Saturday, August 9, 2014

NOVEL: BILA KULI JADI ARTIS?! BAB 7,8,9,10













BAB 7
Freezer atau peti sejuk adalah tempat menyimpan stok sejuk beku yang datang daripada pengilang untuk kegunaan Pizza Star.Freezer yang berada di bahagian hadapan bilik tidur Yuri atau lebih tepat hostel tempat Yuri menginap berkeluasan lebih kurang sebuah bilik darjah. Bersuhu kurang daripada empat darjah celcius dan stok di dalamnya sentiasa beku.Berbeza dengan freezer,chiller adalah sebuah tempat menyimpan stok dengan suhu sejuk yang biasa sahaja.Chiller terletak di sebelah kanan freezer dan ruang chiller lebih kecil berbanding freezer.Suhu yang berbeza digunakan untuk menyimpan stok yang berlainan.Manakala di sebelah kiri freezer pula terdapat sebuah stor kecil yang menyimpan barangan kering Pizza Star.
“Salji.” Yuri tersenyum sendirian sebaik melangkah masuk ke dalam peti sejuk bersaiz gergasi itu.Tangannya menyentuh hablur ais yang terbentuk di permukaan beberapa buah kotak stok menyimpan keju.Yuri mengenggam hablur putih itu dan melepaskannya apabila cair.Terasa tangannya sejuk sangat  saat itu.
“Yuri,jangan bermain dengan ais.Nanti tangan awak beku dan kejang.Frozen bite.” Ervin menegur lembut apabila terlihat Yuri leka bermain dengan hablur-hablur ais yang berselerakan.Yuri mencebik bibir dan mendekati Ervin yang sibuk melihat beberapa kotak barang di sebuah rak. Sibuk saja pemuda itu hendak menegur.Yuri baru hendak berangan seolah olah bermain salji.
“Bos nak suruh saya kira apa ni?” Yuri bertanya apabila Ervin tidak kelihatan ingin memberikan Yuri sebarang kerja.Buang masa saja Yuri memasuki freezer jika sekadar mahu menemani pemuda itu dalam suhu sejuk beku.Ervin yang tadinya sedang membongkok mengira sesuatu berdiri menghadap gadis bertopi itu.Dia menyerahkan Yuri sebuah fail yang mengandungi nama semua jenis stok dengan bilangan kuantiti yang patut dikira.Yuri terkebil kebil seketika.Dia hendak suruh aku kira semua stok ke?
“Pakai ni.Nanti awak kesejukan.” Belum sempat Yuri hendak bertanya.Ervin menanggalkan sweater di badan dan menyangkutkannya di belakang tubuh Yuri.
“Takpelah bos.Saya dah biasa sejuk sejuk ni.Bos pakai jelah sweater ni..” Yuri menanggalkan sweater dan menghulurkannya kembali kepada Ervin.Tidak mahu sebenarnya menggunakan barang pemuda itu.
“Jangan degil boleh tak? Awak ingat awak dah biasa duduk tempat salji ke sampai dah biasa dengan suhu macam ni? Saya lelaki.Tahan dengan suhu sejuk.”
Riak wajah Ervin berubah apabila Yuri enggan memakai sweaternya.Bengang dengan sikap degil gadis itu.Dengan wajah serius sekali lagi Ervin memakaikan sweaternya ke tubuh chubby itu dan kali ini Yuri tidak menolak.Jenis gadis seperti Yuri hendak dipaksa baru akan menurut bicara.Pening kepala Ervin memikirkan cara untuk mendekati gadis itu!.
Yuri yang malas bertengkar dengan majikannya dalam freezer itu merelakan saja tubuhnya dibalut dengan sweater Ervin.Selamba saja Ervin  mengutuk Yuri tidak tahan dengan suhu sejuk.Yuri tahulah dia tidak seperti pemuda itu yang pernah menuntut pelajaran di negara empat musim.Sudah tentulah Ervin biasa bermain salji berbanding dirinya yang hanya mampu menyentuh salji tiruan dalam freezer itu.Apalah malang nasib hidupnya…Huh,yang Yuri terasa tak tentu pasal ni kenapa pulak?!
“Saya kira stok.Awak tulis kuantitinya.”
Ervin memberi arahan apabila melihat Yuri seperti berkhayal saat itu. Yuri mengangguk bak burung belatuk.Ervin mula mengira deretan kotak yang terdapat dalam freezer itu mengikut jenis dan memberitahu bilangannya kepada Yuri.Yuri mencatat dan mengikuti belakangnya. Sesekali Yuri rasa terbuai dengan haruman yang datang daripada sweater Ervin.Terasa seperti Yuri berada dalam pelukan pemuda itu.Ha,sudah! Jangan berangan boleh tak Yuri!.
“Yuri,awak suka salji ya?” Tanpa sempat berfikir,Yuri mengangguk anggukkan kepala menjawab soalan majikannya.
“Pernah lihat salji turun daripada langit atau bermain salji?” Ervin bertanya lagi.Ingin membuang rasa janggal dan sunyi dalam freezer itu.Demi Yuri dia sanggup menahan kesejukan.
Soalan Ervin sedikit sebanyak menyebabkan Yuri terasa hati.Yuri yang berkerja sebagai kuli Pizza Star manalah mampu untuk pergi ke negara yang mempunyai musim sejuk.Negara jiran dan kebanyakan negeri dalam Malaysia pun Yuri belum pernah pergi.Hanya berada di Kota Tinggi dan paling jauh berjalan hingga ke Kuala Lumpur.Lainlah macam Ervin.Bisnes ada.Duit banyak.Bolehlah keluar negara selalu.
“Hei,janganlah diam.Saya cuma tanya je.Awak jangan terasa pulak.” Seperti dapat mengagak apa yang bermain dalam fikiran gadis itu,Ervin segera menegur.Bimbang kata-katanya mengguris perasaan Yuri.Yuri tersenyum kecil apabila melihat wajah Ervin yang kebimbangan.Senyuman Yuri buat hati Ervin kembali tenang.
“Tak pernah bos.Saya manalah mampu hendak pergi luar negara untuk bermain salji.Hendak melancong ke luar daripada negeri Johor ini pun jarang sekali.” Yuri memberitahu ikhlas dan dia termenung sejenak.
“Em,kalau saya kahwin nanti saya akan bawa isteri saya berbulan madu dekat negara yang ada musim salji.” Ervin berbicara seraya mengira stok.Terukir senyuman manis di hujung ayantnya.Bicara yang penuh dengan maksud tersurat lagi tersirat.
Ha,sudah.Ini yang tak tentu pasal melencong ke hal kahwin dan isteri ini apa kes pulak? Sengajalah tu hendak menunjuk dekat aku yang dia banyak duit.Mampu membawa isterinya berbulan madu ke luar negara.Tapi,ada aku kisah? Hampeh betullah dia ni!.Cemuh Yuri dalam hati.
“Baguslah kalau macam tu.Untunglah isteri bos.” Yuri membalas dengan nada jengkel.
“Daripada keseluruhan negara yang mempunyai musim salji,negara mana yang awak teringin nak pergi Yuri?” Ervin tanya lagi soalan yang buat Yuri panas hati.
“Korea Selatan.” Yuri layankan saja.
“Sebab?” Dia hendak bersebablah pulak.Sabar Yuri.
“Boleh jumpa artis Korea.Saya minat drama Korea.” Yuri jawab selamba seraya melihat fail stok yang sudah dikira.
“Okey.” Sepatah ayat Ervin itu menyebabkan Yuri menjengkitkan kening.
“Apa yang okey?” Giliran Yuri bertanya.
“Okeylah.Nanti bila awak kahwin dengan saya,saya bawa awak berbulan madu dekat Korea Selatan.”
Badan Yuri yang sejuk sedari tadi terasa panas membahang.Ervin ini kalau hendak bercakap memang tidak pandai menjaga perasaan orang.Jika Yuri ini gadis jenis mudah perasan, bukankah susah jadinya? Yalah,nanti Yuri fikir,Ervin betul betul hendak kahwin dengannya! Daniel Ervin yang bermulut manis dan suka bergurau tidak mengira masa dan tempat. Susah betul bila berhadapan dengan lelaki spesies ini!
“Tolonglah bos.Saya malas nak bergaduh dengan bos.Bila nak bercakap dengan saya,tolong serius.Kalau nak bergurau,biar kena topik.Bos mungkin lebih tua daripada saya,tapi itu tidak bermakna yang bos boleh sesuka hati cakap sesuatu yang merepek dengan saya.Saya tak suka dengar.Saya takut akibat kata-kata bos,saya akan membenci bos.”
Sebaris ayat terakhir Yuri membuatkan Ervin terpempam.Mengapa Yuri selalu berpandangan negatif terhadapnya?.Mulut Yuri ringan saja meluahkan semua perkataan itu tanpa memikirkan perasaan Ervin.Ervin yang tadinya tersenyum ceria berubah serius.Dia merenung Yuri lama hingga gadis itu kelihatan takut dengan renungannya.Yuri menundukkan kepala dan memandang hujung kasut hitamnya sambil beristighfar dalam hati.Takut  kalau majikannya naik angin dan mengatakan Yuri kurang ajar.
“Awak jangan memandai nak membenci saya.Saya selalu serius dengan apa yang saya cakapkan tapi awak yang selalu anggap kata kata saya satu gurauan.Susah betul hendak memahamkan awak tentang perasaan saya.” Ervin cuba menahan suara daripada melantun tinggi.Sungguh dia bengang ketika itu.
Pertama kali Yuri mendengar suara Ervin  sebegitu.Apabila Yuri memandangnya,Ervin buat tidak endah.Dia kelihatan sibuk mengira stok dan terus diam membisu.Setahu Yuri,semua stok sudah dikira.Dia hendak kira sekali lagi ke? Atau dia sengaja hendak mengelak daripada bertentangan mata dengan Yuri? Ervin kata dia selalu serius dengan apa yang dia katakan dan tidak bergurau.Bagaimana hendak serius jika Ervin kata dia hendak berkahwin dengan Yuri dan akan membawa Yuri berbulan madu di Korea Selatan? Sejuta kali Ervin kata serius pun,Yuri akan anggap kata kata pemuda itu sebagai satu gurauan.
Yalah,mustahil Ervin terfikir untuk berkahwin dengan Yuri.Seorang kuli Pizza Star! Yuri pipit,Ervin enggang.Yuri baru berumur 19 tahun dan hanya memiliki kelulusan SPM.Ervin pula walaupun baru berumur 24 tahun,sudah mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran daripada universiti luar negara.Dia kacak dan kaya.Langsung tidak secocok dengan Yuri.Ya Allah,apa yang aku merepek ni! Jauh sekali memikirkan perkara yang tidak masuk dek akal.Aku bukan gadis perasan! Jangan cepat perasan Mayurie Rosella walaupun Daniel Ervin melayan kau dengan baik.Kelak maruah kau akan berada di tepi longkang.Hidup biar berpaksi pada realiti,bukan fantasi.Monolog Yuri dalam hati.
“Awak pergi masuk chiller.Kirakan berapa pek Parmesan Cheese yang ada.” Ervin membuka mulut selepas berjaya menenangkan hati.Rasa bersalah bila melihat wajah Yuri yang serba salah saat itu.
Yuri terpinga-pinga seketika dengan arahan itu.Ervin masih tidak memandangnya.Hanya suara pemuda itu yang kedengaran.Satu kelakuan luar biasa yang pertama kali Yuri nampak. Yalah,selalunya bila Ervin menegur Yuri.pemuda itu pasti akan menatap wajahnya seperti Yuri sebuah objek seni yang perlu dipandang dengan teliti.Kini situasinya berbeza.Adakah Ervin bengang dengannya?!
“Okey.” Yuri mengikut arahan dan keluar daripada freezer memasuki chiller yang terletak bersebelahan.
Keadaan di dalam chiller tidaklah sesejuk mana.Yuri membuka sebuah kotak yang mengandungi puluhan pek parmesan cheese dan mula mengira.Selesai mengira Yuri terus berlalu keluar daripada chiller dan kembali menuju ke freezer.Langkahnya mati di hadapan freezer apabila mendapati pintu freezer tertutup rapi.Setahu Yuri,sewaktu Yuri memasuki chiller sebentar tadi pintu freezer masih terbuka luas.Takkanlah Ervin sudah selesai mengira stok dan berlalu ke tingkat bawah? Untuk memastikan yang Ervin tidak terkurung di dalam,Yuri cuba membuka pintu freezer tersebut.Malangnya,pintu freezer tersebut langsung tidak boleh dibuka walaupun Yuri berkali kali menariknya.Seperti ada sesuatu yang menghalang di belakang sana.
“Bos,bos ada kat dalam ke?” Yuri menjerit kuat seraya mengetuk pintu besi itu.Bertanya jika Ervin masih berada dalam freezer.Suasana sepi seketika.Yuri berdoa dalam hati berharap agar pemuda itu sudah keluar daripada freezer.
“Em,saya ada dekat dalam ni.Kenapa Yuri?” Berderau darah Yuri apabila mendengar suara Ervin menjawab agak kuat.
“Bos,kenapa pintu ni tak boleh buka daripada luar.Tersekatlah bos!” Yuri memberitahu sambil tangannya tidak henti mencuba membuka pintu freezer itu.
“Ha,awak biar betul?!” Suara Ervin menggelabah dari dalam.Yuri memikirkan Ervin berada di sebalik pintu saat itu dan cuba menolak pintu namun tidak berjaya.
“Pintu ni rosak kut bos? Sebab tu tak boleh buka.” Yuri cemas tak terkata.Badannya yang sedari tadi terasa sejuk beku mula dibanjiri dengan peluh.Sweater Ervin dibuka dan dia mengikatnya pada pinggang.
“Yuri,saya sejuk...Matilah saya beku dalam freezer ni.” Suara Ervin yang beralun sedih dari dalam freezer buat Yuri tersentak.Dia menyesal kerana memakai sweater pemuda itu.Pasti Ervin kesejukan sekarang ini.Ya Allah,apa yang perlu Yuri buat?.
“Bersabarlah bos.Saya cuba buka pintu ni.” Yuri seperti orang gila menarik pintu freezer yang tidak mahu terbuka.Tangannya menggigil.Pelbagai kemungkinan buruk berlegar di benak fikirannya saat itu.Kalau Ervin betul betul mati kesejukan dalam freezer macammana?.Hingga hujung nyawa sekalipun Yuri akan rasa bersalah.Bersalah kerana memakai sweater Ervin!
“Yuri,kau buat apa tu?” Pertanyaan seseorang yang datang daripada arah pintu masuk chiller mengejutkan Yuri.Yuri menghela nafas lega apabila melihat wajah Nor Hidayu atau Kak Ayu merangkap Shift Manager Pizza Star.Yuri segera menghampirinya dengan dada yang berombak laju kerana menahan cemas.Langsung tidak terfikir untuk memanggil staf Pizza Star yang lain tadinya untuk membantu Ervin keluar daripada Freezer yang berkunci.
“Kak Ayu,tolong.Pintu freezer rosak.Tak boleh buka.Bos ada kat dalam.” Pernyataan Yuri jelas mengejutkan Kak Ayu.Dia segera menuju ke arah pintu freezer dan cuba membukanya. Mungkin dia tidak percaya yang Yuri gagal membuka pintu freezer itu.
‘Kltak’.Molek saja pintu freezer di buka oleh Kak Ayu dengan satu tarikan.Yuri tercengang.
“Apa yang rosaknya.Molek je pintu freezer ni Yuri?” Ayu memandang Yuri dengan pandangan pelik.Dan Yuri terkedu apabila melihat wajah Ervin yang terjenggul daripada muka pintu freezer dengan senyuman lebar hingga ke telinga.Buat seketika,mereka bertatapan sebelum tawa Ervin meletus menggegarkan keseluruhan bangunan.
“Kenapa kau ketawa Ervin? Kau buat apa dalam freezer ni?” Kak Ayu bertanya.Yuri menggengam penumbuk.Yuri rasa dia tahu apa yang terjadi.Darah marah mengalir di segenap tubuh.Mengapalah dia bodoh sangat untuk berasa bimbang tentang keselamatan pemuda itu.
“Saja duduk dalam freezer.Main tarik tarik pintu dengan Mayurie Rosella.Kesian Yuri,tarik pintu serupa orang tak makan nasi.” Ervin tergelak senang hati.Sebentar tadi ketika Yuri berada di dalam chiller,dia memikirkan cara untuk mempermainkan gadis itu.Jadi dia berpura-pura terperangkap dalam freezer.Walhal ketika Yuri ingin membuka pintu freezer tadinya,dia menarik pintu itu dari arah dalam.Jadi Yuri gagal membuka pintu freezer dan menyangka pintu itu berkunci.Ervin tidak menyangka yang dia berjaya membuat Yuri cemas.Hatinya sedikit gembira apabila memikirkan kemungkinan yang Yuri ada perasaan sayang untuknya.Jika gadis itu tidak sayang,pasti Yuri akan biarkan saja dia terperangkap dalam freezer. 
Yuri bengang dan marah.Sia-saia saja dia panik sebentar tadi.Semuanya hanyalah gurauan daripada Ervin .Gurauan yang buat Yuri rasa macam hendak bunuh saja pemuda itu.Mengapalah Yuri boleh terlupa yang di bahagian dalam freezer terdapat tombol kecemasan yang boleh digunakan untuk membuka pintu walaupun pintu terkunci daripada luar.Satu kebodohan Yuri sendiri kerana cepat panik dengan apa yang telah berlaku hingga dia berjaya dipermainkan oleh Ervin.Yuri membiarkan Ervin tertawa senang hati dan Kak Ayu turut tergelak dek kebodohannya.
“Yuri,awak marah ke? Maaflah saya hanya bergurau.” Ervin bertanya bimbang apabila perasan yang Yuri memandangnya dengan pandangan membunuh.
Dia boleh tanya Yuri marah atau tidak? Dia fikir Yuri ini tiada perasaan ke?.Sabar Yuri ada batasnya.Yuri tidak menjawab persoalan pemuda itu dan terus membuka sweater yang terikat di pinggang sedari tadi.Dengan satu lemparan kuat,sweater itu tepat mendarat di wajah Ervin.
