BAB 4
BAB
4
Matahari
mula terbenam di ufuk timur saat jam Sky menunjukkan pukul 8 malam. Dia masih
berada dalam sangkar kerana dikurung Cyril. Kelibat lelaki itu masih belum
kelihatan walaupun malam telah menjelma. Jam demi jam berlalu hingga pukul 12
tengah malam. Bulan mengambang penuh kelihatan melalui jendela bilik itu yang
terbuka. Sky bingung dengan semua yang berlaku. Cuba menidakkan apa yang
dicerita Cyril. Namun jauh dalam hatinya dia takut semua cerita itu benar.
Wajah Arlen, Paul, Sharon, Blair, dan Ralph berlayar di fikiran Sky. Di mana
rakan-rakannya itu? Dia berdoa dalam hati agar mereka baik-baik sahaja. Lamunan
Sky mati begitu sahaja dan bulu romanya meremang apabila terdengar sayup-sayup
bunyi serigala menyalak dan hingar bingar suara manusia. Apa yang berlaku?
Sky
menelan liur dan tubuhnya beku apabila pintu bilik yang terletak sangkarnya
dikuak seseorang. Terjenggul satu kepala berambut perak dengan senyuman manis
yang mengerikan. Cyril! Sky mengurut dada lega apabila melihat wajah tampan
itu. Dia ingatkan syaitan mana yang bertandang dalam bilik itu.
“Takut
ke?” Tanya Cyril yang berjubah hitam dan berhood. Wajahnya yang putih
disertakan dengan rambut sama warna terserlah indah dengan pakaian gelap
sebegitu. Mata biru cairnya kelihatan bersinar memandang Sky.
“Kenapa
kau kurung aku dalam ni?” Tanya Sky apabila pemuda itu mendekati tempat
kurungannya. Cyril meraba poket jubah dan mengambil segugus kunci.
“Saja.”
Jawab Cyril selamba. Dia membuka pintu sangkar itu dan masuk ke dalam. Sangka
Sky pemua itu ingin melepaskannya. Namun, sangkaannya meleset sama sekali.
Cyril kembali mengunci pintu sangkar dan bersama dengan Sky dalam kurungan itu.
Apa sebenarnya yang ingin dilakukan pemuda ini? Desis hati Sky.
“Nampaknya
kau tak keluar lagi.” Ujar Cyril perlahan sambil melambung-lambung kunci di
tangannya. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah Sky yang masih
kelihatan cantik seperti pertama kali dia melihat gadis itu.
“Macam
mana aku nak keluar kalau kau kunci aku dalam ni?!” Tempelak Sky nyaring. Dia
dan Cyril mula berpusing dalam sangkar itu sambil melihat wajah masing-masing.
“Mungkin
kau bukan macam Carl, mungkin juga bukan Doris.” Cyril melihat bulan penuh yang
indah di atas langit.
“Dan
bukan juga bangsa yang hodoh itu. Alangkah syukurnya.” Cyril tersenyum sinis di
hujung ayatnya.
“Apa
yang kau cakap ni ha? Aku tak faham!”
“Kan
aku dah cakap apabila malam menjelma semua manusia dekat pulau ini akan berubah
rupa.” Cyril mengulang ayatnya dan memandang Sky tajam.
“Jadi?
Kau ingat aku percaya dengan lawak bodoh kau tu?!” Sky menahan diri sendiri
yang menggigil apabila Cyril mula menurunkan hood di kepala dan menanggalkan
jubah hitamnya. Pemuda itu segak berpakaian kulit bewarna hitam.
“Lawak
bodoh?” Cyril meregangkan tangan dan tengkuknya hingga berbunyi tulang temulang.
Dapat menghidu ketakutan pada Sky.
“Kau
keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau!” Jerit Sky apabila dapat merasai
bala akan menimpanya sebentar lagi. Jantung Sky terhenti apabila kelibat Cyril
hilang dalam sekelip mata daripada pemandangan matanya.
“Maaflah,
ini bilik aku!” Dan Sky melurut jatuh ke lantai apabila melihat Cyril
tergantung di atas pagar kurungan itu dengan kepala menjuntai ke bawah!
Bagaimana pemuda itu boleh naik ke atas sana?!
“Bagai…bagaimana
kau boleh naik ke atas sana?!” Tanya Sky dengan wajah pucat lesi.
“Aku
terbang!” Sky merasakan seperti roh keluar dari jasadnya apabila mata biru
Cyril bertukar menjadi merah dan sepasang gigi taring muncul di mulut pemuda
itu. Tidak cukup dengan itu, kuku tangan Cyril turut memanjang, bertukar
bewarna hitam dan tajam. Cukup untuk membunuh mangsanya dengan kuku setajam
itu!
“To..long.
Tolong jangan apa-apakan aku!”
“Dah
terlambat!” Cyril ingin menerkam Sky yang berada di bawahnya. Dia telah terjun
ke arah gadis itu namun dunianya gelap seketika.
‘Bang!’
Tanpa
sedar, Sky menumbuk pipi Cyril yang sedang menjunam ke arahnya hingga tubuh
pemuda itu terhumban ke besi sangkar. Dan besi dan sangkar tersebut terbuka
luas akibat hentakan yang terlalu kuat!
Sky
membuka mata dan menutup mulut sendiri. Dengan kudrat yang masih bersisa dia
keluar daripada sangkar itu dan menghampiri tubuh Cyril. Sky menekup mulut
apabila mendapati kepala Cyril terpusing 180 darjah daripada tempat asalnya.
Dia telah mematahkan kepala pemuda itu! Sky menapak ke belakang sebelum berlari
keluar daripada bilik Cyril seperti orang histeria! Apa yang telah berlaku
sebenarnya?! Dia telah menjadi seorang pembunuh!
Larian
Sky membawanya ke bangunan yang pagi tadi merupakan Sekolah Tinggi Bidadari.
Bangunannya masih sama, namun Sky tidak keruan apabila melihat puluhan ekor
harimau, singa, serigala dan keluang gergasi sedang berkeliaran di koridor
bangunan sekolah itu. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang perempuan tua
hodoh dan bertongkat lalu lalang di hadapannya. Mata mereka semua terarah ke
arah Sky. Sky terus melarikan diri hingga dia telanggar seseorang dan terjatuh
ke lantai.
“Kau?!
Kau ni Doris kan?” Sky sedikit lega apabila melihat ada wujud manusia di
hadapannya. Dan manusia yang dilanggarnya itu adalah gadis comel yang menegur
Cyril petang tadi. Gadis yang bernama Doris.
“Doris!
Tolong aku! Tolong aku!” Sky memegang tangan Doris dengan air mata yang
berlinangan.
“Wah,
nampaknya kau belum berubah bentuk lagi? Mana Cyril? Macam mana dia boleh
biarkan kau terlepas?” Bicara Doris menyebabkan Sky melepaskan tangan gadis
itu. Dia memandang Doris daripada atas hingga ke bawah sebelum terkedu. Kaki
dan tangan gadis itu dibentuk daripada akar kayu! Hanya kepalanya berkulitkan
manusia! Sekali lagi Sky memecut laju!
Tiba
di satu kawasan lapang, dia tersadung kaki sendiri dan tersungkur jatuh. Belum
sempat dia bangun kedengaran segerombolan tapak dan bunyi yang menggerunkan
mendekatinya. Apabila Sky mengangkat kepala, kelihatan puluhan mata merah
merenungnya dengan air liur yang meleleh. Serigala! Serigala gergasi berbulu
hitam dan berwajah hodoh sedang menunggu masa untuk menerkamnya. Belum sempat
Sky melarikan diri, seekor serigala melompat ke arahnya dengan gigi yang
menyeringai. Sky menjerit ketakutan.
“Jangan
kacau dia lah bodoh! Dia aku punya!” Jeritan Cyril yang baru saja menumbuk
serigala jadian tadi membuatkan makhluk-makhluk mengerikan itu mengaum. Cyril
sama menyeringai, mempamerkan barisan gigi tajamnya dengan wajah merah menyala.
Kelompok
serigala jadian tadi mula membuat bulatan dan berpusing mengelilingi Cyril dan
Sky. Mereka berhenti berpusing apabila menghidu bau yang mengancam keselamatan.
Beberapa ekor serigala itu menaikkan kepala dan melihat ke bumbung. Sky yang
memerhati memberanikan diri menoleh ke atas. Matanya membulat apabila melihat
puluhan manusia berpakaian kulit bewarna merah sedang berjuntaian dengan kepala
terbalik ke bawah di bumbung sekolah itu. Mereka seperti Cyril!
“Hari
ni kau terlepas perempuan. Lain kali kau jadi makanan kami!” Terpegun Sky
apabila salah seekor daripada serigala itu boleh bersuara seperti manusia.
“Langkah
mayat aku dulu sebelum kau makan dia!” Sahut Cyril pantas.
“Kami
tak takutkan kau Cyril! Kau tunggu pembalasan kami!” Serigala tadi menjawab dan
mula meninggalkan kawasan itu. Tidak sampai beberapa saat, gerombolan manusia
yang bergantung di bumbung sekolah tulut lenyap dalam sekelip mata. Sky
memerhatikan semua itu dengan tubuh yang menggigil.
“Kau
okey?” Sky menepis tangan Cyril yang menyentuh kepalanya lembut.
“Kau
ni apa sebenarnya?! Mereka tu siapa? Mereka tu apa?!” Sky mula menangis dan
berengsot menjauhi Cyril yang disangkanya telah mati.
“Kan
mudah kalau kau percaya apa yang aku cakap.” Bicara Cyril mati apabila seekor
harimau putih bergigi panjang mendekati mereka. Sky sudah beku seperti patung
tidak bernyawa. Dia seperti disambar petir apabila harimau yang ditemuinya kali
lepas bertukar menjadi manusia dalam sekelip mata.
“Semuanya
okey ke Cyril?” Carl bertanya dengan senyuman senget. Dia memandang Sky sekilas
lalu. Kagum kerana Sky masih bertahan.
“Tak
okey. Aku tak tahu perempuan ni spesies apa.” Jawab Cyril yang telah kembali ke
wujud manusianya.
“Yang
pasti dia bukan familiar.” Jawab Carl tenang.
“Dia
bukan pontianak, bukan serigala jadian. Bukan peri hutan. Mungkin dia ahli sihir?”
Cyril seperti bertanda tanya dengan diri sendiri.
“Dia
ada sumpah kau ku?” Soal Carl berminat.
“Taklah.
Tapi kekuatan dia luar biasa. Dia baru aje patahkan tengkuk aku dengan satu
tumbukan.” Cyril memegang lehernya sendiri yang berasa sengal.
“Serius
ke ni? Habis tu kau tak suruh mana-mana ahli sihir sumpah dia?” Cadang Carl tiba-tiba.
“Aku
tak beranilah. Kalau dia bukan ahli sihir macam mana?”
“Kalau
dia bukan ahli sihir, spesies apa pulak dia ni?” Soal Carl agak bengang.
“Mungkin
ya dia ahli sihir, tapi kenapa rupa dia tak berubah hodoh pun?” Fikiran Cyril dipenuhi
tanda tanya.
“Mana
aku tahu!”
“Aku
dah penatlah. Buat masa ni biarlah dia dengan aku. Asalkan dia bukan serigala jadian.
Aku okey aje.” Cyril membuat keputusan sebelum mengheret tangan Sky meninggalkan
tempat itu.
p/s: korang rase sky ni makhluk ape??? ha3. please left comment, like n share ye. thanks.
19 comments:
Best... *^▁^* ...sambung2!!
species ap nye ?jengjengjeng. Agaknya sky lgi hebat dri diorg kot... vampire??? Hehe...
Aaaa.....akak, nk lagi...sius best citer nie...I'll support u 200%... Thumbs up! ;)
Can't wait 4 da next en3...keep it up sis
Next entry pls,hehe
Best.. nak lagi
Sambunglah cepat kak...
Sambunglah cepat
Xde n3 baru ke hari ni? :) sambung la...excited ni nak tau kisah seterusnya..
Hi,bz ye writer? Tertunggu2 ni,kisah seterusnya. :)
I love this kind of novel . Its different.
Bestnyeeeee ^^ .. Pls sambung lagi xD
A,rasanya sky ni spesies..bidadari kot..yg bakal merungkaikan sumpahan d pulau 2...:) hehe..ye ke writer? Sambung la lagi,kali ni up trus 2 chapter..hehe..tamak la pl..
Can't wait for the next entry..smbg cpat please...
sy rse sky ni manusia yg ada kuasa luar biasa..cegitu..hihi
besttt!!! cpat2 smbung, x sbr nk tahu smbungnny, agaknye sky lebih hebat dri diorang kot xD
maaflah, x der bab lain ker??
saya dh lamer tunggu, skang nii dh masuk 2015 dah. writer kater nk ltk 1 bab 1 minggu. maaflah tp please take note please. thx, for your kindness. :-)
very interesting it was kinda whoahhh !
citer best sangat, bila nk smbung? :(
Bile nk sambung bab 7 ?cpatla,da tk sabar da niii...hihihi
Post a Comment