Saturday, August 9, 2014

NOVEL : BILA KULI JADI ARTIS! BAB 31,32,33,34,35






















BAB 31
Suasana di ruang tamu rumah Yuri agak bingit dengan suara Yusof,anak-anak bujangnya, dan Ervin yang sedang berbual.Dua minggu lepas,Ervin meminta kebenaran dari Yuri agar membenarkan dia berkunjung ke kampung gadis itu.Yuri yang tahu hubungan mesra antara kedua orang tuanya denganErvin membenarkan pemuda itu bertandang ke kampungnya.Namun,lain hal pula yang terjadi apabila Ervin bertembung dengan ketiga-tiga orang abang Yuri yang pulang ke kampung untuk bercuti.
Daripada hanya berkunjung,Ervin membuat keputusan untuk menginap di rumah Yuri selama beberapa malam setelah abang-abang Yuri beria mengajak.Tambahan lagi,dia mengambil cuti selama tiga hari dan mencutikan Yuri daripada kerja selama tiga hari juga.Sesuka hati dia saja.Mentang-mentanglah dia bos.Ervin kata,dia tidak suka bekerja jika dia tidak dapat melihat Yuri.Poyo betul! Atas desakan emak dan abah,akhirnya Yuri bercuti daripada kerja mengikut aturan Ervin.Sabar jelah.
Baru satu hari Ervin bermalam di rumah Yuri,namun hubungannya dengan abang-abang Yuri kelihatan mesra sekali.Mereka banyak berbual tentang impian masing-masing begitu juga dengan Yusof.Menjelang malam,abang-abang Yuri iaitu Faizil,Azman dan Firdaus mengajak Ervin memancing.Yuri ingatkan Ervin tidak minat memancing.Namun,sangkaannya meleset sama sekali bila Ervin membawa pulang seekor ikan siakap tamat daripada melakukan aktiviti air itu.Abang-abang Yuri tidak henti daripada terus memuji pemuda itu.Senanglah hati Daniel Ervin.
Keesokan harinya,Ervin meminta kebenaran daripada Yusof dan Hasnah untuk membawa Yuri ke pantai berhampiran dengan pekan Tanjung Sedili.Kedua orang tua Yuri memberi anak gadis mereka keizinan dan Yuri yang tidak mampu menolak.Setibanya di pantai,mereka  berdua duduk di sebuah pondok rehat sambil memerhatikan keindahan laut yang terbentang luas di hadapan mata.Air yang menghijau,deruan angin yang menyegarkan dan kicauan burung yang berterbangan menggamit ketenangan jiwa.
“Yuri…”
“Em..”
“I love you.” Tiada angin tiada ribut,Ervin tiba-tiba mengungkap kata keramat itu.Yuri kebingungan.
“Tiba-tiba je?” Yuri ketandusan bicara.
Wajah Ervin tenang merenung kekasih hatinya.Rambutnya yang lebat beralun ditiup angin.Hati sentiasa berdebar gembira apabila dapat menatap seraut wajah cantik itu.
“Kalau boleh setiap hari saya nak cakap yang saya cintakan awak.”
“Sweet talker.”
“Im serious Mayurie Rosella.I love you so much.” Ervin yang tadinya duduk tiba-tiba berdiri dan menghampiri Yuri.Tidak mahu menangguh waktu dan dia tidak mahu berlengah lagi untuk meluahkan rasa yang terpendam lama.Yuri tergamam apabila Ervin melutut di kakinya dan memegang kedua-dua tangannya yang sedang duduk.Mereka berdua bertatapan mata lama dan Yuri dapat melihat sinar keihklasan dalam mata Ervin saat itu.
“Ervin,boleh saya tahu kenapa awak cintakan saya? Saya ni bukannya cantik .Lelaki seperti awak boleh mendapatkan perempuan yang jauh lebih baik dan cantik berbanding saya.”
Yuri mengatur bicara,meluahkan rasa.Membiarkan lelaki itu terus berlutut di kakinya.Sudah lama Yuri bersoal jawab sendiri tentang perkara itu dan dia masih belum menemukan jawapan.Untuk bertanya kepada Ervin,dia memang tidak berani.Dan sekarang… inilah waktu yang paling tepat untuk Yuri mengetahui jawapan sebenar dari bibir Ervin.Yuri bukanlah manusia yang hidup berpaksi pada fantasi.Jika lelaki seperti Ervin benar-benar mencintainya ,maka dia hendak tahu sebab apa Ervin boleh jatuh hati terhadap gadis serba kekurangan seperti dirinya.
 “Cinta saya terhadap awak bukanlah sebab awak cantik atau pun awak baik.Cuma awak ialah cinta pertama saya.Pertama kali melihat awak, hati saya terus terpaut tanpa sebab.” Jawapan Ervin menyebabkan kening Yuri bertaut tanda tidak mengerti.
 “Pertama kali saya melihat seorang gadis menangis untuk seorang asing dan dia mengalunkan kalimah Allah yang indah sepanjang malam tanpa rasa penat.Saat itu,saya sudah jatuh hati pada awak.”
Yuri bingung seketika.Apa yang Ervin merepek ni? Dia salah orang ke? Masa bila pulak dia nampak aku menangis untuk orang asing?.Tebak Yuri dalam hati.
“Awak salah orang ni Ervin? Pertama kali saya jumpa awak adalah di Pizza Star masa awak makan dengan Kak Nana.” Yuri segera membuat penyataan.Bimbang juga jika Ervin cintakan dirinya kerana dia tersilap melihat orang.Mahu merana dia nanti!
“Saya kenal awak.Walaupun saya melihat awak sekali saja waktu tu,tapi wajah awak kekal terpahat di hati saya.”
“Bila?” Yuri ligat berfikir.Dia pasti yang dia tidak pernah melihat Ervin sebelum dia berkunjung ke Pizza Star kali lepas.
“Lebih kurang setahun lepas.Saya melihat awak yang berpakaian sekolah sedang menangis di sisi Makcik Nita yang koma.Bila malam menjelma,awak mengaji di sisi dia.Kebetulan waktu itu saya baru pulang dari luar negara dan dapat tahu yang makcik kemalangan.Saya ingatkan saya hendak datang melawat.Tapi kebetulan saya terlihat awak dari balik pintu.”
Penjelasan Ervin betul –betul buat Yuri terpempan.Memang dia pernah menangis untuk Kak Nita kerana wanita itu tidak sedarkan diri setelah dimasukkan ke dalam wad rawatan kecemasan.Walaupun waktu itu Yuri tidak mengenali Kak Nita,namun Yurilah yang bertanggungjawab menyelamatkan nyawanya.Jadi,sedikit sebanyak Yuri berasa sedih jika nyawa Nita melayang malam itu.Dia mengaji Al-Quran untuk mendoakan kesembuhan Nita.Dan Yuri tidak menyangka semua perbuatannya itu diperhatikan seseorang.
“Saya melihat awak dari jauh.Namun,saya dapat merasai kesedihan yang awak rasakan.Saya berhasrat untuk berkenalan dengan awak keesokan harinya.Malangnya,setiap kali saya datang melawat.Saya tidak dapat bertembung dengan awak.”
Waktu itu Yuri mula bekerja di Pizza Star.Jadi,dia jarang melawat Kak Nita kerana dia dimaklumkan pihak hospital ahli keluarganya sudah ada datang untuk menjaga.
“Kak Nita tidak pernah memberitahu yang dia berhubungan dengan awak melalui telifon dan awak adalah pelajar muzik dia.Hinggalah pertemuan kedua kita di Pizza Star.”
Sekarang Yuri faham cerita Ervin.Adakah semua yang terjadi ini adalah kebetulan atau takdir dari Allah?.
“Saya bertekad untuk bekerja di Pizza Star dan kebetulan papa saya membenarkan saya menjadi pengurus di salah satu daripada outlet.Saya rasa gembira sangat bila dapat bersua muka dengan awak.Rasa bagai impian menjadi kenyataan.Wajah yang selalu menghiasi mimpi dan fikiran saya tiba-tiba saja muncul di depan mata.”
Terharu dan tidak terkata.Begitu gembira sekali Ervin mengungkap rasa.Yuri merenung wajahnya yang kelihatan seperti menahan sebak itu.Pertama kali seorang lelaki meluahkan perasaan cintanya terhadap Yuri dan Yuri diam tidak berkutik.
“Saya cuba dekati awak dan cuba menangi hati awak.Namun,awak bukan jenis gadis yang mudah jatuh hati.Sampai sekarang pun,saya tidak pasti sama ada awak mempunyai perasaan yang sama seperti perasaan saya terhadap awak.” Ada nada sedih dalam tuturnya.
“Saya berjanji dengan awak Yuri.Kalau awak cintakan saya,saya akan menikahi awak dan menjadikan awak yang sah di sisi saya.”
Jantung Yuri berhenti berdegup seketika.Begitu mudah Ervin membicarakan soal kahwin.
“Saya baru 19 tahun Ervin.Tak terfikir pun soal kahwin.Masa depan saya masih panjang dan masih banyak perkara yang ingin saya gapai dalam hidup ini.”
Setelah lama membisu akhirnya Yuri membuka mulut.
“Saya tahu.Saya bukan nak memaksa awak berkahwin dengan saya sekarang.Bila awak sudah bersedia saya akan meminang awak untuk dijadikan isteri saya.Tapi buat masa ini,jika awak benar-benar cintakan saya,terimalah saya sebagai tunang awak.”
Yuri melongo apabila Ervin mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya dan mengajukan cincin itu kepada Yuri.Dia sedang melamar aku ke? Tiba-tiba saja Yuri teringat adegan lakonan dia dan Farah waktu pertama kali bertandang ke banglo Ervin.Jika Ervin melamar aku,aku akan menerima lamarannya? Adakah aku akan berbuat begitu? Yuri canggung dengan keputusan yang bakal dilakukan.
…………………………
Semua yang terjadi begitu pantas dan tidak dapat diramal.Entah apa yang merasuk fikiran Yuri,selamba saja dia menerima cincin pemberian Ervin tanda bersetuju menjadi tunangan pemuda itu.Ervin yang begitu gembira dengan penerimaan Yuri segera saja berjumpa dengan Hasnah dan Yusif dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan Yuri isterinya sebaik saja Yuri tamat menyambung pelajaran kelak.Yuri hampir saja putus nyawa bila emak,abah dan abang-abangnya berpakat setuju dengan cadangan mengejut Ervin.
Mengikut Ervin dia sudah lama membincangkan hal itu dengan Datin Kasma dan Kak Nana.Dia tidak sangka pula yang Yuri akan bersetuju.Dan Yuri sendiri tidak menjangka yang dia bakal menjadi tunangan Ervin dalam usia 19 tahun.Kata Ervin mereka akan bertunang secara rasmi bulan depan.Yuri rasa keputusannya menerima Ervin adalah salah. Namun,Yuri tidak sampai hati untuk menolak cinta pemuda itu.Adakah ini kerana Yuri pun cintakan Ervin?















BAB 32
“Yuri,please nyanyikan satu lagu untuk saya?.Lagu yang khas untuk saya.” Ervin merengek manja di hadapan Yuri dengan mikrofon ditangannya.
“Nyanyi jelah Yuri lagu untuk bos kita tu.Naik pekak dah telinga akak dengar dia cakap benda yang sama dekat kamu.” Perlian Kak Ifa,Yuri buat tidak endah.
“Kau nyanyi lagu kumpulan Wali Yuri.Lagu Cari Jodoh.” Tokok Din pula.
“Sayang,janganlah diam je.Cepatlah nyanyi untuk saya.”
‘Woo!!!’
Agak bingit keadaan dalam bilik karaoke bersaiz besar itu dengan bunyi sorakan daripada staf-staf Pizza Star apabila mendengar Ervin memanggil Yuri sayang.Tadinya,sebaik tamat bekerja shift pagi,Ervin membelanja semua stafnya makan-makan.Bila malam menjelma dia mahu berkaraoke pula.Yuri ikutkan saja semua kehendaknya.Apa yang membuatkan Yuri bengang dia selamba saja membuat pengumuman kepada semua staf Pizza Star yang Yuri bakal menjadi isterinya tidak lama lagi.Sebab itulah semua sahabat baik Yuri galak menyakat.
“Nak tunggu kau nyanyi lambat sangatlah Yuri.Biar aku nyanyi dulu.” Akhirnya,Aizul mengambil mikrofon dan mula menyanyikan lagu Cari Jodoh yang dipilih Din.Suara Aizul bergema memenuhi ruang karaoke itu.
“Nak merajuklah macam ni.” Ervin mendengus kecil sebelum duduk di sisi Yuri dengan mempamerkan muncung sedepa.Hendak main paksa-paksa orang menyanyi pulak.Lagu khas apa yang sesuai aku nyanyikan untuknya?.Buat malu muka aku saja nanti.Cemuh Yuri dalam hati.
“Awak nak pergi mana?” Ervin menarik tangan Yuri apabila gadis itu bangun dari duduk.
“Nak pergi tandas kejap.” Yuri bergerak keluar daripada bilik itu apabila Ervin melepaskan tangannya.
Fikiran Yuri menerawang jauh memikirkan hal Ervin untuk seketika.Namun,langkahnya terhenti apabila terdengarkan satu suara lelaki yang sangat merdu sedang menyanyikan lagu As long as you love me nyanyian kumpulan Backstreet Boys.Meremang bulu roma Yuri mendengarnya.Pundi urin yang penuh menghalang niatnya untuk menghayati lebih lama suara merdu itu.Dia segera bergegas ke tandas.Selepas keluar daripada tandas dia cuba mengintai bilik karaoke yang digunakan oleh lelaki bersuara merdu sebentar tadi.Dia mengeluh hampa apabila mendapati bilik itu telah dikosongkan.Tidak sempat dia hendak melihat wajah orang yang menyanyi lagu tersebut.Secomel Ace atau sekacak Ervin?.
Dia berdiri di hadapan bilik karaoke itu seketika sebelum matanya tertumpu pada sebentuk objek kecil yang bersinar atas lantai tidak jauh di hadapan.Segera saja Yuri menapak dan mendapati objek itu ialah sebentuk cincin platinum kosong yang tersarung dengan seutas rantai perak.Dia mengutip objek tersebut dan membeleknya lama.Tiada sesiapa yang berada di ruang legar itu kecuali Yuri.Siapalah yang cuai sangat hingga tercicir barang sebegitu di tempat karaoke.Belek punya belek,dia mendapati dalam lengkungan cincin itu terukir satu nama dengan tulisan berangkai.Adam Carl Eman.
“Yuri?” Satu suara menyapa dari arah belakang.Yuri berpaling.
