BAB 3
Luna
terpegun apabila mendengar nama Pulau Syaitan.Adakah Pulau Syaitan yang dikatakan
Zack itu adalah pulau sama dalam buku yang ditemui Amir? Pulau yang katanya
dipenuhi syaitan dan menjadi momokan semua manusia dalam dunia ini.Semua
peristiwa yang berlaku semalam terimbas dalam kotak fikiran Luna.Sememangnya
dia telah berjumpa dengan beberapa jenis makhluk pelik yang sepatutnya tidak
wujud dalam dunia nyata.Adakah semua makhluk itu adalah syaitan?
“Hei,berangan
ke?” Sekali lagi Zack mencuit pipi gebu itu dengan jari telunjuknya.Luna
terkejut dan terpinga-pinga.
“Saya
tahu banyak perkara yang memeningkan kepala awak.Sabar sikit ya.Lepas awak
bertukar pakaian dan makan,saya akan benarkan awak tanya saya apa-apa soalan
pun.”
Zack
bersuara lembut.Agak simpati melihat wajah cantik yang pucat itu.Dulu,dia pun
begitu…Namun sekarang semuanya sudah berubah.Dan dia pasti Luna juga akan
berubah!
“Wei
Zack,kau undi warna apa untuk perempuan ni?” Teguran daripada seorang perempuan
berambut pendek paras bahu mematikan lamunan Zack.
“Sudah
tentulah merah sebab dia cantik.” Jawapan Zack membuatkan Luna diserang tanda
tanya.
“Aku
undi hijau sebab aku rasa dia sama dengan aku.” Perempuan itu menepuk bahu Luna
sebelum menunjukkan warna hijau pada hujung kemejanya.
“Apa
hal pulak dia sama dengan kau?” Zack bertanya sinis.
“Yalah.Aku
rasa dia pandai macam aku.Jadi dia sepatutnya hijau.”
Luna
menggaru-garu kepala yang tidak gatal kerana tidak memahami butir bicara
perempuan itu.
“Perasan
betul kau ni.Macam pandai sangat.Eh,dahlah Kira.Aku nak bawa puteri aku ni
masuk bilik.Kau jangan nak kacau daun.” Zack menumbuk lembut bahu gadis bernama
Kira itu dengan senyuman penuh makna.
“Lebih
baik kau hati-hati.Kalau dia bukan merah,habislah kau malam ni…”
Kira
atau nama sebenarnya Syakira menjeling ke arah Luna sebelum berlalu
pergi.Pertama kali dia melihat Zack begitu berminat dengan seorang ahli baru
Pulau Syaitan.Apa yang istimewa sangat tentang perempuan yang bernama Luna
Jazmin itu?
“Apa
maksud kawan awak tadi tu?” Luna bertanya hairan.
“Takde
apa-apalah.”
Zack
menghampiri Luna sebelum kembali memimpin tangan gadis itu menuju ke sebuah
bangunan lain.
Luna
melopong apabila melihat sebuah bangunan berbentuk silinder tinggi yang
mencanak ke langit.Mereka memasuki pintu utama bangunan itu sebelum menaiki
sebuah gerabak kayu yang bergerak seperti lif.Beberapa minit berlalu barulah
gerabak kayu itu berhenti dan Zack mengheret dia ke sebuah pintu lain.
Luna
terpaku apabila Zack membuka pintu.Dia memasuki sebuah bilik yang luasnya lebih
kurang tiga buah kelas.Keseluruhan perabot bilik itu bewarna coklat dan
diperbuat daripada kayu.Namun,tiada pula kelihatan televisyen atau
telifon.Bilik itu kelihatan antik dan elegan.Terdapat banyak ukiran dan lukisan
flora dan fauna tergantung di dinding.
“Buka
baju awak.” Zack bersuara tiba-tiba dan Luna terus tergamam.
“Saya
tak nak.” Luna yang tadinya tenang kembali ketakutan.Adakah pemuda dihadapannya
ini akan mengapa-apakan dirinya.
“Buka
jelah.Bukan mati pun.”
Zack
menghampiri Luna dengan senyuman menggoda.Semakin dia mendekati,Luna semakin
menapak ke belakang.Gadis itu kelihatan cuak dan wajahnya yang putih kemerahan
itu semakin membiru.Luna tidak dapat bergerak apabila dia terhadang di dinding.
“Tolong
jangan apa-apakan saya.” Luna memejam mata apabila dia sudah terperangkap dalam
kurungan tangan Zack.Anak mata hijau pemuda itu buat bulu romanya meremang.Desah
nafas pemuda itu menampar pipinya.
