungkin bertentangan dengan jalan cerita mimpinya.Masakan manusia zaman Arthurian,mengetahui tentang system pemerintahan demokrasi berparlimen,tanpa raja dan presiden menjadi tunggak utama sesebuah negara??.
Addison dan Jullian sama sama menunggu jawapan dari mulut Ryx,namun gadis itu terus mendiamkan diri.
“Boleh saya tahu Rosella berasal dari negara mana??”
Addison bertanya lagi apabila soalannya tidak berjawab.
“Em..saya berasal dari Beverly Hills...sangat jauh dari sini..”
Ryx menjawab ringkas.Addison mengerutkan dahi dan Jullian hanya mengeleng kepala tanda tidak tahu negara asal Ryx.Akhirnya semua hanya berdiam diri sehinggalah tiba di gerbang utama Istana Sommershire..
Mata Ryx membulat memandang struktur bangunan yang berada di hadapannya itu.Dia seperti tidak percaya..istana itu mirip benar dengan Rosellian Mansion kepunyaan pakciknya.Ryx menekup mulut,mulutnya tidak dapat mengeluarkan sebarang kata selain rasa takjub yang luar biasa hebatnya..Bagaimana Rosellian Mansion boleh masuk ke dalam mimpinya??
“Rosella,awak sihat ker?”
Addison bertanya apabila melihat wajah Ryx yang dibasahi peluh.
“Apa nama istana ni??”
Ryx inginkan kepastian.
“Istana Sommershire Rosella,ini ialah binaan keturunan kerabat diraja Eliston turun temurun..kenapa..adakah awak merasakan istana ni tidak cukup cantik binaannya??”
Jullian yang baru turun dari kuda tungganganya menjawab pertanyaan Ryx.Jullian agak bengang dengan sikap Ryx yang seolah olah memperlekehkan dirinya juga negara Sommeries.
“Tak,ia sebuah istana yang sangat cantik.Boleh saya masuk dan lihat ke dalam??”
“Sudah pasti..bukankah itulah tujuan kami menjemput awak ke mari..”
Jullian menjawab dengan satu senyuman manis.Pada fikirannya mungkin gadis cantik ini ada masalah mental.Bagaimanalah caranya untuk Raja dan Permaisuri Sommeries bertemu dengan wira yang telah menyelamatkan Lady Marien jika Jullian tidak membenarkan gadis pelik itu masuk ke dalam istananya.
“Aku kena masuk dalam dulu untuk mengenal pasti sama ada istana ini ialah..Rosellion Mansion atau bukan..”
Ryx bersuara kecil,dia pasti yang pandangannya masih jelas untuk menilai persamaan antara Istana Sommershire dengan Rosellian Mansion.Ryx tidak sabar untuk masuk ke istana itu.Jika dia dapat melihat struktur binaan dalam istana sudah tentu dia dapat menyelesaikan kekalutan yang bermain di mindanya.
Dan..ternyata telahannya benar belaka.Ukiran 4 buah patung gergasi berupa naga,jaguar,Pegasus dan pheonix yang terletak di sudut hujung ruang utama Istana Sommershire membuktikan bahawa istana itu ialah Rosellian Mansion!!.
Ryx menelan liur..dia menapak perlahan..menyusuri setiap pelosok istana itu dalam keadaan takjub.Tidak menyangka yang dia dapat melihat Rosellion Mansion dalam keadaan yang sempurna berbanding dengan tahun 2017.Candeliar mewah yang diperbuat dari kayu memenuhi siling tempat Ryx berdiri.Ukiran juga lukisan lukisan yang tergantung di dinding menarik perhatiannya.
Ya..di tahun 2017 hanya tinggal sebuah saja candeliar berbentuk sama yang molek bergantungan di siling Rosellian Mansion.Mengikut kata Profesor Axseran,kebanyakan dari perabot Rosellian Mansion sudah reput dan tidak boleh digunakan lagi.Justeru,perabot moden 2017 telah menggantikan perabot antik yang sudah lanjut usianya.
Jullian berpuas hati apabila melihat Ryx tergamam dengan keindahan kawasan dalam Istana Sommershire.Jullian tidak mengetahui hal sebenar yang bermain di fikiran Ryx..
Ryx pasti bangunan yang di jejakinya sekarang ialah Rosellian Mansion.Cuma nama saja yang membezakan bangunan itu.Setelah berfikir sejenak,Ryx menyimpulkan bahawa masyarakat zaman 2017 tidak akan menamakan sebuah bangunan yang sebesar Rosellian Mansion dengan nama istana...ini kerana pada tahun 2017..sebuah istana yang sebenar adalah lima kali ganda lebih luas dari sebuah mansion..
Peredaran waktu juga peradaban manusia telah mengubah segalanya.Mungkin kerana itulah Istana Sommershire apabila berada di tahun 2017,di ubah namanya menjadi Rosellian Mansion.
“Tapi..kenapa tak letak nama ‘Sommershire Mansion’ saja...kenapa pula boleh bertukar jadi ‘Rosellian Mansion’...”
Ryx berjalan sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Bagi seorang penyanyi terkenal yang lahir pada zaman berteknologi tinggi Ryx memang amat kagum dengan suasana Istana Sommershire.Walaupun istana itu tidak sebesar istananya di tahun 2017,namun Istana Sommershire dipenuhi dengan barangan antik yang tidak pernah ditemuinya.Beberapa orang wanita yang berpakaian gaun ala ala wanita gypsy yang Ryx pasti ialah pekerja atau hamba di istana itu lalu lalang sambil memandangnya dengan pandangan pelik.
Seorang perempuan cantik yang berambut panjang hitam mengurai sedang berjalan sambil berbual dengan seorang wanita lain yang kelihatan kemas memakai pakaian ala gypsy bewarna coklat cair dengan rambut yang disanggul.Bunyi celoteh mereka yang agak kuat tiba tiba senyap apabila mereka terpandangkan Jullian.Mereka senyum dan menuju ke arah Jullian.
“Jullian,puas saya cari awak sekitar istana ni,bila awak nak pergi cari...”
Marien melopong apabila melihat kelibat gadis jelita berambut perang keemasan sedang membelek belek hiasan dalam istana itu tidak jauh dari tempat Jullian dan Addison berdiri.
“Oh..Tuhan!!”
Marien terjerit kecil sambil menutup mulutnya.Sandra yang tidak tahu mengapa puterinya terkejut hanya memerhatikan dari jauh apabila Marien melulu ke arah Ryx dan memeluk gadis itu.
“Alangkah baiknya,dapat berjumpa awak di sini.”bisik Merien ke telinga Ryx.
“Ini ialah satu penghormatan bagi saya kerana dapat masuk ke istana diraja Mary..”
Ryx yang baru menyedari apa yang berlaku membalas pelukan gadis itu.Mary memimpin tangan Ryx ke arah Jullian dan Addison.
“Terima kasih banyak Jullian sebab tolong cari penyelamat saya ni.”
Jullian dan Addison hanya mampu tersenyum kecil,tidak menyangka yang kehadiran Ryx membuatkan wajah Marien berseri seri penuh kegembiraan.
“Hai..saya Rosella,awak bekerja di sini ke?”
Ryx menghulurkan salam kepada Sandra yang kelihatan dipinggirkan dari perbualan mereka.Sandra yang terpaku melihat kecantikan Ryx agak mengelabah untuk menyambut salam wanita yang kelihatan ramah dan sopan itu.
“Namanya Sandra,dia ialah pembantu peribadi saya juga merangkap sahabat baik kami bertiga.”
Sandra agak malu mendengar penjelasan Marien.Walaupun dia berkawan baik dengan Jullian juga Addison,hubungan persahabatan mereka agak terbatas mengikut taraf diri. Lady Marien dan Jullian ialah putera dan puteri Sommeries.Hanya Addison lah yang betul betul memahami keadaan dirinya,kerana mereka berdua ialah pembantu yang bertugas di istana.
“Marilah kita ke dewan utama menghadap ayah dan ibu saya,tentu mereka berdua gembira untuk bertemu dengan awak Rosella.”
Marien dengan nada terujanya terus saja mengheret Ryx menuju ke dewan utama.Jullian,Addison dan Sandra hanya mengikut dari belakang.
Setibanya di dewan utama,Raja Craster dan Permaisuri Catherine sedang bersemayam di atas takhta sambil berbincang dengan beberapa orang panglimanya.Jullian dan Marien menghadap Raja dan Permaisuri Sommeries sambil menundukkan kepala dan memberitahu niat kedatangan mereka.
“Ayah,saya dah dapat cari gadis yang membantu Lady Marien sewaktu di serang perompak kali lepas.”
