NOVEL KAHWIN 6 BULAN JE?! SUDAH TERBIT
Written at Monday, November 11, 2013 [ 8 ] comments



ALHAMDULLILAH....Akhirnya apa yg ditunggu2 terbit juga...Syukur sangat2.Mekasih yg x terhingga kepada readers blog ni yg rajin memberi komen n support begitu juge dgn silent readers.InsyaaAllah hujung bulan ni K6BJ boleh dibeli scare online dgn p2u.nk beli kat kedai maybe awal bulan 12 lah.he3.ataupun g je PWTC,Pesta buku 1 Malaysia (11-14 dISEMBER),sy x join sbb busy dgn exam....Sorry.
Jangan tanya nak beli novel ni dari saya sebab sy x jual.Harap Maklum~



(NOVEL TERBARU) AKAN DATANG - KAHWIN 6 BULAN AJE?! - Annabela

RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan…

Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya…

Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu?

Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?

Tajuk: Kahwin 6 Bulan Aje?!
Penulis: Anabella
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-17-4
Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak)