Saturday, December 3, 2011

CERPEN:SUSAHNYA NAK BERISTERIKAN ARTIS!







CERPEN:SUSAHNYA  NAK BERISTERIKAN ARTIS!!!
“Abang!!!!Kenapa tak kejut Bell bangun!!!!Bell dah lambat nak ke KLIA ni!!!”

Bella menendang kuat pintu bilik tidur Daniel sehingga bergema satu villa itu.Kelihatan Daniel yang nyata terkejut terbangun dari lenanya disebelah isteri tersayang,Sammya Adrianna.Mereka kedua kelihatan terpisat pisat menggosok mata memandang wajah princess yang seperti sudah tumbuh tanduk di kepala.Muka Bella merah padam menahan marah.Belum sempat abangnya berkata apa apa,sekali lagi pintu bilik itu dihempas kuat.Bella berjalan pantas ke perkarangan villanya menuju ke kereta sport MITSUBISHI ECLIPSE.

“Apalah malang kau Bell,ada abang dengan akak ipar pun..tak boleh harap.Bila dah kahwin semua lupa diri...Aku nak ambil pengurus dengan bodyguard baru tak bagi..last last..bangun tidur pun pukul 10 pagi!!!.Benggong betul!!!!”

Bella membebel sendirian sebelum memecut laju kereta yang jarang dipandunya bersendirian itu.Sejak Daniel dan Sammy berkahwin, kehidupan peribadi Bella agak tidak terurus seperti dulu.Abang dan kakak ipar yang dahulunya merupakan bodyguard Bella banyak menghabiskan masa mereka seperti berbulan madu sahaja,padahal mereka sudah setahun berumah tangga.Bila Bella mengutarakan cadangan untuk mengambil pengurus dan bodyguard baru,Daniel membantah keras.Katanya,dia masih mampu menjaga Bella.


“Damn freak!!Macam ni ker perangai manusia bila dah kahwin,family sendiri pon buat tak endah ajer.”

Bella mendengus geram.Talifon bimbitnya berbunyi,sudah mengetahui gerangan yang menalifon saban hari.Siapa lagi kalau bukan Azusa..tunang kesayangannya..

“Hello sayang,kat mana tu??”suara Azusa lembut menyapa telinga Bella sekaligus meredakan sedikit kemarahannya.

“On the way nak ke airport”

“Oh...sayang nak jemput kawan sayang dari Amerika tu kan..?”

“Yup.”

“Sayang..tadi Daniel ada talifon saya...dia cakap yang sayang mengamuk,betul ker?”

Azusa bertanya penuh berhati hati,hampir 6 tahun mengenali Bella masakan perangai panas baran gadis itu tidak difahaminya.Pantang salah cakap sedikit,mulalah angin puting beliung Bella menyerang.Puteri hatinya itu memang sukar ditangani.

“A..ah,memang saya mengamuk,bangun tidur lebih lambat dari saya,asyik berkepit dengan Sammy siang malam,sampai tugas sebagai pengurus saya pun diabaikan.”

Bersungguh Bella memberitahu,tidak pernah dia memburukkan abangnya,namun sikap seperti itu memang amat membengangkan.

“Sayang..awak tahu kan yang dia orang tu pengantin baru...kalau kita dah kahwin..awak pun macam diaorang jugalah sayang..”

“Sorry...saya bukan orang yang jenis macam tu ok,i have my career and you have your job,wasn’t ??”

Bella merengus geram apabila Azusa cuba menyamakan dirinya dengan abang juga kakak iparnya.Sesekali kereta sport Bella membelok selekoh dengan laju.Semakin geram hatinya semakin laju kereta dipandu.Angin yang menerobos masuk dari bumbung kereta yang terbuka luas mengibarkan rambut Bella yang beralun cantik.

“Sayang..awak ni kan..”

“Dahlah Azusa,awak dengan abang sama jer.Memualkan!!”

Bella menutup handphonenya dan membuatkan Azusa yang masih belum tamat bercakap  hanya mengeleng geleng kepala.Ada masa kelakuan Bella ni memang menguji kesabarannya.Nasib baiklah,Bella merupakan satu satunya buah hati yang tidak mungkin digantikan dengan orang lain.

Bella membebel sendirian dalam keretanya sebelum sekali lagi handphonenya berbunyi.Tanpa melihat nama pemanggil,lantas saja button hijau ditekan.Panggilan diterima.

“Hah,kalau awak nak minta maaf,tak payah cakap.Saya tak nak dengar.”

Bella melenting tanpa sempat orang dihujung talian berbicara.Sangkanya,Azusa menalifon kembali untuk meminta maaf.

“Amboi...apsal plak saya nak kena minta maaf kat awak ni??Zyya Bella Tan Sri Iskandar,kami dah tunggu awak lebih dari 1 jam kat airport.Kami kena kejar dengan peminat,wartawan dan kami penat lagi berpeluh.Di mana awak sekarang???”

Suara romantic yang penuh ketegasan di hujung talian membuatkan Bella hampir saja membrekkan keretanya dengan mengejut.Dia baru menyedari yang dia betul betul telah terlewat untuk menjemput “3 LIGHTS” di airport seperti yang dijanjikan.

“Sorry Ryu,..saya lambat bangun tadi.Awak tunggu kejap,lagi 20 minit saya jemput kat airport ek?”

Perasaan bersalah menyerbu Bella,sudah hampir sebulan dia berjanji dengan Ryu,Max juga Zac,kawan baiknya yang baru saja tamat melangsungkan konsert mengelilingi dunia untuk menjemput mereka di lapangan terbang sebaik saja tiba di Malaysia.Namun,kerana kelalaian abangnya juga Sammy,semua jadi agak kucar kacir hari itu.

“Tak payahlah sayang oi,kita orang dah ada kat VILLA STAR ni,kalau awak rajin datang kesinilah,bukan jauh sangat dari airport kan..”

Kedengaran suara Zac di hujung talian,pastilah dia merampas handphone Ryu.Jika tidak masakan Ryu kedengaran marah marah dibelakang.

“Hati hati drive tu,jangan bimbang kat kitaorang,jangan bawak laju laju.”

Pesanan terakhir dari Max melegakan Bella.Sememangnya,tiga pemuda itu amat memahaminya.

“Ok,give me a few minute.”Bella memecut laju,melupakan seketika semua masalahnya.
Bella tersenyum lebar sebaik saja kakinya mencecah ke muka pintu Villa Star.Sudah hampir 2 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke villa itu.Sejak dia dan 3 LIGHTS sama sama sibuk dengan tugasan selebriti masing masing.Villa yang dibeli dengan hasil titik peluh mereka berempat.Laju saja kakinya melangkah masuk ke villa itu.Matanya sedikit berkaca apabila melihat 3 orang pemuda yang keletihan sedang bersandar di sofa.


Rindunya tidak terkata,lama benar dia berada di Malaysia sehingga lupa pasal dirinya yang pernah belajar di JULLIARD ACADEMY bersama 3 LIGHTS,berlatih jadi penyanyi bersama 3 pemuda itu juga kisah kehidupan pelajarannya di USA.Mengharungi perit getir sebelum jadi penyanyi terkemuka dunia.Semua peristiwa penting itu dilakukan bersama 3 pemuda yang tak pernah penat menyokong Bella.Ryu,Max dan Zac.


