TARIKH: 5.3.2014
PROLOG
“Eve…” Samar-samar satu suara menjamah
pendengarannya.
“Eve bangun!” Satu suara lain kedengaran melantun
tinggi dan menyakitkan kepalanya yang terasa berat.Kelopak mata langsung tidak
terbuka menyebabkan pemandangannya gelap gelita.
“Eve bangun...Kami semua perlukan awak…” Suara tadi
beralun lembut di tepi telinganya dan dia urat sarafnya mula merangsang
sentuhan di pipi dan rambutnya.Kelopak mata bergerak perlahan sebelum sepasang
mata biru menoleh pandang ke arah sekeliling.
“Syukurlah…Awak dah sedar.” Aiden merangkul erat
tubuh gadis yang sudah terlantar selama seminggu di kamar peraduannya.Eve
membiarkan pelukan hangat itu buat seketika.Matanya memerhati
sekeliling.Kelihatan wajah sahabat baiknya Kristy yang sembab.Mungkin baru
lepas menangis dan wajah tenang ayahnya.
“Apa yang terjadi?” Eve melepaskan diri daripada
pelukan Aiden dan menatap sepasang mata hijau cair yang terpancar riak
kesedihan itu dengan wajah ingin tahu.Aiden diam sejenak sebelum mengelus
lembut pipi gebu kesayangannya.Risau di hati selama seminggu sedikit menghilang
apabila si jelita itu kembali membuka mata.
“Kau tak ingat apa yang terjadi?” Eve baru sedar
suara siapa yang melantun tinggi pada gegendang telinganya sebentar tadi.Tidak
lain dan tidak bukan suara sahabat baiknya Kristy.Kristy yang berambut merah
duduk di sisi kiri katil Eve sambil memegang tangan kanan gadis itu.
“Em..aku tak ingat…” Eve terdiam lama.Memikirkan
sebab mengapa dia terlantar di atas katil.Setahunya bukankah dia berhasrat
untuk turun ke dunia manusia bersama si kembar Junki dan Nikki untuk misi
mencari Pedang Langit kepunyaan ayahnya? Dan mengapa pula sekarang dia
terlantar di atas katil?
“Betul kau tak ingat?” Soal Kristy dengan wajah
pelik.
Apa yang berlegar di minda Eve adalah bayang dia
bersama Nikki dan Junki sedang berada di gerbang menuju ke dunia manusia dengan
wajah gembira.Kepalanya terasa mencucuk apabila dia cuba mengingat lebih dalam
tentang perkara yang telah berlaku.
“Tak perlu ingat perkara yang tak penting.Eve
banyakkan rehat.Jangan fikir yang bukan-bukan.” Kira selaku ayah Eve yang
sedari tadi berdiam diri membuka mulut.Eve sekadar mengangguk-angguk kecil.
“Awak berehat dulu.Esok pagi saya melawat awak.”
Aiden mengelus rambut tunangnya itu sebelum berlalu keluar daripada bilik
bersama Kira.
“Kristy…”
“Aku tak tahu apa-apa.Jadi jangan tanya aku
apa-apa.” Eve mendengus kecil apabila melihat sahabatnya itu tergopoh gapah
keluar daripada bilik apabila dia ingin bertanya apa sebenarnya yang
terjadi.Eve berbaring sebelum telinganya dapat menangkap suara yang
dikenali.Dia bingkas bangun daripada peraduan dan membuka pintu bilik.
“Yang kau orang berdua berbisik-bisik dekat luar
bilik aku kenapa?” Sergahan Eve menyebabkan si kembar Junki dan Nikki terkejut
besar seraya memegang dada masing-masing.
“Terperanjat aku!” Junki membebel.
“Ada ap..” Mulut Eve ditekup kuat oleh Nikki sebelum
dia sempat bersuara.Kembar itu mengheret tangannya kembali masuk ke dalam
bilik.
“Kau orang berdua ni dah kenapa?” Suara Eve meledak
apabila tangan Nikki lepas dari menekup mulutnya.
“Shhh…jangan bising-bising.” Bisik Junki.
“Kenapa?” Tanya Eve pelik.Jarang sekali kembar
lelaki dua orang itu pandai menutup mulut.Mereka berdualah yang selalu memekak
dalam Istana Langit itu.
