CERPEN:MENCARI CINTA SI PUTERA...
Nama aku Samyya Adrianna...Umur aku 22 tahun.Aku ialah seorang gadis yang berpewatakan boyish.Walaupun macam tu..aku bukanlah tomboy,pengkid atau lesbian.Aku Cuma ..aku....Aku suka berstyle lelaki,kalau angin aku baik aku akan berdress up perempuan pula.Pasti korang tertanya tanya..apakah yang aku buat???.Belajar atau kerja???.
Nah..jawapannya,aku buat kedua dua sekali.Aku ialah seorang pelajar JULLIARD ACADEMY.Tapi..aku taklah belajar sangat pun kat sana.Aku sebenarnya terpaksa belajar di akademi yang melahirkan genius genius muzik itu demi seorang perempuan...siapa lagi kalau bukan..artis kesayangan dunia merangkap ikon remaja paling popular masa kini..juga merangkap satu satunya idol yang paling aku sayang..ZYYA BELLA.
Bella muda 2 tahun dari aku,tapi perangainya agak matang.Tapi..kalau angin manja dia datang,Bella ni kelihatan macam budak baru lahir jer.3 tahun lalu,telah ditakdirkan tuhan,aku menyelamatkan Bella yang hampir hampir saja di pukul sekumpulan gangster jalanan atas kelancangan mulutnya berkata kata.Satu hal pasal Bella yang buat aku respect dia,dia akan cakap apa yang dia rasa tak betul,tak pedulilah pada siapa atau apa akibat yang akan berlaku.Pendirian dia sama dengan pendirian aku.Dan..kerana incident itulah,aku diupah menjadi BODYGUARD Bella.Dia pergi mana pun,aku ikut.Susah juga nak jaga budak nakal ni..ada je masalah yang dibuatnya.
“Azusa..Azusa...”suara Bella yang meracau mengejutkan lamunan aku.
Sekarang aku berada di GOLDEN SUITE yang ditempah khas untuk penginapan Bella sepanjang dia mengadakan Konsert di Jakarta,Indonesia.Sudah beberapa malam Bella meracau semasa tidur.Nama lelaki itu juga yang disebutnya..Sayang sangat ker Bella pada pemuda yang bernama Azusa itu sampai terbawa bawa ke mimpi.Ya lah..siapa yang tak sayang, tunangkan,...Aku belum pernah jumpa tunang Bella ni.Aku tahu dia dah bertunang pun setelah 2 tahun aku bekerja dengannya.Hubungan kami dah macam adik beradik dan sebab itulah Bella berani menceritakan rahsia yang tidak diketahui umum itu...
Walaupun macam tu,mulut aku dah terbiasa memanggil dia ‘Princess’ sehingga susah benar untuk memanggil nama sebenarnya.Mungkin kerana..aku memang dah anggap dia macam puteri raja..Aku sanggup buat apa saja untuk Princess!!!.Aku ni sebatang kara..hidup tanpa ibu bapa...Bertemu dengan Bella ialah satu keajaiban buat aku.Dan..pada dialah aku berkongsi segalanya..
“Princess,bangun,bangun..!”
Sammy menggoyang goyangkan bahu Bella,namun tiada respon.Bella terus meracau.Kelihatan peluh jernih terpercik didahinya.
Ini antara satu perkara yang aku paling susah nak settle... kalau Bella mengigau,dia takkan bangun kalau aku yang kejut,aku kena cari..PRINCE!!!
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi,mujurlah bilik Prince disebelah bilik Princess sahaja dan aku diberi kebenaran untuk memegang kunci akses kedua dua buah bilik.
Sammy menapak perlahan,masuk kedalam bilik Daniel.Kelihatan sekujur tubuh molek terbaring lena di atas katil saiz KING.Wajah tenang Daniel yang sedang tidur ditatap lama.Walaupun cahaya malap di dalam kamar itu,mata Sammy jelas melihat ketampanan wajah Daniel.Tak sampai hati pula ingin mengejut puteranya itu.Sammy yang teragak agak untuk mengejut Daniel cuba berbalik ke bilik Bella.Namun langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang seseorang..
“Sayang..jangan pergi sanalah..”
Daniel memegang tangan Sammy,namun matanya masih terpejam.Pemuda itu tiba tiba bangun dan memeluk belakang Sammy.Sammy terkaku seketika.Nasib baik dia sudah arif dengan tabiat pelik puteranya itu.Kalau mengigau sampai bergerak anggota badan!!!.Pastilah Si Daniel ni bermimpikan Bella..Siapa lagi ‘sayang’ tu kalau bukan Bella.??Dua dua beradik pun sama..Kuat mengigau!!Sammy yang mengetahui cara paling baik untuk mengejutkan Daniel ialah dengan cara...
‘Pakk!!’.
Sekeping majalah yang terdapat di atas katil,kini menjadi objek untuk Sammy mengejutkan Daniel.
“Aduh,sakitlah!!”Daniel mengaduh kecil.Dia yang baru tersedar dari mimpi,menggosok gosok kepala yang terasa sengal dipukul Sammy.
“Sam,awak buat apa kat bilik saya ni??”
Daniel yang baru menyedari kedatangan penjaga adiknya itu segera membesarkan matanya yang layu.Bella memanggil Sammya dengan gelaran ‘SAMMY’,kata Bella nama tu feminim sikit,tapi Daniel...menggelarnya ‘SAM’ sebab Daniel menganggap Sammya seperti lelaki.
“Princess mengigau,mimpi buruk rasanya.Saya dah kejut,tapi dia tak bangun.”jelas dan nyata penerangan Sammy.
Daniel bingkas bangun.Bimbang sangat hatinya kalau sesuatu terjadi kepada Bella,tak pedulilah hal itu kecil atau besar.Adiknya sentiasa yang utama dan pertama dalam rutin hidupnya.Pemuda itu sudah bergegas ke bilik sebelah.Entah mengapa..sejak beberapa hari ini Bella selalu bermimpi buruk..
“Sayang..bangun,sayang mengigau ni..”
Jelas terpancar wajah kasih sayang dan prihatin Daniel disaat itu.Sammy hanya melihat dari sisi katil.Bella masih belum sedar dari mimpinya.Daniel menggoncang goncang bahu adiknya beberapa kali sebelum Bella terjerit besar.