Jullian memberitahu.Ryx tidak tahu apa yang hendak dikatakannya.Semua orang dalam dewan itu memandangnya dengan pandangan yang luar biasa.Raja dan Permaisuri Sommeries yang tadinya duduk bersemayam serta merta berdiri.Sepertinya mereka baru melihat satu makhluk aneh yang begitu cantik kejadiannya bertandang ke istana mereka.Wajah Ryx agak pucat.
Kedengaran kuat bunyi kaki kaki panglima yang memakai kasut besi bergeseran dengan lantai,dan tidak lama kemudian Ryx mendapati dia bersalaman dengan semua lelaki berpakaian besi yang berada di dewan itu.Jullian dan Addison terkejut besar,tidak menyangka Ryx mempunyai daya tarikan sekuat itu sehingga para panglima Sommeries tidak mengendahkan Raja Craster dan Permaisuri Catherine.
“Selamat datang ke Istana Sommershire,saya Catherine,ibu Jullian juga Lady Marien..permaisuri negara ini.Terima kasih kerana menyelamatkan Mary kali lepas.”
Permaisuri Catherine memeluk Ryx erat.Ryx diam tanpa sebarang kata.Raja Craster tersenyum lebar sebelum bersalaman dengan Ryx dan memperkenalkan diri.
“Saya Craster Eliston,Raja negara Sommeries.Niat di hati ingin bertanya,adakah Cik Rosella ialah puteri dari mana mana negara??.Begitu elok paras rupanya,puteri raja tiada tandingannya jua di mata kami kerabat di raja Sommeries ini..”
Bertambah tercengang Jullian melihatnya,tidak menyangka yang ayahnya bertanya soalan sedemikian rupa.Tapi..jauh dalan sudut hatinya,ingin juga dia bertanya hal itu pada Ryx.Masakan tidak,kecantikan Ryx sememangnya luar biasa..dia sebagai putera Sommeries yang sudah berjumpa ratusan gerangan puteri dari merata sudut negara,tidak pernah sekalipun berjumpa dengan gadis secantik Ryx.
“Er...saya bukan dari kerabat diraja tapi saya ialah seorang pengembara yang tiada tempat tinggal tetap,saya merantau dari sebuah negara ke sebuah negara.”
Ryx membuat penjelasan ringkas kepada Raja Craster yang nyata terkejut apabila Ryx menyatakan yang dia bukan berketurunan di raja.
“Baiklah kalau begitu..mulai hari ini saya Raja Sommeries menabalkan wirawati yang telah menyelamatkan Lady Marien dari serangan perompak puak Haggerstone sebagai puteri angkat diraja..Lady Rosella.”
Keputusan mengejut Raja Craster disambut baik oleh Permaisuri Catherine dan Lady Marien.Malahan semua panglima turut bertepuk tangan..Ryx melopong.Jullian dan Addison bertambah terkejut.Sandra turut gembira apabila melihat Lady Marien sangat gembira dengan keputusan ayah nya itu.
........
“Lady Rosella?!!”.
Jullian menjerit kuat dalam biliknya di samping Addison.
“Ayah saya tu dah gila ke apa?.Perempuan tu baru hari ni menjejakkan kaki ke istana,terus saja ayah jadikan dia puteri Sommeries??.Saya memang tak percaya hal ni.”
Jullian merengus geram sebelum duduk di kerusi kayu yang terdapat di biliknya.Addison hanya tersengih,sudah mengagak yang peristiwa seperti itu mungkin berlaku.
“Bukan ke ayah awak membalas jasa Lady Rosella sebab selamatkan Lady Marien??”
“Hentikan panggilan Lady ..untuk perempuan tu,saya tak suka nak dengar.Memanglah kita nak balas jasa dia,tapi takkan lah sampai perlu jadikan dia puteri negara ni..”
“Puteri angkat jer kan??”
“Puteri angkat atau puteri betul sama saja datangnya..”
Jullian menentang kata kata Addison yang duduk di hadapannya.
“Habis..takkan ayah awak nak jadikan Rosella pembantu peribadi awak pula??”
Addison tergelak besar apabila Jullian menjegilkan matanya.Dia tahu yang Jullian sememangnya memiliki ego yang tinggi.
“Dahlah Addison,awak memang sengaja nak menangkan perempuan cantik tu kan.Tapi ingat,saya Putera Jullian,Putera Mahkota Sommeries tak mengiktiraf Rosella sebagai puteri negara ni.”