“Abang?” Wajah Amri menyapa pemandangan Yuri.Wajah yang agak suram dan tidak ceria.Mengapa dengan abang angkatnya itu?.
“Yuri buat apa dekat sini?” Soal Amri ingin tahu.
“Oh,datang karaoke dengan kawan-kawan.Abang?”
“Samalah.” Amri menjawab ringkas.
“Abang okey ke? Nampak macam ada masalah je?” Yuri bertanya seraya tangan memasukkan rantai dan cincin yang ditemui tadi ke dalam poket seluar.
“Takde apa-apalah Yuri.” Amri cuba menyembunyikan sesuatu daripada Yuri.Sinar matanya jelas menggambarkan keadaan itu.
“Abang jangan nak tipu Yuri.Yuri tahu abang ada masalah.Ceritalah.Mana tahu Yuri boleh tolong?”
“Rumah abang kena rompak minggu lepas.” Satu keluhan besar menyusuli hujung bicaranya.
“Astagfirullah al-azim.Keluarga abang macammana okey? Banyak ke duit yang hilang? Dah buat laporan polis?”Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Yuri.Simpati tiba-tiba bertandang dalam hatinya buat lelaki itu.
“Keluarga okey-okey je.Cuma banyak juga duit yang hilang.Dah buat laporan polis tapi perompaknya masih gagal ditangkap.”
Kesiannya dia.Tapi aku bukannya ada banyak duit untuk menggantikan balik semua duit yang telah hilang itu.Dalam hati Yuri jenuh menyumpah gerangan perompak yang suka benar mendatangkan masalah kepada orang lain.Tidak pandai bekerja untuk mencari rezeki halal ke? Tak guna betul!.
“Yuri jangan bimbang.Abang okey je.”Amri menggosok-gosok kepala Yuri dengan tangannya.Menyedari yang Yuri memandangnya dengan pandangan bimbang.Dia tidak mahu mengusutkan fikiran adik angkatnya itu.Biarlah dia seorang saja yang berhadapan dengan masalah itu.
“Okeylah.Abang nak balik dulu.Emak dah tunggu abang dekat rumah.Jaga diri baik-baik.”
Yuri mengangguk-angguk kecil sebelum matanya mengiringi langkah Amri yang semakin menjauh.Betul ke dia okey?.
“Yuri.” Satu tepukan lembut di bahu membuatkan Yuri terkejut kecil.Wajah Ervin yang agak masam menghiasi pemandangannya.
“Awak ni mengejutkan saya jelah.” Yuri mengurut dada sendiri sambil menghela nafas panjang.
“Abang angkat awak tu buat apa dekat sini? Nak jumpa dengan awak ke?”
Tegas saja bunyi bicaranya saat itu.Wajah pun dah kelat semacam.Cemburu ke?.Agaknya dia sudah mengintip kelakuan aku sedari tadi.Sebab itulah dia nampak aku berbual-bual dengan abang Amri.Tebak Yuri dalam hati.
“Nak buat apa lagi dekat sini.Karaokelah.Saya terjumpa dia tadi.Bual-bual sekejap.” Yuri memberi penerangan ringkas.Tidak mahu Ervin salah faham.
Ervin terdiam lama seperti memikirkan sesuatu.Sebelum dia memanjangkan hal itu lebih baik Yuri menyelamatkan keadaan.
“Em,saya dah terfikirkan satu lagu khas untuk awak.”
“Serius? Lagu apa?” Amboi,cepat sekali ekspresi wajahnya berubah.Kali ini kelihatan penuh teruja.Bakal suami siapalah ni.Cewah! Mengaku pulak yang Ervin ni bakal suami Yuri.Gila kau Yuri!.
“Supriselah.Jom.” Yuri menarik tangan Ervin kembali menuju ke arah bilik karaoke.Soal Amri dan cincin yang ditemuinya dilupakan buat sementara waktu.
……………………………
Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau Akutak mengerti
Meski,Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu,Menemani Akusepi
Tanpa…Cintamu Akuresah
Tanpa…Kasihmu Akuhampa
Tanpa…Dirimu Akumati

Walaupun Yuri sudah lama tamat menyanyikan lagu itu dan kini sudah pun keluar daripada pusat karaoke,Ervin tetap menyanyi kecil lirik lagu itu dengan senang hati.Wajahnya kelihatan berseri-seri dengan senyuman lebar sentiasa terukir di bibir.Yuri yang berada di tempat duduk penumpang hanya bisa menggeleng-geleng kepala melihat gelagat dia.Macam orang angau.Angaukan siapa lagi kalau bukan Yuri.
Sebentar tadi seperti yang Yuri katakan,dia akan menyanyikan satu lagu khas untuk Ervin.Walhal waktu itu Yuri langsung tidak terfikirkan lagu apa yang sepatutnya fia nyanyi.Pilih punya pilih,akhirnya lagu Tanpa nyanyian Sixth Sense menjadi pilihan.Yuri tidak menyangka yang Ervin begitu terharu kerana dia menyanyikan  lagu itu khas buat Ervin.Agaknya Ervin menyangka yang aku sengaja menyanyikan lagu itu kerana aku tidak boleh hidup tanpanya.Ah,gila apa aku hendak berfikiran macam tu! Monolog Yuri dalam hati.
“Tanpa,dirimu aku resah..”
“Dah,dahlah Ervin.Bosan saya dengar awak asyik nyanyi lagu yang sama je.” Yuri mula merungut apabila telinganya naik tuli mendengar ulangan lagu yang sama.Ervin menoleh ke arahnya dengan senyuman manis.
“Maafkan saya.Saya cuma terlalu teruja dengan lagu khas awak.Terima kasih sayang.”
Alahai,lagu je kut.Tak payahlah nak teruja sangat.Mujurlah Kak Ima dan Farah menumpang kereta Aizul untuk pulang ke rumah Ervin.Mereka tidak mahu menganggu Yuri dan Ervin yang kononnya sedang hangat bercinta.Jika mereka ada sekali dalam kereta Ervin saat itu,mahu tebal sepuluh inci muka Yuri.Mereka berdua terdiam sejenak dalam kereta sebelum Yuri teringatkan sesuatu.Dia meraba sesuatu daripada beg tangan kecil yang dibawa dan mengeluarkan sebuah kotak baldu bewarna biru.
“Apa tu sayang?” Ervin bertanya sambil memandu.
“Couple ring.” Jawapan Yuri menyebabkan Ervin membrekkan kereta secara mengejut dan Yuri terdorong ke hadapan.
“Ervin,nak mati ke!” Sakit hati betullah dengan dia ni.Sesuka hati saja brek kereta di tengah jalan.Mujurlah tiada kenderaan lain waktu itu.
“Maaf,saya terkejut.Awak nak bagi saya couple ring ke?” Mata Ervin yang membulat dan bersinar-sinar membuatkan Yuri rasa bersalah.Mengapalah lelaki ini sering buat Yuri dalam dilema.
“Taklah,saya nak bagi lelaki lain.” Yuri menutup kembali kotak baldu yang mengandungi dua bentuk cincin itu.Wajah Ervin yang tadinya ceria terus berubah kelat.
“Nak bagi siapa? Abang angkat awak tu?” Soalnya tanpa memandang wajah Yuri.
“Taklah.”
“Habis tu nak bagi siapa?”
“Em,nak bagi seorang lelaki yang mukanya dah cemberut sebab cemburu.” Yuri cuba menarik perhatian Ervin.Dia mencebikkan bibir tanda tidak hairan dengan kata-kata Yuri.
