CERPEN :CILI GIRLS!!!
Written at Monday, April 23, 2012 [ 13 ] comments
CERPEN :CILI GIRLS!!!


CERPEN: CILI GIRLS!!!
“Lari girls,lari!!!Split,split!!!”
Koridor tingkat empat blok E hingar-bingar dengan bunyi jerit-pekik Stella juga kumpulan Cilinya.Mereka yang tadinya sedap melepak di bahagian belakang sekolah walaupun waktu rehat sudah tamat dikejutkan dengan bayang Ustaz Amir,guru disiplin sekolah.Segera saja mereka semua mengambil langkah seribu dan lintang pukang melarikan diri.
Kebetulan pula saat Aina,salah seorang dari enam ahli kumpulan Cili Girls secara tidak sengaja bertembung dengan Ustaz Amir.Bagaimana mereka semua tidak gila-gila melarikan diri jika guru disiplin sudah mengejar mereka dengan rotan di tangan seperti seekor seladang yang sedang kemarahan.
“Sri,Anom,masuk library,ustaz Amir tak nampak korang berdua.Nanti korang pandai-pandailah auta cakap baru keluar dari library.”
Stella mengurut-urut dadanya yang sedang tercungap-cungap sebelum menolak tubuh kembar Sri Amira juga Siti Solehanom agar masuk ke dalam perpustakaan agar tidak dicekup.Aina dan Saddyana sudah bersembunyi di tandas manakala Marziana sudah memecut laju ke dalam kelas.Almaklumlah,Marziana atau nama pendeknya Mar,adalah jaguh marathon sekolah.Pasti Ustaz Amir langsung tidak dapat menangkap bayangnya juga.
“Oh shit!”
Stella menyumpah kecil apabila wajah garang Ustaz Amir kelihatan tidak jauh dari tempat dia berdiri.Cepat juga orang tua ini berlari.Stella mendengus dalam hati.Nak tunggu ke nak lari?.Larilah!!.
“Stella,berhenti!”
Meremang bulu roma Stella apabila Ustaz Amir sudah dapat mengecam wajahnya dan menjerit memanggil namanya dari kejauhan.Stella buat bodoh dan menyambung lariannya tanpa rasa bersalah.
Saat berlari dan ingin membelok ke koridor bahagian kiri,Stella telah terlanggar seseorang.Mata Stella membulat melihat gerangan pemuda yang dilanggarnya.Habis berterabur helaian kertas juga buku yang dibawa lelaki kacak itu.
“Crystalisa Castella,cuba jangan berlari-lari dekat koridor ni.Awak dah langgar saya,awak tahu tak?!”
Membulat mata coklat cair itu memandang Stella.Stella terkebil-kebil seketika.Mengapalah guru kelas barunya ini sangat kacak.Orangnya tinggi lampai,badan sasa,muka clean&clear,mata coklat cair pula.Almaklumlah Ku Jullian Daniel ialah lelaki melayu kacukan Thailand.Muka ala-ala pelakon terkenal Mario Maurer pun ada.!
“Er..maaf cikgu,saya tak sempat nak brek.!”
Stella menjawab selamba.Jullian hanya mampu menggeleng-geleng kepala.Pelik betul dengan pelajar genius kesayangannya yang comel tapi suka sangat buat onar itu.
“Banyaklah awak punya brek.Awak ingat,awak sedang pandu kereta ke apa?”
Jullian sengaja membuat muka tegang gaya ingin marah benar dengan pelajar comel itu.Pertama kali Jullian masuk dalam kelas 5 Sains Tulen,tiga bulan lepas,Jullian sudah terkejut mendengar nama pelajar perempuan itu.Crystalisa Castella,nama langsung tak macam nama melayu.Rupa-rupanya Stella ialah anak kacukan Belanda.Sebab itulah,nama dia pelik semacam.Terlebih orang putih pula.
“Alah...Cikgu Julli janganlah marah.Saya minta maaf sangat-sangat,saya tak sengajalah..”
Stella mula mencucuk jarum.Sekali-sekala dia berpaling ke arah belakang,takut-takut Ustaz Amir akan muncul dan merotan tangannya yang putih melepak itu.
“Huhh..awak ni memang sengaja nak buat saya naik angin kan?.Dah berapa banyak kali saya pesan,panggil saya Cikgu Daniel,bukan Cikgu Julli,awak ingat saya perempuan ke apa?”
Jullian menjegil matanya ke arah Stella yang masih menunjukkan muka tak bersalah.Sudah banyak kali dipesan agar Stella memanggilnya Cikgu Jullian atau Cikgu Daniel,tapi gadis itu tetap juga suka memanggilnya Cikgu Julli.Pelajar lain tidak pula begitu.Stella memang suka buat dia marah.
Alamak cikgu handsome ni,banyak betul mulut nak membebel.Spoil betullah!.Mata Stella sudah membulat apabila terlihat kelibat Ustaz Amir jauh di belakang Jullian.
“Ok Cikgu Lian,maafkan saya banyak-banyak.Saya akan menebus kembali semua kesalahan saya.”
Jullian tergelak dalam hati melihat gadis comel itu berbicara dengan muka pucat lesi.Cikgu Lian?.Nama baru lagi yang diperoleh Jullian dari Stella.Susah benar hendak menyuruh Stella memanggil namanya dengan nama biasa.
Stella tiba-tiba saja mengutip semua buku juga kertas Jullian yang jatuh dengan segera.Gadis itu kelihatan sedang takut akan sesuatu dalam pandangan mata Jullian.Jullian hanya berpeluk tubuh dan melihat telatah pelajarnya itu.
“Ha,kat sini pun awak Stella!!!.Kali ini awak tak dapat lari lagi!”
Jullian terperanjat kecil apabila suara Ustaz Amir tiba-tiba saja menjerkah dari arah belakangnya.Stella sudah terkedu dengan memegang kuat buku-buku Jullian yang dipungutnya sebentar tadi.
“Kenapa pula saya nak lari ustaz..Ustaz ada hal ke nak jumpa saya?”
Stella dah mula dengan dramanya.Jullian hanya menjadi pemerhati.Rasanya dia tahu yang pelajarnya itu sedang cuba untuk menipu guru disiplin.Patutlah beria benar berlari tadi.Rupa-rupanya ingin lari dari dicekup Ustaz Amir.
“Awak jangan nak temberang dengan saya Stella.Saya nampak awak dengan kumpulan Cili awak tu sedang melepak di belakang bangunan tadi.Bila saya datang,semua bertempiaran melarikan diri.Cepat tadah tangan awak Stella,saya nak rotan!”
What the hell...Ustaz Amir ini...Seenak saja ingin menyuruh aku menadah tangan untuk dirotan.Ingat aku gila apa?.Stella bermonolog dalam hati.
“Ustaz tersalah orang tu,saya tak melepak pun kat belakang sekolah.Daripada tadi saya tolong Cikgu Lian angkat buku.Betul kan cikgu?”
Stella mengkebil-kebilkan mata bulatnya meminta simpati Jullian.Jullian pula seperti tergoda melihat sepasang anak mata hitam bulat yang bersinar itu.Aduh..Jullian,kenapalah kau boleh tergoda dengan kelakuan nakal pelajar ini?.
“Em..mungkin ustaz salah pandang.Stella memang daripada tadi ada dengan saya.Dia tolong saya angkat buku latihan untuk dibawa ke kelas 5 Sains.”
I Like you lah cikgu!!!.Stella terjerit keriangan dalam hati sebaik saja Jullian membuka mulut berhadapan dengan Ustaz Amir.Ustaz Amir kelihatan bengang dengan penyataan guru muda itu.
“Awak selamat hari ini Stella sebab Cikgu Jullian back up awak.Lain kali,kalau saya nampak awak dengan ahli kumpulan Cili awak melepak dekat belakang sekolah.Saya akan sebat awak sepuluh kali.”
Ustaz Amir merengus geram sebelum berlalu pergi.Stella memuncungkun bibirnya tanda tidak takut dengan ugutan Ustaz Amir.
“Awak buat apa melepak dekat belakang sekolah Stella?”
Jullian mengambil buku latihan yang berada di tangan Stella.Tidak mahu membebankan gadis itu.Nakal dan degil sangat.Bagaimanalah Ustaz Amir tidak geram dengan perangai Stella juga geng cilinya.Jullian pun kadang-kadang boleh naik darah.

