BAB 26
Selama dua hari Yuri tarik muka dengan Ervin.Dan apa yang paling
Yuri sakit hati apabila Ervin seperti
tidak endahkan dia lagi.Ervin jarang menegur atau bersembang dengannya.Pemuda
itu hanya tersenyum daripada jauh
apabila memandang Yuri.Entah apalah yang difikirkannya.Sungguh Yuri terasa hati
dengan perangainya itu.
“Kak,kenapa orang tengok
kebelakangan ni akak muram je?” Pertanyaan Ika yang selesai menamatkan nyanyian
sebuah lagu mematikan lamunan Yuri.
Sebentar tadi,sebaik saja tamat kerja shift petang pada pukul
12.00 malam,Aizul mengajak Yuri dan Ika berkaraoke. Ima dan Farah bekerja shift
pagi bersama Ervin.Mereka sudah pulang terlebih dahulu.Yuri dari awal ada
menghantar mesej kepada Ima yang menyatakan dia mahu keluar dengan Aizul.Jadi
Ervin tidak perlu mengambil dirinya di Pizza Star.Pusat karaoke yang menjadi
pilihan Aizul malam itu ialah Big Box yang terletak tidak berapa jauh daripada
Pizza Star.
“Takde apa-apalah Ika.”
Yuri menjawab malas sebelum memandang Aizul yang seronok
menyanyikan lagu-lagu 70-an dengan lantang.Memang kawannya itu minat berkaraoke.Tapi
suara dia boleh memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya.Terjerit
dan terlolong melepaskan stress selepas bekerja.Itulah tujuan utama mereka
semua berkaraoke.
“Yuri,giliran kau pulak nyanyi.”
Aizul memberikan mikrofon kepada Yuri dan dia berdiri daripada
duduk.Aizul telah menempah bilik itu selama dua jam.Jadi mereka bertiga
bergilir-gilir untuk menyanyikan lagu kesukaan masing-masing.Lagu Ace yang
bertajuk Love menjadi pilihan Yuri.Dada berasa sebak apabila menyanyikan chorus
lagu itu.Wajah Ace dalam video muzik itu kelihatan dipenuhi kesedihan kerana
tidak dapat menggapai cintanya.Sekarang,Yuri seperti berada dalam kedudukan
Ace.
‘Even if it's just a dream,I think I want to see more
Even if we can never touch,It's love that can not flap
My hearts goes back and forth,I wander around looking for the light
Now if this still goes on,I will accept this sleeping sadness
Floating just like a bubble,Love that will just vanish’
Even if we can never touch,It's love that can not flap
My hearts goes back and forth,I wander around looking for the light
Now if this still goes on,I will accept this sleeping sadness
Floating just like a bubble,Love that will just vanish’
Sebaik saja Yuri tamat menyanyikan lagu itu Aizul dan Ika bertepuk
tangan.Yuri macam biasalah membongkokkan sedikit badan gaya seorang
artis.Sorakan mereka menghilangkan sedikit rasa sedih yang bertamu di hati.
“Serius Yuri,suara kau memang mantap.Aku rasa kalau kau masuk
Mentor atau Akademi Fantasia,ada harapan jadi juara.Suara kau merdu macam suara
Ace.” Aizul berkata dengan nada bersungguh.Ika mengangguk-anggukkan kepala
tanda bersetuju.Yuri hanya mampu tergelak kecil.Langsung tidak memikirkan yang
dia layak untuk bergelar seorang penyanyi.Dia bukan Ace.
……………………………………
Jam menunjukkan pukul tiga pagi saat Aizul menghantar Yuri di
hadapan rumah Ervin.Mujurlah pagar utama tidak berkunci.Datin Kasma berbaik
hati meminjamkan Yuri sebentuk kunci
pendua untuk kegunaan Yuri, Ima dan Farah membuka pintu.Jadi dia dapat memasuki
banglo itu tanpa perlu mengejutkan orang lain agar membuka pintu.Dengan langkah
perlahan,dia menapak masuk ke dalam banglo itu.
“Awak pergi mana?!” Jerkahan seseorang yang berada di ruang tamu
membuatkan jantung Yuri hampir gugur.Dia menghela nafas panjang seraya mengurut
dada apabila terpandangkan wajah Ervin.Boleh pulak Ervin duduk dalam suasana
bergelap.Lampu semua tidak berpasang.
“Awak ni mengejutkan saya sajalah.” Yuri menggumam kecil sebelum
bertatap mata dengan Ervin.Berasa tidak sedap hati apabila melihat seraut wajah
itu yang masam mencuka dan langsung tiada senyuman.
“Awak pergi mana? Pukul tiga pagi baru ingat nak balik.” Ervin
berpeluk tubuh dan merenung Yuri tajam.Bimbang betul hatinya apabila gadis itu
tidak pulang ke rumah setelah tamat bekerja.
“Karaoke dengan Aizul dan
Ika.Saya dah mesej Kak Ima tadi.” Yuri menjawab jujur.
“Untuk apa pergi karaoke?”
“Berseronok.”
“Seronok ke keluar dengan Aizul?”
“Seronok sangat.Hilang semua stress.” Yuri berpura-pura senang
hati.
“Ha,bagus sangatlah tu.Lain kali kalau nak hilangkan stress,tak
payah balik terus.Awak ingat rumah saya ni hotel ke?!”
Tengkingan Ervin yang dipenuhi rasa cemburu itu membuatkan Yuri
terkedu.Sampai hati Ervin memarahi Yuri.Padahal Datin Kasma selaku tuan rumah
tidak kisah jika dia pulang lewat.Jadi,mengapa Ervin hendak marah dia
pulak.Inilah kali pertama Yuri pulang lewat sepanjang dia menginap di bangle
tu.Itu pun sebab dia rasa stress sangat hari itu.Yuri sedar yang dia sekadar
menumpang di rumah pemuda itu..Tak payahlah nak tinggikan suara.Hati gadisnya
berasa sebak dan terguris.
“Keluar malam dengan lelaki.Balik pagi-pagi buta.Bagus betul
perangai awak Mayurie Rosella!”
Wajah Ervin merah padam menghamburkan kemarahan.Kerana perasaan
cemburu yang meluap-luap dia berbicara tanpa berfikir panjang.Tidak sedar semua
ayatnya menyakitkan hati Yuri.
“Hampir berpuluh kali saya telifon awak,tapi awak langsung tak
jawab panggilan saya.Berkaraoke sampai lupa dunia ke.Seronok sangat ke menyanyi
dengan Aizul tu?!” Seperti machine gun Ervin menghamburkan kemarahan.Wajahnya
merah dan masam mencuka.Datin Kasma yang berada dalam bilik tidur dan mendengar
sayup-sayup suara anak bujangnya membiarkan saja situasi itu.Ingin melihat apa
yang bakal berlaku.
Yuri bengang apabila nama Aizul dibangkitkan dalam hal itu.Suka
hati dialah hendak keluar ke mana atau dengan siapa pun.Yang Ervin hendak sibuk
kenapa pulak.Namun,semua kata itu hanya terlintas dalam hatinya.
“Saya nak tidur.”
Yuri berlalu meninggalkan Ervin apabila air mata hampir saja
merembes keluar.Dia biarkan saja Ervin terpinga-pinga di ruang tamu.Sungguh
Yuri tidak menyangka yang Ervin sanggup memarahi dirinya sedemikian rupa hanya
kerana dia pulang lewat.Dia tidak pernah menyuruh pemuda itu menunggu
kepulangannya.Jadi mengapa Ervin perlu bersengkang mata dan tidak tidur saat
itu?
………………..
Keesokan harinya Yuri bekerja shift pagi.Tamat saja waktu bekerja
dia terus bergegas pulang ke kampung mengenangkan keesokan harinya dia
bercuti.Rasa tidak sanggup untuk berhadapan dengan Ervin akibat peristiwa
semalam.Sudahlah Ima dan Farah bertanyakan dia banyak soalan tentang mengapa
Ervin memarahi dirinya.Yuri malas untuk bersoal jawab tentang pemuda itu
lagi.Buat sakit hati saja.
Sepanjang perjalanan menuju ke kampung dengan menaiki bas,dia
banyak mengelamun.Angin kencang yang masuk daripada tingkap bas yang terbuka
luas menyamankan diri.Bas yang menuju ke kampung,hanya sebuah bas uzur yang
tidak mempunyai penghawa dingin seperti bas ekspres.Bas di bawah kelolaan
Syarikat Mahdan itu beroperasi sejak zaman ibunya muda lagi.Walaupun jenis bas
itu agak ketinggalan zaman,ia tetap berjasa kepada penduduk kampung seperti
Yuri.
Tidak ramai orang yang menaiki bas petang itu.Jadi dia tidak perlu
berkongsi tempat duduk dengan penumpang lain.Rambut pendeknya terbang beralun
ditiup angin petang. Yuri menghela nafas panjang.Pertama kali dia merasakan
perasaan yang sangat pelik.Berasa marah tapi tidak mampu memaki.Rasa hendak
menangis tetapi rasa malu jika air mata keluar.Dan rasa diri ini bodoh sangat
sebab mula menyukai Ervin.