“Takde siapa pun nak jeles dengan awak.Pergilah bagi couple ring tu dekat lelaki lain.” Ervin  melepaskan perasaan geram.
“Tak naklah.Saya nak bagi cincin pasangan ni untuk bakal tunang merangkap bakal suami saya.Tapi saya lupalah siapa nama lelaki yang cinta sangat dekat saya tu.” Yuri berpura-pura lupa dan hatinya sedikit lega apabila melihat Ervin kembali tersenyum.Belum sempat Yuri menyambung ayat,Ervin merampas kotak cincin itu daripada tangan Yuri .Dia membuka kotak cincin itu dengan wajah yang tenang dan bahagia.
“Nama lelaki yang sangat mencintai awak dan bakal menjadi tunang juga peneman hidup awak hingga ke akhir hayat ialah Daniel Ervin.”
Ervin mengungkap kata seperlahan dan seromantis mungkin sambil menyarungkan cincin perak itu di jari manis Yuri.Kemudian Yuri menyarungkan pula sebentuk lagi cincin di jari pemuda itu.Mata mereka bertemu dan Yuri mengukir senyum.Sungguh indah ciptaan Allah di hadapannya itu.Dia masih tidak percaya yang lelaki seperti Ervin akan mencintai gadis sepertinya.
Cincin pasangan itu memang sudah lama Yuri beli dan dia berniat untuk menghadiahkannya kepada bakal suaminya suatu hari nanti.Cincin itu murah dan biasa-biasa saja.Cuma ia membawa maksud yang besar bagi Yuri.Cincin itu dibeli dengan wang gaji pertamaYuri sebagai staf Pizza Star.Dua bentuk cincin yang terukir perkataan,lets our love live forever.Waktu itu Yuri agak cemburu melihat Kak Ima dan Farah  mempunyai teman lelaki masing-masing.Tapi dia yakin dan tahu Allah akan memberikan yang terbaik untuk hambanya.Jadi dia bertekad,jika Allah mengirimkan seorang lelaki yang mencintai dirinya dan dia cintakan lelaki itu,dia akan hadiahkan pemuda itu dengan cincin tersebut.
“Saya tak sangkalah malam ni sayang saya romantik sangat.Nyanyikan lagu untuk saya lepas tu hadiahkan saya cincin pasangan lagi.”
Ervin membuka mulut apabila mereka berdua hanya bertatapan mata sedari tadi.Ervin  berdehem kecil sebelum meneruskan pemanduan kereta yang terhenti dan Yuri membetulkan duduk.
“Ervin,kalau saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Yuri memulakan bicara selepas membisu seketika.
“Tanya jelah apa-apa sayang.Saya tak kisah pun.”
“Awak tak malu ke cakap dengan semua orang yang saya ni bakal isteri awak?” Agak berat mulut Yuri untuk bertanyakan soalan itu.Bimbang jika jawapan yang diberikan Ervin tidak sedap didengar.
“Kenapa saya nak malu pulak?” Ervin menyoal kembali.
“Yalah,kita ni bak enggang dengan pipit.Awak kaya,saya biasa-biasa je.Awak kacak,saya biasa-biasa je.Awak berpelajaran tinggi,saya cuma ada sijil SPM je.Awak bakal menerajui Pizza Star Holding dan saya cuma kuli awak.” Itulah hakikat yang selama ini Yuri pendam dalam hati.
“So?” Ervin berbahasa Inggeris pulak.
“So what?” Yuri sendiri tidak faham.
“Jadi kalau betul pun saya adalah lelaki dengan semua ciri-ciri yang awak cakapkan tadi,salah ke untuk saya mencintai seorang gadis biasa yang bernama Mayurie Rosella?” Ervin bertanya serius.
“Ini bukan soal salah ataupun tidak.Ini soal malu ataupun tak?” Yuri menegaskan suara sebab merasakan Ervin lari daripada topik.
“Jika saya tak salah bercinta dengan awak.Itu bermakna saya langsung tidak malu untuk mengaku awak sebagai bakal isteri saya di hadapan orang ramai.Buang saja pepatah enggang dan pipit awak tu.Saya langsung tak pandang pepatah tersebut.Janganlah kolot sangat.” Ervin marah pulak.Yuri sedikit berkecil hati.Sampai hati dia cakap aku kolot!
“Awak tahu tak Yuri,saya tahu yang awak fikir saya mampu untuk mencari perempuan yang cantik seperti model,sama taraf dengan saya dan berpelajaran tinggi untuk dijadikan isteri.”
Yuri kembali berpaling ke arahnya apabila Ervin mula bersuara tenang.Semua yang diperkatakannya benar belaka.Yuri memang selalu memikirkan hal itu.
“Tapi,saya pun nak awak tahu yang cinta dan hati saya tidak boleh dipaksa untuk mencintai seseorang.Bila saya cakap yang saya cintakan awak.Itu bermakna hanya awak yang bertempat di hati saya.Bila saya cakap saya nak jadikan awak isteri saya.Saya serius dan tak bermain-main untuk menjadi pendamping awak seumur hidup.Saya tak peduli pasal apa yang orang lain fikirkan atau kata tentang hubungan kita.Apa yang saya tahu saya bahagia dengan awak dan awak pun begitu.Semua hal lain saya tolak tepi.”
Terkedu dan tidak terkata.Itulah jadinya bila Ervin meluahkan perasaannya terhadap Yuri.Yuri rasa terharu dan sebak.Inilah kali pertama dia mendengar luahan rasa cinta yang menggebu gebu khas untuk dirinya yang biasa.
“Tapi Yuri,awak bahagia ke bila bersama dengan saya?”
Yuri mengangguk-angguk kepala atas pertanyaan mengejut Ervin.Dia kelihatan lega dengan jawapan yang Yuri berikan.
“Do you love me?”
Pertanyaan Ervin membuatkan badan Yuri kaku seketika.Dia tidak tahu hendak menjawab bagaimana.Adakah bahagia,suka dan cinta itu perasaan yang sama?.Dia tiada jawapan yang tepat bagi persoalan itu.Akhirnya Yuri hanya mendiamkan diri dan Ervin kelihatan tidak memaksa untuk Yuri menjawab soalan itu.










BAB 33
“Okey,dah siap!”
Farhanah terjerit kecil setelah selesai menyapukan lipstick di bibir Yuri.Sudah hampir dua jam Yuri disolek Farhanah dan akhirnya penyeksaan itu berakhir juga.Yuri berpaling ke belakang dan melihat pantulan dirinya dalam cermin besar itu.Seperti tidak menyangka yang pantulan itu ialah dirinya sendiri.Sangat berbeza dengan diri asalnya! Inilah penangan mekap kepada orang yang jarang bermekap.
“Serius Yuri,kau cantik gila malam ni.Mesti bos melopong bila tengok kau nanti.” Farah yang mengenakan sepasang kebaya ketat bewarna emas memuji Yuri.
“A,ah Yuri.Betul kata Farah.Inilah kali pertama akak tengok kau pakai pakaian yang feminim.” Ima yang baru selesai mengenakan tudung sarung penuh labuci bewarna hijau sama dengan warna gaunnya sempat memperli Yuri.
