BAB 23
Sepanjang
perjalanan pulang ke Teratak Kasih Ixuna menadah telinga mendengar ceramah
percuma daripada Eric.Mujurlah Ariel membawa kereta sendiri,jadi
Elya,Reny,Jannah dan Yahya pulang dengan keretanya.Eric buat perangai dengan
mengheret Ixuna pulang awal ke rumah.Dia memang panas hati dengan perangai
Ixuna yang langsung tidak kelihatan seperti seorang isteri.
“Jangan
setakat pakai tudung tapi perangai tak tahu nak jaga!” Eric meledakkan
kemarahan yang tidak berhabisan sebaik Ixuna menapak masuk ke dalam Teratak
Kasih.
“Oh,kalau
macam tu saya tak perlu pakai tudung dan saya tak perlu jaga perangai saya.”
“Susah
betul nak cakap dengan perempuan blur macam awak ni.Nak kata tak pandai,awak
pandai sangat sampai nenek saya sukakan awak.Tapi perangai dan sikap awak macam
orang tak bertamadun.Macam orang takde agama!” Tempik Eric lagi.Ixuna melabuhkan
punggung di atas sofa dan memerhatikan Eric yang berjalan ke hulu dan ke hilir
dihadapannya.Sudah hilang gelaran sayang dan abang daripada bibir pemuda itu.
“Saya
bukan pandai sangat pun.Saya kurang ilmu agama.” Ixuna jawab pendek.Sedikit
sebanyak kata-kata Eric menyentap tangkai hatinya.Tidak menyangka yang
perbuatannya menyanyi di majlis kahwin tadi mendatangkan kemarahan Eric.Jawapan
Ixuna menyebabkan Eric terdiam lama.Dia beristighfar dalam hati dan cuba
menenangkan diri.Beberapa ketika dia duduk di sisi Ixuna dan menghela nafas
panjang.
“Sayang,seorang
perempuan tak elok menyanyi atau menari di hadapan orang ramai.Takde adab
dan berdosa sayang.Mendedah aurat itu
berdosa,suara pun adalah aurat kepada wanita.Tak baik terlalak-lalak di hadapan
orang ramai.Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab
ayat 32. ‘Maka janganlah kamu wahai wanita, melembutkan suaramu maka dibimbangi
orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah
hanya dengan kata-kata yang baik kandungan dan tatacaranya’” Nasihat Eric
dengan suara kecewa.Ixuna diam tidak berkutik mendengar bicara suaminya itu.
………………..
“Akak
okey?” Elya bertanya apabila melihat Ixuna tidak banyak mulut malam itu.
“Okey
je.” Ixuna jawab ringkas sebelum memaut bahu Elya.Tangan kirinya menjimbit
bungkusan sate untuk dibawa pulang ke rumah.
Mereka
bertiga baru pulang daripada warung Mak Limah yang terletak agak jauh daripada
Teratak Kasih.Elya teringin makan sate yang dijual daripada warung itu. Ixuna
tidak berfikir panjang.Dia terus mengheret Elya dan Reny berjalan kaki menuju
ke warung itu.Ixuna malas memandu kereta kerana ingin mengambil udara malam.Eric
dan Ariel pula lewat pulang daripada masjid kerana mendengar tazkirah selepas
Solat Isyak bersama Yahya.Jannah di rumah tidak sempat menghalang tindak tanduk
cucu dan cucu menantunya.Ixuna bukan seorang gadis yang mendengar kata!
“Abang
Eric tu sayang dekat akak.Sebab tulah dia marah bila akak menyanyi depan orang
ramai tadi.” Reny yang tadi berdiam diri mula berbicara.
“Mana
Reny tahu yang Abang Eric sayangkan akak?” Soal Ixuna pelik
“Abang
Ariel cakap.Abang Eric bukan jenis pemuda yang ambil kisah akan hal orang yang
dia tak sayang walaupun ada pertalian darah.Mengenangkan akak adalah isteri
kesayangan abang Eric,barulah abang Eric bengang dengan akak.” Jawapan Reny
membuatkan dahi Ixuna berkerut.Dia isteri kesayangan Eric? Macam tidak percaya
saja?! Tapi reaksi Eric siang tadi benar-benar mengejutkan Ixuna.Suaminya itu
marah sangat apabila nyanyiannya menjadi tontonan ramai.
“Abang
Eric bukan setakat marah tapi dia cemburu sebab ramai lelaki usha
akak.Yalah,akak kan cantik dan comel sangat.Sebab tulah abang Eric takut akak
digoda lelaki lain.” Tambah Elya dan Ixuna sekadar memerhatikan langit.Langit
terang dengan sinaran bulan dan ribuan bintang bergemerlapan.
Jam
tangan menunjukkan pukul sepuluh malam.Suasana sangat tenang dan mendamaikan
hati.Ixuna menarik nafas panjang dan menghembusnya berkali-kali.Sangat suka
udara segar kampung! Langsung tidak terlintas kata-kata Elya dalam benak
fikiran Ixuna.Eric cemburu terhadap lelaki lain yang ingin mendekatinya? Lelaki
itu tidak perlu dan tidak patut cemburu kerana daripada awal hati Ixuna memang
bukan milik Eric.Apabila berada dalam hening malam,fikiran Ixuna menerawang
mengingati Alex.Entah apalah khabar buah hatinya itu.Berapa lama janjinya
terhadap Alex boleh bertahan jika sikap ambil berat Eric mula mempengaruhi
diri.
