BAB 2
Luna
tersentak daripada terus mengelamun apabila terdengar bunyi sesuatu mengaum
kuat tidak jauh daripada tempat dia duduk.Dengan badan yang agak menggigil dia
berdiri dan berundur ke belakang.Jantungnya hampir berhenti berfungsi apabila
terlihat dua lembaga hitam berbulu lebat dengan mata merah menyala sedang
memerhatikannya dari kejauhan.Dua lembaga yang berupa seperti mawas gergasi itu
bergerak perlahan dengan air liur yang menijijih keluar daripada mulut.
Tidak
sampai beberapa saat Luna dan dua makhluk itu bertatapan,makhluk hitam berbulu
itu kelihatan ingin menangkapnya.Luna terus meninggalkan persisiran pantai dan
memasuki hutan tebal dibelakangnya.Kedengaran derap kaki mawas gergasi itu
mengejarnya.Dia perlu berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri.Mustahil
untuk dia melawan dua makhluk yang bersaiz seperti anak gajah itu.
Sinaran
bulan mengambang sedikit sebanyak membantu Luna meredah belantara pada malam
hari.Bajunya sudah koyak sana sini akibat tersangkut pokok berduri dalam hutan.Walaupun
lengan,siku dan kakinya berdarah,semua kesakitan itu langsung tidak dirasai.Apa
yang mencengkam jiwanya hanyalah ketakutan yang melampau.
Dia
bersembunyi dibawah akar banir sepohon pokok gergasi yang menjulang tinggi ke
langit dengan badan menggigil dan kesejukan.Bunyi derap kaki yang mengejarnya
sudah hilang.Namun,telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu melayah di
udara.Luna tidak berani berpaling ke atas apabila dia terlihat dahan pokok
dihadapannya bergoyang-goyang.Seperti ada sesuatu yang hinggap di situ.
Dia
berpeluk lutut dan berzikir mengingati pencipta.Meminta perlindungan daripada
Allah dalam suasana cemas.Moga Allah melindunginya daripada sesuatu yang buruk.Dalam
suasana sebegitu,bila-bila masa saja ajal akan menjemputnya.Luna sedikit sebak
bila mengenangkan yang dia mungkin akan mati tanpa mama dan papa disisi.
Suasana
tenang seketika dan pokok yang tadinya bergoyang kembali pegun.Luna
memberanikan diri untuk keluar dari tempat persembunyian.Dia berasa tidak
selamat jika terus berada di situ.Lututnya agak lemah kerana penat berlari.Ditambah
lagi dengan ketakutan yang melampau,seluruh urat sendinya terasa longgar.
Dia
mematikan langkah apabila terasa ada sesuatu yang mengekori.Walaupun badan
bermandi dengan peluh,dia masih memberanikan diri untuk berpaling ke
belakang.Tubuh Luna kaku apabila melihat beberapa kaki dihadapan terdapat
seekor harimau albino yang bergigi panjang sedang menapak ke arahnya.
Dia
ingin menjerit,namun tiada suara yang keluar.Luna berundur tapak demi tapak ke
belakang.Harimau albino yang Luna tahu hampir pupus dalam dunia itu kelihatan
ingin mendekatinya.Mata kuning lagi tajam haiwan itu memandang Luna seperti
ingin mengatakan sesuatu.
Tanpa
berfikir panjang Luna berpaling ke belakang dan sekali lagi dia memulakan
marathon dalam hutan tebal itu.Setelah beberapa kali tersadung akar
kayu,merempuh pohon berduri dan terpelecok kerana tanah licin,Luna tiba di satu
kawasan lapang.Dia tertinjau tinjau ke segenap penjuru untuk memastikan yang
harimau albino tadi tidak mengikutinya.
