NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 20
Written at Saturday, April 13, 2013 [ 22 ] comments


BAB 20

Petang itu Eric dan Ariel mengaduh sakit badan.Mereka berdua terbaring lesu di atas lantai ruang tamu Teratak Kasih dengan wajah berkerut-kerut.

“Inilah jadinya bila seseorang sudah lama sangat tidak melakukan aktiviti berkebun.Asyik terperap dalam pejabat je sebab tu badan sakit-sakit.Mengalahkan atuk yang dah tua je kamu berdua ni.” Yahya membebel sambil tangannya lincah mengurut badan Ariel.

Pulang dari kebun tengahhari tadi,Ariel dan Eric merungut badan lenguh dan sakit.Jadi,dia yang mempunyai kebolehan mengurut membantu mengurut badan Ariel.Sementara Ixuna berbaik hati ingin belajar darinya cara mengurut untuk mengurut badan Eric.

“Auch! Sakitlah sayang!” Eric terjerit apabila merasakan tangan Ixuna menekan kuat tulang belakangnya.Ada juga patah tulang belakangnya akibat diurut gadis comel itu.

“Alahai kamu ini Eric,lembik sangat.Kalau tangan kecil Ixuna yang mengurut tu pun kamu dah terjerit,belum lagi atuk kamu yang urut.Pengsan kamu agaknya.” Jannah yang baru keluar daripada bilik selepas bersolat menegur cucunya itu.

Eric mendongkol geram mendengar bicara neneknya itu.Neneknya bukan tahu yang kekuatan Ixuna boleh mengalahkan kekuatan beberapa orang lelaki.

“Abang,Jannah nak buat kuih dengan Elya dan Reny dekat dapur.Kalau ada apa-apa panggillah ya.” Jannah memberitahu Yahya dan Ixuna terkebil-kebil memandangnya.

“Xuna nak tolong nek.” Ixuna ingin meninggalkan Eric yang meniarap tidak berbaju di atas lantai.Ariel pula hanya bersinglet.Segan untuk tidak memakai baju di hadapannya.

“Tak perlu Xuna.Xuna urut Eric sampai dia rasa okey ya sayang?” Jannah menjawab dengan senyuman manis.

“Okey nenek.” Jawapan Ixuna menyebabkan Eric melopong.

Nampaknya hari ini badan dia akan patah dua.Ixuna kembali duduk disisinya dan tangan kecil itu menggosok-gosok lembut belakangnya.Elak pandangan Yahya saja,pasti Ixuna mencubit dan menekan kuat belakangnya.Apabila dia terjerit kesakitan,Yahya akan kata dia lembik dan tidak tahan sakit.Ixuna tersenyum geli hati.Sabar jelah Eric dengan kerenah isterinya itu.

“Em,dahlah Ariel.Penat atuk urut kamu.Pergi baring dalam bilik.”

Yahya menepuk lembut belakang Ariel yang sudah dianggap seperti cucunya sendiri sebelum berlalu ke dapur.Ariel kelihatan sedikit sukar untuk berdiri setelah dia berurut.Dia turut meninggalkan ruang tamu dan masuk ke biliknya dengan wajah berkerut menahan sakit.Tinggallah Ixuna dan Eric di ruang tamu.

“Sayang jagalah malam ni abang balas balik apa yang sayang dah buat dekat badan abang.” Eric membuka mulut dengan suara bernada jahat.

“Awak nak buat apa dekat saya?” Ixuna berhenti daripada mengurut badan Eric.

“Abang akan buka baju sayang lepas tu abang nak urut badan sayang sampai lebam.” Eric mengukir senyuman penuh makna.Fikirannya mula menggambarkan sesuatu.

“Awak larat ke nak urut saya?”

“Ahhh!! Xuna sakitlah!” Eric terjerit apabila Ixuna tiba-tiba mengrip kepalanya kuat.Macam hendak tercabut rasa lehernya saat itu.Siku gadis itu mendarat atas belakangnya.

“Awak nak buat apa dekat saya malam ni?” Ixuna mengulang soalan.

