NOVEL: SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 4
Written at Thursday, November 27, 2014 [ 19 ] comments

BAB 4


BAB 4
Matahari mula terbenam di ufuk timur saat jam Sky menunjukkan pukul 8 malam. Dia masih berada dalam sangkar kerana dikurung Cyril. Kelibat lelaki itu masih belum kelihatan walaupun malam telah menjelma. Jam demi jam berlalu hingga pukul 12 tengah malam. Bulan mengambang penuh kelihatan melalui jendela bilik itu yang terbuka. Sky bingung dengan semua yang berlaku. Cuba menidakkan apa yang dicerita Cyril. Namun jauh dalam hatinya dia takut semua cerita itu benar. Wajah Arlen, Paul, Sharon, Blair, dan Ralph berlayar di fikiran Sky. Di mana rakan-rakannya itu? Dia berdoa dalam hati agar mereka baik-baik sahaja. Lamunan Sky mati begitu sahaja dan bulu romanya meremang apabila terdengar sayup-sayup bunyi serigala menyalak dan hingar bingar suara manusia. Apa yang berlaku?

Sky menelan liur dan tubuhnya beku apabila pintu bilik yang terletak sangkarnya dikuak seseorang. Terjenggul satu kepala berambut perak dengan senyuman manis yang mengerikan. Cyril! Sky mengurut dada lega apabila melihat wajah tampan itu. Dia ingatkan syaitan mana yang bertandang dalam bilik itu.

“Takut ke?” Tanya Cyril yang berjubah hitam dan berhood. Wajahnya yang putih disertakan dengan rambut sama warna terserlah indah dengan pakaian gelap sebegitu. Mata biru cairnya kelihatan bersinar memandang Sky.

“Kenapa kau kurung aku dalam ni?” Tanya Sky apabila pemuda itu mendekati tempat kurungannya. Cyril meraba poket jubah dan mengambil segugus kunci.

“Saja.” Jawab Cyril selamba. Dia membuka pintu sangkar itu dan masuk ke dalam. Sangka Sky pemua itu ingin melepaskannya. Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Cyril kembali mengunci pintu sangkar dan bersama dengan Sky dalam kurungan itu. Apa sebenarnya yang ingin dilakukan pemuda ini? Desis hati Sky.

“Nampaknya kau tak keluar lagi.” Ujar Cyril perlahan sambil melambung-lambung kunci di tangannya. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah Sky yang masih kelihatan cantik seperti pertama kali dia melihat gadis itu.

“Macam mana aku nak keluar kalau kau kunci aku dalam ni?!” Tempelak Sky nyaring. Dia dan Cyril mula berpusing dalam sangkar itu sambil melihat wajah masing-masing.

“Mungkin kau bukan macam Carl, mungkin juga bukan Doris.” Cyril melihat bulan penuh yang indah di atas langit.

“Dan bukan juga bangsa yang hodoh itu. Alangkah syukurnya.” Cyril tersenyum sinis di hujung ayatnya.

“Apa yang kau cakap ni ha? Aku tak faham!”

“Kan aku dah cakap apabila malam menjelma semua manusia dekat pulau ini akan berubah rupa.” Cyril mengulang ayatnya dan memandang Sky tajam.

“Jadi? Kau ingat aku percaya dengan lawak bodoh kau tu?!” Sky menahan diri sendiri yang menggigil apabila Cyril mula menurunkan hood di kepala dan menanggalkan jubah hitamnya. Pemuda itu segak berpakaian kulit bewarna hitam.

“Lawak bodoh?” Cyril meregangkan tangan dan tengkuknya hingga berbunyi tulang temulang. Dapat menghidu ketakutan pada Sky.

“Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau!” Jerit Sky apabila dapat merasai bala akan menimpanya sebentar lagi. Jantung Sky terhenti apabila kelibat Cyril hilang dalam sekelip mata daripada pemandangan matanya. 

“Maaflah, ini bilik aku!” Dan Sky melurut jatuh ke lantai apabila melihat Cyril tergantung di atas pagar kurungan itu dengan kepala menjuntai ke bawah! Bagaimana pemuda itu boleh naik ke atas sana?!

“Bagai…bagaimana kau boleh naik ke atas sana?!” Tanya Sky dengan wajah pucat lesi. 

“Aku terbang!” Sky merasakan seperti roh keluar dari jasadnya apabila mata biru Cyril bertukar menjadi merah dan sepasang gigi taring muncul di mulut pemuda itu. Tidak cukup dengan itu, kuku tangan Cyril turut memanjang, bertukar bewarna hitam dan tajam. Cukup untuk membunuh mangsanya dengan kuku setajam itu!

“To..long. Tolong jangan apa-apakan aku!”

“Dah terlambat!” Cyril ingin menerkam Sky yang berada di bawahnya. Dia telah terjun ke arah gadis itu namun dunianya gelap seketika.

‘Bang!’

Tanpa sedar, Sky menumbuk pipi Cyril yang sedang menjunam ke arahnya hingga tubuh pemuda itu terhumban ke besi sangkar. Dan besi dan sangkar tersebut terbuka luas akibat hentakan yang terlalu kuat!

Sky membuka mata dan menutup mulut sendiri. Dengan kudrat yang masih bersisa dia keluar daripada sangkar itu dan menghampiri tubuh Cyril. Sky menekup mulut apabila mendapati kepala Cyril terpusing 180 darjah daripada tempat asalnya. Dia telah mematahkan kepala pemuda itu! Sky menapak ke belakang sebelum berlari keluar daripada bilik Cyril seperti orang histeria! Apa yang telah berlaku sebenarnya?! Dia telah menjadi seorang pembunuh!

Larian Sky membawanya ke bangunan yang pagi tadi merupakan Sekolah Tinggi Bidadari. Bangunannya masih sama, namun Sky tidak keruan apabila melihat puluhan ekor harimau, singa, serigala dan keluang gergasi sedang berkeliaran di koridor bangunan sekolah itu. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang perempuan tua hodoh dan bertongkat lalu lalang di hadapannya. Mata mereka semua terarah ke arah Sky. Sky terus melarikan diri hingga dia telanggar seseorang dan terjatuh ke lantai.

“Kau?! Kau ni Doris kan?” Sky sedikit lega apabila melihat ada wujud manusia di hadapannya. Dan manusia yang dilanggarnya itu adalah gadis comel yang menegur Cyril petang tadi. Gadis yang bernama Doris.

“Doris! Tolong aku! Tolong aku!” Sky memegang tangan Doris dengan air mata yang berlinangan.

“Wah, nampaknya kau belum berubah bentuk lagi? Mana Cyril? Macam mana dia boleh biarkan kau terlepas?” Bicara Doris menyebabkan Sky melepaskan tangan gadis itu. Dia memandang Doris daripada atas hingga ke bawah sebelum terkedu. Kaki dan tangan gadis itu dibentuk daripada akar kayu! Hanya kepalanya berkulitkan manusia! Sekali lagi Sky memecut laju!

Tiba di satu kawasan lapang, dia tersadung kaki sendiri dan tersungkur jatuh. Belum sempat dia bangun kedengaran segerombolan tapak dan bunyi yang menggerunkan mendekatinya. Apabila Sky mengangkat kepala, kelihatan puluhan mata merah merenungnya dengan air liur yang meleleh. Serigala! Serigala gergasi berbulu hitam dan berwajah hodoh sedang menunggu masa untuk menerkamnya. Belum sempat Sky melarikan diri, seekor serigala melompat ke arahnya dengan gigi yang menyeringai. Sky menjerit ketakutan.

“Jangan kacau dia lah bodoh! Dia aku punya!” Jeritan Cyril yang baru saja menumbuk serigala jadian tadi membuatkan makhluk-makhluk mengerikan itu mengaum. Cyril sama menyeringai, mempamerkan barisan gigi tajamnya dengan wajah merah menyala.

Kelompok serigala jadian tadi mula membuat bulatan dan berpusing mengelilingi Cyril dan Sky. Mereka berhenti berpusing apabila menghidu bau yang mengancam keselamatan. Beberapa ekor serigala itu menaikkan kepala dan melihat ke bumbung. Sky yang memerhati memberanikan diri menoleh ke atas. Matanya membulat apabila melihat puluhan manusia berpakaian kulit bewarna merah sedang berjuntaian dengan kepala terbalik ke bawah di bumbung sekolah itu. Mereka seperti Cyril!

“Hari ni kau terlepas perempuan. Lain kali kau jadi makanan kami!” Terpegun Sky apabila salah seekor daripada serigala itu boleh bersuara seperti manusia. 

“Langkah mayat aku dulu sebelum kau makan dia!” Sahut Cyril pantas.

“Kami tak takutkan kau Cyril! Kau tunggu pembalasan kami!” Serigala tadi menjawab dan mula meninggalkan kawasan itu. Tidak sampai beberapa saat, gerombolan manusia yang bergantung di bumbung sekolah tulut lenyap dalam sekelip mata. Sky memerhatikan semua itu dengan tubuh yang menggigil.

“Kau okey?” Sky menepis tangan Cyril yang menyentuh kepalanya lembut.

“Kau ni apa sebenarnya?! Mereka tu siapa? Mereka tu apa?!” Sky mula menangis dan berengsot menjauhi Cyril yang disangkanya telah mati.

“Kan mudah kalau kau percaya apa yang aku cakap.” Bicara Cyril mati apabila seekor harimau putih bergigi panjang mendekati mereka. Sky sudah beku seperti patung tidak bernyawa. Dia seperti disambar petir apabila harimau yang ditemuinya kali lepas bertukar menjadi manusia dalam sekelip mata.

“Semuanya okey ke Cyril?” Carl bertanya dengan senyuman senget. Dia memandang Sky sekilas lalu. Kagum kerana Sky masih bertahan.

“Tak okey. Aku tak tahu perempuan ni spesies apa.” Jawab Cyril yang telah kembali ke wujud manusianya.

“Yang pasti dia bukan familiar.” Jawab Carl tenang.

“Dia bukan pontianak, bukan serigala jadian. Bukan peri hutan. Mungkin dia ahli sihir?” Cyril seperti bertanda tanya dengan diri sendiri.

“Dia ada sumpah kau ku?” Soal Carl berminat.

“Taklah. Tapi kekuatan dia luar biasa. Dia baru aje patahkan tengkuk aku dengan satu tumbukan.” Cyril memegang lehernya sendiri yang berasa sengal.

“Serius ke ni? Habis tu kau tak suruh mana-mana ahli sihir sumpah dia?” Cadang Carl tiba-tiba.

“Aku tak beranilah. Kalau dia bukan ahli sihir macam mana?”

“Kalau dia bukan ahli sihir, spesies apa pulak dia ni?” Soal Carl agak bengang.

“Mungkin ya dia ahli sihir, tapi kenapa rupa dia tak berubah hodoh pun?” Fikiran Cyril dipenuhi tanda tanya.

“Mana aku tahu!”


“Aku dah penatlah. Buat masa ni biarlah dia dengan aku. Asalkan dia bukan serigala jadian. Aku okey aje.” Cyril membuat keputusan sebelum mengheret tangan Sky meninggalkan tempat itu.



p/s: korang rase sky ni makhluk ape??? ha3. please left comment, like n share ye. thanks.