Apabila
dia berpaling ke depan,mulutnya terlopong dan rahang hampir terjatuh.Di hadapannya
tersergam indah sebuah singgahsana yang terang benderang dan sangat
besar.Bangunan itu mempunyai reka bentuk seperti sebuah istana zaman
Arthurian.Dipagari tembok besi tinggi dan terdapat obor-obor api disekeliling.Bumbung
bewarna coklat keemasan dan berbentuk kon.Struktur bangunan itu terdiri
daripada batu bata merah yang disusun cantik.
Beberapa
ketika Luna terpaku dengan kecantikan reka bentuk bangunan dihadapan matanya
itu.Dia mengucap syukur dalam hati kerana dapat memastikan ada manusia yang
hidup di atas pulau itu selain dirinya.Luna segera berlari anak memasuki
kawasan pagar utama yang terbuka luas dengan hati yang berdebar-debar.Selangkah
saja dia masuk,pagar dibelakangnya berkelentang tutup dengan sendiri.Luna
kembali cemas.
Suara
sekumpulan manusia yang berborak tidak jauh dari tempat dia berdiri membuatkan
ketakutan Luna hilang begitu saja.Dia ingin menegur kumpulan manusia itu.Namun
lidahnya tersekat untuk bertanya apa-apa soalan apabila melihat gaya pemakaian
mereka.Enam orang lelaki tersebut mengenakan pakaian besi lengkap seperti ingin
berperang.Sebilah pedang tersarung di pinggang setiap satu dari mereka.Mengapa
mereka berpakaian begitu?
“Luth,kita
dah jumpa mangsa kita!” Jeritan seorang lelaki menyebabkan Luna tergamam.Dia
tidak berdaya untuk bergerak lagi.Dia hanya memerhatikan enam pemuda itu
mendekatinya.Daripada wajah mereka kelihatan sepeti orang melayu.Bercakap pun
dalam bahasa melayu.
“Bagus.Nampaknya
pemburuan kita pada malam ini berlangsung dengan mudah.”
Lelaki
bernama Luth itu bersuara apabila dia berdiri dihadapan Luna.Wajah pemuda itu
kelihatan tenang dan dia mengukir senyuman gembira.Pemburuan apakah yang mereka
maksudkan? Mengapa dia yang disebut sebagai mangsa?\
Belum
sempat Luna berfikir panjang,Luth mengeluarkan pedangnya.Tanpa sebarang bicara
perut Luna ditusuk dengan pedang tajam itu.Luna rebah ke bumi dengan darah yang
membuak-buak keluar menerusi perut.Saat itu dia merasakan kesakitan yang teramat
menyelinap dalam segenap urat nadinya.Tubuh terasa kejang dan membeku seperti ais.Kedengaran
suara-suara lelaki tadi bersorak riang sebelum Luna merasakan semuanya
sunyi.Adakah ajal sudah menjemputnya?
………………………..
“Bangun
sayang.Matahari dah terbit ni.”
Luna
merasakan seseorang mengusap lembut pipinya.Sinar matahari menerangi bumi
menyilaukan pandangan dia yang baru tersedar.Dia terpinga-pinga seketika
sebelum memandang kiri dan kanan dengan cemas.Dia masih berada di tempat
semalam.Dia tidak bermimpi! Dia meraba perutnya.Pelik! Tiada sebarang
kecederaan atau tompokan darah di situ.Apa sebenarnya yang telah terjadi?!
“Hei,mamai
lagi ke?”
Luna
tersentak apabila seseorang mencucuk pipinya dengan jari telunjuk.Apabila dia
berpaling ke kanan,dia dapat melihat seraut wajah tampan sedang mencangkung
disisinya.Luna terdiam sejenak sebelum berengsot ke belakang menjauhi pemuda
yang tidak dikenali itu.Adakah pemuda itu berniat untuk membunuhnya?
“Panaslah
duduk dekat situ.Jom,kita masuk dalam.” Pemuda itu menghulurkan tangan kepada
Luna dengan senyuman mesra.Sememangnya dataran di hadapan istana itu terpancar
dengan panas terik matahari.
