‘Sesuci...di hening subuh sunyi,
Sesuci..terdengar nurani,
Sesuci...salam untuk Ilahi,
Bagaikan memanggil insafi diri’
Syamrein menyanyi dengan riang hati sambil tersengih sendirian menuruni tangga Vila Kejora.
“Lebaran terasa kesayuan,lebaran..”
“Abang ni dah kenapa? Orang masa bulan puasa ni cuba banyakkan mengaji.Ni sibuk menyanyi pulak.Lambat lagi nak raya.” Tengku Emylia Atikah yang baru saja keluar daripada bilik tidurnya dan ingin turun ke ruang tamu sempat menegur abangnya yang luar biasa berseri wajahnya pagi itu.Sudah sebulan dia pulang bercuti ke Malaysia daripada tempat pengajiannya di luar negara.Namun,dalam masa sebulan dia bercuti ini tidak pernah lagi dia melihat abang tunggalnya itu segembira hari itu.Rasanya..dia tahu apa yang menyebabkan pemuda itu senang hati.
“Alah adik ni..sibuk jelah.Suka hati abang lah nak nyanyi ke apa.Raya lagi dua minggu je kut.” Syamrein menjawab dengan senyuman senget.Dia kembali menyanyi kecil dan menuruni anak tangga yang terakhir.
“Hish anak mommy ni,senang hati betul hari ini.Yalah..isteri kesayangan dia nak balik.Senyum sampai ke telinga.” Tengku Maria yang melihat kelibat dua anaknya itu daripada ruang tamu segera menyapa.Syamrein tersengih sengih seketika sambil mengaru garu kepalanya yang tak gatal.Ketara sangatkah mood happynya hari itu?
“A..ah mommy,Ika ingat abang dah mereng tadi.”
“Eh kau ni dek,mulut jaga cikit.Abang cili karang.” Syamrein meluku lembut kepala Tengku Emylia Atikah yang selamba badak berkata-kata.Gadis genit itu ketawa besar sebelum lari bersembunyi di belakang Tengku Maria.Em..ini semua sebab pengaruh bahasa kasar isterinya lah ni! Adiknya pun dah boleh sesuka hati memerli dirinya.
“Ika,bahasa tu jaga sikit.” Tengku Maria sempat memberi nasihat dan Ika hanya tersengih sengih seperti kerang busuk.
“Mommy dengan Ika memang betul ke tak nak ikut Syam jemput Bell kat air port? Syam rasa Bell mesti happy kalau mommy dengan Ika ada sekali untuk sambut dia?” Sudah banyak kali Syamrein bertanya akan hal yang sama sebelum ini dan kali itu dia bertanya untuk kali yang terakhir sebelum dia menyambut kepulangan isteri tercintanya daripada luar negara.
“Takpelah Syam.Mommy dengan Ika tunggu Bella dekat sini sajalah.” Tengku Maria tetap memberikan jawapan yang sama seperti jawapan yang dia dan Ika berikan kepada Syamrein sebelum ini.Anak lelakinya itu hanya mengangguk angguk kecil.
“Ok lah mommy.Syam gerak ke KLIA sekarang lah.”
“Eh,abang biar betul? Baru pukul 9.00 pagi ni.Flight akak tiba pukul 1.00 tengahhari kan?” terkejut besar Ika mendengar kata-kata abangnya.
“Takpelah dek.Abang nak pergi awal.Tak nak my love tertunggu tunggu abang kat air port pulak.Assalammualaikum mommy.Syam pergi dulu.” Belum sempat Tengku Maria menegah,Syamrein mencium pipinya dan berlalu keluar daripada Vila Kejora.Dia dan Ika akhirnya berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum lebar.
...............................................................
Penerbangan daripada Amerika Syarikat diishtiharkan tiba tepat pada pukul 1.00 tengahhari.Syamrein yang sudah hampir empat jam menunggu kepulangan isterinya mengeluh hampa apabila kelibat yang dicarinya tidak kunjung tiba walaupun semua penumpang daripada penerbangan yang sama sudah muncul di air port untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Dia tetap menunggu di situ hingga satu jam berikutnya berlalu.Syamrein yakin yang isterinya akan pulang hari itu seperti yang dijanjikannya dua bulan lepas.Sedang pemuda itu memandang hampa balai ketibaan yang sudah lengang,Samsung Galaxie S3 nya berbunyi.Senyumannya kembali mekar apabila nama perempuan kesayangannya tertera di atas skrin.
“Sayang kat mana sekarang ni? Flight delayed ke? Baby dah lama tunggu ni...” Manja sungguh suara Syamrein saat itu.Suara manja yang hanya digunakan untuk isteri tercintanya.Tiada jawapan di hujung talian buat seketika.
“Er...sorry baby.Sayang tak dapat baliklah.Busy...”
“What!!!” Terjerit besar Syamrein saat mendengar suara yang paling dirinduinya itu menjawab pertanyaannya.Apabila menyedari beberapa mata memandangnya pelik akibat suara tingginya sebentar tadi,Syamrein mendengus kasar.
“Im sorry..”
“Sayang dah janji kan nak balik beraya dengan baby tahun ni?! Busy dengan apanya,sayang cuti semester kan?!” suara Syamrein lebih perlahan daripada tadi namun masih tegas dan wajahnya sudah menunjukkan kebengangan yang nyata.
“Memanglah sayang cuti semester.Dan..sayang tak boleh balik beraya dengan baby sebab sayang kena uruskan kumpulan orchestra lah..Ada pertandingan besar tiga minggu lagi..” Jawapan tersebut betul-betul buat angin Syamrein bertukar.
“Ha,bagus sangatlah.Awak pergilah beraya dengan kumpulan orchestra awak tu.Awak tak payah nak ingat dekat suami awak ni lagi.Bye!” Talian dimatikan sebelum Syamrein menghempas kuat henpon yang dipegangnya sedari tadi.Hancur berkecai henpon itu di atas lantai KLIA.Pandangan beberapa orang yang lalu lalang di situ langsung tidak diendahkannya.
Sakit betul hatinya saat itu.Hampir lima jam dia menunggu seperti orang bodoh di lapangan terbang itu dan akhirnya isteri kesayangannya mungkir janji pula.Bertapa hatinya terluka dan terguris saat itu.Boleh pula isterinya lebih mengutamakan hal-hal orchestra berbanding meyambut aidilfitri dengan suami sendiri.
Sudah dua tahun lebih mereka mendirikan rumah tangga.Namun tidak pernah satu tahun pun dia dapat betul-betul menyambut aidilfitri dengan isterinya.Sewaktu tahun pertama perkahwinan,isterinya sibuk dengan SPM sehingga raya pun umpama tidak raya.Bila isterinya melanjutkan pelajaran di luar negara,hari raya aidilfitri jatuh pula pada musim peperiksaannya.Jadi,tidak beraya juga.Dan..kini,untuk kali ketiga...setelah berbulan bulan dia membuat perancangan,isterinya membuat hal pula.Dugaan..dugaan..
Syamrein cuba menenangkan diri yang sedang marah saat itu.Setelah beberapa ketika,dia kembali mengutip henponnya yang telah rosak sebelum berlalu daripada lapangan terbang itu.Tiada gunanya dia menunggu lagi ketibaan si isteri yang tidak akan tiba.
............................................................
“Eh Syam,kenapa lambat sangat balik? Kenapa muka tu masam aje?” Tengku Maria menegur anak terunanya yang wajahnya umpama cuka itu.Kasihan pula dia melihat wajah tampan itu tidak seceria pagi tadi.
“Menantu kesayangan mommy tulah.Buat Syam sakit hati.Dah janji nak balik lepas tu tak jadi balik pulak.Boleh pulak dia sibuk dengan orchestra dia.Mungkir janji.Siaplah dia kalau Syam jumpa dia nanti.Memang nak kena di ajar budak gengster tu!.”
Syamrein membebel bebel sebelum terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya.Tengku Maria hanya mampu menggeleng geleng kepala.Marah betul anak lelakinya itu.Tapi...dia tahu..anaknya itu takkan pernah menang bila bersua muka dengan menantunya.
“Penipu! Mungkir janji! Eiiiii!! Geram betullah!.Orang macam nak gila rindu dekat dia.Dia boleh pulak tak nak balik sini.Hish!” Tiba saja dalam bilik,Syamrein menghempas pintu kuat.Henponnya yang telah rosak dilemparkan di atas katil yang kosong.Dia terus membebel seraya menanggalkan baju kemeja dan singlet yang dipakainya sedari tadi.
Walaupun bilik tidurnya mempunyai penghawa dingin,ia tetap juga tidak dapat menurunkan panas hatinya saat itu.Sebaik saja tubuh tegapnya tidak dibaluti baju,segera saja dia menuju ke arah almari.Pintu almari dibuka dengan kasar dan..
“Syamrein!!!!” satu kepala yang hanya ditutupi dengan rambut panjang mengurai menyapa pemandangannya daripada dalam almari itu.
“Mak!!!” Syamrein terjerit besar sebelum menghempas kuat pintu almari itu dan dia melompat ke belakang.Jantungnya seperti berhenti berfungsi saat itu.Takkanlah ada hantu pula yang bersembunyi dalam almarinya saat bulan ramadhan itu?
“Aduh...sakitlah Syamrein..” Satu lembaga yang baru dilihatnya sepintas lalu tadinya kini sedang membuka pintu almari dan menggumam gumam kesakitan.Kelihatan lembaga berambut panjang itu memegang dahinya yang sakit terhentak pintu almari.
“Ya Allah,sayang!!!” Syamrein sekali lagi terjerit besar dalam bilik itu apabila dia dapat menangkap wajah putih gebu yang paling dirinduinya kini sedang berdiri beberapa kaki di hadapannya.Dia yakin yang dia tidak bermimpi.Segera saja dia berlari ke arah sebatang tubuh langsing yang disangka hantu tadinya dan dia merangkul tubuh itu erat.