“Nak belai sayang.” Eric yang hampir kelemasan menjawab.Jawapan merapunya membuatkan lengan Ixuna semakin kuat menjerut lehernya.Dia rasa kekurangan oksigen.

“Nak buat apa?”

“Tak buat apa-apa.Tak buat apa-apa!” Serentak dengan jeritan itu barulah Ixuna melepaskan lengannya daripada terus membelit leher Eric.Eric tercungap cungap dengan wajah agak kemerahan
.
“Alahai abang,berurut dengan Kak Xuna macam gaya orang kalah gusti je.”

Elya yang kebetulan lalu di ruang tamu daripada dapur sempat menegur Eric.Abangnya itu kelihatan terdampar keletihan di ruang tamu itu dengan gaya tertiarap.Eric tidak mampu bersuara saat itu.Menahan sakit hati dan sakit badan disebabkan keganasan isteri comelnya.
…………………………….
Malam itu selepas pulang dari masjid setelah menunaikan solat Isyak berjemaah Eric terus masuk ke dalam bilik.Badannya terasa lenguh dan sengal.

“Awak tak nak makan ke?” Wajah Ixuna terjengul di muka pintu.Eric tersenyum sebelum menggeleng-geleng kepala.

“Kenapa tak nak makan?” Ixuna menutup pintu bilik dan menghampiri Eric yang duduk di sisi katil.Rasa kasihan melihat wajah suami yang agak pucat dan tidak bermaya.

“Takde seleralah.Rasa macam nak demam.” Eric menjawab ikhlas.Ixuna terkebil-kebil memerhatikannya.Jantung Eric hampir tercabut apabila Ixuna tiba-tiba menarik lembut kepalanya dan gadis itu melekapkan pipinya pada pipi Eric lama.

“Em,panas ni.Jom pergi klinik?” Ixuna merasa pipinya sendiri.Masih terkesan bahang dari pipi Eric di pipinya.Amir tidak menjawab.Dia terkedu dengan tindakan Ixuna.Tiba-tiba rasa Ixuna dekat sangat dengan dia.

“Hei,dengar tak saya cakap ni? Jomlah pergi klinik.Nanti makin melarat pulak demam awak.” Ixuna menepuk lembut bahu suaminya yang kelihatan mengelamun saat itu.

“Takpelah sayang.Abang dah makan panadol tadi.Lepas tidur nanti sembuhlah demam ni.”Eric segera berbaring di atas katil dan dia mengiring ke kiri,membelakangkan Ixuna.Hatinya rancak berdebar saat itu.Eric memegang pipinya,terasa sentuhan pipi Ixuna yang lembut bak kapas.Alangkah bagus jika dia dapat menyentuh pipi itu.

“Awak nak saya urut tak? Mungkin sakit badan awak tu boleh hilang.Awak demam urat ni.” Suara lembut Ixuna menampar telinga Eric.

“Tak payahlah sayang.Sayang bukan ikhlas pun nak urut abang.Makin menyakitkan badan abang adalah.” Eric menjawab tanpa memandang wajah isterinya.Agak berkecil hati dengan sikap sambil lewa Ixuna sewaktu melayannya.Walhal,dia bukan tidak tahu yang Ixuna memang tidak suka akannya.

“Kali ni saya janji takkan sakitkan awak.Sinilah saya urut.” Eric tidak akan termakan pujukan Ixuna.Dia bukan tidak kenal kelakuan gadis itu.

“Tak nak.Sayang pergilah makan.Abang nak tidur ni.” Eric pantas menjawab.

“Hish,degil betullah dia ni.”

Ixuna tidak mempedulikan kata-kata Eric.Dia mengambil sebotol minyak angin dan merangkak naik ke atas katil.Dengan selamba dia menarik bahu Eric dan menyelak baju pemuda itu.

“Sayang nak buat apa ni?!”

Eric terjerit apabila merasakan jari jemari runcing milik isterinya cuba menanggalkan tshirt yang dipakainya.Tidak tentu pasal wajah dia terasa membahang saat itu.

“Cepatlah tanggal baju.Saya nak urut ni.” Ixuna bersuara tegas.