“Pakcik tak bagi kita orang jumpa kau.” Ujar Junki
dengan nada takut-takut.
“Kenapa?” Eve bertanya soalan yang sama.Pelik
apabila ayahnya menghalang si kembar yang sudah dianggap seperti adik
beradiknya itu sendiri menemui dirinya.Nikki dan Junki menarik tangan Eve untuk
duduk di kerusi rotan yang terdapat dalam kamar itu.
“Betul ke kau tak ingat apa yang berlaku?” Soal
Junki sebaik saja Eve melabuhkan punggung.
“Tak.” Eve jawab pendek.Pasti si kembar berambut
coklat cair dengan wajah comel itu mendengar perbualan antara dia ayah,Aiden
dan Kristy sebentar tadi.
“Baguslah kalau tak ingat.” Nikki meghela nafas lega
sebelum bangkit dari duduk dan berura-ura ingin keluar daripada bilik
itu.Begitu juga dengan Junki.Rasa lega apabila Eve tidak mengingati apa yang
terjadi di dunia manusia.
“Auww!! Sakitlah!!” Nikki dan Junki terjerit
serentak apabila rambut mereka berdua ditarik kuat oleh Eve.
“Kau orang berdua tahu kan apa yang berlaku?” Teka
Eve dengan senyuman jahat.Masih tidak melepaskan rambut si kembar itu.Wajah
putih Nikki dan Junki kemerahan akibat menahan perit rambut mereka di tarik.
“Tak tahu.” Jawapan mereka menyebabkan Eve menarik
rambut mereka dengan lebih kuat.
“Baik cakap atau aku…” Tangan Eve terlepas daripada
terus mencengkam rambut si kembar apabila dia terasa sesuatu mencucuk di
bahagian atas belakangnya.Dia yang berdiri terduduk di lantai sambil memegang
tangan yang terasa sakit.
“Eve!” Si kembar terjerit kecil sebelum memapah Eve
ke katil.
“Luka panah tu masih belum sembuh sepenuhnya.” Gumam
Nikki seraya melihat belakang Eve.Satu tompokan darah membasahi jubbah putih
gadis itu.
“Apa sebenarnya yang berlaku?” Eve agak geram
apabila soalannya tidak berjawab.Dia di panah? Dia tak ingat pun?
“Nikki…Junki…” Eve merayu.
“Tunggu aku ubat belakang kau baru aku cerita.”
Nikki berwajah serius sebelum duduk di belakang Eve. Beberapa saat berlalu
sebelum tangan pemuda itu mengeluarkan cahaya berwarna biru dan dia menekapkan
tangannya di kawasan luka Eve.Tidak berapa lama kemudian darah yang tadi mengalir
keluar mula membeku dan Eve kurang berasa sakit.
“Terima kasih.” Ujar Eve kepada Nikki yang kerap
merawat luka di tubuhnya itu.
“Aku tanya sekali lagi,betul ke kau tak ingat
apa-apa sepanjang 3 bulan kita berada di dunia manusia?” Junki bertanya soalan
sama dengan wajah serius.
“Kau orang berdua nak suruh aku sepak kepala kau
orang keluar daripada bilik ni ke? Kan aku dah cakap tak ingat.Tak ingatlah!”
Bengang betul Eve dengan gelagat si kembar itu.Si kembar hanya tersenyum
sumbing.Perangai panas baran puteri mereka sudah kembali.Itu bermakna puteri
mereka sudah sihat.
“Sebenarnya kita orang pun tak tahu apa yang berlaku
pada kau.” Jawapan selamba Junki menyebabkan Eve menyepetkan mata tanda geram.
“Kita orang lambat tiba masa kau cedera.Tapi nasib baik
kami sempat bawak kau balik ke langit…Kalau tak habislah kau Eve…” Sambung
Nikki.
“Aku cedera dekat dunia manusia?” Tanya Eve tidak
percaya.
“A..ah.Ada manusia panah kau dan kepala kau
terhentak pada batu.Sebab tulah kau tak ingat.” Nikki menceritakan perkara
sebenar yang terjadi.
“Aku kena panah dengan manusia? Manusia cederakan
aku??” Intonasi suara Eve naik mendadak.
