BAB
22
“Ya
Allah,cantiknya kau Xuna!”
Mata
Ariel membulat apabila memandang sebatang tubuh langsing yang molek berkebaya
merah jambu bersulam benang emas.Dengan kulit gebu kemerahan,rambut ikal mayang
paras pinggang,hidung yang mancung dan bibir merah merekah,Ixuna kelihatan
seperti puteri bangsawan yang berbaju tradisional melayu ketika itu.Untung
betul Eric kerana dapat isteri yang cantik seperti Ixuna.Tiba-tiba saja Ariel
berasa cemburu.
“Abang,akak
cantik sangat kan? Macam puteri dalam cerita dongeng.” Elya dan Reny yang sama
berkebaya mengapit sisi Ixuna.Eric yang berdiri tidak jauh dari situ hanya
mendiamkan diri.
“Apalah
sangat bagusnya menunjukkan kecantikan pada manusia yang tak sepatutnya
berbanding menunjukkan kecantikan yang dinilai oleh Allah.”
Ixuna
yang tadinya tidak sabar menunggu pujian daripada suaminya mengetap bibir geram
mendengar jawapan berbisa Eric.Sah-sah Eric memerli dia.Dia tidak menyangka
yang usahanya bersolek seperti itu langsung tidak menarik perhatian Eric.Sedikit
sebanyak hatinya terguris.Suaminya kelihatan selamba menonton televisyen dan
tidak endah untuk melihat dirinya.
Petang
itu,Jannah dan Yahya mengajak mereka semua berkunjung ke rumah jiran yang
berada di hujung kampung .Jiran mereka itu mengadakan kenduri kahwin anak
perempuan mereka.Eric menahan geram dan cemburu dalam hati.Tidak suka melihat
kecantikan Ixuna dilihat lelaki lain walaupun Ariel.Bagi Eric kecantikan Ixuna
hanya untuk tatapan persendirian dia sahaja.Namun,dia tidak mampu memaksa
isterinya itu.Tipulah kalau dia cakap Ixuna tidak cantik.Bagi Eric tiada
perempuan yang lebih cantik dalam dunia berbanding isteri comelnya.
“Cucu
nenek ni dah comel,tapi kalau pakai tudung mesti lagi cantik dan menawan.”
Jannah yang menyedari wajah cemberut Ixuna segera mendapatkan cucu menantunya
itu.Ixuna terkebil-kebil memandang seraut wajah tua itu sebelum dia memegang
rambutnya.Dia termenung sejenak,menjeling Eric sekilas dan bergegas masuk ke
dalam bilik tidur.Tidak sampai sepuluh minit,Ixuna keluar dari bilik dan dia
terus menuju ke arah suaminya yang berada di ruang tamu.
“Abang,macam
ni okey tak?” Ixuna berdiri di sisi Eric yang tidak memandangnya.
Apabila
Eric mengangkat kepala ,dia terpana.Matanya membulat melihat keindahan wajah di
hadapannya.Isteri comelnya kelihatan ayu bertudung sarung warna merah jambu
pekat dengan taburan batu swarovsky di sekelilingnya.Jantung Eric berhenti
bergerak seketika.Tidak menyangka yang isterinya begitu cantik!
“Abang,okey
tak Xuna pakai macam ni?” Ixuna bertanya lagi.Bimbang jika pemakaiannya masih
tidak kena di mata Eric.Eric baru tersedar daripada terus merenung Ixuna dan
dia berdehem kecil.Dia bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Ixuna.Hati
Ixuna berdebar-debar apabila Eric merenungnya tajam.
“Bidadari
pun tidak dapat menandingi kecantikan sayang.Sayang abang nampak cantik
sangat.Lebih cantik daripada melihat ratusan bunga yang kembang mekar dan lebih
cantik daripada melihat gugusan salji turun dari langit.” Eric berbisik lembut
di telinga isterinya.
Ixuna
tidak dapat menyembunyikan senyuman gembira.Pujian Eric membuatkan dia rasa
riang tidak tentu pasal.Belum sempat Ixuna menyambung kata wajah Ixuna merah
padam apabila bibir Eric selamba mendarat di pipi gebunya.Suaminya itu sekarang
semakin berani menyentuhnya! Tapi,Ixuna tidak rasa hendak marah dengan
perbuatan Eric itu.Dia rasa senang hati pulak!
