Prolog
“Luna
tak nak kahwin mama.Luna baru 18 tahun! Kenapa mama nak paksa Luna kahwin dalam
usia semuda ini?!” Luna Jazmin membentak ibunya,Puan Ros Jana dengan wajah
merah menyala.
“Mama
tak suruh kamu kahwin pun.Mama cuma nak kamu bertunang.” Jana menjawab selamba
sambil menyisip teh di ruang tamu.
“Bukannya
senang lelaki keluarga bangsawan berkehendakkan kamu Luna.Sepatutnya kamu
menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.” Sela Idrus bersahaja.Dia sedang
membaca akhbar dan malas bertatap mata dengan anak tunggalnya itu.
“Mama
dengan papa nak jual Luna ke? Tak cukup ke semua usaha yang Luna lakukan selama
ini untuk senangkan hidup mama dengan papa?!” Luna masih menengking.
“Memang
tak cukup sayang.Kita tak cukup kaya dengan karier kamu.Mama dan papa nak kaya
cepat.Jadi lebih baik kamu terima saja lamaran tu.” Bicara Jana menambah berang
di hati Luna.
“Mama
dengan papa memang tak sayangkan Luna! Luna nak keluar daripada rumah ni!”
Luna
Jazmin menghamburkan kemarahan sebelum bergegas masuk ke dalam biliknya di
tingkat dua.Belum sampai 15 minit dia kembali ke tingkat bawah dengan membawa
sebuah bagasi sederhana besar.
“Lari
daripada rumah jangan lama-lama sayang.Kamu perlu masuk universiti minggu
depan.” Jana bersuara lagi.Masak sangat dengan perangai Luna yang kerap lari
daripada rumah apabila ada masalah.
“Jangan
lupa tutup pintu bila kamu keluar.” Tokok Idrus pula.
Luna
melopong dengan bicara ibu bapanya yang langsung tidak endah akan pemergiannya
dari rumah itu.Dengan muka masam mencuka dia menarik bagasi dan keluar daripada
rumah.Pintu dihempasnya kuat sebelum dia berdiri seketika di perkarangan banglo
dua tingkat itu.Dia merenung lama rumah itu sebelum menghela nafas panjang.
“Selamat
tinggal…mama,papa.”
Luna
menggumam kecil sebelum memasuki sebuah kereta mewah yang sedia menunggu di
hadapan rumahnya sedari tadi.Kereta tersebut meluncur laju meredah jalanraya
dipagi yang indah itu.
BAB
1
“Kita
menuju ke mana ni Sharon?”
Pertanyaan
Nanthyinee atau nama pendeknya Tini mematikan lamunan Luna.Tini sedang meninjau
suasana luar bot daripada cermin lutsinar.Apa yang kelihatan dimatanya hanyalah
lautan biru yang terbentang luas dan awan mendung kehitaman yang berarak
perlahan.Suasana luar agak kurang baik untuk mereka menjalankan aktiviti air
seperti kebiasaan.
“Mana-mana
jelah.”
Sharon
menjawab pendek dan Luna tersenyum apabila melihat Tini mendengus kecil.Dua
orang sahabatnya itu sering bertikam lidah dan tidak sebulu.Walaupun
begitu,mereka masih bersahabat baik.Seorang berbangsa cina dan seorang
berbangsa India.Keduanya sudah fasih berbahasa melayu.Sharon adalah tuan
empunya bot yang mereka naiki saat itu.Apabila ingin beriadah,Luna dan
rakan-rakan akan bergerak merentasi air untuk menenangkan jiwa.
Sebetulnya
perancangan Sharon hari itu adalah atas permintaan Amir.Amir teringin untuk
membawa Luna ke sebuah pulau yang berdekatan untuk menggembirakan hati
Luna.Lokasi pulau itu agak jauh daripada jeti.Demi persahabatan baik
mereka,Sharon dengan senang hati akan menunaikan permintaan Amir.
“Sayang,sini
kejap.” Amir yang tadinya sedang duduk membaca sebuah buku tebal di penjuru bot
memanggil Luna agar mendekatinya.Luna tersenyum manis sebelum mendapatkan buah
hatinya itu.