“Eh,mana ada saya melepak belakang sekolah.Saya kan memang daripada tadi dengan cikgu.”
Stella memutar belitkan fakta.Suka tengok wajah Jullian cemberut dan geram melihatnya.Jullian menyepetkan matanya dan memandang sakit hati gadis comel itu.
“Kalau awak berani nak menipu saya,saya akan cakap dengan Ustaz Amir yang awak memang sudah melepak dekat belakang sekolah.”
Alah..poyo lebih cikgu handsome ni.Stella berkata dalam hati.
“Alah..cakaplah.Cikgu Julli yang tipu Ustaz Amir,bukannya saya...siapa suruh cikgu back up saya?”
Grr...Jullian menggigit bibirnya tanda geram.Menyesal pula kerana menolong Stella lepas dari denda Ustaz Amir tadinya.
“Ok fine.Saya menyesal back up awak.Lain kali jangan haraplah saya nak tolong awak atau mana-mana pelajar pun dari kena denda dengan Ustaz Amir.”
Alahai..merajuk pula ke Cikgu Jullian ini.Stella menggaru-garu kepalanya yang tak gatal bila melihat wajah bengang Jullian.
“Alah..jangan merajuk Cikgu Lian,saya minta maaf ya.Saya mengaku yang saya melepak di belakang sekolah tadi.Saya minta maaf.Terima kasih sebab tolong back up saya tadi.Cikgu janganlah berhenti back up saya dan budak-budak lain daripada menjadi mangsa denda Ustaz Amir.Sakit tangan saya jika kena sebat dengan rotan buluh Ustaz Amir.Cikgu tak kesian pada saya ke??.Ermm...?”
Jullian tergelak dalam hati.Pandai betul Stella berkata-kata.Jelas sangat ingin berdrama.Jullian yang mendengar cepat pula cair hati.Dia hanya menjeling Stella dari ekor matanya.Gadis itu jelas terkebil-kebil dengan wajah bimbang menanti responnya.
“Ok,saya akan maafkan kesalahan awak.Tapi..saya nak awak janji yang awak takkan panggil saya Cikgu Julli lagi.Boleh?”
Sporting betul Cikgu Jullian nih!Buat Stella bertambah sayang saja.
“Boleh.Saya nak panggil Cikgu dengan nama Cikgu Daniella boleh?”
Jullian melopong.Sabar jelah bila bercakap dengan anak belanda ini.Boleh naik angin satu badan.Ada saja perkara yang ingin dibuat main-main.
“Stella..”
“Ok,ok.Saya janji,mulai hari ni saya akan panggil cikgu dengan nama Cikgu Lian.Kalau saya terpanggil cikgu dengan nama cikgu perempuan,cikgu boleh denda saya.”
Stella segera membuka mulut bila dia dapat menangkap wajah Jullian yang seperti ingin naik angin saat itu.Jullian hanya mampu mengeluh kecil dan menggeleng-geleng kepala.Dia memang langsung tidak boleh benar-benar marah akan gadis itu.
“Ok,saya ingat janji awak.Kalau awak panggil saya dengan nama cikgu perempuan.Saya akan denda awak.”
Jullian sempat mengulang kembali janji Stella dengan nada tegas.Agak tidak suka bila Stella sengaja memanggil namanya dengan nama guru perempuan.Dia lelaki kacak dan segak.Langsung tiada unsur keperempuanan  dalam dirinya.Cewah!.
Stella hanya mengangguk-angguk kecil sebelum menonong membawa helaian kertas kepunyaan Jullian menghala ke bilik guru.
“Ha,awak nak pergi mana pulak tu?”
Jullian menegur gadis itu sebelum Stella melangkah lebih jauh.
“Nak hantar kertas-kertas ni dekat meja cikgulah.”
Stella jawab selamba,Jullian geleng-geleng kepala lagi.
“Stella,sekarang kan masa saya mengajar kelas awak.Saya nak bawa semua kertas tu ke dalam kelas awak.Awak lupa ke sekarang ni waktu Sejarah?”
Stella tersengih-sengih.Spoil betul!.Akibat takut dengan Ustaz Amir,jadual belajar pun Stella boleh lupa.Tak pasal-pasal kena sound dengan Cikgu Jullian.
“Ha,ha,ha.Saya ingat.Saya saja nak test cikgu sama ada cikgu ingat untuk mengajar kelas kami atau tidak.”
Jawapan Stella hanya mampu membuatkan Jullian tersenyum kecil.Suka betul nak temberang.Ada-ada saja kerenah nakal pelajarnya yang seorang itu.
“Nak test konon..Entah-entah awak memang dah plan dengan geng Cili Girls awak untuk ponteng kelas saya.Awak memang nak ponteng kelas saya ke Stella?”
Banyak bebel pula Cikgu Jullian ni..Entah bila nak mengajar kelas 5 Sains jika dia asyik berbual dengan aku.Stella membebel dalam hati.
“Eh..mana ada,Sejarah kan matapelajaran kegemaran saya.Cikgu pula cikgu kesayangan saya.Takkanlah saya dan Cili Girls sampai hati nak ponteng kelas cikgu.Kami tak pernah terniat sebegitu.”
Bila Stella bermulut manis,Jullian rasa hatinya berdebar-debar pula.Betul ke dirinya ialah guru kesayangan Stella?Atau..gadis itu hanya pandai auta saja?.
“Jangan tipu saya Stella,saya dapat baca hati awak.”
Jullian masih cuba bersoal jawab dengan pelajar itu.
“Cikgu,ahli nujum ke apa?Sampai boleh baca hati saya bagai?.Hanya Allah saja yang tahu isi hati setiap manusia..Sebelum ada pelajar cakap cikgu makan gaji buta,lebih baik cikgu masuk kelas saya dengan segera.”
Stella menjelirkan lidahnya sedikit tanda meluat dengan bebelan Jullian sebelum berlalu menuju ke kelas 5 Sains.Jullian yang mengikut dari belakang hanya mampu tersenyum sendirian.Mulut yang comel dan berbisa!.Tapi..Jullian suka!.
...................................................
BILIK GURU
“Saya tak suka betullah dengan Stella juga geng cilinya.Suka sangat buat onar dalam sekolah kita ni.”
Penyataan bersahaja Cikgu Aza membuatkan Jullian yang sedang khusyuk menanda buku terhenti dari meneruskan tugasnya.Cikgu Fahmi yang duduk di sebelah meja Jullian turut meningas perbualan beberapa orang guru perempuan yang duduk tidak jauh dari meja mereka berdua.
“I pun tak suka Aza,Stella tu bukan main menggedik lagi dengan cikgu-cikgu lelaki.Terutamanya dengan Cikgu Jullian.”
Jullian mendongkol geram mendengar kata-kata Cikgu Suzila.Seenak-enaknya dua guru itu mengata pelajar kesayangannya.Jullian ingin membuka mulut namun Fahmi menggeleng-geleng kepala tanda tunggu dahulu.
“Alah..korang tak payahlah nak cakap dia menggedik ke apa.Itu hak dia.Apa yang aku puji tentang Stella dengan Geng Cilinya,dia orang berenam adalah enam pelajar terpintar dalam sekolah kita.Dia orang nak gedik ke apa,itu dia orang punya pasallah.”
Jullian tersenyum puas apabila Cikgu Sharifah selaku ibu angkat merangkap guru biologi kelas 5 Sains membela Stella and the gang.
“Betul cakap Sharifah tu,Mar dengan Aina adalah ayam tambatan sekolah.Kembar Sri dengan Anom juga Sad adalah pelajar teraktif dalam semua aktiviti kokurikulum.Stella..apatah lagi,semua aktiviti sekolah pun dia join.Genius lagi.Aku langsung tak kisah jika dia nak gedik atau apa-apalah.Asalkan prestasi akademik dan kokurikulum dia bagus.”
Kembang pula hati Jullian bila para pelajarnya dipuji oleh Cikgu Rahimah.Entah kenapa Jullian rasa begitu dia sendiri tak pasti.
“Alah..yang you berdua nak bela Stella dengan geng-geng dia tu pula kenapa?.You suka ke tengok pelajar you menggoda guru lelaki sekolah ini dan tunjukkan teladan yang tak baik pada pelajar-pelajar lain?”
Cikgu Suzila kelihatan bengang apabila Cikgu Sharifah dan Cikgu Rahimah menyokong Stella dan kumpulannya pula.
“Tak payah nak mengata pelajar lain Cikgu Suzila,saya tak salahkan Stella jika dia cuba menggoda Cikgu Jullian sebab saya dah lama nampak yang ramai cikgu perempuan kat sekolah kita ini lagi terlebih menggatalnya untuk menggoda Cikgu Jullian.Jadi,apa bezanya guru dan pelajar dalam hal ini?.”
