Thursday, June 20, 2013

NOVEL : KAHWIN 6 BULAN JE?! BAB 23





BAB 23

Sepanjang perjalanan pulang ke Teratak Kasih Ixuna menadah telinga mendengar ceramah percuma daripada Eric.Mujurlah Ariel membawa kereta sendiri,jadi Elya,Reny,Jannah dan Yahya pulang dengan keretanya.Eric buat perangai dengan mengheret Ixuna pulang awal ke rumah.Dia memang panas hati dengan perangai Ixuna yang langsung tidak kelihatan seperti seorang isteri.
“Jangan setakat pakai tudung tapi perangai tak tahu nak jaga!” Eric meledakkan kemarahan yang tidak berhabisan sebaik Ixuna menapak masuk ke dalam Teratak Kasih.
“Oh,kalau macam tu saya tak perlu pakai tudung dan saya tak perlu jaga perangai saya.”
“Susah betul nak cakap dengan perempuan blur macam awak ni.Nak kata tak pandai,awak pandai sangat sampai nenek saya sukakan awak.Tapi perangai dan sikap awak macam orang tak bertamadun.Macam orang takde agama!” Tempik Eric lagi.Ixuna melabuhkan punggung di atas sofa dan memerhatikan Eric yang berjalan ke hulu dan ke hilir dihadapannya.Sudah hilang gelaran sayang dan abang daripada bibir pemuda itu.
“Saya bukan pandai sangat pun.Saya kurang ilmu agama.” Ixuna jawab pendek.Sedikit sebanyak kata-kata Eric menyentap tangkai hatinya.Tidak menyangka yang perbuatannya menyanyi di majlis kahwin tadi mendatangkan kemarahan Eric.Jawapan Ixuna menyebabkan Eric terdiam lama.Dia beristighfar dalam hati dan cuba menenangkan diri.Beberapa ketika dia duduk di sisi Ixuna dan menghela nafas panjang.
“Sayang,seorang perempuan tak elok menyanyi atau menari di hadapan orang ramai.Takde adab dan  berdosa sayang.Mendedah aurat itu berdosa,suara pun adalah aurat kepada wanita.Tak baik terlalak-lalak di hadapan orang ramai.Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 32. ‘Maka janganlah kamu wahai wanita, melembutkan suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik kandungan dan tatacaranya’” Nasihat Eric dengan suara kecewa.Ixuna diam tidak berkutik mendengar bicara suaminya itu.
………………..
“Akak okey?” Elya bertanya apabila melihat Ixuna tidak banyak mulut malam itu.
“Okey je.” Ixuna jawab ringkas sebelum memaut bahu Elya.Tangan kirinya menjimbit bungkusan sate untuk dibawa pulang ke rumah.
Mereka bertiga baru pulang daripada warung Mak Limah yang terletak agak jauh daripada Teratak Kasih.Elya teringin makan sate yang dijual daripada warung itu. Ixuna tidak berfikir panjang.Dia terus mengheret Elya dan Reny berjalan kaki menuju ke warung itu.Ixuna malas memandu kereta kerana ingin mengambil udara malam.Eric dan Ariel pula lewat pulang daripada masjid kerana mendengar tazkirah selepas Solat Isyak bersama Yahya.Jannah di rumah tidak sempat menghalang tindak tanduk cucu dan cucu menantunya.Ixuna bukan seorang gadis yang mendengar kata!
“Abang Eric tu sayang dekat akak.Sebab tulah dia marah bila akak menyanyi depan orang ramai tadi.” Reny yang tadi berdiam diri mula berbicara.
“Mana Reny tahu yang Abang Eric sayangkan akak?” Soal Ixuna pelik
“Abang Ariel cakap.Abang Eric bukan jenis pemuda yang ambil kisah akan hal orang yang dia tak sayang walaupun ada pertalian darah.Mengenangkan akak adalah isteri kesayangan abang Eric,barulah abang Eric bengang dengan akak.” Jawapan Reny membuatkan dahi Ixuna berkerut.Dia isteri kesayangan Eric? Macam tidak percaya saja?! Tapi reaksi Eric siang tadi benar-benar mengejutkan Ixuna.Suaminya itu marah sangat apabila nyanyiannya menjadi tontonan ramai.
“Abang Eric bukan setakat marah tapi dia cemburu sebab ramai lelaki usha akak.Yalah,akak kan cantik dan comel sangat.Sebab tulah abang Eric takut akak digoda lelaki lain.” Tambah Elya dan Ixuna sekadar memerhatikan langit.Langit terang dengan sinaran bulan dan ribuan bintang bergemerlapan.
Jam tangan menunjukkan pukul sepuluh malam.Suasana sangat tenang dan mendamaikan hati.Ixuna menarik nafas panjang dan menghembusnya berkali-kali.Sangat suka udara segar kampung! Langsung tidak terlintas kata-kata Elya dalam benak fikiran Ixuna.Eric cemburu terhadap lelaki lain yang ingin mendekatinya? Lelaki itu tidak perlu dan tidak patut cemburu kerana daripada awal hati Ixuna memang bukan milik Eric.Apabila berada dalam hening malam,fikiran Ixuna menerawang mengingati Alex.Entah apalah khabar buah hatinya itu.Berapa lama janjinya terhadap Alex boleh bertahan jika sikap ambil berat Eric mula mempengaruhi diri.