Memang sebelum ini Yuri jarang memakai pakaian yang feminim bagai.Mujurlah untuk majlis hari itu,Ervin menghadiahkan buah hatinya sepasang gaun makan malam dan Farhanah berbaik hati untuk menyolek Yuri, Ima dan Farah secara percuma.Disebabkan itulah sejak pukul lima petang tadi,mereka bertiga memerap dalam bilik Farhanah berjam lamanya.Malam itu sebuah majlis annual dinner antara cawangan Pizza Star seluruh Johor Bharu diadakan di hotel Crown Prince.Justeru,semua staf Pizza Star dijemput hadir ke majlis tersebut dengan tema pakaian Kisah Dongeng.
Gaun yang dibelikan Ervin untuk Yuri ialah sehelai gaun bewarna putih berlengan pendek.Bahagian dadanya diperbuat daripada kapas dan ditampal dengan bulu-bulu pelepah sama warna.Yuri lupa hendak bertanyakan Ervin,bajunya itu membawa watak dongeng apa.Farhanh yang mempunyai butik pakaian dan andaman meminjamkan Farah persalinan kebaya emas yang kononnya mirip dengan persalinan Puteri Gunung Ledang.Sementara Kak Ima mengenakan gaun yang penuh juraian daun yang membawa tema pari-pari hutan.Hanya Farhanah yang berpakaian tidak mengikut tema.Dia hanya mengenakan sehelai gaun malam biasa bewarna perak.Namun,dia tetap kelihatan cantik.
“Wah,cantiknya sayang saya!”
Jeritan kecil Ervin sebaik melihat kelibat Yuri keluar daripada bilik kakaknya membuatkan wajah gadis itu kemerahan.Yuri tersipu malu.Farhanah,Farah dan Ima masih berada dalam bilik.Jadi hanya Yuri dan Ervin saja yang berada di situ.Yuri menghampiri pemuda itu dan merenung dia dari atas hingga ke bawah.Ya Allah,kacaknya dia malam itu! Ervin mengenakan sepasang pakaian bewarna putih dengan beberapa aksesori tersemat di bahu dan dadanya.Agaknya pakaian berkonsepkan putera raja.Memang sesuai sangatlah dengan dia.
“Ervin,baju saya ni tema apa ya?” Yuri teringat untuk bertanyakan perihal itu.
“Em,kejap saya fikir.” Ervin mengelilingi tubuh tunang tidak rasminya sebelum berhenti dan menguis nguis beberapa bulu pelepah yang terlekat di bahagian bahu Yuri.
“Sebab baju awak ni diperbuat daripada bulu pelepah ayam.Saya rasa awak ni puteri ayam.” Jawapan Ervin membuatkan Yuri melopong.Puteri ayam? Dia ingat aku ini emak ayam ke apa?!
“Dah tahu baju ni baju mak ayam kenapa awak belikan untuk saya.Saya tak nak pakailah.”Yuri rasa sedih tak tentu pasal.Baju punyalah cantik tapi bertemakan ayam.Mana ada kisah dongeng puteri ayam.Emak ayam adalah.Sampainya hati Ervin belikan dia baju yang sebegitu.Rasanya inilah kali pertama Yuri rasa tidak bersyukur dengan pemberian orang.
“Alahai janganlah nangis.Saya tak cakap pun ini baju mak ayam.Saya cakap ini baju puteri ayam.Cantiklah sayang.Janganlah tukar pakaian lain.” Ervin menyambung kata yang dengan tujuan menyakat buah hatinya.Semakin mengenali Yuri,semakin Ervin tahu sikap gadis itu.Daripada luar Yuri memang nampak ganas,tetapi hatinya sangat lembut dan mudah terluka.
“Saya tak peduli.Saya tak nak pakai baju ni.Saya tak suka dengan baju ayam.” Yuri membentak bak kanak-kanak kecil.Ervin menahan gelak.
“Tapi sayang kan suka makan ayam?”
“Bodohlah dia ni,apa kait mengait makan dengan pakaian.” Laju saja tangan Yuri mencubit lengan Ervin atas kata-kata sengallnya.Ervin tergelak besar dan menarik tangan Yuri sebelum sempat Yuri memasuki bilik untuk berganti pakaian.Yuri mengikut langkah Ervin ke ruang tamu.
“Cuba tengok,sayang tertinggal sesuatu di situ?” Ervin mengajukan tangannya ke arah sofa dan Yuri segera melihat.Kelihatan sebuah objek yang agak besar bewarna putih tersadai di atas sofa itu.Yuri mendekati dan mengambil objek itu.
“Kepak ayam?” Yuri mengajukan objek tersebut kepada Ervin.Ervin menepuk dahi sendiri sebelum tergelak besar.Haish,sayangnya ni..tak berhabis dengan ayam!
“Bukan kepak ayamlah sayang.Ini kan sayap.” Ervin mengambil objek itu dari tangan Yuri dan meletakkannya di bahagian belakang Yuri.Setahu Yuri ayam mana ada sayap.
“Ayam mana ada sayap?” Yuri bertanya lagi.Mendepakan kedua belah tangan agar Ervin dapat mengikat reben sayap di bahunya.
“Ini bukan sayap ayamlah sayang.Ini sayap bidadari.Bidadari bernama Mayurie Rosella kepunyaan saya.Sayap dia tertinggal pada saya begitu juga dengan hatinya.”
Ervin yang berada di belakang berbisik lembut di telinga Yuri penuh romantis.Setiap tuturnya membawa maksud yang mendalam bagi yuri.Wajah Yuri terasa membahang apabila merasakan pemuda itu berada begitu dekat dengannya.Bauan yang dipakainya kuat menyengat hidung.Yuri terbuai seketika.Selepas berfikir sejenak,Yuri baru memahami sesuatu.Rupa-rupanya gaun yang dia pakai itu berkonsepkan bidadari.Bukannya puteri ayam.Sepatutnya Yuri sudah mengetahui perkara itu apabila Ervin menunjukkannya kedudukan sayap palsu sebentar tadi.Ervin memang sengaja hendak mengakali dirinya.Yang dia pun sama sengal boleh percaya!
“Tapi ini bukan bulu ayam ke?” Yuri masih tidak berpuas hati akan bahan yang memenuhi bajunya malam itu.Walaupun kelihatan cantik dan dijahit kemas dia masih bertanda tanya.
“Bukanlah.Ini bulu pelepah burung cenderawasih.Bidadari mana boleh terbang dengan sayap bulu ayam.” Jawapan Ervin menyebabkan Yuri menggigit bibir menahan geram.Pupuslah burung cenderawasih yang kecil molek itu jika bulu pelepahnya diambil dan dibuat baju!
“Main-main jelah dia ni.Ervin tanggalkan sayap saya tu.Saya tak selesalah.” Yuri rasa dia akan menghalang pergerakan semua orang dalam dewan hotel nanti jika dia memakai sayap yang agak besar itu.Ervin menurut permintaannya dan menanggalkan sayap yang dipakaikannya sebentar tadi dari belakang Yuri.Itupun selepas sempat dia mengambil gambar bersama Yuri menggunakan henponnya.
“Em,sekarang masih rasa nak tukar pakaian lagi ke?” Ervin bertanya setelah meletakkan sayap tersebut kembali ke atas sofa.
“Tak naklah.Ini pakaian bidadari…jadi saya sukakannya.”
Ervin tersengih mendengar jawapan Yuri.Cepat betul dia bertukar fikiran.Yalah,jika Ervin menganggap Yuri sebagai puteri ayam,dia memang tidak akan memakai pakaian itu.Namun, pemuda itu menganggap Yuri seperti bidadari.Jadi gilalah jika Yuri tidak mahu memakai pakaian yang dibelinya itu.