“Azusa!!!”Badan Bella terdorong ke hadapan,berpeluh peluh gadis itu seperti dikejar hantu.
“Rileks sayang..Azusa tak apa apa,mimpi jer tu..abang ada kat sini...”Daniel memeluk erat tubuh adiknya yang tercunggap cunggap itu.
“Kau ok princess??”Sammy bertanya apabila gadis itu sudah kelihatan tenang.Daniel masih mengusap usap rambut adiknya.
Untunglah siapa yang dapat abang macam Daniel..Caring yang amat!!!
“Oh GOD..kenapalah asyik mimpi buruk ajer..”Bella membebel sendirian.Wajahnya diraup beberapa kali.
“Rindu kat Azusa sangatlah tu,hari tu kan abang dah cakap,biarlah Azusa tu datang melawat sayang sebulan sekali kat JULLIARD ACADEMY,tapi sayang tak bagi..ni dah dekat 6 bulan lebih,baru nak jumpa dia,apa hal...kan dah sampai mengigau..”
Daniel pula membebel,sikap adiknya itu kadangkala memakan diri sendiri.Rambut panjang Bella dibelai belai lembut.Matanya yang tadi mengantuk kini segar bugar pula.
‘Cehh..cakap orang mengigau,dia pun sama..’Sammy berkata dalam hati
“Sorry Sammy,ganggu tidur kau..”Bella sempat memohon maaf.
“Tak kisah pon,aku belum tidur pun tadi..em..princess tak payahlah fikir sangat pasal Azusa tu,esok last day kita kat sini,lepas tu kita akan bertolak ke MALAYSIA..dapatlah princess jumpa Azusa tu nanti.”Sammy memberitahu jadual perjalanan mereka untuk menaikkan semangat Bella.
“Yeah..i know..”Bella mengangguk angguk kecil.
“Dahlah Sam,awak pergi tidur kat bilik sayalah,malam ni saya nak tidur dengan princess.”Sammy tidak bergerak.Kenapa plak dia kena tidur kat bilik Daniel??
“Er..rasanya biarlah saya yang tidur dengan princess..lagipun..”Sammy cuba menjawab,rasa ftidak selesa pula apabila matanya ditenung tajam sepasang mata Daniel.
“Princess ni adik saya,so..tak salahkan kalau saya tidur sebilik dengan dia..lainlah kalau saya tidur sebilik dengan awak,memanglah salah..sebab awak tu bukan lelaki pon..”sinis saja Daniel berkata.
Sammy yang malas bertengkar segera saja ke bilik Daniel.Daniel ni kalau ajaK bertekak memang takkan menang,dia Cuma mengalah dengan BELLA.
Begitulah kasih sayang Daniel pada Bella.Pada awal perkenalan mereka,Sammy tidak menyangka pula yang Daniel tu abang kandung Bella.Keprihatinanya terhadap Bella lebih kepada seorang kekasih.Namun setelah ditunjuk sijil kelahiran,sahlah mereka datang dari rahim dan bapa yang sama.Cuma mungkin hubungan adik beradik seperti Prince dan Princess ini hanya ada satu dalam sejuta orang.Mata Sammy mula layu apabila melodi violin beralun merdu dari bilik sebelah,.Pastilah Daniel memainkan violinnya untuk menidurkan Princess...
LAPANGAN TERBANG KUALA LUMPUR
Sebaik saja tiba di Lapangan terbang,Bella kelihatan hampa apabila tiada Azusa menjemputnya,yang ada hanyalah ratusan peminat fanatic juga puluhan reporter yang sibuk mengambil gambar untuk dijadikan ‘BEST SHOT’ majalah mereka.Dan..setelah memberikan sebanyak mungkin senyuman plastic,Bella bergegas menaiki limosin untuk pulang ke rumah Azusa.
Setibanya di Villa,Bella bergegas saja berlari masuk ke dalam rumah yang sudah dianggap rumahnya itu, meninggalkan Sammy dan Daniel yang baru saja hendak turun dari limosin.Wajah pertama yang dilihatnya berada dalam rumah tersebut ialah wajah bakal mertuanya.Tan Sri Hariz dan Puan Seri Mariana,.Pantas saja tangan keduanya dikucup Bella.Papanya tiada di rumah kerana menjalankan tugas di oversea.Seminggu sebelum Bella pulang ke Malaysia,Bella sudah berjumpa dengan Tan Sri Iskandar.Papanya sempat berpesan agar terus pulang ke rumah Azusa jika tiba di Malaysia nanti.
“Selamat pulang sweety,Tahniah atas kejayaan konsert jelajah dunia kamu.”ujar Tan Sri Hariz seikhlas mungkin.
Siapa yang tak berbangga punya bakal menantu macam Bella..satu dunia kenal??
“Mama tengok konsert kamu kat Indonesia sweety,hebat sangat.??!”puji Puan Sri Mariana pula.
“Thanks mama,papa.”Yuri mengeluh hampa,wajah Azusa masih tidak kelihatan..
“Kamu sihat sweety,macam dah kurus sikit papa tengok??”Tan Sri Hariz melihat wajah jelita bakal menantunya itu.
“Sihat jer pa,papa dengan mama sendiri macamana,sihat??”giliran Yuri bertanya.
“Sihat..Cuma anak teruna mama jer yang tak sihat sangat,rindukan kamu agaknya..pergilah naik atas,dia ada dalam bilik..”penjelasan Puan Sri Mariana membuatkan hati Bella sedikit gusar.
Cepat saja langkahnya diayunkan ke bilik Azusa yang berada di tingkat 2 villa itu,tidak mempedulikan pandangan Daniel dan Sammy yang baru bersalam dengan ibu bapa Azusa.
Kerana perhubungan keluarga mereka yang agak rapat.Bella memanggil ibu bapa Azusa dengan gelaran mama dan papa juga.Sudah agak lama tidak melihat bakal menantunya itu.Kali lepas mereka berjumpa lebih kurang 6 bulan lepas.
Setibanya di Tingkat 2,Bella terburu buru merempuh masuk ke bilik Azusa sehingga tidak sedar yang dia telah menyebabkan orang yang berdiri dibelakang pintu meraung kesakitan.
“Aduh!!!Sakitlah!!”Azusa menggosok dahinya yang berasa berpinar akibat terkena hentakan pintu yang ditolak kuat oleh seseorang dari luar.
“Oops!!!Sorry..sorry,sorry..”Bella mengelabah tak tentu pasal,tak menyangka pula yang buah hatinya ingin membuka pintu saat dia terburu buru ingin masuk.
“Yar!!.Lain kali kalau nak masuk bilik orang tu,bagi salam boleh tak!!mana moral awak?!!.”
Tengkingan Azusa menyebabkan Bella terkedu seketika.Dadanya berasa sebak,pantas saja dia mengalirkan air mata.Azusa yang baru terniat ingin mengusik tunangnya itu segera membatalkan hasratnya apabila melihat air mata deras mengalir di pipi gebu itu.
“Alah..orang marah sikit pun dah nangis..sejak bila pandai sensitive sangat ni..sini,sini..”Azusa melambai lambaikan tangannya keaarah Bella.
Seperti magnet pula Bella menghampiri Azusa yang nyata terkejut dengan tangisannya itu.Azusa mendakap erat Bella didalam pelukannya.Gadis itu ternyata masih tersedu sedan.
“Sorry sayang...abang gurau jer tadi..”
Azusa mengelus elus erat rambut panjang Bella yang kini sudah berubah bentuk,rambut yang dulunya lurus kini sudah diperm cantik.Sakit dahi Azusa sedikit saja jika hendak dibandingkan dengan beban kerinduan terhadap tunangnya itu.Wajah Bella ditatapnya penuh kasih sayang.Dikesatnya mutiara jernih yang jarang sekali kelihatan mengalir dari mata galak itu.
“Sorry yer,abang gurau jer tadi,kenapa sedih sedih ni..tak suka tengok abang ker??”Azusa bertanya penuh romantic terhadap tunangnya itu.
“Taklah...suuka sangat tengok abang..lagi suuka kalau tengok abang menjerit..”sejurus dengan itu,satu lagi pukulan hinggap di kepala Azusa.
Azusa terjerit lagi,entah bila Bella sempat mencapai majalah dibiliknya dan memukul kepalanya dengan selamba.Bella sudah tergelak besar sebelum dia mencicit berlari apabila dikejar Azusa.
“Sammy!!!Tolong!!!,Ada peminat fanatic kejar saya!!!”
Bella yang berlari ke tingkat bawah bersembunyi dibelakang Sammy.Sammy yang tak tahu apa apa, segera sahaja mendepakan tanggannya menghadang Azusa dari mendekati Bella.Wajah Bella yang merah seperti baru lepas menangis menambahkan kecurigaan Sammy pada Azusa.
“Kau jangan dekat dengan Princess aku,!!”
Sammy dengan berani berkata.Azusa yang sibuk mengejar Bella segera saja menghentikan langkahnya apabila melihat seorang wanita tomboy berada dalam rumahnya.
“Kau ni siapa???”
Azusa melihat gadis yang agak sebaya dengannya itu dari atas kebawah.Rambutnya pendek macam rambut Azusa,tapi wajah comel penuh keperempuanan itu memang tak dapat dilindung walaupun berpewatakan boyish.
“Aku yang patut tanya kau siapa,kau peminat fanatic Bella ker!!?”pertanyaan Sammy membuatkan Azusa sakit hati.
“Peminat fanatic???Yar..kau tu siapa,sesuka hati masuk rumah aku??”marah Azusa.
‘Giller betul mamat handsome ni,ingat sebab kau handsome kau boleh kejar princess aku ker???Jangan harap!!’Sammya berkata dalam hati.
Bella yang sedari tadi mendengar mengekek ngekek ketawa di belakang Sammy
“Dahlah Sam,awak jangan layan sangat adik saya ni,..boleh mental nanti.”
Daniel yang turut jadi penonton menghentikan perbalahan itu.Tangan Bella ditarik lembut oleh abangnya sebelum diberikan pada Azusa yang senang hati apabila Berjaya menangkap tunangnya itu.
“Nakal betullah dia ni,suka sangat kenakan orang.”
Azusa meluku lembut kepala Bella yang sedang berpaut pada tangannya.Wajah ceria terpamer di wajah itu.
“Sam,kenalkan ni tunAng kesayangan adik saya,..Azusa Reifan.”
Daniel memperkenalkan Azusa dengan Sammy.Jelas sekali wajah terkejut dan malu Sammy saat itu.
“Azusa,kenalkan ni SAM bodyguard,Bella.”
“Oh hai..bagus betul bodyguard budak nakal ni,protective betul..sampai saya pun nak dibelasahnya.”perlian Azusa menambahkan perasaan malu Sammy.
“Er maaf,tak sangka plak yang awak tunang princess.,..”
Sammy meminta maaf.Patutlah princessnya mengekek ketawa sejak tadi.Saja ingin mengenakannya.Pandai betul princess cari tunang..Handsome tahap gaban!!.Pada mulanya,Sammy ingat Cuma Daniel saja yang paling handsome yang pernah dia kenal namun kini pandangannya sudah berubah...Azusa lebih kacak!!Sepadan benar dengan princessnya yang cantik jelita.
“Tak payah minta maaf,saya yang sepatutnya berterima kasih pada awak sebab tolong jagakan buah hati saya ni..uhuk,uhuk..”Azusa terbatuk kecil di hujung ayatnya.
“Kan mama dah cakap,jangan bergalak sangat,demam awak tu belum sembuh sepenuhnya.”
Puan Sri Mariana yang menatang sedulang air ke ruang tamu sempat menegur anaknya yang kelihatan bersemangat sekali apabila Bella tiba di rumah mereka.
“Eh..awak demam ker??Sakit ker??”Bella sudah mula bimbang,dahi Azusa dirasanya dengan tangan,agak panas.
“Em..demam sebab rindukan awaklah ni..”Azusa menjawab manja.Semakin bimbang pula Bella yang mendengarnya.
“Betul ker ni,tak nak pergi klinik?”Bella bertanya lagi.
“Takpalah sayang,demam sikit jer..nanti baiklah.”Azusa menggengam erat tangan Bella.
“Yelah,asalkan kamu ada kat sini,cepat jelah sakit dia tu hilang sweety.”teguran Tan Sri Hariz membuatkan seisi rumah itu ketawa.