“Bergurau kepala otak kau!.Bodoh!” Yuri menengking dengan wajah merah menyala menahan marah sebelum meninggalkan Ervin dan Kak Ayu yang terpempam.







BAB 8
Seminggu berlalu sejak peristiwa Yuri diperbodohkan oleh Ervin dalam freezer.Sejak hari itu Yuri memang tidak bertegur sapa dengannya.Berpuluh kali Ervin meminta maaf daripada Yuri namun jangan haraplah Yuri hendak memaafkannya dengan mudah.Banyak cara Ervin gunakan untuk menarik minat Yuri agar berbual dengannya,namun tetap juga Yuri tidak layan.Dalam masa seminggu,Ervin sibuk mempelawa untuk membelanja semua staf Pizza Star makan tengahhari dengan niat Yuri akan turut serta.Yuri yang sudah masak benar dengan perangainya itu tidak terpedaya.Bila berhadapan dengan dia,Yuri akan membisukan diri.Jika dia mengarahkan Yuri melakukan apa-apa kerja,Yuri hanya mengikut tanpa bicara atau protes. Kebisuan Yuri mendatangkan seribu satu sesalan dalam diri Ervin.Tidak menyangka gurauannya menyakitkan hati gadis itu.Apa yang Ervin perlu buat untuk mendapatkan kemaafan gadis itu?
“Padan muka kamu.Buat perangai lagi.Eh,dahlah.Makcik sibuk ni.Bye!” Intonasi tinggi suara Kak Nita yang baru saja meletakkan telifon bimbitnya mematikan lamunan Yuri.Daripada tadi dia asyik mengenangkan sikap Ervin yang cuba untuk mengambil hatinya demi sebuah kemaafan.
“Kenapa kak?” Yuri yang duduk di kerusi piano milik perempuan itu bertanya ingin tahu.
“Oh,anak saudara kakak bergaduh dengan buah hati dia.Katanyadah seminggu buah hati dia tu tak nak bertegur sapa dengannya.” Kak Nita menjawab seraya menyusun beberapa keping majalah yang berselerakan di ruang tamu  ke atas sebuah meja.
“Kenapa bergaduh? Kenapa dia telifon akak?” Yuri berbasa basi sambil tangannya mula menekan kekunci piano hitam dan putih kepunyaan Nita.
“Entahlah,anak saudara akak tu,nakal sangat.Dia telifon akak bertanya cara nak memujuk buah hati dia.Akak ni manalah tahu bab pujuk memujuk ni.Teman lelaki pun tiada.Itu yang akak malas nak layan.”Jawapan Kak Nita membuatkan Yuri tersengih.Yuri malas bertanya lebih lanjut.Pedulikanlah hal anak saudara Kak Nita yang Yuri tidak kenal itu.Bukan gaya Yuri untuk masuk campur hal orang.
“Kamu mainlah apa yang kamu nak main.Akak nak mandi dulu.Lepas kemas rumah badan rasa melekit pulak.Lepas akak mandi,akak ajar kamu.” Kak Nita memberitahu.
“Okey kak.” Yuri menjawab ringkas.Sebaik saja Nita berlalu ke tingkat atas Yuri kembali menekan kekunci piano dengan bunyi yang sumbang.
Kak Nita atau nama sebenarnya Dira Anita adalah kakak angkat Yuri.Wanita yang berusia 32 tahun itu masih belum berkahwin dan berkerja sebagai seorang guru muzik.Walaupun umurnya agak lanjut,wajahnya masih cantik dan kelihatan muda.Mengikut cerita Kak Nita yang Yuri kenal hampir setahun lebih itu,dia pernah kecewa dengan cinta pertamanya.Jadi sehingga sekarang,hatinya tidak terbuka untuk berumahtangga.Yuri sentiasa berdoa agar wanita itu akan dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti.
Yuri kenal dengan Nita kerana sebuah kemalangan.Kemalangan yang hampir meragut nyawa guru muziknya itu.Dahulu,secara kebetulan,Yuri terlihat kereta Nita menghentam pembahagi jalan tidak jauh daripada tempat Yuri belajar.Bahagian depan kereta Nita mengeluarkan asap dan ketika itu dia masih berada dalam kereta tidak sedarkan diri.Mujurlah Yuri sempat mengheretnya keluar sebelum kenderaan tersebut hangus dijilat api.Yuri juga membantu menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital.Mujurlah kecederaannya tidak parah.
Kak Nita amat berterima kasih kepada Yuri dan menganggap Yuri penyelamat nyawanya. Justeru dia berhubung baik dengan Yuri dan menganggap Yuri sebagai adik kandungnya sendiri.Mereka selalu berbual dan menghabiskan waktu bersama jika Yuri tidak berkerja. Sebelum ini,Kak Nita berkerja di Amerika Syarikat sebagai guru muzik dan kini dia berada di Malaysia untuk merehatkan diri.Oleh kerana Yuri amat meminati bidang muzik,Nita sudi mengajar Yuri bermain alat muzik secara percuma.Setiap kali Yuri bercuti,jika Yuri tiada aktiviti lain Yuri akan bertandang ke rumahnya yang terletak di Johor Bharu untuk belajar bermain piano,gitar atau biola.Rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Gaia itu mempunyai pelbagai kelengkapan muzik.
Malangnya,untuk mahir belajar sesuatu alat muzik bukan mengambil masa yang singkat. Dengan kekangan kerja juga cuti satu hari dalam seminggu,Yuri memang jarang dapat belajar alat muzik dengan baik.Setakat ini,Yuri hanya berjaya bermain gitar dan beberapa not piano label budak baru belajar hasil didikan Kak Nita.Walaupun begitu,Yuri cukup bersyukur kerana dipertemukan dengan Kak Nita.Yalah,jika tidak manalah dapat Yuri hendak menuntut semua ilmu muzik dengan percuma.
Puas menekan piano dengan melodi yang entah apa-apa,Yuri beralih menggesek biola.Lagi sumbang bunyinya.Kak Nita masih belum turun daripada tingkat atas.Bukan Yuri tidak tahu,Nita kalau mandi memang mengambil masa lebih daripada satu jam.Setelah penat menggesek biola,Yuri menuju ke dapur untuk meminum air.Kak Nita menyuruh Yuri menganggap rumah itu seperti rumahnya sendiri.Jadi,Yuri ikutkan saja suruhannya itu.
Bunyi melodi piano yang beralun lembut daripada ruang tamu membuatkan Yuri tersenyum lebar.Kak Nita sudah siap mandi lah tu.Yuri melangkah malas seraya membawa segelas jus oren di tangan menuju ke arah piano Kawai.Yuri memejamkan mata,bersandar membelakangkan piano sambil menghayati melodi indah.Melodi Back To Disember nyanyian Taylor Swift dimainkan dengan baik sekali oleh Kak Nita.
“Kelak,jika saya ada anak,saya nak semua anak saya pandai bermain piano macam Kak Nita.” Yuri membuka mulut sebaik saja melodi itu tamat dimainkan.Yuri meneguk jus oren yang berada di tangan setelah berangankan masa depan yang agak samar itu.
“Itu boleh diusahakan.Awak nak berapa orang anak dengan saya?”
‘Purr!’.Habis bersembur jus oren yang berada dalam mulut Yuri apabila terpandangkan  seraut wajah itu.
“Mayurie Rosella! Kotorlah!” Ervin terjerit kecil seraya menyentuh wajahnya yang sudah basah dek semburan air mulut Yuri.Yuri terkedu dan terpegun di situ.Yuri tidak bermimpikan? Bagaimana Ervin boleh berada di hadapannya?!
“Bos,buat apa kat sini?” Mulut tidak dapat disekat lagi untuk bertanyakan soalan itu.Mata Ervin tidak berkelip kelip memandang Yuri sebelum Yuri lihat Ervin memegang dadanya sendiri.Ervin tersenyum kecil dan menghela nafas panjang.
“Alhamdulillah.Dapat pun dengar suara awak.Rindunya...” Ervin menggumam kecil sebelum memandang Yuri tunak.Tidak menyangka dia akan berjumpa dengan buah hatinya di situ! Yuri dah menggelabah tidak tentu pasal.Rasa macam sudah lama sangat tidak bertatap mata dengan Ervin.Hatinya berdebar tidak tentu pasal!
“Bos,buat apa kat sini?” Sekali lagi Yuri bertanya apabila Ervin kelihatan ralit memandangnya.Gaya macam sudah lama sahaja dia tidak melihat wajah Yuri.
“Saya bukan bos awaklah.Saya Daniel Ervin.” Ervin akhirnya menjawab sebelum mendekati Yuri.Yuri rasa sesak nafas apabila melihat wajah pemuda itu yang masih basah dengan jus oren.Padan muka dia!.Siapa suruh mengejutkan dia lagi!.Tapi macam mana Ervin boleh ada di sini?