“Guys!!!”

Jeritan Bella menyebabkan tiga pemuda tersebut menyedari kehadirannya.Mereka bangun dan menuju kearah Bella dengan muka bengang,terutamanya Ryu.Tak payah buat pun memang mukanyalah yang paling “gerek” antara mereka.Namun,kalau dia senyum.,boleh pengsan orang yang melihatnya.

“Zyya Bella,awak tengoklah apa yang awak dah buat hari ni,threat kami..macam kami ni bukan kawan awak..”

Max mengiat dengan bercekak pinggang,bukan senang nak tengok Bella dengan wajah bersalahnya.Gadis yang mempunyai tahap keegoan yang sama tinggi dengan ketua mereka Ryu.

“Saya minta maaf..pagi ni agak berserabut sikit..”

Air mata Bella sudah jatuh,entah kenapa rasa bersalahnya sangat ketara hari itu.

“Awak tahu tak yang kami ni penat,lepas tu tak tentu pasal kena kejar dengan reporter juga fans??”

Zac menyakat.Bella hanya mengangguk dengan sedu sedannya.

“Maaf.”

“Kalau minta maaf tu berguna buat apa ada polis dan undang undang kat Negara ni kan..”

Ryu mengulang dialog hero drama korea “BOYS OVER FLOWER” sebelum menjeling Bella dengan renungan tajamnya.Bella diam saja,menahan tangisnya.

“Apalah awak ni ek,kita orang gurau jelah..selamat berjumpa kembali sayang..”

Ryu tersenyum manis sebelum menarik Bella kedalam pelukannya,meredakan tangisan gadis itu.Rindu sungguh akan gadis yang sudah bertunang itu.Max dan Zac turut tergelak melihat wajah merah Bella sebelum mereka turut memeluknya.
...........................................................................................................

“So..kenapa tak cari bodyguard baru ajer?”

Max bertanya sebaik saja Bella menceritakan panjang lebar permasalahan yang terjadi antara dia,Daniel dan Sammy.

“Dia tak bagi,Daniel tak percaya orang lain boleh jaga saya macam dia jaga saya.”

Bella menjawab tenang,kemarahan dan kesedihannya sebentar tadi sudah hilang sebaik saja berkumpul bersama 3 pemuda kacak itu.

“Giller,Daniel biar awak memandu seorang diri tanpa satu bodyguard pun?Awak tau tak apa akibatnya kalau awak dikejar peminat fanatic?Boleh kecelakaan tau tak?”

Ryu merengus geram,begitu tak menyangka yang “putera” yang selalu bertugas menjaga keselamatan Bella mula lepas tangan.

“Habis..awak nak suruh saya buat macam mana..?”

Bella bersuara lirih,memandang sepasang mata Ryu yang sangat jelas bimbang akan keselamatannya.Bella bukan tidak tahu sejak di JULLIARD ACADEMY lagi,abangnya memang agak tidak menyukai 3 LIGHTS,terutamanya Ryu.Namun,oleh kerana minat mereka yang sama besar dalam bidang muzik,mereka sentiasa dapat bekerjasama.Cuma Bella yang melayan 3 LIGHTS dengan amat baik.

“That was not a big deal,cakap dengan Daniel biar kami bertiga jer yang jadi bodyguard awak,lagipun Bell for this 3 month kita ada banyak aktiviti bersama.”

Cadangan Zac mengembirakan Bella.Ya..memang tiada bodyguard yang lebih baik berbanding 3 putera itu.

Setiba saja di rumah Bella mengarahkan Daniel dan Sammy berkumpul di ruang tamu.

“Adek,maaflah..abang dengan akak tak sedar tidur pagi tadi.”
Daniel meminta maaf kepada Bella yang kelihatan tenang tenang sahaja.
“Sorry princess,kami berdua memang salah..”
Sammy menambah.
“Hmph..takpelah,Bell maafkan..”
Daniel dan Sammy tersenyum riang,tidak menyangka begitu mudah Bella memaafkan mereka.
“But,selepas ni,abang dengan Sammy tak payahlah bertugas menjadi pengurus atau bodyguard Bell,abang benarkan atau tak Bell dah cari orang lain yang lebih sesuai untuk tugas ini.”
Daniel dan Sammy melopong,tidak menyangka Bella telah membuat keputusan.
“Boleh abang tahu siapa yang lebih layak dari kami berdua untuk jadi pengurus dan bodyguard Bell?”
“3 LIGHTS”
Terbeliak biji mata Daniel dan Sammy mendengar nama itu.
“Mereka dah balik sini ker.”
“Nope,abang tak benarkan,adek tahu kan yang Ryu tu..”

Daniel cuba menjawab namun kata katanya dipintas Bella.

“Apa,dia cintakan Bell kan?.So what,masa dekat Julliard dulu pun memang mereka bertiga yang banyak jaga Bell.Beberapa kali bergadai nyawa untuk Bell juga.Tapi..abaNg jangan bimbanglah,mereka tahu yang adik dah ada tunang.Then,thats all..Abang dengan akak berbulan madulah setiap hari..Bell tak  akan kacau..”

Bella sempat memerli sebelum meninggalkan abang dan akak iparnya itu diruang tamu dan berlalu ke bilik tidur.
................................................
“Betul ke apa yang abang dengar??”
“Apa yang awak dengar??”

Bella memandang wajah Azusa yang tiba tiba saja mengajaknya makan malam sebaik saja dia tamat melakukan pengambaran bagi video klip terbarunya.
“Abang dengar,Daniel dan Sammy cakap,sayang jadikan 3 LIGHTS bodyguard @pengurus sayang??”

Mata Azusa memandang anak mata hazel buah hatinya itu.Sejak diberitahu berita mengejut itu,hatinya tidak senang.Masakan tidak tunangnya yang cantik jelita dikelilingi 3 jejaka tampan yang menjadi buruan jutaan wanita.!

“Em..betul.Kenapa ada masalah ke??”
Bella bertanya tanpa sedikit pun riak bersalah di wajahnya.Hmph..perangai seperti ini memanglah Azusa sudah boleh mengagak.Bella bukan peduli sangat apa yang orang lain fikir mengenai dirinya.Asalkan dia sendiri gembira,perasaan dan pandangan orang lain semua di tolak ke tepi.

“Sayang memang takde masalah,tapi abang yang ada masalah.Im jealous you know..”
Lirih saja ayat Azusa,minta di fahami tunangnya itu.Bila berbicara dengan Bella tidak bolehlah berkias..terus straight to the point saja.Jika tidak gadis itu tidak akan mendengar apa yang ingin di perkatakannya.

“Jealous tu bukan boleh dapatkan duit atau mengeyangkan perut .Tak perlu nak jealous..be professional ok.I have my career and awak pun ada kerja sendiri kan..”
“But..sayang..”
“Tak payah dengar sangat cakap abang dengan Sammy tu.Useless..Saya tak pernah dan tak akan cemburu pun kalau awak dekat dengan perempuan lain atas urusan kerja.Oklah,gotta go.Saya dah penat ni.”

