NOVEL : SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 2
Written at Thursday, December 6, 2012 [ 15 ] comments

BAB 2


Luna tersentak daripada terus mengelamun apabila terdengar bunyi sesuatu mengaum kuat tidak jauh daripada tempat dia duduk.Dengan badan yang agak menggigil dia berdiri dan berundur ke belakang.Jantungnya hampir berhenti berfungsi apabila terlihat dua lembaga hitam berbulu lebat dengan mata merah menyala sedang memerhatikannya dari kejauhan.Dua lembaga yang berupa seperti mawas gergasi itu bergerak perlahan dengan air liur yang menijijih keluar daripada mulut.

Tidak sampai beberapa saat Luna dan dua makhluk itu bertatapan,makhluk hitam berbulu itu kelihatan ingin menangkapnya.Luna terus meninggalkan persisiran pantai dan memasuki hutan tebal dibelakangnya.Kedengaran derap kaki mawas gergasi itu mengejarnya.Dia perlu berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri.Mustahil untuk dia melawan dua makhluk yang bersaiz seperti anak gajah itu.

Sinaran bulan mengambang sedikit sebanyak membantu Luna meredah belantara pada malam hari.Bajunya sudah koyak sana sini akibat tersangkut pokok berduri dalam hutan.Walaupun lengan,siku dan kakinya berdarah,semua kesakitan itu langsung tidak dirasai.Apa yang mencengkam jiwanya hanyalah ketakutan yang melampau.

Dia bersembunyi dibawah akar banir sepohon pokok gergasi yang menjulang tinggi ke langit dengan badan menggigil dan kesejukan.Bunyi derap kaki yang mengejarnya sudah hilang.Namun,telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu melayah di udara.Luna tidak berani berpaling ke atas apabila dia terlihat dahan pokok dihadapannya bergoyang-goyang.Seperti ada sesuatu yang hinggap di situ.

Dia berpeluk lutut dan berzikir mengingati pencipta.Meminta perlindungan daripada Allah dalam suasana cemas.Moga Allah melindunginya daripada sesuatu yang buruk.Dalam suasana sebegitu,bila-bila masa saja ajal akan menjemputnya.Luna sedikit sebak bila mengenangkan yang dia mungkin akan mati tanpa mama dan papa disisi.

Suasana tenang seketika dan pokok yang tadinya bergoyang kembali pegun.Luna memberanikan diri untuk keluar dari tempat persembunyian.Dia berasa tidak selamat jika terus berada di situ.Lututnya agak lemah kerana penat berlari.Ditambah lagi dengan ketakutan yang melampau,seluruh urat sendinya terasa longgar.

Dia mematikan langkah apabila terasa ada sesuatu yang mengekori.Walaupun badan bermandi dengan peluh,dia masih memberanikan diri untuk berpaling ke belakang.Tubuh Luna kaku apabila melihat beberapa kaki dihadapan terdapat seekor harimau albino yang bergigi panjang sedang menapak ke arahnya.

Dia ingin menjerit,namun tiada suara yang keluar.Luna berundur tapak demi tapak ke belakang.Harimau albino yang Luna tahu hampir pupus dalam dunia itu kelihatan ingin mendekatinya.Mata kuning lagi tajam haiwan itu memandang Luna seperti ingin mengatakan sesuatu.

Tanpa berfikir panjang Luna berpaling ke belakang dan sekali lagi dia memulakan marathon dalam hutan tebal itu.Setelah beberapa kali tersadung akar kayu,merempuh pohon berduri dan terpelecok kerana tanah licin,Luna tiba di satu kawasan lapang.Dia tertinjau tinjau ke segenap penjuru untuk memastikan yang harimau albino tadi tidak mengikutinya.

Apabila dia berpaling ke depan,mulutnya terlopong dan rahang hampir terjatuh.Di hadapannya tersergam indah sebuah singgahsana yang terang benderang dan sangat besar.Bangunan itu mempunyai reka bentuk seperti sebuah istana zaman Arthurian.Dipagari tembok besi tinggi dan terdapat obor-obor api disekeliling.Bumbung bewarna coklat keemasan dan berbentuk kon.Struktur bangunan itu terdiri daripada batu bata merah yang disusun cantik.

Beberapa ketika Luna terpaku dengan kecantikan reka bentuk bangunan dihadapan matanya itu.Dia mengucap syukur dalam hati kerana dapat memastikan ada manusia yang hidup di atas pulau itu selain dirinya.Luna segera berlari anak memasuki kawasan pagar utama yang terbuka luas dengan hati yang berdebar-debar.Selangkah saja dia masuk,pagar dibelakangnya berkelentang tutup dengan sendiri.Luna kembali cemas.