“Hai
cik adik manis.Nak ke mana malam-malam buta ni.” Suara seorang lelaki yang
tiba-tiba muncul daripada semak samun mematikan langkah mereka bertiga.Ixuna
menarik tangan Elya dan Reny agar membelakanginya.
“Oh,inilah
anak-anak ayam daripada KL yang bebudak ni cakap tadi.Bergetah siot!” Seorang
lagi pemuda 20-an keluar dari semak samun dengan mata yang agak kemerahan.Baru
lepas lalok menghisap ganja.
“Akak,Elya
takut.” Elya menggigil di belakang Ixuna bergitu juga dengan Reny.
Tidak
sampai dua minit.Berdiri lima orang lelaki di hadapan mereka.Mereka sudah lama
mengikut jejak langkah Ixuna.Sejak dari warung tadi.Mereka hanya menunggu masa
untuk menyerang tiga gadis genit itu.Peluang mereka terbuka luas apabila
Ixuna,Elya,dan Reny berjalan di kawasan yang sunyi dan jarang dilalui penduduk
kampung pada waktu malam.Jika ada rezeki,tiga orang gadis comel itu akan
menjadi mangsa mereka.Lima pasang mata memandang tubuh Ixuna dari atas hingga
ke bawah.Tubuh yang mengiurkan dan putih gebu.Alangkah beruntungnya mereka jika
dapat menjamah tubuh itu.
“Fikir
ada anjing gila yang mengejar kau orang daripada belakang.Bila ada ruang,kau orang
berdua berpegang tangan dan larilah selaju mungkin.Kalau boleh lebih laju
daripada larian marathon.Jangan fikir apa-apa kecualilah teruslah berlari ke
rumah.Akak akan uruskan hal dekat sini.” Ixuna berbisik perlahan ke telinga
Elya dan Reny.Tidak mahu kedua gadis itu ketakutan.
“Kita
orang takkan tinggalkan akak.Kalau mereka apa-apakan akak macammana?” Reny
bersuara tegas.Pelbagai kemungkinan buruk berlegar-legar dalam benak fikirannya
saat itu.Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada Ixuna.
“Lebih
baik akak yang di apa-apakan daripada kamu berdua turut menjadi mangsa.Kamu
berdua jangan lupa yang kekuatan akak melebihi kekuatan lelaki.Sekarang siap
sedialah untuk lari.Insyaa-Allah,Allah akan melindungi kita.” Ixuna memberi
kata-kata semangat dan dua gadis itu angguk-angguk kepala.
“Apa
yang bisik-bisik lagi tu.Bersedialah cantik.” Salah seorang daripada pemuda itu
mula melonggarkan zip seluarnya.Menahan gersang yang tidak terhingga apabila
melihat Ixuna.
Ixuna
tidak tunggu lama,dia mendekati salah seorang daripada pemuda itu dan mula
menghadiahkan penumbuk.Apabila ada pemuda yang ingin menerpa Elya dan
Reny,Ixuna menghalang.Ditendak dan disepaknya kemaluan mana-mana pemuda yang
ada dihadapan.
“Sekarang!”
Ixuna menjerit nyaring ke arah Elya dan Reny apabila kelima-lima pemuda tadi
mula menyerangnya.Dengan air mata yang berlinangan dan rasa terpaksa,Elya dan
Reny berpegangan tangan dan memecut laju meninggalkan Ixuna bersendirian.Dalam
hati mereka berdua tidak henti berdoa agar Ixuna tidak apa-apa.
……………..
“Kenapa
awak bagi cucu-cucu kita keluar Jannah? Hari dah malam ni.” Yahya bersandar
dengan wajah bimbang di atas sofa.Baru pulang daripada masjid Jannah
terkocoh-kocoh memberitahu yang Ixuna,Elya dan Reny telah lama keluar rumah dan
masih belum pulang.
“Elya
teringin nak makan sate sebab tu Ixuna bawa dia keluar rumah.” Jelas Jannah
dengan perasaan bersalah.Sedari tadi dia berasa tidak sedap hati.
“Ixuna
ni memang degil betullah! Tak pernah nak dengar nasihat orang!” Eric
melempiaskan kemarahan.Hanya Allah yang tahu bertapa bimbang hatinya saat
mendengar isteri dan dua orang adiknya tiada di rumah saat itu.Hari larut malam
dan tiga orang gadis berada di luar rumah.Berpuluh kali dia menelifon Ixuna
namun tiada jawapan.Henpon Elya dan Reny pula tertinggal di rumah.Cuai betul!
“Jom
Eric kita cari dia orang.Mungkin mereka ada dekat warung lagi.” Ariel mengambil
kunci kereta dan mula menapak keluar daripada Teratak Kasih.Namun,langkahnya
mati apabila mendengar bunyi tapak kaki manusia menghampiri rumah itu.Mereka
semua keluar beranda apabila mendapati Elya dan Reny sedang tercunggap-cunggap
di kaki tangga.