Ervin sudah berpunya dan Yuri tahu yang selama ini Ervin
menganggap dirinya sebagai kawan.Cuma dia yang tidak sedar diri hingga membuat
kesimpulan yang Ervin benar-benar sukakan dirinya.Walhal,memang Ervin jenis
lelaki yang bermulut manis pada semua perempuan.Prinsip hidup Yuri yang tidak
mahu menjadi gadis hidung tidak mancung tapi pipi tersorong sorong kini lebur
begitu saja.Bodohnya dia sebab terjatuh hati pada Ervin!
Beberapa ketika dia hanyut dengan pandangan luar yang dipenuhi
kehijauan dedaunan.Pemandangan kampung memang jauh berbeza dengan bandar.Nyaman
dan mententeramkan jiwa.Lagu Ace yang berkumandang di corong fon telinga
menemani jiwa galau Yuri saat itu.Sekali sekala bas itu berhenti untuk
mengambil penumpang yang mungkin hendak menuju ke pekan Tanjung Sedili.
Yuri mengeluh kecil apabila melihat beberapa wajah tua yang
membeli banyak barang daripada bandar dan terpaksa mengangkutnya bersendirian
dengan menaiki bas.Yalah,di kampungnya mana ada pasaraya.Jika mereka ingin
memberi barang keperluan rumah dengan harga yang murah,mereka perlulah ke Kota
Tinggi.Jika hendak memberi makanan basah seperti ikan,maka mereka semua
terpaksa menaiki bas untuk ke Tanjung Sedili.Mujurlah masa yang diambil untuk
menuju ke Tanjung Sedili dari Kampung Sayang adalah singkat.Lebih kurang 15
minit.
Pandangan Yuri beralih pada seorang perempuan yang duduk selang
dua kerusi daripadanya.Wanita itu sedang menenangkan bayinya yang sedang
menangis.Mungkin bayi itu tidak selesa apabila terkena pancaran matahari petang
yang menembusi tingkap.Terdapat juga beberapa orang lelaki sebaya ayahnya yang
sedang berbual secara bersebelahan di bahagian depan bas.Wajah pemandu bas yang
Yuri kenali sebagai Pak Teh,berumur dalam lingkungan 40 an itu turut membuatkan
dia berfikir panjang.Daripada zaman awal persekolahan menengah hinggalah dia
tamat sekolah,Pak Teh masih memandu bas yang sama untuk menyara kehidupan.
Semua pemandangan itu sudah biasa Yuri lihat.Dan dia tidak pelik
dengan situasi itu.yuri cuma berdoa agar Allah memberikan dia peluang untuk
melihat sesuatu yang lebih menarik berbanding semua perkara itu.Sungguh dia
bosan apabila hanya mampu melihat dan tidak mampu memberi sebarang
bantuan.Apabila melihat ibu atau bapanya berhadapan dengan situasi sama yang
selalu diperhatikan terhadap semua orang di situ.Hatinya sebagai seorang anak
berasa sedikit terguris.
Dia teringin benar untuk menyenangkan kehidupan kedua orang tuanya
dengan semua kemewahan yang terdapat di atas dunia ini.Namun,mampukah mereka
menggapai semua itu jika dia hanya bekerja sebagai seorang staf Pizza
Star?.Kata-kata Ace kepada peminatnya hidup ini sudah ditakdirkan oleh
tuhan.Namun,kita sebagai manusia langsung tidak tahu akan takdir yang sudah
ditetapkan itu.Sama ada baik atau buruk.Jadi,selagi ada peluang,capailah apa
jua impian yang anda inginkan.Jangan mudah berputus asa dan takutkan
kegagalan.Too many of us are not living our dreams
because we are living our fears.Dan Yuri dia adalah salah seorang darinya.Dia
mahu keluar daripada kepompong ketakutan itu!
BAB 27
Yuri membebel seorang diri di hadapan cermin sebaik saja bangun
daripada tidur keesokan harinya.Masakan tidak dua biji jerawat kelihatan timbul
di bahagian pipinya.Mungkin sebab kitaran bulanan akan menjengah tidak lama
lagi.Memang selalu begitu.Peningkatan hormone berlaku sebelum keluar haid.Yuri
bergegas ke dapur dan mengasah kulit kayu manis dengan air pada sebiji batu
untuk mendapatkan larutannya.Larutan kulit kayu manis itu disapu pada muka.
Jerawat terjadi apabila minyak kulit semulajadi iaini sebum
yang terhasil di liang roma dijangkiti bakteria akibat radikal bebas yang
terdapat dalam udara seperti habuk dan kotoran lain. Penawar radikal bebas
ialah antioksidan yang
bertindak sebagai bahan peneutralan dan antiseptik. Bahan aktif yang terdapat
dalam kulit kayu manis dipercayai boleh mengubati kerosakan sel kulit apabila
seseorang telah memecahkan putil jerawat tersebut.
Petua ini diberikan oleh Hasnah.Dan Yuri sebagai salah
seorang pelajar aliran Sains di sekolah menengah dulu turut mengetahui akan
khasiat kulit kayu manis tersebut.Terdapat pelbagai cara penggunaan kulit kayu
manis untuk menghilangkan jerawat.Ada yang mencampurkan serbuk kulit kayu manis
dengan madu atau tepung sebelum disapu pada jerawat.Dia hanya menggunakan
kaedah yang paling mudah sebab kesannya sangat mujarab.
Sesudah puas membelek wajah yang kini bertepek dengan sesuatu
bewarna coklat keperangan Yuri mula membantu Hasnah membuat kerja rumah.Dia
menyapu sampah,membasuh pinggan mangkuk,mengelap cermin dan membasuh pakaian.Sepanjang
proses mengemas itu,fon telinga sentiasa terpasang untuk pendengaran
Yuri.Memang dia selalu begitu.No life without music.Selesai membasuh baju,dia
mengangkut sebakul pakaian ke ampaian yang terletak di luar rumah.
Yuri mula menyidai baju dan menyanyi kecil mengikut lirik
lagu Ace yang berkumandang di telinga.Cuaca pagi itu kurang panas.Jadi dia
boleh menyidai pakaian dengan tenang tanpa takut kulit akan terbakar akibat
pancaran matahari.Sedang dia leka menyangkut pakaian pakaian kecil pada penyangkut,bahunya
disentuh seseorang.Akibat terkejut yang amat,dia terlompat ke belakang dan
semua pakaian kecil yang dipegang bertaburan di atas tanah.
Kelihatan di hadapannya seorang pemuda segak sedang memandang
dirinya sekilas lalu sebelum pemuda itu tersenyum lebar melihat pakaian kecil
Yuri yang terjatuh berhampiran kakinya.Yuri terkedu dan terpaku di situ dengan
wajah yang merah menyala.Kalaulah pakaian kecil itu terbang ke atas
kepalanya,mahu sampai mati Yuri bakal menanggung malu!Tak guna betullah dia ini.Datang
tidak berjemput dan suka memeranjatkan orang!.
Dengan perasaan bengang dan otak yang penuh tanda tanya
tentang kehadirannya di situ,segera saja Yuri mengutip semua pakaian yang
bertaburan.Kelihatan dia ingin membantu.Namun,dia cepat mematikan niatnya
apabila menyedari pakaian yang terjatuh itu adalah pakaian dalam Yuri.Yuri
mencabut fon telinga sebaik saja semua pakaian yang jatuh dimasukkan ke dalam
bakul.Niat untuk menyidai semua pakaian itu terbantut.Jadi,Yuri berkeputusan
untuk berhadapan saja dengan tetamu tidak diundang itu.
Yuri bertambah geram dan sakit hati apabila melihat wajah
tampan yang masih galak tersenyum nakal dan menahan gelak daripada
terburai.Senang hati pulak.Kelmarin bukan main lagi memarahi aku.
“Kenapa muka sayang comot ni? Makan coklat dengan strawberi
ke?.Muka merah dan dekat pipi tu warna coklat.”
Coklat dan strawberi kepala dia.Memanglah muka aku merah
sebab malu sangat dengan kejadian tadi.Tompokan bewarna coklat itu pulak
disebabkan ekstrak kulit kayu manis.Cemuh Yuri dalam hati.
“Awak buat apa dekat
sini?” Yuri bertanya serius.
“Nak menjemput buah hati saya yang lari daripada rumah.”
Masih hendak bermulut manis.
“Saya takde masa nak layan awak.Baik awak balik sekarang.”
“Amboi,menghalau kita pulak.” Ervin berpeluk tubuh dan
mencebik bibir tanda tidak peduli dengan kata-kata Yuri.
“Yuri janganlah ajak Ervin berbual dekat ampaian tu.Ajak dia
masuk rumah.Emak dah sediakan sarapan ni.”