“Ya Allah,budak bertuah ni,bila sampai sini?!” Suara nyaring Kak Nita mengejutkan Yuri dan Ervin yang asyik merenung Yuri menggelabah seketika.Yuri melihat Ervin tersenyum lebar ke arah Kak Nita yang baru turun daripada tangga sebelum dia mencium tangan perempuan itu.Kak Nita kenal Ervin? Apa hubungan mereka berdua?.Yuri tertantya-tanya.
“Baru je sampai makcik.” Ervin memberitahu dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir dilemparkan untuk Yuri.
Makcik? Kak Nita ini makcik dia ke?.Pelbagai soalan muncul dalam benak fikiran Yuri.
“Ini yang basah bagai kenapa ni?” Kak Nita menguis rambut Ervin dengan hujung jarinya dan Yuri masih terpaku di hadapan mereka berdua.Sekadar menjadi pemerhati.
“Adik kesayangan makcik nilah sembur jus oren dekat muka Ervin.Habis muka Ervin melekit.” Ervin mengadu manja.Kak Nita memandang Yuri seperti meminta sebuah penjelasan.
“Maaf kak.Saya terkejut nampak dia tadi.Saya ingatkan akak yang tengah main piano.” Pantas saja Yuri memberitahu agar Kak Nita tidak salah faham.Betul dia tidak perasan yang melodi tadi dimainkan oleh Ervin dan bukannya Kak Nita!
“Takpelah Yuri.Ervin ni memang suka mengejutkan orang.Dia ada kunci pendua rumah ini.Sebab tu dia boleh masuk sesuka hati.Lupa akak nak kenalkan.Ini Daniel Ervin anak saudara akak.” Kak Nita memberitahu dan Yuri tergamam.Dia anak saudara Kak Nita? Biar betul? Adakah Ervin yang menelifon Kak Nita tadi?.
“Tak payah kenalkanlah makcik.Yuri ni dah kenal dengan Ervin.Dia kerja dengan Ervin.”
Penjelasan Ervin buat Kak Nita mengerutkan dahi.Beberapa ketika Ervin kelihatan berbisik dengan Kak Nita dan perempuan itu kelihatan tergelak kecil.Entah apalah yang mereka bisikkan. Yang Yuri tahu,pastilah mereka berbicara sesuatu mengenai Yuri kerana Ervin sibuk menjeling Yuri sepanjang dia berbisik di telinga Kak Nita.Sahlah tu mengutuk Yuri!.
“Baguslah kalau kamu berdua dah kenal.Vin,kamu tak nak salin baju ke?” Kak Nita bertanya sebelum tersenyum penuh makna terhadap Yuri.Sakitnya hati bila mengenangkan kemungkinan Ervin mengutuk hal dirinya pada Kak Nita.Yuri ingatkan Yuri hanya terpaksa menghadap wajah kacak itu jika berada di Pizza Star.Malang sekali,di sini juga Yuri terpaksa menatap wajah yang memualkan itu.
“Nak salinlah ni.” Yuri tersentak sebelum cepat menutup mata apabila Ervin dengan selamba membuka butang kemejanya di hadapan Yuri dan Kak Nita.Tiada adab betul!.
“Ambil ni.Jangan lupa basuh!” Entah untuk kali yang ke berapa Ervin mencampakkan bajunya ke atas kepala Yuri.
Yuri merentap bajunya yang sedikit basah itu dengan geram sebelum menjeling Ervin dengan renungan maut.Hampeh!.Patutlah dia berani menanggalkan baju di hadapan Yuri.Rupa rupanya dia masih memakai sehelai t shirt dalam kemejanya.Ervin tersenyum mengejek ke arah Yuri sebelum  berlalu ke dapur.Membasuh mukanya di sinki.
“Maaflah Yuri kalau Ervin tu banyak menyusahkan kamu.Dia tu memang suka menyakat.” Kak Nita tiba tiba memberitahu.Yuri tidak kisah kalau Ervin suka menyakat orang lain. Masalahnya sekarang pemuda itu cuma suka menyakat dan membuat Yuri marah.Dengan orang lain Yuri tidak pernah melihat Ervin berpelakuan begitu.Menyampah betul!.
Yuri mengabaikan kata-kata Kak Nita.Dia mengambil beg sandang yang terletak berhampiran sebelum memasukkan kemeja Ervin ke dalamnya.Memang salah Yuri kerana membuat kemeja majikannya kotor.Jadi,Yuri perlulah membasuh pakaiannya itu walaupun Yuri tidak rela.Beberapa ketika wajah Ervin kembali berada di hadapannya.
“Sebab awak dah basahkan baju saya,sekarang saya nak awak temankan saya pergi beli baju baru.” Selamba badak sahaja Ervin mengeluarkan arahan seraya mengajukan jari telunjuknya ke arah Yuri.
“Pergi beli sendirilah.Hari ini saya ada kelas muzik dengan Kak Nita.” Yuri mencebik bibir dan berpeluk tubuh sebelum berpaling ke arah lain.Jangan ingat Ervin dapat mengarahkan dia melakukan sesuatu dengan paksa.Sekarang bukan waktu bekerja di Pizza Star! Dia sedang bercuti!
“Takpelah.Kelas batal hari ni.Akak ada hal sikit dekat luar.Yuri pergilah temankan Ervin beli baju baru dia.” Yuri melopong mendengar bicara  Kak Nita.Daripada semalam tiada pula Nita mengatakan dia ada hal di luar.Seperti sengaja ingin Yuri menemankan anak saudaranya yang sengal itu membeli pakaian baru.Ervin setia mempamerkan senyuman nakalnya ke arah Yuri.Sakit hati betul!.
BAB 9
Sepanjang perjalanan menuju ke pasaraya Aeon Tebrau,Johor Bharu Ervin sibuk bertanyakan banyak soalan kepada Yuri.Bila Yuri malas melayan dia mencebik bibir dan mula mempamerkan muka merajuk.Dia ingat Yuri hendak pujuk ke? Boleh jalanlah! Jika tidak mengenangkan kesalahan Yuri membasahkan bajunya juga Kak Nita yang membatalkan kelas muzik,jangan harap Yuri hendak mengikuti pemuda itu.Sudahlah kesalahan dia yang dulu Yuri tidak maafkan lagi.Sekarang dia cuba berbuat baik dengan cara memaksa Yuri mengikutinya. Lagilah Yuri bertambah sakit hati!.
Sebaik tiba di pasaraya,Ervin memakirkan kereta mewahnya dengan berhati hati.Setelah mematikan enjin dia cepat sahaja keluar daripada kereta.Tinggallah Yuri yang terkial-kial membuka tali pinggang keselamatan.Baru saja Yuri hendak membuka pintu,pintu kereta sudah terbuka dengan sendiri.Bukan dengan sendiri,tapi ada orang yang terlebih rajin membukakannya untuk Yuri.
“Kita dah sampai my princess.” Ervin melemparkan senyuman manis buat gadis itu.Gadis yang sedang merajuk dan dia perlu memujuk!
“Saya bukan tak boleh buka pintu kereta sendiri.” Yuri menegur dengan suara tegas sebaik keluar daripada perut kereta.
Ervin tidak mengendahkan pertanyaan Yuri dan terus menutup pintu kereta.Jauh dalam hati,Yuri tercuit dengan layanannya itu.Pertama kali dalam sejarah hidup,ada lelaki yang membukakan pintu kereta tanpa dipinta.Seketika Yuri berasa seperti seorang puteri.Puteri dalam alam fantasi! Mereka berdua beriringan masuk ke dalam pasaraya.Yuri hanya mengikut saja langkah Ervin kerana dia tidak tahu kedai mana pemuda itu mahu membeli pakaian.Apa yang membuatkan Yuri sakit hati,hampir satu jam berkeliaran di dalam pasaraya itu,tiada satu pakaian pun yang dibeli Ervin. Daripada kedai jenama Converse,Nike,Puma,Adidas dan banyak lagi yang mereka berdua masuki,langsung tiada pakaian yang kena dengan selera Ervin.Cerewet betul lelaki bernama Daniel Ervin itu!
“Boleh tolong cepat sikit tak beli baju tu? Pukul berapa baru nak balik ni?.Berapa banyak kedai lagi nak masuk baru jumpa baju yang sesuai!” Yuri mula merungut tidak puas hati apabila melihat Ervin melangkah keluar daripada kedai jenama Billabong.
“Tak payah nak membebel pulak.Siapa suruh awak basahkan baju saya.Saya ni memang cerewet orangnya semasa nak membeli pakaian.” Selamba sahaja Ervin menjawab sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kedai jenama Timberland.Sengaja hendak melambatkan waktu.Berjalan beriringan dengan Yuri sudah cukup untuk buat hati Ervin berbunga walaupun dia tahu Yuri sedang badmood.
Yuri mendengus tidak puas hati.Apalah malang nasib Yuri kerana membasahkan baju Ervin.Tidak tentu pasal masa Yuri terbuang begitu sahaja dalam pasaraya.Yuri berdiri di satu sudut sambil membelek beberapa helai t shirt lelaki berleher bulat yang terdapat dalam kedai itu.Hati berasa sedikit lega apabila Yuri terlihat Ervin telah memilih sehelai kemeja dan memasuki bilik persalinan.Agaknya berkenanlah tu.Ini kerana sedari tadi,Ervin sekadar membelek semua pakaian dan tidak mencubanya.Moga kali ini dia akan membeli kemeja itu.Tidaklah Yuri terseksa  menahan rasa bosan yang melampau.