Amir
Imran,lelaki yang dicintai Luna sejak zaman sekolah menengah
lagi.Namun,hubungan mereka tidak direstui Ros Jana dan Idrus kerana Amir
berasal daripada keluarga orang susah.Luna jatuh hati terhadap kebaikan dan
kecerdikan pemuda itu.Sepanjang di sekolah,Amir sentiasa membantu Luna menyelesaikan
masalah dalam pembelajaran.Lelaki itu sering menjadi pendamping untuk mendengar
semua permasalahannya.
“Tak
habis lagi ke terjemah buku tu?”
Luna
duduk di sisi Amir sambil memandang tulisan buku tebal yang sudah hampir koyak
itu dengan riak tidak berminat.Satu patah haram daripada perkataan greek itu
langsung tidak difahaminya.Kadang-kadang dia terasa meluat apabila Amir
melebihkan buku itu berbanding dirinya sejak dua bulan lepas.Teman lelakinya
itu terlalu taksub untuk menyelesaikan terjemahan buku terbabit.
“Baru
separuh je sayang.Tulisan greek dalam buku ni banyak bercampur dengan tulisan
purba.Jadi susah sikit untuk saya terjemahkan semuanya.”
Luna
mengangguk-angguk kecil.Buku yang sudah lusuh dan hampir lunyai itu ditemui
Luna sewaktu ekspedisi Pulau Duyung dua bulan lepas.Waktu itu dia dan Amir bermain
di gigi air dan Luna terlihat sebuah objek terdampar di persisiran
pantai.Apabila dilihat daripada dekat,objek itu merupakan sebuah buku tebal
yang dibasahi air.Amir telah mengambil buku itu dan mengeringkannya.Mujurlah
buku itu masih boleh dibaca.
Mengikut
perkiraan Amir,buku itu mungkin dimiliki oleh seorang pelancong Greek yang
berkunjung ke Pulau Duyung.Berkemungkinan buku itu tercicir sewaktu pelancong
tersebut berada di atas air.Amir yang mahir bertutur dalam pelbagai bahasa mampu
menterjemah separuh daripada isi kandungan buku itu.Kata Amir buku itu bertajuk
Pulau Syaitan.
“Hei
Amir,kau tak fikir buku yang kau baca ni buku sejarah kan?” Subash,rakan
sekelas Amir bertanya dengan riak wajah bimbang.
“Taklah,aku
rasa ia buku dongeng.Fairytale.”
“Tapi
kulit buku dan warna kertas buku ni macam betul-betul buku zaman
purba.Entah-entah ini buku sumpahan.”
Luna
menelah sambil menyentuh helaian buku itu.Saja sebenarnya ingin menyakat Subash
yang selalu taksub dengan dunia paranormal.Remaja India itu selalu berfikiran
semua kisah dongeng adalah benar dan dunia fantasi itu wujud.
“Barang
sesiapa yang mengetahui isi kandungan buku ini.Dia akan ditimpa malapetaka.”
Kamil yang datang dari arah belakang tiba-tiba duduk di sebelah Subash dan
melihat buku itu.Seolah-olah dia memahami setiap butir perkataan Greek yang
tertulis cantik di atas buku tersebut.
“Mulut
tu janganlah cabul sangat.Kau bukan faham bahasa Greek pun!” Amir meluku kepala
Kamil hingga pemuda itu tergelak.Luna dan yang lainnya turut tayang sengih.
“Tapi
kan kau orang tak terfikir ke yang buku ini membicarakan tentang misteri di
laut yang benar-benar telah terjadi.” Sharon yang tadinya sedang berbual dengan
pemandu bot mendapatkan rakan-rakannya yang sedang berkumpul.
“Maksud
you?” Tini bertanya dengan riak curiga.
“Yalah
mengikut cerita Amir kali lepas,buku ini mengisarkan tentang misteri orang yang
hilang di laut.Semua orang yang hilang di laut akan terdampar di Pulau
Syaitan.”