“Alahai,janganlah
nangis.Saya bukan nak buat apa-apa pun.”
Zack
tergelak sebelum mencubit pipi Luna kuat.Dia menjauhi Luna apabila gadis itu
mengaduh kesakitan.Luna menahan geram dalam hati.Apa sebenarnya niat pemuda
ini?
“Saya
suruh awak buka baju untuk bersihkan diri.Pergilah mandi.Kejap lagi saya
datang.Lepas mandi pakai baju yang saya sediakan atas katil tu.Bilik air dekat
situ.” Zack menjuihkan bibir merahnya ke arah sebuah pintu yang terletak di
sisi kanan Luna sebelum berlalu keluar dari bilik.Senyuman manis terukir di
bibirnya apabila melihat Luna agak takut memandangnya.
Luna
menghembus nafas panjang sebelum menapak ke arah katil.Dia melihat sepersalinan
uniform seperti yang dipakai semua pelajar perempuan Sekolah Tinggi
Bidadari.Cuma uniformnya tidak mempunyai warna pada bahagian lengan.Luna termangu
seketika.Macam sudah tiada baju lain saja yang boleh diberi Zack untuk dia
pakai.
Bimbang
memikirkan Zack akan kembali sebelum dia selesai mandi dan berpakaian,Luna
bergegas ke bilik air.Sekali lagi dia melopong apabila mendapati struktur bilik
air dibina daripada marmar hitam yang berkilauan seperti kristal.Sangat cantik
dan memukau pandangan.
Tab
mandi dipenuhi dengan air berserta kelopak mawar merah yang mengeluarkan bau
semerbak harum.Dia yang merasakan tubuhnya sudah melekit mula membersihkan
diri.
“Wah,cantiknya
Luna saya!”
Sapaan
Zack yang tiba-tiba membuka pintu menyebabkan Luna terkejut kecil.Dia yang
tadinya sedang menyisir rambut, bangun dari birai katil dan berhadapan dengan
pemuda kacak itu.Mujurlah dia sudah lengkap berpakaian.Tidaklah dia berasa
malu.Molek saja uniform Sekolah Tinggi Bidadari melekap di badannya.
Luna
menahan debar apabila Zack mengelilingi tubuhnya dan seperti menghidu bau
rambutnya.Pemuda itu memang pelik dan memualkan!
“Em
bagus.Dah wangi.Tak busuk macam tadi.” Luna melopong dengan bicara selamba
Zack.Pemuda itu memerli dirinya ke?
“Boleh
tak saya nak tahu…”
“Tunggu
dulu,lepas makan baru kita boleh bercerita.Jom makan.” Zack menyampuk sebelum
Luna sempat bertanyakan apa-apa soalan
.
Beberapa
ketika,dua orang perempuan yang berusia dalam lingkungan 30-an,memakai baju
kurung serba hitam memasuki kamar itu dan menghidangkan pelbagai makanan di atas
meja yang terletak di balkoni bilik Zack.Luna hanya memerhati tindak tanduk dua
orang perempuan tersebut.Agak pelik kerana mereka mengenakan baju kurung hitam
seperti berkabung atas kematian seseorang.Selesai melakukan tugas,mereka berdua
berlalu pergi tanpa sebarang bunyi.
“Luna,cuba
tengok sini.Cantik tak?” Zack yang berdiri di balkoni memanggil gadis yang
menarik perhatiannya itu.
Luna
menapak mendekati Zack dan dia tergamam.Luna terpesona dengan pemandangan di
hadapan matanya.Bilik Zack betul-betul menghadap ke arah hutan belantara yang
tebal dan dari kejauhan kelihatan persisiran pantai.
“Cantiknya…”
Mulut Luna tidak dapat menahan untuk memuji keindahan ciptaan Allah itu.Terlupa
seketika apa yang telah dihadapinya malam lepas.
“Kalau
siang memang cantik.Bila malam menjelma,semuanya akan jadi tak cantik.” Zack
bersuara perlahan.Namun cukup didengari Luna.
“Maksud
awak?”
“Makan
dulu baru bercerita.Meh sini,duduk sebelah saya.” Zack menarik kerusi pada meja
bulat itu untuk membenarkan Luna duduk.Luna dengan berat hati terpaksa mengikut
arahan pemuda itu.
“Makanlah
apa pun yang awak nak makan.Saya suruh pembantu saya sediakan makanan yang
istime..”
