BAB 21
“Eric,cuba tengok isteri kamu tu.Jauh termenung dekat depan
pintu.Pergilah berbual dengan dia,cuaca pun sejuk malam malam ni.Jangan bagi
Xuna duduk lama-lama dekat situ.” Jannah berbicara lembut pada cucunya apabila
melihat wajah sugul Ixuna yang duduk di muka pintu sambil memandang keindahan
langit malam.
Eric yang tadinya sibuk berbual dengan Ariel di ruang tamu
mengerling isterinya sekilas.Peristiwa petang tadi telah menyebabkan dia dan
Ixuna tidak bertegur hingga sekarang.Sedikit sebanyak dia terguris dengan sikap
Ixuna.Mengapa gadis itu menganggapnya begitu asing? Langsung tiada ruangkah
untuk dia berbaik dengan isterinya sendiri?
“Pergilah abang pujuk kak Xuna tu.Elya dan Reny nak berbual dengan
dia pun,dia malas nak layan.” Elya menguis siku Eric dengan jarinya.Abangnya
itu masih tidak bergerak di ruang tamu. Eric mendengus kecil sebelum menjeling
Elya.Ixuna merajuk dengan dia? Dia langsung tidak percaya.
Eric bangun dari
duduk,masuk ke dalam bilik tidur,mengambil selimut dan menuju ke pintu masuk
Teratak Kasih.Ariel,Elya dan Reny tersengih-sengih melihat gelagat Amir.Namun
mereka berpura-pura berbual dan tidak melihat apa yang Eric hendak lakukan.Sama
juga keadaannya dengan Yahya dan Jannah yang duduk bersama cucu-cucu mereka di
ruang tamu.Mereka cuba tidak membuat bising,ingin memberi peluang agar pasangan
yang baru berkahwin itu mendapatkan sedikit privasi dalam perbualan.
“Sayang,kenapa duduk dekat sini? Tak sejuk ke?” Eric menyapa
lembut apabila tiba di belakang Xuna.Xuna tidak menjawab ataupun memandang
wajah suaminya itu.Dia asyik merenung bintang yang bertaburan dan leka dalam
renungan jauhnya.
Eric menggigit bibir.Dia ni buat-buat tak dengar ke apa?! Sakit
hati betul!
“Hish sayang abang ni,termenung jauh pulak.”
Ixuna hampir terjerit apabila Eric duduk di belakangnya dan dia
terkurung di celahan kaki lelaki itu. Eric selamba menarik selimut yang diletak
atas bahunya dan membalut sama sebahagian daripada badan Ixuna yang berada di
hadapan.Kebetulan Ixuna duduk di anak tangga bawah,jadi Eric berjaya duduk di anak tangga atas daripada
kawasan dia duduk.
“Jangan tolak abang,nanti nenek dan atuk syak yang bukan-bukan.”
Eric berbisik tegas di telinga Ixuna apabila perasan tangan isterinya itu cuba
menolak tubuhnya agar menjauhi kawasan itu.Ixuna mendongkol geram.Akhirnya dia
membiarkan Eric berada begitu dekat dengannya.Tangan pemuda itu melekap di
perutnya sambil memegang selimut agar tidak terlurut ke bawah.
Wajah Ixuna terasa membahang walaupun suasana agak dingin saat itu
akibat setiap desah nafas Eric dapat dirasai telinganya.Mereka seperti berada
dalam posisi berpelukan! Ixuna menjeling ke araah ruang tamu,mukanya semakin
terbakar apabila dapat melihat sengihan daripada Yahya,Jannah dan lainnya. Eric
memang tak tahu malu! Tapi dia tidak boleh berpelakuan kasar dengan suaminya
itu.Nanti apa pula kata Jannah dan Yahya.Dengan tidak rela dia membiarkan saja
dirinya dihangatkan dengan perisai tubuh Eric yang berselimut itu.
“Sayang termenungkan apa? Abang tegur pun tak nak jawab?” Eric
masih cuba menarik perhatian Ixuna agar membuka mulut.
Kedengaran keluhan kecil pada bibir merah itu. Eric tahu Ixuna
tidak selesa berada dalam kepungannya.Namun,dia peduli apa.Apa yang yang Eric
tahu hatinya terasa berbunga-bunga bila berdekatan dengan isterinya seperti
ini.Kelihatan seperti dia dan Ixuna adalah pasanagan suami isteri yang
romantik.Menjelang malam sama-sama menyaksikan bulan dan bintang.Alangkah indah
jika Ixuna mempunyai perasaan yang sama dengannya.
