Tuesday, December 4, 2012

NOVEL : SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 1




Prolog
“Luna tak nak kahwin mama.Luna baru 18 tahun! Kenapa mama nak paksa Luna kahwin dalam usia semuda ini?!” Luna Jazmin membentak ibunya,Puan Ros Jana dengan wajah merah menyala.

“Mama tak suruh kamu kahwin pun.Mama cuma nak kamu bertunang.” Jana menjawab selamba sambil menyisip teh di ruang tamu.

“Bukannya senang lelaki keluarga bangsawan berkehendakkan kamu Luna.Sepatutnya kamu menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.” Sela Idrus bersahaja.Dia sedang membaca akhbar dan malas bertatap mata dengan anak tunggalnya itu.

“Mama dengan papa nak jual Luna ke? Tak cukup ke semua usaha yang Luna lakukan selama ini untuk senangkan hidup mama dengan papa?!” Luna masih menengking.

“Memang tak cukup sayang.Kita tak cukup kaya dengan karier kamu.Mama dan papa nak kaya cepat.Jadi lebih baik kamu terima saja lamaran tu.” Bicara Jana menambah berang di hati Luna.

“Mama dengan papa memang tak sayangkan Luna! Luna nak keluar daripada rumah ni!”

Luna Jazmin menghamburkan kemarahan sebelum bergegas masuk ke dalam biliknya di tingkat dua.Belum sampai 15 minit dia kembali ke tingkat bawah dengan membawa sebuah bagasi sederhana besar.

“Lari daripada rumah jangan lama-lama sayang.Kamu perlu masuk universiti minggu depan.” Jana bersuara lagi.Masak sangat dengan perangai Luna yang kerap lari daripada rumah apabila ada masalah.

“Jangan lupa tutup pintu bila kamu keluar.” Tokok Idrus pula.

Luna melopong dengan bicara ibu bapanya yang langsung tidak endah akan pemergiannya dari rumah itu.Dengan muka masam mencuka dia menarik bagasi dan keluar daripada rumah.Pintu dihempasnya kuat sebelum dia berdiri seketika di perkarangan banglo dua tingkat itu.Dia merenung lama rumah itu sebelum menghela nafas panjang.

“Selamat tinggal…mama,papa.”

Luna menggumam kecil sebelum memasuki sebuah kereta mewah yang sedia menunggu di hadapan rumahnya sedari tadi.Kereta tersebut meluncur laju meredah jalanraya dipagi yang indah itu.



BAB 1
“Kita menuju ke mana ni Sharon?”

Pertanyaan Nanthyinee atau nama pendeknya Tini mematikan lamunan Luna.Tini sedang meninjau suasana luar bot daripada cermin lutsinar.Apa yang kelihatan dimatanya hanyalah lautan biru yang terbentang luas dan awan mendung kehitaman yang berarak perlahan.Suasana luar agak kurang baik untuk mereka menjalankan aktiviti air seperti kebiasaan.

“Mana-mana jelah.”

Sharon menjawab pendek dan Luna tersenyum apabila melihat Tini mendengus kecil.Dua orang sahabatnya itu sering bertikam lidah dan tidak sebulu.Walaupun begitu,mereka masih bersahabat baik.Seorang berbangsa cina dan seorang berbangsa India.Keduanya sudah fasih berbahasa melayu.Sharon adalah tuan empunya bot yang mereka naiki saat itu.Apabila ingin beriadah,Luna dan rakan-rakan akan bergerak merentasi air untuk menenangkan jiwa.

Sebetulnya perancangan Sharon hari itu adalah atas permintaan Amir.Amir teringin untuk membawa Luna ke sebuah pulau yang berdekatan untuk menggembirakan hati Luna.Lokasi pulau itu agak jauh daripada jeti.Demi persahabatan baik mereka,Sharon dengan senang hati akan menunaikan permintaan Amir.

“Sayang,sini kejap.” Amir yang tadinya sedang duduk membaca sebuah buku tebal di penjuru bot memanggil Luna agar mendekatinya.Luna tersenyum manis sebelum mendapatkan buah hatinya itu.

