BAB
4
“Beb,jom
lepak dekat Mac Donald dengan Kak Ima?” ajak Farah sebaik saja waktu berkerja
tamat.Ketika itu Yuri berada di dapur Pizza Star,berdepan dengan tempat punch
card.
“Okey.”
Yuri menjawab ringkas sambil tangan sibuk membuka apron dan vest yang melekap
pada badan.Setelah itu dia mengeluarkan baju kemeja yang terselit kemas di
bahagian pinggang seluar agar terlepas keluar.Baru rasa selesa sedikit!.
“Mayurie
Rosella,awak tak pandai nak masuk tandas ke untuk cabut apron dan vest awak?
Tak sopan betul.”
Menyirap
darah Yuri mendengar perlian daripada suara yang amat dia kenali itu.Ervin ni
memang sengaja hendak mencari pasal dengan aku.Mengapalah Yuri boleh tidak
perasan yang dia baru keluar daripada ofis tadinya.Jika tidak sudah lama Yuri
keluar daripada dapur Pizza Star.Buat sakit hati,sakit mata dan sakit telinga
saja bila berhadapan dengan pemuda itu.
“Tak
payah nak sopan sangatlah setakat kerja dekat Pizza Star ni.Kuli batak je pon.”
Yuri bersuara sinis sambil menjeling wajahnya.Jelas Ervin sedikit tersentak dan
Yuri agak pelik apabila melihat pipi pemuda itu sedikit kemerahan.
“Dimana
pun awak berada atau berkerja.Apa pun karier atau pangkat awak.Adab sopan dan
tingkah laku itu perlu dijaga.”
Eh,dia
ni dah kenapa? Nak bagi ceramah percuma pulak.Sakit hati betul!.
Farah,Din,Aizul dan Kak Yah yang berada di dapur saat itu terkebil kebil
melihat ikaln tidak berbayar itu. Jika diikutkan perasaan marah Yuri,memang
kena maki pemuda itu.Namun,Yuri tahu yang dia hanyalah orang bawahan.Jadi
bersabarlah selagi mampu.Jika tidak kena halau dengan penyapu!
“Terima
kasih atas nasihat bos tu.” Yuri menghadiahkan Ervin sebuah senyuman meluat
sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star diikuti oleh Farah.
“Mulut
macam puaka.” Yuri mendongkol geram melepaskan kemarahan sebaik saja melepasi
pintu masuk Pizza Star.
“Alah,cool
lah beb.Dia nasihat kau je kut.” Farah cuba menenangkan kemarahan Yuri.
“Nasihat?
Nak nasihat apa bendanya.Aku dah hampir setahun kerja kat sini.Memang setiap
kali aku punch card pun aku akan tanggal vest dengan apron kat situ.Jadi apa
masalah dia? Nak kata aku tak sopan bagai.Boleh jalanlah!” Kemarahan tidak
dapat dibendung lagi.mulut Yuri seperti machine gun meluahkan peluru.Dia bengang
betul dengan teguran Ervin sebentar tadi.
“Er...kalau
aku cakap kau jangan marah ya?” Farah teragak-agak bersuara.
“Apa?”
“Mungkin
tadi dia ternampak baju kau sedikit terselak masa kau tarik baju keluar daripada
seluar.Mungkin sebab tu dia kata kau tak sopan dan suruh kau tanggalkan apron
dengan vest dekat tandas.” Jelas Farah dengan suara mendatar.
Terlopong,terdiam
dan terkedu.Biar betul Farah ni? Takkanlah Ervin ternampak hal yang macam
tu.Kalau betul dia nampak pun,aku bukannya sengaja.Alamak,malunya! Yuri terasa
dia memperbodohkan diri sendiri saat itu.Sibuk sangat marahkan orang yang
memberi nasihat.Kesalahan sendiri langsung tidak dikaji.
“Gila
kau beb.Betul ke?” Yuri bertanya.Takut jika hal yang diperkatakan Farah itu
benar belaka.
“Entahlah.Aku
memang nampak baju kau terselak tadi.Tapi aku tak pastilah bos nampak ke tak.
Lagipun,perkara tu terjadi sepintas lalu.Tak sempat nak tenung lama-lama pun.”
Sengal juga Farah ini.Jika benar Ervin merenung bajunya yang terselak lama
lama,mungkin Yuri akan mencungkil biji mata pemuda itu.
“Huh,lantaklah.Terselak
sikit je kut.Bukan luak pun orang tengok.” Akhirnya Yuri mengambil keputusan
untuk membiarkan hal itu.Tidak ingin mengaku kalah.Egonya kadang kala tinggi
melangit.Setakat baju terselak sepintas lalu,itu bukanlah satu perkara yang
besar buat Yuri.Lainlah kalau Yuri terbogel di khalayak ramai.Barulah hal itu
boleh dibesarkan dan mungkin Yuri tidak akan keluar daripada rumah sehingga
mati akibat menanggung malu.Farah yang mendengar jawapan Yuri hanya tersenyum
lebar.Mereka berdua berbual kosong di hadapan Pizza Star seraya menunggu Kak
Ima yang masih belum keluar daripada hostel.
“Sorry
girls,lambat sikit.Em..hari ini bos nak belanja kita makan.”
Baru
selesai satu masalah,satu masalah lain datang.Baru Yuri hendak mengelak
daripada bersua muka dengan wajah tampan bermulut jahat itu.Kak Ima boleh
beriringan keluar daripada Pizza Star dengan dia pula.Wajah Ika yang muncul di
belakang Ervin buat Yuri semakin bengang.Dia kelihatan tersenyum manis dan
memandang Yuri selamba.Seolah olah tiada perkara yang menyakitkan hati berlaku
tadinya.Mungkin bagi Ervin,hal itu adalah satu perkara kecil buat gadis seperti
Yuri.Namun,dalam hati,hanya Allah yang tahu bertapa Yuri bengang dengan pemuda
tampan di hadapannya itu.
Yuri
menjeling sekilas.Ervin sudah mengeluarkan baju kemejanya daripada terus
terselit pada seluar dan telah menanggalkan tali leher.Kebetulan hari
itu,dia,Yuri,Farah,Kak Ima dan Ika berkerja shift pagi.Shift petang pula
diruruskan oleh Mak Ngah.
“Baguslah
kalau bos nak belanja.Jimat duit kita orang.” Farah menyeringai dengan senyuman
lebar hingga ke telinga.Namun senyumannya hilang begitu saja apabila
terpandangkan jelingan maut Yuri.
“Yuri,tak
kisah kan,makan sekali dengan bos?” Kak Ima yang dapat mengesan perubahan wajah
Yuri segera bertanya.Kalau Yuri cakap memang Yuri kisah sangat,pasti Ervin akan
menganggap Yuri ini jenis perempuan yang suka sentap tak tentu
pasal.Jadi,sebelum dia berfikiran begitu lebih baik Yuri mengambil langkah
berjaga jaga.
“Tak
kisahlah.Rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.” Jawapan Yuri jelas
menggembirakan wajah Ervin.Kenapa dia perlu gembira? Entahlah,mana Yuri
tahu.Malas nak layan.
...............
Pertama
kali dalam hidup Yuri menaiki sebuah kereta mewah jenama BMW.Kereta siapa lagi
kalau bukan kereta Ervin.Sangat selesa apabila berada dalam kereta kepunyan
bosnya itu. Namun,Yuri berasa sedikit gelabah apabila terpaksa duduk di kerusi
penumpang bahagian hadapan.Lebih tepat bersebelahan dengan Ervin.Tadinya,belum
sempat Yuri ingin duduk di bahagian belakang,wajah tiga sahabatnya sudah berada
di situ.Jadi,Yuri tiada pilihan lain . Dengan perasaan sebal terpaksa juga Yuri
duduk di sisi Ervin.Dan sekali lagi,Yuri dapat melihat pemuda itu tersenyum
senang hati.
“Kita
nak makan kat mana ni?” Itu adalah soalan pertama yang keluar daripada bibir
Ervin apabila kereta meluncur laju di jalanraya.Ervin menoleh ke sisi
kirinya.Memandang wajah putih mulus yang dia yakin sedang marah akibat nasihatnya
sebentar tadi.
“Kita
orang rancang tadi nak makan dekat Mac Donald.Tapi kalau bos nak makan dekat
tempat lain,kita orang ikut je.” Farah di belakang segera menjawab apabila Yuri
buat bodoh.
“Asalkan
bos belanja.Kita orang tak kisah.” Tambah Ika sebelum ketawa mengekek.Dasar
Atikah,memang kaki gelak.Perkara tidak lawak pun tetap dia akan gelak sepanjang
masa. Sebab itulah Yuri gemar berkawan dengan gadis itu.Ceria memanjang.
“Yuri,awak
tak kisah ke kalau kita makan dekat Mac Donald?” Semua terdiam sejenak.Ervin
tidak berpuas hati selagi bibir itu tidak menjawab soalannya.Dia mahu mendengar
suara gadis itu.Besar sangat ke kesilapan dia menegur sebentar tadi hingga Yuri
tidak mahu berbual dengannya? Perasanlah kau Ervin! Sejak bila pulak Yuri
menunjukkan tanda yang dia berminat untuk berbual dengan kau?
“Mayurie
Rosella,saya tak bertanya dengan pintu kereta.” Ervin tidak mengalah.Bertanya
dengan nada menyindir apabila soalan pertamanya dibiarkan tidak
berjawab.Kedengaran gadis disisinya merengus menahan geram.Ervin tersenyum
kambing.
“Tak
kisah.” Yuri jawab pendek dan perlahan.
“Ha,saya
tak dengarlah?!” Sengaja dia mendekatkan telinganya ke wajah gadis itu.Yuri
terkedu bila merasakan Ervin sangat dekat dengannya.Sudahlah bau wangian pemuda
itu sentiasa menusuk hidung. Walaupun waktu berkerja sudah tamat,bau wangian
itu masih belum hilang.
“Saya
cakap tak kisahlah!” Yuri separa menjerit.Semua yang berada dalam kereta itu
terdiam. Mata Ervin membulat memandang Yuri.Terkejut.Tidak menyangka suara Yuri
begitu kuat.Padan muka! Siapa suruh cari pasal lagi!.Mujurlah kereta yang
dipandu tidak terbabas akibat terkejut.
BAB
5
Setibanya
di Mac Donald jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang.Yuri yang malas beratur
untuk membeli makanan hanya memesan makanan agar dibeli oleh Farah.Ervin yang
tadinya molek beratur di belakang Kak Ima dan Ika,molek menyerahkan beberapa
not duit kepada dua gadis itu sebelum dia berlalu ke meja mendapatkan Yuri.Ya
Allah,dia ni memang sengaja nak menyuruh Yuri menatap wajahnya ke?!
“Awak
oder bubur dengan ayam goreng je ke? Petang petang macam ni lalu ke makan
bubur?” Mulut Ervin memang tak pandai hendak diam.Sudah kena jerit dengan Yuri
dalam kereta tadi pun masih tidak serik bersoal jawab dengan Yuri.Dengar pula
dia akan pesanan makanan Yuri kepada Farah sebentar tadi.Dasar telinga
tempayan!.Cemuh Yuri dalam diam.
“Suka
hati sayalah nak makan apa.Saya suka makan ayam dengan bubur.Yang bos sibuk
kenapa?” Intonasi meluat memang tidak dapat dibuang daripada pertuturan Yuri.
“Alah,orang
tanya sikit pun nak marah.Tak nak lah kawan dengan awak macam ni.” Ervin
mencebikkan bibir seperti merajuk.Macamlah comel sangat.Tapi memang comel pun!