Semua terkedu apabila Ustaz Karimi membuka mulut.Cikgu Suzila dan Cikgu Aza sudah termalu sendiri.Memang ramai pelajar juga guru-guru lain nampak yang kedua guru muda itu cuba mengurat Cikgu Jullian.Namun,mereka tidak pula ingin menghebah-hebahkan hal normal itu.
“I,I like you like a love song baby..I,I like you like a love song..”
Nyanyian Saddyana yang selamba memasuki bilik guru terus terhenti apabila semua mata guru memandangnya pelik.Jullian sudah menggeleng-geleng kepala.Ini satu lagi takde adab bila nak memasuki bilik guru.
“Apsal kau tak terus lagi nyanyi Sad,sedap sangat dah suara kau tu.”
Sri Amira yang tiba dari belakang dengan kembarnya segera saja memaut bahu Saddyana yang sudah terkelu.Suka-suki mereka saja berbuat bising dalam bilik guru.Semua guru sudah memandang mereka apabila Stella,Aina dan Mar tiba-tiba saja muncul dari pintu bilik guru.
Jullian terkejut kecil melihat baju yang dipakai mereka berenam.Baju t-shirt berkolar berwarna hijau apple dengan lambang cili besar dihadapannya.Di bahagian belakang pula kelihatan serangkap puisi English dan tertera juga nama setiap ahli kumpulan Cili Girls.Jullian geleng-geleng kepala.Enam sekawan ini memang suka buat kerja gila.
“Cantik baju awak Stella,tempah kat mana?”
Cikgu Sharifah bertanya dengan senyuman lebar melihat enam orang pelajarnya itu berpakaian serupa.
“Tempah kat Kota Tinggi umi.Cantik kan?.Baju ni kita orang design sama-sama.Poem English ni..Sri yang buat.”
Stella menjawab selamba menjawab soalan Cikgu Sharifah yang sudah dipanggilnya umi walaupun umur guru itu belum mencecah 30 tahun.
“Cantik sangat.”
Cikgu Sharifah puji lagi dan kali ini Cili Girls sudah tersenyum bangga.
“Sesuka hati awak saja buat baju persatuan sendiri dalam sekolah ini.Awak ingat sekolah ini,ayah awak yang bina ke?”
Semua guru terdiam dengan pertanyaan kurang ajar Cikgu Aza.Cili Girls buat muka seposen saja.Tahu benar yang Cikgu Aza dan Cikgu Suzila anti dengan kumpulan mereka.
“Kalau sekolah ini,bapa kami yang punya,dah lama saya pecat semua cikgu yang tiada budi bahasa semasa bertutur dengan pelajarnya dari terus berkerja di sekolah ini.”
Jullian dan beberapa orang guru lain menahan gelak dengan jawapan sinis Aina.Dah nama pun cili girls..mulut memang macam cili!.Sangat panas,pedas dan berbisa!.
“Awak jangan nak kurang ajar dengan saya Aina.Sedar diri sikit yang awak tu pelajar saja.!”
Cikgu Aza membentak berang dengan wajah merah menyala menahan marah ke arah Aina.
“E..eh,yang cikgu nak terasa mengapa pula?Cikgu memang tiada budi bahasa sewaktu berbicara dengan pelajar ke?”
Ambik kau..kena lagi sedas sindiran berbaur hinaan dari Marziana.Cikgu Aza kelihatan ingin meneruskan pertikaman lidah itu.Namun,Siti Solehanom mengangkat tangan dan menyebabkan mereka semua terdiam pula.
“Kalau cikgu semua tak puas hati dengan baju seragam yang kami buat ni..cikgu silalah complaint dekat pengetua.Jika dia tidak membenarkan kami memakai pakaian ini,kami akan menyimpannya dalam almari dengan senang hati.”
Jawapan Anom menyebabkan Stella tersenyum lebar.Nampaknya Anom tidak mudah melenting seperti kawan-kawannya yang lain.
Mereka semua membuat t-shirt seragam itu kerana setiap hari rabu,semua pelajar diberikan kebebasan untuk mengenakan t-shirt berpersatuan atau t-shirt kelas.Jadi,dengan adanya peraturan itu,barulah Cili Girls memandai mereka t-shirt persatuan mereka sendiri dan memakai pakaian seragam itu setiap hari rabu.
“Ustaz rasa,pengetua pun ada puji yang t-shirt kamu berenam cantik sangat.”
Ustaz Karimi sempat mengeyit mata nakal pada Sri Amira tanda dia sengaja ingin menambahkan panas hati Cikgu Aza.Cili Girls hanya tersenyum saja.
“Mata pengetua memang terbaik.”
Sri menyambung selamba.
“Kamu berenam sebenarnya ada urusan apa datang bilik guru ni,kamu ingat kawasan bilik guru tempat para pelajar sewenang-wenangnya ingin keluar masuk ke?.Jika ada barang guru yang hilang bagaimana?.”
Walahwei,nak tuduh group aku mencuri ke apa Cikgu Suzila ni?.Stella mendongkol dalam hati.
“Kalau dah hilang carilah yang baru..apa susah.”
Stella menajawab perlahan.Baru saja Cikgu Suzila ingin membuka mulut,Jullian sudah berdiri berhadapan dengan Stella.Tidak mahu enam orang pelajarnya itu sengaja menempah nama buruk dengan guru-guru.
“Kamu semua ada urusan apa datang bilik guru ni?”
Stella terpaku sejenak melihat renungan tajam mata coklat cair itu.Kenapalah mata Jullian cantik sangat?.Jullian pula pelik dan wajahnya sedikit kemerahan apabila Stella merenungnya lama.Ada saja tingkah laku gadis itu yang buat dia dalam dilemma.
“Oh..kami nak buat promotion tentang bazaar yang akan dianjurkan minggu depan sewaktu hari sukan.Dengan hasil jualan bazaar ini,kita akan buat sumbangan ke rumah anak yatim.”
Marziana bersuara apabila Stella kelihatan leka bermain mata dengan guru kelas mereka.Adoi Stella oi..macam dah takde lelaki lain kau nak usha,tahulah Cikgu Daniel tu handsome!.
Kembar Sri Amira dan Siti Solehanom mula mengedarkan flyers tentang aktiviti yang bakal dilakukan mereka pada minggu hadapan.Setiap guru menerima sehelai flyers berwarna biru cair dan bagi guru yang tiada ketika itu,flyers hanya diletakkan atas meja mereka.
“Kami amat berharap semua guru boleh mengunjungi dan membeli barang-barang makanan yang dijual di bazaar kami nanti.Baiklah,itu sahaja.Terima kasih kerana sudi mendengar.”
Aina berucap sepatah dua kata setelah semua flyers habis diedarkan dalam bilik guru itu.Cili Girls sudah keluar dari bilik guru dan para guru kelihatan khusyuk membelek flyers pada tangan masing-masing.
.............................................
Hari Sukan....
Cuaca panas terik hari rabu itu tidak menghalang dari para pelajar berpusu-pusu memenuhi padang sekolah untuk menyaksikan acara sukan tahunan yang diadakan setiap tahun.
Dari kejauhan,Jullian dapat melihat deretan bazaar yang menjual pelbagai jenis makanan disekeliling padang itu.Sudah puas Jullian mengamati setiap khemah makanan yang dibina itu tetapi tiada pula dia melihat kelibat Stella mahupun Cili Girls.Walhal,mengikut kata Stella,semua bazaar hari itu akan diuruskan Cili Girls.Apa yang terlihat di mata Jullian,setiap khemah atau gerai makanan itu dijaga oleh para pelajar junior yang terdiri dari pelajar Tingkatan 3.
“Mar,laju lagi!!!Laju!!!Woo!!!”
Jullian terkejut kecil mendengar jeritan suara yang amat dikenalinya itu.Dia berpaling ke belakang.Jullian tersenyum kecil apabila dapat menangkap kelibat Stella serta Cili Girls yang sedang bersorak riang berhampiran garis track balapan.Segera saja dia menapak mendapatkan kumpulan itu.
“Amboi,bukan main kuat lagi kamu semua menjerit.Tak penat ke?”
Teguran Jullian menyebabkan lima pasang mata Cili Girls menoleh ke arahnya seketika.Stella pula segera berpaling ke arah track larian apabila mendapati tiada gunanya dia menjawab soalan guru kacak itu.
“Mar,sikit lagi!!!Sikit lagi!!Yes!!!”
Stella dan Cili Girls terlonjak-lonjak kegembiraan apabila Marziana kelihatan sampai ke garisan penamat larian di tempat pertama.Jullian turut sama bertepuk tangan.Agak senang hati melihat keakraban enam sahabat itu walaupun mereka semua diasingkan kepada empat buah rumah sukan yang berbeza.