Amir Imran,lelaki yang dicintai Luna sejak zaman sekolah menengah lagi.Namun,hubungan mereka tidak direstui Ros Jana dan Idrus kerana Amir berasal daripada keluarga orang susah.Luna jatuh hati terhadap kebaikan dan kecerdikan pemuda itu.Sepanjang di sekolah,Amir sentiasa membantu Luna menyelesaikan masalah dalam pembelajaran.Lelaki itu sering menjadi pendamping untuk mendengar semua permasalahannya.

“Tak habis lagi ke terjemah buku tu?”

Luna duduk di sisi Amir sambil memandang tulisan buku tebal yang sudah hampir koyak itu dengan riak tidak berminat.Satu patah haram daripada perkataan greek itu langsung tidak difahaminya.Kadang-kadang dia terasa meluat apabila Amir melebihkan buku itu berbanding dirinya sejak dua bulan lepas.Teman lelakinya itu terlalu taksub untuk menyelesaikan terjemahan buku terbabit.

“Baru separuh je sayang.Tulisan greek dalam buku ni banyak bercampur dengan tulisan purba.Jadi susah sikit untuk saya terjemahkan semuanya.”

Luna mengangguk-angguk kecil.Buku yang sudah lusuh dan hampir lunyai itu ditemui Luna sewaktu ekspedisi Pulau Duyung dua bulan lepas.Waktu itu dia dan Amir bermain di gigi air dan Luna terlihat sebuah objek terdampar di persisiran pantai.Apabila dilihat daripada dekat,objek itu merupakan sebuah buku tebal yang dibasahi air.Amir telah mengambil buku itu dan mengeringkannya.Mujurlah buku itu masih boleh dibaca.

Mengikut perkiraan Amir,buku itu mungkin dimiliki oleh seorang pelancong Greek yang berkunjung ke Pulau Duyung.Berkemungkinan buku itu tercicir sewaktu pelancong tersebut berada di atas air.Amir yang mahir bertutur dalam pelbagai bahasa mampu menterjemah separuh daripada isi kandungan buku itu.Kata Amir buku itu bertajuk Pulau Syaitan.

“Hei Amir,kau tak fikir buku yang kau baca ni buku sejarah kan?” Subash,rakan sekelas Amir bertanya dengan riak wajah bimbang.

“Taklah,aku rasa ia buku dongeng.Fairytale.”

“Tapi kulit buku dan warna kertas buku ni macam betul-betul buku zaman purba.Entah-entah ini buku sumpahan.”

Luna menelah sambil menyentuh helaian buku itu.Saja sebenarnya ingin menyakat Subash yang selalu taksub dengan dunia paranormal.Remaja India itu selalu berfikiran semua kisah dongeng adalah benar dan dunia fantasi itu wujud.

“Barang sesiapa yang mengetahui isi kandungan buku ini.Dia akan ditimpa malapetaka.” Kamil yang datang dari arah belakang tiba-tiba duduk di sebelah Subash dan melihat buku itu.Seolah-olah dia memahami setiap butir perkataan Greek yang tertulis cantik di atas buku tersebut.

“Mulut tu janganlah cabul sangat.Kau bukan faham bahasa Greek pun!” Amir meluku kepala Kamil hingga pemuda itu tergelak.Luna dan yang lainnya turut tayang sengih.

“Tapi kan kau orang tak terfikir ke yang buku ini membicarakan tentang misteri di laut yang benar-benar telah terjadi.” Sharon yang tadinya sedang berbual dengan pemandu bot mendapatkan rakan-rakannya yang sedang berkumpul.

“Maksud you?” Tini bertanya dengan riak curiga.

“Yalah mengikut cerita Amir kali lepas,buku ini mengisarkan tentang misteri orang yang hilang di laut.Semua orang yang hilang di laut akan terdampar di Pulau Syaitan.”