“Ada tak sesuatu yang kita tak boleh dapatkan dengan duit dalam
dunia ni?” Pertanyaan Ixuna membuatkan Eric terkebil-kebil seketika.
“Ada.” Eric menjawab tenang.
“Apa?” Ixuna memusingkan kepalanya ke belakang agar matanya dapat
melihat wajah Eric.Perasaan yang sama berkunjung setiap kali Ixuna memandang
wajah tenang lagi tampan itu.Hatinya terasa damai walaupun berdebar-debar.Dia
menunggu jawapan daripada bibir Eric.
“Cinta terhadap manusia.”
“Kenapa pulak cinta? Bukan ke cinta boleh dibeli dengan duit.Ramai
perempuan yang bercinta dengan lelaki kaya sebab nak duit mereka.” Ixuna
membidas.Matanya masih tidak lari daripada memandang Eric.Wajah kacak yang
mampu mendamaikan hati penglihatnya.
“Itu bukan cinta sayang.Ia hanyalah nafsu serakah yang tamakkan
kekayaan dunia.Sebagai contoh,kalau abang bagi sayang satu billion,boleh ke
sayang mencintai abang setulus hati?” Eric menyoal dan memandang mata bundar
itu tunak.Berharapkan jawapan Ixuna tidak menyakiti hatinya.
“Tak boleh.Bagilah saya semua duit dekat dunia ni pun,saya takkan
cintakan awak.” Ixuna kembali berpaling ke hadapan dan telinganya jelas dapat
menangkap keluhan Eric.
“Bukan cinta saja yang tak boleh dibeli dengan duit sayang.Contoh
lain seperti nyawa,masa, dan udara yang kita sedut.Bila ajal kita dah sampai
boleh ke kita bagi duit dekat Malaikat Izrail untuk menghalangnya daripada
menyabut nyawa kita.Tak boleh kan?” Eric menenangkan hati sendiri.Dia
sepatutnya sudah bersedia untuk mendengar jawapan Ixuna yang jelas-jelas tidak
ada hati untuk mencintainya itu.
“Memang tak boleh..” Ixuna mengiyakan kata-kata Eric.Dia termenung
lagi.Mengapa dia tidak boleh terfikir yang banyak perkara tidak dapat dibeli
dengan duit diatas dunia ini.
“Awak percaya hantu tu wujud?” Ixuna bertanya lagi dan Eric
berkerut dahi.
“Kenapa sayang tanya soalan macam tu?” Eric tidak menjawab bahkan
dia menyoal kembali isterinya itu.Ixuna ini kadangkala suka merepek.
“Saja nak tahu pendapat awak.Banyak manusia dalam dunia ni cuma
percaya dengan apa yang terlihat di depan mata,walaupun apa yang tidak nampak
pada mata kasar kita tetap wujud.” Jawab Ixuna perlahan.
“Tidak terlihat atau belum pernah dilihat oleh mata bukanlah
beerti yang sesuatu perkara itu tidak wujud.Abang percaya yang hantu itu wujud
kerana hantu itu adalah makhluk halus yang terdiri daripada makhluk alam
ghaib.Dalam Al-Quran ada menyebut yang hantu itu terdiri daripada jin,syaitan
dan iblis.Walaupun kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar,itu bukan
bermakna yang makhluk alam ghaib itu tidak wujud.”
Ixuna angguk-angguk kepala dengan jawapan suaminya.
“Abang juga yakin yang Allah itu wujud walaupun kita selaku
hambanya tidak dapat melihat pencipta kita dengan mata kasar.Selaku manusia
yang dikurniakan akal fikiran,kita sepatutnya dapat menilai kekuasaan Allah
yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini.Bagaimana langit berdiri teguh di
atas sana tanpa tiang.Siang dan malam bertukar mengikut
waktu tanpa henti dan bagaimana setiap planet berada teguh pada paksinya. Allah berfirman dalam Al Quran surah Al-Jaatsiyah ayat 45. ‘Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang
di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan
Allah) bagi kaum yang berpikir."
