Saturday, December 8, 2012

NOVEL : SUMPAHAN BIDADARI SYAITAN BAB 3


BAB 3



Luna terpegun apabila mendengar nama Pulau Syaitan.Adakah Pulau Syaitan yang dikatakan Zack itu adalah pulau sama dalam buku yang ditemui Amir? Pulau yang katanya dipenuhi syaitan dan menjadi momokan semua manusia dalam dunia ini.Semua peristiwa yang berlaku semalam terimbas dalam kotak fikiran Luna.Sememangnya dia telah berjumpa dengan beberapa jenis makhluk pelik yang sepatutnya tidak wujud dalam dunia nyata.Adakah semua makhluk itu adalah syaitan?

“Hei,berangan ke?” Sekali lagi Zack mencuit pipi gebu itu dengan jari telunjuknya.Luna terkejut dan terpinga-pinga.

“Saya tahu banyak perkara yang memeningkan kepala awak.Sabar sikit ya.Lepas awak bertukar pakaian dan makan,saya akan benarkan awak tanya saya apa-apa soalan pun.”

Zack bersuara lembut.Agak simpati melihat wajah cantik yang pucat itu.Dulu,dia pun begitu…Namun sekarang semuanya sudah berubah.Dan dia pasti Luna juga akan berubah!

“Wei Zack,kau undi warna apa untuk perempuan ni?” Teguran daripada seorang perempuan berambut pendek paras bahu mematikan lamunan Zack.

“Sudah tentulah merah sebab dia cantik.” Jawapan Zack membuatkan Luna diserang tanda tanya.

“Aku undi hijau sebab aku rasa dia sama dengan aku.” Perempuan itu menepuk bahu Luna sebelum menunjukkan warna hijau pada hujung kemejanya.

“Apa hal pulak dia sama dengan kau?” Zack bertanya sinis.

“Yalah.Aku rasa dia pandai macam aku.Jadi dia sepatutnya hijau.”

Luna menggaru-garu kepala yang tidak gatal kerana tidak memahami butir bicara perempuan itu.

“Perasan betul kau ni.Macam pandai sangat.Eh,dahlah Kira.Aku nak bawa puteri aku ni masuk bilik.Kau jangan nak kacau daun.” Zack menumbuk lembut bahu gadis bernama Kira itu dengan senyuman penuh makna.

“Lebih baik kau hati-hati.Kalau dia bukan merah,habislah kau malam ni…”

Kira atau nama sebenarnya Syakira menjeling ke arah Luna sebelum berlalu pergi.Pertama kali dia melihat Zack begitu berminat dengan seorang ahli baru Pulau Syaitan.Apa yang istimewa sangat tentang perempuan yang bernama Luna Jazmin itu?

“Apa maksud kawan awak tadi tu?” Luna bertanya hairan.

“Takde apa-apalah.”

Zack menghampiri Luna sebelum kembali memimpin tangan gadis itu menuju ke sebuah bangunan lain.
Luna melopong apabila melihat sebuah bangunan berbentuk silinder tinggi yang mencanak ke langit.Mereka memasuki pintu utama bangunan itu sebelum menaiki sebuah gerabak kayu yang bergerak seperti lif.Beberapa minit berlalu barulah gerabak kayu itu berhenti dan Zack mengheret dia ke sebuah pintu lain.

Luna terpaku apabila Zack membuka pintu.Dia memasuki sebuah bilik yang luasnya lebih kurang tiga buah kelas.Keseluruhan perabot bilik itu bewarna coklat dan diperbuat daripada kayu.Namun,tiada pula kelihatan televisyen atau telifon.Bilik itu kelihatan antik dan elegan.Terdapat banyak ukiran dan lukisan flora dan fauna tergantung di dinding.

“Buka baju awak.” Zack bersuara tiba-tiba dan Luna terus tergamam.

“Saya tak nak.” Luna yang tadinya tenang kembali ketakutan.Adakah pemuda dihadapannya ini akan mengapa-apakan dirinya.

“Buka jelah.Bukan mati pun.”

Zack menghampiri Luna dengan senyuman menggoda.Semakin dia mendekati,Luna semakin menapak ke belakang.Gadis itu kelihatan cuak dan wajahnya yang putih kemerahan itu semakin membiru.Luna tidak dapat bergerak apabila dia terhadang di dinding.

“Tolong jangan apa-apakan saya.” Luna memejam mata apabila dia sudah terperangkap dalam kurungan tangan Zack.Anak mata hijau pemuda itu buat bulu romanya meremang.Desah nafas pemuda itu menampar pipinya.