Sharon mengulang kembali serba sedikit cerita yang pernah diberitahu Amir melalui terjemahan buku itu kepadanya kali lepas.Buku itu menceritakan tentang misteri Pulau Syaitan yang tidak diketahui lokasi sebenarnya.Dalam buku itu mengatakan Pulau Syaitan dihuni oleh kaum syaitan yang kejam dan memakan manusia.Manusia yang hilang dilautan akan terdampar di Pulau Syaitan dan nyawa mereka akan melayang disana.Sejauh mana kebenaran buku itu tiada siapa yang tahu.

“Alahai,tak payah nak percaya sangatlah.Seperti kita menonton filem Pirates of Carribean.Takkan kita nak percaya Flying Dutchman tu wujud?”

Luna seorang gadis moden yang tidak pernah percaya akan semua perkara yang tidak dilihat dengan maat kepalanya sendiri segera menyampuk.

“I percaya Flying Dutchman wujud seperti I percaya wujudnya Segi Tiga Bermuda yang menelan ramai manusia.” Jawapan Subash membuatkan mereka semua tergelak.

“Tiada apa yang lebih mengerikan berbanding malam di Pulau Syaitan.Apa yang dirasai hanyalah kesakitan,kepedihan dan kesengsaraan.Apa yang dilihat adalah sumpahan kekal abadi.Apa yang dilihat hanya boleh berubah dengan pengorbanan darah.Tiada siapa yang mampu melerai kutukan ini melainkan…” Amir menambah terjemahan baru buku itu.

“Melainkan apa?” Luna yang khusyuk mendengar pantas bertanya apabila Amir menghentikan terjemahannya.Dia tidak percaya tetapi dia suka mendengar.Itulah sikap Luna yang paling disukai Amir.Luna seorang gadis yang amat memahami dan pandai berdikari.

“Muka surat ni koyaklah sayang.Tak boleh baca lagi.”

Luna mengeluh hampa dengan jawapan Amir.Kelihatan separuh daripada muka surat yang dibaca Amir itu telah rabik.Mungkin akibat dibasahi air.

“Abaikan jelah Luna.Jom kita ambil angin dekat luar.” Tini yang kurang senang dengan isi kandungan buku misteri itu segera menarik tangan Luna agar keluar daripada bot.

Mereka berdua berdiri di bahagian tepi bot dan menarik nafas panjang.

“You tak tengok ke wajah calon suami yang parents you pilihkan tu?” Tini yang mengambil Luna dengan kereta tadinya sempat mendengar masalah yang dihadapi sahabat baiknya itu.

“Tak.I tak berminat.You tahu kan yang I cintakan Amir.Siapa pun lelaki pilihan parents I selain daripada Amir,I takkan terima untuk jadi suami I.” Luna menjawab tenang.

“You sangat setia dengan Amir.You tak terfikir ke jika lepas kita sambung belajar,you mungkin akan jumpa lelaki yang lebih hebat daripada Amir?” Rambut lurus Tini terbang dibuai angin.Dia kagum dengan cinta Luna terhadap Amir.Walaupun Luna digilai ramai lelaki.Gadis itu hanya memilih pemuda biasa untuk dicintai.

“Bagi I Amir lelaki yang paling hebat.I tak pandang kekayaan atau kekacakan.Cukuplah jika dia baik hati dan mampu melindungi I sepanjang masa.I takkan cari lelaki lain selagi Amir cintakan I.” Luahan Luna membuatkan Tini mengangguk-angguk kecil.

Luna Jazmin berumur 18 tahun.Seorang pelajar pintar yang baru menamatkan pengajian di sekolah tinggi.Gadis itu memiliki rambut ikal mayang keperangan paras pinggang.Badannya langsing dan agak tinggi.Kulitnya putih gebu dan bibirnya merah merekah tanpa secalit gincu.Matanya bundar bewarna hitam.Mata yang kelihatan misteri dan penuh rahsia.

Luna terkenal di kalangan remaja sebagai seorang penyanyi apabila dia memenangi sebuah pertandingan nyanyian di Malaysia.Walaupun begitu,kedua orang tuanya langsung tidak mengiktiraf bakat yang dimiliki gadis itu.Luna bercadang untuk mengambil jurusan muzik apabila menyambung pelajaran di universiti kelak.Namun,kedua orang tuanya menghalang dan mengarahkan dia mengambil kursus perniagaan.Tini tahu yang hubungan Luna bersama kedua orang tuanya kurang baik.