Bella tersenyum kecil apabila wajahnya terbenam pada dada bidang yang tidak berbaju itu.Hilang terus sakit di dahinya apabila dia berada dalam pelukan hangat suaminya itu.Ingatkan tadi nak bikin suprise buat suaminya.Akhirnya,kepalanya pula yang menjadi mangsa.
Mereka berpelukan buat beberapa minit tanpa sebarang suara.Melepaskan rindu setelah hampir dua bulan tidak bertemu.
“Baby,panaslah peluk lama-lama.Cramp dah badan sayang ni.”
Bella bersuara manja sebelum menolak lembut tubuh suaminya.Syamrein tersenyum lebar,melepaskan pelukannya,mencium dahi isterinya sebelum menarik kuat hidung mancung itu.
“Auch! Sakitlah Syamrein!” Giliran Bella pula terjerit saat itu.Dia menggosok gosok hidungnya yang pasti sudah merah.
“Nakal ya sayang baby ni.Cakap tak jadi balik.Lepas tu sergah orang daripada dalam almari pula.Nasib baik baby takde sakit jantung.Kalau tak,tak beraya sayang nanti.” Syamrein meneruskan bebelannya seraya menarik tangan Bella menuju ke birai katil.
Setelah berfikir sejenak.Syamrein dapat meneka yang isterinya itu memang sengaja hendak mengenakan prank padanya dengan mengatakan yang dia tidak jadi balik beraya hari itu.Walhal isterinya itu sudah lama tiba di Vila Kejora.Dia rasa...dia tahu siapa yang berkomplot dengan isterinya saat itu.Hmph...sewajarnya dia dapat mengagak apa yang terjadi daripada awal lagi.Patutlah Ika dan mommynya beria-ia tidak mahu mengikut dia menjemput Bella di airport.Rupa-rupanya mereka sudah berpakat dengan gengster princess! Tak patut betul!.
“Bila sayang sampai sini? Sampai hati ek tipu baby?” Syamrein bersuara dengan nada merajuk untuk menarik perhatian isterinya.Bella membuat muka selamba sebelum berbaring di atas tilam empuk yang sudak lama ditinggalkannya itu.Dia memandang wajah suaminya yang duduk di birai katil dengan senyuman nakal.
“Bila sayang sampai sini? Sampai hati ek tipu baby?” Syamrein bersuara dengan nada merajuk untuk menarik perhatian isterinya.Bella membuat muka selamba sebelum berbaring di atas tilam empuk yang sudak lama ditinggalkannya itu.Dia memandang wajah suaminya yang duduk di birai katil dengan senyuman nakal.
“Malaslah nak pujuk awak Syamrein oi.Saya penatlah.Jet lag tak hilang lagi.Dah lama sampai dah dengan Ika tadi.Sempat juga tengok orang tu hempas henpon dan membebel macam mak nenek dekat airport.Entah suami siapalah yang perangai macam perempuan nih!”
“Oh..jadi memang sayang sengajalah ya biar baby berjam tunggu kat air port tu macam orang bodoh?” Syamrein mengetap bibir geram.Sudah dapat menangkap cerita sebenar daripada bicara isterinya.
“Yup” Bella jawab selamba.
“Okey then.Jangan marah kalau baby buat macam ni!” Syamrein naik ke atas katil sebelum menggeletek perut isterinya sehingga isterinya itu ketawa kegelian dan berguling guling jatuh ke bawah katil.
..................................................
“Bell,daddy tengok kamu dah semakin kurus sekarang ini berbanding dua bulan lepas.Jaga pemakanan kamu tu nak.Makan pada waktunya tau.” Tengku Hariz,bapa Syamrein menegur anak menantu kesayangannya itu tatkala mereka semua tamat saja berbuka puasa.Sudah dua bulan mereka semua tidak bersua muka atas kesibukan kerja dan hari ini barulah mereka sekeluarga dapat berhimpun bersama dalam bulan yang mulia itu.
“Akak makan banyak je daddy tadi.Bukan main berselera dia makan.Ika ingat akak ni ada saka.”
“Saka,kepala kau budak kecik!.Meh sini aku bagi penangan saka aku!.” Belum sempat Ika melarikan diri lehernya sudah digrip Bella dan dia mula terjerit jerit dan ketawa mengilai.Syamrein dan Tengku Hariz hanya bisa menggeleng geleng kepala melihat aksi itu.Daripada dulu hingga sekarang,perangai mereka berdua langsung tak berubah.Walaupun keduanya sudah mencecah umur 20 tahun,tetap juga perangai mereka seperti remaja belasan tahun.Tak matang langsung!
“Sayang,dah dah lah tu.Jangan hyperactive sangat.Betul cakap daddy tu,sayang nampak kurus dan muka pun dah cengkung sikit.Risau betullah baby tengok.”
Syamrein menarik lembut tangan isterinya yang masih sibuk mengrip leher adik perempuannya.Ika terbatuk batuk kecil apabila kakak ipar merangkap kakak angkat kesayangannya itu melepaskan grip di lehernya.Syamrein merangkul erat pinggang Bella dan mengucup pipi isterinya dengan riak wajah yang bimbang.
“Im okaylah Syamrein,daddy.Biasalah..banyak kerja dekat US tu.Kadang-kadang memang tak sempat nak makan.” Bella memberi alasan mudah.Sememangnya dia agak sibuk kebelakangan ini.Sibuk dengan belajar,menguruskan kumpulan orchestra yang baru dibentuknya juga sibuk membantu papanya menguruskan anak syarikat mereka di sana.Tambahan lagi bila suami tiada di sisi,bila angin rindu sampai,nak makan pun tiada selera.
“Jangan macam tu Bell.Belajar..belajar juga,kesihatan diri jangan lupa dijaga.” Tengku Hariz sempat memberi nasihat.
“Baiklah daddy.”
“Alah abang,sebenarnya menantu kita ni bukan kurus sebab dia sibuk dengan kerja,sebenarnya dia rindu dengan anak kita ni.” Tengku Maria yang baru keluar daripada dapur sempat menggiat.Bella tersipu-sipu seketika.Tahu tahu saja ibu mertuanya itu.
“A,ah mommy.Rindu sangat sangat dekat suami Bell ni..Kadang-kadang nak makan tak lalu,nak tidur tak lena dan nak mandi pun tak berapa basah sebab ayik teringatkan dia saja..I miss you a lot baby.Susah betul hati saya sebab asyik kena tidur seorang diri saja dekat USA sana.” Bella bersuara manja di telinga suaminya.Wajah Syamrein mula merona merah apabila daddy,mommy dan adiknya sendiri tersengih sengih melihat kemesraan mereka berdua.Hish,isterinya ini..daripada dulu hingga sekarang,memang jenis bermuka tembok!Nak bermesra tak kena tempat dan masa!
..................................................
“Eh budak kecik,kau dah planning belum semua benda yang aku cakap tu? Dah cakap dengan mommy dengan daddy?” Selesai saja bersahur keesokan harinya,Bella berbisik bisik dengan Tengku Emylia Atikah.
“Akak ni..asyik panggil orang budak kecik je.Orang dah 20 tahun lah..” Ika mencebik bibir tanda protes akan panggilan dirinya yang tidak pernah berubah di bibir Bella.
“Kau jangan banyak bebel pulak.Dah kau tu memang kecik,aku panggillah budak kecik.Faham tak?” Bella mencucuk cucuk pinggang gadis genit itu sehingga gadis itu ketawa kegelian.
“Yalah princess...Ika faham.Dah.Ika dah cakap dekat mommy dengan daddy masa awal ramadhan hari itu.Mungkin minggu depan kita akan balik kampung arwah nenek Ika.Kita celebrate raya kat sana,gaya orang kampung.Mesti best kan kak?”
Itulah permintaan Bella sewaktu mereka berbincang untuk pulang menyambut aidilfitri beberapa bulan lepas.Mengenangkan Bella memang tidak pernah beraya di kampung,jadi dia meminta agar Ika memujuk Tengku Hariz dan Tengku Maria agar menyambut Syawal dalam kawasan perkampungan.
“Em,rasanya best kut.” Bella terdiam sejenak.Membayangkan keseronokan Aidilfitri nanti.
........................
Syamrein yang sedang berpakaian untuk bekerja hari itu sedikit terkejut apabila melihat isteri comelnya juga sibuk bersiap siap memakai pashmina.Takkanlah nak ke pejabat dengan pakaian biasa saja kut?.
“Sayang,sayang bersiap pagi-pagi ni nak pergi mana? Nak ikut baby pergi office ke?” Syamrein bertanya lembut apabila Bella yang sudah bersiap cantik membantu dia memakai tali leher.Dibiarkan saja jari jemari runcing itu membetulkan kemeja,tali leher juga rambutnya yang sudah agak panjang.
“Tak lah.Buat apa pergi office.Bosan je.Baby,kenapa rambut ni tak potong? Dah dekat paras bahu.Nak jadi penyanyi rock ke?” Bella menyentuh lembut rambut suaminya.Walaupun rambutnya sudah panjang,itu bukan bermakna yang suaminya tidak kemas atau tidak tampan.Suaminya sentiasa kelihatan paling kacak dimatanya.
“Rockers apanyalah sayang..Saja,nak buat new style.Baru nampak muda sikit.Kenapa,sayang tak suka rambut baby ke? Sayang kan minat artis-artis lelaki Korea yang rambut macam perempuan tu?”
Amboi,sempat lagi tu Syamrein ingin membangkitkan kisah lama.Bella hanya mencebik bibir.
“Tak suka.Awak nampak macam pondan bila rambut panjang macam ni.Langsung tak nampak hensem macam artis-artis korea.”
“Sayang!!!” Bella sudah berdekah dekah ketawa apabila Syamrein menjerit besar dan memasamkan muka.Belum sempat dia melarikan diri,Syamrein sempat memaut bahunya.