“Yelah.Kau jangan cakap kami menipu.Cuba kau tengok
belakang kau tu? Berlubang kena panah? Tahu tak?” Cantas Nikki apabila melihat
Eve naik darah .
“Tapi…manusia? Cederakan aku? Aku Puteri Langit!
Macammana pulak mereka yang lemah itu boleh cederakan aku??” Pelbagai persoalan
timbul dalam benak fikiran Eve.
Hampir 200 tahun dia hidup dan tidak pernah
sekalipun dia dicederakan oleh makhluk bernama manusia.Tahap kekuatan antara
puak langit dan puak bumi langsung tidak boleh dibandingkan walaupun sejengkal
jari.
“Itu kami tak tahu. Kau mungkin kemalangan dan tak
sempat gunakan kuasa untuk menghalang manusia cederakan kau.” Nikki agak gugup
menjawab soalan Eve.Eve terdiam lama dan berfikir sejenak.
“Kenapa manusia nak cederakan aku?” Soal Eve lagi.
“Kau kena ingat yang kau tu cuma seekor binatang
apabila berada di dunia manusia.Jadi tak mustahil ada manusia yang hendak
memanah kau.” Jawapan Junki merungkai tanda tanya dalam fikiran Eve.Betul juga
apa yang dikatakan sahabatnya itu.Bukankah binatang di pandang hina oleh
manusia?
Bab 1
Istana langit tersergam indah di pagi hari.Matahari
yang memancar menyinarkan binaan daripada kristal itu.Satu dunia yang
berlantaikan tanah yang terapung dan berbumbungkan awan putih.Dunia yang tidak
kelihatan di mata manusia yang lemah.Suasana dalam istana mulai kecoh sebaik
saja sang puteri bangkit daripada tidur.
“Ayah..tolonglah setuju dengan pendapat Eve?” Eve
merengek-rengek seraya menarik lembut tangan ayahnya yang berwajah cemberut.
Kira yang berambut panjang dan berwajah kacak itu
sekadar berdiam diri di atas singgahsana.Eve bertenggek di tepi kerusi ayahnya
dengan wajah sengaja dicomelkan.Jika di dunia manusia mungkin ayahnya itu
dianggap sebagai pemuda kacak berumur 30 tahun.Walhal ayahnya selaku pemerintah
kerajaan langit itu sudah berusia lebih daripada 1000 tahun.Tetapi itulah
keistimewaan darah langit.Mereka hidup kekal abadi tanpa gentar mengenangkan umur
yang meningkat.Wajah mereka sentiasa muda walau berabad mereka hidup.
“Tapi Eve baru lepas sembuh daripada cedera.” Ujar
Kira perlahan.Faham sangat dengan perangai puteri tunggalnya yang suka memaksa
itu.
“Itu cerita 2 minggu lepas lah ayah.Dekat dunia
manusia dah setahun pun berlalu.” Eve menjawab lantang. Jarak masa antara
dunianya dengan dunia manusia adalah sangat berbeza.Aiden,Nikki,Junki,Evan dan
Kristy yang turut berada sama dalam dewan Istana Langit sekadar melihat
perilaku gadis itu.Malas masuk campur kerana Eve akan mencetuskan perbalahan.
“Manusia anggap Binatang sebagai makanan.Kalau Eve
turun ke dunia manusia sebagai binatang.Nanti mereka akan cederakan Eve lagi.”
Eve berterusan meminta.
“Nikki dan Junki jadi burung.Manusia sangat suka makan
burung.Kristy jadi ular.Mereka anggap ular itu merbahaya. Evan serigala dan
Aiden harimau.Manusia anggap kami ini binatang yang merbahaya.Jadi manusia akan
cuba membunuh kami.” Eve mengajukan tangannya ke arah sahabatnya yang sekadar
mendiamkan diri.
“Apa bahaya seekor musang comel kepada manusia?”
Evan berbisik ke telinga Kristy yang sekadar mengangkat bahu tanda tidak
tahu.Nikki dan Junki berpandangan sama sendiri.Cuba menyembunyikan rahsia yang
hanya diketahui mereka berdua.Aiden beriak tenang.
“Tapi kamu tahu kan risikonya jika kaki kamu sebagai
darah langit mencecah tanah manusia?” Soal Kira tegas.
