BAB 21
Pemandangan yang menghijau bersama bunyi deruan air terjun
mengalir jatuh dari puncak gunung menggamit kedamaian dalam jiwa Yuri.Dia
menghirup udara segar sambil memejamkan mata untuk merasai kelembutan bayu yang
menyegarkan.Sungguh suasana seperti itu menenangkan jiwanya!
“Wah,nyamannya suasana dekat sini!”
Jeritan kecil Farhanah tidak jauh dari tempat Yuri berdiri menyapa
pendengarannya.Kelihatan Farhanah mendepangkan kedua tangan seolah-olah sedang
ditiup angin pantai.Walhal,kawasan itu bukan berangin pun.Yuri kembali
memandang hadapan.Indah sungguh ciptaan Allah.Dia kembali memejamkan mata.
“Hoi,kau termenung apa tu?!” Sergahan Din dari arah belakang
memeranjatkan Yuri.Dia mengurut dada seketika.Memandang Din yang selamba
menunggang motor EX5 masuk ke dalam kawasan air terjun.
“Kau ni Din,kacau aku
jelah!.Wei,boleh pulak kau bawa masuk motor sampai ke sini.Tak kena tahan
dengan pak guard ke?” Yuri bertanya seraya berpeluk tubuh.
Setahu Yuri kenderaan hanya boleh diparkir di bahagian luar.Ini
tidak,selamba sahaja Din menunggang motosikal hingga mencecah masuk ke kawasan
yang bersebelahan dengan air terjun.
“Pagi lagilah Yuri.Pak Guard belum masuk kerja.Itulah bagusnya
kita datang awal.” Din menjawab sebelum kembali menunggang motosikalnya.Kali
ini dia memecut ke kawasan hadapan dan kembali berpusing ke belakang.Sempat
pula Din memberhentikan basikal di sebelah Farhanah dan berbual dengan gadis
itu.Hendak menguratlah tu.
Yuri menggeleng-geleng kepala melihat tingkahlaku sahabatnya
itu.Mujurlah tiada pengunjung lain di situ melainkan kumpulan mereka.Jam baru
menunjukkan pukul lapan pagi.Itulah kali pertama dia berkunjung ke Air Terjun
Kota Tinggi dalam masa seawal itu.
“Sayang,seronoknya datang sini.”
Yuri tersentak apabila satu suara berbisik lembut di cuping
telinganya.Tidak perlu berteka teki akan gerangan manusia yang suka berbisik
itu kerana dia sudah cam sangat dengan suaranya.Siapa lagi yang hendak
memanggil dia sayang jika bukan Ervin.Yuri memandang wajah tampan yang berdiri
di sisinya.Ervin tersenyum lebar dan merenung kesayangannya lembut.Yuri
memerhatikan Ervin yang bergaya santai daripada atas hingga ke bawah.Pemuda itu
hanya mengenakan sehelai seluar track pendek dan t shirt Converse berleher
bulat.
“Apalah yang seronoknya.Awak belum mandi pun.” Yuri beralih
pandang.Kembali menatap air terjun yang indah mengalir.Cuba membuang rasa pelik
yang kerap bertandang apabila dia terlalu dekat dengan Ervin.
“Eh,saya dah mandi lah Yuri.Cuba ambil bau,wangi kan?” Wajah Yuri
membahang apabila Ervin sengaja mendekatkan tubuhnya dengan gadis itu.Saja
ingin menggoda si gadis jual mahal.
“Maksud saya mandi dalam
air terjun nilah.Bukan mandi dekat rumah.”
Yuri menyambung kata dan Ervin mengangguk-anggukkan
kepala.Kemudian dia tersenyum nakal.Entah apalah yang dia
fikirkan.Yalah,apabila mengunjungi kawasan air terjun,jika tidak mandi
manda,maka kuranglah keseronokannya.Ervin ini tidak faham atau sengaja buat
tidak faham akan bicara Yuri?
Tiga hari lepas,kakak Ervin,Dania Farhanah yang pulang bercuti
mengajak Yuri,Ervin,Kak Ima dan Farah untuk mandi manda di air terjun.Kebetulan
beberapa orang staf Pizza Star iaitu Aizul,Din,Emir,Kak Ifa,Ika dan Mak Ngah
kerja shift petang.Jadi Yuri mengajak mereka untuk menyertai aktiviti itu
bersama.Datin Kasma tidak dapat ikut serta kerana dia mempunyai urusan
perniagaan yang perlu diselesaikan.
Lokasi mandi manda mereka ialah Air Terjun Kota Tinggi. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai
ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam
yang cetek dan ideal untuk pengunjung berenang. Din mengajak
mereka semua bertolak awal daripada rumah agar mereka dapat mandi lebih lama di
air terjun itu.Sebab itulah mereka semua menjadi pengunjung pertama dalam air
terjun Kota Tinggi itu.
Yuri, Ima dan Farah bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan
menaiki kereta Ervin.Farhanah memandu keretanya sendiri.Din dan Emir,rider
Pizza Star menunggang motorsikal.Manakala Kak Ifa,Kak Kiot,Ika dan Mak Ngah
menaiki kereta Aizul.Jarak antara Pizza Star dengan air terjun itu dekat
sahaja.Jadi pengangkutan tidaklah sesukar mana.
“Awak nak mandi dekat bahagian mana? Dekat atas ke dekat bawah?”
Pertanyaan Ervin menyedarkan Yuri daripada terus tenggelam dalam
menghayati keindahan yang berada di depan mata.Disebabkan air terjun itu
seperti bertingkat tingkat melintasi beberapa kolam air yang cetek dan
dalam,pengunjung boleh memilih di kawasan mana mereka ingin mandi.
“Em,saya nak mandi dekat situ.” Yuri mengajukan jari telunjuknya
ke arah kawasan air terjun mengalir deras menghempas batu.
“Boleh ke mandi dekat situ?” Ervin teragak-agak.Comel sekali
wajahnya ketika itu.Dia bukan selalu mandi air terjun.Duduk di luar negara
selalu berjemur dan mandi di tepi pantai sahaja.
“Bolehlah.Jom.” Yuri tersenyum seraya menarik tangan pemuda
itu.Ervin terkebil-kebil memandang Yuri sebelum Yuri tersedar.Terus terlepas
pegangan tangannya pada Ervin.Kenapa pulak dia hendak menarik tangan pemuda
itu? Gila kau Yuri!.Untuk mengelakkan rasa malu yang menggunung ,Yuri terus
berlalu dan meninggalkan Ervin di belakang.
Setibanya di kawasan yang Yuri tunjuk tadi,dia meletakkan beg di
atas sebuah meja yang disediakan untuk kegunaan pengunjung air terjun
itu.Farah,Ima,Nana,Mak Ngah,Kak Kiot,Ika dan Kak Ifa yang tadinya menapak di
belakang,turut meletakkan beg mereka.Terukir riak teruja di wajah
masing-masing.Kali terakhir Yuri ke air terjun itu bersama staf Pizza Star
adalah lebih kurang enam bulan lepas.Terasa gian untuk berendam dalam air yang
jernih lagi sejuk di hadapan matanya itu.
“Yuri,jom turun!” Farhanah menarik tangan Yuri agar mengikutnya
masuk ke dalam air.Baru sahaja beberapa tapak melangkah,tangan kirinya ditarik
oleh seseorang dari arah belakang. Dahi Yuri mula berkerut apabila melihat
gerangan orang yang menarik tangannya.
“Akak pergilah mandi dulu.Vin ada hal sikit nak cakap dengan
Yuri.” Ervin memberi isyarat kepada kakaknya dan Farhanahs sekadar tersenyum
sumbing.Dia mengikut arahan adiknya itu.berlalu meninggalkan Yuri.
“Ada hal apa nak cakap
dengan saya? Saya nak mandi ni.” Yuri bertanya seraya berpeluk tubuh memandang
Ervin.Ervin memandang gadis itu daripada atas hingga ke bawah sebelum mengeluh
kecil.
“Nak mandi dengan pakaian macam tu?” Ervin bertanya dengan muka
tidak puas hati.Salah ke kalau dia mandi air terjun dengan sehelai t shirt dan
seluar jeans pendek hip hop yang Hasnah tidak suka itu?.
“Kenapa,tak boleh ke?”
“Bukannya tak boleh.Masalahnya awak memakai sehelai t shirt
bewarna putih.Awak nak semua orang nampak susuk tubuh dan pakaian dalam awak
bila awak masuk dalam air tu.”
Yuri termalu sendiri bila Ervin lancang bersuara.Menyedari
kesilapan yang telah dia lakukan.Bagaimanalah dia boleh terlupa yang dia
memakai sehelai t shirt bewarna putih saat itu.
“Er...saya tak perasan.” Yuri menundukkan wajah.Mengelak daripada
bertentangan mata dengan Ervin.Rasa malu sangat!.Mujurlah semua sahabatnya yang
lain sudah mandi manda dan berada dalam kedudukan yang agak jauh daripada
mereka.Jadi,tidaklah mereka mendengar perlian Ervin terhadap Yuri.