……………………………….
“Ervin,saya tak pandailah pakai heel ni.” Yuri merungut sambil memaut lengan pemuda yang berjaya mencuri hatinya.Sudah beberapa kali dia terpelecok sepanjang menyusuri koridor untuk menuju ke dewan utama hotel Crown Prince.Dia bukan biasa memakai kasut tumit tinggi.Selalu hanya sneakers dan selipar saja yang tersarung di kakinya.
“Sayang nak tukar kasut dengan saya ke?” Ervin memegang bahu Yuri dan membantu gadis itu mengimbangkan diri.Sangat memahami kesukaran Yuri saat itu.
“Gila apa.Ada pulak orang pakai baju bidadari dengan kasut kulit lelaki.” Ervin tergelak dengan bebelan Yuri.
“Ataupun kita keluar sekejap.Beli kasut baru dekat mall.Lepas tu datang sini semula?” Ervin memberikan cadangan.
“Tak payahlah.Saya okey je dengan kasut ni.Cuma awak jangan jalan laju sangat.” Yuri memberitahu.Sebenarnya idea Ervin itu agak bagus juga.Namun,Yuri tidak sampai hati untuk menyusahkan Ervin hanya kerana sepasang kasut.Pemuda itu telah banyak membantunya.
“Okey my dear.Give me your hand.”
Ervin berdiri tegak di sisi Yuri sebelum menghulurkan lengannya.Dengan teragak-agak Yuri meletakkan tangannya melingkari lengan Ervin.Ervin tersenyum memandang buah hatinya sebelum mereka berdua beriringan menuju ke dewan utama.Kali ini kaki Yuri tidak lagi terseliuh kerana Ervin melangkah dengan perlahan.Mata Yuri membulat sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam tempat berlangsungnya annual dinner Pizza Star.
Dewan Crown Prince telah dihias cantik dengan tema warna emas.Candeliar mewah bergantungan di atas siling.Dinding dihiasi dengan jambangan lily putih.Ratusan meja bulat tersusun cantik dalam dewan itu dan sebahagian besarnya telah diduduki oleh tetamu.Namun,kecantikan dewan itu kurang menarik perhatian Yuri jika hendak dibandingkan dengan keunikan semua tetamu berpakaian.
“Tengok tu Ervin,kelakar betul.Berani betul dia pakai pakaian macam tu.”
Yuri mengajukan jari telunjuknya ke arah seorang pemuda berpakaian orang zaman batu yang berdiri tidak jauh dihadapan mereka.Dia tidak dapat menahan gelak saat itu.Rasa lucu apabila melihat di hadapan mata ada orang berpakaian zaman purba.Yalah,ini merupakan kali pertama Yuri menghadiri majlis bertema sebegitu.Sebab itulah rasa teruja semacam.
“Amboi,suka pulak dia.Dahlah sayang.Jangan tengok lelaki lain lebih-lebih.Nanti saya jeles.”
Yuri mencebik bibir apabila Ervin berkata sedemikian.Sekarang memang Ervin sentiasa memanggilnya saying dan Yuri sudah malas menegah.Panggilan itu buat dia rasa istimewa walaupun sering diperli rakan-rakan lain.Belum sempat Yuri menelek lebih lama semua orang yang berada di depan mata,Ervin menarik tangannya bergerak ke bahagian depan dewan.Di sana dia bertembung dengan Datin Kasma yang mengenakan jubah puteri arab dan Farhanah.Ima dan Farah berlalu  duduk di sebuah meja bulat yang dikhaskan untuk staf Pizza Star Kota Tinggi.
Datin Kasma berpelukan dengan Yuri sebelum membisikkan sesuatu dengan anak bujangnya.Yuri menghampiriIma dan Farah sebelum langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Aizul,Din,Emir,Alif,Kak Ifa,Kak Ayu,Kak Kiot,Mak Ngah dan Mak Piah sedang menuju ke arah kami bertiga.Tawa Yuri terburai sebaik saja mereka berdiri dihadapannya.Masakan tidak,Aizul,Din,Emir dan Alif mengenakan baju melayu dengan tanjak bak pendekar zaman melayu Melaka.Kak Ifa,Kak Kiot dan Kak Ayu mengenakan sepasang baju kurung dengan kain batik menutup kepala bak perempuan melayu terkakhir.
Dan yang paling buat Yuri ketawa tidak kering gusi,Mak Piah berpakaian seperti nenek kebayan.Siap jalan terbongkok-bongkok lagi dengan sebatang tongkat kayu.Pandai pulak orang tua itu berlakon.Mak Ngah mengenakan sepasang cheongsam bewarna merah terang.Agaknya bertemakan Puteri Hang Li Po.Miss Fatin Hamimah,bekas pengurus Pizza Star Kota Tinggi turut duduk semeja dengan kami.Dia memakai sepasang kebaya nyonya.Menurut mereka,semua pakaian itu dipinjamkan secara percuma oleh Farhanah.
“Wei,gilalah kau orang pakai baju macam ni.Apa tema baju ni Din,Sultan Melaka ke?” Yuri bertanya dengan tawa yang masih bersisa.
“Bukanlah Yuri.AkuHang Jebat.” Jawab Din bersungguh.
“Aku Hang Tuah.” Sambut Aizul pula.
“Hang Lekiu.” Tokok Emir
“Hang Kasturi.” Alif memberitahu tanpa dipinta.Gelak Yuri semakin kuat apabila mendengar jawapan mereka berempat.
“Hang Lekir mana? Tak cukup kuota ni?” Yuri bertanya lagi.
“Hang Lekir dah berubah jadi bidadari.Tu yang tak dapat join tu.” Aizul berlawak sambil memerli Yuri sebelum mengambil tempat di sisi Farah diikuti yang lainnya.Baru saja Yuri hendak duduk sekali dengan mereka,Ervin menarik tangannya dari arah belakang.
“Sayang,saya nak kenalkan sayang dengan papa saya.” Tiba-tiba saja darah Yuri berderau mendengar bisikan Ervin.Papa Ervin datang ke malam ini?
Sudahlah dia tidak pernah menemui papa Ervin sebelum ini.Adakah papa Ervin semesra Datin Kasma.Dengan rasa takut dan hati yang berdebar-debar Yuri mengikut langkah Ervin menuju ke sebuah meja bulat lain.Meja yang paling dekat dengan pentas dan bersaiz paling besar.Tiba saja di situ,seorang lelaki sebaya Yusof bangun dari duduk dan dia tersenyum manis ke arah Yuri.
“Sayang,kenalkan ini papa saya Dato’ Erwan.” Yuri sedikit kecut perut apabila bersalaman dengan lelaki itu.Orangnya kelihatan segak walaupun sudah berusia.Wajahnya seperti orang cina.Mungkin mengikut genetik ayahnya.Sedikit sebanyak wajah tua dihadapan Yuri itu iras dengan Ervin.
“Papa,kenalkan ini Mayurie Rosella.My angel and my lovely bride to be.”
Hampir gugur jantung Yuri mendengar kata-kata yang meluncur laju keluar daripada mulut Ervin.Dato’ Erwan kelihatan tenang menerima berita itu.Namun,apa yang membuatkan Yuri sedikit gelisah,tiga wajah lain yang duduk di meja tersebut memandang Yuri dengan jelingan tajam.Salah seorang daripada perempuan itu ialah Zaty Zamiera.Adik tiri Ervin.
“Tahniah Ervin.Papa gembira untuk kamu.Bidadari kamu ni comel betul.”