Kagum dan tidak terkata.Itulah
ungkapan yang sering terbit dalam hati Ixuna apabila Amir berkata-kata.Beberapa
ketika Ixuna mendiamkan diri dan terus memandang langit.Kebesaran Allah
sememangnya dapat dilihat di segenap penjuru bumi ini.Namun,kebanyakkan manusia
termasuk dia angkuh dan malas memikirkan semua perkara itu.Orang sepertinya
selalu lalai dalam mengharungi kemewahan dunia.Ixuna beristighfar dalam
hati.Menyedari kesilapan yang sering dilakukan sebelum ini.
“Tapi kan sayang,abang ada satu perkara yang walaupun dapat
dilihat dengan mata,abang tetap sukar nak percaya.” Eric menimbulkan persoalan
untuk kembali menarik perhatian isteri comelnya berbual.
“Apa?” Ixuna bertanya pendek.
“Kekuatan sayang.” Sekali lagi Ixuna berpaling ke belakang dan
kali ini giliran dia berkerut dahi. Eric suka melihat wajah bingung gadis itu.
“Apa yang awak tak percaya tentang kekuatan saya?”
“Yalah,sayang kuat mengalahkan lelaki.Macam ahli gusti je abang
tengok.Abang masih tak percaya yang sebelum ni sayang pernah pecahkan almari
kaca dekat butik papa dengan tangan tanpa luka.”
Ixuna tergelak kecil dengan luahan jujur Eric . Eric terpukau
apabila melihat senyuman yang jarang dilihat itu menghiasi
pemandangannya.Jiwanya terasa terbang melayang seketika.
“Itu semua bukan perkara yang luar biasa pun Eric.Kalau
awak belajar lebih daripada sepuluh jenis seni mempertahankan diri sejak
kecil,tak pedulilah awak lelaki ataupun perempuan,Insya-Allah awak takkan
merasa hairan dengan kekuatan saya.” Ixuna menghela nafas panjang sebelum
menyambung bicara.
“Di luar sana lebih
ramai gadis yang memiliki kekuatan luar biasa berbanding saya.Sebagai
contoh,Varya Akulova,salah seorang daripada pemegang rekod dunia.Dia mampu
mengangkat barang seberat 350 kilogram.Jika diikutkan logik akal seorang gadis
berusia 12 tahun dengan berat 40 kilogram takkan mampu melakukan sesuatu
seperti itu. Satu contoh
lagi,seorang gadis berusia 12 tahun,Olivia Manning dari Liverpool.Institut
cerdik pandai antarabangsa mengiktiraf dia sebagai budak yang lebih genius
daripada Albert Einstein selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.”
Eric mengangguk-anggukkan kepala.Tangannya masih kejap memeluk
pinggang isterinya yang berada dalam celahan kakinya itu.Terasa hangat dalam
kedinginan malam.Ixuna pula seperti merelakan dirinya berada dalam posisi
sedemikian.
“Ini kerana seperti yang awak cakap tadi,tidak terlihat atau belum
pernah dilihat oleh mata bukan beerti sesuatu perkara itu tidak
wujud.Kekuatan,kepandaian dan semua kelebihan yang ada pada saya dan semua
manusia dalam dunia ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.”
Ixuna tersenyum di hujung ayatnya begitu juga dengan
Eric.Bersyukur dalam hati akan semua kebolehan yang terdapat dalam diri berkat
pemberian Ilahi.
“Isteri abang semakin pandai sekarang ini.” Eric memuji.
“Sejak bila pulak saya bodoh?”
Eric terjerit besar sambil menekan perut apabila Ixuna tiba-tiba
menyiku perutnya kuat.Isterinya bangun dari tangga dan meninggalkan muka pintu
yang terbuka luas.Apabila Eric berpaling ke belakang,ruang tamu kelihatan
kosong.Dia mendongkol geram.Tidak sedar yang semua ahli keluarganya sudah masuk
tidur sewaktu dia rancak berbual dengan Ixuna tadi.Patutlah Ixuna selamba
menyiku perutnya dan berlalu ke bilik tidur.Sabar jelah! Isterinya itu memang
langsung tidak memberi dia masa yang panjang untuk bermesraan!
………………………………………
“Eric,kita buat pertandingan nak?”
“Pertandingan apa pulak?”
Eric bertanya malas seraya berbaring di bangsal yang dibina
bersebelahan dengan Teratak Kasih.Sejak pagi tadi dia berada di kebun getah
bersama Ariel kerana dipaksa datuknya untuk membaja getah yang baru
ditanam.Ixuna,Reny,Elya dan Jannah tinggal di rumah dan malas ikut sama.