“Alahai,janganlah nangis.Saya bukan nak buat apa-apa pun.”

Zack tergelak sebelum mencubit pipi Luna kuat.Dia menjauhi Luna apabila gadis itu mengaduh kesakitan.Luna menahan geram dalam hati.Apa sebenarnya niat pemuda ini?

“Saya suruh awak buka baju untuk bersihkan diri.Pergilah mandi.Kejap lagi saya datang.Lepas mandi pakai baju yang saya sediakan atas katil tu.Bilik air dekat situ.” Zack menjuihkan bibir merahnya ke arah sebuah pintu yang terletak di sisi kanan Luna sebelum berlalu keluar dari bilik.Senyuman manis terukir di bibirnya apabila melihat Luna agak takut memandangnya.

Luna menghembus nafas panjang sebelum menapak ke arah katil.Dia melihat sepersalinan uniform seperti yang dipakai semua pelajar perempuan Sekolah Tinggi Bidadari.Cuma uniformnya tidak mempunyai warna pada bahagian lengan.Luna termangu seketika.Macam sudah tiada baju lain saja yang boleh diberi Zack untuk dia pakai.

Bimbang memikirkan Zack akan kembali sebelum dia selesai mandi dan berpakaian,Luna bergegas ke bilik air.Sekali lagi dia melopong apabila mendapati struktur bilik air dibina daripada marmar hitam yang berkilauan seperti kristal.Sangat cantik dan memukau pandangan.

Tab mandi dipenuhi dengan air berserta kelopak mawar merah yang mengeluarkan bau semerbak harum.Dia yang merasakan tubuhnya sudah melekit mula membersihkan diri.

“Wah,cantiknya Luna saya!”

Sapaan Zack yang tiba-tiba membuka pintu menyebabkan Luna terkejut kecil.Dia yang tadinya sedang menyisir rambut, bangun dari birai katil dan berhadapan dengan pemuda kacak itu.Mujurlah dia sudah lengkap berpakaian.Tidaklah dia berasa malu.Molek saja uniform Sekolah Tinggi Bidadari melekap di badannya.

Luna menahan debar apabila Zack mengelilingi tubuhnya dan seperti menghidu bau rambutnya.Pemuda itu memang pelik dan memualkan!

“Em bagus.Dah wangi.Tak busuk macam tadi.” Luna melopong dengan bicara selamba Zack.Pemuda itu memerli dirinya ke?

“Boleh tak saya nak tahu…”

“Tunggu dulu,lepas makan baru kita boleh bercerita.Jom makan.” Zack menyampuk sebelum Luna sempat bertanyakan apa-apa soalan
.
Beberapa ketika,dua orang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an,memakai baju kurung serba hitam memasuki kamar itu dan menghidangkan pelbagai makanan di atas meja yang terletak di balkoni bilik Zack.Luna hanya memerhati tindak tanduk dua orang perempuan tersebut.Agak pelik kerana mereka mengenakan baju kurung hitam seperti berkabung atas kematian seseorang.Selesai melakukan tugas,mereka berdua berlalu pergi tanpa sebarang bunyi.

“Luna,cuba tengok sini.Cantik tak?” Zack yang berdiri di balkoni memanggil gadis yang menarik perhatiannya itu.

Luna menapak mendekati Zack dan dia tergamam.Luna terpesona dengan pemandangan di hadapan matanya.Bilik Zack betul-betul menghadap ke arah hutan belantara yang tebal dan dari kejauhan kelihatan persisiran pantai.

“Cantiknya…” Mulut Luna tidak dapat menahan untuk memuji keindahan ciptaan Allah itu.Terlupa seketika apa yang telah dihadapinya malam lepas.

“Kalau siang memang cantik.Bila malam menjelma,semuanya akan jadi tak cantik.” Zack bersuara perlahan.Namun cukup didengari Luna.

“Maksud awak?”

“Makan dulu baru bercerita.Meh sini,duduk sebelah saya.” Zack menarik kerusi pada meja bulat itu untuk membenarkan Luna duduk.Luna dengan berat hati terpaksa mengikut arahan pemuda itu.

“Makanlah apa pun yang awak nak makan.Saya suruh pembantu saya sediakan makanan yang istime..”

Zack terpegun apabila melihat Luna menadah tangan dan membaca doa makan.Pertama kali dia melihat seorang tetamu yang begitu menjaga tatatertib bila berdepan dengannya.Masih ingat untuk berdoa walaupun mereka berada di Pulau Syaitan.

“Terima kasih sebab sudi menyediakan semua makanan ni untuk saya.”