“Hai cik adik manis.Nak ke mana malam-malam buta ni.” Suara seorang lelaki yang tiba-tiba muncul daripada semak samun mematikan langkah mereka bertiga.Ixuna menarik tangan Elya dan Reny agar membelakanginya.
“Oh,inilah anak-anak ayam daripada KL yang bebudak ni cakap tadi.Bergetah siot!” Seorang lagi pemuda 20-an keluar dari semak samun dengan mata yang agak kemerahan.Baru lepas lalok menghisap ganja.
“Akak,Elya takut.” Elya menggigil di belakang Ixuna bergitu juga dengan Reny.
Tidak sampai dua minit.Berdiri lima orang lelaki di hadapan mereka.Mereka sudah lama mengikut jejak langkah Ixuna.Sejak dari warung tadi.Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang tiga gadis genit itu.Peluang mereka terbuka luas apabila Ixuna,Elya,dan Reny berjalan di kawasan yang sunyi dan jarang dilalui penduduk kampung pada waktu malam.Jika ada rezeki,tiga orang gadis comel itu akan menjadi mangsa mereka.Lima pasang mata memandang tubuh Ixuna dari atas hingga ke bawah.Tubuh yang mengiurkan dan putih gebu.Alangkah beruntungnya mereka jika dapat menjamah tubuh itu.
“Fikir ada anjing gila yang mengejar kau orang daripada belakang.Bila ada ruang,kau orang berdua berpegang tangan dan larilah selaju mungkin.Kalau boleh lebih laju daripada larian marathon.Jangan fikir apa-apa kecualilah teruslah berlari ke rumah.Akak akan uruskan hal dekat sini.” Ixuna berbisik perlahan ke telinga Elya dan Reny.Tidak mahu kedua gadis itu ketakutan.
“Kita orang takkan tinggalkan akak.Kalau mereka apa-apakan akak macammana?” Reny bersuara tegas.Pelbagai kemungkinan buruk berlegar-legar dalam benak fikirannya saat itu.Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada Ixuna.
“Lebih baik akak yang di apa-apakan daripada kamu berdua turut menjadi mangsa.Kamu berdua jangan lupa yang kekuatan akak melebihi kekuatan lelaki.Sekarang siap sedialah untuk lari.Insyaa-Allah,Allah akan melindungi kita.” Ixuna memberi kata-kata semangat dan dua gadis itu angguk-angguk kepala.
“Apa yang bisik-bisik lagi tu.Bersedialah cantik.” Salah seorang daripada pemuda itu mula melonggarkan zip seluarnya.Menahan gersang yang tidak terhingga apabila melihat Ixuna.
Ixuna tidak tunggu lama,dia mendekati salah seorang daripada pemuda itu dan mula menghadiahkan penumbuk.Apabila ada pemuda yang ingin menerpa Elya dan Reny,Ixuna menghalang.Ditendak dan disepaknya kemaluan mana-mana pemuda yang ada dihadapan.
“Sekarang!” Ixuna menjerit nyaring ke arah Elya dan Reny apabila kelima-lima pemuda tadi mula menyerangnya.Dengan air mata yang berlinangan dan rasa terpaksa,Elya dan Reny berpegangan tangan dan memecut laju meninggalkan Ixuna bersendirian.Dalam hati mereka berdua tidak henti berdoa agar Ixuna tidak apa-apa.
……………..
“Kenapa awak bagi cucu-cucu kita keluar Jannah? Hari dah malam ni.” Yahya bersandar dengan wajah bimbang di atas sofa.Baru pulang daripada masjid Jannah terkocoh-kocoh memberitahu yang Ixuna,Elya dan Reny telah lama keluar rumah dan masih belum pulang.
“Elya teringin nak makan sate sebab tu Ixuna bawa dia keluar rumah.” Jelas Jannah dengan perasaan bersalah.Sedari tadi dia berasa tidak sedap hati.
“Ixuna ni memang degil betullah! Tak pernah nak dengar nasihat orang!” Eric melempiaskan kemarahan.Hanya Allah yang tahu bertapa bimbang hatinya saat mendengar isteri dan dua orang adiknya tiada di rumah saat itu.Hari larut malam dan tiga orang gadis berada di luar rumah.Berpuluh kali dia menelifon Ixuna namun tiada jawapan.Henpon Elya dan Reny pula tertinggal di rumah.Cuai betul!
“Jom Eric kita cari dia orang.Mungkin mereka ada dekat warung lagi.” Ariel mengambil kunci kereta dan mula menapak keluar daripada Teratak Kasih.Namun,langkahnya mati apabila mendengar bunyi tapak kaki manusia menghampiri rumah itu.Mereka semua keluar beranda apabila mendapati Elya dan Reny sedang tercunggap-cunggap di kaki tangga.
“Ya Allah,Elya,Reny! Apa yang berlaku?” Tanya Yahya cemas.
“Ixuna mana Elya?!” Soalan itu terpacul daripada mulut Eric apabila melihat bayang isterinya tiada di situ.
“Ada orang…” Elya tercungap dengan sedu sedan.
“Ada lima orang lelaki..” Reny turut sukar mengungkap kata.Lebih kurang 20 minit mereka berlari seperti orang gila,akhirnya mereka tiba di destinasi.Namun hati mereka langsung tidak tenang memikirkan Ixuna yang ditinggalkan di belakang.
“Lelaki mana Reny?!” Ariel menggoncang-goncang bahu adik perempuannya itu.
“Ada lima orang lelaki tahan perjalanan kami masa balik.Mereka nak buat perkara tak elok pada kami tapi akak lawan.Akak suruh kami lari dan biarkan dia bersendirian.”
Berderau darah Eric apabila mendengar jawapan Reny.Tanpa tunggu lama dia merampas kunci kereta daripada tangan Ariel dan memecut laju untuk menyelamatkan isterinya.Roh Eric terasa terbang melayang saat mendengar berita tadi.Dia sebak dan tangannya menggigil.Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Ixuna? Dimana dia saat gadis itu memerlukan perlindungan?
Jantung Eric hampir tercabut apabila melihat kelibat Ixuna sedang jalan berlenggang kangkung di sebatang jalan yang agak sunyi.Dia membrek kereta secara mengejut dan menoleh pandang ke cermin sisi.Takut dia salah pandang.Tak,dia tak salah pandang! Perempuan yang berjalan sambil memakan sesuatu itu memang Ixuna.Dia kenal tshirt putih yang dipakai Ixuna petang tadi.Eric bergesa keluar daripada kereta dan mendapatkan isterinya itu.
“Ya Allah Eric,terkejut saya! Ingatkan hantu tadi.” Ixuna mengomel sebelum tubuhnya beku apabila Eric merangkulnya erat.Degup laju jantung pemuda itu jelas didengari telinga Ixuna.Mengapa suaminya itu kelihatan cemas sekali? Tubuh Eric pun seakan-akan menggigil.
“Sayang okey ke? Sayang tak apa-apa kan?” Eric meleraikan pelukan sebelum membelek tubuh Ixuna daripada atas hingga ke bawah.Tiada pulak sebarang kecederaan pada sebatang tubuh kecil molek itu.
“Saya okey jelah.Awak nak sate ni? Sedaplah.Saya tak boleh tunggu sampai rumah untuk makan sate ni.” Ixuna mengajukan bungkusan sate kepada Eric dengan wajah sehabis selamba.
“Ixuna kenapa tangan awak calar?!” Satu garisan panjang,kesan kuku seseorang di lengan Ixuna menyebabkan mata Eric membuntang.Nampaknya Ixuna cuba berahsia yang dia  telah bergelut dengan seseorang.Ixuna menelan liur.Baru ingat hendak menyembunyikan kejadian itu dengan wajah selambanya.Tapi kantoi juga dengan Eric.Habislah dia kena bebel!
…………….
Pulang ke Teratak Kasih,Elya dan Reny menerpa ke arah Ixuna sambil menangis dan memohon maaf.Jannah mencium dahi cucu menantunya itu.Lega apabila melihat Ixuna tidak tercedera. Yahya dan Ariel yang membisu apabila melihat wajah merah menyala Eric yang baru menapak masuk ke dalam rumah.Jelas kelihatan pemuda itu sedang menahan marah.Mereka bertanda tanya tentang perkara sebenar yang telah terjadi.Mengapa cepat sangat Eric pulang daripada menyelamatkan Ixuna?
“Kenapa tangan akak calar? Mereka cederakan akak ya?” Elya bertanya dengan air mata berlinangan membelek lengan putih Ixuna.
“Calar sikit je.”
“Ha yalah calar sikit.Awak sukalah mereka calarkan badan awak.Ke awak suka kalau mereka perkosa awak?!” Eric yang menahan marah sedari tadi mula bersuara nyaring ke arah Ixuna.
“Saya dah pesan banyak kali sebelum keluar ke mana-mana tolong minta izin saya.Kalau awak tak nak minta izin saya pun cubalah guna otak sikit.Keluar malam-malam buta macam ni dengan berjalan kaki.Awak ingat kampung ni apa? Kawasan perumahan elit yang ada pengawal keselamatan berjaga setiap lima kaki jalan ke?!”  Kemarahan Eric tidak dapat dibendung lagi.Langsung tidak diendahkan pandangan datuk dan neneknya saat itu.Ixuna diam membisu.Dia tahu semua yang berlaku adalah silapnya.
“Eric…sabar cu..Tak baik marah-marah macam ni.” Jannah cuba menenangkan cucunya yang naik angin.Tidak pernah dia melihat Eric marah-marah seperti hari itu.Mungkin Eric terlalu bimbangkan keadaan Ixuna.Sebab itulah angin marahnya meluap-luap.
“Tak nek,Eric nak Ixuna tahu yang dia perlu menjaga maruah dia sebagai isteri Eric.Awak tahu tak,kalau sesuatu terjadi pada Elya dan Reny tadi,saya takkan maafkan awak sampai bila-bila!” Bentak Eric lagi.Wajah Ixuna dipandang dengan renungan singa kelaparan.
“Saya takkan biarkan sesiapa pun mencederakan atau menyakiti orang-orang yang saya sayang.Saya lebih rela mati daripada biarkan dua orang adik saya disakiti.”