“Ayah....apa guna semua kuasa yang Eve ada kalau Eve
tak mampu nak patuh pada arahan ayah yang satu itu.Kaki Eve takkan jejak tanah
manusia.Eve akan pakai kasut macam manusia.Dan kalau takde kasut pun Eve akan
terapung di udara.” Bersungguh Eve cuba meyakinkan ayahnya.Selama 100 tahun dia
berulang alik ke dunia manusia,tidak pernah sekalipun dia berada dalam bentuk
figuranya.
“Dan Eve yakin,peluang untuk mencari pedang langit
lebih cerah jika Eve mampu berjalan di atas dunia manusia seperti
manusia.Sampai bila kita nak berperang dengan Kerajaan Sihir.Eve dah bosan
ayah.Kita perlu hapuskan Raja Sihir secepat mungkin.” Keluh Eve dengan perasaan
agak hampa apabila permintaannya kali ini agak sukar ditunaikan.
Hampir 200 tahun kerajaan langit berperang dengan
kerajaan sihir.Perang yang tiada kesudahan dan Eve sendiri tidak tahu apakah
punca sebenar tercetusnya perang itu.Sudah puluhan ribu nyawa makhluk sihir tergadai
dalam tangannya.Dan dia benar-benar bosan dengan semua itu.Hanya Pedang Langit
milik ayahnya yang mampu menewaskan kuasa Raja
Sihir.Mengikut kata ayahnya sewaktu dia dilahirkan,Pedang Langit masih
tersimpan utuh dalam Kerajaan Langit.Namun,pada suatu hari orang kepercayaan
ayahnya telah belot dan membawa Pedang Langit turun ke bumi.Puas di cari namun
Pedang Langit dan pembelot itu tidak ditemui.Oleh itu,setelah Eve mencapai usia
matang,dia sendiri turun ke dunia manusia dan meneruskan misi pencarian Pedang
Langit untuk mengelakkan kuasa sihir yang semakin kuat saban hari.
“ Seminggu…” Cetus Kira tiba-tiba.Kasihan melihat
riak sedih puterinya.
“Apa ayah?” Tanya Eve perlahan.
“Ayah bagi kamu waktu percubaan selama seminggu
untuk ke dunia manusia dalam bentuk tubuh badan kamu sekarang.” Jawapan Kira
menyebabkan semua yang mendengar terpempam dan mulut Eve ternganga kegembiraan.
“Ayah,terima kasih!”
“Tapi…”
“Tapi apa ayah?”
“Hanya seminggu.Jika kamu berkelakuan baik dan tidak
melanggar semua peraturan yang ayah tetapkan.Ayah akan benarkan kamu ke dunia
manusia dalam bentuk kamu sekarang pada masa akan datang.”
“Apa peraturannya ayah?! Eve janji akan ikut semua
peraturan ayah!” Soal Eve sambil melonjak-lonjak kecil.Gembira yang tidak
terkata.
…………
"Tak boleh nampak muka? Cehh!!" Nikki dan
Junki ternganga apabila Eve melemparkan topi yang menutupi wajahnya sejak
keluar daripada istana langit tadi.
"Eve kau dah gila? Itu kan syarat yang
dikenakan pakcik sebelum kita turun ke dunia manusia?!" Jerkah Kristy yang
wajahnya ditutupi topi berkelubung.
" Aku bukannya penjenayah untuk sembunyikan
muka aku yang cantik ni." Jawab Eve di depan pintu gerbang yang memisahkan
negara langit dan dunia manusia
"Aiden cuba kau nasihat tunang kau ni!"
Kristy menyelak sedikit kelubung wajahnya sebelum menjegilkan mata ke arah
Aiden.
"Pastikan kaki tak jejak tanah manusia dan
jangan tanggalkan kasut." Naskhat Aiden menyebabkan Kristy melopong tidak
percaya. Aiden sentiasa menyokong tunangnya.
"Okey." Eve gembira sambil tersenyum manis
ke arah tunangnya yang tampan itu.
"Kristy kau tak oayah bengang sangat.Kau bukan
tak tahu perangai perempuan ni macammana." Sampuk Evan yang berambut biru
cair bersahaja.Kristy sekadar mendengus kecil.