Sekarang badannya terasa agak letih dan tidak berdaya.Hendak mengharapkan
urutan daripada Ixuna,dia memang tidak sanggup.Bimbang jika tulangnya akan
patah dikerjakan gadis itu.
“Pertandingan panjat pokok kelapa.” Ixuna senyum teruja seraya
bersila di sisi Amir yang berbaring.
“Jangan nak merepek boleh tak? Nak buat apa panjat pokok kelapa?”
“Saya teringin nak minum air kelapalah.Jomlah Eric,panjat pokok
kelapa.” Lengan Eric digoncang kuat oleh Ixuna beberapa kali.
“Pergi ambil galah,lepas tu kait jelah.” Eric malas melayan
kerenah isterinya.Orang tengah penat bukan hendak menawarkan air atau urutan
badan.Ada pulak isterinya itu menyuruh dia memanjat pokok kelapa.Tak patut
betul!
“Alahai,tak mencabarlah kalau macam tu.Jomlah panjat.”
“Malaslah sayang,abang penat.”
“Jomlah…”
“Malas.” Eric berterusan menolak.
“Jomlah abang…My lovely hubby.My baby.” Eric tersenyum hingga ke
telinga apabila mendengar rengekan manja isterinya.Siap panggil baby bagai.Mahu
hatinya tidak berbunga-bunga. Eric pantas bangun dari baringnya dan duduk
menghadap Ixuna dengan sengihan lebar terhias di bibir.Ixuna tergelak dalam
hati.Mudah sangat suaminya ini cair dengan pujukannya.
“Sayang nak buat pertandingan macammana?” Eric menunjukkan minat.
“Em,siapa paling cepat panjat pokok kelapa dan jatuhkan lima biji
buah kelapa.Dia adalah pemenang.Saya akan set masa dekat bawah pokok.” Mudah
saja Ixuna meletakkan syarat pertandingan.
“Okey.Kalau abang menang abang nak sayang cium abang setiap
malam.” Eric mengeyitkan mata nakal dan menyebabkan Ixuna tersipu seketika.Dia
cuba menahan debar di dada sebelum mengekori Eric yang bergerak ke arah
sebatang pokok kelapa yang terdapat di belakang Teratak Kasih.
Sebatang pokok kelapa yang agak tinggi berdiri di hadapan
mereka.Kelihatan beberapa biji kelapa bewarna hijau bergayutan nun jauh di
atas. Eric selamba menanggalkan seliparnya dan bersedia untuk memanjat.
“Cepat sayang set masa,abang nak mula panjat ni.” Ixuna mengangguk-angguk
kepala mendengar arahan Eric.
Tidak sampai beberapa saat Eric mula memanjat pokok kelapa
itu.Mata Ixuna membulat melihat kelincahan suaminya memanjat pokok.Dalam kadar
seminit, Eric sudah tiba di puncak pokok dan mula mencabut buah kelapa dari tandannya
dengan sebilah parang kecil yang tersemat di pinggang. Eric menjatuhkan buah
kelapa itu satu demi satu ke bawah jauh dari kawasan Ixuna berdiri.Khuatir jika
buah itu akan menimpa isteri comelnya.Ixuna masih tergamam di bawah.Dia tidak
menyangka yang suaminya pandai memanjat pokok.
“Xuna,kamu buat apa dekat sini?” Jannah menepuk lembut bahu Ixuna
yang kelihatan khusyuk memerhatikan sesuatu di kawasan belakang Teratak
Kasih.Dia yang tadinya berada dalam dapur mendapatkan cucu menantunya yang
kedengaran berbicara dengan seseorang di kawasan belakang rumah itu.
“Oh,nenek.Tengok tu nek,ada beruk albino panjat pokok kelapa
nenek!”
Ixuna bersuara kuat sambil mengajukan jarinya ke arah Eric yang
masih berada di atas pokok.Jannah memerhatikan arah yang ditunjuk Ixuna dan dia
terkejut melihat Eric yang berbaju putih dengan seluar jeans putih sedang
memetik buah kelapa.
“Ya Allah Eric.Kamu ni dah gila ke apa?! Cepat turun
sekarang.Kalau jatuh,patah tulang kamu cu! Gunalah galah kalau nak ambil buah
kelapa tu!” Jannah terjerit-jerit memanggil nama Eric dan Ixuna ketawa mengekek
di sisi wanita itu.