“Kau
siapa? Aku tak kenal kau.Aku tak tahu macammana aku boleh ada dekat sini.” Luna
akhirnya membuka mulut.Pemuda itu tersenyum kecil sebelum menapak perlahan
mendapatkan Luna dan berlutut satu kaki di sisi gadis itu.
“Nama
saya Zakaria Effendy.Semua orang dekat sini panggil saya Zack.Nama awak?” Zack
mencuit lagi pipi gebu itu dengan jarinya.Rasa seronok memperlakukan gadis
cantik itu sedemikian rupa.Luna menepis tangannya.
“Luna
Jazmin.”
Luna
teragak-agak memperkenalkan diri pada pemuda yang ramah itu.Orangnya memang
kacak.Berbadan tegap,berambut hitam pekat,wajahnya putih bersih dan matanya
bewarna hijau suram.Zac mengenakan kemeja lengan pendek bewarna putih dengan
seluar slack bewarna hitam.Hujung kemeja lengan kanannya bewarna merah
darah.Daripada pemandangan Luna,gaya pemuda itu seperti seorang pelajar sekolah
menengah.
“Kita
dekat mana ni?” Sekali lagi Luna bertanyakan soalan yang sama.
“Em,banyak
benda yang awak akan tanya nanti.Jadi,sebelum kita bercerita lebih panjang,apa
kata awak bersihkan diri dulu.Jomlah ikut saya.Saya tak makan oranglah.”
Zac
bangun dan menarik tangan Luna agar sama berdiri.Dengan perasaan was-was Luna
mengikut jejak langkah pemuda yang baru dikenalinya itu melangkah masuk ke
dalam singgahsana tersebut.Lagipun dia memang tiada pilihan lain.Dia tidak akan
berpatah balik ke hutan atau ke pantai.Kelak tubuhnya akan dimamah binatang-binatang
buas yang ditemuinya semalam.
Luna
sedikit terpegun apabila mendapati ruang legar bangunan tersebut dipenuhi
dengan ratusan manusia sebaya Zac.Semua lelaki yang berada di situ mengenakan
pakaian yang sama dengan Zac.Manakala yang perempuan mengenakan kemeja lengan
pendek dengan skirt labuh bewarna hitam.
Apa
yang membezakan mereka hanyalah warna hujung lengan kemeja.Ada yang bewarna
hitam,kuning,biru,hijau,oren,ungu,coklat,perak dan merah.Mereka kelihatan
membawa buku dan berborak antara satu sama lain.
Namun,Luna
sedikit pelik apabila semua manusia yang berada di situ memandangnya tajam
apabila menyedari kehadirannya di situ.Zack berwajah tenang dan terus memimpin
tangannya melintasi semua pelajar yang mula berbisik-bisik antara satu sama
lain.
“Hei
Zack,kau dah dapat mangsa baru ke? Cantik siot.” Seorang pemuda yang kemejanya
sama warna dengan Zack menghalang laluan mereka.Pemuda itu cuba menyentuh pipi
Luna namun Zack cepat bertindak dengan menolak tubuh pemuda itu.Apa yang Luna
tidak sangka dengan satu tolakan lembut,pemuda itu jatuh menyungkur ke atas
lantai.
“Jangan
nak kurang ajar di siang hari dengan aku Wan.Dia milik aku.Kalau kau sentuh
dia,kau mati.”
Berderau
darah Luna mendengar bicara serius Zack.Sejak bila pulak dia menjadi milik
pemuda itu? Pemuda yang bernama Wan tersenyum sinis sebelum bangun dari jatuh
dan berlalu pergi.Kelihatan beberapa orang perempuan yang hujung lengan kemeja
mereka bewarna merah mencerlung marah ke arah Luna sebelum mengikut jejak Wan.
“Oh,maafkan
saya.Saya bukan sengaja cakap awak hak saya.Saya cuma tak nak dia orang usik
awak je.” Zack memberi penjelasan tanpa dipinta apabila perasan Luna melihatnya
pelik.Luna diam tanpa kata.