Stella dan Marziana memakai baju t-shirt biru yang bermaksud mereka adalah ahli rumah pasukan Temenggung.Aina dan Siti Solehanom memakai t-shirt kuning mewakili rumah sukan Bendahara manakala Saddyana dan Sri Amira memakai t-shirt merah mewakili rumah sukan Laksamana.
“Kamu semua tak uruskan bazaar makanan yang kamu buka tu ke?”
Jullian bertanya setelah Cili Girls berhenti bersorak-sorak nama Marziana.
“Malaslah,kami anjurkan saja program jualan makanan tu.Biarlah pelajar junior yang tidak terlibat dengan sukan handle urusan jual beli.Kami lebih suka bersorak-sorak untuk rakan sekelas.”
Jawapan Aina hanya membuatkan Jullian menggeleng-geleng kepala.Tak bertanggungjawab betul C         ili Girls ini!.
“Ada-ada sajalah kamu semua ini.Stella,kenapa tak pakai cap?.Awak tak panas ke?”
Jullian memerhatikan Stella yang langsung tidak memandangnya dan kelihatan khusyuk memerhatikan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bersedia untuk memulakan larian baton 4×100.Stella menoleh pandang ke belakang sebelum tersenyum lebar memandang guru kelasnya itu.
“Kalau tak panas dan tak berpeluh,bukanlah namanya menghadiri Hari Sukan cikgu.”
Hmph..nama pun Stella,ada saja jawabnya!.Jullian hanya mampu menggeleng-geleng kecil sebelum mencabut topi cowboy yang dipakainya sedari tadi dan dia meletakkan topi itu di atas kepala Stella.Stella dan Cili Girls terlopong melihat tindakan drastik guru mereka itu.
“Jangan suka berjemur.Nanti kepala pening.Saya tak nak awak sakit dan ponteng sekolah.”
Stella memandang Cili Girls dan mereka hanya menjungkitkan bahu tanda tidak faham dengan ayat Jullian.Disebabkan semua ahli Cili Girls yang lain sudah memakai topi diatas kepala masing-masing,jadi Jullian tidak merasakan yang tindakannya memakai topi cowboy di atas kepala Stella adalah salah.Dia bimbang gadis itu akan jatuh sakit jika terlalu terdedah di bawah panas terik matahari.
‘Prett!’
Bunyi wisel kuat ditiup oleh guru yang menjaga garisan awal larian baton menyebabkan Cili Girls kembali bersorak kuat.Jullian terasa gegendang telinganya hampir pecah mendengar suara lima gadis itu.Mujurlah Marziana sedang berehat di khemah perserta larian,jika tidak mungkin Jullian tidak sanggup mendekati kumpulan yang bersuara nyaring itu.
“Katak,lari laju-laju!!!,”Sri Amira menjerit.
“Sissy,lari pantas-pantas!!!”,Saddyana menyambung.
“Raja,lari lebih laju dari dia orang semua!” Siti Solehanaom pula berteriak.
“Boo..korang semua kalahlah!!!!!” Aina dan Stella melaung lebih kuat pula.
Dari pemandangan Jullian nampaknya kali ini Cili Girls menyokong perserta yang berbeza.Mungkin mengikut rumah sukan masing-masing.Entah siapa jejaka malang yang mendapat gelaran ‘Katak’ dan ‘Sissy’ dari Sri Amira dan Saddyana,Jullian tidak pasti.Nama ‘Raja’ yang disorak Siti Solehanom mungkin nama pelajar lelaki Tingkatan Enam Atas.Aina dan Stella pula tidak menyorak kemenangan sesiapa tetapi mereka berdua mengeboo para peserta lain pula.Saja bikin havoc dan panas hati para peserta yang mendengarnya.
“Wah,lepas ni giliran pelajar lelaki Lower 6 pula memulakan larian.Stella standby suara kau.Kita mesti bersorak untuk pastikan hot guy rumah sukan kita menang!.”
Marziana yang datang entah dari mana,tiba-tiba saja memaut belakang Stella dan mereka tersenyum lebar.Jullian mengecilkan matanya meliahat empat orang hot guy yang dimaksudkan Marziana sedang berdiri di garisan permulaan larian.Siapa lagi empat hot guys itu kalau bukan Ikhram,Fareez Azwan,Hafiz dan Asuan.Bagi Jullian mereka berempat tidaklah se ‘hot’ dirinya.
Hahh sudah!Apa hal pula aku nak membandingkan diri sendiri dengan para pelajar lelaki lain.Jullian bermonolog dalam hati.Sebenarnya agak cemburu dan sakit hati apabila melihat Stella bersorak riang untuk lelaki lain.Jullian hanya mampu menggigit bibir melihat Cili Girls terlonjak-lonjak kegembiraan sambil menjerit nama empat perserta lelaki itu.
“Stella,lepas ni saya dan guru-guru lelaki akan berlari.Awak mesti sorak nama saya ya?.”
Stella melopong mendengar permintaan Jullian sebaik saja pengacara majlis memanggil nama beberapa orang guru lelaki untuk bersedia di garisan permulaan bagi pertandingan larian antara guru.Stella tidak menjawab pertanyaan Jullian dan hanya membiarkan guru muda itu berlalu.Cikgu Jullian syok pada aku ke?.Stella bertanda tanya dalam hati.
“Cikgu Fahmi,lari laju-laju!!!”
Sebaik saja wisel ditiup,Stella menyorak nama Cikgu Fahmi dan ini menyebabkan Jullian hampir saja tersungkur di atas padang.Mujurlah dia tidak terjatuh dan berjaya meneruskan larian hingga ke garisan penamat di tempat pertama.
“Apa hal awak sorak nama  Cikgu Fahmi?.Saya guru kelas awak ok?.Sepatutnya awak menyokong saya lebih daripada semua guru lelaki lain.”
Jullian segera saja mendapatkan Stella sebaik saja dia tamat berlari.Wajahnya kelihatan tegang dan peluh kebengangan terpercik di atas dahi.Jullian berasa sangat geram melihat wajah Stella yang langsung tidak mempamerkan riak bersalah itu.Cili girls yang lain hanya tersengih-sengih memandang mereka berdua.
“Cikgu ni..dah gila agaknya.Takkanlah saya nak sokong cikgu sedangkan Cikgu perserta dari rumah sukan Panglima.Saya sokong Cikgu Fahmi sebab dia guru rumah sukan saya.Cikgu sihat atau tidak?”
Bicara selamba Stella menyebabkan wajah Jullian merona kemerahan menahan malu.Bagaimanalah dia boleh lupa yang Fahmi ialah guru rumah sukan Temenggung.Tak pasal-pasal menempah malu di hadapan Cili Girls.
“Saya tak gila dan sihat waalfiat saja Crystallisa Castella.Dahlah saya malas nak melayan awak.Bak sini topi saya.”
Untuk mengelakkan Cili Girls berterusan menyindir dirinya,Jullian pantas saja mengambil topi cowboy kepunyaannya dari atas kepala Stella dan dia berlalu pergi.
“Gila lah Stella,aku rasa Cikgu Daniel tu memang dah tangkap cintan dengan kau.”
Sri Amira membuka mukadimah bicara yang mebuatkan hati Stella berdebar tak tentu pasal.
“A..ahlah beb,padahal kita orang semua tak sokong nama dia juga,tapi..dia boleh marah kau sorang hanya kerana kau sokong nama Cikgu Fahmi,mesti dia cemburu.”
Marziana menambah.
“Betul tu.Dahlah dia boleh bagi kau pakai topi cowboy dia.Kita orang yang panas-panas ni,dia tak ambil kisah pulak.”
Siti Solehanom menambah perisa hingga menyebabkan Stella ketandusan bicara.Stella menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Dia bagi aku pakai topi cowboy dia sebab aku takde cap.Korang kan dah ada cap,” Stella cuba menyangkal dakwaan semua sahabatnya.
“Bukan tu sajalah Stella,kau tak nampak ke tadi muka bengang dia bila kau sibuk terkinja-kinja bersorak nama pelajar Lower 6 tadi.Jelas sangat dia cemburu tengok kau sokong lelaki lain.”
Erk?.Dakwaan Aina betul-betul buat Stella terkedu.Jika benar Jullian sukakan dirinya,apa dia boleh buat?.Stella rasa..Stella pun suka pada Cikgu Jullian..Hahh,sudah!.
...........................................................
Apartmen Jullian&Fahmi...