Bella mencium dahi Azusa sebelum berlalu keluar dari restoran itu.Azusa mengeluh panjang..Bagaimanalah sikap Bella kalau dah kahwin nanti..mahu pening kepalanya...tapi...betul ke yang Bella tidak pernah dan tak akan cemburu kalau dia dekat dengan wanita lain??.Tidak sayang dan cintakah Bella kepadanya??.Orang kata kalau cemburu tandanya sayang.Habis..kalau tak cemburu takkan maknanya benci kot...??.
Selang seminggu Bella bersama 3 LIGHTS telah mengadakan pengambaran music video bersama.Kebetulan Daniel dan Sammy mengajak Azusa datang bersama untuk melihat pengambaran yang julung julung kali diadakan di Malaysia itu.Nazriel dan Amanda turut dijemput bagi melihat sendiri pengambaran mv dengan lebih dekat.

Lokasinya ialah di ‘SNOW WORLD’ yang terletak di I-City Shah Alam.Kerana Malaysia tidak mempunyai musim salji..terpaksalah mereka ke lokasi yang menggunakan salji tiruan sahaja.
Snow World telah dikosongkan dari pelanggan sejak pukul 5.00 petang dan tempat itu disewa hingga pukul 8.00 malam oleh 3 LIGHTS CORP bagi melancarkan pengambaran tersebut tanpa gangguan orang luar.Semua krew pengambaran juga orang yang terlibat dengan mv tersebut memakai pakaian sejuk yang telah disediakan.Walaupun tempat itu hanya menggunakan salji tiruan namun kesejukannya di bawah 0 degree celcius.Mungkin boleh mati kesejukan kalau tidak berpakaian tebal.


Daniel,Sammy,Amanda,Nazriel dan Azusa sudah berpakaian ala Eskimo dengan ropol berbulu yang tebal di bahagian leher hampir menutupi wajah mereka.Mereka duduk di satu bahagian,berhampiran dengan set pengambaran.Bahagian yang disediakan atas permintaan Bella sendiri.Siapa pula yang berani membantah permintaan superstar itu...

“Azusa,mana tunang kau,tak nampak pun??”

Nazriel bertanya,dia sempat membeli secawan kopi panas bagi menangani rasa sejuk di tempat itu.Mengenangkan yang dia bersahabat baik dengan Daniel,Nazriel sudi juga menerima ajakan Bella untuk menonton pengambaran tersebut walaupun kerjanya di pejabat masih menambun.

“Entahlah..mungkin tengah bersiap kot.Tadi dia kata dah sampai.”

Azusa berkata dengan nada ceria.Bukan selalu dia dapat menonton pembikinan mv tunangnya.Kalau dalam televisyen tu selalulah.Tak pernah tertinggal satu episod pun untuk menonton aksi Bella.Walaupun tunangnya bukan pelakon tapi ialah penyanyi...wajah Bella hampir terpampang dalam televisyen setiap hari menerusi iklan,music video atau konsert.

“A..ah,3 LIGHTS pun tak de nampak,tak sabar nak tengok dia orang bertiga,nikan mv dia orang juga..”

Amanda merungut.Teringin benar melihat wajah 3 LIGHTS dengan mata kepalanya sendiri.Ramai kawan perempuannya mengatakan yang boy band 3 LIGHTS mempunyai tahap ketampanan yang melampau.Amanda tidak sedar yang sepasang mata Nazriel merenungnya tajam.

“Yang awak sibuk nak tengok dia orang apsal,ingat ye..saya ni suami awak.”

Sempat pula Nazriel memberi amaran pada isterinya itu.Amanda hanya tersengih seperti kerang busuk.Suami mana yang tak cemburu kalau isterinya sibuk hendak melihat lelaki lain.Amanda memegang tangan Nazriel.

“Saya nak tengok jer..bukan nak buat apa pun.,”

Amanda merengek manja.Nazriel hanya mencebik bibir tanda tak puas hati.

“Dahlah kau orang tak payah nak bergaduh plak kat sini,kita semua ke sini untuk tengok pengambaran adik aku.”

Daniel menyampuk.Sammy hanya tersenyum.Azusa mengeluh kecil.Alangkah bagusnya kalau dia danBella sudah berkahwin..bolehlah dia menjadi seorang suami seperti Nazriel juga Daniel. Cemburu melihat ragam pasangan yang dah berkahwin ni..Nak ajak Bella berkahwin???.Em,,entahlah bila gadis itu akan setuju..

“Hai guys,sorry lambat bersiap.”

Bella yang datang entah dari mana,mendapatkan mereka berlima yang sedari tadi menunggunya.Azusa memandang pakaian tunangnya itu dari atas ke bawah.Gila..Bella hanya memakai sepasang dress bewarna putih paras lutut.Memanglah tunangnya itu kelihatan amat cantik.Namun..pakaiannya tidak kena dengan suasana sejuk itu.

“Sayang,awak tak sejuk ke pakai baju nipis macam ni??”

Azusa bertanya penuh kebimbangan.Wajah Bella yang sudah disolek dengan make up itu di renungnya pelik.

“A..ah,gila kau Bell,aku yang dah pakai baju tebal ni pun masih rasa sejuk yang amat.Kau tak sejuk ker??”

Amanda bertanya.Sedari tadi mulutnya mengeluarkan asap kerana kesejukan.Boleh pula Bella berpakaian yang singkat dan nipis seperti itu.

“Sejuk lah juga.Tapi,aku memang kebal dengan salji ni..”

Bella cakap besar.
“Apa tema mv hari ni adek?”
Daniel bertanya.

“Em.. temanya kemesraan dalam musim sejuk.MV untuk lagu ‘Fatal Love’..agaknya..pengarah ni memang nak suruh kita orang mati kesejukan..Peluk sikit..Grr..sejuknya..”

Bella dengan selamba memeluk tubuh Azusa yang hangat dengan pakaian sejuk dari kulit binatang itu.Azusa memeluk Bella erat dan menggosok gosok lengan gadis itu yang terdedah tanpa kain.Terasa badan tunangnya itu seperti ais.!Tadi kata kebal dengan salji...sembang jer lebih..

“Ehem..ehem..adik ni..kalau yer pun nak buat aksi romantic,tak payahlah depan kita orang kot.”

Daniel menegur,Azusa tersipu malu dan yang lain hanya ketawa.Bella selamba sahaja,dia masih memeluk kuat tubuh tunangnya.Ingin memanaskan badan sebelum pengambaran bermula.

“Alah..nak malu apa pun,kalau mv nya bertemakan baju nipis dalam musim sejuk memang krew selalu berpelukan apa..”

Bella menyangkal kata kata Daniel.Daniel hanya tersengih,memang betul apa yang diperkatakan Bella.Pernah dulu sewaktu mereka merakam sebuah iklan di Korea Selatan sewaktu musim salji,semua artis yang terlibat berpelukan sama sendiri untuk memanaskan badan.

“Princess..kita orang dah siap.!!!”
Satu suara tidak jauh dari mereka memanggil Bella dan pelukannya terhadap Azusa terlerai begitu saja.Bella meninggalkan mereka dan menghampiri 2 pemuda yang baru muncul dari pintu utama tidak jauh dari situ.


“Oh my god,pendeknya dress awak,boleh tahan lama ker ni??”

Max bertanya sambil memegang sedikit bahagian bawah skirt Bella.Merasa ketebalan dan kualiti kain itu.Azusa yang memandang dari jauh seperti terkena satu kejutan eletrik.Sesuka hati saja lelaki tu memegang ‘bahagian bawah’ dress tunangnya!!.Ni tak boleh jadi!!
“Nipis ni..tak nak suruh tukar dress lain ker??”
Zac yang memakai topi menyampuk.

“Tak payahlah,bukan tak selalu pun berpakaian macam ni masa MV dalam musim sejuk dulu.Janganlah demand sangat..menyusahkan director je..”

Mereka bertiga tergelak.Sakit mata betul Azusa melihat tunangnya itu bergelak ketawa tanpa dia dapat mendengari apa yang di bualkan mereka.Baru saja Azusa ingin menapak mendapatkan mereka..langkahnya terhenti..

“Sayang....sejuknya!!”
Seorang pemuda kacak yang entah datang dari mana tiba tiba muncul dan memeluk Bella di hadapan mata Azusa.Azusa terpaku di situ.Seperti ada gunung berapi yang meletus dalam otaknya saat itu.Dia menggengam penumbuk.
“Gila punya lambat bersiap.”

Bella menolak tubuh Ryu yang memeluknya dan membetulkan kot pemuda itu.Nah..Ryu berpakaian macam mana pun tetap nampak tampan.Nampaknya dia dan 3 LIGHTS berpakaian lebih nipis berbanding krew pengambaran yang lain.
Daniel yang menyedari pandangan Azusa terhadap adiknya segera mendapatkan pemuda itu.Sammy,Nazriel dan Amanda turut menyusul.

“Rileks bro..adik aku dengan 3 LIGHTS memang macam tu..”
Daniel berbisik perlahan.Azusa merengus geram.Kalau diikutkan hati,ada juga di tumbuknya muka Ryu di saat itu juga.Bella pula seolah olah tidak memahami pandangan nya yang tidak suka akan kemesraan yang terjalin antara Bella dengan 3 LIGHTS.Bella menarik tangan Ryu,Max dan Zac hanya mengikut dari belakang.

“Oh..seem princess ada bawa ramai kawan hari ni.Hai Daniel and Sammy,dah lama tak jumpa korang.”
Zac menyapa Daniel dan Sammy yang dikenalinya di JULLIARD ACADEMY dahulu.Sammy bersalaman dengan Zac dan Daniel buat muka tak tahu.Daniel memang tak seteru dengan 3 LIGHTS sejak dulu lagi.

“Ok guys,lets i introduce one by one..abang aku Daniel dan akak ipar aku Sammy korang dah kenal kan.So,aku tak payah kenalkan lah.Ni Nazriel Hakimi..C.E.O Harizen Corp,and his wife Amanda  Farisha yang selalu cuba buli aku kat high school dulu tapi tak Berjaya lah dan sebalik nya aku yang buli dia..”

Amanda tergelak mendengar sesi pengenalan Bella namun dia terdiam apabila Nazriel memberi renungan tajam.Pastilah tidak suka meliahat isterinya tersenyum atau ketawa di hadapan 3 pemuda kacak itu.Amanda memang tidak dapat menyangkal yang tiga pemuda itu memang sangat tampan seperti yang di gembar gemburkan.Untungnya Bella dapat berkawan baik dengan mereka...

“Oh..awak C.E.O Harizen Corp yer,syarikat pelancongan yang terkenal tu.Oh..saya bangga denagn awak,bukan mudah nak uruskan syarikat gergasi ni.”
Nazriel tersenyum bangga atas pujian Max yang kedengaran ikhlas saja bunyinya.
“Dan..lelaki kacak ni..pastilah..”

“Yup..Tengku Azusa Reifan,my only fiancé..pewaris tunggal MERIGA CORP..lelaki yang dah Berjaya buat hati saya yang ganas dan panas ni jadi selembut dan sesejuk salji kat sini..”
Azusa tidak tersenyum namun jauh di sudut hatinya kembang berbunga mendengar kata kata tunangnya itu.Ryu,Max dan Zac bersalaman dengan Azusa.

“Untungnya awak dapat jadi fiancé princess ni,saya cemburu tau tak.”

Penyataan Ryu membuatkan Azusa terpaku seketika.Jiwa lelakinya tergugat.Masakan tidak...dia sendiri sebagai lelaki memuji kekacakan 3 pemuda di hadapannya itu.Adakah kesetiaan Bella kepadanya akan berkurangan bila bersama dengan tiga pemuda itu..
“Stars..record dah nak start,gather here.”

Pengarah MV tersebut memanggil Bella dan 3 LIGHTS agar berkumpul di lokasi penggambaran.

“Ok,kita orang dah nak start dah ni,tunggu sampai habis yer..nanti kita dinner ramai ramai.”
Zac sempat meninggalkan pesanan sebelum berlalu ke arah pengarah.
“Sayang,jom.Dah lambat ni.”

Berdesing telinga Azusa mendengar Ryu yang sesuka hati memanggil Bella dengan panggilan ‘sayang’.Sudahlah dulu dia sakit telinga mendengar Daniel yang memanggil tunangnya dengan panggilan ‘sayang’,setelah di marah beberapa kali barulah Daniel memanggil Bella dengan giliran ‘adek’.Sekarang ini..muncul pula seorang lelaki yang sewenangnya memanggil Bella dengan gelaran keramat itu.Gelaran ‘sayang’ hanya Azusa yang boleh guna!!

Belum sempat Bella mengikut langkah Ryu,Azusa menarik tangannya lembut.
“Sayang..abang tak suka sayang peluk dia dan abang tak suka lelaki tu panggil awak ‘sayang’!”

Azusa berbisik ke telinga Bella.
“Excuse me Tengku Azusa Reifan,bukan saya yang peluk dia,tapi dia yang peluk saya.By the way..profesional lah sikit..panggil ‘sayang’ jer kot..biasalah tu bukan luak pun...”

Bella sempat mengherotkan bibirnya tanda mual dengan sikap cemburu Azusa lantas berlalu meninggalkan tunangnya itu dan menuju ke arah 3 LIGHTS.

“Saya harap Azusa dapat sabar..princess dengan 3 LIGHTS memang rapat macam adik beradik..”

Sammy selaku kakak ipar yang telah bertahun menjadi pengurus untuk princess yang bernama Bella itu amat memahami perangai adik iparnya.Siapalah yang tidak cemburu melihat kemesraan Bella dengan 3 LIGHTS,lebih lebih lagi Azusa..pemuda  yang merangkap tunangnya.

“Dia menguji kesabaran saya Sammy..sangat menguji...”

Azusa berlalu dengan perasaan benggang lagi hampa meninggalkan lokasi itu tanpa sempat menonton pengambaran yang berlangsung.Dia tidak tahan melihat aksi mesra tunangnya dengan 3 pemuda kacak itu.Kalau dia berada di situ lebih lama mungkin ada yang mati kena belasah hari itu!!
................................................................
Keesokannya Bella mendapatkan Daniel dan Sammy yang sedang bersarapan di meja makan.Tan Sri Iskandar tiada di rumah,menguruskan hal pejabat di USA.

“Abang..boleh adek tahu,kenapa semalam Azusa tak ikut kita dinner lepas pengambaran mv tu??”

Bella duduk di depan abangnya.Dia memang perasan yang Azusa tiada sewaktu makan malam beramai semalam.Namun,dia malas bertanya saat itu kerana sibuk melayan krew pengambaran.

“Eh,ingat plak pasal tunang.Ingatkan dah ada pengurus dengan bodyguard baru tu,semua hal pun adek tak nak ambil tahu..”
Daniel memerli,sangat geram dengan perangai Bella yang langsung tidak memikirkan perasaan Azusa.Dia sebagai seorang lelaki memahami perasaan Azusa.
“Apa yang abang merepek ni..thats was my job ok..janganlah buat buat tak faham plak.”
Bella menjawab kasar.
“Princess dah talifon Azusa,pergilah jumpa dia..”

Sammy cepat menyampuk,mengelak perbalahan antara Bella dan Daniel.
“Saya dah talifon..tapi dia tak angkat.Mungkin dia kat office..saya nak ke sana lah sekarang..”
Bella berlalu ke luar rumah.Sudah banyak kali dia menalifon Azusa,namun tidak berjawab.Selalunya setiap pagi Azusa akan menalifon untuk memastikan dia bangun tidur pada waktu yang tepat.Merajukkah lelaki itu??

“Awak ni Mya,bagi muka sangat dekat adek saya tu.Padan muka dia kalau si Azusa tu merajuk.”
Daniel tidak puas hati apabila Sammya,asyik menyebelahkan adik kesayangannya itu.

“Tak baik abang  cakap macam tu..princess kan adik awak..dan dia tu artis terkenal..Azusa patut faham career princess tu macam mana..”

“Siapa lah boleh tahan tengok tunang berpeluk dengan lelaki lain.Bukan tunang jelah,saya sebagai abang ni pun,sakit mata tengok.”
Daniel menyuarakan kekesalannya.
............
MERIGA CORP
“Sayang..macam mana nak buat paper work ni??.I tak pandai lah...”

Dyana tergesel gesel di sisi Azusa.Azusa tersenyum manis ke arah secretary barunya yang memang cantik dan seksi itu.
“Dont worry..you tak faham,i boleh ajarkan.”

“Thanks..sayang.You ni baik betullah.”
Bella yang sedari tadi mendengar perbualan dari balik pintu pejabat Azusa merasakan hatinya di siat siat.Dia yang baru saja ingin menemui Azusa menghentikan langkahnya apabila mendengar suara perempuan yang sedang ketawa manja dari dalam pejabat tunangnya itu.Memang ada yang cari mati hari ni!!!.

Bella menerobos masuk ke pejabat Azusa.Azusa kelihatan tenang saja tetapi Dyana sudah mengelabah besar apabila melihat jelingan maut Bella.Dia bukan tidak tahu yang Bella ialah tunang Azusa.Pantas saja Dyana meninggalkan pejabat itu.

Bella menghempaskan beg tangannya ke atas meja kerja Azusa.Gadis itu duduk bersemuka dengan pemuda itu.Azusa tidak memberi sebarang respon.Dia hanya diam dan memberi tumpuan pada kertas kerjanya.

“Awak dah kenapa Azusa,ambil secretary seksi macam tu.Sakit mata saya tengok tau!!”
Bella meledakkan kemarahannya.Tidak pernah dia melihat staf staf Meriga Corp terutamanya di jabataan Azusa memakai skirt ketat atas lutut yang terbelah!!.Ni dah lebih!!.Azusa nampaknya tergoda dengan keseksian perempuan tadi.
Azusa tersenyum sinis,jeratnya mengena.Fail nya yang sengaja di buka sedari tadi ditutup rapat.Wajah putih bersih tanpa cela itu ditenungnya lama.Kata tak pandai cemburu???.

“Come on lah Bella.Be professional ok..dia yang suka pakai seksi,bukan saya suruh pun.Awak selalu pakai seksi untuk tatapan ramai pun saya tak marah.Itu kan memang kerja awak..so sebagai tunang saya kenalah faham career awak..awak  tunang saya..so awak kena fahamlah kerja saya bagaimana.”

Azusa bersuara dengan nada memerli.Sengaja dia ingin melihat sejauh mana Bella dapat menahan kemarahannya.
“Ok..saya boleh terima apa yang awak cakap tu.Habis yang panggil ‘sayang’ bagai tu apehal plak??.Tak masuk dalam polisi kerja kan??”

Bella menengking.Nampaknya Azusa sengaja menguji kesabarannya.Sudah lunturkah rasa kasih sayang dan perasaan cinta Azusa kepadanya??.

“Eh,awak cemburu ker??Cemburu bukan boleh bagi duit or kenyangkan perutlah sayang..tak payah jealous lah..”

Azusa mengekek ngekek ketawa dalam hatinya melihat wajah Bella yang cemberut.
“Saya tak jealous pun ok.Cuma saya tak suka dia panggil awak ‘sayang’!”
Tak suka???..Cakaplah cemburu..kan senang..

“Alah..panggil sayang jer kot.Bukan luak pun..Dahlah awak pergi baliklah.Saya banyak kerja ni.”

Azusa mengulang kembali ayat yang digunakan Bella semalam.Hah..ambik kau Bella,kan dah kena sebijik!!Hampeh!!.

Bella merengus geram.Hancur betul hatinya saat itu.Dia seperti ingin menangis saja .Tidak pernah Azusa melayannya sedemikian rupa.Namun keegoannya perlu di tahan.Bella bangun dari duduknya dan terus keluar dari pejabat Azusa.Azusa menghembuskan nafas kuat..

“Maaf sayang..saya Cuma nak pastikan yang perasaan awak pada saya masih macam dulu..”
................................
VILLA STAR

Bella menangis kuat sebaik saja tiba di Villa Star.3 LIGHTS hanya mampu menggeleng geleng kepala.Tidak menyangka yang penangan percintaan amat hebat hingga menyebabkan hati gadis yang seperti batu itu mudah sekali dilenturkan.Wajah putih bersih itu sudah merah padam dengan tangisan juga hidung mulai merah seperti di baling dengan sebiji batu.
“Sayang..awak ni dah kenapa..sebab lelaki tu pun awak nangis ker??”

Ryu mengesat air mata yang berlinangan dari pipi gebu itu.Tidak menyangka yang Bella akan menangis untuk hal yang remeh sebegitu.

“Dia tu tunang sayalah!!!.Saya sayang gila dekat dia..kenapa dia buat saya macam ni.Huargh!!.”

Max dan Zac menutup telinga apabila mendengar Bella meraung.Boleh pecah gegendang telinga mereka.Tidak pernah Bella menangis sedasyat itu sepanjang mereka bersama.Inilah kali pertama.

“Dahlah..jangan nangis lagi,nanti peti suara awak pecah,macammana nak nyanyi??”
“Saya tak kisah kalau tak jadi penyanyi pun!!!.Saya nak Azusa yang dulu..”
Bella menghentak hentakkan kakinya seperti kanak kanak kecil,pujukan Ryu tidak Berjaya menghentikan tangisannya.Lelaki itu sudah pening kepala.
“Alah Bell,mungkin dia saja jer nak buat kau jealous kot...”
Penyataan Zac membuatkan Bella terdiam.

“Betul tu..mungkin semalam dia jealous tengok awak mesra dengan kami.Sebab tulah dia nak balas balik,buat awak jealous plak..”

Sampuk Max pula.Bella berfikir fikir sejenak.Ada betul juga apa yang dikatakan sahabatnya itu.
“Yelah sayang..tunang awak tu tak tahu kan hubungan sebenar kita??”
Tanya Ryu,Bella hanya menggeleng geleng kepala.
“Saya memang sengaja tak beritahu dia..tapi dia sampai hati buat saya jealous...dia memang cari mati lah..”

Bella bingkas bangun dan mengelap air mata dan air  hidungnya dengan tisu yang sudah hampir habis sekotak.3 LIGHTS hanya mampu mengeleng kepala..apa pula yang hendak di lakukan princess mereka itu..
.................................
Seminggu berlalu dan masing masing menyepikan diri.Azusa menunggu panggilan dari Bella dan begitu juga sebaliknya.Masing masing cuba mempertahankan tahap keegoan yang muncul setinggi gunung.

Satu malam Bella menjemput semua kenalan rapatnya untuk meraikan pesta yang tiba tiba saja diadakan di villa Tan Sri Iskandar.Semua kenalan hadir dan apa yang paling mengejutkan Bella ialah Azusa datang dengan berpegangan tangan dengan Dyana.Terbakar sungguh hatinya malam itu.Lain yang di rancang,lain pula yang jadi..Azusa langsung tidak mengendahkan Bella dan melayan Dyana seperti kekasih hatinya.

Setelah jemputan semua bersurai,Bella mengajak Azusa dan Dyana,3 LIGHTS,Daniel dan Sammy juga Nazriel dan Amanda berkumpul di satu meja panjang.
“Kita nak buat apa ni Bell??Ada game ker??”

Amanda bertanya pelik apabila mereka sepuluh orang duduk dalam satu meja menghadap satu sama lain.Bella duduk di sisi Ryu bertentangan dengan Azusa yang duduk bersama Dyana.Seperti ingin membuat satu mesyuarat tergempar pula.Bella merenung Dyana seperti ingin menelan gadis itu hidup hidup.
“A..ah,aku nak buat game..”
“Maaflah Cik Bella,tapi dah malam ni..kami nak balik dululah..sayang..jom kita balik..”
Bella menggengam penumbuknya apabila melihat Dyana yang merengek rengek ke arah Azusa.Kalau diikutkan hati,ada juga gadis itu memakan penamparnya.Namun,setelah tangannya dipegang kuat oleh Ryu..barulah dia berdiam diri.
“Maaflah Cik Dyana,tapi malam masih muda lagi ni.Princess kami baru jer nak startkan game.”
Permintaan Sammy nampaknya diterima Dyana.Gadis itu bersetuju untuk memainkan game yang di perkatakan Bella.
“Baiklah..saya nak kita semua bermain game “TAKUT ATAU BERANI”.”
Bella menyambung ayatnya yang tergantung sebentar tadi.
“Macammana peraturannya Bell,macam biasa ker??”

Max bertanya dengan nada teruja.Dulu sewaktu mereka belajar di Julliard permainan itu selalu di mainkan bagi menghilangkan tension.
“Hmph..peraturannya mudah saja.Peserta pertama akan putarkan mikrofon yang saya letak atas meja ni nanti.Orang yang kawasannya bertentangan dengan kepala tempat mikrofon berhenti berputar akan menjawab satu soalan dari peserta yang memutarkan mikrofon.”
“Lepas tu???”

Dyana kelihatan teruja untuk tahu permainan baru itu.
“Lepas peserta tadi jawab soalan dari pemutar,peserta tadi akan memutarkan semula mikrofon itu dan seterusnya lah..”
Bella menjawab ringkas.
“Kalau kita tak boleh atau tak nak jawab soalan yang di tanya??”
“Orang yang memutar mikrofon akan bagi satu denda yang berpatutan kepada orang yang takut untuk jawab soalan itu.Game ini menguji sama ada kita berani berkata benar atau takut untuk berkata...Boleh kita mulakan sekarang??”

Selesai saja menjawab soalan Nazriel,Permainan dimulakan.Dyana yang begitu teruja mengambil giliran pertama untuk mula memusingkan mikrofon.Mikrofon itu berpusing ligat  di atas meja yang beralaskan kain putih sehinggalah kepalanya berhenti  mengarah kepada Zac .Dyana tersenyum simpul.Masakan dia akan melepaskan peluang untuk bertanya soalan kepada artis kesayangannya itu.

“Tanya jelah apa apa Dyana,saya akan anggap ni macam fans meeting.Open question..”
Zac yang sememangnya expert dalam permainan ini mula berbicara.
“Baiklah..saya nak tahu..seriously awak dah ada special girlfriend atau belum?”
Bella tercengang,tiada soalan lainkah yang hendak di tanya???.Soalan bodoh juga yang keluar dari mulut gadis yang menjadi pesaing sengitnya itu.Amboi..kalau sakit hati,Dyana tanya soalan apa pun tetap Bella akan cakap soalan bodoh!!.
“Bagi saya..tiada gadis yang lebih special dari Bella setakat ni.Bella ialah satu satunya gadis yang mampu menerobos persahabatan 3 LIGHTS jadi setakat ni,tiada gadis yang lebih special di mata saya selain dia.”
“Hmph..betul tu Zac,aku pun rasa macam tu.”
Max tanpa di pinta mengiyakan kata kata Zac.
“Giliran saya untuk pusing plak.”

Dyana terdiam tidak menyangka yang Zac akan menjawab begitu.Azusa sudah tidak sedap hati.Apa lagi soalan yang akan menghakis kesabarannya malam itu.Mikrofon menghala ke arah Daniel.
“Daniel..kalau awak boleh jawab jujur..boleh saya tahu kenapa awak agak tidak suka dengan kumpulan kami, 3 LIGHTS,sejak kita di Julliard lagi??”
“Aku tak suka sebab adek aku boleh rapat dengan kau orang dalam masa yang singkat saja.Padahal adek aku bukan mudah nak berkawan dengan mana mana lelaki sebelum ni..Dah beratus kali aku tanya dengan adek aku sebabnya,dia tak jawab juga.Moga moga mikrofon ni menghala ke dia.So..bolehlah aku tanya sebabnya.”

Cepat saja Daniel menjawab pertanyaan Zac.3 LIGHTS sudah tercenggang dan Bella hanya menggeleng geleng kepala.Singkat betul pemikiran abangnya...Memanglah Bella sukar untuk berkawan baik dengan mana mana lelaki..Namun 3 LIGHTS lain dari yang lain..
Azusa pula merenung tajam mikrofon yang sedang berpusing di atas meja.Seperti belati yang bakal menusuk mangsanya.Dan..mikrofon berhenti ke arah...

“Ryu,,aku nak tahu apa perasaan sebenar kau pada adek aku Zyya Bella..kau anggap dia sebagai kawan biasa atau lebih dari itu??”
Serius betul Daniel bertanya.Bella sudah menelan liur dan Azusa ternanti nantikan jawapan yang bakal keluar dari mulut Ryu.

“Saya sayang dia lebih dari saya sayang semua orang.”
Pendek saja jawapan Ryu namun cukup menyakitkan hati Azusa yang mendengarnya.Bella pula kelihatan sama saja,seperti tidak terkejut dengan penyataan Ryu.Mikrofon sekali lagi berputar ligat dan berhenti tepat ke arah Bella.
“Sayang..saya nak tahu..sebesar mana rasa cinta awak pada tunang awak??”
Satu meja terpaku,tidak menyangka yang Ryu menanyakan soalan cepumas.Jantung Azusa seperti hendak pecah saat itu menunggu jawapan tunang tercintanya.
“Entahlah.Saya tak dapat nak jawab soalan bodoh tu.Awak denda saya jelah Ryu..”
Jawapan Bella betul betul umpama belantan yang menikam sanubari Azusa.Soalan bodoh??.Tiada sekelumitkah rasa cinta Bella yang berbaki untuknya??.Bencikah Bella kepadanya??.
“Kalau macam tu,saya denda awak..bagi saya satu ‘kiss’ jelah.”

Ryu menyuakan pipinya dan Bella tanpa tergak agak bersedia untuk mencium pipi lelaki itu.
“Cukup Zyya Bella!!!.Hentikan permainan bodoh ni!!.”

Suara Azusa bergema dalam villa itu.Dia bangun dari duduknya.Tidak menyangka yang Bella begitu murah untuk memberikan ciuman kepada seorang lelaki yang bukan muhrimnya...Adakah Bella berkelakuan begini di belakangnya....
“Selama ni saya tak pernah pun cintakan orang lain macam saya cintakan awak.Tapi awak,hanya permainkan perasaan saya!!.Buat saya seperti sampah yang tak berguna.!”
Tengkingan Azusa membuatkan seisi villa terdiam.Wajah Azusa merah padam menahan marah dan air mata kelihatan bertakung di tubir matanya.Sungguh dia cintakan Bella.Namun,mengapa gadis itu sanggup curang di depan matanya.Azusa berlalu keluar.Dyana mengejar dari belakang.

“Abang tak sangka yang adek sanggup buat macam ni kat Azusa.Abang ingat adek betul betul cintakan dia...”

Daniel sempat berkata sebelum meninggalkan villa itu dengan yang lainnya.Bella dan 3 LIGHTS masih tidak berganjak dari meja makan.
“Bell..awak pasti ker apa yang kita buat ni betul..saya rasa keadaan jadi semakin teruk..”
Max bersuara memecahkan kebisuan yang melanda.Padahal,parti pada malam itu memang sudah dirancang awal oleh Bella dan 3 LIGHTS.Game ‘Berani atau Takut’ itu juga salah satu dari sandiwara mereka.Bella hanya ingin membalas balik perbuatan Azusa yang ingin membuat dia cemburu.Namun lain pula yang berlaku hari itu.
“Saya dah sakitkan hati dia..saya Cuma nak tahu betul ker dia cintakan saya...”

Bella menitiskan air mata..Tidak menyangka yang dia telah menyebabkan Azusa patah hati..
“Jangan nangis lagi.Cuba settle dengan cara baik.Saya tahu yang Azusa sayangkan awak lebih dari saya sayangkan awak Bella.”

Kata kata Ryu hanya berlalu seperti di tiup angin.Tidak menyangka yang permainan “Berani atau takut” telah mengoyahkan hubungan Bella dan Azusa.

Sudah dua minggu Bella cuba menjejaki dan menghubungi Azusa namun bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan.Sehinggalah,satu pagi dia mendapat panggilan dari Dyana yang menceritakan hal sebenar bahawa Azusa telah mengupahnya untuk membuat Bella cemburu dan Dyana yang sudah tidak sanggup menanggung dosa kerana berbohong juga memberitahu yang Azusa berada di satu tapak pembinaan Meriga Corp.Bella yang sudah mengagak semua itu,pantas saja bergegas ke sana.

“Azusa tolonglah beri saya peluang untuk jelaskan semua ni,Is just misunderstanding..”
Bella memujuk Azusa yang kelihatan langsung tidak ceria.Mujurlah Azusa memang berada di tapak pembinaan petang itu senanglah Bella hendak menyelesaikan salah faham yang terjadi.

“Saya tak buta Bella,saya dapat bezakan sama ada hubungan awak dengan Ryu tu hanya salah faham atau tak..”
Azusa sudah tawar hati.Panggilan ‘sayang’ sudah tidak di gunakan.Dia betul betul kecewa dengan Bella.Dia sangat rindukan gadis itu.Sudah 2 minggu tidak bertemu,dia hampir menjadi gila dan hilang semangat.Namun,buat apa Bella memujuk rayunya jika hati gadis itu sudah berpaling pada orang lain..

“Saya nak tahu kenapa payah sangat awak nak percayakan saya.??.Saya cintakan awak Azusa..”

Sebak sungguh hati Bella saat itu apabila Azusa seolah olah langsung tidak ingin menatap wajahnya.Lelaki itu buat tidak endah.Sekeping pelan pembinaan bangunan dilihat Azusa dengan penuh tumpuan bagi mengelakkan diri dari memandang Bella.

“Dahlah Bella..buat masa ni kita tak payah berjumpalah..awak pergi balik.”

Sekali lagi kedatangan Bella tidak di hiraukan Azusa.Azusa mula menapak menjauhi Bella namun tiba tiba kedengaran satu jeritan kuat dari arah atas bangunan dan belakangnya..
“Azusa,jaga jaga!!!”
Bella sempat menolak tubuh Azusa sebelum sebiji batu bata yang jatuh dari bahagian atas bangunan tepat menghentam sebahagian kepala dan tangan gadis itu.Azusa tergamam.Seperti rakaman video peristiwa kemalangan yang berlaku keatas Bella di depan matanya berputar kembali..

Azusa yang jatuh di tolak Bella bangun dan mendapatkan gadis yang telah rebah ke bumi itu.Dia mendapatkan Bella dan memangku gadis itu dengan tangisan hiba.
“Tolong!!Tolong panggilkan ambulans!!.Tunang saya cedera!!!.”

Azusa sudah menjerit seperti orang hilang akal saat itu.Darah pekat kelihatan mengalir keluar dari dahi Bella.Mata gadis itu masih menatap wajah Azusa dengan pandangan sayu..Dia berasa sangat berdosa pada lelaki itu..

“Maafkan saya Azusa...sebenarnya selama ni saya cintakan awak lebih dari saya cintakan nyawa saya sendiri..kalau saya mati untuk awak...saya takkan pernah menyesal..”

Bella sempat berbisik perlahan ke telinga Azusa sebelum dia memejamkan matanya.
“Sayang!!!”

...........................................................................
HOSPITAL

“Mengapalah kejadian macam ni berulang lagi..Ini semua salah saya..saya yang sepatutnya kena hempas batu tu.Tapi kenapa dia halang saya!!!.”

Azusa menghentakkan kepalanya ke dinding sebelum disabarkan oleh Daniel.Enam tahun lepas,Bella telah kemalangan dan koma berbulan bulan kerana menyelamatkan Azusa yang hampir dilanggar kereta dan sekarang peristiwa yang sama berulang lagi.

“Sabarlah Azusa..ini semua dugaan Allah kepada kamu.Menguji tahap kepercayaan kamu kepada Bella.Ini semua hanya salah faham..Ryu tu ialah abang susuan Bella sejak kecil lagi.Daniel belajar dekat luar negara sebab tu dia tak tahu akan hal ini dan pakcik ingat Bella sudah beritahu kamu.Tapi nampaknya dia memang suka berahsia dan bermain main dengan perkara yang serius..”

Tan Sri Iskandar yang baru pulang dari USA bergegas ke hospital setelah mendapat khabar buruk mengenai puterinya.Setelah Daniel menceritakan apa yang terjadi ,Tan Sri Iskandar terperanjat besar.Kerana sikit salah faham,tragedy buruk menimpa Bella.
Ryu ialah anak angkat TanSri Iskandar.Ibu Ryu telah menyusukan Bella sejak ibu Bella meninggal dunia.Bella dengan Ryu memang bersahabat baik sejak kecil.Setelah Ryu berpindah ke USA,mereka hanya berhubung melalui email.Dan..setelah tamat SPM,Bella menuntut di Julliard dan mereka bertemu kembali.

“Memang saya yang salah uncle..sepatutnya saya tak boleh ragu dengan cinta dia..hati saya berbelah bagi dan sebab itulah Bella cedera...”

Azusa terduduk di atas lantai.Tiada rasa yang lebih sakit dari rasa menunggu orang kesayangan berada dalam detik maut.Ryu,Max dan Zac duduk di atas kerusi menunggu dengan wajah yang penuh kekesalan.Jika mereka tidak muncul di Malaysia..pasti incident itu tidak terjadi..Masing masing menyalahkan diri.

Setelah dua jam berada dalam bilik pembedahan,Bella di masukkan ke unit rawatan khas.Mengikut kata doctor,Bella dalam keadaan baik,Cuma tulang tangan kanannya cedera teruk dan ia mengambil masa yang lama untuk pulih.

Setelah 3 hari berlalu barulah mereka dibenarkan melawat Bella.
“Sayang..makan banyak sikit..barulah awak cepat sihat..”

Azusa menyuapkan bubur sayuran ke dalam mulut tunang kesayangannya itu.Kepala dan tangan kanan Bella berbalut dengan kain putih.Bella senang hati melihat Azusa yang sentiasa ada disisinya sewaktu dia sakit.
“Susah betullah makan bersuap ni...”

Bella merungut kecil sambil menggosok gosok lembut tangan kanannya yang berbalut dengan tangan kiri.

“Em..ikut kata doctor..untuk beberapa bulan ni awak tak boleh main gitar,Ia akan menjejaskan tahap pemulihan tangan awak..”
Ryu meletakkan bunga ros putih yang dibelinya semasa datang tadi ke dalam sebuah pasu kaca.Ryu tidak menyalahkan Azusa jika pemuda itu cemburu akan hubungannya dengan Bella.Ryu sudah menganggap Bella seperti darah dagingnya sendiri..
“Maafkan saya sayang..dah buat tangan awak cedera..”
Perasaan bersalah tiba tiba menyerang Azusa.Ryu yang menyedari isyarat mata dari Bella segera beredar dari bilik itu.Memberi sedikit ruang untuk pasangan itu berbincang.
“Takpe..im worth it..saya dah banyak sakitkan hati awak..memang patutlah saya cedera macam ni kan..nasib baik tak mati..”

Bella memegang tangan Azusa dengan tangan kirinya.Sungguh dia cintakan lelaki itu..
“Sayang,jangan cakap macam tu..saya rasa tak boleh hidup kalau awak tiada kat sisi saya..”
Azusa meletakkan mangkuk bubur di atas meja dan mencium tangan kiri Bella yang mengenggam tangannya.Mujurlah gadis itu tidak mengalami kecederaan kritikal.Kata doctor,batu itu hanya menghentam sedikit bahagian kepala Bella,hanya tangannya yang agak teruk cedera.

“Yalah tu..saya takde..terus panggil Dyana.Dia kan seksi...panggil ‘sayang’ lagi..”
Bella menggiat.Wajah Azusa berubah,tidak suka Bella bercakap hal tersebut.Hal yang telah mengoyahkan hubungan cinta mereka.
“Sayang,Dyana tu saya Cuma upah jer untuk buat awak cemburu..ingatkan awak hati batu.Rupanya pandai juga cemburu..”
Azusa membelai lembut pipi gebu tunangnya itu.Kelihatan senyuman manis terukir di wajah yang agak pucat itu.
“Cemburu saya pun sikit jer kalau nak dibandingkan dengan orang tu.Sampai dua minggu saya cari tak jumpa..”

“Yes,abang admit yang abang sangat cemburu dengan sayang juga Ryu.Tak sangka plak yang Ryu tu abang susuan sayang..kalau sayang cakap dari awal..pasti semua ni tak berlaku.Tapi..mulai hari ni sayang kena janji..tak boleh layan Ryu lebih mesra dari layanan yang sayang berikan kat abang.”

“Saya sengaja jer nak rahsiakan hal ini.Tapi tak sangka plak yang reaksi awak sangat teruk ni..Yelah cik abang sayang..Lepas ni kalau lelaki lain cakap dengan caya,saya belasah je yer??”
Bella ketawa manja apabila Azusa mencebik bibir.Bella kalau soal merepek..memanglah juara.
“Sayang..bila awak dah sihat nanti,kita terus nikah yer??”
Azusa sudah tidak sanggup lagi menangguhkan hari pernikahan mereka.Semakin ditangguh semakin banyak dugaan yang datang menguji.
“Ok,tapi dengan satu syaratlah?”
“Syarat apa lagi ni..bila sayang nak kahwin dengan abang ni?”

Azusa agak geram.Susah betul ingin mengahwini gadis ini.
“Kalau abang dapat lamar sayang lebih hebat dari cara Nazriel lamar Amanda,barulah kita akan nikah,amacam??”
Azusa hanya mampu menggeleng geleng kepala.Dengan cara apakah dia ingin melamar Bella kelak..

“Susahnya nak beristerikan artis yer..Yelah,kelak abang akan lamar sayang walau bagaimanapun caranya...abang akan pastikan sayang jadi milik abang selamanya..”
“Ok,sayang tunggu abang propose sayang.”

Mereka berdua tersenyum lebar.Kebahagiaan sentiasa menanti di depan sana,Cuma pandangan manusia yang kabur untuk menentukan arahnya...

p/s:ini ialah cerpen sekual keempat sambungan dri sekuel cerpen AKU PRINCESS TAK BERMORAL,AMANDA LOVE STORY dan MENCARI CINTA SI PUTERA.sesiapa yang nak baca cerpen aku yang sebelum ni,bolehlah klik nama ‘anabella’ kat bawah tu.Cerpen ni aku tulis dengan cepat.Jadi maaflah kalau kurang best.But aku harap..sesiapa yang membaca sudilah meninggalkan komen yer..ok thanks for reading!.






3 comments:

kidz said...

lagi??xsbar nk taw propose azusa

kidz said...

ia berkait rapat ngn cinta si gadis pizza x?? xsabar nak taw selanjutnya...:)

lisanna said...

Wah best