Laungan Hasnah daripada rumah membantutkan niat Yuri untuk
meneruskan bicara dengan pemuda itu.Terus saja dia mengheret bakul pakaian
kembali masuk ke dalam rumah dan Ervin membontoti langkahnya.Setibanya dalam
rumah,Yuri berkeputusan untuk membersihkan diri dan membiarkan Hasnah berbual
dengan Ervin sambil bersarapan.Dia malas hendak melayan kerenah pemuda
itu.Hasnah kelihatan senang hati dengan kunjungan mengejut penyelamatnya
itu.Mujurlah abah bekerja,jika tidak lagi lamalah Ervin bertandang di rumah
Yuri.
Yuri tidak tahu perkara apa yang dibualkan Ervin bersama
ibunya.Namun,sebaik saja dia selesai mandi dan memperkemaskan diri,Hasnah
mendekati Yuri.Dia menyuruh Yuri berbual dengan Ervin dan menyelesaikan
perbalahan mereka.Yuri malas hendak melawan cakap Hasnah mengikuti saja arahan
ibunya itu.Ervin mengajak Yuri menaiki keretanya dan dia membawa Yuri terus ke
pekan Tanjung Sedili.Mencari privasi untuk mereka berbual.
“Saya minta maaf atas perkara yang terjadi kelmarin.” Ervin
membuka mulut apabila mereka berdua diam membisu sebaik saja tiba di jeti
Tanjung Sedili.
Kelihatan puluhan bot tersadai berhampiran jeti.Hanya
beberapa buah bot kecil yang kelihatan bergerak merentasi air.Tiupan bayu
lembut menerbangkan rambut pendek Yuri.Hubungan Yuri dan Ervin memang agak
renggang sejak kehadiran Zaty.Sikap Ervin yang seperti tidak mengendahkan Yuri betul-betul
buat gadis itu makan hati.Itu belum lagi ditambah dengan peristiwa Ervin
memarahi dirinya kerana pulang lewat kelmarin.Padahal sebelum itu hubungan
mereka berdua baik-baik sahaja.
“Yuri,tolong jangan berdiam diri macam ni.Saya minta
maaf.Saya memang tak sengaja nak marah awak malam tu.Saya cuma sakit hati bila
dapat tahu awak keluar dengan Aizul.”
Wajah Ervin kelihatan teduh apabila Yuri langsung tidak
membalas setiap bicaranya. Penjelasannya itu kedengaran berbaur cemburu di
telinga Yuri.Namun,cukuplah Yuri mendengar setiap kata manisnya.Dia tidak mahu
terlebih dos pulak.Sudah serik perasan yang Ervin sukakan dirinya.
“Takpe.Saya tak kisah pun awak nak marah.Sebab saya tahu saya
cuma menumpang di rumah awak.Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku,saya
rasa lebih baik saya pindah keluar daripada rumah awak.Saya lebih rela berulang
alik daripada kampung ke Pizza Star daripada terpaksa bermasam muka dengan
awak.”
Yuri berterus terang dan Ervin terkedu.Yuri telah memikirkan
perkara itu sejak dimarahi Ervin kali lepas.Dia tidak suka hidup
dikongkong.Apatah lagi dimarahi oleh seseorang yang langsung tiada pertalian
darah dengannya hanya kerana dia pulang lewat ke rumah.
“Yuri,janganlah macam ni.Saya tak sengaja okey.Saya tak
benarkan awak pindah keluar daripada rumah saya selagi hostel Pizza Star belum
siap dibaik pulih.” Ervin memberi arahan dalam pujukan.Suaranya kedengaran
lembut dan merayu-rayu.Wajahnya juga kelihatan sedih dan tidak bermaya.Silapnya
sendiri kerana bermain api dengan Yuri.
“Saya betul-betul tak faham dengan perangai awak Ervin.” Yuri
berbicara perlahan.
“Maksud awak?” Dahinya berkerut.
“Saya tahu yang saya ni cuma seorang gadis kampung dan salah
seorang daripada pekerja awak.Tapi awak tolonglah jangan bermain dengan
perasaan saya.”
“Kenapa awak cakap macam ni Yuri?” Ervin menghampiri dan dia
merenung Yuri lama.
“Walaupun awak nampak saya macam ni tapi saya tetap ada hati
dan perasaan.Saya tahu awak dah ada bakal isteri dan akan berkahwin tak lama
lagi.Jadi tolonglah jangan terlalu baik dengan saya.Jangan panggil saya sayang
atau terlalu ambil berat akan perihal saya.Kelak saya akan menganggap yang awak
sukakan saya lebih daripada seorang kawan.”
Satu keberanian datang dalam diri Yuri.Keberanian yang
membolehkan lidah nya mengungkap tentang perasaan di hadapan seorang lelaki
buat pertama kalinya.
“Masa bila pulak saya cakap saya nak kahwin?” Ervin pura-pura
tak tahu.
“Zaty yang beritahu saya kali lepas.”
Yuri memberitahu jujur dan beralih pandang.Tidak sanggup
untuk terus menatap wajah pemuda itu.Hatinya berasa sakit dan sebak.Beberapa
ketika mereka berdua mendiamkan diri.Membiarkan angin lembut,bunyi kicauan
burung dan deruan enjin bot menjamah pendengaran.
“Zaty bukan bakal isteri saya.Dia sengaja mengada-adakan
cerita.Dia tu adik tiri saya.” Penjelasan Ervin buat Yuri terdiam sejenak.Betul
ke Zaty tu adik tiri dia?.Yuri memandang wajahnya.Kelihatan serius dan tiada
riak menipu.
“Kalau awak tak percaya,awak boleh tanya dengan mama saya.”
Tambah Ervin lagi.Dapat melihat wajah Yuri yang tidak percaya dengan
kata-katanya.
“Tak penting pun saya percaya atau tidak.” Yuri cuba menipu
perasaan sendiri.
“Penting bagi saya.Hari ni saya tahu yang awak cemburu dengan
Zaty.”
“Ha?” Yuri ternganga.
“Itu bermakna awak cintakan saya.”
“What?!” Wajah Yuri terasa membahang saat itu.Cuba menyangkal
namun hati tidak membenarkan.
“A guy and a girl can be just friends, but at
one point or another, they will fall for each other.Maybe temporarily, maybe at
the wrong time, maybe too late, or maybe forever”
Alahai,dia
hendak bermadah dalam bahasa Inggeris pulak!.
“Dan hari
ini saya nak awak dengar baik-baik dan simpan dalam hati.Saya tak pernah sekali
pun anggap awak sebagai kawan saya.” Yuri tak terkata.
“Sejak
pertama kali saya berjumpa dengan awak,saya bertekad untuk menjadi seorang yang
istimewa di sisi awak.Selama ini saya cuba memahami awak tentang perasaan saya
dengan semua perbuatan dan kata-kata manis saya.Namun,saya rasa awak jenis
perempuan yang susah nak faham perasaan lelaki macam saya.” Apa pulak yang
Daniel Ervin merepek ni?!
“Saya
cintakan awak Mayurie Rosella.Sangat cintakan awak hingga saya rasa lemas kalau
tidak dapat memandang wajah awak walaupun untuk sehari.” Saat itu Yuri hampir
pengsan!.
BAB 28
Luahan hati Daniel Ervin betul-betul buat Yuri mati kutu
untuk satu tempoh masa yang agak panjang.Dia tidak menolak mahupun menerima
luahan cinta pemuda itu.Ini kerana dia
masih tidak percaya dengan semua perkara yang telah berlaku.Walaupun begitu,Ervin
tidak mendesak Yuri.Dia cuma tidak mahu Yuri menganggap yang dia sukakan gadis
itu sebagai kawan.Ervin cintakan Yuri dan dia mahu Yuri tahu akan perasaannya
itu.Datin Kasma jelas mengatakan yang Zaty adalah anak tirinya.Bermakna Ervin
tidak menipu dengan mengatakan Zaty itu adik tirinya.
Dalam masa seminggu,Yuri banyak melarikan diri daripada
Ervin.Rasa kekok bila terpaksa berdepan dengannya.Namun,Yuri menarik balik
kata-katanya yang kononnya ingin berpindah keluar daripada rumah Ervin.Ervin
sudah meminta maaf akan kesilapannya.Dan apa yang membuatkan Yuri gembira,Ervin
jelas memberitahu yang dia marahkan Yuri malam itu kerana dia cemburu Yuri
keluar dengan Aizul.Ya Allah,kini Yuri sendiri tidak berapa faham dengan
perasaannya.Cintakah dia pada Daniel Ervin?.
“Yuri,termenung apa tu?”
Yuri terkejut kecil apabila sehelai kain basah dibaling tepat
mengenai pipi kanannya.Apabila dia berpaling,Ervin sedang tersenyum ke
arahnya.Walau sejauh mana pun Yuri cuba mengelak untuk berdekatan dengan pemuda
itu,Ervin pasti akan mendekati Yuri tanpa dipinta.Jadi,bagaimana Yuri hendak
melarikan diri?.