“Daniel,kenapa muka kau masam je hari ini?.Rumah sukan kau dapat johan tapi kau buat muka tengik pula.Apa kes?”
Fahmi yang merupakan teman serumah juga rakan sekerja Daniel Jullian bertanya setelah melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan pemuda itu.Jullian berbaring di atas sofa dan merenung siling seperti memikirkan sesuatu.Rumah sukan Panglima telah menjuarai Sukan tahun itu.Malangnya,Jullian langsung tidak berasa gembira.
“Takde apa-apa kes pun,”Jullian jawab ringkas.Walhal dia agak bengang dengan Fahmi kerana berjaya menarik perhatian Stella.
“Em..kau jeles dengan aku sebab Stella sokong aku masa pertandingan larian antara guru tadi ya?”
Berderau darah Jullian apabila mendengar tebakan Fahmi yang benar belaka itu.Entah bagaimanalah rakan baiknya itu boleh meneka perasaannya.
“Er..mana ada.Kenapa aku nak jeles dengan kau pulak?.Aku yang menjuarai pertandingan tu,jadi aku tak perlu nak jeles dengan kau.”
Jullian bersuara angkuh cuba menyembunyikan rahsia hatinya.Fahmi hanya ketawa kecil.Perubahan wajah Jullian sewaktu Stella menyorak namanya di padang tengahhari tadi jelas menunjukkan yang sahabatnya itu cemburu dengan dirinya.Someone got crush with his student!.
“Yalah tu tak jeles.Kalau tak jeles takdelah kau hampir saja terjatuh atas padang tadi bila kau dengar Stella sorak nama aku kan?Kau ni lawaklah Daniel.Kalau kau suka kat Stella tu,mengaku sajalah.Tak payahlah kau buat muka tapai basi macam tu.Meluat aku tengok.”
Fahmi ketawa kecil sambil menyisip milo panasnya memandang wajah Jullian yang sudah merona merah.Malu kerana dicekup mencintai pelajar sendiri.
“Er..kalau aku cakap aku suka kat Stella,kau takkan anggap aku bukan-bukan kan?”
Jullian memberanikan diri mendedahkan perasaan sebenarnya.Fahmi rakan baiknya,sudah tentu Fahmi tidak akan menghebahkan hal itu pada orang lain.
“Bukan-bukan apanyalah..Ramai kut cikgu bercinta dan berkahwin dengan pelajar sendiri.Apa yang peliknya.Walaupun kita ni guru,kita tetap manusia dan seorang lelaki.Jadi,tiada peliknya jika kita boleh jatuh cinta pada seorang gadis walaupun gadis itu pelajar kita sendiri.”
Penjelasan Fahmi membuatkan Jullian menghembus nafas lega.Nampaknya Fahmi memang berfikiran terbuka seperti dirinya juga.
“So..sekarang ni,kau nak mengakulah yang kau sukakan Stella?.Since when you had fall in love with her?”
Fahmi bertanya selamba apabila melihat Jullian mendiamkan diri.
“Em..sejak pertama kali aku menjejakkan kaki dalam kelas 5 Sains dulu,aku dah jatuh hati padanya.Entahlah..aku tak tahu mengapa aku boleh jatuh cinta pada pelajar nakal macam Stella tu..tapi..”
“Dahlah,tak payah tapi-tapi lagi.Cinta itu satu perkara kompleks untuk diterangkan.Kalau kau cakap kau dah jatuh cinta pada Stella,aku langsung tak hairan.Stella cantik,pandai dan dia nakal sangat.Aku rasa perangai nakal dia tulah yang menyebabkan kau semakin suka untuk mendekati dia kan?”
Tekaan Fahmi memang benar sekali.Jullian hanya mampu mengangguk-angguk kecil.Walaupun Stella nakal dan gemar buat onar,dia tetap juga suka akan gadis comel itu.
“I totally admit that I love her.Tapi Fahmi,aku langsung tak tahu pasal background dia,siapa parents dia,dia asal dari mana dan dimana dia tinggal sebelum ini.Crystallisa Stella is so mistery.”
Jullian berbicara perlahan.Dia berani mengaku yang dia cintakan Stella dan dia juga berani mengaku yang Stella amat misteri.
“Aku pun tak tahu sangat Daniel.Apa yang aku tahu,tahun lepas..Stella adalah pelajar baru yang berpindah masuk ke sekolah kita dari Sekolah Maxwell di Kuala Lumpur.Aku ada dengar khabar yang Stella tu anak Tan Sri,tapi..aku tak pasti betul atau tidak.Dia masuk dalam sekolah kita dan mula berkawan baik dengan Marziana,Saddyana,Aina,Sri Amira dan Siti Solehanom sebelum membentuk kumpulan Cili Girls.Mengikut khabar angin yang aku dengar,Stella tu bekas pelajar gangster.Sebab tu dia kena buang sekolah.”
Kening Jullian bertaut mendengar penyataan akhir Fahmi.Stella gangster?.Jullian langsung tidak percaya.Gadis itu tidak pernah pula terlibat dalam aktiviti vandalism selama ini begitu juga dengan Cili Girls.
...........................................
Sebulan berlalu dari tarikh Sukan Tahunan sekolah berlangsung dan hari itu pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas mengadakan aktiviti perkhemahan di Gunung Ledang,Muar Johor.Cili Girls dan Jullian terlibat sama dalam aktiviti itu.
“Kenapa tak pasang lagi khemah ni Stella?”
Jullian bertanya apabila melihat Stella terkial-kial ingin memasang khemah kepunyaannya.Marziana sibuk menolong pasangan kembar Sri Amira dan Siti Solehanom.Manakala Aina dan Saddyana sibuk mengemas barang masing-masing.
“Er..saya tak pandailah cikgu.Saya tak pernah berkhemah di luar sebelum ini..”
Jullian tersenyum dalam hati melihat wajah comel itu kelihatan agak cuak dan tidak yakin seperti selalunya.Jullian selalu menyangka yang Stella adalah pelajar yang terlebih aktif dan tahu melakukan semua perkara.Nampaknya,hari ini Jullian telah mengetahui salah satu kekurangan gadis itu.
“Lain kali,kalau tak pandai mendirikan khemah,mintalah pertolongan dengan orang lain..Jangan diam aje..”
Jullian mengambil alih tugas Stella dan dia mula mendirikan khemah gadis itu.
“Semua orang sibuk.Macammana saya nak minta tolong..”
Stella bersuara perlahan.
“Saya kan ada.Kalau awak ada apa-apa kesusahan,cakap saja dengan saya.Saya akan datang membantu.”
Jantung Stella berhenti berfungsi seketika apabila melihat Jullian tersenyum manis memandangnya.Hari demi hari,Stella dapat merasai yang hubungan Jullian dan dirinya agak rapat berbanding dulu.Stella rasa dia mula menyukai Cikgu Jullian!.
“Cikgu Daniel,boleh tak tolong pasangkan khemah Suzila.Suzila tak pandailah..”
Stella mendongkol geram apabila melihat Cikgu Suzila sengaja menghampiri Jullian walaupun dia nampak Jullian sedang sibuk mendirikan khemah Stella.
“Fahmi,kau tolong dirikan khemah Cikgu Suzila!.Dia kata dia tak pandai!”
Jullian selamba berteriak ke arah Fahmi yang mengangguk bak burung belatuk.Cikgu Suzila jelas mempamerkan wajah bengang apabila Jullian tidak ingin membantunya.Stella pula sudah senyum hingga ke telinga.Sayang Cikgu Jullian sangat-sangat!!!.
.................................
Malam itu semua pelajar duduk mengelilingi unggun api besar dan berborak kosong.Stella duduk disisi Jullian dan Marziana.
“Stella,aku dah lama tak dengar kau menyanyi,apa kata malam ini kau nyanyikan sebuah lagu untuk kami semua.”
Permintaan Saddyana hanya membuatkan Stella terpinga-pinga seketika.Seorang rakan lelaki kelas 5 Sains menghulurkan Stella sebuah gitar.
“Awak pandai main gitar dan menyanyi ke Stella?”
Jullian bertanya apabila Stella kelihatan teragak-agak untuk menyambut gitar yang diberi.Dengan satu keluhan besar Stella mengambil juga gitar kayu berwarna coklat itu dan dia mengeluh panjang.
“Jadi penyanyi adalah cita-cita saya.Tapi...papa saya tak benarkan saya berkecimpung dalam bidang muzik.”
Jullian terkejut kecil mendengar bicara perlahan gadis itu.