Eric yang perasan semua tindak tanduk dan bicara isterinya berasa
geram tiba-tiba.Ixuna memang sengaja hendak mempermainkannya! Dia pantas turun
daripada pokok dan mendekati isterinya yang masih rancak ketawa itu.
“Amboi,sedapnya mulut sayang cakap abang beruk albino ya? Sayang
memang nak kena gigit,sayang tahu tak?!”
Belum sempat tangan Eric menggapai bahu Ixuna,Ixuna mencicit
melarikan diri.Jannah hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat Amir
mengejar isterinya di kawasan pokok kelapa itu hinggalah tertangkap.Ixuna
ketawa berguling-guling di atas tanah apabila Amir berjaya merangkul dan
menggelek perutnya.Jannah tersenyum melihat kelakuan pasangan suami isteri itu
dan berlalu masuk ke dalam rumah.Tidak mahu menggangu mood romantik mereka.
“Okey,okey.Saya minta maaf.Jangan geletek saya lagi!” Ixuna
menahan tangan Eric daripada terus menggeletek perutnya. Eric yang berada di
atas tubuh isterinya menyepetkan mata dan dia mendekati wajah isterinya itu.
“Eric awak nak buat apa ni?!”
Ixuna menggelabah apabila wajah itu semakin menghampiri.Sudahlah
dia sedang dikepung oleh tubuh lelaki itu di atas tanah.Terasa seram sejuk
tubuhnya ketika itu.Dia memejamkan mata apabila bibir Eric hampir mengenai
wajahnya.Takkanlah Eric hendak mengambil kesempatan ke atasnya seperti kali
lepas? Dia ingin mengelak.Namun tubuhnya seperti terpaku di atas tanah itu.
“Abang maafkan sayang.Tapi ingat,abang nak hadiah abang setiap
malam.”
Bisikan menggoda Eric di telinga membuatkan jantung Ixuna hampir
berhenti berfungsi.Satu kucupan hangat yang singgah di dahinya menyebabkan
Ixuna bertambah panar.Apabila dia membuka mata, Eric sudah berdiri dan suaminya
itu sempat mengulurkan tangan untuk membantu dia bangun daripada terus
berbaring atas tanah.Ixuna terdiam dan wajahnya membahang.Apa yang dia telah
lakukan? Mengapa dia duduk diam saja dengan semua tindak tanduk nakal Eric?
“Jom sayang minum air kelapa.Abang tolong kopekkan.”
Eric memimpin tangan Ixuna dengan senyuman lebar dan sekali lagi
Ixuna automatik mengikut saja pimpinan suaminya itu.Mereka berdua mengutip buah
kelapa yang dijatuhkan Eric sebentar tadi dan kembali ke bangsal.Tanpa sedar
Ixuna menguntum senyuman.Pertama kali dia rasa gembira dan tenang walaupun
bajunya kotor dibaluti tanah.Bersama Eric buat dia terlupa tentang Alex…
P/S: Maaf kalau ada nama ‘Amir’ dalam entry ni or entry sebelum
ni.Dalam manuskrip nama Emir Enrique (Eric) telah ditukar kepada Amir Andika…sebab
tulah ada terselit nama Amir dalam entry ni.
-Saya akan update 2 atau 3 part saja lagi K6BJ dalam blog ini
sebelum hold.Hold sbb nak siapkan manuskrip utk terbit~(doa2 cepat siap n
manuskrip ini pass untuk terbit.Amin~)
-Macam biasa next entry akan up selepas dapat 150 likes seperti
kali lepas.TQ sudi bace~
-rajin2,komenlah ye di atas~ love all readers! Thanks~
-rajin2,komenlah ye di atas~ love all readers! Thanks~
10 comments:
Best...nk lgi...
Nampaknya Ixuna dah terpikat pada Eric... #^_^
Sweet je klu diorang ni baik....gurau2 lg
...suke3.......
Sweet je klu diorang ni baik.....
BEST....
hehehehe... thanks sgt2 anabella smbg novel ni .. i hari2 bukak blog u nk tgk smbgn... and i x tau lah tapi ilagi SUKA NAMA ERIC... AND IXUNA... unik and comal sgt... hope kalo boleh kekal nama tu... its better,, :D
Best sngt ...
best!! xsbr nk bce next chap..
pls update citer....selagi x habis baca...sumer keje resah nak buat...heheheh
best!!!! x sabra nak baca yg seterusnya...pls!!! update...sumer keje x leh wat ..dok piker pasal citerrr..
Post a Comment