“Jomlah
Eric,Xuna gerak.Malam nanti baru sambung aksi romantik kamu berdua dalam bilik.”
Teguran Yahya menambahkan merah di wajah Ixuna.Eric sekadar tersenyum
sumbing.Langsung tidak terkesan dengan perlian datuknya itu.Hati dia bahagia
melihat isteri comelnya berhijab.Dia memanjat kesyukuran ke atas Ilahi kerana
membuka pintu hati Ixuna untuk menutup aurat.
…………….
Suasana
di rumah Puan Rosnani meriah dengan kedatangan ratusan tetamu yang dijemput
hadir bagi meraikan majlis perkahwinan anak bongsunya,Sharifah.Sebaik tiba di
majlis kenduri kahwin itu,Jannah dan Yahya mendapatkan Rosnani dan suaminya
Rasyid.Biasalah jiran sekampung,semua mempunyai ikatan sillaturrahim yang
kukuh.Elya,Reny dan Ariel tidak tunggu lama.Terus menyerbu khemah makanan.Macam
orang tidak pernah makan sahaja gaya mereka bertiga.Sementara Eric merenung
Ixuna tidak puas-puas sejak daripada Teratak Kasih lagi.
Ixuna
memandang sekeliling dengan senyuman lebar.Kelihatan orang ramai bersalaman dan
berbual mesra.Set karaoke dipasang di sebelah khemah makanan yang bertaut
dengan kain merah dan hijau.Warna yang terang dan menarik perhatian.Pelbagai
lagu didendangkan untuk menghibur pendengaran para tetamu yang hadir.Ixuna
membelek dirinya daripada atas hingga ke bawah sebelum tersenyum lagi.Mujurlah
dia berkebaya dan tidak berjeans atau bertshirt.Tidak menyangka yang semua
perempuan dalam majlis itu mengenakan pakaian tradisional melayu seperti baju
kurung dan kebaya.Hanya lelaki yang berpakaian bebas tetapi masih menutup
aurat.
“Sayang
termenung apa lagi tu? Tak nak makan ke?” Tangan Ixuna diraih lembut.
Eric
melihat isterinya itu seperti sedang mengelamun.Ixuna memandang Eric sebelum
mengangguk-angguk kepala.Dibiarkan saja suaminya itu memimpin tangannya ke
khemah menjamu selera.Eric dan Ixuna berdiri di deretan makanan yang dihidang
secara buffet.Terdapat nasi minyak dengan lauk ayam masak merah,daging lembu
masak hitam,daging kambing masak kurma,aca nanas,pudding caramel dan air
buah-buahan.Mengikut pandangan Eric,majlis yang diadakan itu boleh dikira
berkos tinggi juga buat orang kampung.
“Saya
nak ambil semua makanan ni boleh?” Terkebil-kebil mata Ixuna memandang wajah Eric
sambil memegang pinggan polisterin.Eric yang melihat wajah comel itu menahan
gelak.
“Perut
sayang tu kecil je okey.Jangan tamak nak ambil makanan banyak-banyak.Ambil
sikit je dulu.Nanti tak habis makan,membazir.Kalau tak cukup nanti baru
tambah.” Jawab Eric sambil mengusap lembut pipi kanan Ixuna.Ixuna angguk-angguk
kepala sebelum mula mengambil makanan dengan agresifnya.
Mata
Ariel,Elya dan Reny membulat apabila melihat sepinggan penuh makanan yang
dibawa Ixuna.Gadis itu melabuhkan punggung di sisi Elya berhadapan dengan Eric
yang menggeleng-geleng kepala.Susah betul hendak bercakap dengan isteri
comelnya yang macam tak faham bahasa melayu itu.Orang kata jangan ambil makanan
banyak-banyak,diangkutnya sebanyak yang boleh pulak! Sabar jelah!