...............................................................................................................
Disebabkan ketiadaan Tan Sri Iskandar di rumah,Bella dan Daniel mengambil keputusan stay di rumah Azusa selama Bella menghabiskan cutinya di Malaysia.Lagipun,inilah peluang Bella untuk menatap sepenuhnya wajah Azusa sebelum dia terbang ke USA lagi.
“Sayang,berapa lama cuti kali ni??”
Azusa yang duduk di bawah katil bertanya lembut kearah Bella yang berbaring diatas katinya.Azusa sedang membelek ratusan foto yang ditangkap Daniel juga Sammy sepanjang Bella melangsungkan konsert.
“Sebulan,kenapa??”Bella meniarap,meletakkan dagunya diatas bahu Azusa yang khusyuk melihat koleksi foto tersebut.
“Hahh..sebulan jer,bilalah saya dapat tengok awak setiap hari yer,,”Azusa merungut.
“Alah..setahun jer lagi..lepas tu saya balik sini n nikah dengan awak,puas hati??”
“Setahun tu lama lah sayang,kita nikah cepat sikit tak boleh ker??”Azusa bergurau manja.
“Boleh tu memang boleh...tapi..saya kesian kat abang Daniel lah..”Azusa terdiam.Tak berapa faham maksud tunangnya itu.
“Maksud sayang??”
“U know..abang tu mana ada girlfriend,asyik berkepit dengan saya jer, sampai perempuan lain ingat saya ni gf dia,kesian abang..bilalah dia nak dapat gf..”Bella mengeluh hampa.
“So?Sayang tak nak tolong carikan ker...”
“Carikan apa??”
“Girlfriend untuk Daniel..”
“A..ahlah,kenapa saya tak terfikir!!.Thats a good idea!.”
Bella yang baring kini duduk bersila disisi Azusa yang berada dibawah katil dengan wajah penuh keterujaan.
“Kalau awak boleh tolongkan saya cari bakal isteri untuk abang Daniel,saya janji akan percepatkan tarikh pernikahan kita.”Bella menabur janji,Sengaja menarik minat Azusa.
“Promise ni,sayang jangan mungkir janji plak.?”Azusa cepat menyahut cabaran.
“Yup,im promise!!.Tapi..nak cari kat mana bakal isteri abang Daniel yer..”Bella berfikir fikir sejenak.
“Itu hal kecil jer,mula mula kita cari kat syarikat abang dengan syarikat papa sayang dulu..”pasangan itu menguntum senyum.Mencari pasangan hidup macam mencari baju ker???
........................................................................................................
Keesokannya,Bella mengikut Azusa ke HARIZEN CORP.Daniel tidak dibawa bersama untuk menjayakan rancangan mereka.Sammy jadi peneman setia..
Sebaik saja tiba di Empayar yang diterajui Azusa itu,banyak mata yang memandang kearah mereka berdua.Yalah..kalau pop star berjalan di tempat kerja anda,takkan tak tercenggang kot???
“Zyya Bella lah..apa dia buat kat sini..”
“Cantiknya dia..apa dia buat kat sini”
“Apa dia buat kat sini dengan bos kita..”
“Scandal dengan bos kita ker???”
Bella merengus geram sebaik saja memasuki pejabat Azusa,susah betul bila pertunangan mereka dirahsiakan.Banyak pula khabar angin buruk yang diterima.
“Susahlah macam ni..macamana nak cari bakal kakak ipar saya,dia orang tengok kita macam alien jer..”
“Sebab sayang alienlah lagi senang nak cari bakal kakak ipar tu,kalau ada yang berkenan..tangkap ajer...”
“Princess nak cari girlfriend untuk Daniel ker??”Sammy yang sedari tadi mendiamkan diri kini membuka mulut.
“Yup.”
Bella terdiam sejenak,cuba mencerna maksud disebalik kata kata tunangnya itu.Dengan statusnya sebagai bintang popular,memang sangat mudah untuk Bella berkawan dengan pelbagai jenis perempuan.
“Ok,sekarang sayang cakap,Daniel tu suka perempuan yang macammana,mungkin ada pekerja dalam syarikat abang yang boleh buat Daniel terpikat?”Azusa bertanya.
“Abang Daniel..dia suka perempuan macammana.???.em.....saya tak taulah!!!Abang tak pernah cakap pon!!!Sammy,kau kan rapat dengan abang aku,dia suka perempuan yang macam mana ha???.”
Sammy tercengang seketika,masakan dia tahu Daniel suka perempuan yang macammana..
Bella terjerit kecil,agak menyesal kerana tidak mengetahui jenis gadis macamana yang disukai abangnya.
“Hahh..apalah sayang ni..padahal rapat macam pasangan kekasih,tapi boleh tak tahu plak test abang dia..”
Azusa memerli,kadangkala dia cemburu juga dengan kehadiran Daniel.Namun,kerana ada Daniel jugalah dia berasa senang hati sedikit melepaskan Bella ke luar Negara.
“Em..Daniel pernah cakap,kalau dia cari GF,dia akan cari perempuan yang macam Bella....”Sammy teragak agak berkata.
Fikiran Bella menerawang jauh,memikirkan wajah beberapa orang Pop Star yang mungkin sama dengan dirinya.
“Oh..kalau macam tu,mari abang kenalkan dengan calon pertama bakal kakak ipar sayang..”
Mengejut saja bicara Azusa sebelum dia menekan intercom dan mengarah seorang perempuan masuk kebiliknya.Tak sampai seminit seorang perempuan yang tampak feminim dengan mini skirt dan kemeja fit memasuki bilik Azusa.
“Yes,tuan muda panggil saya??”
Formal sungguh bicara Dania ketika itu namun semuanya jadi agak pelik apabila Dania terpandangkan wajah Bella.
“Oh GOD,Zyya Bella,adakah saya bermimpi,macamana awak boleh ada kat sini??Saya peminat nombor satu awak Bella!!”
Dania sudah menekup mulutnya dengan penuh keterujaan.Sekeping kertas putih diberikan pada Bella untuk autograph.
“Er Dania..saya rasa”
“Tuan muda tolong diam sekejap,inilah kali pertama saya jumpa Bella face to face,saya suka semua lagu lagu awak.!”