Hampir saja cair Yuri melihatnya.Dahlah bibir dia tu merah gila,bila buat macam
tu jelas kelihatan bibirnya yang seksi itu.Ya Allah,apa yang Yuri merepek ni!.
“Tak
nak kawan sudah.” Yuri menjawab seraya menekan pad henpon cikainya tanpa
tujuan. Cuba mengelak daripada bertentang mata dengan Ervin yang asyik
merenung.Sudahlah Kak Ima,Farah dan Ika tiada di situ.Jika Yuri tahu Ervin
ingin menunggu di meja,lebih baik Yuri pergi beratur membeli makanan.Fikiran
Yuri menerawang sejenak.Mengapa pula dia membahasakan diri dia ‘orang’ dan
memanggil Yuri awak tadinya.Dia hendak berkawan dengan aku? Biar betul bos aku ini.
“Tapi,saya
ikhlas nak berkawan dengan awak.Awak jangan tolak permintaan saya ya Mayurie
Rosella.” Ervin merendahkan ego dan dia merayu.Pertama kali dia merayu untuk
bersahabat dengan seorang gadis.Dan pastinya kerana gadis itu begitu istimewa
dalam dirinya.Yuri lain daripada ramai gadis yang dia kenali.Gadis itu sangat
jual mahal dan sukar untuk didekati walaupun didampingi pemuda yang berpakej
hampir sempurna seperti dirinya.
Yuri
pasti dia tidak salah dengar.Yuri memandang Ervin sejenak sebelum mengeluh
kecil. Terpancar keikhlasan dalam tutur kata dan wajah pemuda itu..Ervin begitu
berharap untuk berkawan dengannya.Yuri tidak faham.Apakah sebenarnya niat
pemuda itu? Bos hendak berkawan dengan kuli? Motif?
“Awak
bos,saya pekerja.Itu sajalah.” Jawapan ringkas Yuri jelas mengundang kehampaan
pada wajah Ervin.Seperti dia tidak bergurau untuk berkawan dengan Yuri.Ervin
mengeluh panjang sebelum ingin membuka mulut mengatakan
sesuatu.Mujurlah,kedatangan Ika,Farah dan Kak Ima yang menatang makanan
membatalkan niatnya.
Mereka
berlima makan sambil berborak kosong.Ervin kelihatan lebih banyak mendiamkan
diri dan hanya mencelah sekali sekala perbualan staf-stafnya.Agak tersinggung
dengan penerimaan Yuri.Sesekali dia memandang wajah Yuri yang duduk berhadapan
dengannya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.Seperti ada sesuatu
yang ingin diungkapkan Ervin ketika itu.
“Bos,selain
daripada menjadi pengurus Pizza Star,bos ada buat kerja lain ke? Bos bisnes
ya?” Selamba saja Ika bertanya.Yuri yang sedang menyudu bubur menadah telinga
bersedia mendengar jawapan daripada Ervin.Sedikit sebanyak dia berminat untuk
mengetahui latar belakang majikannya itu.
“Adalah
bisnes sikit.Kenapa awak tanya Ika?” Ervin menjawab lembut.Machonya suara Ervin
dalam pendengaran Yuri.
“Patutlah
bos mampu pakai BMW.Saya saja bertanya.Yalah,Miss Fatin tu pengurus Pizza Star
juga,tapi dia mampu pakai Myvi je.” Ika kalau bercakap memang tidak
bertapis.Ervin tergelak mendengar bicara gadis itu.
“Bisnes
apa bos?” Farah menyampuk.Amboi,mereka ni hendak menilai sebanyak mana aset
yang dipunyai Ervin ke?.Tanya Yuri dalam hati.
“Em,
bisnes sewa rumah dan yang serupa macam tu lah.Biasa biasa je Farah.” Jawapan
Ervin cukup merendah diri.