Untuk mengelakkan baju dia kena koyak dengan Ixuna,Eric dengan tidak rela membuka baju yang dipakainya.Rasa janggal apabila tidak berbaju di hadapan Ixuna dalam bilik seperti ini.Walhal,gadis itu memang halal melihat seluruh tubuhnya.Tangan Ixuna mula menari di lengan dan badan sasa Eric.Kali ini gadis itu mengurutnya dengan lembut dan langsung tidak menggunakan kekasaran.

Eric,awak hafiz ke?” Ixuna tiba-tiba bertanya.Eric yang sedang baring tertiarap berkerut dahi.

“Nama abang Eric Enrique sayang.Bukannya Hafiz.” Takkan nama suami sendiri pun tak tahu? Eric bermonolog dalam hati.Hafiz mana pulak yang dimaksudkan gadis itu.Tiba-tiba rasa tidak sedap hati.Cemburu dengan Hafiz yang tidak dikenalinya.

“Tak maksud saya awak hafiz atau tak? Awal dah hafal satu Al-Quran ke?”

“Ooh,taklah sayang.Kenapa sayang tanya macam tu?”

Eric beralih badan dan dia baring menelentang atas katil menghadap Ixuna yang duduk disisinya.Gadis itu memandang tubuhnya yang terdedah tanpa berkelip sebelum tangan itu mengurut abdomennya.Wajah Eric membahang apabila tangan kecil itu merayap atas badannya.Mengapa dia pulak yang perlu malu apabila disentuh isteri sendiri? Bengong ke apa Eric ni?!

“Yalah,saya perasan awak selalu bercakap pasal hadis dan membaca surah-surah beserta terjemahan tanpa melihat Al-Quran.Setahu saya orang yang hafiz saja boleh buat macam tu.”

“Abang taklah hafal keseluruhan Al-Quran dengan terjemahannya sayang.Otak abang ni cuma boleh mengingat lebih kurang 50 peratus saja isi Al-Quran tu.” Eric menjawab jujur.

“Awak hebat.” Ixuna memuji ikhlas.

“Takde apa yang hebatnya sayang.Syukur kepada Allah sebab abang diberi daya ingatan yang kuat untuk mengingat sebahagian besar daripada isi kitab suci itu.Kalau sayang nak,sayang pun boleh ingat dan hafal isi Al-Quran macam abang.Tapi sayang perlu usaha gigihlah.”

Ixuna mengangguk-angguk kepala tanda faham dengan saranan suaminya.

“Em,lagi satu hal,bila sayang dah boleh hafal dan memahami terjemahan dalam Al-Quran tu,sayang kenalah praktikkan nasihat,iktibar dan pengajaran yang terdapat dalamnya untuk kehidupan seharian.Tak guna hanya menghafal dan mengingati isi Al-Quran jika hati tidak mempercayai dan menyangkal kebenarannya.” Eric memberi nasihat dan Ixuna angguk-angguk lagi.

“Sayang,nak hadiah?” Bicara mengejut Eric yang keluar dari topik membuatkan Ixuna berhenti mengurut dan menjungkitkan kening.

“Hadiah apa?”

“Kiss.”
“Ha?” Mata Ixuna membulat.Nak cari pasal ke apa malam-malam macam ni?

“Yalah,siang tadi sayang dah janji kalau abang berjaya tanam pokok getah,sayang akan cium abang.Badan abang dah sakit-sakit macam ni semata-mata sebab nak suruh sayang tengok yang abang boleh tanam pokok getah.Sekarang abang nak hadiahnya.” Eric bersuara manja dan Ixuna mengetap bibir.Masa bila pulak dia berjanji?!

“Okey.Saya akan cium awak.Tapi kena pejam mata dulu.” Ixuna memberi syarat dan Eric mencebik bibir.Yakin yang Ixuna ingin mengenakannya.Ixuna yang melihat Eric mwmbuat muka masam merasakan suaminya itu comel sangat.Dia terpukau seketika.

“Ah,tak naklah macam tu.Abang tahu yang sayang tipu.Sayang bukan nak cium aban..”