Tiba-tiba satu perkara terlintas dalam fikiran Yuri.Bagaimana jika Ervin menyuruh dia membayar pakaian yang dibeli? Mana Yuri ada duit?.Sudahlah pakaian jenama Timberland bukan murah harganya.Duit dalam dompet hanya tinggal seratus ringgit.Ah,pedulikanlah! Yuri bukan mengoyakkan baju Ervin hingga tidak boleh dipakai.Lagipun,Ervin sudah menyuruh Yuri membasuh kemejanya yang basah tadi.Jadi,tidak perlulah Yuri membelikannya pakaian baru kan?
“Sayang,okey tak kemeja ni?” Berderau darah Yuri apabila dipanggil sedemikian rupa. Apabila Yuri berpaling ke belakang,Yuri melihat Ervin sedang berdiri di depan pintu persalinan dengan memakai kemeja baru.Dua orang perkerja perempuan kedai itu yang melihat Ervin tersengih tidak tentu pasal.Yuri tahulah dia hensem!.Nak menggatal pulak! Yuri berang tidak tentu pasal.
“Okey.” Yuri menjawab sambil memandang pemuda itu daripada atas hingga ke bawah. Kemeja lengan pendek berwarna hitam berbelang biru itu amat sesuai dengan tona kulit Ervin yang putih.Tambahan lagi,Ervin memang kacak.Pakai apa pun tetap nampak menarik. Beruntunglah siapa yang dapat jadi isteri dia.Ah,apa yang kau merepek niYuri?!.
“Sayang,okey je ke?” Sekali lagi Ervin memanggil Yuri sayang dengan nada yang begitu manja.Meremang semua bulu roma di atas badan Yuri.Hendak bersayang bagai dengan Yuri pulak.Sudah gila agaknya si Daniel Ervin ni!.Yuri merenungnya tajam dan Ervin merenung balas lembut.Jika Yuri cakap sesuatu yang biadab dalam kedai ini,pasti dia dapat malu.Yuri bukan jenis orang yang suka menjatuhkan aib orang lain di khalayak umum.Namun sikap Daniel Ervin selalu menguji kesabarannya!
“Okey sangat.Awak nampak sangat kacak,segak,bergaya,berkarisma,elegan,unggul,hot dan macho sangat dengan kemeja tu.” Membulat mata Ervin mendengar pujian Yuri yang langsung tidak ikhlas itu.Buat seketika dia memandang Yuri tanpa berkelip.Kemudian tawa Ervin meletus membingitkan kedai itu.Beberapa orang staf kedai itu turut sama tertawa.Yuri hanya tersenyum kecil.Perangai macam budak kecil jelah dia ni.
“Okeylah,kalau sayang cakap macam tu,saya beli kemeja ini sajalah.”
Akhirnya Ervin membuat keputusan yang menyenangkan hati Yuri.Ervin kembali memasuki bilik persalinan dan Yuri kembali membelek pakaian yang tergantung di segenap sudut kedai itu.Yuri memegang dada yang berdebar.Aduhai,kenapa hati ini rasa berbunga apabila Ervin memanggilnya sayang.Jangan cepat melatah Yuri! Jangan perasan! Yuri bangkit dari terus mengelamun.
“Cantiknya t shirt ni.” Yuri bermonolog sendiri sambil tangannya membelai lembut sehelai t shirt lelaki berwarna coklat pekat dengan corak yang menarik terlakar di atasnya.Jika Yuri ada duit,sudah lama dia membeli t shirt secantik itu.Jangan pelik jika Yuri memakai t shirt lelaki sebab itu memang sudah menjadi kebiasaan.Kadang kala baju abang dia pun dia pakai tanpa rasa malu.
“Sayang,saya dah siap.”
Terkejut beruk Yuri apabila terdengar satu suara berbisik lembut di cuping telinganya.Apabila Yuri berpaling,Ervin berada di hadapannya.Pemuda itu menjimbit sebuah beg kertas di tangan. Mungkin sudah membeli kemeja tadi.Yuri boleh berkhayal hingga tidak sedar yang Ervin telah keluar daripada bilik persalinan dan selesai membayar harga pakaian.Nasib baik dia tidak suruh Yuri yang bayar.
“Tak payah nak sayang sangatlah.” Yuri mendengus kecil sebelum kembali memegang t shirt yang menarik minatnya sebentar tadi.Yuri terdengar Ervin tergelak.
“T shirt tu tak sesuai dengan awaklah Yuri.” Ervin menegur ikhlas.
Sekali lagi Yuri terasa hati.Yuri tahulah yang dia tidak mampu membeli pakaian di kedai itu.Tapi tidak payahlah Ervin mengutuknya..Sakit hati betul!.Pantas Yuri mengorak langkah keluar daripada kedai dan Ervin mula mengejar.Cepat saja pemuda itu menyaingi langkahnya.
“Singgah sini sekejap.” Selamba sahaja Ervin menarik pergelangan tangan Yuri apabila mereka melintasi sebuah kedai yang menjual pakaian perempuan.Yuri yang tidak sempat memprotes mengikuti tarikannya terdorong sama ke dalam kedai itu.
“Awak nak beli apa dekat sini? Bra? Panties?” Dengan nada bengang Yuri bertanya.langsung tidak memikirkan ayat yang keluar dari bibirnya.Yuri berpeluk tubuh seraya memandang keseluruhan kedai Beauty yang dipenuhi pakaian perempuan pelbagai fesyen itu.Ervin hendak membeli pakaian untuk Kak Nita atau teman wanitanya ke?.
“Erk..nope.Kalau awak dah kahwin dengan saya.Boleh je saya belikan B atau P untuk awak.Nak corak harimau bintang pun boleh.Mesti seksi bila awak pakai kan?” Jawab Ervin dengan senyum senget.
Yuri menghela nafas panjang.Tidak tahu malu betullah Ervin ni! Pandai pula hendak berkias menggunakan perkataan B untuk bra dan P untuk Panties.Dengan Ervin memang tidak boleh terlepas cakap.Semuanya dijadikan modal untuk membuatkan wajah Yuri membahang.
“Enough of rubbish talking.Awak nak beli apa dekat sini?” Suara Yuri naik seoktaf bila melihat Ervin ingin mempermainkannya.
“Okey,I’m sorry.Saya cuma bergurau.Awak pilih jelah mana mana baju yang awak suka.Saya nak belikan untuk awak.” Ervin cepat meminta maaf,tidak sanggup menghadap kebisuan gadis itu lagi.Dia tersenyum manis ke arah Yuri yang menunjukkan reaksi pelik.
“Saya tak nak.” Yuri menjawab ringkas.Tidak tentu pasal hendak belikan baju untuknya.Apa hal pulak?!
“Tak kira.Saya nak paling kurang awak pilih sehelai baju.Saya ikhlas nak belikan awak baju.Kalau awak tak nak pilih,saya akan tinggalkan awak seorang diri dekat pasaraya ni.” Ervin cuba mengugut Yuri.
“Ada saya kisah? Pergilah balik seorang diri.Tak mati pun kalau setakat tak balik naik kereta awak.Awak ingat saya tak pernah naik bas?” Yuri menjawab pantas sebelum berlalu keluar daripada kedai itu.Bengang betul dengan sikap Ervin yang suka memaksa.Ervin terkejut kecil apabila Yuri meninggalkannya.Sekali lagi dia mengejar Yuri.Gaya mereka ketika itu seperti pasangan kekasih bergaduh pulak.
“Alahai,janganlah marah.Saya gurau jelah.Takkanlah saya nak tinggalkan awak dekat sini.Okey,kalau awak tak nak baju,saya nak belanja awak tengok wayang.Boleh?” Ervin bertanya sebaik dapat beriringan dengan Yuri.
Ervin ini memang tidak faham bahasa agaknya.Dia ingat aku suka sangat ke berduaan dengan dia ke sana dan ke sini.Protes Yuri dalam diam.
“Saya tak nak.Sekarang saya nak balik.Kalau awak tak nak balik, itu awak punya pasal.Saya boleh balik sendiri.Awak tawaf jelah dalam pasaraya ni seribu kali sampai malam.Tidur  terus kat sini!.” Yuri membentak geram dan mencerlung marah ke arah pemuda itu.Ervin mengeluh kecil dan mempamerkan riak wajah kecewa.Yuri bukan gadis yang boleh digoda dengan kemewahan.
“Okey.Saya minta maaf.Saya tahu awak tak suka temankan saya.Tapi,tolong Yuri,teman saya makan? Saya laparlah.Saya takut diserang gastrik.Lepas tu saya janji akan hantar awak balik.” Ervin mengenggamkan kedua belah tangan tanda merayu bersama matanya yang sengaja dikebil kebilkan minta simpati Yuri.
Yuri yang melihat wajah tampan itu membuat memek comel tidak sampai hati untuk menolak. Hatinya cepat berasa kasihan bila Ervin buat muka macam tu.