“Ya
Allah,Elya,Reny! Apa yang berlaku?” Tanya Yahya cemas.
“Ixuna
mana Elya?!” Soalan itu terpacul daripada mulut Eric apabila melihat bayang
isterinya tiada di situ.
“Ada
orang…” Elya tercungap dengan sedu sedan.
“Ada
lima orang lelaki..” Reny turut sukar mengungkap kata.Lebih kurang 20 minit
mereka berlari seperti orang gila,akhirnya mereka tiba di destinasi.Namun hati
mereka langsung tidak tenang memikirkan Ixuna yang ditinggalkan di belakang.
“Lelaki
mana Reny?!” Ariel menggoncang-goncang bahu adik perempuannya itu.
“Ada
lima orang lelaki tahan perjalanan kami masa balik.Mereka nak buat perkara tak
elok pada kami tapi akak lawan.Akak suruh kami lari dan biarkan dia
bersendirian.”
Berderau
darah Eric apabila mendengar jawapan Reny.Tanpa tunggu lama dia merampas kunci
kereta daripada tangan Ariel dan memecut laju untuk menyelamatkan isterinya.Roh
Eric terasa terbang melayang saat mendengar berita tadi.Dia sebak dan tangannya
menggigil.Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Ixuna? Dimana dia
saat gadis itu memerlukan perlindungan?
Jantung
Eric hampir tercabut apabila melihat kelibat Ixuna sedang jalan berlenggang
kangkung di sebatang jalan yang agak sunyi.Dia membrek kereta secara mengejut
dan menoleh pandang ke cermin sisi.Takut dia salah pandang.Tak,dia tak salah
pandang! Perempuan yang berjalan sambil memakan sesuatu itu memang Ixuna.Dia
kenal tshirt putih yang dipakai Ixuna petang tadi.Eric bergesa keluar daripada
kereta dan mendapatkan isterinya itu.
“Ya
Allah Eric,terkejut saya! Ingatkan hantu tadi.” Ixuna mengomel sebelum tubuhnya
beku apabila Eric merangkulnya erat.Degup laju jantung pemuda itu jelas
didengari telinga Ixuna.Mengapa suaminya itu kelihatan cemas sekali? Tubuh Eric
pun seakan-akan menggigil.
“Sayang
okey ke? Sayang tak apa-apa kan?” Eric meleraikan pelukan sebelum membelek
tubuh Ixuna daripada atas hingga ke bawah.Tiada pulak sebarang kecederaan pada
sebatang tubuh kecil molek itu.
“Saya
okey jelah.Awak nak sate ni? Sedaplah.Saya tak boleh tunggu sampai rumah untuk
makan sate ni.” Ixuna mengajukan bungkusan sate kepada Eric dengan wajah
sehabis selamba.
“Ixuna
kenapa tangan awak calar?!” Satu garisan panjang,kesan kuku seseorang di lengan
Ixuna menyebabkan mata Eric membuntang.Nampaknya Ixuna cuba berahsia yang
dia telah bergelut dengan
seseorang.Ixuna menelan liur.Baru ingat hendak menyembunyikan kejadian itu
dengan wajah selambanya.Tapi kantoi juga dengan Eric.Habislah dia kena bebel!
…………….
Pulang
ke Teratak Kasih,Elya dan Reny menerpa ke arah Ixuna sambil menangis dan
memohon maaf.Jannah mencium dahi cucu menantunya itu.Lega apabila melihat Ixuna
tidak tercedera. Yahya dan Ariel yang membisu apabila melihat wajah merah
menyala Eric yang baru menapak masuk ke dalam rumah.Jelas kelihatan pemuda itu
sedang menahan marah.Mereka bertanda tanya tentang perkara sebenar yang telah
terjadi.Mengapa cepat sangat Eric pulang daripada menyelamatkan Ixuna?
“Kenapa
tangan akak calar? Mereka cederakan akak ya?” Elya bertanya dengan air mata
berlinangan membelek lengan putih Ixuna.
“Calar
sikit je.”
“Ha
yalah calar sikit.Awak sukalah mereka calarkan badan awak.Ke awak suka kalau
mereka perkosa awak?!” Eric yang menahan marah sedari tadi mula bersuara
nyaring ke arah Ixuna.
“Saya
dah pesan banyak kali sebelum keluar ke mana-mana tolong minta izin saya.Kalau
awak tak nak minta izin saya pun cubalah guna otak sikit.Keluar malam-malam
buta macam ni dengan berjalan kaki.Awak ingat kampung ni apa? Kawasan perumahan
elit yang ada pengawal keselamatan berjaga setiap lima kaki jalan ke?!” Kemarahan Eric tidak dapat dibendung
lagi.Langsung tidak diendahkan pandangan datuk dan neneknya saat itu.Ixuna diam
membisu.Dia tahu semua yang berlaku adalah silapnya.