Namun,daripada
pandangan mata kasar Yuri,Ervin memang kaya.Kereta BMW,memanglah mewah.Tambahan
lagi dengan semua pakaian berjenama yang dipakainya. Kasut,tali pinggang,jam
tangan,jaket atau sweater semua daripada jenama yang beratus setiap
satunya.Cuma Yuri tidak pastilah ia jenama original atau tiruan.Bagaimana Yuri
boleh tahu jenama pakaian yang dia pakai?.Yuri kan mata jahat.Suka menelek apa
saja yang berada di depan mata.Tapi,satu hal yang dia pelik.Mengapa pula Ervin
menjadi pengurus Pizza Star jika hidupnya sudah semewah itu?.Gaji pengurus
Pizza Star bukan besar mana pun!
“Wah,untunglah
siapa dapat jadi isteri bos.Bos hensem,sedap mata memandang.Rumah sewa dah
boleh jadi tempat tinggal.Kereta pulak boleh dipandu untuk ke tempat kerja.”
Yuri menahan gelak mendengar kata-kata Ika.Gila punya selamba dia cakap macam
itu. Ervin pun tergelak mendengar bicara Ika.
“Yuri,awak
rasa untung tak kalau awak jadi isteri saya?”
‘Uhuk!
Uhuk!’
Yuri
tersedak besar apabila mendengar pertanyaan mengejut itu.Habis keluar air pepsi
daripada mulutnya.Mujurlah tidak tersembur ke arah Ervin.Jika tidak,padan muka
dia. Ervin senang hati menggelakkan Yuri bersama Ika dan Farah.Hanya Azimah
yang menahan gelak seraya menepuk lembut belakang Yuri.Apabila Ervin mengambil
tisu dan cuba mengelap mulut gadis itu,cepat saja Yuri menepis tangannya.Dia buat
bodoh dengan reaksi gadis itu.Sakit hati betul!.
“Jangan
marah kak.Bos bergurau saja tu.” Ika cuba menenangkan Yuri dengan memenangkan
Ervin.Ervin selamba saja menyumbat kentang goreng ke dalam mulut seperti tiada
apa yang berlaku.Mengapalah Yuri cepat sangat melatah dengan
gurauannya.Sepatutnya Yuri buat hati kering walaupun pertanyaannya sebentar
tadi kedengaran agak melampau!
BAB
6
Sudah
sebulan Ervin menjadi pengurus di Pizza Star,Kota Tinggi.Sepanjang tempoh
pemuda itu berkerja disitu,Yuri cuma arif mengenai satu hal saja tentang
dirinya.Daniel Ervin,jejaka paling kacak dan menjadi kegilaan kebanyakkan staf
dalam Pizza Star suka sangat cari pasal dengan Yuri!.Satu hari kalau Ervin
tidak menyakat atau membuat Yuri naik marah,itu maknanya dia buang tebiat.Yuri
pulak memang tidak boleh buat tidak tahu dengan semua usikannya. Semakin galak
dia mengusik,semakin cepat Yuri naik darah!.
“Yuri,jom
teman saya kira stok dalam freezer.” Belum sempat Yuri memakai apron,suara Ervin
menyapa pendengarannya.Yuri memandang Ervin yang sedang tersenyum lebar ke
arahnya sekilas sebelum berlalu keluar daripada dapur Pizza Star.
Punyalah
ramai staf Pizza Star,mengapa Yuri yang
menjadi mangsa untuk menemaninya mengira stok.Malas Yuri nak layan!.Yuri buat
bodoh sebelum berlalu ke tandas sebaik
selesai punchcard.Sejak peristiwa ditegur oleh Ervin kali lepas,Yuri
memakai atau menanggal apron dan vest dalam tandas.Takut juga jika pakaiannya
terselak di khalayak umum seperti kata Farah.Selesai memperkemaskan diri,Yuri
keluar daripada tandas.Satu keluhan besar terbit daripada bibirnya apabila
terpandangkan seraut wajah tampan itu sedia menunggu di hadapan tandas.Dia ini
tiada kerja hendak dibuat ke? Sampai hendak menunggu di hadapan tandas bagai.Hendak
mengintai ke apa?.Sekali lagi Yuri buat muka selamba dan cuba melangkah
menjauhinya.