Amboi,kembang semangkuk Yuri mendengar pujian Dato’ Erwan.Nampaknya,papa Ervin sama sporting seperti Datin Kasma.Apa yang Yuri pelik,Datin Kasma dan Farhanah tidak mahu duduk semeja dengan Dato’ Erwan.Mereka lebih senang duduk semeja dengan staf-staf Pizza Star Kota Tinggi.
“Jangan nak perasan comel sangatlah.Sedarlah diri tu sikit.” Satu suara berkata sinis.Sakit betul hati Yuri mendengarnya.Siapa lagi yang bermulut puaka itu jika bukan Zaty!
“Em sayang,lupa pulak saya nak cakap.Ini perempuan yang selalu berlagak cantik.Sayang dah kenal rasanya.Nama dia Zaty Zamiera.Sebelah dia tu mak tiri saya,Datin Zah.Dan yang buat muka macam tahi ayam tu sepupu saya,Wani.”
Sedikit tersentak Yuri dengan pengenalan mengejut Ervin akan gerangan tiga perempuan itu.Rupa-rupanya perempuan yang berpakaian blink-blink itu ialah ibu tiri Ervin.Yuri berbaik hati dengan cuba menghulurkan salam,namun salamnya langsung tidak bersambut.Sekali lagi Yuri berkecil hati.Ervin menarik tangan kesayangannya lembut.
“Sayang tak perlu hulurkan salam pada orang-orang macam ni.Mereka bukan tahu adab pun.Okeylah papa,Ervin dengan Yuri nak duduk dekat tempat staf Pizza Star Kota Tinggi.” Pedas sungguh bicara Ervin ketika itu.Dato’ Erwan hanya mengangguk-angguk kecil dan seperti tidak mengendahkan semua bicara anak terunanya.Walhal bicara Ervin kedengaran agak biadab di telinga Yuri.
“Vin,yang kau sibuk nak duduk dekat tempat kuli tu nak buat apa.Kau duduk jelah dekat meja VVIP ni.Kau tu bakal pewaris Pizza Star Holding bukannya kuli bawahan macam kebanyakkan orang yang datang malam ni.” Berdesing telinga Yuri mendengar kiasan penghinaan yang keluar daripada mulut sepupu Ervin bernama Wani itu.Berlagak nak mampus.Tak guna!.Megah sangat ke dengan pangkat dan harta tu.Bukan boleh bawa masuk kubur pun.
“Kau jangan nak berlagak sangatlah Wani.Kau tu pun kuli Pizza Star.Setakat jadi admin dekat Pizza Star Holding dah mahu berbangga diri.Meluat aku mendengarnya.” Ervin membidas sepintas lalu sebelum mengheret tangan Yuri meninggalkan meja itu.Tidak mahu Yuri sakit hati mendengar bicara biadap sepupunya itu.
Yuri menoleh pandang ke arah Ervin.Jelas kelihatan wajah tampan yang ceria sedari tadi bertukar kemerahan menahan marah.Mengapa hubungan Ervin dengan sepupu dan keluarga tirinya nampak keruh semacam.Yuri berteka teki dalam hati.Dia tidak berani untuk bertanyakan hal itu dengan lebih terperinci.Tidak suka masuk campur hal keluarga orang lain.

















BAB 34
Majlis annual dinner malam itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.Semua tetamu yang hadir menikmati makanan yang disajikan oleh katering di meja sambil menonton persembahan daripada beberapa orang artis tempatan.Semua artis itu telah diundang untuk memeriahkan lagi majlis makan malam tersebut.Ada Stacy,Adam,Hafiz dan Yuna.Dato’ Erwan selaku salah seorang daripada pemegang saham terbesar Pizza Star Holding sempat memberikan sepatah dua kata tentang perkembangan francais warisan moyangnya itu.
“Sayang,boleh tak jangan buat muka macam tu?” Ervin meraup wajah Yuri dengan tangannya.Yuri terkejut seketika.
Konsentrasi Yuri yang sedang khusyuk melihat Zaty bermain piano di atas pentas hilang begitu saja.Memang itu adalah salah satu daripada tabiat Yuri.Apabila dia ternampak seseorang bermain sesuatu alat muzik dengan bagus di hadapan mata,dia pasti akan melihatnya dengan mata yang tidak berkelip.Siapa pun dia Yuri tidak ambil tahu.Sebabnya Yuri merasakan mereka yang pandai bermain alat muzik itu sangat hebat.Dan ternyata,Zaty Zamiera yang membencinya itu mempunyai bakat tersebut.
“Dia pandai main pianolah.Bagus betul.”
Yuri berbisik di telinga Ervin dan Ervin kelihatan mencebik bibir.Tadinya,pengerusi majlis mengundang mana-mana tetamu yang hadir malam itu untuk membuat persembahan di atas pentas.Zaty yang ingin menunjuk kelebihannya kepada orang ramai merupakan orang pertama yang menawarkan diri melakukan persembahan.Dia bermain piano sambil menyanyikan lagu Beethoven.
“Bukan bagus sangat pun sayang.Saja je tu nak menunjuk.Zaty tu daripada sekolah rendah mula belajar main piano.Kalau dia tak pandai main sebuah lagu Beethoven,lebih baik potong je tangan dia tu.” Kutuk Ervin bersahaja apabila Zaty menamatkan persembahannya.
“Amboi,sesuka hati dia saja nak potong tangan orang.Okeylah tu dia main piano.Berbanding awak..” Ayat Yuri mati begitu saja apabila Ervin menjelingnya tajam.
Yuri agak menggelabah apabila Ervin bangun daripada duduk dan mengheret sama tangannya menuju ke arah pentas.Dia nak buat apa ni? Ervin kelihatan berbisik-bisik dengan pengerusi majlis dan pengerusi majlis itu menganggukkan kepala tanda faham.
“Baiklah para hadirin sekalian.Malam ini anak teruna Dato’ Ervan,Encik Daniel Ervin ingin mendendangkan sebuah lagu bersama bakal isterinya.Diharapkan para tetamu dapat memberikan tepukan gemuruh buat pasangan ini.”
Mulut Yuri melopong mendengar pengumuman yang dibuat pengerusi majlis di atas pantas.Dalam kadar sekelip mata,semua tetamu yang hadir malam itu tahu akan perhubungan dia dan Ervin.Gila betul!Menyesal pulak kerana terlepas cakap tadi.Tidak menyangka Ervin jenis manusia yang pantang dicabar.Dewan itu bergema seketika dengan tepukan para tetamu yang hadir sebaik melihat dirinya dan Ervin melangkah naik ke atas pentas.
“Sayang nyanyi dan saya akan main piano.Sayang tengok betul-betul kehebatan saya bermain piano.”
“Awak,saya malulah!” Yuri menarik lengan baju Ervin.Dia tidak pernah menyanyi di hadapan orang yang tidak dikenali.Selalu suaranya hanya didendangkan untuk kawan-kawan dan keluarga.
“Be confident sayang.Semua orang akan suka dengan suara sayang.”
Ervin berbisik di telinga Yuri,meyakinkan gadis itu sebelum berlalu ke arah piano.Yuri berdiri seperti patung cendana di hadapan mikrofon.Bagaimanalah dia boleh lupa yang Ervin pandai bermain piano.Bukankah dia pernah terpesona dengan melodi pemuda itu sewaktu dia bermain piano di rumah Kak Nita kali lepas.Ervin memulakan intro melodinya dan Yuri cuba menangkap lagu apa yang Ervin cuba mainkan saat itu.