Tiba
di satu sudut Luna hampir bertembung dengan seseorang.Apabila dia melihat wajah
orang yang melanggar bahunya itu,dia diserang ketakutan.Automatik tangannya
mencengkam kuat lengan Zack dan berlindung di balik tubuh pemuda itu.
Wajah
Luth yang menikam perutnya semalam tidak pernah hilang dari ingatan.Walaupun
dia tidak mati dan tiada kesan tikaman di perutnya.Kesakitan yang dia rasai
semalam masih belum hilang.Luna sendiri pelik dengan kejadian itu.Adakah dia
bermimpi ditikam Luth atau dia benar-benar telah ditikam?
“Oh
Zack.Kau tunggu malam ni.Kita tengok siapa yang menang.” Luth menumbuk bahu
Zack,menjeling Luna penuh makna dan terus berlalu dengan lima orang lelaki
dibelakangnya.Zack menarik tangan Luna dan kembali memimpinnya.
“Jangan
takut,mereka takkan berani apa-apakan awak.”
“Siapa
mereka semua ni? Mereka nampak macam pelajar sekolah?” Luna tidak dapat menahan
mulutnya daripada bertanyakan hal itu.
“Bukan
macam tapi memang pelajar sekolah.” Zack melepaskan pegangan tangan Luna
sebelum berdiri di hadapan gadis itu.Dia mendepangkan kedua tangannya dengan
senyuman yang sukar ditafsirkan.Pemuda itu kelihatan gembira sekali.
“Selamat
datang ke Sekolah Tinggi Bidadari,Luna Jazmin”
Penyataan
Zack membuatkan Luna terpempam.Bagaimana dia boleh tidak tahu yang wujudnya
sekolah sebesar ini di atas sebuah pulau.Sekolah yang terletak di tengah hutan
belantara.Di tengah laut.Sebelum ini dia tidak pernah mendengar nama Sekolah
Tinggi Bidadari.
“Sekolah
Tinggi? Ini bukan sebuah pulau ke?” Luna tanya lagi.
“Oh
ya.Lupa pulak saya nak cakap.” Zack yang tadinya sudah menjatuhkan tangan
kembali mendepangkan tangannya tanda menyambut kehadiran Luna.Kemeja yang tidak
terselit pada seluarnya langsung tidak menjejaskan kekemasan pemuda itu.
“Cik
Luna Jazmin,selamat datang ke Pulau Syaitan!”
P/S:SILA KOMEN JIKA ANDA SUKE.
KLIL LIKE IF U WANT NEXT ENTRY.
15 comments:
best2
uh oh.... nak lagi!!!!
best. jarang tengok novelis buat cerita fantasi.
cuma a bit confusing,
kat title tulis sumpahan bidadari syaitan, tapi kat gambar tulis sumpahan pulau syaitan. mana satu? hehe
anyway, keep it up writer! :D
nisa:he3,nseb baik adek ckap,akk lupe nak tukar gmbr.
:) seronok la baca ni dik...jangan lupa update cepat2 ye..
awesomeee!!!
NAK LAGII... ^_^
Best!!!!
Best la nak lg please.
Best....nak lgi...
bestttttttttttt...nak lagi!!!
Best terbaik laaaaa
cepat la sambung.. xsabar nak bace...
nak tahu kenapa luth cakap cam tu kat zack..
zack tu nak lindungi luna atau ape..
warrgghh, banyak nye persoalan setiap kali bace novel awak...
btw, good luck...
Terbaik!! Best gila!! Tak tahu macam mana nak cakap tapu best gila!!
OMG.. citer nii sgt menarik. A fantasy story that drown in my excitement!!! It likes i was reading a very interesting manga... hope to read more.. thx writer
Crystal anabella mane bab 6?tak sabar nak baca bab 6 he3
Post a Comment