“Hish,dia
ni asyik buat tak nampak kita jelah.Geram betul!” Ervin membebel sambil
mengekori langkah gadis itu.
Ervingeram
dengan Yuri?.Lantaklah.Malas Yuri hendak layan.Baru saja Yuri ingin meneruskan
langkah untuk membersihkan sebuah meja yang kotor dengan sisa makanan,Yuri
terasa vestnya ditarik dari arah belakang.Langkahnya terhenti dan Yuri
mendongkol geram. Ada juga yang kena flying kick kejap lagi ni!.
“Bos
ni dah kenapa? Nak main tarik tarik vest saya pulak!” Suara Yuri meninggi dan
dia bersemuka dengan Ervin.
Ervin
langsung tidak takut dengan kemarahan gadis comel itu.Malahan dia boleh
tergelak kecil.Yuri menahan sabar seraya membetulkan vest yang molek terletak
pada badan.Mujurlah Ervin hanya menarik vest.Jika dia menarik kemeja atau apron
hingga terlucut daripada tempat sepatutnya,memang Yuri bagi satu penampar
percuma pada wajah kacak itu.
“Em,saya
tarik vest awak sebab ada kelemumurlah.” Yuri terdiam dan terkedu.Ervin
mendekati dan dengan selamba meletakkan tangan kanannya pada bahu Yuri
,menguis-nguis perlahan,seolah olah membuang habuk di situ.
Berderau
darah Yuri bila Ervin berada begitu dekat.Bos dia ini meroyan ke apa? Dia ingat
ini iklan syampu dalam televisyen ke? Segera saja Yuri menepis tangan
majikannya itu dan dia sendiri membelek vest di kawasan bahunya.Tiada sebarang
habuk pun.Biar betul rambutnya ada kelemumur?.Yuri menjaga rambut dengan baik
selama ini.Beberapa ketika Ervin memandang Yuri pelik sebelum tawanya meletus
membingitkan suasana.
“Alahai,awak
ni Yuri.Percaya saja temberang saya.Muka tu blur je.Comel betullah.” Sakat
Ervin tidak sudah.Naif betul gadis dihadapannya itu.
Blur?Comel?Tengkorak
dia! Yuri hanya mampu menggigit bibir memerhatikan perilaku Ervin.Wajahnya yang
putih bersih itu merona merah kerana gelak yang berlebihan. Beberapa pengunjung
restoran yang duduk berdekatan dengan kawasan mereka berdiri turut sama
tergelak melihat telatah Ervin.Memang tidak tahu malu betul!.
“Suka
hati awaklah Encik Daniel Ervin nak cakap apa pun.Saya malas nak melayan.” Yuri
terus menuju ke arah meja kotor tadi dan memulakan tugas.Meletakkan sisa
makanan dalam satu bekas sebelum menyusunkan pinggan mangkuk agar
bertingkat.Senang untuk diangkat.Kutleri diletakkan dalam satu mangkuk dan
gelas disusun di atas satu dulang plastik hitam.
“Sukanya
hati bila dengar awak panggil nama penuh saya.Tapi,panggilan encik tu buang
sajalah.Nama saya memang sedap,Daniel Ervin.Saya lebih suka kalau awak panggil
saya Ervin.” Ervin mula merepek bagai mak nenek seraya menolong Yuri mengangkat
semua pinggan mangkuk yang Yuri susun untuk dihantar ke tempat membasuh
pinggan.Yuri memekakkan telinga dan meneruskan kerja umpama Ervin tiada di
sisi.
“Em,ke
awak nak panggil saya abang dan saya panggil awak sayang?” Hampir terlepas
dulang gelas dibawa menggunakan tangan itu ke lantai.Mujur,tidak
terjatuh!.Bengong betullah Ervin ni!.
