PELAKON CINTA DAN MR.G BEST QUOTES
Written at Friday, June 15, 2012 [ 16 ] comments



(QUOTES 1)


“Zaf,kalau awak nak suruh saya tengok awak berenang,jangan memandai nak berenang tanpa baju.”
Aku sempat berpesan sebelum Zafran menanggalkan baju sukannya yang tersarung dari tadi.Zafran menoleh ke arahku dan dia tersenyum nakal.
“Kalau berenang tanpa seluar,sayang nak tengok ke?”
Grr...dia dah mula dah!
“Ha..mula dah ayat menggatal dia.Kalau awak berani berkelakuan tak senonoh kat depan saya,saya akan tinggalkan awak Zafran.Ingat baik-baik pesanan saya ni.”
Aku memberi amaran awal.Zafran tersenyum meleret saja.Nakal betul Mr.G nih!

(Quotes 2)
“Ha,padan muka kau Mary.Zafran dah balik!.Aku doa..biarlah Zafran merajuk dengan kau dan tak nak terus bercakap dengan kau.Padan muka!.”
Berderau darah aku bila dengar suara Elma menyeringai dari tepi jendela.
Aku bingkas bangun dan mengintai.Tiba-tiba rasa sakit hati,bengang dan rasa nak menangis bila jelas kelihatan kelibat Zafran telah memasuki kereta BMW M3 nya dan berlalu pergi dari perkarangan villaku.
Sampai hati Zafran..dia baru saja berdiri tak sampai dua jam di perkarangan villaku.Tak sampai dua jam,dan dia sudah berputus asa untuk memujukku.Sedihnya...sob~sob~.
“Kau tak payahlah nak buat muka sedih.Aku dah cakapkan tadi,tak payahlah nak ego sangat.Kau ingat kau tu siapa,puteri raja?.Sampai nak suruh Zafran tunggu kau kat luar berjam-jam.Sekarang,dapat dah ganjarannya.”

(Quotes 3)
“Ubat apa ni Elm?”
Aku membelek cairan tanpa label itu dengan curiga.
“Panadol Soluble+pil sakit perut +air+pil Viagra.”
Serentak mendengar perkataan pil Viagra,terus botol itu terlepas jatuh dari tanganku.Elma betul-betul gila!.
“Pil Viagra Elm?.Kau nak suruh aku rogol Zafran ke apa?”
Terbeliak mataku memandang Elma yang ketawa mengilai.Pil Viagra ialah sejenis pil yang mampu meningkatkan perembesan hormon testosteron untuk merangsang nafsu lelaki dalam melakukan perhubungan seks.Adakah Elma sudah hilang akal menyuruh aku menelan ubat itu?.

(Quotes 4)
“Awak tu baru lepas sihat.Janganlah aktif sangat,nanti dapat penyakit lain pulak.”
Zafran menanggalkan jaket kulitnya yang berwarna hitam sebelum membalut jaket itu di atas badanku.Aku yang masih tergamam dengan bicara juga tindakannya hanya mampu terkebil-kebil memandang wajah tampan itu.
Dia mengambil sehelai tuala kecil berwarna putih yang dipegang Hakimi sebelum mengelap wajah basahku penuh prihatin.Aku seperti terkaku saat itu.Membiarkan saja Zafran menyentuh rambutku walaupun aku boleh menghalang.Akhir sekali,dia meletakkan tuala putih itu di atas kepalaku dan berlalu pergi.
Zafran langsung tidak memarahi aku kerana melanggar arahannya.Malahan dia seperti sudah melihat yang aku terjun ke dalam air kerana dia membawa tuala putih bersih bersamanya.Adakah Zafran masih ambil berat perihal aku?.

(Quotes 5)
“Kata tak suka tengok lelaki mandi berbogel,tapi..awak bergalak ambil gambar mereka.”
Belum sempat aku menoleh pandang ke arah suara itu,satu objek bewarna hijau pekat melayang menutupi pemandanganku.Sebaik saja aku menarik objek yang merupakan sehelai baju aku tergamam melihat Zafran di sisiku.
Wajahku membahang dan aku segera saja menoleh ke arah lain apabila Zafran molek berdiri tidak berbaju di atas batu.Mak! Tubuh dia mengancam gila!.Boleh rosak mataku kalau terus memandangnya.
“Kenapa pandang tempat lain.?Cepatlah ambil gambar saya?.Saya rasa body saya lebih ada model figure berbanding dua kawan lelaki awak tu.”
Grr...Zafran sengaja bikin wajah aku bertambah panas!.Adakah dia memasang telinga mendengar perbualan aku,Ikhram dan Fikri tadinya.Aku tidak mampu menoleh ke arah lelaki itu kerana jantungku terasa hampir saja melompat keluar.Suasana sepi seketika sebelum aku bernafas lega apabila mendengar bunyi deburan air menandakan Zafran sudah pun terjun.

p/s:he3,saja nak buat semua peminat MR.G x sabar menunggu bab2 seterusnya.Komen anda tentang semua quotes di atas sangat dihargai.LOVE U ALL!!!