“Hish,nakal betullah sayang saya ni.Ada ke cakap suami sendiri pondan.Yalah..nanti baby potong rambut.Sayang tak jawab lagi soalan baby? Nak pergi mana sebenarnya hari ini?” Syamrein sudah masak benar dengan kata-kata nakal isterinya.Jadi..jangan dilayan sangat.
“Syam,boleh tak mulai hari ini hingga raya nanti,saya nak tukar gelaran awak.Daripada baby saya nak panggil awak..abang?”
“Em,kenapa pulak?” Syamrein pelik dengan permintaan isterinya.Dulu,bila dia meminta Bella memanggilnya abang,isterinya itu tidak mahu.Katanya gelaran itu sudah biasa digunakan.Sekarang bila dia sudah terbiasa dengan gelaran ‘baby’ yang kedengaran menjengkelkan itu,isterinya ingin bertukar gelaran pula.
“Saja.Awak tahu kan yang kita akan beraya kat kampung arwah nenek awak tahun ni?”
“So?”
“Jadi..saya tak naklah...orang-orang kampung kat sana pandang kita pelik sebab saya panggil awak baby.” Bella memberi alasannya.
“Aik,sejak bila pulak sayang kisah dengan pandangan orang lain? Sebelum ni sayang tak pernah kisah pun?” Syamrein bertanya lagi.
“Saya tak pernah hidup di kampung.Setahu saya orang kampung perlu bersopan santun.Jadi...”
“Okey,okey.Ikut suka hati sayanglah.But,baby tetap nak panggil sayang,sayang.Tak nak tukar-tukar.”
“Yalah.Remember Syam,gelar diri awak tu abang.” Bella menepuk nepuk lembut bahu suaminya.
“Ya sayang,ba..abang ingat.” Syamrein menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.Susah juga hendak bertukar gelaran kebiasaan ini.
“Bagus.Ingat sentiasa ya abang?” Bella tersengih sengih memandang suaminya yang kelihatan segak dengan pakaian pejabat itu.
“Okey.Sayang,dah banyak kali abang tanya kan,sayang nak pergi mana sebenarnya pagi ni?” Syamrein menyepetkan mata kali ini.Agak geram apabila melihat isterinya itu cuba mengelak daripada menjawab pertanyaannya.
“Oohh..,nak pergi mall dengan Ika.Nak beli barang buat kuih raya.” Bella menjawab ringkas.
“Ha,nak buat kuih raya? Kenapa tak beli je?”Cepat pula Syamrein bertanya.Bukan dia tidak tahu yang isterinya itu tidak pandai memasak.Sama saja dengan Ika.Ada hati pula nak buat kuih raya?.Em..memang ke tong sampahlah jawabnya.
“Saja.Tahun ni kan sayang betul betul nak merasai suasana beraya.Jadi kenalah buat kuih raya.”
Syamrein hanya tersenyum sumbing mendengar jawapan isterinya.Jika dia membantah dan mengatakan hal yang sebenar pasti isterinya itu akan berkecil hati.Jadi...biarkan sajalah.
............................................
Petang itu sewaktu Syamrein baru pulang daripada pejabat,Bella dan Ika sedang sibuk di dapur membuat kuih raya yang entah apa-apa.Mujurlah puasa,jika tidak pasti Syamrein akan menjadi mangsa.Melihat keadaan dapur yang seperti tongkang pecah,bibik yang menggeleng geleng kepala dan Tengku Maria yang tergelak,Syamrein pasti yang dua perempuan itu bukanlah serius membuat kuih raya.Mereka hanya bermain main sahaja.
“Syam,rasa muffin yang saya buat ni? Sedap ataupun tidak.”
Bella mengajukan sepinggan muffin coklat yang kelihatan cantik kepada Syamrein sebaik saja pemuda itu pulang daripada solat sunat tarawih.Syamrein terkebil kebil seketika memandang isteri comelnya sebelum dia duduk di birai katil.Tadinya,Bella dan Ika tidak mahu mengikuti dia,Tengku Hariz dan Tengku Maria ke masjid untuk solat sunat tarawih atas alasan mereka mahu membuat muffin.
“Tak naklah.Mesti tak sedap.Sayang bukan pandai memasak pun.Lagilah buat kuih muih ni.” Syamrein menjawab selamba.Tadinya,sewaktu berbuka dia dipaksa merasa lebih daripada lima jenis kuih raya yang dibuat Bella dan adiknya.Malangnya,ke semua kuih itu keras seperti batu.Jadi,terpaksalah semuanya dibuang ke dalam tong sampah.Bukankah isterinya itu memang suka membazir?.
“Alah,rasa jelah sikit...” Bella cuba memujuk.
“Tak naklah.Nanti kena keracunan makanan pulak.” Syamrein masih terus berdalih.Melihat muffin yang berlonggok atas pinggan itu dia rasa seram pula.Muffin coklat atau muffin hangus yang dah terlebih bakar?.
“Syamrein,saya kata.. rasa muffin ni.” Bella meninggikan sedikit suaranya.
“Tak nak.” Syamrein berterusan menolak.
“Syam...please baby,taste it..” Bella cuba menggoda pula.
“Tak naklah sayang.Sayang makan jelah muffin tu.” Syamrein masih tak sanggup.Dia memandang ke arah lain.Tidak mahu bertentang mata dengan isterinya yang sudah membuat memek muka puss in boot untuk menggodanya.
“Betul ni?” Bella mengetap bibir geram.Nak cari pasal lah ni.
“Betul.”
“Tak menyesal ni?” Bella bertanya untuk kali terakhir.
“Taklah.” Syamrein memberi jawapan muktamad.Dia bangun daripada birai katil dan menuju ke arah almari untuk bertukar pakaian.Belum sempat dia membuka pintu almari itu,satu tangan mengrip kuat lehernya dari arah belakang.Baru saja dia hendak membuka mulut,satu objek lembut dipaksa masuk ke dalam mulutnya.Dia hampir saja sesak nafas apabila sebiji muffin coklat itu memenuhi mulutnya.
“Sayang!!!” Syamrein terjerit besar apabila dia dapat mengeluarkan kembali muffin yang masuk ke dalam mulutnya dengan paksa oleh Bella sebentar tadi.Isterinya sudah mencicit lari keluar daripada bilik tidur mereka dengan ketawa besar.Hish,sabar jelah melayan kerenah isteri kesayangannya itu!.
.............................................
Keesokan harinya,Bella dan Ika masih meneruskan projek membuat kuih raya mereka.Oleh kerana Syamrein enggan menjadi tukang rasa semua resepi yang entah apa-apa itu,Bella menjemput rakan-rakan baiknya bertandang ke rumah untuk berbuka puasa bersama.Jika diikutkan gila kepala Bella,mahu saja dia mencekik leher Syamrein dan memasukkan ke semua kuih yang dibuatnya ke dalam mulut suaminya itu.Namun,dia tidak sampai hati.Mahu Syamrein merajuk setahun nanti.Ha ha ha.
“Kuih apa yang kau buat ni princess? Macam batu.” Nazarul Syamil mengomel seraya menggigit biskut kelapa versi internet yang dibuat Bella dan Ika.Langsung kuih itu tidak hancur walaupun dia menggigit dengan kuat.
“A..ahlah,baling kat dinding pun tak pecah.Teruk betul skill memasak kau.” Nazarul Ilham pula menyampuk kata-kata adiknya.Selamba sahaja dia mengambil dua biji biskut suji yang di saji di hadapannya dan di baling ke arah dinding dapur Vila Kejora.Molek saja kuih itu tergolek jatuh ke atas lantai dengan bentuk asalnya yang tidak berubah.
Tengku Emylia Atikah sudah menelan liur apabila melihat wajah kakak iparnya yang tadinya ceria sudah berubah masam mencuka.Hish..dua pemuda di hadapannya ini,memang sengaja mencari pasal.Bukan mereka tidak tahu perangai Bella macammana.
“Huhh,sakit hati betul aku dengan kau orang ni.Nah,ambik ni!” Belum sempat Nazarul Syamil dan Nazarul Ilham melarikan diri,Bella mengambil semua kuih yang terhidang di hadapan mereka dan membaling ke semua kuih itu ke wajah tampan dua sahabat yang telah dianggap seperti abang kandungnya itu.Terjerit pekik kedua pemuda itu apabila diperlakukan sedemikian.
“Princess,sakitlah!!!” Nazarul Ilham dan Nazarul Syamil menjerit serentak.Kuih yang keras seperti bola golf itu telah menyebabkan dahi mereka kemerahan akibat balingan kuat daripada Bella.Menyesal pula kerana mengutuk resipi biskut raya gengster princess itu.
Selang beberapa ketika,Syamrein menjengah masuk ke dapur.Apabila melihat keadaan lantai dapur yang berselerak dengan kuih raya juga keadaan Nazarul Syamil dan Nazarul Ilham yang mengerut dahi menahan kesakitan,dia hanya mampu mengeluh kecil.Boleh pula isterinya melayan tetamu seperti itu.
Syamrein tidak perlu bertanya dengan lebih lanjut kerana dia sudah dapat mengagak apa yang berlaku.Dia menapak perlahan ke arah Bella yang sedang berdiri di hadapan oven pembakar kuih dan dia mengambil sebiji biskut cornflakes madu yang masih tertinggal di atas dulang.Mujurlah tidak semuanya terbang mengotorkan baju dua sahabat baik isterinya itu.
“Sedaplah sayang kuih ni.” Syamrein berkata tiba-tiba.Nama cornflakes madu,tapi rasa madunya langsung tiada.Rasa pahit adalah sebab biskut itu agak hangus.
“Kalau tak sedap cakap jelah tak sedap.Saya paling benci orang menipu.” Bella mendengus kasar sambil menjeling wajah suaminya.Nampak sangat yang Syamrein sengaja ingin mengambil hatinya saat itu.
“Memang tak sedap pun.” Kali ini Syamrein memberikan jawapan jujur.Beberapa ketika semua mata yang berada di dapur itu tertumpu ke arah Bella.Mereka semua menelan liur.Ni seorang lagi yang suka cari pasal.