Bella tersenyum sinis apabila Azusa sudah naik berang.Nampaknya gadis yang bernama Dania itu betul betul fanatic dengannya.Selepas berbual agak panjang dengan Bella,Dania keluar dari pejabat Azusa.
“Ok,cantik..perangai gila gila juga...em boleh cuba untuk abang..”Bella mengeyit mata kearah Sammy yang tersenyum sumbing.
..............................................................................................................
Keesokan harinya,Bella mengajak Daniel dan Sammy ke pejabat Azusa,katanya ada urusan penting.Terpaksa juga abangnya itu mendengar kata.
“Dania,kenalkan ni abang saya..Adam Daniel..”Bella memperkenalkan Dania kepada Daniel sebaik saja mereka memasuki pejabat Azusa.
“Oh,gorgeous..Daniel,awaklah yang selalu jadi pemain muzik bila Bella buat konsert kan??”kelihatan senyuman girang di wajah Dania.
“Yup,dan awak..pastilah peminat fanatic adik saya kan??”Daniel menyambut salam perkenalan Dania.
“Yes,saya memang sangat minat dia.Em..ni dah nak masuk waktu lunch,jom kita lunch ramai ramai.??”Pelawaan Dania diterima semua orang.
Dania,Daniel,Azusa,Bella dan Sammy bergerak menaiki kereta masing masing menuju ke sebuah restoran yang terletak di KLCC atas cadangan Dania,.Sammy yang pada mulanya menolak keras ajakan itu kerana bimbangkan keselamatan Bella terpaksa beralah apabila princessnya sibuk mahu mengikut lunch bersama mereka.
Setibanya di SAFFRON RESTAURANT,satu perkara yang tak diduga berlaku,Dania telah mengajak semua kenalannya datang ke restaurant tersebut!!!
“Girls,sekarang kamu percaya kan,yang I kenal dengan Zyya Bella!”
Dania seperti membuat sebuah pengumuman pula.Entah bila dia merancang untuk mengumpulkan semua rakannya disitu.
“Hebatlah you Dania,kawan dengan Bella juga Daniel..”kedengaran suara rakan rakan Dania yang berbangga dengan kebenaran yang Dania berkawan dengan artis terkenal itu.
“Meroyan ke apa pekerja awak ni,banggang betollah..”
Bella berbisik perlahan ke telinga Azusa yang dapat merasai kemarahan tunang kesayanggannya itu.Bella terpaksa tersenyum manis apabila semua kawan Dania menghimpit dirinya juga Daniel untuk mendapatkan autograph juga mengambil gambar.Disaat itu,Bella merasakan seperti membuat FANS MEETING sahaja.Sah sah,Dania bukan calon kakak iparnya!!!.
“Jomlah princess,jangan layan dia orang ni..”
Sammy menarik kuat tangan Bella dan melarikan gadis itu setelah memberi syarat pada Azusa juga Daniel untuk pergi dari restoran itu terlebih dahulu.Mereka akhirnya berkumpul di tempat letak kereta dengan nafas yang tercunggap cunggap setelah bekejar dengan puluhan peminat.
“Sayang,awak ok??”Azusa mendapatkan Bella yang termengah mengah.
“OK,OK,dah lama tak berlari,rasa macam nak mampos ajer..jomlah blah.”
Bella terus menaiki kereta sport kepunyaan Azusa dengan nafas yang turun naik bercampur dengan kemarahannya yang belum reda.
“Sam,are you ok?”
“Ok,tapi kaki rasa macam nak kejang coz berlari tadi.”
“Aik..bukan stamina awak lagi tinggi dari saya ker..??”Daniel tersengih nakal.
“Stamina tinggi pun..tetap juga stamina perempuan kan..tak sama macam awak..”
“Oh,,sedar pun diri tu perempuan.”sempat pula Daniel menyindir.
Sammy menaiki kereta Daniel.Kalau melayan kata kata Daniel yang menyakitkan telinga mungkin dia boleh pengsan disitu.Daniel memandang gadis itu dengan senyuman sinis.
“Kenapalah princess nak keluar dengan perempuan yang baru dia kenal tu..”
Sammy menggaru garu kepalanya yang tak gatal.Sebotol air 100 plus yang diberi Daniel diteguk rakus.Daniel sempat berhenti di 7 ELEVEN untuk membeli sebotol air isotonic untuk Sammy.Kasihan pula melihat gadis yang kepenatan itu.
“Awak bukan tak tahu adik saya tu..memang suka buat benda pelik,apa apa pun thanks untuk lepaskan saya dengan princess dari situasi tadi.”
Daniel mengukir senyuman seikhlas mungkin terhadap bodyguard adiknya itu.Kalau Sammy tiada,mungkin Bella dan dirinya akan terperangkap dalam kepungan peminat yang semakin ramai menyerbu mereka.
“Welcome,tu memang dah tugas saya,protect princess dan awak..”Sammy mengendurkan suaranya apabila menyebut perkataan ‘awak’..
“Ha,ha,ha,..patutnya sayalah yang protect awak dengan princess,bukannya awak yang protect saya..”
Sammy tersipu malu apabila Daniel tertawa kecil mendengar penyataannya sebentar tadi.Wajah Daniel yang kelihatan cool sedang memandu itu ditatapnya puas.Memanglah Daniel ni teramat sedap mata memandang.Hati yang gundah gulana pun akan menjadi tenang jika melihat wajahnya..
........................................................................................................
“Sayang..janganlah macam ni..diam ajer..saya minta maaflah sebab salah pilih bakal kakak ipar untuk awak.,.jangan marah yer..”
Azusa memujuk Bella yang mendiamkan diri sejak incident pagi tadi.Azusa sendiri tidak menyangka, pekerjanya yang bernama Dania mengambil jalan mudah untuk dipuji dan dibangga ramai.Ada pula dia menyebarkan hal tentang kedatangan Bella ke pejabatnya juga membuat penyataan yang dia berkawan baik dengan Bella.Padahal mereka baru sehari berkenalan!!!.
“Saya tak marahlah,tengah fikir calon lain yang sesuai untuk abang..”
Bella menekan nekan APPLE I PHONE nya.Entah apa yang difikirkan..Azusa tersenyum sumbing,bersungguh pula wanita kesayangannya itu ingin mencari jodoh untuk Daniel.Azusa hanya duduk di birai katil,memerhatikan Bella yang berjalan ke hulu ,ke hilir sedari tadi.