“Kotorlah Daniel Ervin!” Yuri mengambil kain basah pengelap
meja Pizza Star itu dan membaling ke arah wajah Ervin kembali.Dia sempat
mengelak dan tertawa nakal.Kain basah yang terjatuh di atas lantai diambilnya
dan dia membantu Yuri mengelap meja yang kotor.Yuri mendongkol geram dengan
semua kelakuan pemuda itu.
“Saya tak suka awak macam ni Yuri.” Ervin membuka mulut
dengan satu helaan nafas panjang.Tangannya lincah mengelap meja walaupun dia
sedar yang Yuri sedang memerhatikannya.Banyak kali dia berfikir adakah silap
dia meluahkan perasaan yang terbuku dihati? Mengapa Yuri cuba menjauhkan diri
daripadanya? Adakah Yuri tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya?
“Macam mana?” Yuri bertanya ringkas.
“Saya tak paksa awak untuk cintakan saya.Tapi janganlah
anggap saya sebagai orang asing dalam kehidupan awak.Saya tak selesa kalau awak
cuba menjauhkan diri daripada saya.Seolah-olah saya telah membuat kesilapan
yang besar.” Sayu pula nada suara Ervin ketika itu.
“Awak bukan orang asing dalam hidup saya.” Yuri berbicara
lambat-lambat dan dia sedang merenung Ervin.Mengumpul kekuatan untuk
membicarakan hal sebenar.Terpamer senyuman kecil di bibir Ervin.
“Jadi saya seorang yang istimewa dalam hidup awak ke?”
“Istimewa apanya.Awak tu alien.Makhluk asing.Tak nak saya
istimewa-istimewa dengan awak.”
Yuri segera melarikan diri dengan gelak besar apabila melihat
Ervin menggigit bibir tanda geram.Sajaingin mengenakan pemuda itu.Sudah agak
lama Ervin mogok untuk bergurau dengannya.Dan Yuri memang tidak selesa dengan
keadaan itu.Biarlah hubungan dia dengan Ervin mesra seperti dulu.Moga hubungan
mereka akan baik-baik saja selepas ini.
…………………………
“Yuri,kenapa awak suka dekat Ace?”
Itulah soalan pertama yang ditanya Ervin sebaik saja mereka
berdua memasuki BMW 5 Seriesnya.Kebetulan Yuri dan Ervin kerja shift
pagi.Jadi,mereka pulang bersama.Yuri mengerutkan dahi dan membiarkan tangan
Ervin lincah memakaikan tali pinggang keselamatan untuk dirinya.Ervin memang
selalu begitu.Setiap kali Yuri menaiki keretanya,jika Yuri terlupa atau
terlambat memakai tali pinggang keselamatan,pasti dia yang berbaik hati
memakaikannya untuk Yuri.
“Sudah tentulah sebab suara dia tu merdu.Lepas tu lagu-lagu
dia pun best.” Yuri menjawab dan kereta Ervin mula menyusur jalan.
“Em,bukan sebab dia hensem ke?” Ervin bertanya lagi.
Ervin galak bertanya perihal Ace kerana sewaktu mereka
bekerja tadi,kebanyakkan daripada staf Pizza Star membahaskan tentang Ace.Ace
akan melangsungkan konsertnya di Malaysia tidak lama lagi.Sudah tentulah selaku
peminat,mereka semua akan membicarakan topik itu.
“Dia tu tak hensem.Tapi comel sangat.” Wajah Ace terbayang di
benak fikiran Yuri.Kulit yang putih,mata yang bulat seperti kartun dan dia
mempunyai dua lesung pipi yang sangat dalam.
“Daripada cara awak bercakap macamlah awak pernah bersemuka
dengan dia.” Ervin mencebik bibir apabila perasan kegirangan di wajah Yuri
membayangkan Ace.
“Alahai,tak payah nak bersemuka.Dalam televisyen tu selalu je
ada wajah dia.”
“Saya ni tak hensem ke?” Ervin bertanya soalan yang sama seperti dulu.
“Awak hensem,cuma kurang hensem berbanding Ace.”
“Dia ni cakap putar belitlah.Tadi kata Ace tak hensem tapi
comel.Sekarang dia kata Ace hensem berbanding saya pulak.” Ervin membebel
seraya meluku kepala Yuri dengan sebelah tangannya.Yuri ketawa berdekah-dekah.
“Awak takde lesung pipitlah Ervin.” Tokok Yuri lagi.
“Adalah.” Ervin berpaling ke arah Yuri dan sengaja tersenyum
lebar.Jelas kelihatan dua lekukan kecil di pipi kiri dan kanannya.Mengapa Yuri
boleh tidak perasan sebelum ini.Dia pun ada lesung pipit walaupun tidak sedalam
Ace.
“Okeylah.Awak hensem berbanding Ace.” Yuri cuba menyedapkan
hati Ervin dan pemuda itu kembali menarik muncung sedepa.
“Nampak sangat tak ikhlas.” Katanya seperti merajuk.
Sebaik tiba dia hadapan banglo Ervin,Yuri turun daripada
kereta.Ervin terpaksa berpatah balik ke Pizza Star kerana dia tertinggal satu
fail kerja yang penting.Itulah sibuk sangat berbual dengan hingga terlupa hal
kerja.Mujurlah jarak Pizza Star dengan rumahnya tidak jauh.Jika tidak,padan
muka dia!.Yuri seperti biasa memasuki banglo dua tingkat yang hampir dua bulan
menjadi tempat Yuri,Kak Ima dan Farah menginap.Sungguh dia selesa tinggal di
situ kerana layanan baik,Ervin,Datin Kasma dan Kak Nana.
Semua kelengkapan turut ada untuk kegunaan dirinya berbanding
ketika dia menginap di hostel Pizza Star dulu.Apabila Yuri bertanya kepada
Ervin bila hostel mereka akan selesai dibaik pulih.Ervin mengagak mungkin
beberapa bulan lagi.Kak Nana sudah pulang ke Johor Bharu untuk menguruskan
butik andamannya.Manakala Datin Kasma macam biasa sibuk dengan aktiviti
luar.Setahu Yuri mama Ervin tiada di rumah untuk menguruskan hal perhotelan
atau keluar dengan teman-temannya.Bila mereka tiada,tinggallah Yuri dan orang
gaji saja di rumah itu.Pembantu rumah yang bernama Mak Cik Yanti itu agak ramah
orangnya.Jadi,Yuri tidak kekok untuk berbual-bual dengannya.
Usai membersihkan diri dan menunaikan solat asar,Yuri
bergegas keluar daripada bilik.Kedengaran pergerakan seseorang dalam bilik
Ervin.Agaknya Ervin sudah pulang.Yuri terus melangkah ke dapur dan mengambil
segelas jus oren daripada peti sejuk.Untungnya tinggal di rumah Ervin,satu sen
duit pun dia tidak perlu keluarkan untuk perbelanjaan harian.Makan dan
minum,bil air dan eletrik, semua ditanggung oleh Ervin.Apabila Yuri,Kak Ima dan
Farah ingin membuat bayaran bulanan,pemuda itu tidak mahu menerima.Kata Ervin
kebajikan staf memang sepatutnya ditanggung majikan yang berkemampuan.
Beberapa ketika Yuri mendengar bunyi bising daripada bilik
Ervin.Seperti bunyi orang sedang bertengkar.Yuri keluar daripada dapur dan
bergerak ke ruang tamu.Daripada kaki tangga dia dapat melihat wajah Zaty yang
merah menyala dan Mak Cik Yanti yang sedang menundukkan kepala.Patutlah Mak Cik
Yanti tiada di dapur.Rupa-rupanya dia sedang mengiringi adik tiri Ervin.Sejak
bila dia berada di tingkat atas,Yuri tidak perasan.Yuri mula rasa tidak sedap
hati bila Zaty merenungnya tajam dan dia menuruni tangga dengan langkah
modelnya.Wajah bibik yang mengekori di belakang kelihatan pucat.
“Betul ke yang kau bukan pembantu rumah ni?” Zaty bertanya
dengan suara yang tegang sambil mengajukan jari telunjuknya ke arah Yuri.Yuri
kecut perut.
“Bukan.Saya cuma pekerja Pizza Star yang menumpang di sini.”
Yuri menjawab jujur dengan perasaan sedikit gugup.Mengapa perempuan di
hadapannya ini tiba-tiba naik berang.
“Oh,pekerja Pizza Star.Kau ni memang tak guna.Sial betul!”
Tanpa sempat Yuri mengelak,Zaty merampas gelas jus oren yang berada di tangan
gadis itu dan menyimbah jus itu tepat di wajahnya.Zaty puas hati manakala Yuri
terpempam dan terkedu di situ.
“Zaty!.Apa yang kau dah buat ni?!” Tempikan Ervin daripada muka pintu membekukan
keadaan.
Rupanya dia baru pulang daripada Pizza Star.Ervin melemparkan
failnya ke atas sofa sebelum menghampiri Yuri.Yuri diam tidak berkutik apabila
Ervin menarik tangannya dan menghadang gadis itu dengan tubuhnya.Kelihatan
wajah dia sama tegang dengan wajah perempuan di hadapan Yuri.