“Eric…sabar
cu..Tak baik marah-marah macam ni.” Jannah cuba menenangkan cucunya yang naik
angin.Tidak pernah dia melihat Eric marah-marah seperti hari itu.Mungkin Eric
terlalu bimbangkan keadaan Ixuna.Sebab itulah angin marahnya meluap-luap.
“Tak
nek,Eric nak Ixuna tahu yang dia perlu menjaga maruah dia sebagai isteri Eric.Awak
tahu tak,kalau sesuatu terjadi pada Elya dan Reny tadi,saya takkan maafkan awak
sampai bila-bila!” Bentak Eric lagi.Wajah Ixuna dipandang dengan renungan singa
kelaparan.
“Saya
takkan biarkan sesiapa pun mencederakan atau menyakiti orang-orang yang saya
sayang.Saya lebih rela mati daripada biarkan dua orang adik saya disakiti.”
Akhirnya
Ixuna membuka mulut dan dia mengelus lembut rambut panjang Elya dan Reny yang
masih teresak-esak.Sememangnya dia telah menganggap dua gadis itu seperti adik
kandungnya sendiri sejak awal lagi.Jannah,Yahya dan Ariel terpempam mendengar
kata-kata gadis itu.Belum sempat Eric menyambung kata Ixuna bangun daripada
duduk dan berlalu ke bilik.Kepalanya pening apabila mendengar semua jerkahan Eric.Hatinya
rasa pilu dan dia sedih!
……………..
Keesokan
harinya,penduduk Kampung Sayang gempar dengan berita penangkapan lima orang
penagaih dadah yang terlibat dalam beberapa buah kes samun sebelum ini.Yahya
yang kebetulan ke kedai runcit untuk membeli akhbar pagi itu diberitahu yang
kelima orang penagih dadah tersebut diberkas dalam keadaan parah dibantai
seseorang di sebatang jalan sunyi.Ramai yang membuat konklusi,mereka berlima
bergaduh sesama sendiri atau mereka bergaduh dengan kumpulan
gengster.Namun,tiada siapa yang kisah jika kelima-lima penagih dadah itu mati
sekalipun.Kerana bagi penduduk kampung,kehadiran mereka hanya menggugat
keamanan.Jadi,lebih baik mereka diberkas oleh pihak berkuasa atau mati saja.
“Isteri
kamu memang hebat Eric..”
Yahya
berbicara perlahan saat mereka sekeluarga berkeputusan untuk berkhelah di Teluk
Jason atau lebih dikenali sebagai Jason Bay yang terletak tidak jauh daripada
kampung.Saat itu,Yahya,Jannah dan Eric sedang duduk di bawah sepohon Ru dengan
beralaskan tikar.Elya dan Reny sedang bersuka ria membuat istana
pasir.Sementara Ixuna kelihatan tekun memerhatikan Ariel yang sedang bermain
gitar di atas sebuah batu.
“Apa
maksud atuk?” Mata Eric tidak lari daripada memandang isteri comelnya.Sejak
semalam dia dan Ixuna tidak bertegur sapa.Tidak tahu bagaimana hendak memulakan
perbualan.
“Atuk
yakin bukan orang lain yang belasah budak-budak penagih dadah tu.Tapi isteri
kamulah yang bantai mereka.” Telah Yahya tenang.Daripada tadi dia memikirkan
perkara itu dan akhirnya dia teringat akan kata-kata Puan Sri Rihana sewaktu
dia dan Jannah bertandang ke majlis pernikahan Eric.Kata Puan Sri Rihana,Ixuna
walaupun comel jangan disalah pandang kekuatannya.Gadis itu mahir pelbagai
jenis seni mempertahankan diri.Jadi tidak mustahil jika Ixuna mampu mengalahkan
lima orang penagih dadah yang sedang lalok dengan hanya mendapat satu calar di
tangan.
“Saya
tak nak menipu atuk sebab saya pun berfikiran yang sama.Ixuna memang bukan
sembarangan gadis.Cuma saya tak dapat terima bila dia berfikiran yang dia
terlalu kuat hingga dia lupa yang tanggungjawab melindungi dia adalah
tanggungjawab saya.” Eric meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
“Sabarlah
Eric.Kamu cuba cakap baik-baik dengan dia.Ixuna tu walaupun susah nak terima
nasihat orang,dia tetap berminat untuk mendengar.Manalah tahu kalau kamu tak
jemu nasihat dia,dia akan dengar nasihat kamu.Lagipun dia kan isteri kamu.Kamu
adalah orang yang paling dekat dengan dia.”
Dekat?
Ixuna dekat dengan Eric? Mungkin semua orang yang memerhati akan berkata
begitu.Namun Eric tidak pernah merasakan yang Ixuna dekat dengannya.Isterinya
itu mempunyai banyak rahsia yang disimpan daripada pengetahuan ramai.Lagipun
hubungan dia dan Ixuna bukanlah seperti hubungan suami isteri yang lain…
……………..
Ixuna
bertepuk tangan sebaik saja Ariel tamat menyanyikan lagu Kosong dendangan Najwa
Latif.Udara segar di pantai itu membuang perasaan bengang Ixuna terhadap Eric
yang terpendam dari semalam.Lagu percuma daripada Ariel mampu merehatkan
otaknya yang banyak berfikir.Ariel kelihatan tersengih-sengih memandang Ixuna
yang mengenakan tudung sarung warna hitam saat itu.Tudung dan pakaian yang
sangat ringkas.Namun,Ixuna tetap cantik di mata sesiapa pun yang melihat.