Akhirnya Ixuna membuka mulut dan dia mengelus lembut rambut panjang Elya dan Reny yang masih teresak-esak.Sememangnya dia telah menganggap dua gadis itu seperti adik kandungnya sendiri sejak awal lagi.Jannah,Yahya dan Ariel terpempam mendengar kata-kata gadis itu.Belum sempat Eric menyambung kata Ixuna bangun daripada duduk dan berlalu ke bilik.Kepalanya pening apabila mendengar semua jerkahan Eric.Hatinya rasa pilu dan dia sedih!
……………..
Keesokan harinya,penduduk Kampung Sayang gempar dengan berita penangkapan lima orang penagaih dadah yang terlibat dalam beberapa buah kes samun sebelum ini.Yahya yang kebetulan ke kedai runcit untuk membeli akhbar pagi itu diberitahu yang kelima orang penagih dadah tersebut diberkas dalam keadaan parah dibantai seseorang di sebatang jalan sunyi.Ramai yang membuat konklusi,mereka berlima bergaduh sesama sendiri atau mereka bergaduh dengan kumpulan gengster.Namun,tiada siapa yang kisah jika kelima-lima penagih dadah itu mati sekalipun.Kerana bagi penduduk kampung,kehadiran mereka hanya menggugat keamanan.Jadi,lebih baik mereka diberkas oleh pihak berkuasa atau mati saja.
“Isteri kamu memang hebat Eric..”
Yahya berbicara perlahan saat mereka sekeluarga berkeputusan untuk berkhelah di Teluk Jason atau lebih dikenali sebagai Jason Bay yang terletak tidak jauh daripada kampung.Saat itu,Yahya,Jannah dan Eric sedang duduk di bawah sepohon Ru dengan beralaskan tikar.Elya dan Reny sedang bersuka ria membuat istana pasir.Sementara Ixuna kelihatan tekun memerhatikan Ariel yang sedang bermain gitar di atas sebuah batu.
“Apa maksud atuk?” Mata Eric tidak lari daripada memandang isteri comelnya.Sejak semalam dia dan Ixuna tidak bertegur sapa.Tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.
“Atuk yakin bukan orang lain yang belasah budak-budak penagih dadah tu.Tapi isteri kamulah yang bantai mereka.” Telah Yahya tenang.Daripada tadi dia memikirkan perkara itu dan akhirnya dia teringat akan kata-kata Puan Sri Rihana sewaktu dia dan Jannah bertandang ke majlis pernikahan Eric.Kata Puan Sri Rihana,Ixuna walaupun comel jangan disalah pandang kekuatannya.Gadis itu mahir pelbagai jenis seni mempertahankan diri.Jadi tidak mustahil jika Ixuna mampu mengalahkan lima orang penagih dadah yang sedang lalok dengan hanya mendapat satu calar di tangan.
“Saya tak nak menipu atuk sebab saya pun berfikiran yang sama.Ixuna memang bukan sembarangan gadis.Cuma saya tak dapat terima bila dia berfikiran yang dia terlalu kuat hingga dia lupa yang tanggungjawab melindungi dia adalah tanggungjawab saya.” Eric meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
“Sabarlah Eric.Kamu cuba cakap baik-baik dengan dia.Ixuna tu walaupun susah nak terima nasihat orang,dia tetap berminat untuk mendengar.Manalah tahu kalau kamu tak jemu nasihat dia,dia akan dengar nasihat kamu.Lagipun dia kan isteri kamu.Kamu adalah orang yang paling dekat dengan dia.”
Dekat? Ixuna dekat dengan Eric? Mungkin semua orang yang memerhati akan berkata begitu.Namun Eric tidak pernah merasakan yang Ixuna dekat dengannya.Isterinya itu mempunyai banyak rahsia yang disimpan daripada pengetahuan ramai.Lagipun hubungan dia dan Ixuna bukanlah seperti hubungan suami isteri yang lain…
……………..
Ixuna bertepuk tangan sebaik saja Ariel tamat menyanyikan lagu Kosong dendangan Najwa Latif.Udara segar di pantai itu membuang perasaan bengang Ixuna terhadap Eric yang terpendam dari semalam.Lagu percuma daripada Ariel mampu merehatkan otaknya yang banyak berfikir.Ariel kelihatan tersengih-sengih memandang Ixuna yang mengenakan tudung sarung warna hitam saat itu.Tudung dan pakaian yang sangat ringkas.Namun,Ixuna tetap cantik di mata sesiapa pun yang melihat.
“Ixuna best tak suara aku?” Tanya Ariel sambil menongkat gitar dengan tangannya.Gitar itu adalah gitar Eric yang sudah lama tersimpan dalam Teratak Kasih.Mengenangkan yang dia sudah lama tidak memetik gitar,sengaja dia membawa alat muzik itu ke tepi pantai untuk melepaskan gian.Ariel tambah senang hati apabila Ixuna sudi mendengar petikan gitarnya itu.
“Sumbang betul suara kau.Dahlah nyanyi lagu artis perempuan.Tengok tu,budak tu tadi happy je main air.Bila dengar kau nyanyi terus dia nangis.”