‘There’s somethin’ ’bout the way
The street looks when it’s just rained
There’s a glow off the pavement
Walk me to the car
And you know I wanna ask you to dance right there
In the middle of the parking lot
Yeah
Oh yeah
We’re drivin’ down the road
I wonder if you know
I’m tryin’ so hard not to get caught up now
But you’re just so cool
Run your hands through your hair
Absent mindedly makin’ me want you
And I don’t know how it gets better than this
You take my hand and drag me head first
Fearless
And I don’t know why but with you I’d dance in a storm in my best dress
Fearless’
Semua pelajar bertepuk tangan apabila Stella tamat menyanyikan lagu Fearless nyanyian Taylor Swift dengan hanya menggunakan gitar.Jullian memuji kemerduan suara Stella dalam hati.Betul ke yang papa Stella menghalang minat gadis itu daripada menceburkan diri dalam bidang muzik??.
“Cantiknya bintang malam ni...”
Stella menggumam perlahan sambil memandang langit terbentang luas yang ditaburi dengan ribuan bintang juga bulan penuh mengambang.Para pelajar lain sibuk menyanyi di keliling unggun api dan Stella mengambil kesempatan itu untuk menenangkan diri berhampiran khemahnya.
“Awak suka tengok bintang?”
Sapaan Jullian menyebabkan Stella terkejut kecil sebelum dia berpaling ke belakang.Jullian segera saja menanggalkan sweaternya dan menyangkutkan baju itu di bahu Stella yang memakai baju lengan pendek.Stella kelihatan tersenyum segaris dengan sikap gurunya yang agak caring itu.
“Terima kasih.Em..saya memang sangat suka tengok bintang.”
“Kenapa?”
“Saya ibaratkan diri saya seperti bintang.Sangat bersinar tetapi tidak muncul setiap malam.”
Jullian berkerut dahi untuk memahami maksud kiasan Stella.Stella masih leka mendongakkan kepalanya memandang langit.
“Maksud awak?”
“Yalah..bintang tu sangat cantik dan bersinar tapi bukan setiap malam pun bintang akan mucul.Seperti diri saya yang kadang kala bersinar dan kadang kala kelam saja.”
“Eh mana ada.Bagi saya awak sentiasa bersinar setiap hari tak pedulilah malam atau siang.”
Stella terbatuk kecil mendengar bicara selamba guru kelasnya itu.Adoi..bergetar jiwa mendengarnya.
“Kalau saya takde disini lagi dan cikgu rindukan saya,cikgu tengoklah bintang.Kalau cikgu nampak bintang,cikgu pasti akan teringatkan saya.”
Stella berbicara perlahan namun jelas didengari Jullian.
“Awak nak pergi mana?.Kalau saya rindukan awak,buat apa saya nak tengok bintang?,Saya nak tengok awak,diri awak dengan mata saya sendiri.Barulah hilang rindu saya pada awak.”
Jullian memang berani berkata-kata.Mujurlah hanya mereka berdua saja yang berada disitu.Jika ada pelajar atau guru lain yang mendengar,mahu satu sekolah akan dilanda gossip.
“Er..saya tak pergi mana-mana.Cuma cakap saja.Saya sangat berbesar hati kalau cikgu boleh rindukan saya.Ha ha ha.Saya nak tidur dululah.”
Stella yang rasa nafasnya semakin sesak untuk berhadapan lebih lama dengan guru muda itu segera saja masuk ke dalam khemahnya dan berpura-pura tidur.Jullian diluar hanya mampu menggeleng-geleng kepala dan tersenyum sendirian.
......................................
Bilik Guru..
“Cikgu Daniel,cepat ke Blok F sekarang!.Cili Girls tengah bergaduh dengan pelajar Upper 6!!!.”
Berderau darah Jullian apabila mendengar berita yang dikhabarkan oleh salah seorang pelajar junior yang tiba-tiba saja menerpa masuk ke dalam bilik guru.Jullian,Fahmi dan beberapa orang guru lain segera saja berlari merentas bilik guru dan menuju ke blok F tempat letaknya kelas pelajar Tingkatan Enam Atas.
“Kau ni memang celakalah!.Yang kau suka-suki nak raba kawan aku,apa hal?!.Siallah!”
Stella sedang naik gila dalam kelas Tingkatan Enam Atas kelihatan kerasukan melempar sebuah kerusi kayu hampir tepat mengenai wajah Nizam.Para pelajar lain kelihatan terkedu dan tidak berani mendekati gadis itu juga Cili Girls yang sedang meradang.
Nizam yang tadinya sihat waalfiat dan boleh ketawa terbahak-bahak akhirnya berguling-guling di atas lantai kelas mereka dengan wajah lebam-lebam apabila dihentam oleh Cili Girls yang datang tiba-tiba.
Para pelajar lelaki lain tidak membantu kerana mereka semua memang anti dengan Nizam yang berpelakuan buruk dan disyaki terlibat dalam pelbagai aktiviti tak bermoral.Kegilaan Nizam tiba pada batasnya apabila dia cuba meraba Aina,salah seorang dari ahli Cili Girls ketika gadis itu datang ke sekolah pagi tadi.Akibatnya...pemuda itu sudah hampir nyawa-nyawa ikan sekarang.
“Aku rasa kau ni kalau mampus lebih baik daripada terus hidup atas dunia ni.Aku memang dah lama rasa nak pecahkan kepala kau.!”
“Stop it Stella!Stop it!!”
Jullian merentap kasar tangan Stella yang cuba memukul kepala Nizam dengan kerusi kayu yang dibalingnya tadi.Mujurlah Jullian sempat menahan,jika tidak mahu ada kematian yang berlaku hari itu.
Jullian terkejut besar melihat wajah Stella yang merah padam seperti kerasukan syaitan saat itu.Lengan baju gadis itu juga koyak dan darah merah pekat menitis dari lengannya.Jullian terpaku seketika melihat keadaan gadis itu.Keadaan kelas Tingkatan Enam Atas yang berselerakan dengan cermin-cermin kaca yang pecah berderai juga kerusi yang berselerakan menunjukkan yang Cili Girls benar-benar jadi gangster hari itu!.
“Ya..Allah,Stella,bangun Stella!”
Jullian terjerit besar apabila sekujur tubuh itu terkulai layu di depan matanya.Cili Girls dan pelajar lain kelihatan tercengang.
...........................................
Hospital...
“Nizam tolak Stella tepi tingkap,sebab tu lengan dia berdarah.Nizam cuba tumbuk Stella,tapi Stella mengelak dan dia sepak terajang Nizam pula.Bila Nizam nak lawan balik,kami berlima lawan dia habis-habisan sampai dia hampir mati.”
Penerangan Marziana tentang perihal yang berlaku hanya mampu membuatkan Jullian menggeleng-geleng kepala.Mujurlah Nizam tidak cedera parah,jika tidak mahu Cili Girls akan dibuang sekolah dan diberkas polis.Syukur juga keluarga Nizam langsung tidak menyalahkan Stella dan keluarga Nizam sendiri beranggapan yang anak mereka sewajarnya diberi pengajaran sedemikian kerana suka mencari pasal dengan orang lain.
‘Pang!!’
Jullian dan Cili Girls terpempam apabila melihat Stella yang baru keluar dari bilik rawatan jatuh menyungkur apabila ditampar oleh seorang lelaki tua yang dikenali mereka sebagai Tan Sri Malik.Bapa kepada Stella.
“Papa tak pernah ajar kamu jadi gangster Stella.Daripada dulu kamu selalu sangat menyusahkan hidup papa!!.Kamu selalu buat perkara yang papa tak suka!.Anak jenis apa kamu ni!?.”
Bentakan Tan Sri Malik hanya dipandang remeh oleh Stella.Dia yang masih lemah berdiri perlahan sebelum memegang lengan Jullian apabila merasakan dirinya hampir tumbang.Jullian bimbang jika sikap kasar Tan Sri Malik hanya membuatkan Stella bertambah cedera.
“Papa memang tak pernah ajar Stella apa-apa pun.Stella tak pernah minta dilahirkan atas dunia ini dengan berbintikan nama papa.Stella rasa malang,papa tahu tak?”
Jawapan kurang ajar Stella menyebabkan Tan Sri Malik hampir saja menghadiahkan penampar kedua di pipi gebu gadis itu.Mujurlah Jullian sempat menahan dan melindungi gadis kesayangannya.
Jullian rasa menyesal kerana menalifon Tan Sri Malik dan mengadukan hal itu kepadanya.Dia tidak menyangka yang perhubungan Stella dan papanya begitu buruk.
Mengikut cerita Marziana,Stella sudah kematian ibunya sejak kecil.Papanya pula sangat sibuk dengan urusan perniagaan dan jarang endahkan perihal Stella.Setelah Stella berkeputusan untuk berkecimpung dalam bidang muzik dua tahun lepas,Tan Sri Malik naik angin dan terus menghantarnya untuk belajar dalam bahagian Sains tanpa persetujuan Stella.Akibatnya Stella semakin membenci ayah kandungnya sendiri.
“Cukup Tan Sri,jangan sakiti Stella lagi.Dia tak salah dalam hal hari ini.Dia cuma ingin mempertahankan diri dan maruah kawannya.Saya harap Tan Sri faham dan tidak mencederakan Stella dengan cara ini.”
Jullian bersuara tegas dan mendinding Stella dengan tubuhnya.Tidak mahu tangan Tan Sri Malik melayang lagi menyentuh wajah gadis itu.Sudahlah lengan Stella dijahit sepuluh jahitan,tidak perlulah lagi wajah gadis itu pula mendapat lebam dengan kekasaran papanya sendiri.
......................................
Dua minggu berlalu dari peristiwa itu dan berita yang paling mengejutkan ialah Stella terpaksa dibuang sekolah dan belajar di sekolah lain demi mengelakkan Cili Girls mendapat tempias dari incident yang telah berlaku.
Stella mengaku bersalah bersendirian pada pengetua kerana telah mencederakan Nizam dan dia berjanji tidak akan bersekolah di situ lagi asalkan ahli Cili Girls yang lain tidak dikenakan sebarang denda.Pengetua yang sudah dihasut oleh Cikgu Suzila juga Cikgu Aza akhirnya sebulat suara bersetuju memberhentikan Stella dari terus bersekolah di situ.