Sharon
mengulang kembali serba sedikit cerita yang pernah diberitahu Amir melalui
terjemahan buku itu kepadanya kali lepas.Buku itu menceritakan tentang misteri
Pulau Syaitan yang tidak diketahui lokasi sebenarnya.Dalam buku itu mengatakan
Pulau Syaitan dihuni oleh kaum syaitan yang kejam dan memakan manusia.Manusia
yang hilang dilautan akan terdampar di Pulau Syaitan dan nyawa mereka akan
melayang disana.Sejauh mana kebenaran buku itu tiada siapa yang tahu.
“Alahai,tak
payah nak percaya sangatlah.Seperti kita menonton filem Pirates of
Carribean.Takkan kita nak percaya Flying Dutchman tu wujud?”
Luna
seorang gadis moden yang tidak pernah percaya akan semua perkara yang tidak
dilihat dengan maat kepalanya sendiri segera menyampuk.
“I
percaya Flying Dutchman wujud seperti I percaya wujudnya Segi Tiga Bermuda yang
menelan ramai manusia.” Jawapan Subash membuatkan mereka semua tergelak.
“Tiada
apa yang lebih mengerikan berbanding malam di Pulau Syaitan.Apa yang dirasai
hanyalah kesakitan,kepedihan dan kesengsaraan.Apa yang dilihat adalah sumpahan
kekal abadi.Apa yang dilihat hanya boleh berubah dengan pengorbanan darah.Tiada
siapa yang mampu melerai kutukan ini melainkan…” Amir menambah terjemahan baru
buku itu.
“Melainkan
apa?” Luna yang khusyuk mendengar pantas bertanya apabila Amir menghentikan
terjemahannya.Dia tidak percaya tetapi dia suka mendengar.Itulah sikap Luna
yang paling disukai Amir.Luna seorang gadis yang amat memahami dan pandai
berdikari.
“Muka
surat ni koyaklah sayang.Tak boleh baca lagi.”
Luna
mengeluh hampa dengan jawapan Amir.Kelihatan separuh daripada muka surat yang
dibaca Amir itu telah rabik.Mungkin akibat dibasahi air.
“Abaikan
jelah Luna.Jom kita ambil angin dekat luar.” Tini yang kurang senang dengan isi
kandungan buku misteri itu segera menarik tangan Luna agar keluar daripada bot.
Mereka
berdua berdiri di bahagian tepi bot dan menarik nafas panjang.
“You
tak tengok ke wajah calon suami yang parents you pilihkan tu?” Tini yang
mengambil Luna dengan kereta tadinya sempat mendengar masalah yang dihadapi
sahabat baiknya itu.
“Tak.I
tak berminat.You tahu kan yang I cintakan Amir.Siapa pun lelaki pilihan parents
I selain daripada Amir,I takkan terima untuk jadi suami I.” Luna menjawab
tenang.
“You
sangat setia dengan Amir.You tak terfikir ke jika lepas kita sambung
belajar,you mungkin akan jumpa lelaki yang lebih hebat daripada Amir?” Rambut
lurus Tini terbang dibuai angin.Dia kagum dengan cinta Luna terhadap
Amir.Walaupun Luna digilai ramai lelaki.Gadis itu hanya memilih pemuda biasa
untuk dicintai.
“Bagi
I Amir lelaki yang paling hebat.I tak pandang kekayaan atau kekacakan.Cukuplah
jika dia baik hati dan mampu melindungi I sepanjang masa.I takkan cari lelaki
lain selagi Amir cintakan I.” Luahan Luna membuatkan Tini mengangguk-angguk
kecil.
Luna
Jazmin berumur 18 tahun.Seorang pelajar pintar yang baru menamatkan pengajian
di sekolah tinggi.Gadis itu memiliki rambut ikal mayang keperangan paras
pinggang.Badannya langsing dan agak tinggi.Kulitnya putih gebu dan bibirnya
merah merekah tanpa secalit gincu.Matanya bundar bewarna hitam.Mata yang
kelihatan misteri dan penuh rahsia.
Luna
terkenal di kalangan remaja sebagai seorang penyanyi apabila dia memenangi
sebuah pertandingan nyanyian di Malaysia.Walaupun begitu,kedua orang tuanya
langsung tidak mengiktiraf bakat yang dimiliki gadis itu.Luna bercadang untuk
mengambil jurusan muzik apabila menyambung pelajaran di universiti
kelak.Namun,kedua orang tuanya menghalang dan mengarahkan dia mengambil kursus
perniagaan.Tini tahu yang hubungan Luna bersama kedua orang tuanya kurang baik.
“Langit
sangat gelap hari ini.Seperti hendak ribut.” Luna bersuara perlahan sambil
memandang langit yang semakin gelap.Sesekali imbasan kilat kelihatan menerangi
langit.
“Rasanya
kita patut kembali ke darat.Jika ombak besar melanda,susah kita nanti.” Tini
bersuara bimbang.
“Sharon,I
rasa kita patut patah balik ke darat.Hujan lebat akan turun sebentar lagi.”
Luna
menjerit sedikit kuat untuk memanggil Sharon yang masih rancak berbual bersama
Amir,Subash dan Kamil.Gadis cina sebaya Luna itu bergegas menuju ke luar bot
dan sama-sama melihat pokok hari.Laut yang tadinya tenang kini sedikit
bergelora.Jauh dihadapan kelihatan kabus yang tebal dan sayup-sayup kedengaran
bunyi guruh.
“Okey.Jangan
bimbang.Kita akan berpatah balik ke jeti sebelum hujan turun.” Sharon berlari
anak menuju ke kabin pemandu bot.
“Oh
shit!” Jeritan kuat Sharon beberapa minit kemudian menggegarkan semua orang
yang berada dalam bot itu.Luna dan Tini segera bergegas ke kabin pemandu
bot.Amir,Subash dan Kamil yang sama mendengar jeritan Sharon segera mendapatkan
gadis itu.
“Kenapa
Sharon?” Tini bertanya cemas.
“Uncle
Lim hilang.Bot kita tiada pemandu!” Sharon yang berwajah pucat memberitahu
dengan nafas yang termengah-mengah.Dia sudah berlari ke sekitar bot untuk
mencari Uncle Lim tadinya.Namun pencariannya hampa.Kini bot mereka bergerak
tanpa pemandu.
“Damn,enjin
bot ni dah rosak!” Subash yang agak mahir memandu bot cuba memberhentikan bot
itu daripada terus bergerak ke hadapan.Namun,cubaannya gagal.Bot itu terus
bergerak laju tanpa dapat dikawal.
“Kita
berpecah.Cari di keseluruhan bot dan lihat permukaan air.Mungkin uncle Lim
terjatuh ke laut.Cepat!”
Kamil
bertempik dan mereka semua meninggalkan kabin pemandu dengan segera.Mereka
mencari kelibat uncle Lim di setiap pelosok bot itu namun gagal.Amir dan Luna
meninjau dibahagian luar bot.Memikirkan kemungkinan yang Uncle Lim telah jatuh
ke dalam air.Malangnya pencarian mereka tetap tidak mendatangkan hasil.
“Ya
Allah! Mati kita Amir!” Luna memegang tangan Amir apabila melihat tidak jauh
dihadapan,satu pusaran air yang besar,hitam dan menakutkan bakal menelan bot
mereka.
Tidak
sampai beberapa saat,hujan turun dengan lebat membasahi mereka.Hari yang
tadinya mendung sudah berubah segelap malam.Kilat sabung menyabung di atas
kepala membawa petanda satu malapetaka akan berlaku sebentar lagi.Ombak semakin
mengganas dan bot mereka mula disimbahi air yang menggila.
Sharon,Tini,Subash
dan Kamil sama berdiri diluar bot melihat perubahan suasana yang tiba-tiba
itu.Wajah mereka sepucat orang yang telah mati.Mereka semua seperti patung saat
itu.Kaki tidak mampu bergerak dan hanya mata yang menggambarkan perasaan
masing-masing
“Berpantang
ajal sebelum maut.” Luna menjerit sebelum bergegas masuk ke dalam bot dan
mengambil enam buah jaket keselamatan bewarna oren dan menyerahkan jaket itu
kepada rakan-rakannya.Mereka dengan tangan yang terketar-ketar memakai jaket
keselamatan di badan masing-masing secepat mungkin.
Luna
mengucap panjang menyebut nama Allah dengan nafas turun naik.Dia cuba mengimbangkan
diri daripada jatuh setiap kali bot dilambung ombak.Tiada apa yang boleh mereka
lakukan lagi.Hendak terjun ke laut,mereka akan mati lemas dibantai ombak yang
setinggi pokok kelapa.Jika mereka terus berada dalam bot yang rosak itu mereka
akan ditelan pusaran air.Mereka tiada pilihan.
Mereka
berenam berpegangan tangan antara satu sama lain membentuk bulatan dalam bot
itu.Titisan jernih mengalir keluar daripada tubir mata Amir tanpa dia
sedari.Dia memandang ke arah Luna,gadis kesayangannya.Adakah semuanya akan
berakhir disini?
“Andai
takdir memisahkan kita di sini.Saya berharap dapat bertemu dengan awak di alam
lain Luna Jazmin.” Amir berbisik perlahan sebelum pemandangan Luna gelap.
“AllahuAkbar!”
Luna menjerit kuat apabila badannya melayang menghempas dinding bot.
Bot
telah terbalik dan memasuki pusaran air.Telinganya hanya mampu mendengar jerit
pekik dan lolongan yang mengerikan.Tubuhnya berpusing-pusing seperti dipukul
sesuatu dengan kuat.Luna merasakan ajal semakin hampir dengannya.Wajah mama dan
papa yang tidak berperasaan terbayang dalam fikirannya.
................
Luna
terbatuk-batuk kecil mengeluarkan air yang memenuhi paru-paru.Terasa tubuhnya
basah dan melekit dengan butiran pasir.Terdengar deruan ombak yang mengalir
perlahan tidak jauh dari tempat dia terdampar.Badannya terasa lemah dan setiap
urat sendinya terasa tidak mampu berfungsi.Dia yang tadinya baring mula duduk
dan memerhati keadaan sekeliling.Dia berada di darat!
“Ya
Allah,aku kat mana ni?!” Mata Luna membulat apabila melihat bulan mengambang penuh
di hadapannya.Lautan yang terbentang luas kelihatan tenang dan langit dipenuhi
bintang yang bergemerlapan.Luna memisat matanya berkali-kali.Cuba memastikan
apa yang dilihatnya bukan mimpi.Bukankah dia baru saja ditelan pusaran air yang
menggila?
Kemana
perginya ribut,hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung tadinya? Luna
tersedar yang dia bersendirian di situ.Pantas saja dia berdiri dan berlari anak
ke kiri dan ke kanan.
“Amir!
Sharon! Tini!” Suara Luna memecah ketenangan malam di persisiran pantai itu.
“Subash,Kamil!
Kau orang kat mana?!” Luna masih terjerit pekik dengan wajah cemas.
Semua
rakannya sudah tiada.Bot yang mereka naiki turut tidak kelihatan.Mungkin sudah
karam dibantai ombak.Luna duduk berteleku di atas pasir setelah penat menjerit
memanggil nama kawan-kawannya.Air mata keluar menitis daripada tubir.Sungguh
dia tidak menyangka malapetaka akan menimpa dia dan rakannya dalam sekelip
mata.
Bunyi
sesuatu yang bergerak dalam air menyebabkan Luna menelan liur.Dari kejauhan dia
dapat melihat satu objek kehitaman tenggelam timbul.Bulu roma Luna meremang
apabila dia terlihat objek itu adalah
kepala manusia yang mempunyai mata.Dia yang duduk atas pasir berengsot perlahan
ke belakang menjauhi gigi air.Masih tidak pasti apakah gerangan makhluk misteri
yang kelihatan berenang mendekatinya.
“Ya
Allah! Ikan duyung!”
Luna
terjerit kecil apabila dua makhluk itu melompat di atas air.Di bawah sinar
bulan,jelas kelihatan separuh badan manusia yang bewarna hitam dan separuh ekor
ikan bewarna perak.Namun,rupa makhluk itu belum dapat ditatap sepenuhnya.Dia
yang terpegun dengan keajaiban makhluk itu mula merapatkan diri di gigi air.Air
yang tadinya berkocak kembali tenang.
Belum
sempat beberapa kali Luna mengerdipkan mata,makhluk yang tadinya menghilang
tiba-tiba melompat tinggi dari permukaan air dan menjunam jatuh di hadapan
Luna.Makhluk yang berkepala perempuan hodoh dan bergigi tajam seperti ikan
pirana itu bergerak seperti ular di atas pasir dan cuba menggigit Luna.Dia terjerit
pekik apabila gigi ikan duyung itu terbenam pada jaket keselamatan yang masih
tersarung di badannya.
“Argh!!!
Tolong!!!” Dengan kudrat yang ada Luna merentap kasar jaket keselamatannya
hingga tercabut.Ikan duyung hodoh itu masih menggigit jaket keselamatannya
seperti sedang memakan sesuatu yang lazat.
Belum
sempat Luna melarikan diri daripada makhluk mengerikan itu,seekor lagi ikan
duyung berupa sama melompat ke atas darat dan cuba menerkamnya.Dia sempat
mengelak.Apabila gigi ikan duyung itu hampir saja mengenai kaki kirinya,Luna
bertindak pantas menyepak kepala ikan duyung itu.Masa seperti terhenti apabila
kepala ikan duyung itu tercabut daripada badannya.Ekor yang tertinggal menggeliang
geliut di atas pasir sebelum berderai menjadi debu.
Luna
terpegun apabila melihat puluhan kepala hitam muncul dari permukaan air dengan
mata merah menyala memandangnya.Semua mahkluk itu mengeluarkan bunyi yang
menyeramkan seolah-olah berbicara akan sesuatu.Tidak sampai beberapa saat,ikan
duyung yang tadinya menggigit jaket keselamatan Luna kembali melompat masuk ke
dalam air.Makhluk itu berenang laju menjauhi gigi air.
Luna
terpaku disitu beberapa ketika sebelum dia mengambil keputusan untuk menjauhi
gigi air.Khuatir jika makhluk hodoh dan mengerikan tadi kembali muncul untuk
menyerangnya.Beberapa minit berlalu suasana kembali tenang.Nampaknya kelompok
ikan duyung tadi benar-benar telah pergi.
Luna
terduduk di atas pasir memikirkan semua perkara yang telah terjadi.Dia pasti
dia tidak bermimpi apabila dirinya hampir dimakan ikan duyung hodoh itu.Tetapi
dia masih menafikan yang makhluk seperti ikan duyung wujud dalam dunia
ini.Bukankah ia hanya mitos dan cerita fantasi?
Bukankah
ikan duyung sepatutnya memiliki wajah yang cantik dan mempersonakan.Bukan
bertaring dan berwajah hodoh seperti nenek tua yang disimbah asid.Tetapi mana
buktinya ikan duyung itu berwajah cantik jika bukan semua fakta merepek itu
hanya berada dalam buku-buku dongeng.Apa yang dia lihat sekarang adalah spesies
ikan duyung yang sebenar.Raksasa laut pemakan manusia.Mujur dia tidak menjadi
mangsa.
P/S: Jika anda rasa novel ni menarik dan boleh diteruskan,please give a comment.
-Cube menulis novel fantasi dgn serius.
KLIK LIKE IF U want MORE.
15 comments:
sangat menarik!!!cerita ni buatkan saya tertanya-tanya dan ingin tahu lebih dalam lagi....
sambung lg Bella.. nk tau apa jadi kat kwn2 Luna tue.. ;)
wah best!! nak lagi
cerita ni penuh dgn misteri..
sambung la kak
smbng2... best and menarik la.. smbng cpt ya.. hehe
yup...sambung la lagi...menarik.. :)
Cam cite seram jew......
Cam cite seram jew......
jln citer best...cepat2 sambung..x sabar nk tahu citer selanjutnya..hehe :D
wa!!!!! best3 .. x sbr nk bce next entry ... ap la jdi kt luna lps ni...
jaejoong jadizack,wahh handsome,handsome!
besttt kakkk.. smbg !!! suka rrr.. mnrik trtarikkk.. wooo
salam anabella. pls email me at missynovelle@gmail.com
salam anabela. please email me at missynovelle@gmail.com
Best gila!! Terbaik!!
Bella mane bab 6?
Post a Comment