“Ixuna
best tak suara aku?” Tanya Ariel sambil menongkat gitar dengan tangannya.Gitar
itu adalah gitar Eric yang sudah lama tersimpan dalam Teratak
Kasih.Mengenangkan yang dia sudah lama tidak memetik gitar,sengaja dia membawa
alat muzik itu ke tepi pantai untuk melepaskan gian.Ariel tambah senang hati apabila
Ixuna sudi mendengar petikan gitarnya itu.
“Sumbang
betul suara kau.Dahlah nyanyi lagu artis perempuan.Tengok tu,budak tu tadi
happy je main air.Bila dengar kau nyanyi terus dia nangis.”
Ixuna
menjuihkan bibir ke arah persisiran pantai.Ariel menoleh dengan wajah
pelik.Kelihatan seorang kanak-kanak dalam usia lima tahun sedang menangis dan
berlari ke arah ibunya.Ariel mengetap bibir geram.Agak-agaklah Ixuna cakap
budak tu menangis kerana nyanyian dia.Tak masuk akal langsung! Betul cakap Eric,Ixuna
kalau tak menyakitkan hati orang memang tak sah!
“Wah,cantik
betul istana pasir ni!” Dari kejauhan Ixuna dapat mendengar suara ceria Eric
yang sedang membantu Elya dan Reny menyiapkan sebuah istana pasir.Ixuna
mengecilkan mata dan mendengus geram.Perangai Eric macam budak-budak! Buat dia
bengang saja.Suaminya itu langsung tidak mahu memujuknya setelah peristiwa
semalam berlaku.Minta maaf pun tidak!
Perlahan,Ixuna
menapak meninggalkan Ariel dan menghampiri Eric.Pemuda itu sedang
bersungguh-sungguh mengaut pasir dengan sebuah penyedok kecil dan mengisikan ia
ke dalam baldi.Separuh daripada istana pasir yang berbentuk istana Disney siap
terbentuk.Berseni juga tangan Elya dan Reny.Ixuna memuji dalam hati.
“Oit
budak berhingus,tembok yang awak buat tu tak cantiklah.” Sambil bercekak
pinggang Ixuna memberi komen.Serentak dengan itu,Elya dan Reny berpandangan
sama sendiri.Siapa budak berhingus? Mereka memandang Eric.Pemuda itu sedang
cuba membentuk sebuah tembok pasir bagi mengelilingi istana mereka.
“Siapa
budak berhingus?!” Eric menghentikan aktivitinya dan memandang Ixuna geram.Baru
sekarang teringat untuk menegur suami sendiri? Sedari tadi sibuk sangat melayan
Ariel.Eric menahan perasaan cemburu dalam hati.
“Awaklah
budak berhingus.Sibuk nak tolong Elya dan Reny buat istana pasir,tapi tangan
awak langsung takde seni.Bantuan awak hanya mencacatkan istana mereka.” Perli
Ixuna dengan senyuman mengejek.Suka betul hati dapat melihat wajah cemberut Eric.
“Suka
hati sayalah.Awak tak payah nak sibuk.Pergi main jauh-jauh.” Eric tidak endah
akan perlian Ixuna dan meneruskan penghasilan tembok pasirnya.Saja hendak
merajuk hati.Ada pulak Ixuna menggelar suami sendiri budak berhingus? Kurang
ajar betul! Reny dan Elya menahan gelak melihat telatah pasangan itu.Walaupun
bermasam muka,mereka berdua masih kelihatan sweet sangat!
Ixuna
yang bengang kerana provokasinya tidak menarik minat Eric untuk
bertengkar,segera memikirkan jalan lain untuk mencari pasal.Beberapa kaki di belakangnya
kelihatan sebiji bola plastik yang ditinggalkan oleh kanak-kanak yang menangis
tadi.Ixuna tersenyum jahat sebelum menghampiri bola itu.
“Eric!”
Laung Ixuna kuat.
Apabila
Eric berpaling matanya membuntang melihat sebiji bola hampir melantun di wajahnya.Dia
sempat mengelak dan bola itu jatuh menjunam ke arah tembok istana pasir yang baru siap dibina.Habis berderai pasir
yang diacu molek sebentar tadi.Mujurlah tidak mengenai istana pasir buatan Reny
dan Elya.Jika tidak mahu kedua gadis itu melalak.Eric tercengang apabila
melihat Ixuna ketawa berdekah-dekah.
“Dia
ni memang sengaja nak cari pasal!” Eric bangun daripada duduk dan mendengus
geram.
Belum
sempat Elya dan Reny membuka mulut Eric mula menghambat isterinya.Ixuna
mengekeh ketawa sebelum lintang pukang melarikan diri.Elya dan Reny ketawa geli
hati apabila melihat Eric berjaya menangkap Ixuna dan menggeletek perut gadis
itu.Ixuna membalas dan mula membenam kepala Eric dalam air.Mereka kelihatan
tertawa ceria dan tidak semasam tadi.