Syamrein memandang wajah putih bersih itu.Daripada merah padam,wajah itu berubah pucat dan tidak berperasaan.Belum sempat dia membuka mulut,Bella sudah lari meninggalkan dapur.Alamak,merajuk pulak isterinya itu!.
......................................
Syamrein menapak perlahan memasuki bilik tidur.Takut juga jika Bella merajuk panjang dengannya.Angin isterinya itu bukan boleh diramal sangat.Sudahlah dia berada di Vila Kejora saat itu.Kalau Bella membuat bising kerana bertegang urat dengannya pasti ia akan mengundang tanda tanya ibu bapanya pula.Jika dia berada di Vila Cenderawasih,tempat di mana hanya dia dan Bella hanya berduaan saja,mudahlah kerjanya.Mereka berdua tinggal di Vila Kejora kerana Bella mahu menghabiskan cutinya dengan membuat persiapan raya bersama Ika juga Tengku Maria.Syamrein hanya menuruti saja permintaan isterinya itu.
Syamrein menelan liur apabila melihat wajah putih polos itu kemerahan bersama air mata berlinangan sedang berteleku duduk di atas sofa yang terdapat dalam bilik tidur mereka.Resah pula hatinya melihat air mata yang jarang keluar itu tumpah ke bumi hanya kerana kelancangan mulutnya berkata-kata.Dengan satu keluhan panjang,Syamrein duduk rapat di sisi isterinya yang sedang menghadap televisyen itu.
“Sayang...abang minta maaf,abang tak sengaja tadi.” Syamrein berbisik perlahan sambil memeluk bahu Bella yang masih teresak-esak.Isterinya itu masih tidak memandang wajahnya.
“Alahai,janganlah nangis,abang gurau jelah.Lain kali,kalau nak buat kuih ke apa ke,janganlah main hentam ikut internet je.Belajar lah daripada mommy atau tanya dengan sesiapa yang pandai.Dahlah,tak mahu sedih-sedih ni.” Syamrein cuba mengelap air mata yang masih berlinangan itu namun tangan Bella segera menepis tangannya.Syamrein tersentak ketika.Amboi,merajuk benar nampaknya!.
“Sayang,..im really sorry okey.Abang janji lain kali kalau sayang buat kuih raya,abang akan tolong dan abang akan rasa semua kuih raya sayang dengan senang hati.Tolong jangan nangis ya my princess...”
Kali ini Syamrein melembutkan intonasi suaranya dan berbicara seikhlas mungkin.Tidak mahu hati isterinya itu terus terguris.Bergetar seluruh urat nadinya setiap kali melihat titisan mutiara daripada mata indah itu mengalir keluar.Apabila Bella tidak memberikan respon,Syamrein mendakap erat tubuh itu.Namun,sekali lagi dia terkejut besar apabila Bella menolak kasar tubuhnya.
“Syamrein jangan menyibuklah.Saya tengah fokus ni! Nak peluk-peluk,masa nak tidurlah ya.”
Selesai berbicara,Bella kembali mengalirkan air mata.Syamrein bingung seketika.Setelah dia beberapa kali menoleh pandang ke arah televisyen dan wajah isterinya,barulah otaknya dapat mencernakan sesuatu.Rupa-rupanya Bella menangis bukan sebab terasa dengan kata-katanya sebentar tadi,tetapi isterinya itu mengalirkan air mata hanya kerana menonton drama sedih korea,Windstruck. Patutlah tadi beria ia dia berlalri masuk ke dalam bilik.Rupa-rupanya hendak menonton televisyen.Hampeh betul isterinya ini.Ingatkan merajuk.Tak berperasaan betul!.
.........................................
Sudah empat hari Bella berada di Malaysia dan Syamrein baru saja memulakan cuti rayanya.Sengaja ambil cuti awal dan agak panjang untuk berada di sisi Bella sepanjang masa.Nampaknya,Bella dan Ika sudah berputus asa dalam proses membuat kuih raya mereka.Dan Syamrein amat senang hati dengan hal itu.Tidaklah dia,Nazarul Syamil atau Nazarul Ilham menjadi mangsa keadaan.
Hari itu dia mengajak isteri kesayangannya untuk shopping pakaian raya.Sudah hampir lima jam berjalan ke sana dan ke sini,Bella masih tidak membeli satu pakaian pun.Sabar sajalah..
“Syam ni cantik tak?” Bella keluar daripada bilik persalinan dengan sepasang kebaya nyonya bewarna biru pekat melekap di badan langsingnya.
“Cantik sayang,sayang pakai apa pun cantik.” Syamrein memuji perlahan sambil menguap malas.Sejak bila pula isterinya ambil kisah hal-hal pakaian.Selalunya main hentam kromo saja.Baju lelaki pun dipakainya.
“Huh,tipu.” Bella mencebik bibir.
“Ya Allah..betullah sayang.Ni bila nak habis pilih baju ni? Abang penatlah sayang.” Syamrein bertanya lembut.Tidak mahu merosakkan mood raya isterinya itu.
“Whatever.Penat tak penat tunggu sampai sayang siap pilih semua baju.” Jawapan tegas Bella hanya membuatkan Syamrein mengeluh panjang.
.............................................
“Yeah,yeah dah sampai kampung!Cantiknya kampung ni daddy,mommy!.”
Bella melonjak kegembiraan sebaik saja kakinya menapak ke tanah Kampung Sayang yang terletak di daerah Kota Tinggi,Johor Bharu.Sebuah rumah yang dibina daripada kayu jati unik sebesar sebuah banglo mewah menyapa pemandangan Bella.Mengikut kata Syamrein,rumah itu adalah peninggalan arwah datuk dan neneknya.Teratak Kasih nama rumah kayu itu.
Walaupun berada dalam kawasan kampung,rumah itu kelihatan tersergam indah berbanding rumah-rumah kayu lain yang kelihatan berderet di bahagian kiri dan kanan.Teratak Kasih ,dikelilingi rumput yang menghijau,pokok pokok kayu yang rendang dan beberapa jenis pokok bunga yang dijaga rapi.Kelihatan amat tenang dan luas mata memandang.
“Baguslah kalau kamu suka Bell.” Tengku Hariz tersenyum kecil melihat gelagat anak menantunya itu.
“Cantiklah.Bestnya dapat beraya kat sini.” Bella berjalan ke hulu dan ke hilir rumah kayu itu dan melonjak lonjak keriangan.Bukan selalu dia dapat menyambut aidilfitri di kawasan perkampungan yang indah seperti itu.
“Sayang,dahlah tu.Jom masuk dalam rumah.Jangan teruja sangat.Awak tu puasa kan?” Syamrein bertanya lembut.
“So?” Bella menjungkitkan sebelah keningnya.
“So,simpan sikit tenaga tu? Karang petang mulalah merengek rengek kelaparan.” Syamrein tersenyum jahat.Sengaja ingin menyakat buah hatinya itu.
“Awak ingat saya budak tadika ke apa?” Bella mula bercekak pinggang.
“Memanglah bukan.Tapi perangai sama je dengan budak tadika.Kanak-kanak ribena.” Selamba saja Syamrein menjawab.
“Awak memang sengaja cari pasal dengan saya kan..Awak berdiri dekat situ diam-diam.Siaplah awak kejap lagi Syamrein!” Bella mencapai sebatang ranting kering yang terdampar di bawah sebatang pokok.Ranting itu sebesar jari kelingkingnya saja tetapi itu sudah cukup menakutkan Syamrein yang melihatnya.Belum sempat Bella mencucuk perutnya dengan ranting itu dia sudah lintang pukang berlari masuk ke dalam rumah.
“Haih,anak kita berdua tu.Bukan main aktif.Dalam bulan puasa pun boleh main kejar-kejar.” Tengku Hariz tergelak kecil apabila mendengar isterinya Tengku Maria mengeluh perlahan dengan senyuman girang.Masak benar dengan perangai anak lelakinya juga menantu kesayangannya.Syamrein selalu saja memperli perangai Bella seperti kanak-kanak,padahal dia sendiri pun lebih kurang dua kali lima.
....................................................
“Sayang.” Syamrein yang baru pulang daripada kedai runcit untuk membeli tepung yang diminta Tengku Maria memanggil nama isterinya sebaik saja memasuki bilik tidur mereka.Bilik tidur kosong dan kelihatan kemas saja.Kemana pula isterinya pergi?.
“Sayang?!” Syamrein mencari isterinya di ruang tamu dan dapur pula.Namun tidak pula kelihatan.
“Sayang saya mana mommy?” Akhirnya,Syamrein bertanya dengan ibunya yang sedang sibuk menyusun bekas kuih raya yang dibeli dari Kuala Lumpur di cabinet dapur mereka.
“Ooh,Bella dengan Ika pergi rumah Mak Cik Hasnah.” Tengku Maria menjawab ringkas.
“Buat apa dia orang ke sana?” Syamrein bertanya pelik.Semalam,Makcik Hasnah dan anak bujangnya,Andika memang ada berkunjung ke rumahnya bagi menyapa ibu bapanya.Sempat juga dia memperkenalkan Bella kepada mereka.Mak cik Hasnah itu baik dengan ibunya.Namun,apa hal pula isterinya itu bertandang ke rumah jiran sebelah.Belum hari raya lagi pun?.
“Bella kata nak belajar buat ketupat.Tadi dia nak call kamu,minta kebenaran keluar.Tapi kamu tinggal handphone pula.Jadi,mommy izinkan saja dia pergi.Makcik Senah kamu tu menganyam ketupat hari ni.Kamu pergilah ke sana kalau ada masa.Mommy pun nak ke sana kejap lagi.” Panjang pula Tengku Maria memberi penerangan.Tidak mahu anaknya salah faham.
“Okey mommy.” Penjelasan Tengku Maria melegakan sedikit hati Syamrein.
.............................................................