Suara sekumpulan manusia yang berborak tidak jauh dari tempat dia berdiri membuatkan ketakutan Luna hilang begitu saja.Dia ingin menegur kumpulan manusia itu.Namun lidahnya tersekat untuk bertanya apa-apa soalan apabila melihat gaya pemakaian mereka.Enam orang lelaki tersebut mengenakan pakaian besi lengkap seperti ingin berperang.Sebilah pedang tersarung di pinggang setiap satu dari mereka.Mengapa mereka berpakaian begitu?

“Luth,kita dah jumpa mangsa kita!” Jeritan seorang lelaki menyebabkan Luna tergamam.Dia tidak berdaya untuk bergerak lagi.Dia hanya memerhatikan enam pemuda itu mendekatinya.Daripada wajah mereka kelihatan sepeti orang melayu.Bercakap pun dalam bahasa melayu.

“Bagus.Nampaknya pemburuan kita pada malam ini berlangsung dengan mudah.”

Lelaki bernama Luth itu bersuara apabila dia berdiri dihadapan Luna.Wajah pemuda itu kelihatan tenang dan dia mengukir senyuman gembira.Pemburuan apakah yang mereka maksudkan? Mengapa dia yang disebut sebagai mangsa?\

Belum sempat Luna berfikir panjang,Luth mengeluarkan pedangnya.Tanpa sebarang bicara perut Luna ditusuk dengan pedang tajam itu.Luna rebah ke bumi dengan darah yang membuak-buak keluar menerusi perut.Saat itu dia merasakan kesakitan yang teramat menyelinap dalam segenap urat nadinya.Tubuh terasa kejang dan membeku seperti ais.Kedengaran suara-suara lelaki tadi bersorak riang sebelum Luna merasakan semuanya sunyi.Adakah ajal sudah menjemputnya?
………………………..
“Bangun sayang.Matahari dah terbit ni.”

Luna merasakan seseorang mengusap lembut pipinya.Sinar matahari menerangi bumi menyilaukan pandangan dia yang baru tersedar.Dia terpinga-pinga seketika sebelum memandang kiri dan kanan dengan cemas.Dia masih berada di tempat semalam.Dia tidak bermimpi! Dia meraba perutnya.Pelik! Tiada sebarang kecederaan atau tompokan darah di situ.Apa sebenarnya yang telah terjadi?!

“Hei,mamai lagi ke?”

Luna tersentak apabila seseorang mencucuk pipinya dengan jari telunjuk.Apabila dia berpaling ke kanan,dia dapat melihat seraut wajah tampan sedang mencangkung disisinya.Luna terdiam sejenak sebelum berengsot ke belakang menjauhi pemuda yang tidak dikenali itu.Adakah pemuda itu berniat untuk membunuhnya?

“Panaslah duduk dekat situ.Jom,kita masuk dalam.” Pemuda itu menghulurkan tangan kepada Luna dengan senyuman mesra.Sememangnya dataran di hadapan istana itu terpancar dengan panas terik matahari.

“Kau siapa? Aku tak kenal kau.Aku tak tahu macammana aku boleh ada dekat sini.” Luna akhirnya membuka mulut.Pemuda itu tersenyum kecil sebelum menapak perlahan mendapatkan Luna dan berlutut satu kaki di sisi gadis itu.

“Nama saya Zakaria Effendy.Semua orang dekat sini panggil saya Zack.Nama awak?” Zack mencuit lagi pipi gebu itu dengan jarinya.Rasa seronok memperlakukan gadis cantik itu sedemikian rupa.Luna menepis tangannya.

“Luna Jazmin.”

Luna teragak-agak memperkenalkan diri pada pemuda yang ramah itu.Orangnya memang kacak.Berbadan tegap,berambut hitam pekat,wajahnya putih bersih dan matanya bewarna hijau suram.Zac mengenakan kemeja lengan pendek bewarna putih dengan seluar slack bewarna hitam.Hujung kemeja lengan kanannya bewarna merah darah.Daripada pemandangan Luna,gaya pemuda itu seperti seorang pelajar sekolah menengah.

“Kita dekat mana ni?” Sekali lagi Luna bertanyakan soalan yang sama.

“Em,banyak benda yang awak akan tanya nanti.Jadi,sebelum kita bercerita lebih panjang,apa kata awak bersihkan diri dulu.Jomlah ikut saya.Saya tak makan oranglah.”

Zac bangun dan menarik tangan Luna agar sama berdiri.Dengan perasaan was-was Luna mengikut jejak langkah pemuda yang baru dikenalinya itu melangkah masuk ke dalam singgahsana tersebut.Lagipun dia memang tiada pilihan lain.Dia tidak akan berpatah balik ke hutan atau ke pantai.Kelak tubuhnya akan dimamah binatang-binatang buas yang ditemuinya semalam.