“Ouch!
Sakitnya!” Ixuna terjerit kecil dengan dahi yang berkerut.Dia yang sedang basah
lencun dalam air bersama Eric berhenti daripada terus bergelut dengan suaminya
itu.
“Kenapa
sayang?” Eric berhenti daripada terus menarik Ixuna ke dalam air.Dia memandang
cemas wajah isteri comelnya itu.
“Rasa
macam terpijak sesuatu.” Jawab Ixuna sebelum mengangkat kakinya.Ingin melihat
telapak kakinya yang terasa pedih.
“Ya
Allah.Sayang terpijak kaca ni.Kenapa tak pakai selipar? Cuai betul.Jom pergi
letak ubat.” Belum sempat Ixuna menjawab,tubuhnya terapung dalam kendongan Eric.Dia
terpegun dan wajahnya membahang.Wajah Eric yang menitis dengan air laut itu
dipandang dengan penuh debaran.Mengapa jantungnya berdetak bagai kompang dipalu
saat itu?
Tiba
di tempat Jannah dan Yahya berehat,Eric bergegas mengambil peti kecemasan dalam
boot keretanya.Dia mengeluarkan ubat luka dan membalut kaki Ixuna.Ixuna diam
tidak berkutik.Dia memerhatikan semua tingkah laku Eric dengan perasaan pelik.
“Xuna,lain
kali kalau nak main air dekat pantai pakai selipar ya nak.Bahaya.Bukan takut
terpijak kaca je.Tapi takut terkena sengat ikan pari.” Jannah mengusap lembut
tangan gebu milik Ixuna.Ixuna tersedar daripada terus mengelamun dan memandang
wajah nenek tua itu.
“Ikan
pari?”
“Yalah,takkan
sayang tak tahu ikan pari? Sengat ikan pari sangat berbisa.Kalau terkena sengat
ikan pari,badan manusia boleh lumpuh dan menyebabkan kematian.Pengacara
rancangan Crocodile Hunter,Steve Irwin mati disengat ikan pari sewaktu dia buat
penggambaran di laut timur Australia.” Beritahu Eric seraya menepuk lembut kaki
isterinya.Ixuna angguk-angguk kepala tanda faham.Ixuna memegang dada sebelum
memejam mata.Mengapa dia rasa sesak nafas je nih?! Dia bukan kena sengat ikan
pari pun!
“Sayang,are
you okey?” Eric mengusap lembut pipi gebu itu.Bimbang melihat Ixuna yang
berdiam diri.
“Er..okey.”
Ixuna jawab pantas.Dia bangun daripada duduk dan memakai selipar.
“Sayang
nak pergi mana tu? Kaki sakit kan? Duduk sini jelah.” Eric mengomel apabila
melihat isterinya yang tidak pandai duduk diam itu.
“Saya
tak main air.Cuma nak buat istana pasir dengan Elya dan Reny.” Tanpa memandang
wajah Eric,Ixuna berlalu.Dia cuba membuang perasaan resahnya jauh-jauh.
Jannah
dan Yahya tergelak besar melihat telatah Ixuna,Elya dan Reny.Mereka tidak
bermain air atau membuat istana pasir seperti tadi.Tetapi mereka memaksa Ariel
berbaring atas pasir dan mereka mula menanam Ariel.Apabila tinggal kepala
saja,Ixuna,Elya dan Reny pakat melarikan diri.Ariel mula menjerit-jerit tidak
puas hati.Terpaksalah Eric membantu sepupunya itu.Eric geleng-geleng
kepala.Kaki isterinya terluka,tetapi isterinya itu aktif sentiasa.Langsung
tidak terukir rasa sakit pada seraut wajah comel itu.Nakal sangat!
Penat
bersuka ria di tepi pantai mereka semua mengisi perut dengan bekalan makanan
yang dibawa Jannah daripada rumah.Elya sibuk hendak menanam impian di bawah
pokok Ru tempat mereka berteduh.Kononnya ingin meniru filem Crossroad lakonan
Britney Spears yang ditontonnya beberapa
malam lepas.Ixuna yang sentiasa menunaikan permintaan adik-adiknya segera
membuang air yang terdapat dalam sebuah termos kecil dan mengambil kertas juga
pen dari dalam kereta Eric.
“Setiap
seorang tulis satu impian dan lipat.Lepas tu letak dalam termos ni.” Arah Ixuna
sambil mengajukan kertas dan pen kepada Elya.
Beria
gadis itu menulis sebelum melipas kertas dan memasukkannya dalam termos. Reny,Ariel
dan Eric mengikut sama perbuatan Elya.Akhirnya,Ixuna memasukkan impiannya
sendiri dan mereka mula menggali tanah sedalam beberapa kaki dan menanam termos
impian itu.Yahya dan Jannah hanya melihat kelakuan cucu-cucu mereka sambil
geleng-geleng kepala.Malas masuk campur hal orang-orang muda.Mereka berdua
lebih selesa memerhatikan ombak yang membadai pantai dan pasir yang keputihan.