“Akak
larat ke nak habiskan semua makanan ni?” Tanya Elya sambil melihat pinggan
Ixuna yang dipenuhi semua jenis makanan.Tidak cukup dengan itu,Ixuna turut
mengambil dua mangkuk pudding caramel dan dua cawan jus laici.Mengapa dua dan
bukannya satu? Apabila Elya memandang ke arah Eric,abangnya itu juga ada
makanan dan minuman yang sendiri? Maknanya dua bahagian makanan yang diambil
Ixuna itu adalah untuk dirinya seorang!
“Kita
perlu makan dengan banyak untuk meningkatkan tenaga batin.” Jawapan Ixuna
menyebabkan Ariel dan Eric sama-sama tersedak air yang diminum.Wajah Elya dan
Reny kemerahan sementara Ixuna beriak selamba dan memulakan suapan.
“Apa
yang kau dah buat kat Ixuna ni bro? Semangat sekali nak menguatkan tenaga batin
bagai? Suruh dia minum air kacip Fatimah jelah.” Ariel berbisik di telinga Eric
sebelum sepupunya itu menyiku perutnya kuat.Ariel mengaduh kesakitan dan
tergelak kecil.
Eric
memandang Ixuna sekilas sebelum menghela nafas pendek.Dahlah blur dan tak
pandai dengar nasihat orang.Mulut main lepas cakap ikut sukahati dia saja.Tapi..Ixuna
tetap comel! Dia tahu yang Ixuna langsung tidak berniat tentang satu perkara
pun yang diperkatakannya.Mungkin gadis itu membicarakan fakta yang
dipelajarinya sebelum ini.
“Hai
Eric,dah lama tak nampak you.You bila balik sini?” Sedang mereka rancak makan
dan berbual,seorang perempuan datang menyapa Eric.Ixuna melihat gadis yang
berkebaya ketat tanpa tudung itu dari atas hingga ke bawah.Cantik dan
seksi.Badan lentik habis.Cuma..mukanya macam tua sikit.Mungkin perempuan itu
berusia awal 30-an.
“Oh,Diyana,I
baru je balik sini.You balik kampung untuk datang majlis kerja kahwin adik you
ke?” Wajah Eric berubah apabila melihat muka Diyana.Boleh terlupa pulak yang
Diyana adalah anak sulung kepada Puan Rosnani.Eric beristighfar dalam hati
apabila melihat baju yang dipakai gadis itu.Macam sarung nangka!
“Yalah.Takkanlah
I nak balik kampung suka-suka.I banyak kerja dekat KL tu.Ini pun I balik sebab
mak sibuk suruh I balik.” Dengan tergedik-gedik Diyana menjawab pertanyaan
lelaki idamannya itu.Lelaki yang digilainya sejak dahulu lagi.
“Gila
betullah dia ni.Makan macam raksasa.” Ariel langsung tidak mempedulikan
kedatangan Diyana.Dia lebih berminat memerhatikan Ixuna makan hingga licin
semua makanan yang diangkut tadinya.
Eric
turut tercengang melihat isterinya itu.Ada saka ke apa sampai boleh makan
dengan begitu banyak? Badan dahlah kecil molek je? Astagfirullahal-Azim…apa
yang kau merepek ni Eric! Ixuna membasuh tangan dengan kendi yang terdapat di
atas meja.Ariel berbaik hati menuangkan air ke atas tangan gadis itu.Tisu
dihulurkan dan Ixuna mengelap mulut.Dia bersandar pada kerusi dengan senyuman
puas.Perutnya yang lapar sudah diisi dengan penuh! Sekarang dia banyak tenaga! Eric
masih tercengang melihat isterinya itu.Teruk betul perangai! Lain kali dia
tidak mahu membawa Ixuna ke majlis kahwin orang.Bukan apa,takut isterinya itu
menghabiskan makanan sebelum orang lain sempat makan!
“You
dah makan Eric?” Diyana bersuara lagi apabila Eric kelihatan tidak
mengendahkannya.
“Dah.”
Buta ke apa? Tak nampak ke pinggan polistrin dengan sisa makanan yang terdapat
di hadapannya? Bentak Eric dalam hati.
“Ketatnya
kain dia.Tak takut koyak dekat bahagian punggung ke?”
Pertanyaan
Ixuna ke arah Reny dengan suara yang agak kuat menyebabkan Diyana berhenti
daripada ingin berbual lanjut dengan Eric.Dia memandang gadis comel yang
bertudung merah jambu itu lama.Siapakah gadis itu? Adik Eric ke? Setahunya Eric
hanya mempunyai seorang adik perempuan iaitu Elya.Reny adalah adik Ariel.
“Boleh
I tahu you ni siapa? Kawan Elya dan Reny ke?” Diyana bertanya dengan nada ingin
tahu.Dia memaafkan gadis comel itu akan kebiadaban bicaranya sebentar tadi
kerana Diyana memikirkan Ixuna masih budak-budak hingusan.
“Oh
Diyana,I lupa nak kenalkan..this is my..” Bicara Eric mati begitu sahaja apabila Ixuna
bangun daripada duduk dan berlari keluar daripada khemah makanan.Dia terkejut
besar dengan reaksi isterinya itu.Namun Eric pantas tergelak apabila melihat
Ixuna khusyuk memerhatikan rombongan pengantin lelaki yang sedang diarak dengan
kompang tidak jauh daripada situ.Ingatkan kenapalah tadi! Bikin dia cemas saja.Eric,Ariel,Elya
dan Reny meninggalkan Diyana dan mengikuti jejak Ixuna.
“Wow,sedapnya!”
Ixuna terjerit kecil dengan wajah yang begitu girang.Eric yang telah berdiri di
sisi gadis itu berkerut dahi.
“Apa
yang sedapnya sayang? Tak habis dengan makanan dia ni ek?”
“Bukan
makananlah.Bunyi kompang sedap..Eh sedap? Bukan sedap tapi indah dah best.”
Ixuna membetulkan ayat dan menghayati bunyi paluan kompang yang bergema di
segenap penjuru itu.Bunyi itu agak bingit namun bisa menggembirakan
hatinya.Bunyi yang menggambarkan perasaan gembira dan kemeriahan majlis itu.
Eric
tidak memberi sebarang respon terhadap kata-kata Ixuna yang kedengaran
pelik.Dia membiarkan Ixuna melihat dan menghayati suasana itu.Sedikit sebanyak Eric
berasa terkilan kerana tidak mengadakan majlis perkahwinan gaya kampung sewaktu
dia berkahwin dengan Ixuna dulu.Dia fikir Ixuna adalah gadis bandar yang
sukakan perkahwinan penuh kemewahan dan glamour.Namun,Eric tersilap
perhitungan.Hanya dengan majlis seperti ini,Ixuna mampu mengukir senyuman
mekar.Senyuman mekar yang membuatkan jiwa Eric melayang-layang saat memerhatikan
gadis itu.
“Eric,awak
tak pandai bersilat ke?” Pertanyaan Ixuna mematikan lamunan Eric.
“Bersilat?
Pandai sayang.Kenapanya?” Belum sempat Eric mendapatkan jawapan daripada
Ixuna,tubuhnya di dorong kuat ke hadapan oleh isterinya itu.
Eric
terkedu bila mendengar orang ramai bersorak.Di hadapannya kelihatan pengantin
lelaki sedang duduk di sebuah kerusi sambil dikipas oleh
pengapit.Aduhai,macammana dia boleh tidak sedar yang pengantin lelaki telah
tiba di perkarangan rumah dan disambut oleh persembahan silat! Mana-mana
penduduk kampung yang berminat boleh berhadapan dengan pengantin lelaki dan
menunjukkan bunga silatnya.Adat melayu yang menjadi ikutan hingga sekarang.Eric..yang
kau pergi cakap pandai bersilat dekat Ixuna,kenapa? Masaklah kau sekarang!
“Abang,you
can do it!” Jeritan Ixuna dengan wajah ceria tidak jauh dari tempat Eric
berdiri membuatkan pemuda itu bersemangat serta merta.Pantas saja dia membuka
langkah silat yang pernah dipelajari di sekolah menengah dahulu.Walaupun tidak
berapa mahir,Eric tetap mahu melakukan perkara yang mampu menggembirakan
Ixuna.Selesai bersilat tidak sampai seminit,Eric bersalaman dengan pengantin
lelaki sebelum berlalu mendapatkan Ixuna.
“Macammana
dengan gaya abang bersilat? Okey tak?” Tanya Eric dengan wajah berseri-seri ke
arah Ixuna.
“Macam
poyo…Saya rasa saya mampu bersilat jauh lebih baik berbanding awak.” Apabila
orang lain tidak mendengar,Ixuna kembali memanggil Eric dengan gelaran saya dan
kau.Eric terpempam,bicara Ixuna mampu menjatuhkan semangatnya dalam sekelip
mata.Mengapa isterinya itu langsung tidak tersentuh dengan apa yang dia
tunjukkan?
Ixuna
menahan gelak apabila melihat wajah Eric yang berubah kosong.Tidak menyangka
yang suaminya itu sensitif orangnya.Dia yang tadi berlalu ke bahagian hadapan
segera mendekatkan diri dengan Eric. “Walaupun gaya awak bersilat sangat poyo,awak
tetap menjadi pensilat yang paling istimewa di mata saya.Sebab bila orang lain
yang bersilat,saya langsung tak teruja untuk melihat.” Ixuna menepuk lembut
bahu Eric yang terkebil-kebil memandangnya.Tidak sampai sesaat keceriaan
kembali terpamer di seraut wajah tampan itu.
“Nakal
ya? Suka sangat buat orang terasa hati.” Eric menarik hidung mancung Ixuna
sebelum memaut erat bahu isterinya.Lega rasa hati mendengar ungkapan Ixuna yang
dia tidak tahu ikhlas atau tidak.Mereka berdua terus menyaksikan pengantin
lelaki diarak untuk masuk ke dalam rumah pengantin perempuan.Punyalah susah
hendak bersanding,banyak sangat adat yang perlu diikuti.Bebel Eric dalam hati.
“Eric,banyak
ke duit yang dia orang bagi?”
Ixuna
bertanya apabila melihat sekumpulan perempuan memagar pintu rumah pengantin
perempuan dengan tubuh mereka.Menghalang rombongan pengantin lelaki daripada
masuk ke dalam.Mereka meminta bayaran tol daripada rombongan pengantin lelaki
sebelum memberikan laluan.Beberapa ketika pengapit pengantin lelaki kelihatan
mengeluarkan banyak sampul kecil seperti sampul duit hari raya dan
mengagihkannya kepada perempuan-perempuan itu.Kata Eric adat orang kampung di
negeri Johor kebanyakkan memang begitu.Sebelum membenarkan pengantin lelaki
melangkah masuk ke dalam rumah pengantin perempuan,mereka perlulah membayar tol
terlebih dahulu.
“Kalau
sayang nak tahu,sayang pergilah minta sampul duit tu.” Kali ini giliran Eric
mendorong tubuh isterinya ke hadapan.
Wajah
Ixuna merah padam apabila dia hampir terlanggar pengantin lelaki yang ingin
memasuki rumah.Perempuan-perempuan yang memagar laluan tadi telah ke tepi
setelah mendapat bungkusan duit masing-masing.Kini hanya Ixuna yang menghalang
lalu lintas pengantin lelaki.Ixuna mengetap bibir sambil menjeling Eric yang
ketawa berdekah beberapa kaki disisinya.Suka hati betul dia!
“Pokok
senduduk dan pokok semalu,segar kehijauan di bawah sinaran rembulan,pihak tuan
masih tidak boleh lalu,kerana masih ada tol yang memagari jalan.”
Pantun
spontan daripada Ixuna menyebabkan Eric melopong.Bukan itu sahaja bahkan
rombongan pengantin lelaki tersenyum-senyum melihat gadis yang menghalang
laluan mereka itu.Pihak pengantin perempuan yang tidak mengenali Ixuna,mula
berbisik sesama sendiri.
“Dari
hulu klang ke hulu langat,bawa kenderaan laju-laju,setakat bayar tol apalah
sangat,jika dapat melihat bidadari salju.” Pantun empat kerat merepek yang
diutarakan oleh pengapit pengantin lelaki menyebabkan perkarangan rumah gamat
dengan sorakan orang ramai.Tidak pernah dibuat orang,hendak masuk ke rumah
pengantin kena berpantun bagai.Ingat hendak masuk meminang ke apa?!
“Buah
nangka dan buah cempedak,jatuh menghempap rimbunan dedalu,pengantin lelaki nak
bersanding atau tidak,cepatlah bayar tol dan saya akan berlalu.” Ixuna mana
pernah mengaku kalah.Dia buat muka selamba dan masih memagari jalan.
Akhirnya,pengantin
lelaki yang berpakaian serba hijau menarik keluar sepuluh sampul kecil daripada
poket pengapitnya dan menyerahkan sampul itu kepada Ixuna.Jika dibiarkan gadis
comel itu berbalas pantun dengan pengapit,mungkin sampai ke malam mereka masih
berdiri di luar rumah pengantin perempuan.Ixuna tersenyum lebar sebelum berlalu
ke tepi.Pengapit pengantin lelaki sempat mengeyit mata gatal ke arah Ixuna
sebelum masuk ke dalam rumah.
“Yeah!
Saya dapat!” Ixuna melayang-layangkan sampul duitnya di hadapan Eric yang
berwajah cemberut.Bengang betul apabila melihat ada lelaki yang ingin bermain
mata dengan isteri comelnya.Berdesing telinga Eric sebentar tadi apabila pemuda
yang berbalas pantun dengan Ixuna mengatakan isterinya itu umpama bidadari
salju.Dia tahulah isterinya itu putih gebu.Tapi tak perlulah nak pandang
lebih-lebih!
“Sayang,abang
tak suka..”
“Ha,50
sen je?” Kata-kata Eric mati begitu sahaja apabila Ixuna menunjukkan syiling 50
sen yang dikeluarkan daripada sampul yang didapati sebentar tadi.Wajah ceria
Ixuna berubah mendung tiba-tiba.
“Habis
tu sayang ingat dia orang nak isi berapa ringgit duit dalam sampul tu?”
“Paling
kurang 50 ringgit! Tak pun lima ratus!” Eric segera menekup mulut Ixuna apabila
merasakan suara isterinya itu sangat nyaring.Dia tidak mahu mendapat malu
dengan sikap kebudak-budakkan Ixuna itu.
“Sayang,muflislah
pengantin lelaki kalau satu orang yang pagar rumah tu nak kena bayar lima ratus
ringgit.Sayang ingat dia orang jutawan ke?” Soal Eric perlahan.Kasihan pulak
melihat wajah comel yang mula mengeluarkan semua syiling 50 sen daripada
sepuluh sampul yang diperoleh dan disusun atas telapak tangan.
“Em..tapi
saya malu sebab nak kena berpantun tadi.Patutnya dia orang bayar saya mahal.”
Protes Ixuna tidak puas hati.Mula mempamerkan muncung itiknya.Pertama kali
dalam hidup dia memagar perjalanan pengantin lelaki dan meminta bayaran tol.Ini
semua Eric punya pasal! Wajah suaminya ditenung dengan perasaan bengang.
“Okey,abang
yang salah.Nanti abang bayar dekat sayang lima ribu ringgit sebagai bayaran
sayang memagar jalan tadi.Macammana?” Tawaran Eric membuatkan senyuman kembali
bertandang di wajah itu.
“Ini
yang saya suka ni.” Ixuna menyeringai sebelum menyerahkan ke semua duit
syilingnya kepada seorang kanak-kanak yang kebetulan melintas di situ.
“Ha,mana
duitnya?” Pantas sekali Ixuna menadah tapak tangan di hadapan Eric.Eric menahan
gelak.
“Duit
tu abang nak bagi dekat sayang,tapi sayang kena pulangkan dekat abang semula.”
“Kenapa
pulak?”
“Yalah,abang
pun nak bayaran lima ribu ringgit daripada sayang sebab sayang paksa abang
bersilat tadi.Ini kali pertama abang bersilat di hadapan pengantin.” Jawapan Eric
menyebabkan Ixuna melopong.
“Eric,awak
penipu!” Geram betul Ixuna dengan gelagat suaminya itu.Saja hendak
memperbodohkan dirinya! Eric mengekeh ketawa melihat wajah cemberut
Ixuna.Materialistik betul! Tanpa disedari perlakuan pasangan itu diperhatikan
oleh seseorang.