Luna sedikit terpegun apabila mendapati ruang legar bangunan tersebut dipenuhi dengan ratusan manusia sebaya Zac.Semua lelaki yang berada di situ mengenakan pakaian yang sama dengan Zac.Manakala yang perempuan mengenakan kemeja lengan pendek dengan skirt labuh bewarna hitam.

Apa yang membezakan mereka hanyalah warna hujung lengan kemeja.Ada yang bewarna hitam,kuning,biru,hijau,oren,ungu,coklat,perak dan merah.Mereka kelihatan membawa buku dan berborak antara satu sama lain.

Namun,Luna sedikit pelik apabila semua manusia yang berada di situ memandangnya tajam apabila menyedari kehadirannya di situ.Zack berwajah tenang dan terus memimpin tangannya melintasi semua pelajar yang mula berbisik-bisik antara satu sama lain.

“Hei Zack,kau dah dapat mangsa baru ke? Cantik siot.” Seorang pemuda yang kemejanya sama warna dengan Zack menghalang laluan mereka.Pemuda itu cuba menyentuh pipi Luna namun Zack cepat bertindak dengan menolak tubuh pemuda itu.Apa yang Luna tidak sangka dengan satu tolakan lembut,pemuda itu jatuh menyungkur ke atas lantai.

“Jangan nak kurang ajar di siang hari dengan aku Wan.Dia milik aku.Kalau kau sentuh dia,kau mati.”

Berderau darah Luna mendengar bicara serius Zack.Sejak bila pulak dia menjadi milik pemuda itu? Pemuda yang bernama Wan tersenyum sinis sebelum bangun dari jatuh dan berlalu pergi.Kelihatan beberapa orang perempuan yang hujung lengan kemeja mereka bewarna merah mencerlung marah ke arah Luna sebelum mengikut jejak Wan.

“Oh,maafkan saya.Saya bukan sengaja cakap awak hak saya.Saya cuma tak nak dia orang usik awak je.” Zack memberi penjelasan tanpa dipinta apabila perasan Luna melihatnya pelik.Luna diam tanpa kata.

Tiba di satu sudut Luna hampir bertembung dengan seseorang.Apabila dia melihat wajah orang yang melanggar bahunya itu,dia diserang ketakutan.Automatik tangannya mencengkam kuat lengan Zack dan berlindung di balik tubuh pemuda itu.

Wajah Luth yang menikam perutnya semalam tidak pernah hilang dari ingatan.Walaupun dia tidak mati dan tiada kesan tikaman di perutnya.Kesakitan yang dia rasai semalam masih belum hilang.Luna sendiri pelik dengan kejadian itu.Adakah dia bermimpi ditikam Luth atau dia benar-benar telah ditikam?

“Oh Zack.Kau tunggu malam ni.Kita tengok siapa yang menang.” Luth menumbuk bahu Zack,menjeling Luna penuh makna dan terus berlalu dengan lima orang lelaki dibelakangnya.Zack menarik tangan Luna dan kembali memimpinnya.

“Jangan takut,mereka takkan berani apa-apakan awak.”

“Siapa mereka semua ni? Mereka nampak macam pelajar sekolah?” Luna tidak dapat menahan mulutnya daripada bertanyakan hal itu.

“Bukan macam tapi memang pelajar sekolah.” Zack melepaskan pegangan tangan Luna sebelum berdiri di hadapan gadis itu.Dia mendepangkan kedua tangannya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.Pemuda itu kelihatan gembira sekali.

“Selamat datang ke Sekolah Tinggi Bidadari,Luna Jazmin”

Penyataan Zack membuatkan Luna terpempam.Bagaimana dia boleh tidak tahu yang wujudnya sekolah sebesar ini di atas sebuah pulau.Sekolah yang terletak di tengah hutan belantara.Di tengah laut.Sebelum ini dia tidak pernah mendengar nama Sekolah Tinggi Bidadari.

“Sekolah Tinggi? Ini bukan sebuah pulau ke?” Luna tanya lagi.

“Oh ya.Lupa pulak saya nak cakap.” Zack yang tadinya sudah menjatuhkan tangan kembali mendepangkan tangannya tanda menyambut kehadiran Luna.Kemeja yang tidak terselit pada seluarnya langsung tidak menjejaskan kekemasan pemuda itu.

“Cik Luna Jazmin,selamat datang ke Pulau Syaitan!”

P/S:SILA KOMEN JIKA ANDA SUKE.
KLIL LIKE IF U WANT NEXT ENTRY.