“Ada bawa pakaian bewarna hitam tak?” Ervin tanya lagi.
“Takde.Baju yang sehelai lagi pun warna putih.” Yuri menjawab
jujur.Langsung tidak teringat untuk membawa pakaian bewarna gelap.
“Ya Allah dia ni,suka sangat warna putih.Tahulah kulit awak tu
putih macam kapas.Tapi tak perlulah semua pakaian pun nak warna putih.”
Kali ini Yuri terasa sedikit bengang dengan perlian Ervin.Bukan
dia sengaja hendak membawa pakaian bewarna putih.Dia main sumbat sahaja dalam
beg subuh tadi.Apabila Yuri mengangkat kepala dan ingin memprotes
kata-katanya,Ervin sedang menyelongkar beg sandangnya sendiri.Sehelai t shirt
Adidas bewarna hitam dihulurkan kepada Yuri dan dia terpinga-pinga.
“Pakai t shirt saya ni untuk keselamatan.Warna hitam dan sedikit
besar untuk membaluti tubuh awak.Saya ada bawa baju lebih.Jadi jangan bimbang
yang saya tak berbaju bila balik nanti.” Ervin berkata selamba.Tidak mahu tubuh
buah hatinya menjadi tatapan ramai.
Yuri dengan berat hati menyambut baju itu.Seperti Ervin tahu yang
Yuri bimbang jika dia tidak mempunyai baju gantian lain untuk persalinan
selepas mandi nanti.
“Akak,jomlah mandi!” Jeritan Ika yang sedang berenang mematikan
niat Yuri untuk terus berbicara dengan Ervin.Pantas saja dia menyarungkan t shirt pemuda itu di
atas tubuhnya yang sudah berbaju itu dan dia mula melangkah masuk ke dalam
air.Yuri sempat melihat Ervin menggeleng-geleng kepala melihat tingkah lakunya.
Kesejukan air terjun itu membuatkan Yuri menggigil walaupun dia
baru saja mencecahkan kaki ke dalamnya.Batuan kecil yang bertaburan menjadi
lantai air terjun itu.Yuri berhati-hati melangkah ke kawasan air terjun
mengalir kerana batu batuan tersebut amat licin.Jika tersilap langkah mungkin
akan tergelincir dan menyebabkan kecederaan.
Staf Pizza Star yang lain seronok berendam dalam air.Ada yang
mandi di kawasan Yuri berdiri dan ada yang memilih untuk mandi berjauhan dari
situ.Ika yang memanggil Yuri tadinya sedang sibuk berborak dengan Nana sambil
berbaring dalam air yang cetek.Yuri meneruskan langkah sebelum tubuhnya hampir
melayang ke dalam air.
“Mata tu pandang bawah.Jangan pandang tempat lain! Nanti jatuh
kepala terhentak dekat batu.”
Ervin menarik tangan Yuri seraya membebel apabila gadis itu nyaris tergelincir di atas satu
batu besar yang menuju ke kawasan air terjun mengalir.Licin betul!
“Licinlah.Saya nak pergi situ.”
Yuri mengajukan jariku ke arah sebiji batu besar yang berada tidak
jauh di hadapannya.Air terjun mengalir deras menghempas batu itu dan dia
teringin sekali duduk di bawahnya.Ervin menghulurkan tangan dan Yuri
teragak-agak berpaut pada tangan itu.Dengan berhati-hati mereka berdua melalui
beberapa batuan yang licin hingga tiba di tempat yang Yuri tunjukkan tadi.
Setibanya di batu besar tersebut,Yuri melabuhkan punggung dengan
senyuman lebar hingga ke telinga.Deruan air terjun yang mengalir menghempas
seluruh tubuhnya membuatkan dia terasa seperti sedang diurut.Ervin duduk di
sebelah Yuri dan dia mempamerkan wajah ceria seperti gadis itu.Mereka berdua
sama-sama basah dijirus air terjun yang mengalir galak tanpa henti.
Rambut Ervin yang dibasahi air,membuatkan Yuri rasa dia seksi
sangat!.Mujurlah Ervin masih berpakaian lengkap sewaktu berada dalam air.Jika
dia tidak memakai baju mungkin Yuri akan pengsan melihatnya.Beberapa ketika
mereka bertatapan mata.Namun,entah kenapa Ervin tiba-tiba saja memalingkan
wajahnya.Dia berdehem kecil dan berhenti daripada terus merenung Yuri.Pipinya
yang putih itu kelihatan merona merah.
“Hei,awak tak lemas ke buat macam tu?” Yuri menarik tangan Ervin
apabila pemuda itu menadah wajah tepat di bawah air terjun yang mengalir
laju.Jika sekejap saja Yuri tidak kisah.Ini sudah lebih daripada seminit.Tidak
tentu pasal bos lemas pulak nanti.
“Taklah.Saya pandai berenang.” Jeritan kecil Ervin yang melawan
bunyi deruan air membuatkan Yuri tergelak kecil.
“Awak tak sejuk ke duduk
dekat sini lama-lama?!” Ervin bertanya dengan intonasi tinggi apabila Yuri
mendiamkan diri.
“Sejuk tapi saya suka.Duduk
dekat bawah jirusan air terjun ni rasa macam sedang berurut!” Yuri menjerit
menjawab soalan Ervin.Bunyi air terjun yang menjirus tubuhmereka seperti bunyi
hujan batu jatuh ke bumi.
“Ha,awak suka saya urut awak?!” Ervin bertanya dengan muka
selamba.
Sengaja buat-buat tidak dengarlah tu.Namun,Yuri tahu Ervin sengaja
hendak mengenakannya.Segera saja Yuri ajukan penumbuk ke wajah akcak itu dan
dia tergelak gembira.Suka sangat mengusik!.
BAB 22
Setelah puas membasahkan diri di bawah aliran air terjun,Yuri dan
Ervin naik ke atas dan mendapatkan sahabat mereka yang sedang makan-makan.Semua
staf Pizza Star yang berkunjung ke air terjun Kota Tinggi bersama Farhanah
sedang enak menjamu selera.Kak Ifa sempat menyediakan semangkuk besar mi goreng
daripada rumahnya.Farhanah pula membeli makanan dan minuman daripada KFC yang
terdapat dalam kawasan air terjun itu.Yuri dan Ervin turut sama mengisi perut
yang sedang kelaparan sebelum meneruskan aktiviti mandian mereka.
Kali ini Yuri tidak lagi mandi di kawasan air terjun mengalir
deras tetapi dia mengikut Ika,Farah dan Ima pergi ke kawasan kolam air yang
agak dalam.Kolam air itu mengalir dengan air terjun yang tenang daripada puncak
gunung.Dia membasahkan diri yang hampir kering tadinya,dengan cara menyelam,berenang
dan mengapungkan diri.Beberapa orang sahabat lelakinya bermain air tidak jauh
daripada kawasan kami mandi manda.
“Kak Yuri,jom kita selamkan Aizul nak?”
Emir Hood,staf Pizza Star yang bertugas sebagai pembuat pizza
tiba-tiba saja berbisik di telinga Yuri.Emir sebaya dengan Ika.Jadi dia
memanggil Yuri kakak.Yuri mengerling ke arah Aizul yang sedang belajar berenang
gaya kuak lentang dengan Din.Dia menahan gelak melihat gaya renangan yang entah
apa-apa itu.
“Okey.” Yuri mengangkat ibu jari sebelum membisikkan rancangan
mengena itu kepada Ika,Farah dan Ima.Mereka semua bersetuju dan dengan perlahan
mula mengelilingi kawasan Aizul berenang.
Aizul yang sedang asyik dengan aktiviti renangannya langsung tidak
perasan akan kehadiran mereka.Apabila Yuri berdiri di belakangnya yang sedang
menghadap ke arah lain,segera saja gadis itu menekan bahu Aizul dengan kedua
tangan agar pemuda itu masuk ke dalam air.Ketika Aizul sedar yang Yuri sedang
berusaha menyelamkan dia,Emir,Din dan yang lainnya mula menarik segenap tubuh
Aizul agar tenggelam dalam air.
Yuri menjauhkan diri apabila Aizul mula meronta ingin melepaskan
diri daripada orang yang cuba menyelamkannya.Selepas bergelut dengan Emir dan
Din,Aizul terlepas.Mereka semua tergelak besar apabila melihat wajah Aizul yang
merah padam dibasahi air kerana tidak cukup oksigen untuk bernafas.Yuri cepat
melarikan diri apabila Aizul mula berenang ke arahnya.Pasti dia ingin membalas
dendam!
“Ish,dia ni.Selamkan orang lain dia pandai.Bila orang lain nak
selamkan dia,dia takut pulak.”
Ervin membebel apabila Yuri bersembunyi di belakang
tubuhnya.Kebetulan sewaktu gadis itu cuba melarikan diri dalam air tadi,Ervin
berada di hadapan.Jadi,lebih baik Yuri menjadikan bosnya sebagai tembok
penghadang sebelum Aizul melemaskannya.Gerenti Aizul tidak berani!.Yuri ketawa
mengekek apabila Aizul membatalkan niat membalas dendam apabila melihat dia
bersama Ervin dan Aizul berenang ke arah Emir pula.