“Langit sangat gelap hari ini.Seperti hendak ribut.” Luna bersuara perlahan sambil memandang langit yang semakin gelap.Sesekali imbasan kilat kelihatan menerangi langit.

“Rasanya kita patut kembali ke darat.Jika ombak besar melanda,susah kita nanti.” Tini bersuara bimbang.
“Sharon,I rasa kita patut patah balik ke darat.Hujan lebat akan turun sebentar lagi.”

Luna menjerit sedikit kuat untuk memanggil Sharon yang masih rancak berbual bersama Amir,Subash dan Kamil.Gadis cina sebaya Luna itu bergegas menuju ke luar bot dan sama-sama melihat pokok hari.Laut yang tadinya tenang kini sedikit bergelora.Jauh dihadapan kelihatan kabus yang tebal dan sayup-sayup kedengaran bunyi guruh.

“Okey.Jangan bimbang.Kita akan berpatah balik ke jeti sebelum hujan turun.” Sharon berlari anak menuju ke kabin pemandu bot.

“Oh shit!” Jeritan kuat Sharon beberapa minit kemudian menggegarkan semua orang yang berada dalam bot itu.Luna dan Tini segera bergegas ke kabin pemandu bot.Amir,Subash dan Kamil yang sama mendengar jeritan Sharon segera mendapatkan gadis itu.

“Kenapa Sharon?” Tini bertanya cemas.

“Uncle Lim hilang.Bot kita tiada pemandu!” Sharon yang berwajah pucat memberitahu dengan nafas yang termengah-mengah.Dia sudah berlari ke sekitar bot untuk mencari Uncle Lim tadinya.Namun pencariannya hampa.Kini bot mereka bergerak tanpa pemandu.

“Damn,enjin bot ni dah rosak!” Subash yang agak mahir memandu bot cuba memberhentikan bot itu daripada terus bergerak ke hadapan.Namun,cubaannya gagal.Bot itu terus bergerak laju tanpa dapat dikawal.

“Kita berpecah.Cari di keseluruhan bot dan lihat permukaan air.Mungkin uncle Lim terjatuh ke laut.Cepat!”

Kamil bertempik dan mereka semua meninggalkan kabin pemandu dengan segera.Mereka mencari kelibat uncle Lim di setiap pelosok bot itu namun gagal.Amir dan Luna meninjau dibahagian luar bot.Memikirkan kemungkinan yang Uncle Lim telah jatuh ke dalam air.Malangnya pencarian mereka tetap tidak mendatangkan hasil.

“Ya Allah! Mati kita Amir!” Luna memegang tangan Amir apabila melihat tidak jauh dihadapan,satu pusaran air yang besar,hitam dan menakutkan bakal menelan bot mereka.

Tidak sampai beberapa saat,hujan turun dengan lebat membasahi mereka.Hari yang tadinya mendung sudah berubah segelap malam.Kilat sabung menyabung di atas kepala membawa petanda satu malapetaka akan berlaku sebentar lagi.Ombak semakin mengganas dan bot mereka mula disimbahi air yang menggila.

Sharon,Tini,Subash dan Kamil sama berdiri diluar bot melihat perubahan suasana yang tiba-tiba itu.Wajah mereka sepucat orang yang telah mati.Mereka semua seperti patung saat itu.Kaki tidak mampu bergerak dan hanya mata yang menggambarkan perasaan masing-masing

“Berpantang ajal sebelum maut.” Luna menjerit sebelum bergegas masuk ke dalam bot dan mengambil enam buah jaket keselamatan bewarna oren dan menyerahkan jaket itu kepada rakan-rakannya.Mereka dengan tangan yang terketar-ketar memakai jaket keselamatan di badan masing-masing secepat mungkin.

Luna mengucap panjang menyebut nama Allah dengan nafas turun naik.Dia cuba mengimbangkan diri daripada jatuh setiap kali bot dilambung ombak.Tiada apa yang boleh mereka lakukan lagi.Hendak terjun ke laut,mereka akan mati lemas dibantai ombak yang setinggi pokok kelapa.Jika mereka terus berada dalam bot yang rosak itu mereka akan ditelan pusaran air.Mereka tiada pilihan.

Mereka berenam berpegangan tangan antara satu sama lain membentuk bulatan dalam bot itu.Titisan jernih mengalir keluar daripada tubir mata Amir tanpa dia sedari.Dia memandang ke arah Luna,gadis kesayangannya.Adakah semuanya akan berakhir disini?

“Andai takdir memisahkan kita di sini.Saya berharap dapat bertemu dengan awak di alam lain Luna Jazmin.” Amir berbisik perlahan sebelum pemandangan Luna gelap.

“AllahuAkbar!” Luna menjerit kuat apabila badannya melayang menghempas dinding bot.

Bot telah terbalik dan memasuki pusaran air.Telinganya hanya mampu mendengar jerit pekik dan lolongan yang mengerikan.Tubuhnya berpusing-pusing seperti dipukul sesuatu dengan kuat.Luna merasakan ajal semakin hampir dengannya.Wajah mama dan papa yang tidak berperasaan terbayang dalam fikirannya.

................
Luna terbatuk-batuk kecil mengeluarkan air yang memenuhi paru-paru.Terasa tubuhnya basah dan melekit dengan butiran pasir.Terdengar deruan ombak yang mengalir perlahan tidak jauh dari tempat dia terdampar.Badannya terasa lemah dan setiap urat sendinya terasa tidak mampu berfungsi.Dia yang tadinya baring mula duduk dan memerhati keadaan sekeliling.Dia berada di darat!

“Ya Allah,aku kat mana ni?!” Mata Luna membulat apabila melihat bulan mengambang penuh di hadapannya.Lautan yang terbentang luas kelihatan tenang dan langit dipenuhi bintang yang bergemerlapan.Luna memisat matanya berkali-kali.Cuba memastikan apa yang dilihatnya bukan mimpi.Bukankah dia baru saja ditelan pusaran air yang menggila?

Kemana perginya ribut,hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung tadinya? Luna tersedar yang dia bersendirian di situ.Pantas saja dia berdiri dan berlari anak ke kiri dan ke kanan.

“Amir! Sharon! Tini!” Suara Luna memecah ketenangan malam di persisiran pantai itu.

“Subash,Kamil! Kau orang kat mana?!” Luna masih terjerit pekik dengan wajah cemas.

Semua rakannya sudah tiada.Bot yang mereka naiki turut tidak kelihatan.Mungkin sudah karam dibantai ombak.Luna duduk berteleku di atas pasir setelah penat menjerit memanggil nama kawan-kawannya.Air mata keluar menitis daripada tubir.Sungguh dia tidak menyangka malapetaka akan menimpa dia dan rakannya dalam sekelip mata.

Bunyi sesuatu yang bergerak dalam air menyebabkan Luna menelan liur.Dari kejauhan dia dapat melihat satu objek kehitaman tenggelam timbul.Bulu roma Luna meremang apabila dia  terlihat objek itu adalah kepala manusia yang mempunyai mata.Dia yang duduk atas pasir berengsot perlahan ke belakang menjauhi gigi air.Masih tidak pasti apakah gerangan makhluk misteri yang kelihatan berenang mendekatinya.

“Ya Allah! Ikan duyung!”

Luna terjerit kecil apabila dua makhluk itu melompat di atas air.Di bawah sinar bulan,jelas kelihatan separuh badan manusia yang bewarna hitam dan separuh ekor ikan bewarna perak.Namun,rupa makhluk itu belum dapat ditatap sepenuhnya.Dia yang terpegun dengan keajaiban makhluk itu mula merapatkan diri di gigi air.Air yang tadinya berkocak kembali tenang.

Belum sempat beberapa kali Luna mengerdipkan mata,makhluk yang tadinya menghilang tiba-tiba melompat tinggi dari permukaan air dan menjunam jatuh di hadapan Luna.Makhluk yang berkepala perempuan hodoh dan bergigi tajam seperti ikan pirana itu bergerak seperti ular di atas pasir dan cuba menggigit Luna.Dia terjerit pekik apabila gigi ikan duyung itu terbenam pada jaket keselamatan yang masih tersarung di badannya.