Eric terkedu apabila wajah Ixuna mendekati wajahnya dan jantungnya hampir meletup apabila bibir gadis comel itu menyentuh pipi kanannya.

“Em,dah cium pun.Saya nak pergi tengok televisyen dengan nenek.Awak tidurlah ya.”

Ixuna menggelabah turun dari katil dan berlalu keluar dari bilik meninggalkan Eric yang sedang terpegun.Di luar bilik Ixuna memegang dadanya yang berdebar.
Ah,masak! Mengapa dia begitu berani mencium pipi pemuda itu? Macam tindakan reflex saja! Adakah sebab dia rasa Eric menggoda sangat sebentar tadi? Menggoda ke? Gila kau Ixuna!.Ixuna memberontak dalam hati.
……………….
Keesokan harinya,Ixuna mengikut Eric memancing bersama Ariel dan Yahya di sungai yang terletak berhampiran ladang getah mereka.Jannah berkunjung ke rumah jiran atas hal tertentu manakala Elya dan Reny sedang mengutip biji getah tidak jauh dari tempat mereka memancing.

‘Bdbur!’

Ketenangan air sungai yang mengalir cantik hilang begitu saja apabila satu lembaga melompat masuk ke tengah sungai itu.Tiga pasang mata yang sedang memancing membulat melihat adegan itu.

“Sayang!” Eric terjerit besar apabila melihat Ixuna berenang tenggelam timbul dalam air saat dia,Ariel dan datuknya membaling mata kail ke dalam sungai.Isterinya ini memang gila betul!

“Apa hal?” Ixuna timbul dari permukaan air dengan wajah tidak bersalah.

“Ya Allah dia ni,tak nampak ke kita orang tengah memancing.Kalau sayang terjun dalam air tu habis lah lari semua ikan.Kalau kena mata kail macammana?!” Eric bertempik dari tebing sungai dengan wajah kemerahan.Hatinya menahan marah dan bimbang akan keselamatan isteri comelnya itu.Baru saja semalam Ixuna meninggalkan satu memori indah dalam harinya.Namun hari ini isterinya buat hal lagi.

“Sayalah ikannya.” Ixuna tidak mempedulikan kata-kata Eric dan selamba berenang dalam sungai yang agak dalam itu.Air sungai yang jernih dan sejuk memukau hati Ixuna untuk berenang dalamnya.Sebab itulah bila Eric dan Ariel leka berbual dia pantas terjun ke dalam sungai.

“Kau spesies ikan apa Ixuna?” Ariel tersengih seraya bertanya kepada isteri sepupunya itu.

“Ikan duyung.” Ixuna menjawab selamba.

“Ya Allah,nakal betul isteri kamu ni Eric..” Yahya yang melihat kelakuan cucu menantunya hanya menggeleng-geleng kepala.Mahu pening kepala Eric jika Ixuna berperangai seperti kanak-kanak kecil yang tidak mendengar kata setiap hari.

“Sayang,keluar dari sungai sekarang! Nanti kalau tersangkut dengan mata kail,koyak kulit tu baru padan muka! Cepat naik!”

Eric menengking sambil bercekak pinggang.Ixuna yang tidak mahu Yahya melihat kelakuan kurang sopannya terhadap Eric segera mengikuti arahan suaminya.Dia berenang ke tebing sungai sebelum tangannya ditarik  Eric naik ke darat.

“Hish,dia ni nakal betul.Macam emak dugong abang tengok!” Eric membebel sebelum menyarungkan sweater yang dipakainya ke badan Ixuna yang basah.

“Kalau saya emak dugong.Awak tu bapak dugong.”

“Mulut tu kalau tak menjawab memang tak boleh ya?!”

Eric mencubit geram pipi gebu Ixuna dan Ixuna terjerit kecil menahan sakit.Eric tergelak apabila melihat pipi isterinya merona kemerahan akibat cubitannya.Dia memimpin tangan isterinya itu dan mengarahkan Ixuna duduk di bawah sebatang pokok getah yang belum ditebang.