“Bos
boleh tolong diam tak?.Ayik membebel,merepek dan meraban daripada tadi.Bos nak
saya gunting mulut bos tu ke?!” Sekali lagi Yuri meninggikan suara sambil
menghentakkan dulang gelas di atas bar,tempat membuat air dan membasuh
gelas.Melampiaskan rasa marah.Yuri menatap Ervin dengan renungan maut dan
pemuda itu buat muka selamba.Lagi Yuri marah,lagi Ervin suka! Hobinya sekarang
hanya satu,menyakat Mayurie Rosella!
“Buat
apa nak gunting mulut saya.Cacat saya nanti.Kalau awak nak cium,boleh je.Saya
sudi hadiahkan mulut saya dengan senang hati.” Ervin tersenyum nakal seraya
melayangkan jari telunjuknya pada bibirnya sendiri.Sengaja menggoda gadis
dihadapannya.Yuri sekadar tersenyum jengkel.
“Gatal,miang,merenyam!.Benci
betullah!” Yuri tidak dapat menahan geram.Selamba badak Yuri mengata majikannya.
“Jangan
benci,nanti jatuh hati.” Ervin tidak mahu kalah.
Ya
Allah,dia ini kalau tidak menjawab tidak sah agaknya.Kalau Yuri pegang sebilah
pisau saat itu,memang Yuri potong lidah dia.Biar dia bisu terus!.Yuri
mengalah,malas bertekak lagi.Semua staf
Pizza Star yang melihat aksi Yuri dengan Ervin tersengih tidak tentu
pasal.Jadi lebih baik Yuri mendiamkan diri.Kebelakangan ini,Kak Ima,Farah dan
Ika sering mengusik dengan mengatakan yang Ervin ada hati dengan Yuri.Dia yang
serba sempurna di mata Yuri kecuali kurang kerana otaknya yang agak biul itu
boleh jatuh hati pada kuli sepertinya?. Mimpi sajalah.Yuri langsung tidak
memasang impian seperti itu.Yuri sentiasa sedar diri dan tidak mahu berangan di
siang hari.
Mereka
semua beranggapan Ervin suka pada Yuri kerana majikan mereka sangat suka
mengusik Yuri.Suka mengusik bukan bermakna pemuda itu cintakan dirinya.Kadang
kala hubungan antara adik beradik dan kawan baik adalah seperti hubungan Yuri
dengan Ervin.Selalu bergaduh,menyakat dan bermasam muka.Macam Yuri dengan
Firdaus.Tapi,Yuri bukan adik Ervin pun!.Yuri rasa Ervin betul betul menganggap
Yuri sebagai sahabatnya.Jadi,sebab itulah dia gemar benar menyakat.
“Ya
Allah,sayang berangan apa ni?” Hampir
terlucut jantung Yuri apbila merasakan tangan Ervin melekap di atas
kepala.Pemuda itu mengusap kepalanya lembut.Ervin memandang Yuri pelik dan
senyumannya tidak seceria tadi.Apa yang difikirkan gadis itu? Sepanjang bekerja
bersama Yuri,Ervin dapat menafsirkan yang Yuri seorang gadis yang banyak
memendam rasa.
“Bos,boleh
tak jangan sesuka hati nak sentuh saya? Saya potong tangan bos nanti!” Sekali
lagi Yuri terjerit kemarahan dan kali ini dia tidak tergelak.Ervin mencebik
bibir memandang Yuri sebelum menunjukkan tangan kanannya yang molek berbalut
dengan sarung tangan plastik berwarna putih.
“Alah,saya
sentuh guna sarung tangan.Berlapik.Jangan nak salahkan saya pulak.Siapa suruh
awak diam bila saya panggil.Berangan je kerja dia.” Ervin menggumam kecil
seraya memotong lemon dengan sebilah pisau menjadi hirisan kecil.Langsung dia
tidak memandang Yuri.Macam marah saja.Yuri terpempam seketika.Betul ke Yuri
berangan? Mengapa Yuri boleh tidak sedar yang dia memanggil Yuri atau dia
sedang memotong lemom sedari tadi?.
“Amboi,ramai
yang jadi bartender hari ini.Senanglah kerja akak.” Sapaan Kak Ifa atau nama
sebenarnya SharIfah menyedarkan Yuri daripada terus mengelamun.Baru Yuri
tersedar yang dia sudah habis membasuh semua gelas kotor dan Ervin selesai
memotong lemon,limau nipis dan limau kasturi kepada hirisan kecil untuk
digunakan sebagai hiasan minuman.Sepatutnya hari itu Yuri bertugas sebagai
servis dan bukannya bartender.
Jadual
Pizza Star membahagikan semua stafnya kepada tugas tertentu.Satu shift,akan
melibatkan seorang pengurus bertugas,sama ada Ervin,Mak Ngah atau Kak
Ayu.Bahagian depan atau dalam bahasa inggerisnya,Front of House (F.O.H)
melibatkan empat orang staf servis yang berperanan mengambil oder pelanggan dan
membersihkan meja.Seorang bartender yang bertugas menyediakan air dan membasuh
gelas juga seorang penyambut tetamu yang berdiri di muka pintu menyambut tetamu
yang hadir dan mempromosikan menu.
Sementara
staf bahagian dapur atau Back Of House (B.O.H) melibatkan dua orang pembuat
pizza.Seorang pembuat pasta dan makanan sampingan yang lain.Seorang pemotong
pizza dan seorang pembasuh pinggan.Seorang rider yang bertugas selaku
penghantar pizza juga bertugas di bahagian dapur.Shift pagi akan bermula pada
pukul lapan pagi hingga empat petang manakala shift petang akan bermula
daripada pukul empat hingga dua belas malam. Hari ini Yuri dan Ervin berkerja
shift malam.Begitu juga dengan Kak Ifa.
“Takdelah
kak.Pelanggan tak ramai hari ni.Sebab tu saya dengan Yuri tolong bersihkan apa
yang patut dekat bar ini.” Ervin menjawab seraya melemparkan senyuman ikhlas
pada Kak Ifa.Yuri yang melihat terpegun seketika.Suka sangat bila melihat Ervin
tersenyum sebegitu. Bukan senyum untuk menyakat Yuri! Ervin baik hati dan
hormat staf bawahannya yang lebih tua.
“Terima
kasihlah Vin,Yuri.” Kak Ifa yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak
itu menjawab lembut.Selang beberapa minit,Yuri dan Ervin keluar daripada bar
untuk memberi ruang kepada Kak Ifa melakukan kerjanya.Yuri berdiri di satu
sudut seraya menunggu mana mana pelanggan yang memerlukan khidmat.Ervin
menghampiri dan berdiri di sisi Yuri.
“Yuri,jomlah...”
Ervin merengek kecil.Suara manja yang sengaja dibuat buat.
“Nak
pergi mana?” Yuri bertanya malas.Tiada hati untuk menguatkan suara lagi.
“Jom
teman saya kira stok dalam freezer.Saya bukan sengaja nak ajak awak.Cuma awak jelah
yang tahu bab kira mengira stok ni jika hendak dibandingkan dengan staf
lain.Tolong saya ya?”
Alahai,suaranya
seperti merayu.Macam tidak boleh kira stok bersendirian sahaja.Miss Fatin
sebelum ini jarang sekali meminta pertolongan mana-mana staf untuk mengira
barang dalam freezer walaupun Yuri pandai dalam hal tersebut.Terkebil kebil
mata tajam Ervin memandang Yuri. Pandai betul minta simpati.Yuri hendak menolak
pun tidak sampai hati.
“Yalah.Jom.”
Jawapan Yuri jelas menyebabkan Ervin tersenyum hingga ke telinga.Godaannya
berjaya!
1 comment:
bab nie dh bca..
Post a Comment