“Patutlah selama ni bila I ajak you kahwin,you tak
nak.Rupa-rupanya you dah ada perempuan lain.” Tengking Zaty.
“Eh,kau ni dah gila ke
apa?! Apa hal pulak aku nak kahwin dengan kau? Berapa ribu kali aku nak cakap
dengan kau yang aku tak pernah cinta dekat kau!”
Tempikan Ervin boleh membuatkan jantung Yuri gugur daripada
tempatnya.Pertama kali melihat Ervin seberang itu.Namun,pemuda itu masih tidak
melepaskan pegangan tangannya daripada Yuri.Ervin bimbang jika Zaty akan
mengapa-apakan buah hatinya.
“Oh,you tak cintakan I.Jadi you nak cakap yang you cintakan
budak selekeh ni?” Zaty memang tidak pandai mengalah.Dia turut meninggikan
suara.Berdebar-debar hati Yuri untuk mendengar jawapan daripada bibir Ervin.
“Yes,I love her!.Aku memang sangat cintakan dia.Jadi,kau
jangan memandai nak kutuk atau sakiti hati dia sebab aku tak boleh terima.Kau
tahulah apa akibatnya kalau kau berani sakiti dia!.” Bentak Ervin dengan wajah
bak singa kelaparan.Zaty memang berani mencari padal dalam rumah keluarganya.
Kali ini bukan Yuri saja yang tergamam.Zaty dan Mak cik Yanti yang mendengar
luahan Ervin turut melopong.Jauh dalam lubuk hati Yuri ,terdapat satu perasaan
yang kembang berbunga-bunga.
“Eh,Ervin you ni buta ke apa? Yang you boleh suka perempuan
hodoh macam dia ni,apahal?!” Herdik Zaty dengan wajah semerah opera cina.
“Kau tak payah nak sibuk hal Yuri.Dia sentiasa kelihatan
cantik di mata aku.Satu hal lagi,kau tak payahlah nak terhegeh-hegeh nak kahwin
dengan aku.Aku tak suka kau!.Kalau bukan
sebab bapak aku kahwin dengan emak kau,aku tak teringin langsung untuk ada
apa-apa hubungan dengan kau.Sedarlah sikit yang kau tu cuma adik tiri aku.Jangat ingat aku akan
mengemis kasih daripada perempuan macam kau!.”
Wah,hebat sekali Ervin melemparkan kata-kata
penghinaan.Sempat pula dia memuji Yuri.Kembang sekejap hati Yuri yang
mendengar.Zaty yang dimaki menanam dendam dalam hati.Siapa Yuri yang tiba
datang merebut kasihnya? Perempuan itu memang mencari mati!Tanpa sedar Zaty
mengalirkan air mata kekecewaan.
“Sampai hati you hina
I macam ni Ervin.I akan pastikan you menyesal dengan semua kata-kata you.Dan kau
budak selekeh!” Sekali lagi Yuri terkejut apabila Zaty mengajukan jarinya ke
arah mukanya.Yuri bertatap mata dengan Zaty.Namun,kali ini dia kurang takut
kerana Ervin berada di sisi.
“Kau jangan ingat kau menang hari ini.Aku akan pastikan Ervin
jadi hak aku dan kau akan terima pembalasannya!.” Zaty mengugut sebelum berlalu
keluar daripada banglo itu.Yuri hanya diam membisu.Pertama kali menghadapi
situasi sebegitu.Tiada angina tiada ribut,dia mendapat satu ugutan!
“Perempuan tak guna.Mak cik,lain kali kalau saya atau mama
takde dekat rumah.Mak cik jangan bagi dia masuk rumah ni.” Ervin memberi arahan
kepada Mak cik Yanti dan wanita itu mengangguk-anggukkan kepala.
“Tadi,Cik Zaty masuk bilik Encik Ervin.Dia marah-marah lepas
nampak gambar Cik Yuri.” Penjelasan Mak cik Yanti buat Yuri terpinga-pinga
seketika.Gambar aku dalam bilik Ervin.Gambar apa pulak? Getus Yuri dalam hati.
“Gambar apa makcik?” Yuri yang sedari tadi mendiamkan diri
pantas membuka mulut.Belum sempat Mak cik Yanti menjawab soalan Yuri,Ervin menggelabah
menutup mulut wanita yang sebaya dengan Datin Kasma itu dengan tangannya.Terus
hilang riak marahnya dan berganti dengan riak malu.
“Bukan gambar awaklah.Makcik salah tengok tu.”
Ervin terjerit kecil cuba menidakkan perkara yang
diperkatakan Makcik Yanti.Yuri yang tidak tahu apa-apa terkebil-kebil melihat
pemuda itu mendorong tubuh Makcik Yanti ke dapur.Selepas itu Ervin kembali
mendapatkan Yuri.Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada poket seluarnya
dan dengan lembut mengelap wajah kesayangan yang masih dibasahi jus oren.
“Maafkan saya sebab tak dapat melindungi awak.Habis muka
sayang saya yang comel ni melekit.” Ervin berbicara perlahan dengan riak
bersalah.Mujurlah dia sempat menyaksikan apa yang berlaku.Jika tidak entah apa
yang bakal dilakukan Zaty terhadap Yuri.Buah hatinya itu polos sangat dan tidak
melawan.Ervin mengelap wajah Yuri dengan penuh prihatin.Jelas terpancar kasih
sayangnya terhadap Yuri saat itu.
“Bukan salah awak.Semua yang berlaku terlalu mengejut.Saya
tak sempat nak mengelak.” Yuri memegang kedua belah tangan pemuda itu dan
meyakinkan Ervin yang dia tidak apa-apa.Ervin sekadar mengangguk kecil.
“Nampaknya saya kena mandi sekali lagi.Habis melekit satu
badan.” Yuri melepaskan tangannya dan menahan rasa malu yang datang tiba-tiba.Yang
dia pegang tangan Ervin apahal pulak?.
“Sayang nak mandi dengan saya tak?” Ervin mengeyit mata nakal
dan Yuri menunjuk penumbuk.
“Jangan nak gila sangat!” Bukan namanya Ervin jika tidak
menyakat!
BAB 29
Sejak peristiwa Zaty menyerang dan Ervin melindungi
Yuri,hubungan Yuri dan Ervin semakin rapat.Yuri tahu yang Ervin menyukai
dirinya dan dia sendiri memang ada menyinpan satu perasaan pelik untuk pemuda
itu.Namun dia tidak pasti sama ada perasaan
suka itu sama dengan cinta atau bukan.Yuri tidak pernah bercinta dengan
serius.Sebelum ini,cintanya terhadap Amri hanya cinta monyet.Jika tidak masakan
dia boleh melupakan perasaan yang digelarnya cinta itu terhadap Amri begitu
saja.Kata orang,jika kita benar-benar mencintai seseorang.Kita akan berasa
sangat sakit jika dia meninggalkan kita.Yuri mana pernah ditinggalkan
Ervin.Jadi dia tidak tahu perasaan itu.
“Yuri,saya nak ikut.Nak ikut!” Satu suara yang amat dikenali
tiba-tiba terjerit di belakang Yuri.Macam budak-buaklah dia ni! Hampir saja
terlepas kain pengelap meja yang Yuri pegang sedari tadi.Yuri berpaling ke
belakang dan melihat wajah Ervin dengan senyuman teruja.Disisinya kelihatan Kak
Ima dan Farah tersenyum senget.Apa hal pulak ni?
“Nak ikut pergi mana?” Yuri berbasa basi.Dia rasa dia tahu
Ervin hendak megikutnya ke mana.
“Nak ikut awak temankan Ima dengan Farah dating.” Selamba
saja Ervin berbicara. Ini semua pasti disebabkan oleh mulut Kak Ima dan Farah
yang gatal membocorkan rahsia.
“Pergilah ikut.” Yuri menjawab ringkas.
“Betul ni? Awak tak kisah?” Ervin bertanya dengan riak wajah
tak percaya.
“Ya.Tak kisah.Awak pergi temankan Farah dengan Kak Ima dating
seorang diri.Saya boleh goyang kaki dan layan mama awak karaoke dekat rumah.”
Jawapan Yuri menyebabkan muka Ervin berubah keruh.
“Janganlah macam tu.Awak ikut sekalilah.Awak boleh pergi
dating dengan saya.Taklah nanti awak bosan tengok orang lain berdating.” Ervin
mengeyit mata nakal.
Aduhai,senak perut Yuri mendengar bicara pemuda itu.Langsung
tiada perasaan bersalah dalam setiap tutur katanya.Macamlah aku terdesak sangat
untuk keluar bertemujanji dengan dia.Gila apa!.Cemuh Yuri dalam hati.
“Saya tak nak.”
“Yuri,janganlah macam ni.Biarlah Ervin ikut.Nanti taklah kau
bosan tengok kita orang dengan pasangan masing-masing.” Tokok Farah bersungguh.