“Yalah.” Jawapan Yuri jelas menyebabkan Ervin tersenyum ceria.
............
Restoran Manhattan menjadi pilihan.Mujurlah Ervin tidak banyak ragam sewaktu memilih restoran untuk makan tengahhari.Jika tidak memang Yuri tinggalkan saja pemua itu di situ.Malas membuang waktu lagi.Setelah disambut oleh perkerja restoran,mereka berdua duduk di kerusi yang terletak di hujung sudut.Jauh daripada pandangan ramai dan agak tertutup.Yuri duduk bertentangan dengan Ervin.
“Awak nak makan apa?” Ervin bertanya lembut apabila perkerja restoran itu menghantarkan menu.Ketika itu Yuri sedang bermesej dengan Farah yang sibuk bertanyakan kedudukan Yuri.
Order jelah apa-apa.” Yuri yang malas melihat menu kerana sibuk bermesej menyerahkan  tugas itu kepada Ervin.
“Siapa yang mesej?” Ervin bertanya laju.tertanya-tanya siapa yang bermain mesej dengan Yuri.Sepanjang mengenali Yuri,Ervin tahu yang Yuri bukan jenis gadis yang gila dengan henpon.Dalam zaman moden ini,kebanyakan gadis atau lelaki sentiasa berkepit dengan henpon hingga tidak menghiraukan orang sekeliling.
“Not your business.” Jawapan Yuri menyebabkan Ervin mencebik bibir tidak puas hati.
“Mayurie Rosella,saya nak minta maaf dekat awak pasal kejadian dalam freezer kali lepas.Niat saya cuma untuk bergurau.Tak sangka yang awak serius marahkan saya.Saya minta maaf banyak banyak.” Ervin membuka bicara selepas Yuri kelihatan tidak bermesej lagi.Teliti dan lembut tutur bicara Ervin.Tidak mahu berterusan berperang dingin dengan gadis dihadapannya.Kerana kebisuan dan sikap Yuri yang suka menjauhkan diri buat Ervin makan hati.Yuri yang mendengar sekadar terkebil kebil.Entah kenapa hatinya seperti telah memaafkan kesilapan Ervin sejak dulu lagi.Cuma maaf itu tidak terungkap di bibir.
“Saya tak kisah kalau awak nak marahkan saya.Tapi tolonglah bila berhadapan dengan saya awak jangan diam membisu.Saya mati kutu bila awak buat macam tu.” Kali ini suara Ervin seperti meminta belas kasihan.
“Saya janji lepas ni saya takkan bergurau macam tu lagi dengan awak.Saya minta maaf.Tolong ya jangan tak endahkan saya?” Ervin tidak akan berpuas hati selagi Yuri tidak memaafkan kesilapannya yang bergurau tidak kena tempat.
Yuri memandang wajah Ervin lama. Daripada gaya Ervin bercakap macamlah dia sedang memujuk teman wanitanya.Macamlah besar sangat kesalahan yang dia buat hingga dia mahu berulang kali meminta maaf pada Yuri.
“Mayurie Rosella,please forgive me?” Mata tajamnya merenung Yuri dengan pandangan penuh harapan.
“Okey,saya maafkan awak.” Yuri pun malas hendak mendengar permintaan maafnya lagi.
“Yes!” Ervin terjerit kecil.Senang hati.
“Terima kasih kerana sudi maafkan saya.” Sambungnya dengan senyuman berseri.
“Sama-sama.Tapi ingat ya,sekali lagi awak bergurau macam hari itu dengan saya,saya takkan maafkan awak dengan mudah “ Yuri sempat memberi amaran.Tidak mahu diperbodohkan lagi.
“Saya janji.” Senang saja Ervin berjanji.Siap mengangkat tangannya seperti bersumpah. Melihat wajahnya yang tersenyum gembira itu membuatkan hati Yuri sedikit tercuit.Pelik betullah lelaki ni!.
Selang beberapa minit dua orang pelayan restoran  menghantar pesanan makanan dan minuman ke meja mereka.Yuri sibuk memerhatikan uniform perkerja restoran itu.Berwarna hijau lumut,berseluar hitam dan apronnya panjang daripada leher hingga ke kaki.Yuri rasa uniform Pizza Star lagi cantik.Dua gelas jus oren dihidangkan di hadapannya dan dua pinggan besar makanan turut diletak sama.
“Jom makan,saya dah lapar ni.Bismillahhirahmannirahim.” Ervin cepat saja menggapai sudu dan pisau yang tersedia sebelum memulakan suapan.Lapar benar gayanya.Yuri hanya tersenyum kecil melihat pemuda itu menyudu Scottish Smoked Salmon dengan berselera.
Mata Yuri membulat apabila terpandangkan hidangan yang tersedia di hadapannya.Seekor udang kara besar terbaring di dalam pinggan bulat dengan ramuan tertentu.Grilled Lobster nama makanan ini.Terus hilang selera Yuri untuk makan.Yuri ingatkan Ervin akan memesan makanan yang sama sepertinya.Ini kerana jenis minuman mereka sama.Kenapa Ervin makan salmon dan Yuri perlu memakan lobster yang dia tidak gemari itu?.Menyesal kerana tidak memesan makanan mengikut citarasa sendiri tadi.
“Kenapa awak tak makan?” Ervin bertanya pelik apabila melihat Yuri langsung tidak menyentuh hidangan mahal itu.
“Saya tak makan udang.”
“Tapi bukan awak makan udang tempura ke?” Ervin memulakan soal jawab.Dia pernah nampak Yuri memakan udang tempura yang dijual di Pizza Star.Sebab itulah dia mengoder lobster sebentar tadi.
“Itu lain.Rasa udang tempura tak sama macam rasa udang yang belum diproses.Saya akan throw up kalau makan udang yang segar macam ni.” Jujur Yuri memberitahu.Agak bengang juga apabila mengetahui Ervin memerhatikan tindak tanduknya selama ini.Jika tidak masakan pemuda itu tahu yang dia pernah makan udang tempura.
“Ya Allah,kenapa tak cakap daripada awal? Maaf,saya tak tahu awak tak makan udang sebegini.Kita oder makanan lain ya.” Ervin kelihatan bersalah dan wajahnya seperti kecewa.Kecewa kerana salah meneka makanan kegemaran Yuri.
“Tak payahlah Ervin.Awak makan je lobster ni.Membazirlah.Apa kata kita tukar makanan?” Yuri melarang Ervin daripada memanggil pelayan restoran.Dia terkebil kebil memandang Yuri.
“Awak nak tukar makanan dengan saya? Tak apa ke?” Soalan Ervin mengejutkan Yuri.Lidahnya terkelu seketika.Ya Allah,kau ingat pemuda di hadapan kau ini abang kau ke Yuri!.Siap nak tukar makanan bagai.
“Er..tak kisah.Itupun kalau awak tak kisahlah.” Terlajak perahu boleh diundur,terlajar kata pandai pandailah cover line.Yuri sedikit tergagap apabila Ervin merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Saya lagi tak kisah.Saya suka tukar makanan dengan awak.” Laju saja tangannya menarik pinggan lobster Yuri dan Ervin menolak pinggan ikan salmonnya ke arah Yuri.
Mengenangkan yang Ervin baru menyuap beberapa sudu,hidangan salmon itu masih banyak untuk mengenyangkan Yuri.Mujurlah dia makan menggunakan sudu dan pisau.Jika dia makan menggunakan tangan memang Yuri tidak sanggup memakan sisanya.Selepas membaca doa makan Yuri memulakan suapan begitu juga dengan dia.Memang sedap sangat menu ikan salmon ni!.Pandai dia memilih makanan.Yuri lihat Ervin memakan hidangan lobster itu dengan berselera.
“Awak alergik dengan udang ke Yuri?” Setelah beberapa suapan Ervin menyambung perbualan.
“Taklah.Saya cuma tak suka makan.Tekak dan perut saya tak boleh terima.Udang dan ketam juga yang sama waktu dengannya.” Ervin tergelak kecil mendengar ayat Yuri.Pelik betul selera gadis dihadapannya itu.
“Semua makanan laut awak tak makan ke?” Ervin tanya lagi dengan riak muka berminat.
“Taklah.Saya makan makanan laut kecuali udang dan ketam.Tapi kalau udang dan ketam yang dah diproses jadi sesuatu makanan yang lain,saya makan.Kalau makanan darat,selagi halal,semua saya sapu.” Gelak Ervin semakin besar mendengar jawapan Yuri.Pelik dan pelik.Itulah perkataan yang berlegar dalam otak Ervin saat itu.
“Saya pun tak memilih dalam soal makan.Selagi halal,semua saya sapu.” Beritahu Ervin senang hati.
Tanpa Yuri sedari sepanjang makan tengahhari itu mereka berdua berbual dengan rancak.Seperti Yuri dan Ervin adalah sahabat baik.Ervin sangat mudah ketawa dan peramah orangnya.Ada saja soalan yang dia tanyakan pada Yuri dan mulut Yuri rajin menjawab.Dia tanpa rasa kekok memberitahu Yuri beberapa hal tentang dirinya sebelum dia menjadi pengurus Pizza Star dulu.Yuri hanya menadah telinga walaupun Yuri tidak berapa berminat mendengar!.