“Duduk sini diam-diam.Jangan nakal-nakal.Abang nak memancing pun tak senang.” Eric mengusap lembut pipi Ixuna sebelum kembali mendapatkan Ariel dan Yahya.Ixuna hanya memerhati langkah suaminya.Mengapa Eric melayan dia dengan baik walaupun dia selalu buat perangai yang tidak sepatutnya dilakukan?

“Eh,kenapa akak basah ni?” Reny yang selesai mengutip ratusan biji getah bersama Elya mendapatkan Ixuna yang berehat bawah pokok getah.

“Mandi sungai.” Ixuna menjawab pendek.Membiarkan Elya dan Reny duduk disisinya sambil meluahkan isi sebuah plastik besar dihadapannya.Kelihatan longokan biji getah bewarna hitam berbelang coklat di depan mata.

“Kau orang nak buat apa dengan biji getah ni?” Ixuna bertanya apabila melihat wajah girang kedua gadis yang telah di anggap seperti darah dagingnya sendiri itu.Dia mengambil sebiji biji getah itu dan meneleknya lama.Walaupun nampak biasa,biji getah itu kelihatan cantik di mata Ixuna.

“Saja kak,dah takde kerja.” Reny menjawab pertanyaan Ixuna.Dia dan Elya memang kerap mengutip biji getah setiap kali berkunjung ke ladang getah itu.

“Biji getah ni nampak sedaplah.” Ixuna bersuara tiba-tiba.

“Biji getah tu mana boleh makan sayang.Nak mati ke?” Eric yang mendengar bicara isterinya tidak jauh dari situ segera menyampuk.Bukan boleh dikira sangat kepala biul Ixuna.Nanti tidak tentu pasal biji getah itu menjadi santapannya.Siapa yang susah hati? Dia juga lah yang cemas dengan setiap tingkahlaku gadis itu.

“Saya tahulah biji getah ni tak boleh makan.Ingat saya bodoh sangat ke?” Ixuna menjawab seraya melempar segenggam biji getah ke arah Eric dan Ariel.Yahya hanya menggeleng-geleng kepala melihat kelakuan isteri cucunya itu.

“Dahlah.Jangan kacau abang memancing.Pergi main biji getah tu dengan Reny dan Elya.” Eric bersuara seolah-olah Ixuna itu berumur lima tahun.Dia tersenyum kecil apabila melihat Ixuna mendengus marah.
………………..
“Elya,kau pernah dengar tak cerita pasal lagenda biji getah?” Pertanyaan Ixuna menyebabkan Ariel yang bosan menunggu ikan yang tidak kunjung tiba memakan umpan pancingnya mendekati gadis itu.Dia duduk berteleku bersama Elya dan Reny berhadapan dengan Ixuna di bawah sepohon pokok getah yang tinggi.Longgokan biji getah berada di tengah-tengah bulatan mereka.

“Lagenda apa kak? Tak pernah dengar pun?” Elya berminat ingin tahu.Begitu juga Reny dan Ariel.

“Ceritalah kak.” Reny menggesa.

“Em,akak dengar lagenda ni daripada sebuah kaum nomad di Brazil.Kamu semua tahu kan yang pokok getah atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis berasal daripada Brazil?” Ixuna bertanya dengan wajah serius dan ketiga-tiga manusia di hadapannya mengangguk-angguk kepala.

Sesiapa yang mempelajari subjek sejarah di sekolah menengah pasti tahu yang Christopher Columbus,ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.Industri getah asli bermula di Malaysia pada tahun 1877.

“Apa lagendanya Xuna?” Giliran Ariel menunjukkan minat yang mendalam untuk Ixuna menceritakan lagendanya.

“Mengikut cerita kaum nomad Brazil tu,biji getah yang gugur ke tanah pada bilangan 107 biji akan membawa tuah kepada pemiliknya.”

“Apa tuahnya kak?”Elya sudah mula menggengam beberapa biji getah dalam tangannya.

“Jika pemilik biji getah ke 107 itu memecahkan biji getahnya,akan ada sesuatu yang keluar daripada biji getah itu.”

“Apa yang keluar sayang? Pari-pari ke? Macam Tinkerbell dalam kartun Peterpan tu?” Ixuna mengetap bibir dan menjeling Eric yang menyibuk masuk campur ceritanya.