Zack
terpegun apabila melihat Luna menadah tangan dan membaca doa makan.Pertama kali
dia melihat seorang tetamu yang begitu menjaga tatatertib bila berdepan
dengannya.Masih ingat untuk berdoa walaupun mereka berada di Pulau Syaitan.
“Terima
kasih sebab sudi menyediakan semua makanan ni untuk saya.”
Luna
sempat berterima kasih sebelum mula mengisi perutnya yang kelaparan.Rasa macam
sudah bertahun dia tidak makan.Makanan yang dihidangkan kelihatan lazat dan
menarik.Ada steak daging,salad,buah-buahan dan jus epal.
Zack
kelihatan lebih berminat memerhatikan dia makan daripada menjamu selera.Pemuda
itu memerhatinya dengan penuh perasaan hingga Luna rasa tidak selesa.Mata
pemuda itu seolah-olah menelanjangi tubuhnya.
“Saya
terdampar di pulau ni sebab bot yang saya dan rakan-rakan naiki
rosak.Kawan-kawan awak takde terjumpa kawan-kawan saya ke?”
Luna
bertanya untuk menyedarkan Zack daripada terus memerhatikannya.Zack berdehem
kecil dan meneguk air dalam gelas.Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila
terlalu lama merenung Luna.Mengapa gadis itu boleh menarik minatnya?
“Berapa
orang kawan awak tu?”
“Termasuk
saya enam.Tiga lelaki dan tiga perempuan.” Luna memberi penjelasan.
“Mungkin
mereka terdampar di pulau lain.” Zack membuat kesimpulan dengan wajah tidak
bersalah.
“Ada
pulau lain ke dekat sini?” Luna bertanya penuh minat.Hatinya kuat mengatakan
rakan-rakannya masih hidup.
“Ada.Sebuah
pulau terletak jauh di utara,dan sebuah pulau lagi terletak jauh di selatan.”
Zack memberitahu.
“Apa
nama pulau tu?” Harapan Luna yang kawannya masih hidup menggunung tinggi.
“Gugusan
Pulau Syaitan.Namanya Pulau Syaitan Satu dan Pulau Syaitan Dua.”
“Awak
tak menipu kan?” Jawapan Zack mencetus tanda tanya Luna.Pemuda itu tergelak.
“Saya
tipu jelah.Pulau tu memang ada,tapi nama pulau tu ialah Pulau Bakawali dan
Pulau Helang.” Zack menjawab serius.
“Tak
pernah dengar pun? Awak pernah sampai ke pulau-pulau tu ?”
“Tak
pernah.Saya cuma tahu cerita berdasarkan buku dongeng je.Tapi saya percaya yang
pulau tu wujud.Awak pasti pernah dengar cerita pasal Pulau Syaitan kan?” Zack
merenung mata Luna lama.Mata hitam yang kelihatan bersinar indah dan penuh
misteri.
“Adalah
sedikit.” Luna cuba menidakkan hal itu namun dia memang telah mendengar cerita
Pulau Syaitan melalui Amir.
“Kalau
macam tu senanglah saya hendak bercerita.Untuk pengetahuan awak Pulau Syaitan
ini tidak terdapat dalam peta dunia atau terlihat oleh mata kasar manusia.”
Zack membongkar rahsia.
“Maksud
awak?” Luna fokus.
“Pulau
Syaitan hanya ditemui oleh orang yang sesat di lautan atau mengalami kemalangan
dalam air.” Luna teringat akan cerita Amir.Sama seperti cerita Zack.
“Takkan
awak nak cakap semua pelajar Sekolah Tinggi Bidadari adalah mangsa kerosakan
bot macam saya?” Luna bertanda tanya.
“Lebih
kurang macam tulah.Cuma saya nak awak tahu tentang satu perkara.Saya dan semua
yang berada di sini adalah berasal daripada dunia awak.Tetapi sekarang kami
terperangkap di Pulau Syaitan selamanya.” Zack bersuara lemah.
Luna
terpempam dan seleranya untuk makan terus hilang.Adakah dia berada di dunia
yang berbeza? Dunia apa? Dia memasang telinga dan mendengar semua butir bicara
yang keluar dari mulut Zack dengan teliti.
Mengikut
Zack dia sudah sepuluh tahun berada di pulau itu dan bersekolah di Sekolah
Tinggi Bidadari.Semua penghuni pulau itu akan kekal pada umur yang sama dan
usia mereka tidak akan meningkat.Jika mereka terdampar di Pulau Syaitan pada
usia 17 tahun.Maka selamanya pun akan kekal 17 tahun hingga mereka mati.
Pulau
Syaitan telah terkena sumpahan ahli sihir yang mana setiap penghuninya akan
bertukar menjadi makhluk lain apabila malam menjelma.Kata Zack,semua makhluk
yang Luna temui kali lepas adalah manusia yang sudah bertukar rupa.Apabila
siang menjelma mereka akan kembali menjadi manusia.
Setiap
malam,akan ada kad syaitan yang turun dari langit.Jika ada antara mereka yang
mampu menyelesaikan misi dalam kad itu,mereka akan kekal dalam wujud manusia di
malam hari.Jika semua penghuni gagal melakukan misi yang diberikan,salah
seorang daripada mereka akan kekal dalam bentuk makhluk ganas hingga mati.
Penghuni
Pulau Syaitan tidak akan mati selagi mereka mempunyai dua wujud dalam satu
hari.Apabila mereka bertukar menjadi makhluk lain akibat gagal melakukan misi
dan ada yang membunuhnya,mereka akan mati dan bertukar menjadi debu.Sesiapa
yang sudah bertukar selengkapnya dalam wujud manusia boleh keluar daripada
Sekolah Tinggi Bidadari dan menuju ke Perkampungan Indera yang terletak tidak
jauh dari sekolah itu.
Walaupun
begitu,mengikut Zack,sesiapa yang telah bertukar kepada wujud manusia
sepenuhnya masih boleh melakukan misi daripada kad syaitan.Namun,mereka akan
kembali dalam dua wujud dan meneruskan kitaran sumpahan pulau itu.Tiada siapa
yang berjaya keluar daripada Pulau Syaitan kerana pelbagai makhluk mengerikan
seperti ikan duyung pemakan manusia menanti mereka dalam air.Ramai yang telah
mati dan mereka sudah penat mencuba.
“Awak
ingat saya akan percaya dengan semua cerita awak ke?” Luna ketawa
terbahak-bahak sebaik saja Zack tamat bercerita.Dia pasti pemuda dihadapannya
itu gila.
“Terpulanglah
nak percaya atau pun tidak.Malam ni kita tengoklah apa yang akan terjadi.”
Zack
mendengus kecil sebelum bangun dari duduknya.Sudah mengagak yang Luna tidak
akan mempercayai ceritanya dengan mudah.Luna mengikuti langkah Zack yang
meninggalkan meja makan dan kembali memasuki bilik.
“Kalau
betul cerita awak tadi,boleh saya tahu awak akan bertukar jadi makhluk apa bila
malam menjelma?” Luna pura-pura berminat untuk mengetahui hal itu.Padahal dalam
hati dia galak mengetawakan otak mereng Zack.Sayang sekali wajah pemuda itu
tampan namun otaknya biul.
“Rahsia.Awak
tunggu jelah malam nanti.Saya akan makan awak.” Zack berbisik di telinga Luna
hingga menyebabkan gadis itu sedikit gelabah.Luna menyedapkan hatinya sendiri
sebelum tergelak.
“Saya
tak takut pun.”
“Amboi,cakap
besar.Tak takut ya? Kita tengok nanti,awak takut ke tak.”
Zack
menggigit bibir.Malam ini dia akan membuktikan kepada Luna tentang semua
perkara yang diceritakannya.Namun jauh dalam hati,Zack sendiri tidak dapat
meneka apakah wujud kedua gadis itu.Sama sepertinya atau Luna berada dalam
kumpulan lain? Jika Luna berada dalam wujud kumpulan lain.Dia akan mengalami
masalah besar.
“Untuk
mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi malam ni.Saya nak awak duduk di sini.”
Luna
sedikit terperanjat apabila Zack membawanya ke sebuah pintu lain dalam bilik itu.Dihadapan
matanya terdapat sebuah sangkar besi seperti penjara yang agak besar.
Luna
dapat mengesan sesuatu yang pelik daripada kata-kata Zack.Belum sempat dia
melarikan diri,Zack mengheret dia masuk ke dalam penjara itu dan
menguncikannya.
“Hei,kenapa
awak kurung saya dekat sini?! Keluarkan sayalah!” Luna menghentak jejaring besi
yang memagari sekelilingnya dengan tangan.Zack memerhati dia dengan senyuman
manis.
“Kalau
awak tak nak dikejar,dimakan atau dicederakan oleh makhluk-makhluk ganas yang
saya cakap tadi,lebih baik awak duduk dalam sangkar ni diam-diam.Malam
nanti,saya datang jumpa awak.Selamat tinggal sayangku.”