BAB 10
“Wah,sedapnya!” Yuri meneguk rakus segelas kecil air Mocha Frappe yang dibuat oleh Kak Ifa sebelum tersenyum kepuasan.Dalam cuaca panas sebegini,apabila dapat meneguk minuman berais,nikmatnya sangat dirasai.Pizza Star adalah sebuah restoran yang mempunyai penghawa dingin.Walaupun begitu akibat cuaca panas terik di luar,bahangnya tetap dapat dirasai.
“Kau cadangkanlah pada pelanggan agar membeli ice blend banyak banyak.Nanti bolehlah akak buatkan air subsidi untuk kau.” Kak Ifa yang sedang membasuh gelas di bar bersuara ke arah Yuri yang berdiri tidak jauh darinya.Yuri tersenyum senget.
Air subsidi yang dimaksudkan Kak Ifa ialah air lebihan yang dibuat apabila pelanggan memesan minuman yang berbentuk ice blend atau yogurt.Selalunya Kak Ifa akan membuat air tersebut dengan banyak apabila pelanggan memesan minuman tersebut dalam kuantiti yang banyak.Bila banyak minuman yang lebih,Kak Ifa akan memberikannya kepada Yuri dan staf servis yang lain.
“Yuri,awak minum air apa tu?” Satu suara yang menegur dari arah belakang membuatkan Yuri tersedak kecil.Apabila Yuri berpaling ke belakang,Ervin sedang melihat Yuri dengan senyuman kecil.Pantas saja dia menghampiri Yuri dan menepuk lembut belakang badan Yuri.
“Minum tu janganlah gelojoh sangat.Kan dah tersedak.” Dia menegur lembut dan Yuri segera menepis tangannya yang masih berada di belakang badan.Kak Ifa yang memerhati tersengih seperti kerang busuk.
“Bukan sebab saya minum gelojoh,masalahnya awak tu yang mengejutkan saya.” Yuri menjawab bengang apabila sudah boleh bernafas lega.Apabila Yuri menatap wajah Ervin,dia masih tersenyum ceria.Aduhai,kenapalah dia ini suka sangat tersenyum macam tu dekat aku? Hati ini berdebar tidak tentu pasal.Kata Yuri dalam hati.
“Maaflah,saya tak sengaja.Awak minum air apa ni?” Belum sempat Yuri menjawab,Ervin selamba mengambil gelas yang Yuri pegang tadi dan meneguk lebihan air di dalamnya.Yuri dan Kak Ifa tercengang.
“Ni air Mocha Frappe kan?” Ervin bertanya lagi dan Yuri menelan liur.
Takkanlah sebab Yuri minum air itu Ervin mahu memarahi Yuri.Jika mengikut prosedur kerja Pizza Star air lebihan seperti yang Yuri minum itu perlulah dibuang dan tidak boleh diberi kepada staf.Jadi,maknanya Yuri sudah melanggar peraturan.Dia kan bos,kalau dia memaki Yuri atas kesalahan meminum air subsidi itu,tidak ke malu muka Yuri?.Yuri sama sekali tidak akan menyalahkan Kak Ifa.Otak Yuri bersoal jawab sendiri.
Ervin terpinga pinga seketika apabila Yuri tidak menjawab soalannya.Bahkan Yuri mengeluarkan not sepuluh ringgit daripada wallet yang tersimpan dalam apronnya dan memasukkan duit itu ke dalam poket baju Ervin.Ervin sedikit tersentak apabila Yuri berbuat sedemikian rupa.Belum sempat Ervin membuka mulut Yuri keluar daripada bar dan menuju ke pintu hadapan Pizza Star. Takut jika Ervin memarahinya atas kesalahan meminum air lebihan itu.Tapi,Ervin pun minum kan?
“Hei,dah janji dengan saya kan tak nak buat perangai macam ni lagi?” Ervin menarik lembut bahagian belakang vest Yuri apabila gadis itu hampir dengan pintu hadapan Pizza Star.Yuri kecut perut.Sebelum ini Ervin ada nampak Yuri minum air subsidi ke? Bukankah Ervin selalu memerhatikannya? Ada juga kena buang kerja!
Ervin berdiri di hadapan Yuri dan memandang gadis itu dengan wajah yang agak sedih.Kebelakangan ini Ervin berasa bahagia sangat apabila Yuri kelihatan ingin berbaik dengannya.Yuri boleh membahasakan saya dan awak ketika berbicara dengannya dan gadis itu jarang meninggikan suara seperti dahulu.
“Er..janji apa? Perangai apa?” Yuri tidak faham.
“Nampak,dah lupa pulak.Tak sukalah macam ni.” Ervin bersuara dengan nada seperti orang merajuk.Yuri memberanikan diri untuk menatap wajah yang sentiasa tampan itu. Wajah yang  kelihatan cemberut memandang Yuri.
“Maaf.Saya tak sengaja melanggar prosedur kerja.Saya tak sepatutnya minum air tu.” Yuri menundukkan kepala dan meminta maaf.Sebelum Ervin memaki dirinya lebih baik dia meminta maaf terlebih dahulu.Ervin mengecilkan mata dan tercengang.Tidak memahami bicara Yuri.
“Ya Allah,apa pulak kait mengait dengan air ni.Awak dah janji dengan saya kan,kalau saya berhadapan dengan awak,kalau saya tanya apa-apa,awak jangan membisukan diri.Awak dah janji dengan saya.Jangan mungkir janji.” Yuri menggaru garu kepala yang tidak gatal.Kenapa bicaranya lari daripada topik ni? Oh,maknanya dia tidak marahlah Yuri minum air itu.
“Oh..saya ingat awak marah saya sebab minum air Pizza Star!” Yuri cuba menyembunyikan kebodohan kerana berfikiran yang bukan bukan.Ervin menghela nafas lega dan mengeluarkan duit yang Yuri isi dalam poket kemejanya sebentar tadi.
“Ini,yang tak tentu pasal masukkan duit dalam baju saya kenapa? Ingat saya tabung bergerak ke?” Ervin membebel sebelum memasukkan kembali duit itu ke dalam poket apron Yuri.
“Er..taklah.Saya tersalah masuk.” Jawapan paling bodoh pernah Yuri beri.Dan Ervin hanya menggeleng geleng kepala.
“Saya tak kisahlah kalau awak nak minum apa jenis air pun dalam Pizza Star ni.Minum sajalah.Tak payah nak takut dengan saya.Saya bukan nak marah awak pun.Awak bukan orang lain,staf Pizza Star juga.”
Yuri terkedu apabila Ervin meletakkan tangannya di atas kepala Yuri dan mengosok rambutnya perlahan.Ervin seperti memahami apa yang berlaku sebentar tadi.Kebanyakkan pengurus restoran memang tidak memahami pekerja bawahannya.Kadang kala staf makan sesuatu yang ingin dibuang pun akan dijadikan isu.
Yuri tersenyum girang dengan jawapan Ervin.Bagusnya…Ervin kata Yuri boleh minum apa jua jenis air pun dalam Pizza Star.Jika setiap hari Yuri dan semua staf Pizza Star minum air Mocha Freppe,mahu kos minuman bulanan Pizza Star melambung tanpa mendapat sebarang keuntungan.Silap hari boleh gulung tikar Pizza Star ini!.
“Em,saya ada kerja sikit nak buat dalam ofis.Hari ini awak jadi penyambut tetamu.Jangan asyik merenung gambar Ace saja.Nanti saya jeles.” Ervin menjatuhkan tangannya daripada kepala Yuri dan berlalu pergi.
Yuri melopong dan terkaku di situ.Seperti tahu saja Yuri akan merenung wajah Ace setiap kali menjadi penyambut tetamu.Hendak cemburu bagai.Sudah gila ke apa? Mujurlah Kak Ima yang menjadi juruwang hari itu pergi ke tandas.Jika tidak mahu dia bertanyakan Yuri banyak soalan tentang perilaku Ervin yang berlebihan prihatin itu.Tidak tentu pasal nama Yuri tersenarai sebagai bahan gosip staf Pizza Star kelak.
.......................................
“Yuri,jom makan Spicy Chicken Wings.! Ada banyak ni!” Jeritan Kak Kiot atau nama sebenarnya Zakiah daripada arah bar mematikan langkah Yuri yang baru keluar daripada pintu dapur Pizza Star.
Waktu bekerja telah tamat.Beberapa orang staf yang Yuri kenali turut berada di situ sambil menjamu selera.Ada yang makan kek,pizza dan kepak ayam.Memandangkan pelanggan berkurangan saat itu,Yuri turut mengikut ajakan Ika.Dua jam lepas,seramai 35 orang pekerja kilang eletronik menjamu selera di Pizza Star.Majikannya telah menempah restoran itu untuk menyambut hari jadinya sekaligus membelanja semua stafnya.Adatlah majikan membelanja staf,Yuri memang sudah biasa dengan sambutan seperti itu.