Jullian berbicara dengan penuh geram.
“Masalahnya,hanya kata kata Raja Craster yang perlu diiktiraf semua orang,bukan kata kata awak.”
Addison mengiat,wajah putih milik Jullian merah menahan marah.Sahabatnya itu memang sengaja mencari pasal.
“Dahlah Addison,keluar dari bilik saya sekarang.Kilatkan semua senjata dan pedang saya.Saya tahu esok semuanya berkilat tanpa sebarang habuk pun!.”
“Baiklah Putera Jullian.Tapi..saya bukan sengaja menangkan ‘PEREMPUAN CANTIK TU’,awak yang cakap dia cantik.”
Addison cepat keluar dan menutup pintu bilik Jullian apabila puteranya itu ingin melemparkan sebiji epal ke wajahnya.
....
“Ini ialah bilik awak Lady Rosella..”
Sandra menunjukkan bilik peraduan Ryx seperti yang telah di arahkan Lady Marien kepadanya.
“Terima kasih Sandra..dan tolong..saya paling tak suka dengar orang panggil saya dengan gelaran Lady...awak panggil saya Rosella saja.”
“Baiklah..Rosella.”
Sandra tersenyum,tidak menyangka yang gadis secantik Ryx mempunyai tahap kesopanan yang tinggi terhadap orang suruhan sepertinya.
“Kalau Rosella perlukan apa apa,boleh panggil saya.”
“Sandra..awak baik ker dengan kerabat diraja ni.Mereka layan awak dengan baik tak?”
Ryx bertanya soalan yang sedari tadi ingin di tanya.Manalah tahu yang kerabat di raja menindas golongan hamba..pastilah Ryx tidak akan berdiam diri.
“Kerabat di raja Sommeries adalah kerabat di raja yang baik dan yang paling terkenal antara negara..,Lady Marien layan saya seperti sahabat baiknya.Begitu juga dengan Putera Jullian.”
Sandra bercerita jujur sambil mengemaskan tempat peraduan Ryx.
“Tapi..saya tengok Jullian tu macam sombong dan berlagak saja.”
Ryx berkata sambil membelek belek perhiasan kayu yang terdapat di biliknya.Ryx teringat mungkin bilik yang didiaminya sekarang ialah bilik tempat Profesor Axseran menyimpan koleksi artifaknya pada tahun 2017.
“Mungkin Rosella salah faham sahaja.Jullian sangat baik dan bertimbang rasa.Lebih lebih lagi pada rakyat jelata.”
Penerangan Sandra hanya dibalas dengan angukan kecil oleh Ryx.
“Selamat malam Sandra,terima kasih kerana tolong kemaskan bilik saya.”
“Itu memang sudah tugas saya,selamat malam juga kepada awak.”
Sandra keluar dari bilik Ryx dengan tersenyum lebar.Hatinya berasa senang melayan gadis sebaik dan semesra Ryx.
........
Keesokan harinya,telinga Ryx dapat menangkap bunyi orang yang sedang bermain pedang sewaktu dia menyusur keluar dari biliknya.Ryx mendapati yang bunyi itu datang dari arah belakang Istana Sommershire.Dari kejauhan,Ryx dapat melihat Jullian sedang mengacukan pedang ke arah seorang panglimanya yang telah jatuh ke tanah.Seketika kemudian,para panglima bertepuk tangan kerana Jullian telah berjaya mengalahkan panglima tersebut.
Ryx menghampiri mereka dengan niat ingin menonton perlawanan pedang yang tidak pernah wujud pada tahun 2017.
“Hahh..wirawati baru kita dah sampai.Lady Rosella yang dah mengalahkan sekumpulan perompak puak Haggerstone.Apa kata kalau saya buat perang tanding dengan dia??.”
Addison dan para panglima yang berada di situ berdiam diri apabila mendengar kata kata Jullian.Ryx hanya terkebil kebil memandang Jullian.Sebilah pedang dicampak kea rah Ryx.Ryx tidak menyambut pula.Jatuhlah pedang itu di atas tanah.
“Jullian,takkan awak seorang lelaki nak ajak seorang perempuan bertanding pedang??”
Addison menegah.
“Kalau awak menang Rosella,saya akan iktiraf awak sebagai puteri negara ni.”
Jullian mencabar.
“Ada saya peduli ke awak iktiraf atau tidak??”
Addison ketawa kecil,sungguh berani Ryx melawan kata kata Jullian.Jullian merengus geram,sangkanya Ryx ingin berlalu namun gadis itu mengangkat pedang yang ada di atas tanah.Para panglima sudah bersorak.
“Tunjukkanlah kehebatan awak tu Putera Jullian..”
Jullian rasa tercabar dengan ayat Ryx,dia memulakan langkah.Beberapa kali Jullian melibas pedang kea rah Ryx namun gadis itu hanya mengelak.Ryx pun tidak tahu bagaimana dia mampu mengelak serangan Jullian yang tangkas sekali.Apa yang pasti,tubuhnya bergerak sendiri.Menangkis semua seranagan.Sampai satu saat..Ryx melibaskan pedangnya dan terkena lengan Jullian.Lelaki itu mengerang kesakitan dan kekecohan mula berlaku.
“Panggil Ian!!”jerit Addison pada salah seorang panglima yang terburu buru berlalu dari situ.
“Rosella,awak tak bolehlah menyerang Jullian untuk mencederakan dia.Ini Cuma perang tanding,cukuplah sekadar jatuhkan lawan ke tanah saja.”
Kedengaran suara Addison yang agak tinggi saat itu.Tidak menyangka yang Rosella telah mencederakan Jullian.
“Hmph..manalah saya tahu,padan muka dia.Tadi beria sangat nak cederakan saya.”
Ryx berkata tanpa sebarang perasaan simpati pada Jullian.Dia meluat melihat wajah kacak yang sedang mengerang kesakitan itu.Suka sangat cari pasal dengannya.
“Putera,apa yang telah terjadi ni??”
Seorang lelaki tua yang Ryx tidak tahu siapa tergopoh gapah mendekati Jullian yang mengerang sakit kerana luka yang di alaminya.
“Jullian kena libasan pedang.Boleh Ian ubatkan??”
Addison bertanya.Ian membelek luka Jullian.Kelihatan kedut tua di wajah lelaki itu.
‘Etherapefsa arthro aimorragia se cheri...’
Hampir tersembul biji mata Ryx apabila tangan Jullian yang sedari tadi mengeluarkan darah pulih dalam sekelip mata setelah Ian menggumam sebaris ayat yang tidak di fahaminya.
“Terima kasih Ian.”
Jullian bangun dan membelek belek tangan kirinya sebelum menjeling tajam ke arah Ryx.Jauh di sudut hatinya dia agak mengagumi keupayaan Ryx bermain pedang.
“Ia hanya luka kecil saja.Saya harap putera lebih berhati hati semasa menggunakan pedang dalam perang tanding..”
“Pakcik,boleh saya tahu pakcik ni siapa??.”
Ryx tanpa berlengah terus saja bertanya bertanya ke arah lelaki tua itu.Lelaki tua itu kelihatan terkejut,namun dia tersenyum lebar apabila melihat wajah jelita Ryx.
“Oh..maafkan saya,ini pastilah Lady Rosella,puteri angkat yang dikatakan Raja Craster..maaf puteri.. semalam saya tiada di istana atas tugasan luar.Saya ialah Ian Herdes..doktor juga ahli kaji Raja Craster..”
Ian menundukkan kepala,tanda hormat kepada Rosella sebagai seorang puteri yang telah menyelamatkan Lady Marien.
“Jangan panggil saya puteri,saya tak suka.Panggil Rosella suduh cukup.”
“Baiklah kalau begitu Rosella..”
Ian ingin berlalu,namun Ryx bertanya lagi.
“Pakcik ahli sihir ke??Macammana pakcik boleh sembuhkan luka tadi??”
Semua yang berada di situ tecenggang.Bagaimana lah Ryx boleh bertanyakan soalan yang jawapannya sewajarnya sudah diketahui oleh semua manusia di bumi itu.Ian memandang Addison dan Addison memandang Jullian.
Jullian menjawab.
“Tapi..macammana dia boleh sembuhkan tangan awak dengan menggumam beberapa perkataan sahaja??”
“Kan saya dah kata yang Ian ialah ‘penyembuh’??”
Jullian membulatkan matanya apabila Ryx seperti tidak faham dengan penjelasannya.
“Tak payahlah berbalah lagi.Rosella..kalau tidak keberatan,petang ini datanglah ke perpustakaan..pakcik akan jawab semua pertanyaan yang mengusutkan fikiran kamu.”