“Kenapa kau mesti buat keputusan melulu macam ni Stella?.Kami tak nak kehilangan kau..”
Marziana menangis seraya memeluk erat bahu Stella di saat gadis itu menghadirkan diri untuk hari terakhir persekolahannya di sekolah itu.
“Ini semua salah aku,aku tak sepatutnya cakap dekat kau yang Nizam cuba raba aku.Sepatutnya semua incident itu tak terjadi dan kau tak sepatutnya dibuang sekolah..”
Aina pula tersedu sedan sambil memeluk Stella.Stella hanya diam dan menahan sebaknya dalam hati.
“Ish,apa hal pulak kau nak diamkan diri Aina jika ada sesiapa nak raba kau.Aku sebagai seorang kawan rasa sangat bangga jika dapat defend kawan sendiri dari sebarang perkara buruk kau tahu tak?”
Stella menjawab dengan suara yang cuba diceriakan.
“Kau tak sepatutnya tanggung semua kesalahan ni bersendirian Stella.Kami berlima sanggup kena buang sekolah bersama kau.”
Penyataan Sri Amira hanya membuatkan Stella menggeleng-geleng kepala.Stella tidak akan membenarkan rakan-rakannya membuat keputusan bodoh hanya kerana ingin menyelamatkannya.Stella sentiasa boleh survive walau di mana jua dia berpijak.Dia tidak mahu Cili Girls merasai kesusahan yang bakal dialaminya tidak lama lagi.
“Betul cakap Sri tu Stella.Kami sanggup cakap dekat pengetua yang kau tak bersalah dan kalau dia tetap nak buang kau dari sekolah ini,biarlah dia buang kami berlima juga.”
Saddyana menyambung dengan sedu sedannya.
“Dahlah,korang tak payah nak merepek.Aku boleh survive walau dimana jua aku sekolah sebab aku dah biasa hidup begini sejak kecil.Aku taknak korang merasai perkara sama yang aku rasai.Aku cuma nak korang janji,korang berlima mesti belajar bersungguh-sungguh,dapat menyandang karier yang baik dan InsyaAllah kita semua akan bertemu kembali dengan kejayaan masing-masing di masa hadapan.”
Stella bersuara tenang,cuba menyedapkan hati lima sahabatnya itu.Memang benar sejak dari kecil Stella selalu berpindah sekolah mengikut suka-suki papanya.Dan..sekarang,dia juga tidak terlalu berat hati untuk berpindah sekali lagi.Asalkan lima teman baiknya itu tidak mendapat susah dari pihak sekolah.
“Tapi..sekolah pasti akan jadi tak best bila kau takde..”
Siti Solehanom memeluk Stella dan menangis rancak.Stella hanya mampu menepuk-nepuk lembut bahagian belakang rakannya itu.
“Alah girls..aku cuma berhenti sekolah saja.Bukan aku mati pun.Kita masih boleh jumpa kan?.Korang tak payahlah sedih sangat.Sampai mati pun,aku takkan lupakan persahabatan kita berenam ini.Cili Girls always be my best friends forever.Chill lar..jangan nangis-nangis.”
Stella cuba memujuk dan dia memeluk semua ahli kumpulan Cili Girls yang bakal ditinggalkannya.Aina,Saddyana,Mar,Sri dan Anom yang sentiasa menceriakan harinya dalam sekolah itu.
“Janji dengan kita orang yang kau takkan lost contact dengan kami berlima walaupun kau belajar dekar luat negara.?” Sri membuka mulut dengan sedu sedannya.
Mereka mendapat berita yang Tan Sri Malik akan menghantar Stella bersekolah di luar negara sebaik saja SPM yang bakal berlangsung dua bulan lagi tamat.
“Ya,aku janji.Dan,aku juga nak korang berlima janji yang korang takkan berkahwin sebelum aku kahwin.Boleh tak?”
Stella yang hanya bergurau dalam pertanyaannya terkejut kecil apabila kelima-lima ahli Cili Girls hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda berjanji.
Mereka berenam berpelukan sehinggalah Aina berdehem kecil apabila melihat wajah sugul Jullian yang berdiri tidak jauh dari mereka.Stella yang menyedari kehadiran pemuda itu segera saja menapak meninggalkan kawan-kawannya untuk mendapatkan sedikit privasi.
“Maafkan saya sebab dah menyusahkan cikgu untuk kendong saya ke hospital kali lepas.”
Stella membuka mulut apabila Jullian hanya diam membisu memandangnya dengan pandangan sedih.Mengikut kata Aina,Jullian bersusah payah mengendongnya yang tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah ke hospital berhampiran kali lepas.Sayang sangat Jullian pada dirinya...
Jullian menahan sebak dalam hati.Jullian tidak sanggup memikirkan bagaimana hari-harinya bakal berlangsung tanpa Stella di depan mata.
“Saya ada satu hadiah untuk cikgu.Nanti bila cikgu balik rumah,cikgu tengoklah.”
Stella mengeluarkan sekeping disc dalam beg sandangnya dan memeberikan disc itu kepada Jullian.Jullian dengan tangan yang agak menggigil menyambut pemberian gadis itu.
“Stella,saya cintakan awak.”
Masa seakan berhenti seketika.Stella sudah lama menunggu ungkapan itu namun sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia membalasnya.Stella hanya memandang Jullian dengan pandangan suram dan dia tersenyum kecil.
“Doakan saya berjaya di masa hadapan dan saya akan balas luahan rasa cikgu itu kelak.Saya sayangkan cikgu lebih daripada saya sayangkan semua lelaki lain.Selamat tinggal Cikgu Jullian..”
.........................................
Lapan tahun berlalu dari tarikh Stella meninggalkan sekolah,Cili Girls juga Jullian.Selama lapan tahun juga Jullian akan menangis setiap kali lagu Stay nyanyian Miley Cyrus yang didendangkan oleh Stella dalam disc yang dihadiahkan gadis itu kali lepas menyapa gegendang telinganya.
Sungguh dia rindu akan gadis itu dan dia rasa sangat menyesal kerana tidak dapat menghalang pemergian Stella kali lepas.Akibatnya,sehingga kini gadis itu hilang tanpa sebarang berita.Setiap kali malam menjelma,Jullian akan tercari-cari kelibat bintang untuk meluahkan rasa rindunya terhadap gadis itu.Sungguh kehadiran dan kehilangan Stella buat dia hilang arah.
“Daniel,ada orang nak jumpa kamu.”
Datin Salwa hanya menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Jullian yang seperti orang kematian bini itu.Jullian kelihatan semakin kurus dan tidak terurus walaupun dia sudah lama tidak menjadi guru kerana telah menjadi pensyarah di USM.Datin Salwa,ibu kepada Jullian mengetahui mengenai cinta anaknya terhadap pelajarnya sendiri melalui Fahmi.
Jullian yang sedang termenung di balkoni bilik tidurnya hanya melangkah longlai menuju ke pintu utama.
“Suprised!”
Jullian hanya tersenyum hambar melihat kelibat Cili Girls tanpa kehadiran Stella sedang tercongok dihadapan pintu villa keluarganya.Saban tahun mereka berlima akan datang untuk menjemput Jullian menghadirkan diri bagi majlis makan-makan antara bekas para pelajar kelas 5 Sains juga bekas guru-guru kelas itu.Dan..sudah lima tahun juga Stella tidak pernah memunculkan diri sejak majlis itu diadakan.
Apabila Jullian bertanya kepada Cili Girls,mereka menyatakan yang Stella sedang menuntut pelajaran di University Oxford dalam bidang perniagaan.Stella tidak pernah lost contact dengan lima sahabatnya itu seperti yang dijanjikan.Cuma Jullian agak terkilan bila Stella langsung tidak pernah ingin berhubung dengannya.
Bila ditanya lagi,kata mereka Stella sudah menjadi businesswoman menggantikan posisi ayahnya sebagai C.E.O Sapphirzen Corporation.Kata mereka Stella dan ayahnya sudah berbaik-baik.Syukur Alhamdullilah..
Dan..bila ditanya lagi tentang Stella, Cili Girls akan jawab.. ‘jangan bimbang,Stella sentiasa merindui cikgu,dia cuma cintakan cikgu seorang saja’.Akhirnya,Jullian malas bertanya lagi.Dia takut untuk terus memasang harapan palsu berdasarkan kata-kata Cili Girls.
Pasangan kembar Sri Amira dan Siti Solehanom sudah menjadi doctor dan mempunyai klinik persendirian.Marziana pula semakin popular apabila berkecimpung dalam sukan badminton negara.Aina menjadi pramugari M.A.S sementara Saddyana langsung tidak dijangka menjadi seorang wartawan.Cili Girls sudah berjaya dengan jayanya.Cuma Stella saja yang Jullian tidak tahu khabar berita.Semua ahli Cili Girls belum mendirikan rumah tangga dan Jullian sangat berharap yang Stella akan mendirikan rumah tangga dengannya kelak.
.................................
Nampaknya,kali ini acara makan-makan diadakan di persisiran pantai Lido,Johor Bharu.Jullian hanya mampu mengeluh panjang melihat bintang bergemerlapan di atas langit.Berapa lama lagi dia perlu menunggu kehadiran Stella?.
“Cikgu,cikgu duduk kat sini diam-diam.Ada persembahan istimewa selepas ini.”
Marziana mengarahkan Jullian duduk di sebuah meja yang terletak betul-betul di hadapan pentas tersergam indah yang terdapat sebuah piano putih diatasnya.Jullian hanya menggeleng-geleng kecil.Ada-ada saja suprise yang dibuat oleh Cili Girls untuknya.
Jullian hanya tersenyum hambar sebelum ralit memerhatikan bintang di atas langit.Tidak mempedulikan orang ramai yang bertepuk tangan melihat kelibat seorang gadis berabaya juga bertidung litup sedang memainkan piano di atas pentas.
video


