Saturday, February 9, 2013

KAHWIN 6 BULAN JE?! (SINOPSIS AND MALAY IMAGINATION CHARACTER)





NAMA WATAK HERO AND HEROIN K6BJ INSYA-ALLAH AKAN DITUKAR DALAM MANUSKRIP PENUH NANTI SEBAB RAMAI PEMINAT YANG KOMPLEN NAMA YANG AKU LETAK ALA-ALA CYBERTRON.SO NAMA WATAK AKAN DITUKAR KEPADA...,:

VIFEINIA IXUNA (XUNA) -RANIA IXUNA (XUNA)
EMIR ENRIQUE (ERIC) - AMIR ANDIKA (AMIR)

NAMA WATAK LAIN2 STILL SAME JE.PERHAPS DENGAN PENUKARAN NAMA NI XDELAH  PEMBACA NAIK TERGELIAT LIDAH SEBUT NAMA WATAK2 DALAM K6BJ.HE3.




SINOPSIS NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?!

Mereka memang terpaksa berkahwin.Namun,Amir tidak pernah menganggap Ixuna isteri paksaannya.Dia tulus ikhlas mencintai gadis itu sejak pertama kali bersua muka.Cuma hendak mengungkap kebenaran itu bukanlah perkara yang mudah...

Rania Ixuna seorang gadis biasa yang memiliki pelbagai kebolehan.Prinsip utama hidupnya hanya satu.Apabila berjanji dia tidak akan mungkiri walau apapun yang terjadi.

 “Kenapa susah sangat awak nak cintakan saya,sedangkan semua gadis di luar sana gilakan saya? Tak cukup lagi ke semua layanan,perhatian dan luahan perasaan saya terhadap awak sepanjang kita berkahwin ni?”-Amir Andika.

“Cinta aku takkan pernah ada untuk lelaki selain untuk Alex Emrys.Dengar sini baik-baik.Selepas enam bulan berlalu,aku PASTI akan tinggalkan kau.Jangan pernah kau berfikir untuk menambat aku dalam cinta imaginasi kau tu!”- Rania Ixuna.

Perkahwinan antara mereka mencetus pelbagai konflik.Amir sudah mabuk cinta dan angau dengan isterinya.Tidak akan sesekali dia melepaskan gadis itu untuk lelaki lain.Sementara Ixuna seolah-olah tidak berperasaan pada insan yang bergelar suami.Dia terlalu setia dan masih mengharapkan cinta pertamanya berputik kembali.

Namun sikap Amir yang sering menggoda dan mengajar Ixuna tentang kehidupan yang dia tidak pernah ambil kisah sebelum ini menyebabkan pendirian gadis itu sedikit goyah.Dalam dia mengkagumi suaminya itu.

“Awak solat hajat untuk apa?” –Rania Ixuna.

“Abang memohon dari Allah agar jodoh kita berkekalan dan sayang tidak akan meninggalkan abang untuk bersama dengan lelaki lain.”-Amir Andika.

Kemunculan Alex Emrys yang menagih janji dan cinta Ixuna merubah keadaan dalam sekelip mata.

“Awak dah janji dengan saya yang cinta awak hanya untuk saya.Bukan untuk Amir dan bukan untuk sesiapa pun.Awak takkan mungkir janji kan?”-Alex Emrys.

Ixuna bingung untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinannya dengan Amir atau menunaikan janjinya dengan Alex.Ixuna tidak pernah memungkiri janji dan dia tidak berniat untuk melupakan Alex.Dalam masa yang sama dia tidak sanggup melukakan hati Amir.Suami yang mendidiknya tentang pelbagai perkara.Tidak pernah jemu melayan kerenahnya dan mencintai dirinya sepenuh hati…

Dia perlu memilih antara Amir Andika atau Alex Emrys.Apa yang pasti apa jua keputusannya.Dia akan menghancurkan salah satu daripada hati pemuda itu!


p/s:ramai yang tanya bila novel ni nak terbit.jawapannya,macamne nak terbit lau manuskrip belum siap.he3.

Insya-Allah jika diberi masa dan kekuatan,saya akan menghabiskan K6BJ dgn secepat mungkin.Terima kasih kpd semua pembaca yang mengikuti K6BJ n support novel ni.Love u all so much.!
next2 entry macam biaselah setiap minggu di p2u.

minggu depan final exam,lpas tu baru boleh sambung manuskrip.~

11 comments:

Ruunna Qizbal said...

alala.. nma yg lama dah elok dah.. hehe
cptkan siap ya.. hehe
apa2 pon.. saya suka novel nih ♥

Ayana Daniella said...

tula sye pun suke nme yg lme tu....tp apa2pon sye ttp akn bce novel ni..x sbr nk pluk novel ni...hohoho lgipun sye dh ade novel bakal isteriku gengsternye dan pelakon cinta dan mr.g

Anonymous said...

rasenyer lebih suke nama die emir enrique daripada amir andika..alaa,, xyah la tukar nama die..nway cite nie mmg best..^^

CRYSTAL ANABELLA said...

Ruuna Qizbal,Ayana Daniella,n anonymous: sy pun suke nama asal eric,tapi disebabkan nak puaskan hati semua pembace K6BJ di luar sane,knelah mengalah.he3.

Ila90 said...

x sabar rasanya nk tggu novel nie keluar.. :)

Anonymous said...

cerita yg asal dah cukup okay.perfect aje.tak perlu ditukarkan pun sebenarnya.jalan cerita novel akak lain daripada yang lain :)

Anonymous said...

x yah la tkr nma emir 2...amir x mnarik la...kalu emir bru best hehe...apa pn x sbr tngu nvel ni....2 novel dh ada...tngu nvel yg ke3 lak...

Tengku amylia suhana said...

tu la..rasenyer patut kekalkan nama emir enrique tuh..kalo utk ixuna tuh ok la kot tukar.. tp nama emir tu da ok..

syaf adelia said...

amboi kak...masih teringat akan andika putera ke???hehe

syaf adelia said...

amboi kak...masih teringat akan andika putera ke???hehe

Anna Kamyllia said...

Salam, akhirnya saya dah baca sampai habis hari ni K6BJK, seriously memang best dan karya awak buat saya menangis teresak2!...Syabas sebab buat hati saya tersentuh dan pasti semua yang membacanya akan merasai apa yg saya rasa jugak...
Well, hopefully ada lagi novel terbaru dari awak...