“Vin,ambil ni!”
Jeritan kecil Farhanah daripada arah tembok batu yang memisahkan
kawasan air terjun dan kawasan rehat membuatkan Yuri berpaling ke atas.Farhanah
melemparkan sebuah pelampung besar bewarna oren kepada adiknya.Kemudian dia
melemparkan beberapa buah pelampung lagi kepada staf Pizza Star yang
lain.Pelampung itu di sewa dengan harga sebuah sepuluh ringgit oleh
perkhidmatan air terjun tersebut.
“Nana,terima kasih sewakan kami semua pelampung.Sayang awaklah!.”
Din yang umurnya sebaya Ervin menjerit ke arah Farhanah.Farhanah yang berada di
atas tersipu malu dan Yuri tersenyum lebar.Alahai Kak Nana,dengan Din pun boleh
terpikat ke?.
Farhanah mempunyai sikap yang peramah.Walaupun Ervin baru saja
memperkenalkan dia kepada semua staf Pizza Star,dia dapat berkomunikasi dengan
baik bersama mereka. Perangainya itu lebih kurang sama sahaja dengan Ervin.Selang
seminit,Farhanah kembali masuk ke dalam air bersama sebuah pelampung bewarna
biru.Dia menuju ke arah Ika dan Mak Ngah yang sedang cuba menaiki gelongsor air
dengan sebuah pelampung.
“Yuri,jom naik gelongsor tu,nak tak?” Ervin mencuit bahu Yuri apabila
gadis itu leka melihat gelagat kakaknya.
“Okey.Jom.”
Yuri dan Ervin bergerak dalam air menuju ke kawasan gelongsor
bewarna biru itu. Nampaknya,semua staf Pizza Star yang berkunjung ke air terjun
itu sama berminat untuk bermain gelongsor apabila mendapat pelampung pemberian
Farhanah.Mereka menunggu giliran untuk bermain gelongsor air mengikut arahan
lifeguard di situ.Gelongsor tersebut mengalir dengan air terjun dan bentuknya
bergelung seperti ubat nyamuk.Apabila pengunjung menggunakan gelongsor itu mereka
akan bergerak secara berpusing-pusing sebelum masuk ke dalam air di bahagian
bawah.
Semua pelampung yang disewa Farhanah adalah jenis pelampung yang
boleh diduduki oleh dua orang.Farhanah menggunakan pelampung itu bersama Ika
dan meluncur laju menuruni gelongsor air.Yuri dan Ervin menggunakan satu
pelampung dan mengikuti aksi mereka. Sepanjang menuruni gelongsor,Yuri terjerit
menahan seriau dan Ervin menggelakkannya.Tiba saja di penghujung gelongsor
itu,pelampung terbalik dan mereka berdua
tenggelam dalam air.
“Yuri,awak okey?!” Ervin menggapai tangan Yuri apabila melihat gadis itu tercungap cungap timbul daripada
permukaan air.Dia menarik tangan gadis itu agar mendekatinya.
“Okey.” Yuri meraup muka yang basah beberapa kali.Hidung terasa
perit kerana dimasuki air.Ervin memerhati Yuri untuk beberapa ketika sebelum
dia tergelak kecil.
“Comel betullah sayang saya ni.Hidung macam badut.Dah merah
semacam.” Selamba saja Ervin mencuit hidung Yuri dan Yuri pantas menepis.
Selang beberapa saat mereka berdua menapak kembali ke kawasan Yuri
menyelamkan Aizul.Ervin mengajak Yuri untuk menaiki gelongsor air sekali
lagi,namun Yuri menolak permintaannya.Dia lebih suka berenang dan mengapungkan
diri dalam air.Tidak sanggup menanggung perit apabila air memasuki hidung saat
tenggelam tadi.Akhirnya dia hanya memerhatikan Ervin menaiki gelongsor air
bersama Farhanah.Banyak kali juga dua beradik itu berulang alik daripada
bahagian atas ke bahagian bawah untuk bermain gelongsor air.Seronok betul gaya
mereka berdua.
“Akak,tengok lifeguard yang berdiri atas batu tu.Hensemlah!”
Sedang Yuri asyik melihat wajah riang Ervin dari jauh,Ika tiba-tiba saja
menarik tangannya dan berbisik.Yuri menoleh pandang ke arah yang dikatakan Ika.
Tidak jauh dari tempat dia dan Ika berendam,kelihatan seorang
pemuda berkulit sawo matang yang tidak berbaju dan hanya mengenakan sehelai
seluar pendek berdiri atas sebuah batu besar.Dia sedang memerhatikan kawasan
air terjun itu dengan sebuah goggle tersarung dimata.Yuri memerhatikan tubuhnya
yang agak tegap itu.Boleh tahan hensem walaupun tubuhnya tidak mempunyai six
pack.
“Hensem.Badan pun boleh tahan.” Yuri memberi komen dengan nada
miang.Dia dan Ika mengekek ketawa sebelum memanggil Kak Ima dan Farah.Mereka
berdua turut sama menelek pemuda lifeguard itu daripada jauh.Kalaulah pemuda
itu tahu yang mereka berempat menelek dia,mungkin dia akan bangga diri.
“Wah,tu kalau dapat peluk,best tu Yuri.” Farah mengeluarkan ayat
gatalnya dan Yuri tergelak.
“Badan dia tak mantaplah Yuri.Akak rasa badan bos kita lagi
mantap.”
Penyataan Zakiah yang lari daripada topik itu membuatkan Yuri
tergelak besar.Yuri tahulah yang badan Ervin memang mantap habis walaupun dia
tidak pernah melihat pemuda itu tanpa baju.Yalah,kali lepas sewaktu dia
menanggalkan kemejanya dan hanya bersinglet,Yuri sudah dapat melihat susuk
tubuhnya yang sasa.Jika dia tidak berbaju mahu Yuri pengsan!.
“Bahaya kak badan yang mantap sangat ni.Tak sesuai dengan badan
kita.”
Jawapan Yuri menyebabkan mereka semua ketawa besar dengan wajah
yang kemerahan.Hampeh,fikir perkara kuninglah tu!
Apa yang Yuri maksudkan ialah,seorang pemuda yang berbadan mantap
ala-ala model tidak sesuai untuk berpasangan dengan gadis yang badannya seperti
Yuri.Macam ugly and the beast pulak!.
“Kenapa pulak tak sesuai?”
Satu suara bertanya dan Yuri hampir saja menjawab.Namun, dia
segera menutup mulut apabila Farah menyiku lengannya.Apabila Yuri berpaling ke
belakang,kelihatan wajah Ervin yang agak masam dan wajah Farhanah yang sedang
tersengih-sengih.Ish,mereka berdua ini macam hantu pulak!.Selalu muncul secara
mengejut!.Mereka berdua dengar ke perbualan mereka tadi?
Yuri tidak menjawab pertanyaan Ervin dan memalingkan wajah ke arah
lifeguard tadi.Belum sempat Yuri atau yang lainnya membuka mulut,mereka semua dikejutkan dengan aksi lompat backflip
daripada lifeguard itu.Yuri terlopong dan tanpa sedar bertepuk tangan bersama
Ika,Kak Ima dan Farah.
“Hebat betul!” Yuri memuji tanpa mengendahkan wajah Ervin yang
sudah berubah.
“Yuri,cuba tengok sana.Dia tengok kitalah!”
Farah terjerit kecil seraya memandang lifeguard yang muncul dari
permukaan air.Memang dia sedang memandang mereka danlifeguard itu sempat
melemparkan sebuah senyuman manis.Mereka semua ketawa miang atas perkara yang langsung tidak lawak itu.
“Kak,dia kenyit mata dekat
akaklah.Peluang baik ni kak.Boleh mengurat!”
Selamba badak sahaja Ika berkata dan tawa Yuri meledak
kuat.Nampaknya Yuri tidak silap pandang.Memang pemuda itu cuba bermain mata
dengannya.Gila apa perempuan nak mengurat lelaki.Yuri bukanlah terdesak sangat
untuk berpasangan.Gelak mereka berlanjutan apabila lifeguard itu kembali
memanjat sebiji batu besar dan sekali lagi melakukan aksi backflip.Pasti dia
perasan yang mereka semua memuji kehandalannya melompat secara terbalik dalam
air tadi.
“Perasan baguslah tu.” Ervin membuka mulut tidak puas hati.Bengang
betul bila melihat para pekerjanya terutama buah hati pengarang jantungnya
asyik menelek lelaki lain.Lifeguard ni pun satu! Buat jelah kerja tu
elok-elok.Tak payah nak buat aksi pulak dekat air terjun ni! Cemuh Ervin dalam
hati.
Ima dan yang lainnya kelihatan menahan gelak sebelum mereka semua
bersurai daripada terus berkumpul memerhatikan lifeguard itu.Yuri
terkebil-kebil memandang wajah Ervin yang masam mencuka merenungnya.Eh,dia
tidak puas hati dengan aku ke?.