‘Well it's good to hear your voice
I hope your doing fine
And if you ever wonder,
I'm lonely here tonight
Lost here in this moment and time keeps slipping by
And if I could have just one wish
I'd have you by my side

Oooh, oh I miss you
Oooh, oh I need you

And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay

Jullian tersentak,dia yang tadinya asyik melihat bintang di atas langit terus saja memandang ke arah pentas untuk memastikan tuan empunya suara.Sangkanya dia bermimpi,sangkanya telinga dia sudah naik tuli mendengar lagu yang sama setiap hari.Namun,kali ini..dia rasa penantiannya sudah menjadi nyata.Lagu sama yang ditinggalkan Stella kali lepas kini sedang dinyanyikan secara langsung untuk dirinya.Jullian tergamam apabila matanya bertemu dengan sepasang mata bulat yang amat dirinduinya itu.

‘Well I try to live without you
The tears fall from my eyes
I'm alone and I feel empty
God I'm torn apart inside

I look up at the stars
Hoping your doing the same
Somehow I feel closer and I can hear you say

Oooh, oh I miss you
Oooh, oh I need you

Stella yang menahan air matanya sedari tadi akhirnya mengalirkan jua titisan mutiara jernih yang sudah bertahun disimpannya dalam hati.Dia tidak menyangka yang Jullian masih menanti dirinya seperti yang selalu dikhabarkan Cili Girls.Setelah lapan tahun berlalu barulah dia dapat bersua muka kembali dengan lelaki yang dirinduinya itu.Selama ini dia hanya melihat bintang untuk melepaskan kerinduan pada pemuda itu.

And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
Always stay

I never wanna lose you
And if I had to I would choose you
So stay, please always stay
You're the one that I hold onto
'Cause my heart would stop without you

And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed no one can take your place
It gets harder everyday

Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
I'll always stay’
Sebaik saja tamat menyanyikan lagu yang menyampaikan seribu satu maksud tentang perasaan Stella terhadap Jullian,Stella turun dari pentas dan dia mendapatkan pemuda yang langsung tidak berkelip memandangnya dari tadi.
“I love you Ku Jullian Daniel,if you ask me to stay,I will stay..I’ll always stay at your heart..”
Selama lapan tahun menunggu,akhirnya Jullian dapat juga mendengar balasan cintanya dari bibir Stella.Jullian rasa terpaku dan hatinya rasa sebak tiba-tiba.Stella juga merasakan perkara yang sama.
“Please..always stay by my side.Jangan tinggalkan saya lagi.Saya dah tak sanggup kehilangan awak.”
Stella tersenyum kecil apabila melihat lelaki yang dulunya pernah menjadi guru kelas dia dan Cili Girls kini sedang menahan tangisan bila bertatapan dengannya.Stella memeranjatkan semua tetamu yang hadir apabila dia tiba-tiba saja berlutut di kaki Jullian sambil mengajukan sebuah kotak kecil yang mempunyai dua bentuk cincin.
“Disebabkan saya ialah salah seorang dari ahli Cili Girls yang nakal dan tak tahu malu,hari ini di hadapan semua ahli Cili Girls juga bekas para guru pelajar 5 Sains,saya akan melamar awak untuk dijadikan suami saya.Ku Jullian Daniel Ku Amran,sudikah awak mengahwini saya dan menjadikan saya isteri awak?”
Terkebil-kebil mata Jullian memandang wajah Stella yang sudah berhijab cantik seperti Hana Tajima itu.Wajah Jullian sudah merah padam menahan malu apabila Stella melamarnya secara mengejut dalam keadaan sebegitu.

“Yes sudah tentu.Takde perempuan lain yang saya cintai selain awak Crystalisa Castella Tan Sri Malik.Saya cuma mahukan awak untuk jadi pendamping saya hingga ke akhir hayat.Tolong bangun dan jangan terus melutut,tempat awak bukan di kaki saya tapi adalah di sisi saya untuk saya lindungi sehingga mati..”
Jawapan Jullian menyebabkan semua tetamu yang hadir bersorak riang termasuk Cili Girls.Akhirnya berjaya juga mereka menyatukan dua hati yang sudah lama terpisah itu...Cili Girls berdoa dalam hati agar Stella dan Jullian cepat mendirikan rumah tangga agar selepas ini mereka berlima pula boleh berkahwin!.Ha ha ha.
Janji terhadap Stella dahulu tidak pernah dilanggar Cili Girls sebagai tanda persahabatan sejati mereka.Semoga persahabatan mereka berenam hanya terpisah apabila ajal menjemput mereka.Begitu juga doa mereka terhadap hubungan Stella dan Jullian...Amin..

P/S:Special dedication to CILI GIRLS Members of SMKTSJA,2009.Sorry sebab tak dapat masukkan nama aku sendiri dalam cerpen ni.
Kepada semua pembaca,hope you all enjoy cerpen ini dan semua komen dari pembaca amat saya hargai.Maaf jika terkurang sana-sini.Thanks n love you all!!.
PLEASE COMMENT...