“Sayang,duduk..boleh tak..pening kepala saya tengok awak berjalan macam tu.”Azusa menarik tangan Bella agar duduk disisinya.Gadis itu hanya mengikut.
“Hahh!!!!Saya dah jumpa calon baru!!!”Bella terjerit besar apabila sebuah mesej masuk ke handphonenya.
“Sayang ni,jangan jerit jeritlah..tak sopan.”Azusa menegur buah hatinya yang bersuara nyaring itu.
“Saya dah jumpa calon kakak ipar yang baik,besok kita pergi MAZOR CORP.”
Azusa hanya terpinga pinga,Mengapa pula tunangnya itu ingin pergi ke syarikat ..Nazriel,..sahabat baik Daniel yang baru saja mendirikan rumah tangga dengan musuh lama Bella,Amanda???
..................................................................................................
MAZOR CORP
“Welcome home princess,sampai hati majlis kahwin kita orang kau tak datang..”
Nazriel berjabat tangan dengan Bella yang hanya datang dengan Sammy.Azusa yang sibuk bekerja tak dapat turut serta.
“Siapa suruh kau kahwin masa aku ada final test kat JULLIARD ACADEMY,kalau masa aku buat konsert boleh gak aku batalkan..wah..gatal betul kau ni ek?Kahwin dulu daripada aku..”
Selamba badak saja Bella mengata apabila melihat wajah Amanda yang terjenggul dari muka pintu.
“Habis..nak tunggu kau kahwin dulu,lambat sangat..”
Amanda menjawab dan mereka semua tergelak.Bella hanya mencebik bibir.Memang benar dulu dia dan Amanda ialah musuh,namun bukan sekarang...sekarang mereka ialah kawan baik..
“Amanda,bila kau nak tunjukkan aku bakal kakak ipar yang kau cakap semalam tu??
...............................................................................................
“Tulah Bell,perempuan yang aku cakap tu,cantik tak??”
Dari jauh Bella dapat melihat seorang gadis ayu bertudung putih sedang menggosok violin di satu kaki lima.
“Honey..yang awak tunjukkan si Maria tu kat Bella,apsal plak?”Nazriel yang tidak mengetahui rancangan isteri juga adik kawannya itu bertanya hairan.
“Honey konon..nak termuntah plak aku dengar..”
Sempat pula Bella memerli.
“Taklah abang..Bell ni yang sibuk sangat nak cari jodoh untuk Daniel..dan hari tu abang pun ada cakap kan yang Maria tu baik orangnya.”
Amanda memberi penjelasan kepada suaminya.Nazriel menangguk tanda faham.Nazriel dan Amanda mengenali Maria sebulan yang lepas setelah mendengar kemerduan gadis itu bermain violin di kaki lima.Dan setelah bertanya kepada gadis yang bernama Maria itu,katanya dia ialah anak yatim piatu dan hidup sebatang kara.
“Wah..hebatnya,betul betul hebat...”
Menonong saja Bella melintas jalan raya dan mendapatkan gadis yang sedang khusyuk menggesek violin itu.Sammy hanya melopong,lantas saja dia turut serta langkah princessnya itu.
“Hai..saya Zyya Bella,boleh kita berkenalan??”
Bella menghulurkan salam perkenalan.Maria yang melihat bintang popstar itu dihadapan matanya segera saja melopong,violin ditangannya nyaris saja terlepas.
“YA ALLAH..Zyya Bella!!??”
Mulutnya yang tak dapat dikontrol dari terbuka luas segera ditekup dengan tangannya sendiri.Sammy yang tidak mahu Bella menjadi tumpuan ramai segera saja menghadang tubuh gadis itu dari tontonan orang yang lalu lalang disitu.
“Saya sangat suka dengar awak main violin..awak ada kebolehan macam abang saya.”Bella tersenyum riang sambil memuji muji gadis yang masih terpinga pinga itu.
.....................................................................................................
Keesokannya Bella mengajak Maria makan tengahhari di rumah Azusa.Walaupun Azusa teragak agak untuk membenarkan namun dia bersetuju juga dengan kehendak buah hatinya itu.Jika mereka keluar makan di restoran mungkin kejadian yang sama akan berlaku seperti bersama Dania dahulu.
“Sayang..siapa ni??”Daniel menyinggung pinggul Bella yang tersengih sengih membawa Maria berjumpa Daniel.
“Kenalkan ni Maria,dia peminat orang,pandai sangat main violin,macam abang..”
Bella berbisik lembut ke telinga Daniel.Abangnya hanya mengangguk kecil.Maria kelihatan sopan sekali berbaju kurung serta bertudung litup.Comel saja orangnya.
“Saya sangat meminati setiap melodi yang Encik Daniel mainkan untuk Bella..”Maria bertutur ikhlas.
“Thanks..by the way,awak kawan adik saya kan..so tak payah berencik encik dengan saya,panggil Daniel jelah.”
Daniel menghulurkan salam perkenalan.Sammy hanya menjadi pemerhati.Nmapaknya,Daniel seperti meminati perempuan macam Maria..
“Ya Allah..awak ni bukan ker encik Azusa Reifan,pemilik tunggal HARIZEN CORP??”
Maria yang terlihat kelibat Azusa memasuki rumah itu segera saja menegur.Ternyata mereka semua tercenggang apabila Maria menghulurkan salam pada Azusa.
“Er..siapa awak ni???Apsal boleh masuk rumah saya??”Azusa yang baru pulang kerja terlupa akan hal bakal kakak ipar tunangnya itu.
“Sayang..dia nilah perempuan yang saya cakap semalam tu..”cepat pula Bella memeluk erat tangan Azusa apabila melihat renungan tajam Maria terhadap tunangnya itu.
“Saya Maria,berbangga sangat dapat kenal dengan Encik Azusa..”
Azusa hanya mampu tersenyum sebelum mereka semua bergerak ke meja untuk makan tengahhari.Mujurlah ibu bapa Azusa tiada dirumah atas urusan perniagaan.Jika tidak banyaklah pula pertanyaan yang akan muncul.
“Azusa,susah tak jadi pewaris HARIZEN CORP??”
Maria bertanya ramah,nampaknya di meja makan itu seperti hanya ada dia dan Azusa.