“Dia bukan perasan bagus.Memang dia bagus.” Yuri bersuara
perlahan.Agak kurang senang dengan ayat yang dilemparkan Ervin tadi.Ingat
senang ke nak buat backflip?
“Apa awak cakap Mayurie Rosella?” Ervin menghadang Yuri dengan
tangannya apabila gadis itu cuba berlalu ke tempat lain.Yuri merenungnya
sekilas dan tersenyum mengejek.
“Saya cakap dia memang bagus sebab pandai buat backflip.Awak
pandai ke?” Pertanyaan Yuri jelas menyebabkan wajah Ervin bertambah bengang dan
dia mendengus kasar.
“Awak tengok siapa yang lebih bagus.” Dia mengajukan dua jarinya
ke arah mata Yuri.Gaya seperti hendak
mencucuk mata Yuri.Gila betul Ervin ni!.
BAB 23
Kali ini Yuri benar-benar terlopong dengan kehandalan Ervin
melakukan backflip.Dia dapat melakukan aksi itu lebih baik dan kemas berbanding
lifeguard tadi.Molek saja dia menjunam masuk ke dalam air setelah memusingkan
badan 360 darjah seperti seekor ikan lumba-lumba.Sungguh Yuri dengan kehebatan
majikannya itu.
Bukan Yuri saja bahkan semua staf Pizza Star dan para pengunjung
yang baru hadir ke air terjun Kota Tinggi itu bertepuk tangan melihat
aksinya.Apa yang Yuri pelik,Ervin berkali-kali melakukan aksi yang sama untuk
menjadi tatapan semua orang.Dia hendak menunjuk ke apa?
Yuri yang tadinya duduk di atas sebuah batu sambil melihat aksi
backflip Ervin mula berasa bosan apabila kawasan itu dipenuhi para
pengunjung.Dia memandang langit yang kelihatan mendung walaupun jam baru
menunjukkan pukul 11.20 pagi.Beberapa orang gadis sebaya Yuri asyik
memerhatikan Ervin tidak jauh daripada jarak mereka duduk.Sekali sekala mereka
menundingkan jari ke arah Ervin sebelum ketawa besar.Ketawa miang!.
Yuri tahulah Ervin hensem.Tapi tak payahlah nak tengok dia
lebih-lebih.Bukannya mereka kenal siapa Daniel Ervin.Eh,kenapa pula kau nak emosional
sangat ni Yuri?!
Yuri memegang dada yang berdebar-debar.Hati rasa semacam.Rasa
panas dan denyutan nadi tidak teratur.Rasa macam hendak marah orang saja.Ervin
seperti tidak pandai penat melakukan backflip.Sudah terjun,dia kembali menaiki
sebiji batu besar dan melompat.Sudah lebih 20 kali dia membuat aksi itu.Meluat
pulak Yuri yang melihatnya!.
Untuk mengelakkan rasa marah yang meluap-luap,dia segera berdiri
dan ingin berlalu dari situ.Niat di hati ingin berehat di pondok tempat menjamu
selera.Sewaktu Yuri mula melangkah,hujan turun renyai-renyai.Para pengunjung
yang sedang mandi manda langsung tidak mengendahkan suasana itu.Mungkin sebab
mereka sudah basah.Jadi mereka tidak kisah jika dibasahi hujan.
“Kata orang tua-tua,tak baik bermandi dengan hujan.Nanti demam.”
Berderau darah Yuri apabila satu suara yang tidak dikenali menyapa
dari arah belakang.Apabila dia berpaling,sehelai tuala bewarna putih diletakkan
atas kepala Yuri.Mata Yuri membulat apabila melihat seraut wajah yang
menayangkan senyuman manis itu.Wajah yang sudah lama tidak dilihatnya.
“Ya Allah,abang Am!.Bila balik sini?!” Yuri terjerit kecil sebelum
menekup mulut menahan rasa teruja.Jika tidak mengenangkan yang Yuri dan dia
langsung tiada pertalian darah,pasti sudah lama dia memuluk tubuh kurus itu.
“Baru je.Rindu betullah dekat adik abang ni.”
Yuri sedikit terkejut apabila Abang Amri menarik dirinya masuk ke
dalam pelukan.Apabila menyedari yang
Yuri menahan tubuhnya daripada terus dipeluk,Abang Amri memohon maaf dan
menjauhkan diri.Dia bertindak spontan apabila berjumpa dengan orang yang
dirindui.Sungguh dia rindukan gadis itu.
“Abang buat apa dekat sini?” Yuri bertanya lagi.Tidak dapat
membuang rasa ingin tahu.Hampir dua tahun berlalu,dan hari ini baru dia dapat
menatap wajah itu.
“Jomlah,kita sembang dekat pondok.Hujan ni.Tak baik berhujan,nanti
demam.”
Amri mengulang nasihat sebelum memimpin tangan Yuri menuju ke
salah sebuah pondok pengunjung yang tidak berpenghuni.Mereka berdua duduk di
situ sambil berpandangan antara satu sama lain.Hujan yang turun semakin lebat
menggamit pemandangan Yuri.Dari kejauhan dia dapat melihat Ika,Kak Ima dan
Farah berlari-lari anak ke arah sebuah pondok yang menempatkan beg dan bekalan
makanan kami semua.
“Abang buat apa dekat sini?” Yuri bertanyakan soalan yang sama
apabila Amri kelihatan tidak membuka mulut.
“Mandi manda dengan kawan-kawan abang.Mereka ada dekat atas.” Amri
berkata seraya mengajukan jarinya ke arah kawasan paling atas air terjun.Yuri
hanya mengangguk-angguk kecil.
“Tunang abang tak ikut sekali ke?” Yuri bertanya lagi.Baru
beberapa hari lepas dia berhubung dengan Amri melalui facebook.Katanya dia
sudah mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya yang Yuri kenali sebagai
Kak Huda.
“Taklah.Dia sibuk dengan kerja dia.”
Huda dan Amri berkenalan sejak sekolah menengah .Mereka berdua
belajar dalam satu kelas yang sama.Yuri pula adalah junior mereka
berdua.Disebabkan hubungan Yuri yang agak baik dengan Amri,gadis itu telah
dijadikan adik angkatnya.Hubungan mereka mulai rengang apabila Amri menyambung
pelajaran di luar negara bersama Huda.
Pada mulanya Yuri memang ada hati dengan Amri.Namun,setelah
melihat kekuatan cinta antara pemuda itu dan Kak Huda,Yuri membiarkan perasaan
sukanya terhadap pemuda itu berlalu begitu sahaja.Sekarang,Yuri hanya menganggapnya
Amri seperti abang kandung. Mengikut cerita Amri,Kak Huda bekerja sebagai
seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat manakala dia baru bekerja sebagai
akauntan di sebuah bank.
“Adik abang ni bertambah comellah,mesti ramai peminat kan?” Amri menggosok
kepala Yuri kuat sebelum mencubit pipi Yuri.Dia mengaduh kesakitan.Selalu
sangat pipinya menjadi mangsa!.
“Takde siapalah abang nak minat perempuan gemuk macam Yuri
ni.Lelaki pun takut nak pandang.” Yuri membuat suara sedih dan menyebabkan Amri
ketawa besar.
“Ayat poyo betul.Tak payahlah nak berahsia dengan abang.Abang
tahulah pakwe dia tu hensem.” Tokok Amri lagi dengan nada sedikit merajuk.
“Ya Allah,sumpah abang.Yuri memang takde teman lelaki.” Yuri siap
mengangkat tangan tanda tidak menipu dalam hal itu. Amri memandang Yuri sejenak
sebelum tersenyum nakal.
“Habis tu,siapa pulak lelaki kacak yang tenung abang semacam saja
tu?”
Dia menjuihkan bibirnya ke satu arah dan Yuri berpaling ke
belakang.Dia menelan liur apabila melihat wajah Ervin masam mencuka dan tegang
yang amat memandang dirinya daripada pondok rehat itu.Nampaknya Ervin sudah
berhenti melakukan aksi backflip dan sama berteduh daripada hujan.Bukan itu
sahaja,semua ataf Pizza Star yang berehat di situ bersama Farhanh turut
memandang Yuri dan abang Amri dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Oh,itu bos tempat Yuri kerjalah abang.Bukannya teman lelaki
Yuri.”
Yuri cepat mengalihkan pandangan daripada terus bertatapan dengan
Ervin.Hati rasa berdebar tidak tentu pasal.Badan pulak terasa panas.Kenapa dia
tenung aku macam tu? Tidak tentu pasal Yuri berasa gabra.
“Oh,bos Yuri.Yuri datang sini dengan rakan-rakan ya?” Amri
kelihatan berpuas hati dengan jawapan Yuri.Yuri mengangguk-angguk kecil dengan
pertanyaannya.
“Em,kalau Yuri jadi makwe abang nak tak?” Yuri terkebil-kebil
memandang wajah Amri yang selamba meletakkan tangannya di pipinya.Yuri menepis
tangannya lembut sebelum Amri menarik hidungnya.Yuri terjerit kesakitan dan
Amri ketawa besar.