“Susah juga nak menganyam ketupat ni.” Bella menggumam kecil seraya menarik narik daun palas yang ingin dibentuknya menjadin ketupat.Takde rupa ketupat pun?.
“Kalau dah selalu buat,senanglah.Asalkan rajin belajar.Betul tak mak?” Suara Andika,anak tunggal Mak cik Hasnah membuatkan Bella tersenyum segaris.Diperhatikan pemuda itu menganyam ketupat.Pantas dan cekap sekali.Dia yang sudah satu jam cuba belajar menganyam ketupat hanya menemui jalan hampa.Satu bentuk ketupat pun tidak terhasil.
“Betul cakap Andy tu Bell.Asalkan rajin belajar,pandailah nanti kamu menganyam ketupat ni.Nanti..ada umur,di lain tahun raya,bolehlah kamu dengan Ika buat ketupat sendiri.” Mak cik Hasnah bersuara lembut.Suka pula dia melihat wajah jelita anak menantu sahabat baiknya itu.
“Assalammualaikum..” Kedengaran suara seseorang memberi salam daripada ruang tamu.Makcik Hasnah meningalkan dapur dan bergegas menuju ke pintu utama.Bella,Ika dan Andika masih terus menganyam ketupat.
“Salah tu Bell,macam ni buatnya..” Bella sedikit terkejut apabila tangan Andika memegang tangannya dan cuba membetulkan anyaman daun palas yang berada di tangannya.
“Asyik salah aje.Malaslah nak buat lagi.” Bella menarik tangannya dan melepaskan anyaman daun palas yang hampir saja membentuk sebiji ketupat.
“Akak ni peliklah.Dulu kat Sekolah Tinggi Persendirian Meriga,akak pelajar genius.Tak sangka pulak yang akak sekarang ni lembab untuk mempelajari sesuatu yang baru.Nak buat ketupat pun tak pandai,tengok Ika ni..dah pandai dah.”
Ika memperli.Sengaja ingin buat kakak kesayangan dia naik angin.Dia pandai buat ketupat kerana sewaktu sekolah rendah dulu memang dia sudah belajar cara menganyam ketupat daripada Makcik Hasnah.Jadi sekarang dia hanya perlu mengingat kembali cara menganyam ketupat itu.
“Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan?” Belum sempat Ika melarikan diri,Bella mengambil sehelai daun palas panjang yang belum di anyam dan menjerut leher Ika dengan daun itu.Andika yang melihat aksi itu tercengang seketika.
“Sayang,buat apa tu?” Syamrein menegur tegas.Hish,isterinya ini,tak pandai jaga perangai betul!.
“Tengah nak bunuh orang.”
Bella terkebil-kebil seketika memandang wajah suaminya yang baru muncul.Namun,dia langsung tidak melepaskan jerutan daun palasnya daripada leher Ika.Gadis genit itu sudah tercungap cungap tidak bernafas apabila diperlakukan seperti itu.Siapa suruh cari pasal lagi kan?.
“Oh Syam,baru sampai ke?”
Andika menghampiri Syamrein dan mereka berjabat tangan.Syamrein tersenyum sinis.Agak meluat melihat pemuda di hadapannya itu.Sesuka hati dia saja ingin memegang tangan isterinya.Bukan dia tidak nampak aksi pemuda itu tadi.Mujurlah isterinya tidak melayan.Jika tidak,mahu dia angin satu badan.
“A..ah,aku tengah cari isteri kesayangan aku ni.Sayang,dah-dahlah tu.Nakalnya dia ni.”
Sengaja Syamrein menekankan perkataan isteri kesayangan dihadapan Andika.Segera saja tangan Bella diraih sehingga adiknya dapat melarikan diri.Andika yang menjadi pemerhati hanya tersenyum hambar.Terasa cemburu pula melihat kemesraan pasangan suami isteri itu.
“Maaflah makcik kalau isteri saya ni buat onar kat rumah makcik.Dia ni memang nakal sangat.Bukan pandai malu dengan orang lain.” Syamrein menarik lembut hidung mancung isterinya dan meminta maaf pada Makcik Hasnah.
“Takpelah Syam.Makcik tak kisah.Ceria sikit rumah ni bila Ika dengan isteri kamu ada kat sini.” Orang tua yang sebaya dengan Tengku Maria itu menjawab ikhlas.Sungguh kekecohan mulut Bella dan Ika membuatkan rumahnya sedikit riuh.Jika tidak tinggallah dia dan Andika saja di rumah itu.
“Sayang,jom balik.” Syamrein memaut pinggang isterinya dan mengajak isterinya itu pulang ke Teratak Kasih.Agak tidak suka melihat isterinya menjadi tatapan lelaki lain.
“Tak nak.Saya nak belajar buat ketupat lagi.” Bella dah mula buat perangai.
“Alah..nanti belajarlah lagi.Jomlah balik rumah,temankan abang tengok movie.” Syamrein cuba memujuk.
“Malas.” Gengster princess sentiasa melawan.
“Sayang...” Syamrein merengek rengek pula.
“Uwek!”
“Sayang!!!” Syamrein terjerit besar apabila isterinya itu menjelirkan lidah pula.Sengaja buat dia sakit hati.
“Biarlah dia Syam.Bell nak belajar anyam ketupat dengan Makcik Hasnah kamu ni.Nanti kalau dia dah balik ke USA,mana ada masa lagi nak belajar semua ni.Raya pun setahun sekali je kan.Kamu nak tengok movie,pergilah tengok seorang diri.Bukan tak biasa pun kan?” Teguran Tengku Maria yang baru tiba mematikan niat Syamrein untuk mengheret isterinya pulang ke Teratak Kasih.
“Ha,ha,ha,padan muka.Kena marah dengan mommy.” Syamrein menjegilkan mata apabila melihat isterinya tergelak besar.Disebabkan takut isterinya digoda lelaki lain,Syamrein berkeputusan untuk sama belajar menganyam ketupat hari itu.Dia mahu sentiasa berada di sisi isterinya.
......................................
“Wah,cantiknya.Dekat bandar jarang nampak pelita tujuh likur ni.” Bella melompat-lompat keriangan dengan telkung masih tersarung di badannya sebaik saja pulang daripada solat sunat tarawih bersama Ika.Tidak berkelip kelip matanya memandang sekeliling rumah Makcik Hasnah yang diterangi cahaya pelita.
“Em..baguslah kalau Bell suka.Senang hati abang mendengarnya.Ha,abang ada satu benda nak ambil dalam rumah.Bell dengan Ika tunggu kat sini.”
Abang?. Geli pula Bella mendengarnya.Namun,dia tidak sampai hati pula hendak mengutuk pemuda itu.Yalah..pemuda itu sebaya Syamrein.Wajarlah jika dia memanggil pemuda itu abang.Setelah beberapa minit berlalu,Andika keluar daripada rumahnya dengan membawa sebungkus plastik bewarna merah.Diajukannya isi plastik itu kepada Bella.
“Wah..best ni!” Bella mengambil beberapa batang bunga api daripada plastik yang diserahkan Andika kepadanya.Andika pula seperti terkesima melihat senyuman gadis dihadapan matanya.Selamba sahaja Bella dan Ika menyalakan bunga api yang diberi dengan menggunakan sumber api daripada pelita berdekatan.Perempuan itu tersenyum lebar melihat percikan api kemerahan yang keluar daripada bunga api yang berada di tangannya.Akhirnya Andika juga mengikuti perbuatan dua perempuan itu.Mereka berdua tergelak ceria sambil bermain bunga api.
“Sayang,dah malam ni.Jom balik.” Syamrein bersuara tegas apabila melihat telatah isterinya itu.Pantang ditinggal sekejap,ada saja aktiviti raya yang ingin dilakukannya.Tadinya,sebaik saja tamat solat sunat tarawih,dia mengarahkan Bella dan Ika pulang dahulu bersama Tengku Maria kerana dia dan Tengku Hariz ingin berbual bual dengan beberapa orang penduduk kampung itu.Dia tidak menyangka pula yang isteri juga adiknya boleh melencong ke rumah jiran sebelah.Sabar sajalah..
“Tak nak.Saya tak puas lagi main bunga api ni.” Bella menjawab selamba.Dia dan Ika langsung tidak mempedulikan kata-kata Syamrein.Bila dah jumpa bunga api,tak ubah seperti kera mendapat bunga.
“Jangan nak jadi budak-budak sangat boleh tak.Abang kata balik,baliklah!” Syamrein sudah mula meninggikan suara.Namun,dia hanya mampu melopong apabila isterinya sekali lagi menjelirkan lidah.Ya Allah..sabar jelah..
“Zyya Adrianna Bella...”
“Yalah,yalah.Jom kita balik.” Akhirnya Bella mengalah,dia merangkul tangan Syamrein dan menarik lelaki itu pulang ke Teratak Kasih.Bukan dia tidak tahu,jika Syamrein sudah memanggil nama penuhnya itu,tandanya suaminya sedang marah.Jadi,lebih baik dia jangan mencari pasal.
....................................................
Keesokan petangnya,Bella dikejutkan dengan kehadiran tiga buah kereta sport berlainan warna di perkarangan Teratak Kasih.Apabila melihat wajah-wajah yang keluar daripada kereta mewah itu,Bella mencebik bibir.
“Apa hal pulak kau orang semua ni datang kampung aku.Belum tiba hari raya lagilah.Buat menyemak aje.Shuh,shuh,pergi balik.” Selamba badak dia sahaja berkata sedemikian daripada serambi Teratak kasih.Takde adab betul!.
“Princess!!!” Faryzal,Nazarul Syamil dan Nazarul Ilham terjerit serentak apabila mendengar kata-kata Bella.
“Hish dia ni,boleh pula halau tetamu macam halau ayam.” Syamrein meluku lembut kepala isterinya yang masih memandang para tetamu yang hadir petang itu.Buat seketika Bella tersengih sengih sebelum dia bergegas menuju ke arah semua kawan baiknya itu dan mula melaga lagakan penumbuknya tanda menyambut kedatangan mereka.