"Kau buatlah apa pun yang kau nak buat dekat
dunia manusia tu Eve.Tapi pastikan kaki kau tak jejak tanah." Ujar Nikki
pula.Peraturan yang diberi Raja Langit langsung tidak diendahkan Eve.
"Okeyla kawan.Aku hendak mencari pedang
langit.Seminggu lagi kita jumpa."
Eve yang tidak sabar-sabar hendak ke dunia manusia
mula membuka pintu gerbang.Apabila pintu terbuka Eve terjun dan sepasang sayap
yang bersinaran seperti kerlipan berlian muncul di belakang tubuhnya.Sayap yang
mampu menampung berat dan menerbangkan dia ke dunia manusia.
"Kristy tolong tengok-tengokkan Eve untuk
aku.Jika sesuatu yang buruk berlaku.Segera kirimkan petanda." Kristy
angguk-angguk kepala mendengar permintaan Aiden.Sebelum dia terjun dari pintu
gerbang, si kembar sempat berbisik.
"Jangan bagi Eve dekat dengan lelaki
manusia.Pemikiran Eve tak sama dengan kita." Pesanan pelik si kembar itu
hanya menyebabkan Kristy terpinga-pinga.
"Jaga kaki kau juga.Jangan sampai jejak tanah
manusia.Jika tidak kau dan Eve akan berhadapan masalah besar." Itu pesanan
terakhir dari Evan sebelum Kristy terjun dari pintu gerbang dan menebarkan
sayapnya.
......
Serpihan salji turun dari langit melitupi tanah dan
pepohonan atas dunia manusia.Musim sejuk hampir tiba di penghujung,namun salji
masih lebat turun di Lovevilace.Dedaunan yang menghijau dan bungaan yang mekar
bewarna warni dilitupi salji dan semuanya bewarna putih.Di pinggir tasik yang
hijau airnya pada musim panas tetapi beku pada musim sejuk itu kelihatan dua
gadis yang sedang berdiri di atas dahan pokok Maaple.Seorang gadis dengan
rambut hitam lurus mencecah bahu,kulit yang seputih salji dan bibir semerah
buah delima.Berpakaian serba putih yang nipis dan gadis itu tersenyum
girang.Sementara disebelahya berdiri seorang gadis berambut ikal panjang
bewarna merah,berpakaian serba hitam dan berkelubung menutup wajahnya.Di dahi
kedua mereka terkalung satu mahkota dengan berlian berlainan warna.Melambangkan
kuasa yang dimiliki kedua-dua gadis jelita itu.
“Cantiknya!! Mujurlah kita sempat sampai ke sini
sebelum musim salji tamat.” Ujar Eve setelah beberapa ketika mendiamkan diri
menikmati keindahan suasana di dunia manusia.
Dia sengaja menggunakan alasan untuk mencari pedang
langit agar ayahnya membenarkan dia ke dunia manusia.Sejak 100 tahun dahulu Eve
amat tertarik dengan keindahan dunia manusia berbanding negara langit.Sama ada
dari segi rakyatnya mahu cara hidup manusia,Eve amat berminat dengan semua
itu.Namun dahulu pergerakan dan penglihatannya terbatas.Dan ini merupakan kali
pertama dia berada di dunia manusia sebagai seorang Eve dan bukannya seekor
musang jadian!
“Berapa lama kita nak berada di sini? Aku sejuk.”
Kristy membuka sedikit kelubung wajahnya seraya memandang Eve yang senyum
lebar.Dia tahu yang Eve sangat menyukai dunia manusia sejak pertama kali mereka
turun ke situ 100 tahun dahulu.
“Aku tak sejuk pun.” Kata Eve selamba.Jawapan Eve
membuatkan Kristy mendengus geram.Dia bercekak pinggang.
“Sakitnya hati aku.Kau tu Puteri Ais.Sebab tulah tak
sejuk.Aku ni cuma Pendinding.” Jawapan Kristy tidak diendahkan Eve.Dia masih
seronok melihat pemandangan di hadapannya.
Kristy yang sedari tadi mengeluarkan cahaya kuning
di sekeliling tubuhnya hanya mampu menggeleng kepala.Bercakap dengan Eve memang
tiada guna.Mahu kuasanya habis jika berterusan berada di kawasan sejuk beku itu
dengan pakaian nipis.
“Ada sebuah kampung tak jauh dari sini.Kau pergilah
beli baju kulit.” Cadang Eve tiba-tiba.
“Kau nak tinggal sini?”
“Em..aku nak menghayati salji terakhir yang turun di
sini.Kau pergilah terbang ke kampung sana.Aku tunggu di sini.” Eve duduk di
dahan Maaple.Tidak mempedulilan pandangan geram Kristy.
“Kau ingat aku nak tinggalkan kau sendirian di sini?
Jika sesuatu berlaku macammana?” Soal Kristy bengang.
“Takde apa yang berlakulah.Bukan ada manusia pun di
sini.Kampung tu bukan jauh pun.Kau terbang jelah ke sana.” Memang benar kata
Eve.Tiada seorang manusia atau seekor binatang pun berada di kawasan itu.Hanya
suara mereka berdua bergema di pinggir tasik beku.
“Kau dah gila nak suruh aku terbang? Tak ingat ke
pesanan ayah kau? Dia tidak benarkan manusia melihat kuasa kita!”
“Bukan ayah aku tahu pun kalau kita guna kuasa
kita.” Tempelak Eve dengan senyuman sinis.Dia paling tidak sukakan larangan
atau peraturan.Dalam hidupnya dia mahu bebas melakukan apa sahaja.Sebab itulah
dia sukakan dunia manusia! Tiada ayah atau Aiden yang akan menegur itu dan ini
jika dia melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.
“Sakit hati betul bercakap dengan kau ni Eve.Aku
pergi ke kampung sekejap.Kau jangan pergi mana-mana.Duduk sini diam-diam sampai
aku balik.” Akhirnya Kristy mengalah.Eve memang degil!
“Baiklah.”
“Pastikan kaki kau tak jejak tanah.” Kristy
mengerling ke arah kasut putih yang tersarung di kaki kawannya itu.
“Ya…”
“Tunggu di sini tahu.Aku pergi sekejap saja.”
“Ya.Belikan aku baju sejuk sekali untuk penyamaran.”
Tambah Eve apabila Kristy meloncat turun daripada pokok Maaple.Jika manusia
melihat seorang gadis selamba berpakaian nipis di musim sejuk pasti mereka
kehairanan.
“Baiklah.Ingat jangan jejak…”
“Kaki atas tanah! Aku tahulah…Tak payah nak ulang
seribu kali.” Eve menyambung ayat Kristy yang tergantung.Kristy mendengus kecil
sebelum berlalu dari situ.
……………….
Selang beberapa minit Kristy pergi,Eve turun dari
pokok.Dia menyedut udara segar dan menghembusnya nyaman.Satu keistimewaan yang
mengalir dalam darahnya adalah dia kalis pada semua elemen yang digeruni
manusia samaada panas atau sejuk.Eve sentiasa berasa hangat dengan kuasa yang
berada dalam tubuhnya.Namun,semua kuasa yang dipunyai sekarang bukanlah
diperoleh secara percuma.Selama 100 tahun berlatih bersama
Aiden,Junki,Nikki,Evan dan Kristy barulah dia mempunyai kuasa sehebat
sekarang.Setiap sahabatnya mempunyai kuasa tersendiri selaku makhluk berdarah
langit.Eve mencangkuk di atas tanah dan menggengam gumpalan salji.Dia meniup
gumpalan salji itu dari tangannya sebelum gumpalan salji berubah menjadi bentuk
bunga dan ghaib.Eve tersenyum sendirian sebelum berjalan menyusuri hutan Maaple
yang serba putih.Pesanan Kristy langsung tidak diingati.Semakin lama semakin
jauh Eve memasuki hutan Maaple itu.
‘Prakk!’
"Argh!!"
Eve tergamam apabila dia terpijak ranting yang
bertebaran atas tanah dan tiba-tiba saja tubuhnya melayang memasuki satu
lubang.Belum sempat tubuhnya mencecah tanah satu lapisan angin muncul di
bahagian belakangnya dan dia terapung seketika.Eve menarik nafas panjang
sebelum kakinya yang berkasut menjejaki tanah.Dia membuang sehelai tikar
mengkuang bersama rumput-rumput kering yang jatuh di atas kepalanya sebentar
tadi.Eve terkebil-kebil seketika.