Luna sempat berterima kasih sebelum mula mengisi perutnya yang kelaparan.Rasa macam sudah bertahun dia tidak makan.Makanan yang dihidangkan kelihatan lazat dan menarik.Ada steak daging,salad,buah-buahan dan jus epal.

Zack kelihatan lebih berminat memerhatikan dia makan daripada menjamu selera.Pemuda itu memerhatinya dengan penuh perasaan hingga Luna rasa tidak selesa.Mata pemuda itu seolah-olah menelanjangi tubuhnya.

“Saya terdampar di pulau ni sebab bot yang saya dan rakan-rakan naiki rosak.Kawan-kawan awak takde terjumpa kawan-kawan saya ke?”

Luna bertanya untuk menyedarkan Zack daripada terus memerhatikannya.Zack berdehem kecil dan meneguk air dalam gelas.Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila terlalu lama merenung Luna.Mengapa gadis itu boleh menarik minatnya?

“Berapa orang kawan awak tu?”

“Termasuk saya enam.Tiga lelaki dan tiga perempuan.” Luna memberi penjelasan.

“Mungkin mereka terdampar di pulau lain.” Zack membuat kesimpulan dengan wajah tidak bersalah.

“Ada pulau lain ke dekat sini?” Luna bertanya penuh minat.Hatinya kuat mengatakan rakan-rakannya masih hidup.

“Ada.Sebuah pulau terletak jauh di utara,dan sebuah pulau lagi terletak jauh di selatan.” Zack memberitahu.

“Apa nama pulau tu?” Harapan Luna yang kawannya masih hidup menggunung tinggi.

“Gugusan Pulau Syaitan.Namanya Pulau Syaitan Satu dan Pulau Syaitan Dua.”

“Awak tak menipu kan?” Jawapan Zack mencetus tanda tanya Luna.Pemuda itu tergelak.

“Saya tipu jelah.Pulau tu memang ada,tapi nama pulau tu ialah Pulau Bakawali dan Pulau Helang.” Zack menjawab serius.

“Tak pernah dengar pun? Awak pernah sampai ke pulau-pulau tu ?”

“Tak pernah.Saya cuma tahu cerita berdasarkan buku dongeng je.Tapi saya percaya yang pulau tu wujud.Awak pasti pernah dengar cerita pasal Pulau Syaitan kan?” Zack merenung mata Luna lama.Mata hitam yang kelihatan bersinar indah dan penuh misteri.

“Adalah sedikit.” Luna cuba menidakkan hal itu namun dia memang telah mendengar cerita Pulau Syaitan melalui Amir.

“Kalau macam tu senanglah saya hendak bercerita.Untuk pengetahuan awak Pulau Syaitan ini tidak terdapat dalam peta dunia atau terlihat oleh mata kasar manusia.” Zack membongkar rahsia.

“Maksud awak?” Luna fokus.

“Pulau Syaitan hanya ditemui oleh orang yang sesat di lautan atau mengalami kemalangan dalam air.” Luna teringat akan cerita Amir.Sama seperti cerita Zack.

“Takkan awak nak cakap semua pelajar Sekolah Tinggi Bidadari adalah mangsa kerosakan bot macam saya?” Luna bertanda tanya.

“Lebih kurang macam tulah.Cuma saya nak awak tahu tentang satu perkara.Saya dan semua yang berada di sini adalah berasal daripada dunia awak.Tetapi sekarang kami terperangkap di Pulau Syaitan selamanya.” Zack bersuara lemah.

Luna terpempam dan seleranya untuk makan terus hilang.Adakah dia berada di dunia yang berbeza? Dunia apa? Dia memasang telinga dan mendengar semua butir bicara yang keluar dari mulut Zack dengan teliti.

Mengikut Zack dia sudah sepuluh tahun berada di pulau itu dan bersekolah di Sekolah Tinggi Bidadari.Semua penghuni pulau itu akan kekal pada umur yang sama dan usia mereka tidak akan meningkat.Jika mereka terdampar di Pulau Syaitan pada usia 17 tahun.Maka selamanya pun akan kekal 17 tahun hingga mereka mati.

Pulau Syaitan telah terkena sumpahan ahli sihir yang mana setiap penghuninya akan bertukar menjadi makhluk lain apabila malam menjelma.Kata Zack,semua makhluk yang Luna temui kali lepas adalah manusia yang sudah bertukar rupa.Apabila siang menjelma mereka akan kembali menjadi manusia.

Setiap malam,akan ada kad syaitan yang turun dari langit.Jika ada antara mereka yang mampu menyelesaikan misi dalam kad itu,mereka akan kekal dalam wujud manusia di malam hari.Jika semua penghuni gagal melakukan misi yang diberikan,salah seorang daripada mereka akan kekal dalam bentuk makhluk ganas hingga mati.

Penghuni Pulau Syaitan tidak akan mati selagi mereka mempunyai dua wujud dalam satu hari.Apabila mereka bertukar menjadi makhluk lain akibat gagal melakukan misi dan ada yang membunuhnya,mereka akan mati dan bertukar menjadi debu.Sesiapa yang sudah bertukar selengkapnya dalam wujud manusia boleh keluar daripada Sekolah Tinggi Bidadari dan menuju ke Perkampungan Indera yang terletak tidak jauh dari sekolah itu.

Walaupun begitu,mengikut Zack,sesiapa yang telah bertukar kepada wujud manusia sepenuhnya masih boleh melakukan misi daripada kad syaitan.Namun,mereka akan kembali dalam dua wujud dan meneruskan kitaran sumpahan pulau itu.Tiada siapa yang berjaya keluar daripada Pulau Syaitan kerana pelbagai makhluk mengerikan seperti ikan duyung pemakan manusia menanti mereka dalam air.Ramai yang telah mati dan mereka sudah penat mencuba.

“Awak ingat saya akan percaya dengan semua cerita awak ke?” Luna ketawa terbahak-bahak sebaik saja Zack tamat bercerita.Dia pasti pemuda dihadapannya itu gila.

“Terpulanglah nak percaya atau pun tidak.Malam ni kita tengoklah apa yang akan terjadi.”

Zack mendengus kecil sebelum bangun dari duduknya.Sudah mengagak yang Luna tidak akan mempercayai ceritanya dengan mudah.Luna mengikuti langkah Zack yang meninggalkan meja makan dan kembali memasuki bilik.

“Kalau betul cerita awak tadi,boleh saya tahu awak akan bertukar jadi makhluk apa bila malam menjelma?” Luna pura-pura berminat untuk mengetahui hal itu.Padahal dalam hati dia galak mengetawakan otak mereng Zack.Sayang sekali wajah pemuda itu tampan namun otaknya biul.

“Rahsia.Awak tunggu jelah malam nanti.Saya akan makan awak.” Zack berbisik di telinga Luna hingga menyebabkan gadis itu sedikit gelabah.Luna menyedapkan hatinya sendiri sebelum tergelak.

“Saya tak takut pun.”

“Amboi,cakap besar.Tak takut ya? Kita tengok nanti,awak takut ke tak.”

Zack menggigit bibir.Malam ini dia akan membuktikan kepada Luna tentang semua perkara yang diceritakannya.Namun jauh dalam hati,Zack sendiri tidak dapat meneka apakah wujud kedua gadis itu.Sama sepertinya atau Luna berada dalam kumpulan lain? Jika Luna berada dalam wujud kumpulan lain.Dia akan mengalami masalah besar.

“Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi malam ni.Saya nak awak duduk di sini.”

Luna sedikit terperanjat apabila Zack membawanya ke sebuah pintu lain dalam bilik itu.Dihadapan matanya terdapat sebuah sangkar besi seperti penjara yang agak besar.

Luna dapat mengesan sesuatu yang pelik daripada kata-kata Zack.Belum sempat dia melarikan diri,Zack mengheret dia masuk ke dalam penjara itu dan menguncikannya.

“Hei,kenapa awak kurung saya dekat sini?! Keluarkan sayalah!” Luna menghentak jejaring besi yang memagari sekelilingnya dengan tangan.Zack memerhati dia dengan senyuman manis.

“Kalau awak tak nak dikejar,dimakan atau dicederakan oleh makhluk-makhluk ganas yang saya cakap tadi,lebih baik awak duduk dalam sangkar ni diam-diam.Malam nanti,saya datang jumpa awak.Selamat tinggal sayangku.”

Zack melambung-lambung kunci penjara itu dalam tangannya sebelum berlalu keluar daripada bilik itu.Luna di dalam masih terjerit-jerit minta dilepaskan.Zack tidak sabar menunggu malam menjelma! Dia akan memberi gadis cantik itu pengajaran kerana tidak mempercayai ceritanya!

 P/S: 40 LIKE FOR NEXT ENTRY,
         20 COMMENT FOR NEXT ENTRY,

KLIK LIKE IF U WANT MORE,TQ.

49 comments:

Alyn said...

bestlah citer nie... x sabar nk tahu apa yg akan berlaku pd luna... cepat2 lah sambung

Alyn said...

bestlah citer nie... x sabar nk tahu apa yg akan berlaku pd luna... cepat2 lah sambung

lily said...

best ... !! <3<3<3
zack jdi ap ek bila mlm.. ??
cik writer.. nak en3 lagi...

Anonymous said...

Nak lgi....

Anonymous said...

Nak lgi....

Ruunna Qizbal said...

best2

Lula An-Nada said...

aish... berdebar

fir said...

nak lagi..best gila..berdbr debar tau.cerita ni misteri sgguh

Anonymous said...

Best sgt! Sambung yerh akk. X sabar nk tunggu next n3 :)

nisa said...

omgomgomg kak anabella update next entry laju-laju tau. best gila cerita ni. \(^o^)/

Anonymous said...

Jarang bace cerita camni. Tertarik pulak nak bace cerita kakak! Yewww. :D

Anonymous said...

best...cpt la smbung kak..x sabaq dh ni...^_^

Qyla Edogawa said...

Kak Bell!!!!
wahahhahaa...
smbg la lgi~
*merengek ala2 babe x ckp umo
syok la...
x sbrnyeerr nk bce smbgnnye

Anonymous said...

hehe...impressive..tak tercapai dek akal pula jln cta ni....lama dah xlayan cta fantasi cam ni...:) good job...bila agak2 nya next n3 ye??..:)

syafira said...

best nak lagi

Anonymous said...

akak best la can't wait 4 next n3

Anonymous said...

akak misteri la..zack jadi apa er?nak next n3

Anonymous said...

nak lagi..please sis

Anonymous said...

best..cpt la sbg kak..cita ni best
^-^

farah said...

zack jadi apa wktu mlm??
luna pun ada group sendiri ke??
makna colour kat lengan baju sek diorg 2 apa?wah banyak persoalan bermain di mindaku..cpt la sambung

Unknown said...

perhhhhhhhhhhhhh... teruja sangat2!!!! nak lagi... cepat sambung plsssssssssssssssss... heartbeat da macam bullet train tahap kelajuannye mase bace bab 2.. bab 3 ni keterujaan melampau sebab nak tau cite selanjutnye... 2 thumbs up!!!

Anonymous said...

Nak lagi, tak sabar ni!

mintan said...

woww..cita mmg menarik..best gila.. keterujaan nak baca tu terlalu tinggi..klu jd novel mmg best gila..tahniah....

Unknown said...

Salam,saya baru habis baca pelakon cinta&mr.g best sangat,suami simpan super star bila nak keluar novel x sabar nak tunngu.

CRYSTAL ANABELLA said...

baby mio:wsalam dear,thanks sbb sudi beli mr.g n sukannye.InsyaAllah SSS N K6BJ projek tahun depan.

Ran said...

jadikan sebagai novel pasti saya orang pertama akan beli... ^^v

Elly Diellya said...

ZACK dalam ni nichkhun jugak ke kak ?

Anonymous said...

crystal,,fighting!
i want more..more..n more!!

mintan said...

bila nak sambung ni???x sbq tunggu ni..

fieytra said...

kakk.. bestnyaaa.. cpt.la continueee.. xcited
nk baca niii.. like ++++..

Anonymous said...

kak cpt la post x sbr nk bca n...

Anonymous said...

Cepat la sambung.....dah lama tggu

Anonymous said...

sambung citer ni please.. best lah pulak. lame dah tak layan cite bentuk fantasi macam ni. unik n menarik. hebat imaginasi penulis... next entry ok?

sakura said...

nk lgi...
bla nk smbg...hehe
xsbar nk bca next en3..

Anonymous said...

nak lagi..nak lagi.. pleasss ske sngat novel nie, laen dri yg lain lah . huhuhuhu

Anonymous said...

best.. tolong lah smbung lgi

Anonymous said...

naper x sambung2 entry ni?best la cerita ni n hope akak sambung cepat2 tau,jgn biarkan pembaca tertunggu-tunggu.....

Anonymous said...

Nak lagi!!!!dh lame tunggu~

Anonymous said...

kak writer smbng la lgy,,,
dh lme x update sbs....
pleaze,,,

Anonymous said...

kak smbung laa cepat bab 4...dh lame sye tunggu..:-):-)

Anonymous said...

bila nak sambung... best sangat citer ni....=D

Anonymous said...

bile nk smbng?? huhuhu

Anonymous said...

Kne smbung!!!! a.s.a.p

Hanya Gadis Biasa said...

Sambung!!

Anonymous said...

bile nk smbung...

Anonymous said...

sambung!!!

Anonymous said...

Unik best awesome!

Unknown said...

cite yg peliik tp tetap kubaca.lain dr yg lain

Anonymous said...

Bila nak sambung.....dah 2015 kot...