“Abang ke yang jemput dia orang ni semua ke mari?” Bella bertanya setelah mereka semua duduk di ruang tamu Teratak Kasih.
“A..ah,kesian dia orang tak pernah beraya kat kampung.Sebab tu abang ajak dia orang ke mari.” Syamrein menjawab ringkas.Padahal dia ada tujuan lain.
“Oit,korang datang kampung ramai-ramai ni.Tak bekerja ke?” Bella bertanya pula ke arah tiga sahabatnya itu.Nazarul Ilham dan Nazarul Syamil menguruskan anak syarikat papanya sementara Faryzal pula merupakan seorang model.
“Alah..kita orang cuti satu hari je kut princess.Syam cuti dekat dua minggu,kau tak bising pun?” Faryzal merungut.
“Okey,whatever.” Bella malas melayan.
...............................................
“Ya Allah,cantiknya!!!” Bella terpegun apabila dia menjejakkan kaki di perkarangan Teratak Kasih malam itu.Halaman rumah itu sudah dipenuhi dengan deretan pelita yang lima kali ganda lebih banyak berbanding rumah Andika.Tadi,sewaktu dia keluar menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih tiada pula sebarang pelita di situ.Sekarang,dia tergamam.Bella mengelilingi deretan pelita yang tersusun cantik itu.Di bahagian tepi Teratak Kasih,semua pelita disusun dengan bentuk love sederhana besar.
“Em..lain kali jangan sesuka hati pergi main bunga api dekat rumah orang lain.Abang tak suka tengok..”
Bella sedikit tersentak apabila satu tangan sasa melingkar di pinggangnya.Namun,dia hanya tersenyum lebar apabila mendapati wajah Syamrein menyapa pemandangannya.
“Abang buat semua ni untuk sayang ke?” Bella bertanya dengan nada terharu.Patutlah hari itu Syamrein juga sekutunya yang datang petang tadi tidak menunaikan solat sunat tarawih.Rupa-rupanya mereka semua sudah merancang untuk membuat kejutan baginya.Dia rasa sebak seketika.
“Yup.Special for my love.” Untuk isteri tercinta,Syamrein sanggup melakukan apa sahaja.
“Thanks so much!!!” Bella menghadiahkan sebuah kucupan di pipi suaminya.
“Oit princess,kita orang yang penat –penat tolong ni tak nak kiss ke?” Nazarul berteriak daripada serambi Teratak Kasih.Senang hati melihat kebahagian sahabat baiknya.
“Penumbuk aku boleh bagi percuma.” Jawapan Bella hanya mengundang tawa mereka semua.
“Sayang nak pergi mana tu?” Syamrein segera menarik tangan isterinya apabila menyedari isterinya itu mahu melencong ke arah rumah jiran sebelah.Haish,ni yang nak naik angin ni!.
“Nak minta bunga api dekat Abang Andy.Barulah best.” Bella jawab selamba dengan muka polosnya.
“Tak payahlah princess.Kita orang dah bawak banyak stok ni.” Faryzal menyampuk seraya menghempas sekotak besar bunga api juga mercun pelbagai jenis yang dibelinya daripada Kuala Lumpur ke atas tanah.Bella melopong seketika seraya meninjau isi dalam kotak itu dengan senyuman hingga ke telinga.Syamrein hanya mampu menggeleng-geleng kepala.
“Kau seludup daripada mana ni Ryz?” Bella bertanya pula.
“Alah Bell,no money no talk.Ada duit, takde masalah untuk beli barang-barang macam ni.”Nazarul Syamil menjawab bagi pihak Faryzal.Ini jika dilihat anggota polis,tak pasal pasal kena tuduhan mengedar bunga api dan mercun pula.Banyak bukan main!.
Selang beberapa minit,perkarangan Teratak Kasih sudah riuh rendah dengan bunyi mercun,percikan bunga api juga tawa riang mereka semua.Bella yang perasan kelibat Andika melihat mereka daripada rumahnya,segera saja mengajak pemuda itu main bersama.Syamrein hanya mampu mendengus kecil.Susah betul nak buat isterinya faham yang dia tidak suka pemuda itu berada berdekatan.Cemburu!.
Tengku Hariz,Tengku Maria dan Makcik Hasnah pula duduk di serambi Teratak Kasih sambil memerhatikan gelagat mereka semua.Tengku Maria sengaja menjemput Makcik Hasnah yang sudah kematian suami itu agar berbual bual kosong dengannya untuk mengelakkan wanita itu kebosanan.Hati mereka semua sedikit gembira melihat keriangan anak-anak muda yang ingin menyambut lebaran tidak lama lagi.
“Syamrein.Jaga-jaga!” Bella menjerit kuat seraya membaling sebiji mercun bola tepat-tepat di kaki Syamrein.Mahu lelaki itu tidak terperanjat.
“Oh mak kau!” Syamrein melatah seraya terlompat ke belakang kerana takut mercun bola tersebut meletup di kakinya.Semua yang memerhati hanya ketawa besar melihat reaksi pemuda itu.Padahal,Bella langsung tidak membakar mercun bola itu.Dia hanya mengacah sahaja.Wajah suaminya yang kelihatan pucat itu betul betul bikin Bella ketawa tak ingat dunia.
“Sayang!!!” Syamrein yang menyedari dia telah dipermainkan segera saja menghambat Bella dan mengacah pula untuk membakar mercun bola lain dekat dengan isterinya.Bella pula mula melarikan diri dan berpusing-pusing antara badan Nazarul Ilham,Nazarul Syamil,Faryzal juga Tengku Atikah.Apabila pinggangnya dipaut Syamrein,dia tidak dapat lari lagi.Akhirnya dia hanya mengilai geli hati dalam pelukan suaminya.
“Hish,nakal betul dia ni kan!” Syamrein menarik kuat hidung mancung isterinya yang masih ketawa itu.Bella masih ketawa dan dia membiarkan saja kedua tangan Syamrein melingkar di pinggangnya.
‘Kebaboom!’
Mereka berdua sedikit tersentak apabila satu bunyi letupan kuat terhasil sebelum percikan bunga api besar melayah terbang tinggi di udara.Satu das,dua das dan berdas-das lagi.Pelbagai warna menarik dan menggamit pemandangan setiap orang di kampung itu.Bella sempat memandang sekilas Nazarul Syamil yang menghidupkan sumbu sesuatu tidak jauh daripada tempat mereka berdiri tadinya.Tidak menyangka pula yang pemuda itu menyalakan bunga api gergasi.Bella sudah melopong dengan wajah yang penuh keterujaan sebelum memandang wajah Syamrein.Suaminya itu hanya tersenyum lebar sebelum mencium dahinya.
Pertunjukan bunga api di hari raya sama pula dengan pertujukan bunga api hari merdeka Malaysia!.Bagus betul perancangan yang dibuat oleh Syamrein dan rakan-rakannya.
..........................................................
“Syam,bangun.Dah masuk waktu sahur ni..” Bella menggoyang-goyang lembut bahu suaminya.Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi.Lebih kurang satu jam lebih sebelum azan subuh berkumandang.
“Emmm...” Syamrein hanya menggumam gumam kecil sebelum menarik comforter membalut diri.Bella sudah terkebil kebil melihat gelagat suaminya.Susah pula hendak menggerak suaminya bangun.Mungkin kerana semalam mereka berdua tidur lewat akibat sibuk bermain segala jenis bunga api juga mercun yang dibawa Faryzal.Pukul dua pagi baru mereka berdua melangkah ke katil.
“Baby,bangunlah.Nanti tak sahur pulak..” Bella bersuara lembut seraya mencium pipi suaminya itu.Masih tiada respons.Semakin nyenyak pula Syamrein tidur.
“Sayangku,bangunlah..” Bella menarik-narik kaki suaminya pula.Syamrein bergerak sedikit namun langsung tiada tanda yang suaminya itu akan membukakan mata.Bella mendengus kasar.Memang nak bikin dia marah lah ni.Dia berfikir sejenak sebelum tersenyum jahat.Pantas saja dia merangkak naik ke atas katil dan berbisik tegas di telinga Syamrein.
“Ma rabukka!!!” Suara Bella yang penuh dengan intonasi seram yang sengaja dibuat buat itu membuatkan mata Syamrein terbuka luas.Dia cemas seketika sebelum berpaling ke kiri dan kekanan sebelum pemandangannya tertumpe ke wajah Bella yang sedang tersengih-sengih memandangnya.
“Sayang!!!” Syamrein terjerit lagi.Isterinya ini memang sengaja hendak bikin dia sakit jantung!.Ingatkan malaikat Izrail sudah mencabut nyawanya.Sudahlah dia mamai akibat baru bangun daripada tidur.Bella boleh buat lawak antarabangsa pula.
“Ha,ha,ha.Cepat basuh muka.Waktu sahur dah nak habis dah ni.” Bella ketawa besar sebelum melompat turun daripada katil.Syamrein menggosok gosok dadanya dan mengeluh panjang.Dah takde cara lain ke yang boleh digunakan isterinya itu untuk mengejutkan dia bangun daripada tidur?!
.........................
Sebaik saja keluar daripada bilik tidur,wajah Ika menyapa pemandangan Bella.
“Akak,abang-abang kesayangan akak tu semua tak bangun lagi.Ika dah ketuk pintu banyak kali pun,takde respons.”
Ika memberitahu.Oleh kerana sudah larut malam,Syamrein membenarkan saja Nazarul Ilham,Nazarul Syamil dan Faryzal bermalam di Teratak Kasih.Lagipun mereka bertiga sudah bersusah payah membantunya untuk membuat kejutan aidilfitri buat Bella.
“Em..takpelah.Kau pergi minta kunci pendua dengan mommy.Biar akak yang kejutkan dia orang.” Bella memberi arahan selamba.Ika sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Takpe ke? Akak kan isteri abang Syam? Nanti karang abang Syam marah pulak akak kejutkan lelaki lain bangun daripada tidur.” Ika serba salah untuk mengikuti arahan kakak iparnya.Jika Syamrein cemburu,tak pasal pasal pula mereka berdua bergaduh.
“Alahai,aku bukan nak buat apa pun.Sekali aku kejut je mesti dia orang bertiga bangun tidur .Pergi cepat ambik kunci.” Akhirnya Tengku Emylia Atikah mengikut saja arahan kakak iparnya.
.......................................
‘Bang!!’ Bunyi satu letupan kuat meledak dalam Teratak Kasih.
“Astagfirullahalazim!” Syamrein yang baru saja keluar daripada biliknya tersentak seketika.Daripada jauh dia sudah mendengar bunyi bising datang daripada arah bilik tetamu.Segera saja dia melangkah ke sana.
“Princess!!!” Syamrein melongo apabila melihat isterinya sedang ketawa terbahak bahak seraya menarik kuat pintu bilik tetamu yang kelihatannya ingin dibuka oleh tetamu yang tidur di dalamnya.Gamat seketika keadaan Teratak Kasih dengan tawa Bella juga bebelan daripada Nazarul Syamil dan Nazarul Ilham yang tidak dapat keluar daripada bilik tidur itu.
“Ya Allah,apa yang dah berlaku ni?” Syamrein bertanya sebaik saja Bella melepaskan pegangan tangannya pada tombol pintu itu.Terjenggul wajah masam mencuka Nazarul Ilham dan Nazarul Syamil.
“Ha,ha,ha.Padan muka kau orang berdua.Cepat bersiap.Nak bersahur ni.” Bella masih dengan tawa geli hatinya.Dua beradik itu hanya mampu mendengus kasar.Geram betul dengan kelakuan perempuan itu.
“Akak pergi bakar mercun bola dekat tepi katil Naz dengan Ilham.Mahu tak terperanjat dia orang.”
Ika memberitahu Syamrein yang masih tidak faham perkara yang berlaku.Tadinya,sebaik saja Bella dapat membuka pintu bilik tetamu dengan kunci pendua.Segera saja dia menyalakan sumbu dua biji mercun bola yang disimpannya semalam dan melemparkan mercun itu di sisi katil yang ditiduri Nazarul Ilham dan Nazarul Syamil.Selepas mercun itu meledak,mahu dua pemuda itu tidak terkejut besar.
“Sayang,janganlah macam ni.Kalau dia orang tercedera macammana?” Syamrien berbicara tegas.
“Alah..saya baling tepi katil je kan.Bukan kena dia orang pun.Sekarang saya nak bom bilik Faryzal pula.” Bella menjawab tidak bersalah seraya menuju ke bilik tetamu bersebelahan untuk mengejutkan Faryzal pula.Mujurlah pemuda itu sudah keluar daripada bilik apabila mendengar bunyi bising-bising tadinya.Sudah masak sangat dengan perangai Bella.Suka sangat mengenakan orang!.
...............................................
Sewaktu tarikh raya sudah diumumkan akan menjelang keesokan harinya,Bella dan Ika sibuk membantu Makcik Hasnah menghias rumahnya yang sederhana besar itu.Teratak Kasih pula tidak perlu dihiasi kerana tugas tersebut telah dilakukan oleh pembantu rumah.
“Takpelah makcik.Biar Bell tolong gantungkan langsir tu.Makcik dengan Ika pergilah masukkan beras dalam daun ketupat.” Kasihan pula Bella melihat wanita tua itu tidak menang tangan untuk menghias cantik rumahnya bagi sambutan aidilfitri.
“Baiklah nak.Andy,kamu tolong Bella ya.” Makcik Hasnah tersenyum senang dengan bantuan yang ingin dihulurkan Bella.
“Okey mak.” Andika menjawab ceria sambil matanya mengiring langkah ibunya dan Tengku Atikah yang sedang menuju ke arah dapur.Sungguh dia gembira dapat berdua duaan dengan perempuan yang bernama Zyya Adrianna Bella itu.
Bella memanjat sebuah kerusi kecil dan mula memasangkan langsir yang dihulurkan Andika daripada arah bawah.Sedang dia bersungguh sungguh memasang langsir,tiba-tiba saja kakinya terpelecok dan tubuhnya melayang ke bawah.Mujurlah tubuhnya sempat dipaut Andika daripada terus menyembah bumi.
“Bella!” Satu tengkingan yang datang daripada arah muka pintu rumah itu membuatkan Bella tergamam.Wajah suaminya yang merah padam menahan marah membuatkan dia cuak.
“Syam.” Bella ingin mendapatkan suaminya,namun dia terkejut besar apabila Andika memeluknya kuat daripada arah belakang.Syamrein yang melihat aksi itu segera membawa diri.
“Tolong jangan pergi sayang.” Andika bersuara lembut di telinga Bella.Cuba menggoda perempuan itu.
“Puaka betullah kau ni!”
‘Pang!’ Dengan sebaris ayat makian,satu tamparan kuat hinggap di pipi Andika.Berpinar sebentar dunianya.
“Itu sebab kau ambil kesempatan dekat aku.” Bella sudah naik hantu.Ditariknya kolar pemuda itu dengan wajah yang merah menyala.
‘Bukk!’ Satu tumbukan pula hinggap di pipi Andika hingga buat dia jatuh tersungkur di atas lantai rumah itu.
“Itu pulak sebab kau dah sakitkan hati suami aku.Bodoh!” Bella menjerit lagi sebelum berlalu keluar daripada rumah itu.Menyesal pula kerana membantu Makcik Hasnah menghias rumahnya.Akibatnya sekarang,Syamrein sudah merajuk.
...........................................
Takbir raya pagi itu membuatkan Bella bertambah sedih.Masakan tidak sudah semalaman Syamrein tidak mahu bertegur sapa dengannya.Sudah berkali kali dia meminta maaf dan menjelaskan perkara yang telah berlaku semalamnya,namun Syamrein kelihatan tidak mahu ambil peduli.Suaminya itu hanya diam membisu sehinggalah dia meninggalkan Bella untuk menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri.
Bella sempat menalifon papanya,Tan Sri Iskandar yang menyambut raya di USA bersama Daniel Adrayyan Faramy,abangnya juga Madam Lilian,ibu angkatnya.Bella memohon maaf kepada tiga insan penting dalam hidupnya itu sempena hari yang mulia itu.Dia juga sempat menalifon Azimah dan Farah,merangkap sahabat baiknya sewaktu di sekolah dulu bagi memohon maaf dan mengucapkan salam lebaran.
Bunyi pintu bilik dikuak mematikan lamunan Bella.Wajah tenang Syamrein yang segak berbaju melayu lengkap bewarna biru pekat yang sedondon dengannya menggamit pemandangan Bella.Pasti suaminya itu baru saja pulang daripada masjid.Belum sempat Syamrien membuka mulut,dia tergamam apabila Bella melutut di kakinya.
“Maafkan saya.Maafkan saya... Saya tahu saya salah..Tolong jangan buat saya macam ni Syam..” Syamrein sedikit tersentak dengan kata-kata isterinya.Sedih pula hatinya melihat air mata itu tumpah kerana dirinya.Ingatkan tak pandai sedih tadi.Segera saja dia menghampiri tubuh yang sedang melutut itu.
“Sayang,janganlah macam ni.Bangun,bangun.Jangan melutut.” Syamrein cuba mengarahkan Bella berdiri namun isterinya itu kelihatan tidak mahu bergerak.Jadi terpaksalah dia juga melutut berhadapan dengan Bella.
“Maafkan saya.Saya dah banyak sakitkan hati awak selama ni.Tolong jangan bencikan saya.Apa yang terjadi semalam tu cuma salah faham.” Bella teresak esak dan memandang wajah suaminya dengan air mata yang berlinangan.Syamrein tersenyum kecil seraya memegang kedua belah pipi gebu itu.Dikucupnya dahi itu dengan penuh syahdu.
“Ya Allah,tak pernah sekelumit pun dalam hati abang nak membenci sayang.Abang maafkan semua kesalahan sayang.Abang tahu kejadian semalam tu cuma salah faham.”
Syamrein berbisik lembut di telinga Bella seraya memeluk tubuh isterinya itu.Mujurlah malam tadi,selepas kejadian itu berlaku,Andika datang memohon maaf dengannya.Berat juga hatinya ingin memaafkan kesilapan pemuda itu yang cuba menggoda isterinya.Namun,maaf segera saja diberi apabila dia melihat tompokan lebam yang terdapat di wajah pemuda itu akibat penangan isterinya.Em...isteri gengsternya memang terbaik!.
“Tapi,saya ni jahat kan? Selalu buat awak marah dan buat awak kecewa.” Bella masih dengan sedu sedannya berbicara dengan wajahnya masih terbenam di dada Syamrein.Hanya Syamrein yang bisa membuat dia bersedih seperti itu.Jika dengan orang lain,jangan haraplah.
“Em..sayang tak jahat.Tapi nakal sangat.Lepas tu gengster pulak.Suka sangat buat abang susah hati.” Syamrein membetulkan penyataan isterinya itu.Makin menjadi jadi pula esakan Bella saat itu.Syamrein sudah susah hati.
“Tapi..itu bukan bermakna yang abang bencikan sayang.Apa pun yang sayang buat..I still love you so much..” Syamrein menyambung kata-katanya.
“Tapi...”
“Apabila abang menikahi sayang,abang dah bersedia untuk menghadapi perangai baik dan buruk sayang.Abang menerima sayang,apa adanya.”
Syamrein membuat pengakuan ikhlas.Sungguh dia langsung tidak kisah dengan perangai nakal isterinya.Sebetulnya,kerana perangai nakal itulah hari harinya bertambah ceria.
“Saya akan berubah untuk jadi isteri yang terbaik untuk awak Syam.” Tangisan Bella semakin reda.Dia bersuara perlahan.
“Tak perlu berubah sayang.Zyya Adrianna Bella yang abang nikahi,adalah seorang isteri yang sangat nakal,banyak mulut,ceria sentiasa,hyperactive dan agak gengster.Abang tak nak sayang berubah menjadi orang lain.Apa yang ada pada diri sayang,itulah yang membuatkan abang terus mencintai sayang.” Syamrein menggapai jari jemari Bella dan mengucupnya lembut.
“Terima kasih Syam.I love you so much.”
“I love you too sayang.Abang pun nak minta maaf kalau selama ni abang ada mengguris perasaan sayang,buat sayang sakit hati dan buat sayang bersedih.Maafkan abang.” Giliran Syamrein meminta maaf.
“Tak,tak.Jangan minta maaf dengan sayang.Abang tak pernah buat apa-apa salah dekat sayang.Perkara terbaik yang berlaku dalam hidup sayang adalah adanya seorang Tengku Syamrein Ashraf di sisi sayang sebagai suami.Seorang suami yang mampu mengembirakan hati sayang,melayan kerenah nakal sayang,membuang kesunyian sayang dan menceriakan hari-hari sayang dengan cintanya yang tidak pernah luak.Abang tak layak meminta maaf daripada sayang.” Bella mencium tangan Syamrein sebelum sekali lagi dia menangis kesedihan.
“Dahlah janganlah nangis lagi.Habis tercabut semua make up nanti.Selamat hari raya sayangku.” Syamrein mengelap juraian air mata di wajah putih gebu itu dengan tangannya.Bella tersenyum gembira.
“Selamat hari raya juga baby.” Bella mencium pipi kiri dan kanan suaminya itu.
“Ehem,ehem!.Kalau nak beromance pun,pandai-pandailah kunci pintu.Tahulah hari ni siang dan bulan puasa dah tamat.” Teguran daripada muka pintu yang baru dibuka seseorang membuatkan wajah Syamrein merona merah menahan malu.Lupa pula untuk mengunci pintu tadinya hingga drama air matanya dengan Bella menjadi tontonan Tengku Atikah.
“Kau memang cari matilah budak kecik!!!”
Belum sempat Syamrein membuka mulut,Bella sudah meninggalkan dirinya dan lari mengejar Tengku Atikah yang sudah membuat larian marathon.Syamrein tergelak sendirian.Hari raya pun masih hendak main kejar-kejar.Nakal sangat-sangat!.
..........................................
Selesai bermohon maaf di antara semua ahli keluarga,mereka semua menjamu selera dengan gembira.Kedatangan Makcik Hasnah yang ingin menemui Bella disambut dengan senang hati oleh Tengku Maria.
“Sekali lagi makcik minta maaf atas apa yang berlaku Bell.”
Makcik Hasnah berterusan meminta maaf atas peristiwa yang telah terjadi.Bukan dia tidak nampak apa yang berlaku kali lepas.Memang patut pun Andika menerima penampar dan penumbuk daripada Bella.Ia sebagai pengajaran agar tidak menggangu isteri orang lain.
“Takpelah makcik,jangan diungkit kisah lama.Andy dah minta maaf pada suami saya dan saya pun dah sudi maafkan dia.” Bella berbicara ikhlas.Memang Andika sudah meminta maaf kepadanya dan Syamrein kali lepas.Sempena hari mulia itu,Bella dengan senang hati memaafkan kesalahan semua orang.
Makcik Hasnah gembira dengan jawapan Bella.Walaupun begitu dia tahu yang anak bujangnya masih malu untuk terus bersua muka dengan perempuan itu.Jadi,Andika lebih rela duduk dalam rumahnya sahaja berbanding bertandang ke Teratak Kasih.Lagipun,lebam di wajah anak terunanya masih belum hilang akibat tumbukan padu Bella.Moga tanda itu dapat memberi pengajaran kepada anak bujangnya.
“Nak duit raya?!” Bella mengajukan tangannya ke arah Nazarul Syamil dengan membuat muka comel.
“Ek eleh,kau tu dah tua lah princess.Takkan nak duit raya lagi?” Nazarul Syamil memperli.Sengaja je Bella ni.Duit raya apanyalah jika dia sendiri bekerja di bawah anak syarikat milik perempuan itu.
“Ah..tak peduli,nak duit raya juga.”
Bella masih dengan permintaannya.Selagi tak dapat,selagi itulah dia akan terus meminta minta.Nazarul Syamil akhirnya mengalah,mengeluarkan wallet dan menyerahkan sehelai not kertas berwarna biru kepada Bella.Terkebil kebil sahaja mata Bella memandang duit kertas itu.
“Dah dapat duit raya kan? Pergi main jauh-jauh.”
“Seringgit je Naz? Gila bapak punya kedekut kau ni!” Bella terjerit kecil menyuarakan ketidakpuasan hatinya.Semua yang memandang hanya tersenyum lebar melihat telatah perempuan itu.Gaya macam kanak-kanak lima tahun sahaja.Selepas itu,Bella meminta pula duit raya daripada Nazarul Ilham,Faryzal,Tengku Maria dan Tengku Hariz.Syamrein yang memandang hanya mampu tergelak dalam hati.Isterinya ini memang bermuka tembok!.
“Baby...nak duit raya?” Akhir sekali,barulah Bella meminta duit raya daripada suaminya sendiri.
“Em,sayang nak berapa ringgit?” Syamrein memaut pinggang Bella dan mengucup dahi isterinya itu.
“Bagi semua jelah duit yang ade dalam wallet baby tu.” Bella menjawab selamba.Saja sebenarnya ingin bermanja manja dengan suaminya.
“Amboi,boleh pulak minta duit raya macam tu.Jangan dilayan sangat Syamrein kehendak dia.Mengada-ngada lebih princess ni.” Faryzal yang sedang makan kuih raya di ruang tamu Teratak Kasih sempat menyampuk.
“Sibuklah kau Ryz.Diam.Aku hempuk kau karang.” Bella ingin mengajukan penumbuknya pada Faryzal namun tangannya cepat pula ditangkap Syamrein.
“Nah ni.Selamat hari raya sayang.” Syamrein menyerahkan satu sampul kertas bersaiz A4 kepada isterinya.Bella sudah menayangkan wajah pelik.Tak macam sampul duit raya pun?.Dia membuka sampul surat itu dan membelek isi kandungannya.
“Ya Allah Syam,betul ke ni?” Bella terjerit besar seraya menekup mulutnya.Tergambar rasa terharunya saat itu.Sepasang matanya mula berair.Maklumat yang tertera daripada kertas putih yang terdapat dalam sampul surat itu betul-betul menggembirakan hatinya.Tengku Syamrein Ashraf akan dipindahkan ke USA untuk menguruskan Harizan Corporation yang terdapat di sana.Itu bermakna dia tidak perlu lagi menanggung rindu terhadap suaminya kelak!.
“Em..betullah.Daddy dengan mommy pun dah setuju dengan rancangan baby.Baby tak sanggup dah duduk jauh-jauh daripada sayang.” Syamrein juga berbicara dengan nada sedih.Bukan senang dia dapat berhijrah ke negara lain.Dan kali ini..InsyaAllah dia akan sentiasa berada di samping isteri yang paling dicintainya.Tidak perlu menanggung sakit rindu lagi...
“Baguslah kalau macam tu..Tapi,susahlah Syam..” Bella tiba-tiba membuat muka monyok.
“Apa yang susah sayang?” Syamrein pelik.
“Yalah,susahlah nanti saya nak usha mat-mat salleh kat sana sebab awak ada di sisi saya.” Bella menyeringai dengan senyuman nakalnya.
“Sayang!!!” Di pagi syawal pun,Tengku Syamrein Ashraf masih terjerit menahan geram dengan telatah nakal isteri kesayangannya,Zyya Adrianna Bella...
P/S:Maaf kalau terkurang sana-sini.Menulis dengan cepat saja.Maaf juga kalau ada detail yang lari drp novel Bakal Isteriku,Gengsternya!.Tak sempat nak check balik.Ape2 pon komen drp pembaca semua sangat dihargai.Walaupun raya dah hampir menuju penghujungya,still saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI pada semua pembaca cerpen ini.
~LEPAS BACE,jemput2 komen n like lay ye.love u all!!! thanks~
17 comments:
Habis sudahhh....
Mmg gangster bella nieee...
bestnya.. gengster princess tak pernah berubah. still gengster jugak..
Best! ^_^
haha, terbaekkk! best!
best...best...best...
tbaik la anabella...nk versi bella jdi ibu plk...hehehe
besh..huhu.. nnti buat lgy ye sis.. btw, skarang akk da jarang buat cerpen.. n one more thing.. good luck for your exams ( i think so.. is it exams? )
wow.. bestnye dpt bace lg psl Bella & Syam nie..
mmg sesuai la pasangan nie.. sweetzzzz jer..
hehehe ;)
best.. haha
btoi kta Anonymous nk versi Ibu plak.. hehe
terbaek lh...haha dpt jg bce kesinambungan citer nie...memg terbaek
best sgt lar cter nie.. Agk2 lar kn jd x stuasi nie bt0l2 tjdi kt hdp s0meo0ne?? Uhuh!
best cgt2......tggu smbungan dri cite nih....huhuhu~
amboi panjangnya xlarat nk bca.
kalau nak upload entri baru kena tunggu sampai 40 comments jugak ke? *Lol
sya bca dah nvl nih... mmg best gila gila gila
sweet je.. he, aik dlm nvl dah ada ank
ni knapa xda wtak ank pon..
hahaha klu dh nama gengster...
ahahha. bell memang nakal gile.. mcm aku pulak.. suka sangat menyakat org *pujidiri* :p
Ass..saya isna dr indonesia. Sy penggemar bert novel karya anda.saya mau beli semua novelx. Carax gmana y. Mohon berikan infox ke alamt email sy isnawati_prudent@yahoo.co.id
Post a Comment