“Biasa jer..”
“Princess..saya tengok lain macam jer Maria ni..”Sammy berbisik perlahan ke telinga Bella.
“Dia nak ngorat tunang aku ker...nak mampos agaknya...”
Bella juga menjawab perlahan,namun sudu dan garfunya sudah berbunyi seperti hendak memecahkan pinggan.
“Azusa suka warna apa??Saya suka warna biru,nampak cool dan menenangkan..”
“Er..warna hitam dan putih.”Azusa menjawab ringkas soalan bodoh Maria.
“Sayang..apsal dengan kawan awak ni..macam nak jadikan saya pakwe dier jer??Tanya soalan merepek repek ajer..mental aper..??”Azusa yang berada di sebelah kiri Bella turut berbisik.
“Boleh saya tahu apa hubungan Bella dengan Azusa ni??Warna kegemaran pon sama,siap panggil sayang bagai???”
Serius pula Maria bertanya.Kedengaran nada cemburu disitu.
“Dia teman lelaki Bella,yang awak sibuk tanya apehal??”Sammy yang agak benggang melihat cara gadis bertudung itu bertanya segera menjawab.
“Aku tak tanya dengan kaulah tomboy,aku tanya dengan Bella.!!!”
Bertambah termenung seisi rumah itu apabila tiba tiba saja Maria menengking Sammy.Bella yang sudah naik berang segera saja mencapai gelas yang berada diatas meja.Bella ni bukan boleh dikira,kalau diikutkan marahnya..ada juga yang kena hentak dengan gelas.Nasib baik Daniel segera menahan..
“Rileks sayang,,..biar abang settle..”Daniel memegang bahu adiknya yang sedang naik minyak itu.
“Dalam rumah ni..tak de sesiapa pon yang boleh cakap Sammya Adrianna ni tomboy,dia ni perempuan.. dan dia jauh lebih mulia daripada jenis perempuan yang bermulut longkang macam kau ni!!!”
Suara Daniel bergema di meja makan.Pertama kali Sammy melihat dia marah seperti itu.
“Kau cakap dia tomboy,mulut kau ni cikai betol ek!!!Kau tahu tak yang lelaki yang kau sibuk sangat nak usha ni bakal laki aku!!Sekarang kau boleh berambus dari rumah ni.”
Mulut Bella tak dapat ditahan lagi,segera saja dia memaki Maria yang seperti sakit mental saja di saat itu.
“Azusa..tolong saya,saya cintakan awak..sanggup awak tinggalkan saya demi perempuan jalang ni!!”
Keadaan di meja itu menjadi kelam kabut apabila Maria membuka tudungnya dan mencapai sebilah pisau yang berada di dapur.
“Princess,jaga jaga.!!”
Sammy meluru kearah Bella apabila Maria cuba menikam Bella dengan pisau.Nasib baik Azusa dan Daniel segera bertindak menolak tubuh Maria ketepi.Lengan Sammy menjadi mangsa.
“Banggang punye perempuan!!!Berani kau cederakan Sammy!!!”
Serentak dengan itu Maria rebah keatas lantai apabila kepalanya dihentak oleh Bella dengan gitar kesayangannya.Bella betul betul out of control!!!.Azusa memeluk tubuh tunangnya apabila Bella cuba bertindak ganas sekali lagi.Sikap lamanya..mula datang..Kebetulan Daniel sempat menghubungi polis dan Maria diberkas pihak berkuasa.Mengikut laporan polis,Maria ialah pesakit mental yang terlepas dari hospital sakit jiwa...
...................................................................................................
“Adik,boleh tak jangan berkawan dengan orang ikut sesuka hati jer?!Jumpa dengan perempuan psyco macam tadi kan susah!!!”
Daniel menengking Bella yang sudah terpaku dan diam membisu.Lain yang dirancang,lain pula yang jadi.
“Dahlah,awak tak payah nak marah princess..tu bukan salah dia.”Sammy cuba membela Bella.
“Dah Sam,cukup awak bela Princess,sampai perempuan gila tu kutuk dan cederakan awak pon,awak diam ajer.Sakit hati betul saya tengok!.”
Daniel menyapu lembut tangan Sammy dengan pencegah bacteria juga ubat luka.Nasib baik luka yang terbentuk kecil saja.Bella memandang Daniel dan Sammy dengan perasaan bersalah.Azusa yang menyedari perubahan wajah tunangnya itu segera membawa Bella ke biliknya.
“Ouch!!..”Sammy terjerit kecil apabila ubat luka yang mengenai isinya yang mengeluarkan darah itu berasa pedih.
“Sshh..tahan sikit..”
Daniel membalut luka ditangan Sammy dengan hati hati.Terharu juga Sammy dengan layanan pemuda itu.
“Daniel..kenapa awak marah sangat bila Maria panggil saya ‘tomboy’??”
Sammy bertanya pelik apabila Daniel selesai membalut lukanya.Setahunya,digelar ‘tomboy’ bukanlah satu hal yang besar.
“Sebab awak tu perempuan,dan takde orang pun yang boleh anggap awak tu lelaki..”ringkas saja jawapan Daniel.
“Aik..bukan selama ni awak pun anggap saya lelaki ker??”
“Jangan nak memandai,saya tak pernah anggap awak macam tu pun..”Daniel menyembunyikan gugupnya yang datang tiba tiba.
“Tapi..awak gak yang panggil saya ‘SAM’,walaupun princess nak panggil saya ‘SAMMY’,..”Sammy meluahkan perasaan yang terbuku dihatinya.
“Tu nama jer..dalam hati saya..awak tetap seorang puteri macam adik saya..”
Daniel bangun dari duduknya sebelum berlalu ke bilik setelah mengusap usap ubun ubun Sammy yang terkesima mendengar kata katanya.
..............................................................................................................
“Hahh..macamanalah saya boleh tak perasan...”
Azusa yang baru keluar dari bilik mesyuarat terkejut kecil apabila Bella berada di officenya.
“Apa yang awak tak perasan sayang???Awak jangan cakap nak jumpa mana mana perempuan lagi untuk dijadikan bakal kakak ipar,saya tak benarkan.”
Azusa bersuara tegas,tidak mahu pisang berbuah 2 kali.Cukuplah seminggu lepas Sammy sudah tercedera,dia tak mahu incident tersebut berulang.
“Bukan,bukan,bukan..kenapalah saya boleh tak perasan yang selama ni abang saya suka dekat Sammy..”
Bella membuat kesimpulan.Setelah memerhatikan sikap prihatin abangnya kepadaSammy,baru dia sedar ada cinta yang berputik tanpa disedari..
“Sayang jangan nak memandai,nanti satu masalah plak jadinya..”
Azusa agak tidak bersetuju,biarlah dia tidak dapat menikah cepat dengan Bella,asalkan keselamatan gadis itu terjamin.
“Nope,nope,nope,saya pasti rancangan kali ni Berjaya!!”Bella memasang tekad.
.....................................................................................................
Villa Azusa..
“Sayang..Sam mana??”Daniel bertanya sebaik saja tidak melihat kelibat bodyguard adiknya sejak pagi .
“Dia nak balik Amerika..”selamba saja Bella berkata sambil menjilat aiskrim cornetto nya tanpa perasaan.
“Ha,balik America,kenapa plak??”jelas sekali riak terkejut di wajah Daniel.
“Yelah..dia bosan duduk kat sini..pakwe takde..asyik nak jaga Bell jer..abang pun bukan nak layan dia dengan baik,sampai si Sammy tu minta kebenaran dengan orang untuk balik Amerika ..kesian dia..minta minta bila sampai America nanti dia jumpa dengan seorang teman lelaki.”panjang lebar pula Bella berkata.
Daniel yang berasa tak sedap hati segera saja menuju ke lapangan kapal terbang.Ternyata apa yang dikatakan Bella benar belaka,kelihatan dari jauh sesusuk tubuh Sammy sedang menolak sebuah bagasi.
Sammya terkejut besar apabila tangannya ditarik seseorang dan tubuhnya dipeluk erat.Bertambah terkejut apabila melihat wajah Daniel yang cemas memeluknya.
“Awak nak pergi mana?Sampai hati awak nak tinggalkan saya?!”Daniel bersuara perlahan.
“Er..saya nak..”
“Saya cintakan awak.Cukup ker kalau pengakuan saya ni dapat menghalang awak dari pulang ke America??”
Daniel melepaskan pelukannya dan menatap wajah Sammy yang terpinga pinga.
“Ha..betul ker apa yang saya dengar ni??Awak..”
“Yes,saya cintakan awak..sangat cintakan awak,daripada kali pertama saya lihat awak..saya tahu yang awaklah jodoh saya..walaupun awak tak cintakan saya..tolonglah bagi saya peluang untuk buktikan cinta saya pada awak..??”suara Daniel kedengaran merayu pula.
“Siapa kata saya nak balik ke America..saya..”
“Ehem,ehem..ish anak papa ni..kat lapangan terbang pon boleh buat love confess,tak romantic betul.”teguran Tan Sri Iskandar membatukan keadaan.
“Nilah papa,bakal kakak ipar Bella,comel kan??”
Wajah Daniel merona merah apabila berhadapan dengan papanya.Rupa rupanya bukan Sammy hendak ke America tapi Sammy menjemput Tan Sri Iskandar yang baru pulang dari America.Memang Bella sengaja mengenakannya!!!.
“Comel..pandai kamu cari bakal isteri Daniel.”
Sammy turut sama tersipu malu apabila dipuji Tan Sri Iskandar.Patutlah Bella menyuruhnya memakai sepasang baju kurung,Rupa rupanya ingin menjemput bakal bapa mertua!!!.
“Em..nampaknya..cepatlar saya dapat nikah dengan sayang lepas ni..”Azusa berbisik lembut ke telinga Bella.
“Jangan nak berangan,bukan awak yang cari bakal kakak ipar untuk saya,tapi saya sendiri yang cari cinta untuk putera saya.”
Bella menjuihkan bibir dan Azusa hanya mampu tersenyum sumbing...
.............................................................................................................
SEBULAN KEMUDIAN..
“Rambut ni jangan potong lagi tau,nanti kena reject dengan abang saya..”Bella bermain main dengan rambut Sammy yang kini sudah melepasi paras bahu.
“Alah..abang taklah jahat sangat untuk reject Mya sebab rambut pendek ajer..jangan dengar cakap budak nakal ni..”
Daniel menjawab.Setelah bertunang,Daniel membuang panggilan ‘SAM’ dan memanggil tunangnya dengan gelaran ‘MYA’.
“Jangan bimbang,walaupun saya cintakan Daniel,saya tetap lebih sayangkan princess,saya janji takkan potong rambut ni..”Sammy berkata sejujurnya.
“Em..sebab tulah abang cintakan awak sebab awak mampu sayang saya lebih dari dia boleh sayang saya.”Bella menjawab.
Setelah difikir dari A-Z,barulah Bella mengetahui yang Daniel ingin memiliki seorang teman wanita yang dapat menyayangi dirinya lebih dari diri Daniel sendiri.Dan orang itu..sudah tentulah SAMMYA ADRIANNA..my only SISTER IN LAW..
.....................................................................................
P/S:SORRY KALAU CERPEN NI TAK MENEPATI CITARASA KORANG.by the way,kalau tak berapa faham cerpen ni bolehlah baca cerpen pertama dan kedua aku..AKU TUTOR PRINCESS TAK BERMORAL,dan AMANDA LOVE STORY...cerpen ni kira sambungan ketiga.
8 comments:
ehem! ehem! (batuk2 kjap.. nk cri idea nk komen pe. Hah ! dh dpt .)
auwwwwwwwww~!!!!! so sweet!! bestnya kalu dpt laki cam Daniel tu...!! ske ! ske ! ske !
AzniAtiey:thanks sbb baca cerpen akk.
saya suka jer karya awak.. ok jer.. tapi saya pening dgn blog awak.. Hu,hu..
saya suka jer karya awak.. ok jer.. tapi saya pening dgn blog awak.. Hu,hu..
wooh..sblm nie sy dah pnh bce cerpen2 awk nie.cme x knl spe jerk pnulis nye..
n great to know about u..:)
pwincess Lov3y dOv3y:thanks sbb baca n komen karya2 sy.
syok giler.citer nye so sweet.memang menarik
Semua cerpen dlm best sangatππππ»ππ»ππ»
Post a Comment