“Lubang apa yang pelik sangat ni? Jerat ke??” Gumam
Eve sendirian sambil memandang bahagian atas.Dalam juga lubang itu.Jika dia
tidak mempunyai kuasa angin untuk menampung tubuhnya sewaktu jatuh.Mahu
tulangnya patah.Eve mengibar rambutnya yang dikotori dedaunan kering yang jatuh
dari atas.
“Musang?” Eve berhenti membersihkan pakaian apabila
terasa kakinya terpijak sesuatu. Dia membongkok dan mendapati seekor bangkai
musang bewarna putih tersadai di tepi kakinya.Eve mengangkat ekor musang itu
dan menggeleng-geleng kepala.
“Manusia makan musang ke?? Perlu ke mereka menggali
lubang sebesar ini untuk menangkap seekor musang? Takde binatang yang lagi
besar ke untuk ditangkap?”
Eve melempar bangkai musang itu ke tepi sebelum
kembali berdiri.Dia sekali lagi memandang atas.Dia berundur beberapa tapak ke
belakang sambil membebel sendirian tentang keputusannya yang tepat untuk turun
ke dunia manusia dalam figura tubuhnya sekarang.Wajah Eve pucat apabila terasa
bahagian belakang tubuhnya terlanggar sesuatu yang besar dan berbulu.Dia dengan
segera melompat ke belakang dan mengeluarkan pedang api yang tersemat di
pinggang.Jaluran api bertebaran keluar dari pedangnya yang berkemilauan.Eve
bersedia untuk menyerang sesuatu yang akan mencederakannya.Namun dia berhenti
daripada melakukan apa-apa sebelum menggaru kepala yang tidak gatal.Pedang
kembali dimasukkan ke dalam sarungnya.
“Bangkai beruang?” Gumam Eve dalam nada tidak
percaya.Bagaimana dia boleh tidak perasan bangkai beruang hitam yang enam kali
besar berbanding tubuhnya tersadai dalam lubang itu? Eve melihat sekeliling
memastikan tiada bangkai binatang lain dalam lubang itu yang akan
memeranjatkannya.Setelah berpuas hati dia bercekak pinggang di hadapan bangkai
beruang yang matanya terbuka.
“Kesian kau beruang.Aku tak sangka manusia
menggunakan jerat sebegini untuk mengambil bulu kau.” Eve mengelus kepala
beruang sebesar batu gergasi itu sambil menggeleng-geleng kepala.Dia tahu yang
manusia memburu beruang sebesar itu untuk mengambil kulitnya dan dijadikan baju
sejuk.Eve mengagak yang beruang itu mati kelaparan dalam lubang
tersebut.Bangkainya belum membusuk.Mungkin baru mati dalam masa 3 hari.
“Oh! Terkejut aku!” Sekali lagi Eve melenting ke
belakang akibat terkejut apabila perasan ada sepasang kaki manusia di bawah
tubuh beruang itu.
“Beruang ni makan manusia ke?” Eve teragak-agak
untuk melihat apa sebenarnya yang berada di bawah tubuh beruang itu.
Dengan kuasa angin yang dipunyainya,Eve dapat
mengapungkan bangkai beruang itu dan mengalihkannya ke bahagian tepi dengan
kadar sekelip mata.Tepat tekaannya apabila dia melihat jasad seorang manusia
terbujur kaku berlumuran darah setelah bangkai beruang dialihkan.Eve tergamam
sebelum dengan pantas mendekati tubuh itu.Tubuh yang tersembam menyembah bumi
di pangku di ribaannya.Dan Eve seperti membeku apabila melihat wajah itu…
“Siapa dia ni? Dia dah mati ke?”