“Tak sedar diri betul.Dah ada tunang,sibuk nak cari makwe lain pulak.”
Yuri berseloroh dan Amri sama ketawa.Yuri tahu pemuda itu hanya
bergurau. Amri pencinta yang setia.Buktinya sampai sekarang dia hanya mencintai
Kak Huda.Jika tidak,masakan mereka akan bertunang.
“Bos Yuri tu nak pergi mana dalam hujan lebat macam ni?”
Pertanyaan Amri membuatkan Yuri memandang ke arah Ervin.
Dia tidak lagi berada di pondok rehat tetapi dia sedang menapak
dalam hujan lebat menuju ke arah parkir kereta.Yuri memandang ke arah staf
Pizza Star dan melihat Ika menggeleng-geleng kepala.Farhanah menepuk dahi
dengan tangannya.Yuri tidak tahu mengapa mereka bereaksi sedemikian.Bayang
Ervin semakin menghilang dalam titisan hujan lebat.Entah mengapa hati berasa
sakit melihat dia melangkah pergi.
...................................
Disebabkan Ervin balik lebih awal daripada orang lain,Yuri,Kak Ima
dan Farah terpaksa menaiki kereta Kak Nana.Mujurlah,Kak Nana memandu kereta
Toyota Caldina kepunyannya.Jika tidak,mereka bertiga hendak balik dengan apa?
Sudahlah air terjun Kota Tinggi itu terletak jauh daripada jalan utama.Mana ada
bas atau teksi di kawasan itu.Apabila Yuri bertanya kepada mereka mengapa Ervin
pulang awal ke rumah.Mereka kata tidak tahu.Farhanah juga tidak memberikan
sebarang jawapan.
Oleh kerana Kak Ima dan Farah bekerja shift petang,jadi Kak Nana
menghantar mereka berdua ke Pizza Star.Keesokan harinya mereka berdua
bercuti.Jadi,bila pulang kerja nanti mereka akn terus pulang ke rumah
masing-masing.Hanya Yuri yang akan bermalam di rumah Ervin hari itu.Cutinya
hari itu hanya dihabiskan dengan bermandi manda di air terjun dan berbual
dengan abang Amri.
Ketika Yuri sampai di banglo Datin Kasma,bayang Ervin tidak
kelihatan di mata.Datin Kasma kata Ervin berkurung dalam bilik sejak pulang
daripada air terjun.Yuri yang malas masuk campur hal pemuda itu hanya
mendiamkan diri dan terus berlalu ke bilik.Setelah membersihkan diri dan
menunaikan solat Asar dia merebahkan diri di atas katil.Akibat bosan dan
tertanya-tanya dengan sikap Ervin dia tidak dapat melelapkan mata walaupun badan
terasa letih.Segera Yuri membuka laptop dan menonton rancangan
kegemarannya,Running Man.
Running Man adalah satu rancangan aneka ragam dari Korea Selatan.
Rancangan ini bersama dengan K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS. Ia diklasifikasikan sebagai rancangan "aneka ragam
aksi urban".Satu genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam
rancangan anekaragam.Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang
diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk
memenangi perlumbaan tersebut.Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik
di seluruh Korea Selatan serta di
beberapa buah negara seperti Thailand,Jepun dan China.
Dengan hasil titik peluh Yuri bekerja dan menyimpan duit,dia
berjaya membeli sebuah laptop jenama Acer tiga bulan lepas.Di kampung,rumahnya
tiada Astro seperti kebanyakkan rumah lain.Jadi tidak dapatlah dia menonton
rancangan itu.Untungnya apabila menginap di hostel Pizza Star atau banglo Ervin
ini adalah kedua tempat ini mempunyai wi-fi.Jadi,dia bebas menggunakan internet
dengan percuma.Laju saja Yuri mengklik salah satu daripada deretan episod
Running Man yang terdapat dalam YouTube.
Episod yang dia tonton itu berkisar tentang perlumbaan
Running Man di China.Untungnya mereka semua dapat berlari-lari di atas tembok
besar cina yang kelihatan megah dan kukuh itu.Bilalah agaknya dia boleh
menjejakkan kaki di salah satu daripada tujuh keajaiban dunia itu.Yuri melihat
rancangan itu dengan khusyuk.Sekali sekala dia tertawa sendiri melihat aksi
lawak pengacara rancangan tersebut.
Yuri sedikit melopong apabila melihat ribuan peminat Running
Man di China berkumpul di sebuah plaza apabila mengetahui para peserta akan
mengadakan aktiviti di situ.Mengikut kata pengacara program tersebut,aktiviti
mereka dalam plaza itu terpaksa dibatalkan akibat kunjungan mengejut para
peminat yang terlalu ramai.Walaupun Yuri hanya melihat rancangan itu dalam
skrin,dia dapat merasakan keriuhan suasana dalam plaza itu.Semua peminat
terjerit pekik sambil mengibarkan kain-kain rentang dengan tulisan Running
Man.Untungnya jadi orang popular.Berada dimana saja sentiasa menjadi tarikan
dan sebutan ramai.
BAB 24
Jam menunjukkan pukul lapan malam saat seseorang mengetuk pintu
bilik Yuri.Tadinya selepas tamat menonton tiga episod Running Man
berturutan,azan maghrib berkumandang. Jadi Yuri menunaikan solat sebelum makan
malam bersama Farhanah dan Datin Kasma.Ervin masih belum keluar daripada
biliknya.Yuri yang tidak tahu apa masalah pemuda itu,membiarkan saja perkara
itu.Selepas makan dan membantu bibik membasuh pinggan mangkuk dia kembali
memasuki bilik dan kini wajah Farhanah muncul di hadapan pintu biliknya.
“Kenapa kak?”
Yuri bertanya pelik apabila melihat Farhanah menggaru-garu
kepalanya.Cantik betul rambut Kak Nana desis hati Yuri.Bewarna perang
asli,lurus paras pinggang.Inilah kali pertama Yuri melihat Farhanah tidak
bertudung.Itu pun kerana gadis itu bercuti daripada bekerja dan berada di
banglo itu untuk dua hari.
“Yuri pergi jenguk Ervin sekejap.Kakak dengan mama bimbang sebab
dia tak nak makan dan berkurung dalam bilik sejak tadi.” Farhanah memberitahu
ringkas.Memerhatikan raut wajah manis gadis yang berjaya menambat hati adik
kesayangannya.
“Saya takutlah kak.Nanti dia marah saya sebab menganggu dia
pulak.” Yuri menjawab perlahan.Kak Nana tersenyum senget.
“Dia tak marahlah Yuri.Kamu pergilah pujuk dia.Dia merajuk tu.”
Farhanah cuba memberi klu apabila Yuri kelihatan tidak faham akan apa yang
berlaku.
“Merajuk? Kenapa dia merajuk?” Yuri bertanya dengan perasaan ingin
tahu.
“Entahlah.Akak pun tak tahu.Kamu pergilah jenguk dia.Ini kunci
penduanya.”
Farhanh menyerahkan Yuri sebatang kunci sebelum berlalu.Dia
menahan gelak dalam hati.Mengapalah Yuri lurus sangat? Takkanlah tak tahu
mengapa adiknya merajuk hati?
Dengan langkah yang malas Yuri bergerak menuju ke bilik Ervin yang
terletak tidak jauh daripada biliknya.Pintu diketuk perlahan dan Yuri memanggil
namanya.Namun,tiada sebarang jawapan diberikan.Bisu ke apa Daniel Ervin
ni?!Mengenangkan yang Yuri menumpang di rumah itu,jadi dia berfikiran untuk
mengikut saja arahan Kak Nana.Dia membuka pintu bilik Ervin dengan kunci pendua
yang diberikan Farhanah.
Sebaik saja Yuri melangkah masuk ke dalam bilik itu,matanya
membulat.Hampir melopong melihat kecantikan bilik itu.Seperti yang dikatakan Ervin
kali lepas,bilik dia memang dua kali ganda besar berbanding bilik Yuri.Hiasan
dalamannya sangat cantik dan memukau pandangan.Dengan tona warna
emas,perak,putih dan hitam.Bilik Ervin kelihatan mewah dan elegan.Bilik
tersebut mempunyai perabot yang lengkap.Semuanya kelihatan berkualiti dan baru.
Mata Yuri tertumpu pada
sekujur tubuh yang sedang berselubung penuh dengan comforter di atas sebuah
katil bersaiz King.Tak panas ke dia berselubung macam tu? Yuri mendekati katil
itu dan berdiri disisinya.Langsung tidak kelihatan wajah atau tubuh Ervin.Macam
hantu bungkus pulak gaya bos aku ni! Cemuh Yuri dalam hati.
“Ervin,awak tak panas ke berselubung macam tu?” Yuri memulakan
pertanyaan apabila melihat tiada tanda-tanda si dia akan bersuara.Pertanyaan
Yuri langsung tidak diendahkan.
“Ervin,mama awak suruh awak makan.Pergilah turun bawah,makanan dah
tersedia.” Yuri menyambung lagi.Kali ini Yuri pasti yang Ervin tidak tidur
kerana pemuda itu memusingkan badannya ,membelakangkan Yuri di bawah comforter
itu.