Hampir mencecah enam ratus ringgit bil yang dibayar majikan mereka itu.Sebelum mereka pulang,majikan mereka berbaik hati memberikan Zakiah sebahagian daripada kek hari jadinya. Oleh kerana mereka memesan makanan dengan banyak,masih terdapat beberapa jenis makanan yang belum disentuh di atas meja.Jadi,staf servis mengambilnya dan meletakkan semua makanan itu di bar untuk dimakan.Sedang Yuri enak mengunyah kepak ayam dengan Zakiah,tiba-tiba sahaja Ika, Kak Ima,Farah,Aizul dan Din berlari keluar daripada bar dan terus menuju ke bahagian kerja masing-masing.Apabila Yuri berpaling ke kanan,kunyahan Yuri terhenti.
Ervin sedang memerhatikan Yuri dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Wajahnya  tegang dan tiada secalit senyuman pun dihadiahkan untuk Yuri.Entah sejak bila dia berdiri di situ,Yuri tidak perasan.Patutlah,semua staf meninggalkan bar,takut dengan bos rupanya.Yalah,nanti dia cakap staf Pizza Star curi tulang sewaktu bekerja.
“Mayurie Rosella,saya nak jumpa awak dalam ofis sekejap.Sekarang.” Ervin memberi arahan tegas dan terus berlalu memasuki dapur.Pejabatnya terletak bersebelahan dapur Pizza Star.Yuri yang sedang makan,terpinga pinga seketika.Mengapa Ervin hendak berjumpa dengannya? Yuri segera membasuh tangan yang kotor dan mengelapnya dengan sehelai kain kering.
“Kak,jangan gaduh dengan bos.” Ika sempat memberi pesanan sebelum Yuri berlalu menuju ke pejabat Ervin.Ingat Yuri ni muka kaki gaduh ke?.
Di saat Yuri memasuki pejabat,Ervin kelihatan sedang mengemas beberapa keping fail di atas mejanya.Dia langsung tidak memandang Yuri.Yuri melihat sekeliling pejabat itu.Pejabat yang sederhana besar,bercat hijau cair dan lantainya berjubin putih.Terdapat sebuah meja kerja,tiga buah komputer dan longgokan fail di sebuah kabinet.Keadaan pejabat itu sedikit kemas jika hendak dibandingkan sewaktu Miss Fatin menjadi pengurus Pizza Star dahulu. Agaknya,Ervin rajin mengemas ruangan kerjanya.
“Ada apa hal awak nak jumpa saya?” Yuri bertanya apabila tiada tanda yang Ervin akan memulakan bicara.
Wajah pemuda itu masih tegang seperti tadi.Seperti menyimpan satu perasaan marah.Sekarang,Yuri sudah berhenti memanggilnya bos kerana tidak tahan dengan permintaan dia yang acap kali tidak mengizinkan Yuri menggelarnya sedemikian. Jadi,sewaktu berbicara dengannya Yuri menggunakan panggilan saya dan awak sahaja.Yuri tetap berdiri menanti jawapan Ervin.Beberapa ketika Yuri mendengar pemuda itu menghela nafas panjang sebelum dia berpaling dan merenung Yuri tajam.
“Awak makan apa tadi?” Ervin bertanya serius.
“Spicy chicken wings,kek dan..”
“Bukan,maksud saya makanan siapa yang awak makan?” Ervin pantas memotong ayat Yuri dan bertanya soalan lain.Langsung Yuri tidak terfikir mengapa Ervin bertanya soalan sedemikian rupa.
“Makanan pelanggan yang belum ber..”
“Awak tak pandai geli dan jijik ke makan sisa makanan orang lain?”
Berderau darah Yuri bila Ervin berkata seperti itu.Yuri belum habis cakap dia sudah memotong dan sekarang dia memandai buat kesimpulan sendiri.
“Apa maksud awak?” Yuri berpeluk tubuh.Darah terasa sedikit mengelegak saat itu.
“Awak tak takut ke kalau pelanggan tu ada penyakit berjangkit dan melalui makanan yang awak makan tu,awak akan dapat penyakitnya sekali? Awak tak rasa kotor ke memakan sisa orang yang tidak dikenali?”
Berdesing telinga Yuri mendengar bicara pemuda itu.Daripada tadi apa yang Yuri dengar adalah perkataan sisa makanan kotor,jijik dan menggelikan.Dan Yuri makan semua itu. Daripada memek muka Ervin,dia memandang Yuri seolah olah Yuri ini seorang perempuan kebulur yang sanggup memakan sisa makanan buangan orang.Dia ingat Yuri ni apa? Pengemis yang memakan sisa sampah dalam tong sampah ke?
“Saya tak rasa makanan yang saya makan tu kotor.Sebab makanan tu belum bersentuh.” Yuri cuba menahan marah dan menerangkan situasi sebenar.
“Mana awak tahu yang makanan tu belum bersentuh? Kalau dia orang dah pegang atau jilat makanan tu,awak nampak kesannya ke? Boleh nampak guna mata ke?” Ervin meninggikan suara.Bengang kerana Yuri menjawab.
Yuri menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.Kesabaran Yuri semakin menghakis. “Saya tak kisah pun kalau dia orang dah pegang atau jilat makanan tu.Selagi saya dan kawan kawan saya tak nampak depan mata sendiri,selagi tu saya tak rasa geli untuk memakannya.” Jawapan menipu diri sendiri dan tidak mahu kalah Yuri berikan tanpa banyak berfikir.
“Ha,baguslah kalau macam tu.Lain kali,semua sisa makanan pelanggan dalam Pizza Star ni awak ambil dan awak makan!” Wajah Ervin kemerahan saat itu.Wajah Yuri turut membahang dengan semua kata penghinaan majikannya.
“Bagus juga idea awak tu.Okeylah,kalau dah habis cakap saya nak balik dulu.” Yuri tidak mampu berdiri lama di situ.Jika berterusan,Ervin akan dapat akibatnya.
“Tunggu Mayurie Rosella! Saya belum habis bercakap!” Ervin menengking Yuri apabila gadis itu ingin melangkah pergi.Langkah Yuri terhenti.Jantung mengepam darah dengan laju.Hanya tunggu saat untuk meletup.Yuri kembali berpaling ke arah pemuda itu dan Ervin berdiri di hadapannya.
“Saya tak benarkan semua staf Pizza Star makan sisa makanan pelanggan.Awak ambil kad amenities saya ni dan awak gunalah untuk beli apa jenis makanan pun dekat Pizza Star.Jaga kebersihan makanan awak Yuri.”
Suara Ervin sedikit mendatar apabila dia menyerahkan Yuri sekeping kad berwarna hijau.Kad amenities ialah kad yang diberikan kepada pengurus dan penolong pengurus Pizza Star untuk membeli makanan percuma di semua cawangan Pizza Star.Had penggunaan kad amenites itu adalah sebanyak tiga ratus ringgit setiap bulan.Yuri memandang kad yang berada di tangannya itu dengan rasa tidak percaya.Ervin ingat Yuri hadap sangat ke dengan kad amenities dia itu?
“Kau ingat aku ni dah kebulur sangat ke sampai perlu nak guna kad amenities kau untuk beli makanan?!” Entah hantu mana yang merasuk,tangannya ringan saja melempar kad kecil itu tepat mengenai muka Ervin.Ervin tersentak mendengar bicara Yuri.Kesabaran Yuri ada batasan dan sekarang batasnya sudah hilang.Terasa dua tanduk tumbuh di atas kepala.
“Maaf Yuri,itu bukan maksud saya.Saya..” Ervin baru tersedar yang gadis dihadapannya sedang menghamburkan perasaan marah.
“Aku tak tahulah apa masalah kau  ni.Waktu aku berkerja dah tamat dan aku tak perlu terikat dengan peraturan kerja yang kau buat! Kalau aku nak makan sisa makanan orang sekalipun.Aku punya sukalah! Yang kau sibuk sangat kenapa?!” Suara kuat Yuri meledak dalam pejabat.Sudah hilang saya dan awaknya.
“Saya tak suka awak makan sisa makanan orang lain!” Ervin melawan tengkingan Yuri dengan jawapan yang sama.Kesal apabila nasihat yang hendak diberi bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan hati gadis itu.Adakah dia tersilap menutur bicara?
 “Kau ingat aku kisah ke kau suka ataupun tidak? Kalau aku nak buat,aku buat,kau atau sesiapa pun tak boleh menghalang!.” Yuri melawan.
“Saya bimbang dengan kesihatan awak Yuri.” Suara Ervin bergetar sedikit saat itu.Seperti melepaskan sebuah keresahan yang tersimpan jauh dalam hati.Dia merenung Yuri dengan pandangan sayu.Yuri tersenyum sinis sebelum berlalu ke pintu pejabatnya.

“Boleh jalanlah dengan kebimbangan kau tu.” Yuri keluar dan menghempas pintu pejabat kuat.Semua staf yang berada di dapur memandang Yuri dengan pandangan curiga. Berkemungkinan besar mereka mendengari perbualan antara Yuri dan Ervin sebentar tadi.Yuri meneruskan langkah untuk pulang ke hostel dengan perasaan sebal dan bengang yang tidak terkata.Entah kenapa hatinya berasa sangat sakit dan Yuri rasa seperti mahu menangis saat itu.

No comments: