Tuesday, November 13, 2012

NOVEL PELAKON CINTA & MR.G SUDAH TERBIT DI PASARAN

ALHAMDULLILAH...
hari ini 14.11.2012,
novel kedua aku yang bertajuk Pelakon Cinta & Mr.G sudah terbit di pasaran.
di bawah terbitan p2u.
Sesiapa yang pernah mengikuti sebahagian cite mr.g dlm blog atau p2u bolehlah membeli novel ini jika anda ingin tahu keseluruhan ceritanya.he3.

terima kasih kpd semua pengikut n pembaca blog ini.tanpa sokongan anda semua,mr.g x kan terbit di pasaran.love u all.


ini covernya.




(NOVEL TERBARU) PELAKON CINTA & MR.G - Anabella
Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!

Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...

Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!

“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”- Syed Zakuan Zafran.

“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.

Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran.

“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.

Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…

Tajuk: Pelakon Cinta & Mr. G (P2U)
Penulis: Anabella
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-11208-5-9
Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak)






sekarang hanya order online yg dibuka,nak tunggu buku dekat kedai,mungkin hujung bulan ni atau awal bulan 12.

jika berminat nak order online,boleh order di link di bawah  




www.p2u.my
Penulisan2u - Syarikat Penerbitan Novel, Novel, Koleksi Novel, Novel Melayu, Novel Malaysi

20 comments:

isyqacombat said...

sudah order tadik.. hope dpt bace versi cetak... ehhehe~~... fb rasmi awk aper yer??

CRYSTAL ANABELLA said...

isyqacombat:mekasih sbb sudi dptkan MR.G.FB sy name Crystal Ace Bella.addlah nnti sy accept.he3.

Unknown said...

Novel nie ade brape page ek?

CRYSTAL ANABELLA said...

shazlin hairany:700++

Ruunna Qizbal said...

mesti best gilakan.. awak x pernah menghampakan pminat awak.. nvl first awak best gila kot..

Anonymous said...

boleh tahu keluaran mna ek novel kedua ni????

Anonymous said...

keluaran penulisan2u.... cayalah crystal anabella confirmed saya akan grab ini buku... suka dgn 1st novel awak dan suma cerita kamu....usma

CRYSTAL ANABELLA said...

Ruuna Qizbal:mekasih sbb suke BIG.InsyaAllah sy cube menulis yg terbaik utk pembace2 sy.ape2pon nnti lau dah bace mr.g ni,bolehlah komen pendapat anda.he3.

CRYSTAL ANABELLA said...

Usma:mekasih sbb sudi ingin memiliki novel2 sy n suke semua karya2 sy.sy tunggu pendapat awk bila dah hbis bace mr,g nnti.

Unknown said...

ohhh..tak sabar gilerr nak beli...

CRYSTAL ANABELLA said...

cik kaki ketawe:thanks 4 the support.

Eddayu said...

seronoknyer.. akk dh oder mr.G nie maybe hr nie smpai kot.. x sabau nyer nk bace.. BIG pun dh lama khatam.. mmg novel Anabella best laaa.. gud jobs dik.. ;)

CRYSTAL ANABELLA said...

Eddayu:mekasih sbb sudi membeli MR.G n BIG.nnti lau dah habis bace Mr.G,sudi2 komenlah ye.he3.

Ruunna Qizbal said...

saya dah baca nvl mr.g, best sngat2... hero setia sngat dkt heroin.. suka watak serena la, x suka watak wawa.. hehe, apa2 pon.. best

CRYSTAL ANABELLA said...

Ruuna Qizbal:thanks dear sebab dapatkan Mr.G.kisah serena akan diteruskan dalam Suami Simpanan Superstar.Wawa kan watak jahat.he3.

Ruunna Qizbal said...

haha... cepatlah writer siap nvl 6 bulan tu.. best gila kot.. hehe
nvl simpanan superstar pon.. smbng la, hehe

CRYSTAL ANABELLA said...

Runna Qizbal:InsyaAllah,K6BJ n SSS mungkin lambat siap sbb skrg sy siapkan cite Pizza dulu.

Ruunna Qizbal said...

no hal pnya.. nvl pizza pon best.. hehe
writer xmau uat cerpen ka? smbng cita mr.g.. hehe

CRYSTAL ANABELLA said...

Ruuna Qizbal:bukan x mahu,tp xde mase,sibuk blaja.he3.

Ruunna Qizbal said...

ok2.. paham2, hehe