“Ervin,awak dengar tak saya cakap apa? Jangan nak pura-pura
tidur.”Yuri mula rasa meluat dengan tingkah pemuda itu.
“Jangan ganggu saya.Keluar.”
Akhirnya Ervin membuka mulut.Eh,tapi kenapa suara dia lain
sangat?.Bunyi macam orang sakit tekak.Tiba-tiba hati Yuri berasa bimbang.Pantas
saja tangannya bertindak menarik comforter yang membalut tubuh itu.Yuri
tergamam saat mata Ervin bersabung dengan matanya.Renungan pemuda itu boleh
menembusi kepala.
“Saya cakap jangan ganggu saya!” Ervin meninggikan suaranya yang serak
itu sebelum kembali mengiring ke kanan.Membelakangkan wajah Yuri yang sedang
memandangnya.Comforter ditarik kembali hingga menutup kepala.Yuri terdiam
sejenak.Wajah Ervin pucat sangat saat itu.
Yuri membuat muka bodoh dan kembali membuka comforter pemuda
itu.Laju saja Yuri melekapkan tangan di atas dahi Ervin.Panas yang amat.Ervin
menepis tangan Yuri dan mendengus kasar.Langsung tidak mahu bertentang mata
dengan gadis itu.
“Awak demam ni Ervin.” Patutlah dia berselubung bagai.Rupa-rupanya
demam.Itulah siapa suruh balik dalam hujan lebat.Bodoh betullah dia ni!.
“Awak tak payah nak sibuk hal saya.Keluar.” Amboi,tak padan dengan
sakit.Ada hati nak marah orang.Sudahlah wajah tu masam mencuka.Tidak berkenan
betul Yuri melihat wajahnya sebegitu.
“Okey.Saya keluar.”
Yuri menjawab selamba dan melangkah perlahan menuju ke pintu.Yuri
hampir tergelak apabila melihat mata Ervin yang membulat melihat Yuri
meninggalkannya.Sebaik saja Yuri keluar dan menutup pintu ,dia terdengar Ervin
membebel seorang diri sebelum membaling sesuatu ke atas lantai.Mental ke apa
Ervin ni?
Yuri bergegas ke dapur dan menjerang beras dengan campuran ayam
yang telah dihiris,sedikit sayur-sayuran dan garam.Dia sempat memberitahu Datin
Kasma dan Kak Nana tentang keadaan Ervin.Mereka berdua langsung tidak kisah
akan keadaan Ervin yang demam.Bahkan dua beranak itu boleh tergelak.
Apabila Yuri mengesyorkan agar Kak Nana membawa Ervin ke
klinik,Kak Nana menolak.Dia memberikan Yuri sebungkus plastik yang mengandungi
pelbagai jenis ubat.Kata Kak Nana,Ervin tidak akan ke klinik kalau sakit.Dia
lebih gemar mendapat rawatan di rumah.Yuri yang tidak tahu hendak buat apa lagi
hanya mampu mendengar kata Kak Nana dan mamanya.Apabila bubur masak,Yuri
menghidangkannya bersama segelas air suam di atas sebuah dulang.
Kali kedua Yuri memasuki bilik,Ervin sedang bersandar di kepala
katil.Nampak saja wajah Yuri terus dia berbaring dan berselubung.Yuri menggeleng-geleng kepala melihat kerenah
pemuda itu.Macam gaya anak kecil.Sebiji bantal kelihatan tergolek di bawah
katil.Sah,kena baling dengan orang sakit di hadapannya itu.Yuri meletakkan
dulang makanan di atas sebuah meja yang terdapat di sisi katil Ervin.Dia
melabuhkan punggung di birai katilnya dan mengeluh panjang.
“Ervin,saya ada masakkan bubur untuk awak.Jom makan?”
Yuri mempelawa lembut.Terkebil-kebil mata Yuri apabila melihat
Ervin membuka sedikit comforternya dan menjeling ke arah makanan yang Yuri
bawa.Kemudian pemuda itu kembali berselubung.Ervin seperti tidak percaya yang
Yuri membawakan makanan untuknya.
“Saya tak nak makan.Saya dah kenyang.” Ervin sengaja memanjangkan
rajuk.Sedang makan hati.
“Jangan nak tipu.Mama awak kata awak belum makan lagi.Makanlah
sikit bubur ni,lepas tu makan ubat.Barulah demam tu cepat baik.” Yuri cuba
memujuk walaupun dia tidak pandai.Pujukannya tidak berhasil apabila melihat
Ervin hanya membisu.
“Sampai hati awak kan,saya
dah masakkan awak bubur,awak tak nak makan pulak.” Yuri bersuara perlahan.Masih
mencuba nasib.Menunggu reaksi pemuda itu.Berderau darah Yuri apabila Ervin tiba-tiba
saja membuka comforter dan duduk bersila di atas katil.Dia berhadapan dengan
Yuri dengan renungan yang seperti singa kelaparan.
Yuri menelan liur apabila melihat wajah kacak itu yang pucat
seperti tiada darah itu.Sudahlah pucat,bibirnya yang merah turut bertukar
warna.Jika Yuri tidak mengenali Ervin,pasti dia menjangka pemuda itu seorang
Vampire.
“Siapa lelaki tadi?!” Yuri terpinga-pinga seketika apabila Ervin
bertanya dengan intonasi suara yang tinggi.
“Lelaki mana?” Yuri tanya dia balik.
“Lelaki dekat air terjun tadilah.Siapa dia?” Soalan yang terbuku
di hati akhirnya di soal dengan selantang mungkin.Biar puas hati Ervin!
“Abang Amri ke?”
“Apa hubungan Amri tu dengan awak?!” Suara Ervin semakin meninggi
apabila mendengar Ervin menggelar pemuda yang membakar api cemburunya di air
terjun tadi dengan gelaran abang.Siapa pemuda itu sebenarnya? Siap boleh peluk
dan pegang-pegang buah hatinya? Terbakar betul jiwa yang melihat!
“Dia abang angkat saya.”
“Abang angkat ke teman lelaki?” Soal Ervin laju.
“Abang angkatlah.”
“Hubungan abang angkat apa yang mesra sangat macam tu.Cakap jelah
yang awak memang ada hati dekat dia?!” Tempik Ervin dengan suara serak.Demam
panas tidak berasa apa berbanding dengan sakit hatinya saat itu.Sakit hati
kerana cemburu!
Kali ini Yuri menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Soal jawab
dengan Ervin yang sedang naik angin itu membuatkan dia bengang.Mengapa Ervin
hendak sibuk sangat hal dirinya dengan Abang Amri?.Agaknya Ervin marah-marah
sebab dia sakit.Sabarlah Mayurie Rosella.Yuri cuba menyabarkan perasaan
sendiri.
“Saya memang ada hati dekat dia.” Jawapan ringkas Yuri membuatkan
wajah Ervin sekali lagi berubah.Wajahnya yang tadi seperti menahan marah hilang
begitu saja.Pemuda itu tiak bereaksi untuk beberapa saat.
Ervin melarikan matanya daripada terus bertatapan dengan
Yuri.Untuk beberapa minit dia mendiamkan diri.Satu rasa marah dan kecewa
mencengkam sanubari saat itu.Adakah dia sudah terlambat untuk menakluki hati
gadis dihadapannya itu?
“Saya pernah suka dia masa sekolah menengah dulu.Biasalah
remaja.Fikiran kurang matang.Cinta monyet.Sekarang saya anggap dia macam abang
kandung saya je.Lagi pun dia dah nak kahwin.Takkanlah saya nak suka dekat
tunang orang pulak.”
Ringan saja mulut Yuri menerangkan perihal sebenar hubungan dia dengan
Amri.Dulu Yuri memang ada hati dekat Amri.Namun sekarang perasaan itu sudah
hilang begitu saja.Memang benar Amri sudah mahu mendirikan rumah tangga.Sebelum
mereka berpisah di air terjun tadi dia sempat menjemput Yuri agar menghadiri
majlis perkahwinannya dengan Kak Huda yang akan berlangsung beberapa bulan
lagi.
Penerangan Yuri menyebabkan Ervin dengan perlahan kembali
berpaling ke arahnya.Ervin merenung
gadis dihadapannya dengan pandangan yang bercahaya.Hilang riak marah dan
sedihnya.Ervin mengucap syukur dalam hati.Dia masih diberi peluang oleh Allah
untuk memikat gadis itu.Hati Yuri pula berdebar apabila sepasang mata Ervin
merenungnya dengan pandangan bercahaya.Segera saja Yuri menundukkan kepala dan
memandang ke arah lain.
“Saya nak makan.” Ervin bersuara perlahan selepas mereka berdua
menyepi.
Yuri tersenyum kecil sebelum menghulurkan mangkuk bubur kepada
pemuda itu.Agak senang hati sebab Ervin mahu bercakap dengan intonasi yang
biasa digunakannya bila berbual dengan Yuri.Ervin memandang mangkuk bubur yang
Yuri pegang dan langsung tidak menyambutnya.Muncul perasaan untuk bermanja saat
itu.
