TEASER PELAKON CINTA DAN MR.G
Written at Friday, February 17, 2012 [ 13 ] comments
SINOPSIS NOVEL:PELAKON CINTA DAN MR G!!!
Mr.G singkatan untuk apa??.Bukanlah Mr.Gemuk atau Mr.Gila,tapi sudah tentulah Mr.G yang aku maksudkan ialah Mr.Gay!!!.Dengan ganjaran RM 2 juta yang menanti,aku sanggup memenuhi permintaan sahabatku untuk memastikan bakal adik iparnya yang di jangkakan  seorang Mr.G berubah menjadi lelaki normal.
Pertama kali aku bersua muka dengan Mr.G,lidah aku kelu untuk berbicara.Bukanlah sebab Mr.G sudah berperwatakan seperti seorang perempuan tapi sebab aku terpersona dengan ketampanannya..Dia memang langsung tak nampak macam seorang Mr.G!!!.Tapi..bila aku mula mengenali Mr.G barulah aku tahu yang dia ni sangat memualkan dan suka menyakitkan hati aku!!!.
You ingat,you cantik sangatlah sampai i teringin nak jadikan you girlfriend i???”
Amboi..lancang sekali mulut Mr.G berkata kata.Aku girl paling hot dalam kampus,sanggup terhegeh hegeh menawarkan diri untuk menjadi girlfriend dia,tapi dia tolak aku mentah mentah.Nak kena Mr.G ni.!!!
I memang sangat cantik.Tapi..i tahu,dalam mata you,mesti i tak secantik Aaron Aziz atau secomel penyanyi penyanyi lelaki Korea kan...Takkanlah i perlu tukar jantina i semata mata untuk jadi girlfriend you...?”
Aku bersuara penuh menggoda dengan membuat memek muka yang minta kena penampar sambil memandang Mr.G yang wajahnya merah padam menahan marah saat itu.
You ni memang gila Tengku Marylin Myacella,i tak kuasa nak melayan perangai gila you!”
Dia membentak aku sebelum berlalu pergi.Setiap kali nak marah,pasti nama penuhku di sebutnya.Pelik..pelik.
I cuma GILA kan you saja Syed Zakuan Zafran.!!!Malam ni you jumpa i dalam mimpi you yer!!!”
Aku menjerit kuat sebelum ketawa terbahak bahak.Aku pasti setiap patah kata kataku di dengari lelaki itu.Bukan aku sengaja ingin mengusiknya,tapi..entahlah,sejak aku menerima cabaran itu,aku mula ingin mengenali diri Zafran dengan lebih dalam.Seratus kali dia menolakku,seribu kali aku mengejarnya.
Tapi...mampukah aku mengubah Mr.G menjadi lelaki normal???.