Zack
melambung-lambung kunci penjara itu dalam tangannya sebelum berlalu keluar
daripada bilik itu.Luna di dalam masih terjerit-jerit minta dilepaskan.Zack
tidak sabar menunggu malam menjelma! Dia akan memberi gadis cantik itu
pengajaran kerana tidak mempercayai ceritanya!
P/S: 40 LIKE FOR NEXT ENTRY,
20 COMMENT FOR NEXT ENTRY,
KLIK LIKE IF U WANT MORE,TQ.
49 comments:
bestlah citer nie... x sabar nk tahu apa yg akan berlaku pd luna... cepat2 lah sambung
bestlah citer nie... x sabar nk tahu apa yg akan berlaku pd luna... cepat2 lah sambung
best ... !! <3<3<3
zack jdi ap ek bila mlm.. ??
cik writer.. nak en3 lagi...
Nak lgi....
Nak lgi....
best2
aish... berdebar
nak lagi..best gila..berdbr debar tau.cerita ni misteri sgguh
Best sgt! Sambung yerh akk. X sabar nk tunggu next n3 :)
omgomgomg kak anabella update next entry laju-laju tau. best gila cerita ni. \(^o^)/
Jarang bace cerita camni. Tertarik pulak nak bace cerita kakak! Yewww. :D
best...cpt la smbung kak..x sabaq dh ni...^_^
Kak Bell!!!!
wahahhahaa...
smbg la lgi~
*merengek ala2 babe x ckp umo
syok la...
x sbrnyeerr nk bce smbgnnye
hehe...impressive..tak tercapai dek akal pula jln cta ni....lama dah xlayan cta fantasi cam ni...:) good job...bila agak2 nya next n3 ye??..:)
best nak lagi
akak best la can't wait 4 next n3
akak misteri la..zack jadi apa er?nak next n3
nak lagi..please sis
best..cpt la sbg kak..cita ni best
^-^
zack jadi apa wktu mlm??
luna pun ada group sendiri ke??
makna colour kat lengan baju sek diorg 2 apa?wah banyak persoalan bermain di mindaku..cpt la sambung
perhhhhhhhhhhhhh... teruja sangat2!!!! nak lagi... cepat sambung plsssssssssssssssss... heartbeat da macam bullet train tahap kelajuannye mase bace bab 2.. bab 3 ni keterujaan melampau sebab nak tau cite selanjutnye... 2 thumbs up!!!
Nak lagi, tak sabar ni!
woww..cita mmg menarik..best gila.. keterujaan nak baca tu terlalu tinggi..klu jd novel mmg best gila..tahniah....
Salam,saya baru habis baca pelakon cinta&mr.g best sangat,suami simpan super star bila nak keluar novel x sabar nak tunngu.
baby mio:wsalam dear,thanks sbb sudi beli mr.g n sukannye.InsyaAllah SSS N K6BJ projek tahun depan.
jadikan sebagai novel pasti saya orang pertama akan beli... ^^v
ZACK dalam ni nichkhun jugak ke kak ?
crystal,,fighting!
i want more..more..n more!!
bila nak sambung ni???x sbq tunggu ni..
kakk.. bestnyaaa.. cpt.la continueee.. xcited
nk baca niii.. like ++++..
kak cpt la post x sbr nk bca n...
Cepat la sambung.....dah lama tggu
sambung citer ni please.. best lah pulak. lame dah tak layan cite bentuk fantasi macam ni. unik n menarik. hebat imaginasi penulis... next entry ok?
nk lgi...
bla nk smbg...hehe
xsbar nk bca next en3..
nak lagi..nak lagi.. pleasss ske sngat novel nie, laen dri yg lain lah . huhuhuhu
best.. tolong lah smbung lgi
naper x sambung2 entry ni?best la cerita ni n hope akak sambung cepat2 tau,jgn biarkan pembaca tertunggu-tunggu.....
Nak lagi!!!!dh lame tunggu~
kak writer smbng la lgy,,,
dh lme x update sbs....
pleaze,,,
kak smbung laa cepat bab 4...dh lame sye tunggu..:-):-)
bila nak sambung... best sangat citer ni....=D
bile nk smbng?? huhuhu
Kne smbung!!!! a.s.a.p
Sambung!!
bile nk smbung...
sambung!!!
Unik best awesome!
cite yg peliik tp tetap kubaca.lain dr yg lain
Bila nak sambung.....dah 2015 kot...
Post a Comment