“Esok
kita datang balik sini dan korek.Siapa yang sampai sini dulu,dia boleh lihat
kertas impian orang lain.” Kata-kata Ixuna menyebabkan semua orang terlopong.Eric
pantas menghampiri isterinya dan meluku lembut kepala gadis itu.Apa punya
peraturanlah! Ikut suka dia saja!
“Sesiapa
pun tak boleh buka termos yang kita tanam tadi selagi belum genap lima
tahun.Selepas lima tahun baru kita datang sini sama-sama dan baca impian
masing-masing.Janji?” Bicara Eric mengembalikan sinar di wajah Elya dan Reny.
“Alahai,kalau
umur tak panjang macammana? Ataupun kalau pantai ni dilanda tsunami,habislah
termos impian kita?” Soal Ixuna dengan wajah selamba.Dalam hati dia teringin
benar melihat impian semua orang.Terutamanya impian Eric!
“Dia
ni kan..mulut cabul betul!” Sekali lagi kepala Ixuna diluku Eric.Geram betul
dengan mulut isterinya yang macam murai tercabut ekor itu.
“Aku
setuju.Lagipun aku rasa lima tahun cukuplah untuk menggapai impian
masing-masing.” Ariel mencelah dengan senyuman penuh makna.
“Elya
setuju.”
“Reny
setuju!” Semua pakat setuju dengan kata-kata Eric.Jadi Ixuna mengalah.
“Sayang,janji
ya takkan buka termos ni sebelum lima tahun berlalu walau apa pun terjadi?” Eric
memandang isterinya tunak.Bukan boleh dikira sangat isterinya yang nakal nih!
“Okey.Saya
janji!”
Dengan
satu keluhan berat,Ixuna menyangkuk jari kelingkingnya dengan jari kelingking Eric.Pinky
promise! Walhal,dia tidak memerlukan tanda yang sebegitu.Bagi Ixuna,sekali
berjanji..dia akan tepati.Walaupun dia terasa ingin menggali pasir dan membaca
impian Eric saat itu juga dia akan menahan dirinya demi sebuah janji.
Eric
mengambil peluang untuk berbicara dengan Ixuna apabila melihat isterinya itu
berdiri menghirup udara nyaman di persisiran pantai saat mereka sibuk berkemas
untuk pulang.Dengan perlahan Eric menghampiri Ixuna dan dia memeluk tubuh genit
itu dari arah belakang.Ixuna terperanjat besar namun dia tidak pula menolak
pelukan Eric.Dibiarkan saja Eric merangkul erat pinggangnya.Desah nafas pemuda
itu yang menampar telinga menyebabkan Ixuna kehilangan bicara.
“Abang
minta maaf sebab naik angin dengan sayang semalam.” Eric berbisik sambil
mencium bahu Ixuna.Keadaan sekeliling lengang tanpa manusia.Kebanyakkan
pengunjung pantai itu beransur pulang apabila maghrib hampir menjelma.
“Abang
bukan nak perkecilkan kekuatan sayang.Cuma abang nak sayang tahu yang diri
sayang adalah tanggungjawab abang.Begitu juga dengan Elya dan Reny.Reny tu
walaupun adik Ariel.Abang dah sayang dia macam abang sayang Elya.Abang dah
anggap Reny macam adik kandung abang sendiri.” Eric meneruskan bicara apabila
Ixuna kelihatan membisu.
“Abang
tahu yang sayang kuat dan boleh melindungi mereka.Tapi abang pun nak sayang
tahu yang abang lebih suka sayang jauhkan diri daripada bahaya.”
“Maksudnya
awak tak yakin yang saya boleh melindungi orang yang saya sayang? Awak ingat
saya tak mampu nak kalahkan lima orang lelaki penagih dadah tu? Macam tu?” Kali
ini Ixuna membuka mulut bertanya.Ada sedikit perasaan geram dalam tutur
bicaranya.
“Jangan
terlalu yakin dengan kekuatan diri.Sebab kekuatan itu adalah anugerah
Allah.Hanya Allah yang memiliki kekuatan berkekalan dan kuasa untuk melindungi
hamba yang dia kehendaki.Jika Allah mengkehendaki,kekuatan sayang akan jadi
tidak berguna dalam sekelip mata.Semua kebolehan dan keistimewaan sayang adalah
milik Allah.Janganlah terlalu riak dan takbur apabila mengatakannya.” Lembut
sekali Eric menutur nasihat.Mahu Ixuna faham dengan perkara yang ingin
disampaikannya.Ixuna terkedu,sekali lagi kata-kata Eric menusuk kalbu.
“Sebelum
sayang buat apa-apa cuba sayang fikir perkara yang buruk.Cuba fikir bagaimana
keadaan akan terjadi jika semalam sewaktu Elya dan Reny melarikan diri,ada
penagih dadah lain yang menahan jalan mereka? Bagaimana jika kepala sayang
dihentak oleh seseorang daripada belakang dan sayang tidak sedar diri? Sayang
pernah ke fikir kemungkinan ini bila sayang keluar daripada rumah semalam?
Sayang fikir tak apa perasaan abang kalau sesuatu yang buruk menimpa sayang?”
Pertanyaan
Eric menyebabkan fikiran Ixuna menerawang jauh.Tiada salahnya kata-kata Eric
itu.Jika sesuatu terjadi kepada Elya dan Reny sewaktu mereka melarikan diri
semalam,pasti Ixuna akan menyesal seumur hidup.Ixuna tidak hairan jika dirinya
diapa-apakan kerana dia sentiasa yakin dengan kekuatan diri sendiri.Dia yakin yang
Allah akan membantunya saat dia memerlukan perlindungan.
“Maafkan
saya.Saya janji takkan keluar rumah waktu malam lagi dengan Elya dan Reny.” Itu
saja jawapan yang terpacul keluar daripada mulut Ixuna.Ixuna merungkai pelukan Eric
sebelum dia berhadapan dengan suaminya itu.Dia memegang tangan Eric dan
bersedia untuk mengungkapkan sesuatu.Eric memandang wajah comel itu dengan
pandangan penuh kasih sayang.Sungguh,dia telah jatuh cinta pada gadis itu!
“Eric,Ixuna,atuk
ajak balik!” Laungan Ariel dari kejauhan mematikan suasana romantik antara
mereka berdua.Eric mendengus kecil sebelum mengukir senyuman.
“Jomlah
sayang,balik.Hari dah nak maghrib ni.” Eric ingin memimpin tangan Ixuna namun
Ixuna menepis.Gadis itu masih merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Jangan
terlalu menyayangi saya.Kelak,awak akan kecewa dan sakit.” Luah Ixuna sebelum
berlalu meninggalkan Eric yang berubah riak.Amaran demi amaran yang ditetapkan
Ixuna sebelum berkahwin dulu telah dilanggar pemuda itu.
Ixuna melangkah pergi
dengan hati yang terluka.Dia tidak tahu mengapa,setiap kali melihat wajah Eric
sedih atau bimbang dia seakan-akan berkongsi perasaan itu.Sama dengan perasaan
yang dia alami setiap kali melihat Alex sedih atau disakiti dahulu…Mengapa dia
boleh ada perasaan sepelik ini sedangkan Eric bukanlah seorang yang penting
dalam hidupnya?P/S: Bab terakhir in blog.Mansukrip sudah dihantar pada penerbit.Sama2 doa yang K6BJ lulus penilaian dan dapat menemui pembaca tidak lama lagi.Amin~
# kalau nak sy tambah lagi 1 or 2 chap,sila rajinkan diri anda LIKE entry ini.
# 200 like for extra entry.he3 <sila klik like di bawah sekali>
# Terima kasih kepada semua reader yanng support semua karya saya selama ini.
# Alhamdullilah..SSS akan terbit julai ini,sila skrol bawah.
AKAN DATANG JULAI. ONLINE ORDER AKAN DIBUKA PADA 1 JULAI 2013.
SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR - CRYSTAL ANABELLA
ISBN 978-967-365-167-2
RM22.00 / RM25.00
Nur Serena Melissa seorang gadis yang memiliki dua identiti berbeza. Apabila dia menjadi Serena, dia akan bereaksi seolah-olah dia adalah gadis normal. Namun tiada siapa yang tahu bahawa Serena juga adalah Crystal Kennedies (CK), superstar antarabangsa dalam dunia lakonan.
Pertemuan dengan Zyafran, abang kepada seorang sahabat yang memerlukan bantuan menyebabkan Serena jatuh cinta pandang pertama. Dia sanggup mengetepikan kontrak kerja CK dan menjadikan Zyafran suami simpanan. Zyafran yang ingin menolak akhirnya bersetuju kerana terlalu cintakan gadis itu.
Bukan laut namanya jika tiada ombak, sedang seronok diulit keindahan berumah tangga, satu peristiwa menimpa Serena. Dan Serena hilang ingatan. Kedatangan Sam, Aina, Rick dan Faris menambahkan konflik dalam kisah mereka.
“Kerana you bukan superstar. Satu daripada impian terbesar I ialah untuk bersuamikan seorang superstar.”
Mampukah Zyafran bertahan menjadi suami simpanan Serena apabila gadis itu tidak ingat semua perkara yang telah berlaku? Mampukah Zyafran mengembalikan cinta dalam ingatan Serena walaupun gadis itu sentiasa membencinya? Adakah tiada langsung perasaan sayang dalam hati Serena terhadap pemuda yang tidak pernah penat melayan semua kerenahnya? Mampukah cinta mereka berputik apabila nyawa Serena dan CK berada dalam taruhan? Akan setiakah seorang suami simpanan mengharap cinta daripada seorang superstar?
P/S: Please like3 for promotion.TQ~
9 comments:
suke200x..like200x
suka gilaaaaaa
Kejap pasang kejap surut eric dan ixuna ni.....sayang btl eric kt xuna ni..
Sayang betul eric kt xuna ni....walaupun xuna ni keras kepala...
anabel nak baca beli secara ebook je lah lagi sampoi, cam ne ? boleh wat wit juga utk penulisan anabel.
sweet sngt.. best giler..;] ;] ;]
next capter plezzzz...suke sgt novel ni..
episod seterusnyer plezzzz
Best2.... (Y)
Post a Comment