“Em,biarlah bos ikut.Lagipun dia jarang jalan-jalan dekat
Johor.” Alasan Kak Ima langsung tidak munasabah.Dia ingat Ervin bukan kaki
jalan ke?
“Yuri,jomlah pergi.” Amboi,sekarang aku pulak yang dipaksa
menemani mereka.Sabar sajalah dengan kerenah Daniel Ervin ni!.
…………………………………………
Atas desakan Ima dan Farah,akhirnya Yuri membenarkan Ervin
ikut sama program temujanji mereka.Sejak bekerja di Pizza Star,Yuri memang
selalu menemani Ima atau Farah bertemujanji jika mereka mengajak Yuri.Yuri rasa
kehadirannya menggangu konsentrasi mana-mana pasangan untuk
bertemujanji.Namun,itu bukan salah Yuri.Siapa suruh mereka ajak Yuri menemani
mereka.Jadi,nasib badanlah.Hari itu untuk pertama kalinya Yuri menemani Ima dan
Farah dengan seorang lelaki lain di sisi.Siapa lagi kalau bukan Ervin.
Bukan main bergaya lagi dia pagi itu.Dengan jeans Levis hitam
dan t-shirt Polo bewarna merah
darah.Sama pulak dengan warna baju Yuri.Kebetulan atau mereka memang
berjodoh.Yuri tidak merasakan seperti dia menemani Kak Ima dan Farah
berdating.Ini kerana mereka bertiga bertolak dengan kenderaan masing-masing.
Ima menaiki kereta Proton Waja kepunyaan teman lelakinya yang bernama
Riduan.Sementara Farah menaiki Satria Neo dengan teman lelakinya,Sufian.Lokasi
pertama mereka berenam ialah Zoo Johor.
“Apalah dia orang ni pergi dating dekat zoo.”
Yuri membebel apabila tercium bau yang kurang menyenangkan
datang daripada kandang haiwan-haiwan di situ.Sebaik saja sampai di zoo, Ima
dan Farah membuat keputusan untuk berjalan berpasangan dengan teman lelaki
masing-masing.Jadi tinggallah Yuri dan Ervin berdua saja.
“Kenapa awak tak suka dating dekat zoo?” Ervin bertanya
pelik.
“Busuk.” Yuri menjawab ringkas dan mula menapak melewati
sangkar-sangkar burung yang berada tidak jauh dari situ.
“Nak pergi dating tempat lain ke?” Dahi Yuri berkerut apabila
Ervin bertanya soalan itu.Siapa yang dating sebenarnya nih?!
“Awak cakaplah dengan dia orang suruh pergi dating tempat
lain.”
“Eh,tak payahlah.Tinggalkan saja dia orang di sini.Kita
berdua pergi berdating tempat lain.”
“Amboi,sejak bila pulak kita berdating ni?” Yuri berpeluk
tubuh memandangnya.
“Sejak sekarang nilah.” Jawapan Ervin membuatkan Yuri
menggeleng-geleng kepala.
“Kalau macam tu tak apalah.Teruskan saja berada di sini.”
“Poyolah sayang saya ni.Jom ikut saya.” Ervin menarik tangan
Yuri dengan senyuman lebar hingga ke telinga.
………………
Zoo Johor Bharu ditinggalkan begitu sahaja apabila Ervin
membawa Yuri ke Aeon Tebrau City.Pasaraya yang dikunjungi bersama Ervin saat
dia membasahkan baju dia kali lepas. Ima dan Farah masih berada di zoo dengan
pasangan masing-masing.Akibat mulut yang gatal mengatakan tidak suka akan
zoo,Ervin membawa Yuri ke tempat lain.Sepertinya Yuri dan Ervin benar-benar
bertemujanji hari itu.
“Awak nak tengok cerita apa?” Ervin bertanya apabila melihat
Yuri mendiamkan diri apabila dia mengheret gadis itu ke kawasan membeli tiket
untuk menonton wayang.Malas hendak berbalah dengan Ervin.Yuri mengikut saja
ajakannya itu.
“Ikut suka awaklah.” Yuri menjawab malas.Senarai filem yang
ditayangkan hari itu langsung tidak menarik minat Yuri.Ervin terkebil-kebil
memandang gadis itu sebelum dia tersenyum kecil.
“Em,kita tengok cerita Ajiboy nak?” Terbuntang mata Yuri
apabila mendengar pilihan filem yang ingin ditontonnya.Sebuah filem melayu
bergenre komedi yang heronya adalah pelakon kanak-kanak.Jangan haraplah hendak
menyuruh Yuri menonton filem sebegitu.
“Oh,pleaselah.I tak tengok filem yang budak-budak jadi
heronya.Tak matang langsung.” Automatik Yuri mencebik bibir dan membebel bak
gadis gedik yang suka mengkritik.Siap gelarkan diri I lagi.Aduhai mulut.Terlupa
pulak yang dia sedang berbicara di hadapan Ervin.Bukan Ima atau Farah.
Buat seketika Ervin memandang Yuri dengan pandangan tidak
percaya sebelum tawanya meletus.Yuri terpaksa menutup mulutnya dengan tangan
apabila beberapa mata melihat mereka berdua dengan pandangan curiga.Ervin
ketawa mengilai macam Pontianak.Diikutkan hati bengang,memang Yuri hempuk
kepala dia saat itu.
“Amboi,filem melayu tak nak tengok.Apalah awak ni.Tadi kata
tak kisah nak tengok cerita apa pun?” Ervin menamatkan sisa tawanya dan
memandang Yuri dengan wajah ceria.Banyak perkara tentang gadis itu yang belum
diketahuinya.
“Tak nak.Cerita lain.” Yuri menolak ringkas.
“Kenapa,awak tak suka budak-budak ya?” Ervin seperti dapat
mengagak perangai Yuri.
“Tepat betul tekaan awak Ervin.Saya memang benci
budak-budak.Lagi-lagi budak kecil yang nakal dan tidak mendengar kata.”
Yuri memberitahu salah satu daripada sikap buruknya itu
dengan selamba.Dia memang tidak suka akan kanak-kanak.Acap kali dia rasa meluat
bila terlihat kanak-kanak yang nakal bermain kejar-kejar sewaktu keluarga
mereka makan di Pizza Star.Disebabkan sikap Yuri yang kurang mesra dengan
kanak-kanak,semua anak saudaranya yang berumur bawah tujuh tahun takut untuk
mendekati Yuri. Mereka kata dia garang macam singa.
“Susahlah kalau macam tu.” Ervin mengeluh kecil dan Yuri
memandangnya pelik.
“Apa yang susah?”
“Yalah,bila kita ada anak nanti.Takkanlah awak nak membenci
anak sendiri.”
“Em,mungkin bila dah ada anak sendiri naluri keibuan saya
akan muncul.Jadi,saya takkan bencikan kanak-kanak lagi.” Itulah ayat yang kerap
kali diulang oleh Hasnah.Katanya Yuri akan menyukai kanak-kanak bila dia sudah
mempunyai anak sendiri nanti.Tapi,tunggu sekejap!.
“Kalau awak tak bencikan kanak-kanak.Bolehlah awak melahirkan
ramai anak untuk saya kelak.” Yuri terjebak dengan kata-kata Ervin!
“Jangan nak merepeklah Ervin.Cepatlah pilih nak tengok cerita
apa?” Yuri mencubit lengan pemuda yang sedang menayang sengih itu.Lebih baik
dia cepat mengalih topik sebelum Ervin memanjangkan bab anak tadi.
“Em,Istanbul Aku datang?” Sebuah filem romantik lakonan Lisa
Surihani dan Tomok. Yuri biasa menonton filem romantik komedi macam
itu.Namun,kali ini dia akan menonton filem dengan Ervin.Jadi lebih baik elakkan
filem percintaan.
“Tak nak.Saya nak tengok Sinister.Pergi beli tiket sekarang.”
Yuri main sebut saja nama filem yang terlihat di depan mata sambil mengajukan
jari ke arah Ervin.Isyarat agar dia membeli tiket.Sebuah cerita hantu orang putih.Hentam
sajalah.Dia bukan tidak biasa menonton filem-filem seram.
“Awak berani ke tengok cerita hantu?”
“Tengok oranglah.Ini Mayurie Rosella.” Yuri bersuara riak dan
Ervin mencebik bibir.Buat beberapa ketika mereka berdua saling bertatapan
sebelum Ervin tersenyum nakal seraya menarik tangan Yuri beriringan menuju ke
kaunter tiket.Setelah membeli tiket wayang,Ervin membeli pop corn.Yuri agak
pelik melihat dia hanya membeli sekotak pop corn bersaiz besar dan segelas
besar air pepsi.Dia tak nak belanja aku ke? Hampeh betullah dia ni.
“Awak nak beli apa
lagi?” Ervin bertanya dengan wajah ingin tahu.
“Nak beli popcornlah.”
“Ini saya dah beli.Kita kongsilah.Saya mana larat nak
habiskan semua popcorn ni.”
“Yuri,buat apa beratur lagi.Jomlah masuk panggung.” Ervin
merengek kecil apabila melihat Yuri tidak berganjak daripada kawasan itu.
“Saya nak beli minuman.Kalau awak dah teruja sangat,pergilah
masuk panggung dulu.” Perlian Yuri menyebabkan Ervin mencebik bibir tanda berkecil hati.Gaya mereka berdua
betul-betul seperti pasangan yang sedang bermadu kasih.
“Air ni banyak Mayurie Rosella.Kita kongsilah.” Kata-katanya
membuatkan kening Yuri terjungkit.Semua nak kongsi.Gila apa Ervin ni? Ataupun
kedekut?
“Oh pleaselah.Jangan harap I nak kongsi minuman dengan you.”
Sekali lagi Yuri mengulang bicara penuh gedik dan Ervin menahan gelak.
“Yalah,I sedar I ni siapa.Takpelah.Hari ni you tak nak
berkongsi minuman dengan I.Mungkin lain kali you akan berkongsi segalanya
dengan I.Bila you tak kongsi dengan I hati you akan rasa sepi.”
Amboi,melebih pulak dia ni.Dalam sekali kiasannya itu.Laju
saja tangan Yuri mencubit lengannya dan Ervin menyambung gelak.Selesai membeli
minuman lain,Yuri dan dia beriringan masuk ke dalam panggung wayang.
……………………………….
Yuri dan Ervin duduk bersebelahan di couple seat bahagian
atas panggung.Mujurlah orang tidak ramai waktu itu.Jadi di barisan yang mereka
duduki tiada penonton lain.Ervin mengarahkan Yuri memegang kotak pop corn.Air
Pepsi yang dibeli diletakkan di satu bahagian minuman yang terdapat pada setiap
kerusi penonton.Beberapa buah trailer filem yang bakal ditayangkan mula
berlayar di atas skrin putih besar itu.Yuri khusyuk memerhati semua iklan itu
tanpa menyedari Ervin ralit menatap wajahnya.Apabila Yuri berpaling ke
arahnya,Ervin sedang mengiring ke kiri dan menongkat dagu memerhatikan dia.
“Kenapa awak tengok saya macam tu?” Yuri memandang wajah yang
tampan itu dalam kesamaran.Walaupun keadaan dalam panggung agak gelap,keceriaan
di wajahnya tetap terpamer jelas di mata Yuri.
“Biarlah.Saya nak tengok awak sepuas hati.”
Yuri menahan bibir daripada mengukir senyuman.Cepat saja dia
memalingkan wajah ke arah skrin dan membiarkan Ervin terus
merenungnya.Permulaan filem Sinister memaparkan gambar empat orang manusia yang
digantung lehernya pada sebatang pokok.Yuri menelan liur.Rasa seram
pulak.Apabila dia berpaling ke kanan.Ervin masih memandangnya.Dia langsung
tidak menonton filem.
“Daniel Ervin,awak nak tengok cerita ni atau pun tak?” Yuri
bertanya dengan intonasi suara menahan geram.
“Tengok sayang lebih menarik daripada menonton apa jenis
filem pun.” Jawapan Ervin membuatkan Yuri tergelak kecil.Agak tersentuh dan
cair dengan kata-kata pemuda itu.
“Bodohlah dia ni.Cepat tengok cerita ni.Kalau tak saya keluar
daripada panggung.” Yuri menolak lembut kepala Ervin agar wajahnya berpaling ke
skrin panggung itu.Yuri berjaya membuatkan Ervin berhenti daripada terus
merenungnya.
Hampir setengah jam berlalu,masih tiada adegan menyeramkan
yang bisa membuatkan Yuri terkejut.Filem itu berkisarkan tentang seorang
penulis novel genre penyiasatan berdasarkan kisah benar berpindah ke sebuah
rumah mangsa kematian misteri bersama isteri dan dua orang anaknya.Di loteng
rumah itu penulis tersebut menemui sebuah projektor dengan beberapa buah
tape.Tape tersebut menayangkan beberapa buah pembunuhan misteri yang terjadi
sebelum itu.Setiap keluarga yang dibunuh mempunyai seorang anak yang hilang
secara misteri.Pihak polis membuat spekulasi yang pembunuh telah menculik semua
kanak-kanak yang terlibat dalam kes tersebut.
Bulu roma Yuri mula meremang apabila si penulis dalam filem
itu mencari satu bunyi aneh yang datang daripada sebuah kotak bersaiz
besar.Kotak itu bergerak-gerak dan Yuri yang menontonnya semakin kecut
perut.Menanti kemungkinan yang hantu akan menyergah para penonton daripada
dalam kotak itu.Setapak,dua tapak,dan bunyi jeritan bergema dalam panggung
wayang itu.Pemandangan Yuri gelap seketika sebelum dia terdengar suara
seseorang ketawa halus.
“Apalah dia ni.Tadi cakap berani tengok cerita hantu.Sekarang
dia boleh menyorok pulak.”
Aduhai,malunya muka Yuri! Boleh pulak dia menyembunyikan
wajah di balik bahu Ervin.Patutlah gelap semacam saja.Tindakan reflexnya itu
boleh menjatuhkan air muka.Yuri berdehem kecil dan kembali duduk tegak di atas
kerusi dengan wajah yang mula membahang. Dapat melihat wajah Ervin menahan
gelak dengan senyuman lebar yang tidak sudah dari ekor mata.Mata kembali
menatap skrin.Rupa-rupanya bukan hantu yang keluar daripada kotak itu.Tetapi
anak penulis novel tersebut yang mengalami masalah mengigau sambil bergerak
waktu tidur.Buat suspen sajalah!
BAB 30
Selepas tamat menonton filem seram bertajuk Sinister
itu,Ervin mengajak Yuri memasuki sebuah kawasan permainan yang terdapat dalam
pasaraya.Kelihatan ramai kanak-kanak dan golngan remaja berlegar-legar dalam
kawasan berkenaan.Terdapat mesin-mesin permainan berbentuk motorsikal,kereta
dan sebagainya.Bunyi muzik agak bingit di situ.Ervin menarik tangan Yuri ke
kaunter token.Hampir terbeliak mata Yuri apabila Ervin membeli token sebanyak
RM 200.Lebih daripada budak kecik dia ni!
“Banyaknya awak tukar token.Awak nak main game apa kat sini?
Macam budak-budak je.Kat rumah kan dah ada PS3.” Yuri bertanya sambil berpeluk
tubuh memandangnya.
“Takpelah.Kita main
semua permainan yang ada dekat sini.Satu daripada impian saya ialah bila saya
ada teman wanita,saya nak ajak teman wanita saya bermain dekat sini.”
Pelik jelah dia ni.Aku ni teman wanita dia ke? Tanya Yuri
dalam hati.
“Saya bukan teman wanita awak.”
“Memanglah bukan.Awak tu girlfriend saya.” Lain ke maksudnya?
“Sejak bila pulak kita declare couple?” Yuri terus bertanya.
“Awak nak suruh saya umumkan ke? Saya tak kisah.Dengar sini
semua!”
Yuri menggelabah tahap gaban bila Ervin tiba-tiba saja
menjerit dalam kawasan permainan itu.Banyak mata tertumpu ke arahnya.Belum
sempat Ervin meneruskan kata yang Yuri tahu bukan sekadar gurauan Yuri terus
menekup mulutnya dengan tangan sekuat mungkin.Setelah Ervin hampir kelemasan
barulah dia melepaskan tangan.
“Jangan nak buat gila kat sini okey?” yuri mencerlungnya
bengang.Ervin hanya tergelak.
“Tadi awak cakap suruh saya umumkan tentang perhubungan
kita.”
“Masa bila pulak saya suruh awak buat pengumuman tergempar
macam tu?! Tak tahu malu betul.”
“Oh,jadi awak dah mengakulah.”
“Mengaku apa?” Yuri pelik.
“Mengaku yang awak girlfriend saya dan saya boyfriend awak.?”
Yuri terperangkap.
“Jangan nak perasan sangat.” Yuri mendengus kecil sebelum
menapak menjauhi Ervin.
“Dengar sini semua!.Itu teman wanita saya!.Dan saya ialah
teman lelakinya!”
Ervin menjerit seraya mengajukan jarinya kea rah Yuri.Semua
yang mendengar kelihatan tersengih-sengih memandang mereka berdua.Beberapa
kerat golongan dewasa yang membawa anak-anak,menggelengkan kepala.Pasti mereka
mengutuk perangai Yuri dan Ervin yang kurang sopan itu.Yuri kembali menapak ke
arah pemiuda itu dan mencubit kuat lengannya.
“Sakitlah Mayurie Rosella!” Ervin terjerit kecil sambil
menggosok bahagian lengannya yang merah akibat penangan cubitan Yuri.
“Cari pasal lagi dengan saya.Sekali lagi awak buat sesuatu
yang memalukan saya,memang tercabutlah isi badan awak saya cubit.” Yuri memberi
amaran penuh geram.
“Tak takut pun.Asalkan satu dunia tahu yang awak milik
saya,walaupun badan saya putus akibat cubitan awak,saya tetap akan
bertahan.Alah bisa tegal biasa.Setakat cubitan awak,apalah sangat.” Jawab Ervin
riak.
“Jangan nak melebih okey?.Saya tak suka.” Susah betul hendak
berbicara dengan lelaki seperti Ervin.Semua perkara pun dia anggap
main-main.Akibat rasa meluat yang datang meluap-luap,Yuri berhenti daripada
terus memandangnya.Terus saja dia berpaling ke belakang dengan perasaan sebal.
“Alahai,janganlah merajuk sayang.Abang main-main jelah.Abang
minta maaf ya?”
Hampir terjatuh rahang mulut Yuri apabila Ervin berbicara
sedemikian rupa.Hendak berabang bagai.Sah,Daniel Ervin sudah gila.Gila kerana
apa? Gilakan Yurilah.Perasan sudah kau Yuri.
“Awak ni dah kenapa Ervin? Gila?” Yuri bertanya dengan nada
meluat.Bukan tidak tahu perangai Ervin macammana.
“A,ah gila.Saya gilakan Mayurie Rosella.Salah ke?”
“Bodohlah dia ni.Dahlah,malas saya nak melayan awak lagi.”
Yuri tergelak kecil sebelum menolak lembut kepala pemdua itu.Baru sempat Yuri
menapak beberapa langkah,tangannya diraih seseorang dari arah belakang.Ervin
memimpin Yuri dan menuju ke arah mesin permainan kereta.
Masa berlalu dengan pantas apabila Yuri bersama Ervin.Mereka
bermain permainan lumba kereta,lumba motorsikal,tembak-tembak dan pelbagai
lagi.Sepanjang berada di sisinya,Yuri tidak menafikan yang dia rasa gembira
sangat.Perasaan gembira yang tidak pernah dikongsi bersama dengan seorang
lelaki selain daripada ahli keluarganya sebelum ini.Agaknya beginilah rasanya
orang bercinta.Erk,Akusedang bercinta dengan Ervin ke?.
“Penipulah mesin ni,saya tak boleh dapatkan anak patung tu
pun.Buat habis token je.”
Ervin membebel seraya menghentakkan tangannya ke atas kaca
lutsinar yang dalamnya menempatkan pelbagai jenis patung bersaiz kecil.Comel
pulak bila dia membuat wajah tidak puas hati begitu.Monolog Yuri dalam
hati.Sudah hampir 20 kali Ervin mencuba permainan untuk mendapatkan anak patung
itu.Namun,dia tetap gagal.Yuri yang berdiri di sisinya hanya menahan gelak
melihat perangai lelaki itu yang seperti budak-budak.
“Mesin ni tak menipu.Cuma awak tu je yang tak pandai
main.Cuba tengok saya pulak yang main.Mesti dapat punya patung ni.”
Yuri menolak tubuh Ervin ke tepi bagi memberi ruang untuk
dirinya bermain permainan itu.Tadinya,Ervin menyerahkan Yuri seratus keping
token untuk dia bermain semua permainan yang terdapat di situ
bersamanya.Jadi,sebelum pulang,Yuri dan dia perlulah menghabiskan semua token
itu.
“Ceh,tadi cakap pandai sangat main.Poyo je awak ni Yuri.Tak
dapat pun patungnya.”
Ervin mula memperli apabila cubaan pertama Yuri dalam
permainan itu gagal.Dia mencuba lagi.
Setelah hampir sepuluh kali mencuba barulah sebuah anak patung Pororo
melekat pada pencangkuk permainan tersebut.Ervin melekapkan dahinya pada cermin
lutsinar itu dengan wajah penuh suspen.Yuri menahan debar sambil menggerakkan analog yang mengawal
pergerakan pencangkuk itu agar menjatuhkan patung itu tepat dalam lubang di
bahagian tengah.
“Perlahan Yuri,jangan laju-laju.Nanti patung tu jatuh.”
Bersungguh sekali Ervin memberi arahan dan Yuri terus fokus pada permainan
itu.Mata mereka berdua tertumpu pada pergerakan cangkuk yang sudah hampir ke
bahagian tengah dengan sebuah anak patung penguin dan…
“Yeah!!!” Yuri dan Ervin bersorak bagai orang yang memenangi
perlawanan bola sepak dunia sambil mengambil patung Pororo yang keluar dari
bahagian bawah mesin.
Mereka berdua bergilir-gilir melihat patung Pororo bersaiz
kecil itu dengan wajah penuh kegembiraan.Yalah,bukannya senang untuk
mendapatkan patung daripada mesin itu.Walaupun banyak mata pengunjung yang
memandang gelagat kami berdua,Yuri tetap meneruskan permainan itu.Setelah
beberapa percubaan gagal,sekali lagi dia berjaya mendapatkan sebuah patung
Pororo sama saiz.
“Hebatnya sayang saya.Saya nak satu patung Pororo ni boleh?”
Ervin meletakkan patung Pororo itu dipipinya dan Yuri menahan gelak melihat
Ervin.Comel betul gelagat pemuda itu!
“Tak boleh.Dua-dua Pororo ni saya yang punya.” Yuri merampas
patung tersebut daripada tangan Ervin dan berlari keluar daripada kawasan
permainan.
Ervin mengejar Yuri dari arah belakang.Mengenangkan token
mereka sudah habis,jadi tidak perlulah mereka berterusan berada di situ.Jika
diikutkan Ervin,mungkin dia akan membeli 200 keping token lagi.
“Okey tak apa.Awak kedekut dengan saya.Tak nak bagi Pororo
dekat saya.Awak tunggu sini.Kejap lagi saya datang.”
Ervin mengarahkan Yuri duduk di sebuah kerusi kayu yang
terdapat dalam pasaraya itu sebelum dia berlalu pergi.Dia hendak pergi ke mana?
Hendak main game patung lagi ke?Pertanyaan Yuri terjawab apabila tidak sampai
sepuluh minit,Ervin kembali dengan dua buah teddy bear bersaiz manusia dalam
pegangan tangan kiri dan kanannya.Sekali lagi dia menarik perhatian orang ramai
yang berada di situ.Yuri sekadar melopong melihat tindak tanduknya.
“Kenapa awak beli patung sebesar ni? Dua ekor pulak tu?”
Ervin selamba saja meletakkan dua ekor teddy bear bewarna
coklat itu di bahagian kiri dan kanan Yuri di atas kerusi.Saiz teddy bear itu
lebih besar daripada Yuri.Apabila Yuri mahu bangun dari duduk,Ervin tidak
membenarkan.Dia mengeluarkan Samsung Galaxie Notenya sebelum mengambil gambar
buah hatinya yang diapit oleh dua buah patung gergasi itu.Memang Yuri menjadi
tumpuan para pengunjung yang lalu lalang di pasaraya itu.Entah apalah yang
mereka katakan.
“Em,saya nak tukar teddy bear ni dengan Pororo awak.Nak tak?”
Rupa-rupanya dia ingin membuat sistem barter dengan Yuri.Gila agaknya Ervin ni.
Harga teddy bear itu pasti mencecah ratusan ringgit.Ada pula
dia hendak menukarkan patungnya dengan patung penguin berkaca mata bersaiz
kecil itu.
“Tak nak saya.Patung ni besar macam awak.Menyeramkan.” Yuri
saja menyakat.Padahal sedari tadi matanya tidak beralih daripada merenung teddy
bear itu.Kalau dapat untuk buat peluk malam,mesti syok!.Hendak beli sendiri
mana mampu.Mahal kut.
“Tak suka patung besar ke? Em,takpelah saya pergi beli yang
saiz sederhana je.”
Jika dibiarkan memang Ervin akan membazir duitnya untuk
membeli patung lain.Yuri menarik tangannya dan memberikan dia sebuah patung
Pororo yang dia dapat tadi.
“Ambil jelah satu.Token tu pun beli guna duit awak.” Ervin
tersengih memandang Yuri sebelum memeluk patung Pororo itu.
“Okey.Teddy bear ni awak tak nak ke? Kalau awak tak nak saya
bagi orang lain jelah.”
Untuk mengelakkan kemungkinan patung yang Yuri suka
dihadiahkan Ervin kepada orang yang lalu lalang di situ,segera saja dia
mencapai salah satu daripada patung itu.
“Takpelah.Saya nak teddy bear ni.”
“Tadi kata menyeramkan?”
“Dah tak seram dah.” Yuri berbasa basi.
Akhirnya,Ervin berkeputusan untuk menyimpan sebuah teddy bear
dengan sebuah patung Pororo.Begitu juga dengan Yuri.Sebelum keluar daripada
pasaraya itu,Ervin sempat meminta salah seorang daripada pengunjung mengambil
gambar mereka berdua dengan patung-patung tersebut.Apa yang penting,hari itu
bukanlah hari Yuri menemani Kak Ima dan Farah bertemujanji.Sebetulnya,hari itu
adalah hari pertama dia keluar bertemujanji dengan seorang lelaki yang bernama
Daniel Ervin!
No comments:
Post a Comment