Eve bersuara setelah gagal mengingati wajah pemuda
di ribaannya itu.Eve merasa nadi di pergelangan tangan pemuda itu juga degupan
jantungnya.Masih bergerak walaupun lemah.Eve membuka baju nipis yang dipakai
pemuda itu dengan teragak-agak.Dia ingin melihat samaada darah yang berlumuran
di atas pakaian pemuda itu adalah berpunca dari pendarahan pada bahagian
perutnya atau akibat gigitan beruang.Setelah diperiksa tiada sebarang luka di
tubuh pemuda itu.Jadi Eve mengandaikan yang pemuda itu telah bertarung dengan
seekor beruang dalam lubang tersebut.Darah beruang tersebut terpalit pada
pakaiannya.Terdapat sebilah pedang berlumuran darah di sisi pemuda itu.Jadi Eve
merasakan telahannya benar belaka.
“Kenapa pulak nak berlawan dengan beruang dalam
lubang ni?? Bodoh ke?” Eve membebel lagi seraya memandang wajah kacak yang amat
pucat pada ribannya.Lama dia merenung wajah yang seperti dikenali itu sebelum
dia terkejut melihat bibir pemuda itu bergerak.
“Se…se..sejuk…” Eve baru tersedar dari kebodohannya
apabila suara pemuda itu menampar cuping telinganya.
“Sejuk? Aduhai…aku nak buat macammana ni??” Eve
berfikir sejenak sebelum berkeputusan menanggalkan gaun nipisnya dan membalut
tubuh pemuda itu dengan pakaiannya.Kini sebahagian badan Eve terdedah dengan
hanya sehelai kain putih membelit bahagian dada dan perutnya.Tindakkannya itu
langsung tidak mendatangkan perbezaan pada tubuh si pemuda yang semakin
membeku.
“Kristy lambat lagi ke?? Kalau aku bawa dia ke
atas,dia akan mati membeku. Nak buat macammana ya?” Eve masih memangku pemuda
tidak dikenali itu dengan wajah cemas.Dia memegang tangan pemuda itu yang
kelihatan seperti tidak mempunyai darah.Eve tidak tahu bagaimana rasanya sejuk
sejak dari kecil kerana tubuhnya kalis pada elemen itu.Namun dia tahu rasa
sejuk itu sesakit dibakar dengan api seperti latihan dia di negara langit dulu.
Akhirnya Eve mengeluarkan pedang apinya dan
mencacakkan pedang itu berhampiran pemuda itu.Berharap agar kehangatan api itu
dapat meredakan sejuk yang memakan jiwa sang pemuda.Mata Eve mati pada kaki si
pemuda yang tidak berkasut.Sekali lagi dia diserang perasaan buntu.Mengapa
pemuda itu boleh tidak berkasut pada musim sejuk! Eve membaringkan tubuh pemuda
tersebut di atas tanah sebelum otaknya ligat berfikir.Dia mencangkung dihujung
kaki pemuda itu dan menghela nafas panjang.
“Aku tak tahu lagi macammana nak tolong
kau.Harap-harap kau tak mati kesejukan.” Eve menanggalkan kasutnya dan
menyarungkan kasutnya di kaki pemuda itu.Eve tersenyum apabila melihat kedua
kakinya terapung di udara tanpa kasut.Jika Kristy nampak hal ini,pasti kawannya
itu akan membebel sepanjang hari.Bukankah angin juga menyebelahinya.Jadi
mengapa dia perlu takut kakinya akan jejak pada tanah manusia??
“Mana Kristy ni? Lambatnya? Perlu ke aku naik ke
atas dan panggil Kristy?” Beberapa minit berlegar-legar di sisi pemuda yang
tidak sedarkan diri dengan tubuh yang menggigil, Eve berkeputusan untuk terbang keluar daripada lubang itu. Eve
bersedia di bahagian tepi dinding lubang itu untuk menggunakan kuasa angin agar
dia dapat melompat keluar dari lubang itu.Baru saja dia hendak melompat
keluar,satu tangan menarik kaki kirinya dari arah bawah.Eve tergamam dan
berpaling ke arah itu.
“Jangan tinggalkan saya…” Rintih pemuda itu dalam
keadaan separa sedar.Eve terkebil-kebil seketika sebelum wajahnya memucat
melihat kaki kirinya yang sudah menjejaki tanah!!!
P/S: Sorry kalau banyak typo.Sudi2 like dan komen lah ye.Thanks :)
100 LIKES N SHARE 4 NEXT ENTRY :)
1 comment:
Best sgt...boleh sambung lg tak? Tak puas baca la...
Post a Comment