Ixuna menjuihkan bibir ke arah persisiran pantai.Ariel menoleh dengan wajah pelik.Kelihatan seorang kanak-kanak dalam usia lima tahun sedang menangis dan berlari ke arah ibunya.Ariel mengetap bibir geram.Agak-agaklah Ixuna cakap budak tu menangis kerana nyanyian dia.Tak masuk akal langsung! Betul cakap Eric,Ixuna kalau tak menyakitkan hati orang memang tak sah!
“Wah,cantik betul istana pasir ni!” Dari kejauhan Ixuna dapat mendengar suara ceria Eric yang sedang membantu Elya dan Reny menyiapkan sebuah istana pasir.Ixuna mengecilkan mata dan mendengus geram.Perangai Eric macam budak-budak! Buat dia bengang saja.Suaminya itu langsung tidak mahu memujuknya setelah peristiwa semalam berlaku.Minta maaf pun tidak!
Perlahan,Ixuna menapak meninggalkan Ariel dan menghampiri Eric.Pemuda itu sedang bersungguh-sungguh mengaut pasir dengan sebuah penyedok kecil dan mengisikan ia ke dalam baldi.Separuh daripada istana pasir yang berbentuk istana Disney siap terbentuk.Berseni juga tangan Elya dan Reny.Ixuna memuji dalam hati.
“Oit budak berhingus,tembok yang awak buat tu tak cantiklah.” Sambil bercekak pinggang Ixuna memberi komen.Serentak dengan itu,Elya dan Reny berpandangan sama sendiri.Siapa budak berhingus? Mereka memandang Eric.Pemuda itu sedang cuba membentuk sebuah tembok pasir bagi mengelilingi istana mereka.
“Siapa budak berhingus?!” Eric menghentikan aktivitinya dan memandang Ixuna geram.Baru sekarang teringat untuk menegur suami sendiri? Sedari tadi sibuk sangat melayan Ariel.Eric menahan perasaan cemburu dalam hati.
“Awaklah budak berhingus.Sibuk nak tolong Elya dan Reny buat istana pasir,tapi tangan awak langsung takde seni.Bantuan awak hanya mencacatkan istana mereka.” Perli Ixuna dengan senyuman mengejek.Suka betul hati dapat melihat wajah cemberut Eric.
“Suka hati sayalah.Awak tak payah nak sibuk.Pergi main jauh-jauh.” Eric tidak endah akan perlian Ixuna dan meneruskan penghasilan tembok pasirnya.Saja hendak merajuk hati.Ada pulak Ixuna menggelar suami sendiri budak berhingus? Kurang ajar betul! Reny dan Elya menahan gelak melihat telatah pasangan itu.Walaupun bermasam muka,mereka berdua masih kelihatan sweet sangat!
Ixuna yang bengang kerana provokasinya tidak menarik minat Eric untuk bertengkar,segera memikirkan jalan lain untuk mencari pasal.Beberapa kaki di belakangnya kelihatan sebiji bola plastik yang ditinggalkan oleh kanak-kanak yang menangis tadi.Ixuna tersenyum jahat sebelum menghampiri bola itu.
“Eric!” Laung Ixuna kuat.
Apabila Eric berpaling matanya membuntang melihat sebiji bola hampir melantun di wajahnya.Dia sempat mengelak dan bola itu jatuh menjunam ke arah tembok istana pasir  yang baru siap dibina.Habis berderai pasir yang diacu molek sebentar tadi.Mujurlah tidak mengenai istana pasir buatan Reny dan Elya.Jika tidak mahu kedua gadis itu melalak.Eric tercengang apabila melihat Ixuna ketawa berdekah-dekah.
“Dia ni memang sengaja nak cari pasal!” Eric bangun daripada duduk dan mendengus geram.
Belum sempat Elya dan Reny membuka mulut Eric mula menghambat isterinya.Ixuna mengekeh ketawa sebelum lintang pukang melarikan diri.Elya dan Reny ketawa geli hati apabila melihat Eric berjaya menangkap Ixuna dan menggeletek perut gadis itu.Ixuna membalas dan mula membenam kepala Eric dalam air.Mereka kelihatan tertawa ceria dan tidak semasam tadi.
“Ouch! Sakitnya!” Ixuna terjerit kecil dengan dahi yang berkerut.Dia yang sedang basah lencun dalam air bersama Eric berhenti daripada terus bergelut dengan suaminya itu.
“Kenapa sayang?” Eric berhenti daripada terus menarik Ixuna ke dalam air.Dia memandang cemas wajah isteri comelnya itu.
“Rasa macam terpijak sesuatu.” Jawab Ixuna sebelum mengangkat kakinya.Ingin melihat telapak kakinya yang terasa pedih.
“Ya Allah.Sayang terpijak kaca ni.Kenapa tak pakai selipar? Cuai betul.Jom pergi letak ubat.” Belum sempat Ixuna menjawab,tubuhnya terapung dalam kendongan Eric.Dia terpegun dan wajahnya membahang.Wajah Eric yang menitis dengan air laut itu dipandang dengan penuh debaran.Mengapa jantungnya berdetak bagai kompang dipalu saat itu?
Tiba di tempat Jannah dan Yahya berehat,Eric bergegas mengambil peti kecemasan dalam boot keretanya.Dia mengeluarkan ubat luka dan membalut kaki Ixuna.Ixuna diam tidak berkutik.Dia memerhatikan semua tingkah laku Eric dengan perasaan pelik.
“Xuna,lain kali kalau nak main air dekat pantai pakai selipar ya nak.Bahaya.Bukan takut terpijak kaca je.Tapi takut terkena sengat ikan pari.” Jannah mengusap lembut tangan gebu milik Ixuna.Ixuna tersedar daripada terus mengelamun dan memandang wajah nenek tua itu.
“Ikan pari?”
“Yalah,takkan sayang tak tahu ikan pari? Sengat ikan pari sangat berbisa.Kalau terkena sengat ikan pari,badan manusia boleh lumpuh dan menyebabkan kematian.Pengacara rancangan Crocodile Hunter,Steve Irwin mati disengat ikan pari sewaktu dia buat penggambaran di laut timur Australia.” Beritahu Eric seraya menepuk lembut kaki isterinya.Ixuna angguk-angguk kepala tanda faham.Ixuna memegang dada sebelum memejam mata.Mengapa dia rasa sesak nafas je nih?! Dia bukan kena sengat ikan pari pun!
“Sayang,are you okey?” Eric mengusap lembut pipi gebu itu.Bimbang melihat Ixuna yang berdiam diri.
“Er..okey.” Ixuna jawab pantas.Dia bangun daripada duduk dan memakai selipar.
“Sayang nak pergi mana tu? Kaki sakit kan? Duduk sini jelah.” Eric mengomel apabila melihat isterinya yang tidak pandai duduk diam itu.
“Saya tak main air.Cuma nak buat istana pasir dengan Elya dan Reny.” Tanpa memandang wajah Eric,Ixuna berlalu.Dia cuba membuang perasaan resahnya jauh-jauh.
Jannah dan Yahya tergelak besar melihat telatah Ixuna,Elya dan Reny.Mereka tidak bermain air atau membuat istana pasir seperti tadi.Tetapi mereka memaksa Ariel berbaring atas pasir dan mereka mula menanam Ariel.Apabila tinggal kepala saja,Ixuna,Elya dan Reny pakat melarikan diri.Ariel mula menjerit-jerit tidak puas hati.Terpaksalah Eric membantu sepupunya itu.Eric geleng-geleng kepala.Kaki isterinya terluka,tetapi isterinya itu aktif sentiasa.Langsung tidak terukir rasa sakit pada seraut wajah comel itu.Nakal sangat!
Penat bersuka ria di tepi pantai mereka semua mengisi perut dengan bekalan makanan yang dibawa Jannah daripada rumah.Elya sibuk hendak menanam impian di bawah pokok Ru tempat mereka berteduh.Kononnya ingin meniru filem Crossroad lakonan Britney  Spears yang ditontonnya beberapa malam lepas.Ixuna yang sentiasa menunaikan permintaan adik-adiknya segera membuang air yang terdapat dalam sebuah termos kecil dan mengambil kertas juga pen dari dalam kereta Eric.
“Setiap seorang tulis satu impian dan lipat.Lepas tu letak dalam termos ni.” Arah Ixuna sambil mengajukan kertas dan pen kepada Elya.
Beria gadis itu menulis sebelum melipas kertas dan memasukkannya dalam termos. Reny,Ariel dan Eric mengikut sama perbuatan Elya.Akhirnya,Ixuna memasukkan impiannya sendiri dan mereka mula menggali tanah sedalam beberapa kaki dan menanam termos impian itu.Yahya dan Jannah hanya melihat kelakuan cucu-cucu mereka sambil geleng-geleng kepala.Malas masuk campur hal orang-orang muda.Mereka berdua lebih selesa memerhatikan ombak yang membadai pantai dan pasir yang keputihan.
“Esok kita datang balik sini dan korek.Siapa yang sampai sini dulu,dia boleh lihat kertas impian orang lain.” Kata-kata Ixuna menyebabkan semua orang terlopong.Eric pantas menghampiri isterinya dan meluku lembut kepala gadis itu.Apa punya peraturanlah! Ikut suka dia saja!
“Sesiapa pun tak boleh buka termos yang kita tanam tadi selagi belum genap lima tahun.Selepas lima tahun baru kita datang sini sama-sama dan baca impian masing-masing.Janji?” Bicara Eric mengembalikan sinar di wajah Elya dan Reny.
“Alahai,kalau umur tak panjang macammana? Ataupun kalau pantai ni dilanda tsunami,habislah termos impian kita?” Soal Ixuna dengan wajah selamba.Dalam hati dia teringin benar melihat impian semua orang.Terutamanya impian Eric!
“Dia ni kan..mulut cabul betul!” Sekali lagi kepala Ixuna diluku Eric.Geram betul dengan mulut isterinya yang macam murai tercabut ekor itu.
“Aku setuju.Lagipun aku rasa lima tahun cukuplah untuk menggapai impian masing-masing.” Ariel mencelah dengan senyuman penuh makna.
“Elya setuju.”
“Reny setuju!” Semua pakat setuju dengan kata-kata Eric.Jadi Ixuna mengalah.
“Sayang,janji ya takkan buka termos ni sebelum lima tahun berlalu walau apa pun terjadi?” Eric memandang isterinya tunak.Bukan boleh dikira sangat isterinya yang nakal nih!
“Okey.Saya janji!”
Dengan satu keluhan berat,Ixuna menyangkuk jari kelingkingnya dengan jari kelingking Eric.Pinky promise! Walhal,dia tidak memerlukan tanda yang sebegitu.Bagi Ixuna,sekali berjanji..dia akan tepati.Walaupun dia terasa ingin menggali pasir dan membaca impian Eric saat itu juga dia akan menahan dirinya demi sebuah janji.