Ixuna
dan Eric hanya mengintai daripada luar pengantin bersanding dalam rumah.Pada
mulanya,mereka berdua ingin masuk dan melihat daripada dekat mempelai
itu.Namun,orang ramai terlalu sesak dalam rumah.Jadi Eric dan Ixuna membatalkan
niat mereka.Setelah kaki penat berdiri di tepi tingkap,Ixuna dan Eric bergerak
menghampiri khemah orang yang sedang rancak berkaraoke.Pelbagai lagu
perkahwinan dinyanyikan.Ixuna menggoyang-goyangkan kepala perlahan sambil
bertepuk tangan riang.Eric yang melihat sekadar tersenyum simpul.
“Sayang,abang
nak pergi tandas sekejap.Sayang tunggu sini ya?” Ixuna angguk-angguk kepala
mendengar kata-kata Eric.Eric sempat mengusap kepala isterinya sebelum berlalu
ke belakang rumah.
Mengenangkan
Eric pernah bertandang ke rumah Puan Rosnani sebelum ini,dia tidak mempunyai
masalah untuk menuju ke tandas.Melalui pintu belakang yang terbuka Eric
melangkah masuk ke dalam rumah batu itu.Beberapa orang wanita di dapur sedang
sibuk membungkus makanan untuk diagihkan kepada orang ramai bagi dibawa pulang
ke rumah.Eric sempat tersenyum ke arah makcik-makcik kampung itu yang masih
mengecam wajahnya sebelum terus ke tandas.Selesai qada hajat Eric bergegas
keluar rumah.Ingin mendapatkan isterinya.Namun langkahnya dihalang oleh
seseorang.
“Eric,you
tak cakap lagi dengan I siapa budak tadi tu?” Wajah Diyana kelihatan bengang
saat itu.Terngiang-ngiang di telinganya yang Eric memanggil gadis comel tadi
dengan panggilan sayang.Mengapa Eric melayan gadis itu dengan begitu mesra?
Setahu Diyana Eric bukanlah lelaki yang mudah melayan perempuan seperti Ariel.
“Oh,I
lupa nak cakap.Perempuan yang you cakap budak tu adalah isteri I.Nama dia Rania
Ixuna.” Jawapan Eric menyebabkan Diyana terpempam.Wajahnya yang tadi agak
kemerahan bertukar pucat.Eric sudah berkahwin? Lelaki kegilaannya telah
berkahwin dan dia tidak tahu?!
“You
jangan nak tipu I.Bila you kahwin? Kenapa I tak tahu pun? I tengok budak tu
macam sebaya adik you je? Takkan you kahwin dengan budak bawah umur?” Seperti
machine gun mulut Diyana bertanya.Dia berpeluk tubuh menanti jawapan daripada Eric.
“I
tak tipu you.I baru je kahwin,tak sampai sebulan pun.I ada beritahu datuk dan
nenek I suruh beritahu keseluruhan orang kampung ni yang I nak kahwin dan
jemput mereka hadir.Tapi mungkin orang kampung ni ramai tak kenal I dan KL pun
agak jauh untuk pergi.I pasti nenek I ada cakap dekat mak you pasal I nak
kahwin.Mungkin mak you lupa nak beritahu you.” Panjang lebar Eric menjawab.
Dipandangnya
gadis sebayanya itu dengan pandangan meluat.Dia masih ingat yang Diyana pernah
meluahkan perasaan cinta terhadapnya tiga tahun lepas dan dia menolak perasaan
gadis itu bulat-bulat.Waktu itu dia dan Ariel sering bertandang ke kampung
untuk melawat Jannah dan Yahya.Setiap kali datang gadis itu akan bertandang ke
Teratak Kasih dengan membawa pelbagai jenis kuih muih.Dia dan Ariel langsung
tidak menyentuh kerana bimbang terkena buatan orang.Dia bukan berfikiran
negatif cuma mengambil langkah berjaga-jaga.
Eric
kurang suka dengan sikap gedik Diyana yang selalu membangga-banggakan kerjanya
sebagai penjaga butik di Kuala Lumpur.Hendak balik ke kampung pun apabila
dipaksa oleh ibunya,Puan Rosnani.Eric tahu serba sedikit tentang gadis itu
melalui Jannah.Jannah dan Yahya sendiri tidak suka jika Eric atau Ariel
berbaik-baik dengan perempuan seperti Diyana.Mungkin ada yang tidak kena
tentang perempuan itu dimata datuk dan neneknya.
“Ha,I
lupa nak cakap,isteri I tu bukan bawah umur.Dia dah 25 tahun.Cuma muka dia tu
babyface sangat.Sebab tu I kahwin dengan dia cepat-cepat.Takut dia dikebas
lelaki lain.”
Eric
tersenyum mengena sebelum berlalu meninggalkan Diyana yang wajahnya masam
mencuka.Eric kembali bergerak ke kawasan khemah karaoke.Ingin mendapatkan
Ixuna.Senyuman yang tadi terukir di bibir hilang begitu saja apabila mendengar
sorakan orang ramai di hadapan khemah karaoke.Eric terasa nafasnya sesak dan
wajahnya membahang menahan marah apabila melihat isteri comelnya sedang rancak
menyanyi lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Saloma sambil menggerak-gerakkan
badan di hadapan orang ramai.Tamat saja Ixuna menyanyi,orang ramai bertepuk
tangan dan para pemuda bersiul gatal.Eric mengetap bibir geram.
“Malangnya
you dapat isteri yang bandar sangat macam perempuan tu.Buat malu saja.” Diyana
yang perasan wajah bengang Eric sempat menyindir.Eric mendengus geram sebelum
cepat mendapatkan Ixuna yang baru keluar daripada khemah karaoke.Kelihatan
isterinya itu disapa oleh ramai orang.Macam artislah pulak!
“Bestlah
suara akak.Macam suara Britney Spears!” Reny menyeringai sambil memegang tangan
Ixuna.Elya dan Ariel turut mempamerkan senyuman gembira apabila melihat
persembahan Ixuna sebentar tadi.Sebenarnya,Ixuna bukanlah berminat untuk
berkaraoke.Namun,seorang makcik sibuk menolaknya masuk ke dalam khemah itu dan
menyuruh dia menyanyikan sebuah lagu untuk suka-suka.Jadi,Ixuna nyanyi
sajalah.Dia tidak menyangka yang suaranya disukai ramai.
“Ixuna,awak
buat apa?!” Sergahan Eric menyebabkan mereka berempat terdiam.
“Saya
tak buat apa-apa.Baru selesai berkaraoke.” Jawab Ixuna tanpa perasaan bersalah.
“Jom
balik.Sekarang!” Eric membentak sebelum mengheret tangan Ixuna meninggalkan
majlis kerja kahwin itu.Dalam sekelip mata mood gembiranya hilang begitu saja.
P/S: 2 BAB SEBelum hold.Alhamdullilah manuskrip K6BJ dah siap n dah dihanta pada penerbit.Ade rezeki...terbitlah nanti.Mekasih pada semua pembaca yg support K6BJ selama ni.
-sAME2 doa yang K6BJ lulus penilaian n cepat diterbitkan~
-100 likes 4 next entry.
-rajin2 komenlah ye.love u all~
10 comments:
best la sis :)
Akhirnya....penat tnggu entry baru.
Akhirnya....penat tnggu entry baru.
Wah tak lama dah nak peluk k6bj...suke2....
cepatlah keluarkan 2 bab tu and panjangkan cket. And suruh penerbit tu keluarkan buku tu cepat sikit . . . PERASAAN:X SABAR
hi, nak baca/beli K6BJsecara ebook boleh, x sempat nak ke kedai buku lagi pun bukan nye ada. saya suka mengumpul dan baca online je. Jualah secara ebook senang membeli hantar kat email je cam penulis sara iman buat bagus tau berbaloi-baloi buat penulis dan pembaca :)
Alahhh Eric ni chill lah! Rilek brader rilek! Ermm writer hantar karya writer dekat penerbit mana? Fajar Pakeer?
NIce..suka suka suka !
Mmg best..
Best .
Post a Comment