“Argh!!! Tolong!!!” Dengan kudrat yang ada Luna merentap kasar jaket keselamatannya hingga tercabut.Ikan duyung hodoh itu masih menggigit jaket keselamatannya seperti sedang memakan sesuatu yang lazat.

Belum sempat Luna melarikan diri daripada makhluk mengerikan itu,seekor lagi ikan duyung berupa sama melompat ke atas darat dan cuba menerkamnya.Dia sempat mengelak.Apabila gigi ikan duyung itu hampir saja mengenai kaki kirinya,Luna bertindak pantas menyepak kepala ikan duyung itu.Masa seperti terhenti apabila kepala ikan duyung itu tercabut daripada badannya.Ekor yang tertinggal menggeliang geliut di atas pasir sebelum berderai menjadi debu.

Luna terpegun apabila melihat puluhan kepala hitam muncul dari permukaan air dengan mata merah menyala memandangnya.Semua mahkluk itu mengeluarkan bunyi yang menyeramkan seolah-olah berbicara akan sesuatu.Tidak sampai beberapa saat,ikan duyung yang tadinya menggigit jaket keselamatan Luna kembali melompat masuk ke dalam air.Makhluk itu berenang laju menjauhi gigi air.

Luna terpaku disitu beberapa ketika sebelum dia mengambil keputusan untuk menjauhi gigi air.Khuatir jika makhluk hodoh dan mengerikan tadi kembali muncul untuk menyerangnya.Beberapa minit berlalu suasana kembali tenang.Nampaknya kelompok ikan duyung tadi benar-benar telah pergi.

Luna terduduk di atas pasir memikirkan semua perkara yang telah terjadi.Dia pasti dia tidak bermimpi apabila dirinya hampir dimakan ikan duyung hodoh itu.Tetapi dia masih menafikan yang makhluk seperti ikan duyung wujud dalam dunia ini.Bukankah ia hanya mitos dan cerita fantasi?

Bukankah ikan duyung sepatutnya memiliki wajah yang cantik dan mempersonakan.Bukan bertaring dan berwajah hodoh seperti nenek tua yang disimbah asid.Tetapi mana buktinya ikan duyung itu berwajah cantik jika bukan semua fakta merepek itu hanya berada dalam buku-buku dongeng.Apa yang dia lihat sekarang adalah spesies ikan duyung yang sebenar.Raksasa laut pemakan manusia.Mujur dia tidak menjadi mangsa.


P/S: Jika anda rasa novel ni menarik dan boleh diteruskan,please give a comment.
-Cube menulis novel fantasi dgn serius.

KLIK LIKE IF U want MORE.

15 comments:

F.A said...

sangat menarik!!!cerita ni buatkan saya tertanya-tanya dan ingin tahu lebih dalam lagi....

Eddayu said...

sambung lg Bella.. nk tau apa jadi kat kwn2 Luna tue.. ;)

fir said...

wah best!! nak lagi
cerita ni penuh dgn misteri..
sambung la kak

Ruunna Qizbal said...

smbng2... best and menarik la.. smbng cpt ya.. hehe

Anonymous said...

yup...sambung la lagi...menarik.. :)

Anonymous said...

Cam cite seram jew......

Anonymous said...

Cam cite seram jew......

Anonymous said...

jln citer best...cepat2 sambung..x sabar nk tahu citer selanjutnya..hehe :D

lily said...

wa!!!!! best3 .. x sbr nk bce next entry ... ap la jdi kt luna lps ni...

Anonymous said...

jaejoong jadizack,wahh handsome,handsome!

fieytra said...

besttt kakkk.. smbg !!! suka rrr.. mnrik trtarikkk.. wooo

Unknown said...

salam anabella. pls email me at missynovelle@gmail.com

Unknown said...

salam anabela. please email me at missynovelle@gmail.com

Hanya Gadis Biasa said...

Best gila!! Terbaik!!

mama vanila said...

Bella mane bab 6?