Eric mengambil peluang untuk berbicara dengan Ixuna apabila melihat isterinya itu berdiri menghirup udara nyaman di persisiran pantai saat mereka sibuk berkemas untuk pulang.Dengan perlahan Eric menghampiri Ixuna dan dia memeluk tubuh genit itu dari arah belakang.Ixuna terperanjat besar namun dia tidak pula menolak pelukan Eric.Dibiarkan saja Eric merangkul erat pinggangnya.Desah nafas pemuda itu yang menampar telinga menyebabkan Ixuna kehilangan bicara.
“Abang minta maaf sebab naik angin dengan sayang semalam.” Eric berbisik sambil mencium bahu Ixuna.Keadaan sekeliling lengang tanpa manusia.Kebanyakkan pengunjung pantai itu beransur pulang apabila maghrib hampir menjelma.
“Abang bukan nak perkecilkan kekuatan sayang.Cuma abang nak sayang tahu yang diri sayang adalah tanggungjawab abang.Begitu juga dengan Elya dan Reny.Reny tu walaupun adik Ariel.Abang dah sayang dia macam abang sayang Elya.Abang dah anggap Reny macam adik kandung abang sendiri.” Eric meneruskan bicara apabila Ixuna kelihatan membisu.
“Abang tahu yang sayang kuat dan boleh melindungi mereka.Tapi abang pun nak sayang tahu yang abang lebih suka sayang jauhkan diri daripada bahaya.”
“Maksudnya awak tak yakin yang saya boleh melindungi orang yang saya sayang? Awak ingat saya tak mampu nak kalahkan lima orang lelaki penagih dadah tu? Macam tu?” Kali ini Ixuna membuka mulut bertanya.Ada sedikit perasaan geram dalam tutur bicaranya.
“Jangan terlalu yakin dengan kekuatan diri.Sebab kekuatan itu adalah anugerah Allah.Hanya Allah yang memiliki kekuatan berkekalan dan kuasa untuk melindungi hamba yang dia kehendaki.Jika Allah mengkehendaki,kekuatan sayang akan jadi tidak berguna dalam sekelip mata.Semua kebolehan dan keistimewaan sayang adalah milik Allah.Janganlah terlalu riak dan takbur apabila mengatakannya.” Lembut sekali Eric menutur nasihat.Mahu Ixuna faham dengan perkara yang ingin disampaikannya.Ixuna terkedu,sekali lagi kata-kata Eric menusuk kalbu.
“Sebelum sayang buat apa-apa cuba sayang fikir perkara yang buruk.Cuba fikir bagaimana keadaan akan terjadi jika semalam sewaktu Elya dan Reny melarikan diri,ada penagih dadah lain yang menahan jalan mereka? Bagaimana jika kepala sayang dihentak oleh seseorang daripada belakang dan sayang tidak sedar diri? Sayang pernah ke fikir kemungkinan ini bila sayang keluar daripada rumah semalam? Sayang fikir tak apa perasaan abang kalau sesuatu yang buruk menimpa sayang?”
Pertanyaan Eric menyebabkan fikiran Ixuna menerawang jauh.Tiada salahnya kata-kata Eric itu.Jika sesuatu terjadi kepada Elya dan Reny sewaktu mereka melarikan diri semalam,pasti Ixuna akan menyesal seumur hidup.Ixuna tidak hairan jika dirinya diapa-apakan kerana dia sentiasa yakin dengan kekuatan diri sendiri.Dia yakin yang Allah akan membantunya saat dia memerlukan perlindungan.
“Maafkan saya.Saya janji takkan keluar rumah waktu malam lagi dengan Elya dan Reny.” Itu saja jawapan yang terpacul keluar daripada mulut Ixuna.Ixuna merungkai pelukan Eric sebelum dia berhadapan dengan suaminya itu.Dia memegang tangan Eric dan bersedia untuk mengungkapkan sesuatu.Eric memandang wajah comel itu dengan pandangan penuh kasih sayang.Sungguh,dia telah jatuh cinta pada gadis itu!
“Eric,Ixuna,atuk ajak balik!” Laungan Ariel dari kejauhan mematikan suasana romantik antara mereka berdua.Eric mendengus kecil sebelum mengukir senyuman.
“Jomlah sayang,balik.Hari dah nak maghrib ni.” Eric ingin memimpin tangan Ixuna namun Ixuna menepis.Gadis itu masih merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Jangan terlalu menyayangi saya.Kelak,awak akan kecewa dan sakit.” Luah Ixuna sebelum berlalu meninggalkan Eric yang berubah riak.Amaran demi amaran yang ditetapkan Ixuna sebelum berkahwin dulu telah dilanggar pemuda itu.
Ixuna melangkah pergi dengan hati yang terluka.Dia tidak tahu mengapa,setiap kali melihat wajah Eric sedih atau bimbang dia seakan-akan berkongsi perasaan itu.Sama dengan perasaan yang dia alami setiap kali melihat Alex sedih atau disakiti dahulu…Mengapa dia boleh ada perasaan sepelik ini sedangkan Eric bukanlah seorang yang penting dalam hidupnya?

P/S:  Bab terakhir in blog.Mansukrip sudah dihantar pada penerbit.Sama2 doa yang K6BJ lulus penilaian dan dapat menemui pembaca tidak lama lagi.Amin~

# kalau nak sy tambah lagi 1 or 2 chap,sila rajinkan diri anda LIKE entry ini.

# 200 like for extra entry.he3 <sila klik like di bawah sekali>

# Terima kasih kepada semua reader yanng support semua karya saya selama ini.

# Alhamdullilah..SSS akan terbit julai ini,sila skrol bawah.



AKAN DATANG JULAI. ONLINE ORDER AKAN DIBUKA PADA 1 JULAI 2013.

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR - CRYSTAL ANABELLA
ISBN 978-967-365-167-2
RM22.00 / RM25.00

Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.

Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.

Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.

“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”

Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?




P/S: Please like3 for promotion.TQ~

9 comments:

LindaRossi said...

suke200x..like200x

Ruunna Qizbal said...

suka gilaaaaaa

Unknown said...

Kejap pasang kejap surut eric dan ixuna ni.....sayang btl eric kt xuna ni..

Unknown said...

Sayang betul eric kt xuna ni....walaupun xuna ni keras kepala...

bulangerhana said...

anabel nak baca beli secara ebook je lah lagi sampoi, cam ne ? boleh wat wit juga utk penulisan anabel.

Unknown said...

sweet sngt.. best giler..;] ;] ;]

Unknown said...

next capter plezzzz...suke sgt novel ni..

Unknown said...

episod seterusnyer plezzzz

Farah Ryfaa said...

Best2.... (Y)