“Tolong suapkan saya makan.Saya tak larat nak angkat sudu.” Ervin
mencuba nasib.Untung-untung Yuri akan mendengar permintaannya.
“Okey.Saya tolong suapkan.” Jawapan Yuri menyebabkan Ervin
mengukir senyuman tidak sudah.Dia makan dengan berselera apabila Yuri yang
menyuapnya.
“Bubur ni awak beli dekat
MacDonald ke?” Ervin bertanya dan Yuri
terhenti daripada terus menyuap pemuda itu.
“Kenapa,tak sedap ke?”
“Taklah.Rasanya biasa saja.” Jawab Ervin bersahaja.
“Saya yang masak.Saya tahu orang demam tak lalu nak makan
nasi.Jadi,saya buatkan awak bubur.” Yuri menjawab perlahan dan mengakhiri
suapan terakhir bubur itu ke dalam mulut Ervin.
“Terima kasih.” Ervin bersuara dan menundukkan kepala.Rasa sebak
kerana memikirkan yang Yuri sanggup melayan kerenah mengadanya tanpa dipinta.
“Sama-sama.Awak tunggu sekejap.Saya nak pergi ambil ubat.Lepas
makan ubat awak boleh tidur.”
Yuri keluar dari bilik dan kembali dengan bungkusan ubat beserta
semangkuk ais dan sehelai kain putih.Setelah Ervin memakan ubat demam Yuri
mengarahkan dia berbaring.Walaupun Ervin menolak,Yuri tetap mahu menuam kepala
Ervin yang panas itu dengan ais agar panasnya cepat menurun.Apabila Ervin
dibuai mimpi barulah Yuri keluar daripada bilik.Malam itu tercatat rekod dalam
sejarah hidup Yuri ,menjaga seorang lelaki yang sakit dengan baik.Padahal
sebelum ini layanan sebegitu hanya diberikan untuk emak dan abah.Namun,Yuri
lega dan berasa syukur sangat sebab dapat berada disisi Ervin saat pemuda itu
memerlukannya.
Lupa pulak Yuri hendak bertanya kepada Ervin mengapa dia sibuk
sangat hendak ambil tahu akan hubungannya dengan Abang Amri.Dia cemburu ke? Tak
mungkinlah!.
BAB 25
Akibat demam yang agak tinggi,Ervin mengambil cuti selama dua
hari.Selama dua hari dia bercuti,Yurilah yang menjadi mangsa untuk menyediakan
bubur dan menyuapkan dia makan sebaik pulang kerja.Datin Kasma dan Farhanah
seolah-olah langsung tidak mempedulikan hal Ervin.Walhal saja ingin membiarkan
pasangan itu menyemai kasih dalam pantauan mereka.
Ima dan Farah yang selalu terlihat kerenah nakal dan manja Ervin
terhadap Yuri semakin kuat mengatakan
yang mereka berdua amat sesuai bersama.Dan Yuri terpaksalah menahan malu
atas semua usikan dua sahabatnya itu.Kadang-kadang Yuri berasa senang hati
dengan kata-kata mereka itu.Sesuai ke kalau dia jadi teman wanita Daniel Ervin?
Wajah comel Ace yang terpampang di kaca televisyen menarik
perhatian Yuri.Dia sedang dikerumuni ribuan peminat yang menyambutnya di
Lapangan Terbang Incheon Korea.Setahu Yuri,Ace dalam proses melangsungkan
konsert jelajah Asia.Dia sentiasa mempamerkan senyuman manis dan melambai
lambaikan tangan kepada para peminat yang terjerit-jerit melaungkan namanya.
Alangkah bagusnya kalau dia ada banyak duit.Bolehlah dia pergi ke
konsert Ace.Yalah tiket konsert artis terkenal seperti Ace bukannya
murah.Paling murah pun RM400.Hampir setengah bulan gaji Yuri.Jangan
haraplah Yuri akan menghabiskan duit
sebanyak itu sekadar untuk membeli sekeping tiket konsert.Ace pernah beberapa
kali berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan konsert.Namun,Yuri memang tidak
pernah sekali pun menghadiri konsertnya.Memanglah dia tidak layak untuk digelar
peminat fantatik Ace.
Sedang Yuri khusyuk mendengar butir bicara Ace yang sedang ditemu
ramah oleh beberapa orang wartawan daripada pelbagai negara,dia terdengar bunyi
seseorang memberi salam.Takkanlah Datin Kasma dan Nana sudah pulang.Baru
sebentar tadi dua beranak itu keluar daripada rumah atas tugasan masing-masing.Ervin,Kak
Ima dan Farah pula bekerja shift petang di Pizza Star.Tinggallah Yuri bersama
bibik di banglo itu sebaik saja Ervin menghantar Yuri pulang daripada kerja
shift pagi.Sekarang memang tabiat Ervin untuk menghantar dan menjemput dia
pulang walaupun mereka bekerja berlainan shift.
Yuri sedikit melopong apabila melihat seorang gadis cantik lagi
seksi menerobos masuk ke dalam banglo itu.Bibik yang tadinya membuka pintu
kelihatan menggumam akan sesuatu sebelum berlalu ke dapur meninggalkan gadis
itu.Yuri yang berdiri tidak jauh daripada pintu memerhatikan gadis cantik itu
daripada atas hingga ke bawah.Dia hanya mengenakan sehelai blouse gaya berkemban.Kulitnya kuning
langsat,tinggi lampai dan mempunyai rambut lurus paras bahu.Yuri seperti
mengenali gadis cantik itu.Siapa ya?
Beberapa ketika dia kelihatan mengelilingi ruang tamu banglo itu
seperti mencari sesuatu.Apabila menyedari yang Yuri sedang memerhatikannya.Dia
terus berhenti di hadapan Yuri.
“Ervin mana?” Amboi,tanpa memperkenalkan diri atau memberi salam
terus saja dia bertanyakan kedudukan Ervin.Siapa perempuan yang tiada adab ini?
Getus Yuri dalam hati.
“Ervin kerja.” Yuri menjawab ringkas.Gadis di hadapannya itu
kelihatan mencebik bibir sebelum dengan selamba duduk di atas sofa yang
terdapat di ruang tamu.
“Boleh saya tahu cik ini siapa?” Yuri bertanya lembut.Pasti dia
mempunyai hubungan dengan Ervin.
“Oh,lupa pulak I nak perkenalkan diri.You ni pasti pembantu rumah
baru Ervin. Sebab tu you tak kenal I.”
Sabar sajalah dengan perempuan ini.Rupa aku yang sebegini comel
pun dia boleh anggap aku sebagai orang gaji Ervin?! Aku tahulah yang aku tidak
memakai pakaian berjenama dan seksi macam dia.Tapi tidak perlulah dia memandang
aku sebelah mata!
“Nama I,Zati Zamiera.Orang ramai kenal I sebagai Zaty.I seorang
model dan merangkap duta Pizza Star.Em,kalau you ada tengok,I ada berlakon
dalam sebuah drama melayu bertajuk Dia Di Hatiku.”
Gadis kerek itu memberikan penjelasan dan Yuri kembali
melopong.Patutlah macam pernah nampak.Rupa-rupanya duta Pizza Star.Dia selalu
muncul dalam iklan setiap produk baru Pizza Star.Jika Yuri tidak silap
pandang,dia juga merupakan model iklan Ribbon.Satu jenama pakaian yang agak
terkenal di Malaysia.Drama yang dilakonkannya itu Yuri kurang tahu pulak.Al
maklumlah Yuri lebih menggemari drama Korea berbanding drama-drama lain.
“Cik kenal Encik Ervin ke?” Yuri berlakon seolah-olah dia
semamngnya pembantu rumah.Malas hendak bersoal jawab jika gadis yang bernama
Zaty itu bertanyakan perihal mengapa Yuri boleh duduk di banglo Ervin.
“Lebih daripada kenal.I ni bakal isteri dia.”
Jawapan ringkas Zaty membuatkan Yuri terkedu dan terpaku di
situ.Seperti terkena kejutan eletrik.Nadi bergetar tidak tentu arah dan dia
terasa sesak nafas.Mengapa dia harus rasa begitu?
…………………………….
Video klip lagu Lucky nyanyian Britney Spears diperhatikan tanpa
perasaan minat.Fikirannya masih dipenuhi dengan wajah Zaty walaupun gadis itu
telah lama pulang. Dia bakal isteri Ervin? Patutlah selama ini Yuri tidak
pernah nampak Ervin keluar dengan mana-mana perempuan.Rupa-rupanya bakal
isterinya adalah seorang yang selalu sibuk dengan dunia peragaan.Bagaimanalah
Yuri boleh beranggapan yang Ervin kononnya sukakan Yuri.Lelaki zaman
sekarang,pastilah akan menyukai gadis seseksi Zaty.Yuri dibandingkan dengan
Zaty? Jauh langit daripada bumi.
Yuri menogak rakus sebotol air bikarbonat Zasty Zaaple jenama
Mirinda yang terletak di atas meja untuk menghilangkan rasa panas hati yang
datang tiba-tiba.
“Ish,dia ni asyik minum air bergas je.”
Yuri tersedak kecil apabila satu tangan menarik kasar botol air
itu daripada tangannya.Apabila dia berpaling ke kiri,dia mendengus kecil.Wajah
tampan Ervin menyapa pemandangannya.Dia masih mengenakan kemeja pengurus Pizza
Star.Yuri tidak sedar yang Ervin,Kak Ima dan Farah sudah pulang daripada kerja
malam itu.Rasa meluat pulak untuk melihat wajah itu lama-lama.
“Kenapa tak tidur lagi.Dah malam ni.Tunggu saya balik ya?”
Ervin menutup botol air gas yang Yuri minum tadi sebelum duduk di
sisi gadis itu.Yuri beralih ke tepi dan mendongkol geram dalam hati.Tidak
berhabis hendak mengusik Yuri.Sudahlah kebelakangan ini hati dia mudah sangat
cair dengan setiap kata-katanya.
“Takde masa saya nak tunggu awak balik.Suka hati sayalah nak tidur
bila pun!” Yuri menjawab dengan nada meluat.Menahan perasaan geram dan sakit
hati.Ervin terkebil-kebil memandang Yuri.Apa pulak masalah dengan kesayangannya
ini? Tiba-tiba hendak naik angina?
“Kenapa nak marah-marah ni?Saya ada buat salah ke?Emm?” Ervin
bertanya lembut.Setiap saat merindui gadis dihadapannya.Rindu yang
menggebu-gebu walaupun selalu bersua muka.
Mujurlah Ima dan Farah sudah masuk ke dalam bilik.Jika mereka
nampak Ervin sebegini.Pasti mereka sakan menyakat Yuri.Tapi kenapa Yuri rasa
hendak marah Ervin saat itu?.Dia rasa menyampah dan benci sangat untuk melihat
wajah pemuda itu.Padahal sebelum ini dia merasakan harinya tidak lengkap jika
tidak melihat wajah Ervin yang kacak itu.
“Petang tadi bakal isteri awak ada datang.Dia pesan dengan saya
suruh awak telifon dia bila dah balik kerja nanti.” Yuri memberitahu pesanan
Zaty kepada Ervin sebelum bergegas bangun daripada sofa.Tidak mahu berdua-duaan
dengan pemuda itu di situ.
“Siapa bakal isteri saya?” Ervin mengejar langkah Yuri.Tidak faham
dengan ayat gadis itu yang berbaur kemarahan.
“Zaty Zamiera.” Yuri berpeluk tubuh memandang Ervin sebelum
memberikan jawapan.Mereka bertatapan mata buat seketika sebelum Ervin tergelak
kecil.
“Oh,Zaty.” Ervin menjawab selamba.Yuri bertambah geram.Nampaknya
memang Ervin kenal dengan minah kerek lagi seksi itu!
“Patutlah sayang saya ni marah-marah.Rupa-rupanya cemburu.” Ervin
menyambung kata seraya merenung Yuri dengan senyuman penuh makna.Seperti dapat
menebak apa yang bermaind alam benak fikiran Yuri saat itu.
“Takde siapa nak cemburu dengan awak!” Yuri menjerit kecil sebelum
bergegas menuju ke bilik.Dari kejauhan dia dapat mendengar gelak Ervin yang
berpanjangan.Boleh pulak dia mengetawakan aku.Sakit hati betul!
……………………………….
Keesokan harinya,hati Yuri rasa terbakar apabila bakal isteri
Ervin yang bernama Zaty itu mengunjungi Pizza Star.Bukan main mesra lagi Ervin
melayan gadis itu.Bila Zaty hendak duduk ditarikkan kerusi.Bila Zaty makan
comot Ervin tolong lapkan.Dan yang paling Yuri bengang boleh pulak dia
membiarkan perempuan itu memegang tangannya dan mereka berdua berbual mesra
seperti pasangan kekasih!
Din dan Aizul yang kebetulan terlihat adegan itu memuji muji
keseksian Zaty.Mereka berdua mengenali Zaty sebagai pelakon tambahan drama Dia
di Hatiku yang diperkatakan gadis itu kepada Yuri kali lepas.Maklumlah selebriti
yang seksi.Mahu mata mana-mana lelaki tidak terbeliak melihatnya.Ervin sama
saja dengan lelaki-lelaki lain.Tak guna!
Yuri bereaksi seperti seorang psyco yang terhendap-hendap daripada
jauh untuk melihat perlakuan majikannya itu.Sebelum ini Ervin tidak pernah
mengabaikan waktu kerja untuk melayan pelanggan yang berkunjung ke Pizza Star
walaupun mereka mempunyai hubungan yang baik.Kali ini lain pula jadinya.Staf
lain sibuk bekerja,dia sibuk melayan perempuan itu! Berbulu betul mata Yuri
melihat gelagat mereka berdua.
Sudahlah duduk di meja yang terletak di sudut paling hujung di
Pizza Star.Siap main suap-suap pulak.Sunguh hati Yuri rasa seperti ditoreh
pisau saat itu.Setelah satu jam berlalu barulah gadis tidak cukup kain itu
meninggalkan Ervin.Yuri memang sengaja tidak ingin bersua muka dengan Zaty
kerana khuatir dia akan banyak tanya pulak nanti.Yalah,dia kan ingat Yuri
pembantu rumah keluarga Ervin.
“Siapa tu bos? Seksi habis.” Ika yang sama melihat kelibat Zaty
keluar daripada Pizza Star bertanya kepada Ervin.
Ketika itu Ervin kembali masuk ke dalam Pizza Star setelah
mengiringi buah hatinya ke kereta.Ervin tersenyum sumbing memandang wajah kelat
Yuri yang sibuk mengemop lantai saat itu.Padahal lantai berjubin itu bukan
kotor sangat pun.Oleh kerana Yuri bengang dan pelanggan kurang ramai,dia
melakukan kerja-kerja pembersihan di Pizza Star.
“Kawan saya.” Ervin menjawab dan Yuri mencebik bibir.Kawan
konon.Penipu!.
Yuri yang malas mendengar perbualan Ervin dan Ika tentang Zaty
terus mengemop lantai jauh daripada mereka berdua.Darahnya terasa membuak-buak
saat itu.Rasa marah,meluat dan geram bersatu menjadi satu.Mengapa dia perlu
merasakan perasaan sebegitu?Rasa diri bodoh sangat kerana cepat percaya yang
Ervin sukakannya.
“Yuri,rajinnya awak mengemop.Saya tak suruh awak mengemop pun?”
Ervin menegur.Langsung tidak membenarkan gadis itu menjauhinya.Ingin melihat
selama mana Yuri boleh menahan perasaan cemburu.Yuri tidak mempedulikan
pertanyaannya.Terus saja gadis itu mengemop ke kiri dan ke kanan.Seolah-olah
melepaskan geram pada lantai.
“Kenapa diam je Yuri? Jawablah soalan saya.” Ervin memprovok.
“Suka hati sayalah kalau saya nak mengemop sekarang ini.” Yuri
menjawab dengan nada tidak ikhlas.
“Yuri,awak cemburu ke tengok saya dengan Zaty?”
“Tak.”
“Tapi wajah awak kelihatan penuh dengan perasaan cemburu.”
“Jangan nak memandai.”
“Sukanya saya tengok awak cemburu.”
“Tiada siapa hendak cemburu dengan awak.”
“Awak memang cemburu akan hubungan mesra saya dengan Zaty kan?”
Soalan Ervin yang berulang kali membuatkan Yuri tergelak kecil.Dia
berhenti daripada mengemop lantai dan bertatap mata dengan majikannya.Ervin
sedang menunggu jawapan daripada bibir gadis itu dengan riak wajah tidak
sabar.Apa yang diharapnya keluar daripada mulut Yuri?.Yuri tahulah taraf dia
dengan Ervin itu jauh berbeza.Dan sekarang dia sedar diri.
“Awak dengan saya bukan ada apa-apa hubungan istimewa yang boleh
membuatkan saya cemburu akan hubungan awak dengan Cik Zaty atau sesiapa
pun.Saya langsung tak kisah akan semua hal awak Ervin.Suka hati awaklah hendak
buat apa pun.Hal awak,hal awak.Hal saya,hal saya.”
Panjang berjela jawapan yang Yuri berikan.Tidak tentu pasal wajah
Ervin yang tadinya ceria berubah muram.Yuri yang malas ambil pusing akan hal pemuda itu kembali melakukan kerja.Mulut
kata lain,hati kata lain.Sebenarnya dia memang cemburu dengan hubungan mereka
berdua.Tidak perlulah dia menipu diri sendiri akan perasaannya.Namun,dia tidak
tahu mengapa dia permlu mencemburui hubungan mereka itu.Dia dan Ervin bukan ada
apa-apa hubungan istimewa pun.Setelah berfikir panjang,Yuri rasa Ervin bangga
jika dia cemburu akan hubungan baiknya dengan model terkenal itu.Dasar lelaki
tak guna!.Dia memang suka bermain dengan perasaan Yuri!.
No comments:
Post a Comment