Ian berlalu meninggalkan Ryx yang gembira dengan penuh tanda tanya.Jullian dan Addison tidak tahu hendak berkata apa lagi.Lady Rosella sememangnya seorang yang pelik!!!
P/S:NOVEL FANTASI PERTAMA AKU;
24 comments:
peh mmg puas ati lah cite nie.. Sbg lg ana
thanks2,sy ingt x de org mnt novel fantasi,ha3
bell smbng ya cite ni..best
anonymous:lady ryxellea novel fantasi,sy mmg nak tulis,tp x ramai yg bace.sbb tulah x de mood nak tulis lg..ape2pon thanks sbb suke this novel.
alaaaaaaaaaa.... smbung la... tak byak komen bkn brmkna tak rmai baca.... huhuhu..
anyeL:BUKAN ramai x komen,masalahnye akk dah masuk kat p2u,100 lebih je yg baca,kecewa3,ha7.sbb tulah x smbung lg:)
Best..best..nak lagi.....
penulis..smbg lg..mmg la sy stuju xrmai yg kmen..tp xbrmkna xde yg mmbca..sy bleh dktgrikan sbgai pembca stia penulisanPU..hmpir ksmua crpen dan nvel sy dah bce..tp kcwa gak ble on9 xde updte yg bru..trtma cinta si gdis pizza..dah lme tggu npe xupdte lg?ker dah dbkukan..tp smmgnyer sy antra seorg yg xske kmen..hehe..tp kalau boleh sy hrpa semua karya penulis mempunyai ending dan gud luck..cnnt wait 2 read all ur story..
anonymous:InsyaAllah,kalau Allah berikan sy kekuatan dan idea yg melimpah ruah untuk hbeskan semua novel,sy akan siapkan.sekarang yg dah sempurna siap cuma novel Bakal Isteriku,GangsternYA!!! dan Pelakon Cinta dan Mr.G.kedua novel ini kalau x de sbrg halangan INSYAALLAH akn terbit.Cinta Si Gadis Pizza hold sbb xde idea.Skunk tengah siapkan Suami Simpanan Superstar.Lady Ryxellea kne ambik masa yg pnjang sbb daya imaginasi fantasi dah berkurangan,he3.apa2pun thanks sbb sudi baca n komen.
smbunglah lagi,cite ni best sgt3..ske bace smua karya penulis..chaiyok2..
wsah,,bestnya...smbunglh cpt2.tak sabar nak tahu ceritanya lg
ala akak...sambunglahh..walaupun x ramai yg bace...fans akak yang dah bace crite baru akak mcm BIG & lain2 mungkin akan tertarik nak bace crite ni sbb novel akak sumenyer best2..jgnlah hampakan pembaca akak..ikhlas dr sya..
mugkin ramai bace crite ni dekat blog akak kott dan ramainye silent reader..tu x komen tuu..hehhe..harap2 lah akak sambungg..kalau ada banyak crite yg akak slalu buat nanti mesti ramai org bace..
haha.. sori yer kak.. bru sempat baca cerita ni.. apapun mmg bestlah.. haha.. mcm citer harry poter.. haha.. sambung yer kak.. plish yer..
Crite fantasi lagi bessstt...saya tahu kak bella boleh bolehh...teruskan usaha ye kak...jagan putus asa dlm penulisan crite ni... ;B
crystal anabella..i do really2 love this fantasy novel , so , i hope that u will continue this novel..please! plaese! please! crystal,,for ur loyal readers.. :)
Anonymous n to all my loyal readers yg like my fantasy novel:InsyaAllah,jika ada daya n idea yg melimpah ruah,tahun depan baru sy proceed dngn manuskrip fantasy pertama sy.cite Lady Ryxellea dlm Pengembaraan dunia mimpi akan diolah balik dan dijadikan lebih teratur macam cite Cinta Si Gadis Pizza.Doakan sy ade kekuatan utk tamatkan penulisan manuskrip novel fantasi.dan doa2 juge manuskrip pass dgn penerbit.he3.
keep up the good work, crystal!
i know u can do it! may u success, my lovely writer.. :)
wow sangat superb ! i like (Y) keep it up sis ;D
Sambung lah lagi...
saya suka novel akk ni kak tlg sambung ya...
Best btl nvl ni...Tolong smbng bah kak...
Sis...sambung please.... Best giler... Kelainan ni.. tgh feeling baca ni sis. Please sambung... S'il vous plaît.
sambung lah lagi..saya suka semua hasil karya awak.
Post a Comment