“Nak temberang pun agak-agaklah...Sayang bukan pandai cakap Brazil pun.Macammana nak faham kaum nomad Brazil tu cerita apa.Kau orang bertiga kalau percaya cerita Ixuna,lebih baik tukar otak tu letak dekat lutut.” Perli Eric seraya memandang Elya,Reny dan Ariel yang diam membisu.

Nampaknya,mereka baru tersedar yang Ixuna cuba menceritakan sebuah lagenda temberang.Eric sedari tadi memasang telinga akan perbualan isterinya itu.Dia berdiri tidak jauh dari tempat mereka duduk.

“Mana awak tahu saya tak pandai cakap Brazil?” Ixuna tiba-tiba naik angin.Dia bangun dari duduk dan berhadapan dengan Eric yang tersenyum geli hati.

Ariel,Elya dan Reny hanya memerhatikan tingkahlaku pasangan tersebut.

Scio omnes de vobis.” Eric berbicara lembut.Cuba melihat reaksi isterinya.

“Itu bahasa latin bukannya bahasa Brazil!” Bentak Ixuna geram.Dengan orang lain mungkin Eric bisa bodohkan tapi bukan dengan dia.Maksud ayat Amir sebentar tadi adalah ‘saya tahu semua perkara tentang awak’.Ixuna amat meluat mendengar kata-kata yang sepertinya jujur itu.

“Abang tak cakap pun abang tahu bahasa Brazil.Kalau sayang pandai bahasa Brazil cuba sayang cakap sikit abang nak dengar?” Eric berpeluk tubuh seraya memandang tunak wajah comel itu.

Ben senin gibi bir adamdan nefret!”

Giliran Ixuna membalas dalam bahasa yang kedengaran janggal pada pendengaran Ariel,Elya dan Reny.Nada Ixuna bercakap pun sudah bertukar.Gaya macam bahasa arab sahaja! Nampaknya,memang nenek mereka tidak menipu apabila mengatakan Ixuna berkebolehan bercakap dalam banyak bahasa.

“Kak Xuna cakap bahasa apa tu abang?” Reny berbisik ke telinga Ariel.

“Entah.Tapi abang rasa Xuna tengah maki Eric.” Ariel membuat spekulasi.Mereka bertiga terus mendengar perbalahan dua manusia itu.

“Itu bahasa Turki sayang.” Eric menjawab hambar.Agak sakit hati mendengar ungkapan isterinya sebentar tadi.Boleh pulak Ixuna kata,dia benci lelaki seperti Eric.Mungkin isterinya itu menyangka yang dia tidak faham bahasa Turki.

“So?” Ixuna tersenyum sinis.Gembira apabila berjaya menyakitkan hati suaminya.

Voce esta livre para me odiar,botas..eu sempre te amo” Eric menjawab dengan satu keluhan besar sebelum dia berlalu mendapatkan Yahya.

Ixuna masih terpinga-pinga di situ.Tidak faham akan bahasa yang digunakan suaminya sebentar tadi.Bahasa Brazil ke? Hendak kata Latin,bukan..Sebenarnya dia memang tidak pandai berbahasa Brazil seperi tekaan Eric.Namun dia tidak mahu mengaku hakikat itu.

“Rasanya abang cakap I love you dekat kak Xuna.” Elya yang mendengar samar-samar bicara Eric cuba meneka.

“Aku pun dengar perkataan te amo tu.Tapi aku rasa abang Eric cakap sesuatu yang lebih panjanglah.Dia guna bahasa apa ya?”

Reny sama bersoal jawab tentang bicara Eric sebentar tadi.Disebabkan mereka pernah menonton drama latin dalam televisyen jadi mereka tahu maksud te amo sama dengan maksud saya cintakan awak.Tapi,ayat Amir yang lainnya mereka tidak faham pulak!

p/s: harap anda semua terhibur dengan entry ini.thanks.
p/s: seperti janji kali lepas new entry akn naik lepas 100 likes!kali ni kite up ke 150 likes,he3.tq
p/s: rajin2 tinggalkan komen di bahagian atas.tq