Setelah mendengar dengan teliti,dia mengetahui lagu yang perlu dia nyanyikan saat itu.Ervin memilih lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus.Agaknya dia tahu yang Yuri hafal lirik lagu itu kerana Yuri selalu menyanyikan lagu itu setiap kali berkaroake.Lagu itu ialah lagu pemberi semangat untuk Yuri ketika mengambil SPM dahulu.Yuri cuba menahan debar apabila semua mata tertumpu ke arahnya.Dia menarik nafas panjang dan bibirnya mula mengalunkan melodi indah.

‘The struggles I'm facing,the chances I'm taking,
Sometimes might knock me down,But no, I'm not breaking
I may not know it,But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going
And I, I got to be strong.Just keep pushing on
Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move,Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose.Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb!’

Tamat saja Yuri menyanyikan lagu itu,dewan yang tadinya sunyi sepi sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh para tetamu.Kebanyakkan daripada tetamu yang hadir malam itu bangun daripada duduk dan bertepuk tangan dengan wajah berseri-seri.Sungguh kagum dengan suara bakal menantu Dato Erwan!
“Betul tak saya cakap tadi? Mereka semua kagum dengan kemerduan suara sayang.” Ervin sempat berbisik di telinga Yuri sewaktu mereka berdua menuruni pentas.Yuri tersenyum lebar hingga ke telinga.
Masakan tidak,bukan Ervin saja yang memuji Yuri.Bahkan sewaktu dia menapak untuk menuju ke meja staf Pizza Star Kota Tinggi,ramai tetamu yang menghulurkan salam dan memuji kemerduan suara Yuri.Rasa seronok pulak sebab dapat menyanyikan sebuah lagu dalam majlis itu dan suaranya disukai ramai.
…………………………….
“Bilalah agaknya aku dapat jumpa Ace ya?” Yuri mendepangkan tangan kanannya seolah-olah menggapai wajah Ace yang terpamer besar di atas papan iklan yang terletak tidak jauh di hadapan.Papan iklan yang tergantung tinggi dan kelihatan baru.
“Kau ajaklah Ervin pergi konsert Ace.Dia kan banyak duit.” Jawab Aizul seraya meneguk segelas teh tarik.Sebaik tamat majlis annual dinner tadi,Dato’ Erwan ingin berjumpa dengan Ervin,Datin Kasma danFarhanh.Jadi,Yuri dan staf-staf Pizza Star Kota Tinggi yang lain berkeputusan untuk melepak di restoran yang terletak tidak jauh daripada kawasan hotel itu.Walaupun dengan pakaian yang pelik dan beraneka ragam.Mereka semua masih berjaya duduk dengan selesa di restoran itu.
“Ervin tak minat Ace.” Yuri memandai memberi jawapan.
“Kamu jadi penyanyi jelah Yuri.InsyaAllah dapat nanti kamu jumpa Ace.Mak Piah selalu doakan kamu berjaya menjadi seorang penyanyi terkenal di masa hadapan.” Mak Piah memberi pendapat bersahaja dan semua yang berada di situ tergelak besar.
“Yuri boleh jadi penyanyi,tapi kena kuruskan badan dulu.” Din sempat memperli.
“Betul cakap Din tu.Tapi Mak Ngah rasa Ervin takkan benarkan bakal isteri dia jadi penyanyi.” Tokok Mak Ngah dan Yuri hanya tersenyum hambar.
“Serius beb,kalau kau jadi penyanyi terkenal macam Ace,kau jangan lupakan kita orang tau.” Kak Kiot mula merepek.
“Em,kalau Yuri jadi artis,akak nak hadiah yang besar-besar masa akak kahwin nanti.” Sela Kak Ima pula.
“Mak Ngah pun nak.Dapat TV LCD 40 inci sebiji pun dah okey.”
Sekali lagi mereka semua tergelak dengan kata-kata Mak Ngah.Jauh betul mereka berimpian.Yuri jadi penyanyi sepopular Ace? Tunggu tujuh keturunanlah agaknya untuk menggapai impian itu.Yuri langsung tidak memasang angan-angan setinggi itu.
“Yuri,kalau kau kaya,kau nak buat apa dengan duit kau?” Alif,merangkap pembuat pizza  menyambung bicara.
“Kalau aku kaya mestilah aku nak senangkan hidup keluarga aku.Hantar mak dan ayah aku pergi haji.Dirikan bisnes untuk abang-abang aku dan hantar adik aku belajar di luar negara.” Yuri menyatakan semua impiannya secara rambang.
“Untuk kawan-kawan pulak?” tanya Ayu berminat.
“Em,Yuri akan habiskan masa untuk joli dengan kau orang semua.” Jawapan merepek Yuri mengundang tawa besar semua sahabatnya.
“Ehem,ehem!.Rancaknya berbual.Borak pasal apa ni?” Ervin yang baru tiba dari arah belakang mengambil tempat duduk di sisi Yuri.
“Borak pasal kalau Yuri jadi kaya.” Ima menjawab pertanyaan Ervin.
“Mama awak dengan Kak Nana mana?” Yuri bertanya setelah tidak melihat kelibat dua wanita itu.
“Papa hantar dia orang balik.Maaf tahu sebab terpaksa tinggalkan awak tadi.” Ervin berbicara selembut mungkin sambil merenung mata Yuri.Bimbang kesayangannya kecil hati.
“Is okey.”
“Em,kalau awak kaya,awak nak bagi apa dekat saya?” Ervin turut berminat untuk meneruskan perbualan itu.
“Nak bagi apalah.Awak tu dah kaya.Tak perlulah saya nak bagi apa-apa pun dekat awak.” Yuri jawab malas.
“Em,tak bagi apa pun tak apa.Saya cuma nak hati awak.”
Jawapan bersahaja Ervin membuatkan wajah Yuri membahang.Tambahan lagi dengan sorakan gamat semua staf Pizza Star yang berada di situ.Yuri rasa hendak menyorokkan wajah di bawah meja.Daniel Ervin mana pandai malu!
………………………..
Dua hari berikutnya saat Yuri dan Ervin pulang daripada kerja,mereka berdua dikejutkan dengan kedatangan Datin Zah,isteri nombor dua Dato Erwan,Zaty dan Wani.Yuri berasa tidak sedap hati apabila melihat wajah tiga manusia itu.Mujurlah Ervin berada di sisi.Jika tidak takut juga Yuri hendak berhadapan dengan mereka.Sudahlah kali lepas dia kena simbah air dengan Zaty.Kali ini entah apa pulak yang akan berlaku.Kelihatan mereka bertiga membenci Yuri walaupun mereka tidak rapat antara satu sama lain.
“Mama ingatkan Zaty bergurau bila cakap bakal isteri Ervin adalah kuli Pizza Star.Rupa-rupanya Zaty tak tipu.”
Datin Zah memulakan bicara yang sah untuk mengutuk Yuri.Dia memandang Yuri yang ketika itu masih memakai uniform Pizza Star dengan pandangan menjijikkan.Macamlah gadis itu sampah dimatanya.Wanita yang berusia 30 an itu berpakaian ketat dengan mekap yang tebal beberapa inci.Sudahlah rambut merah menyala dan kembang semacam.Seram pulak Yuri tengok.Dasar orang tua tidak sedar diri.Zaty dan Wany biasalah dengan gaya tidak cukup kain mereka.Mengapalah mereka bertiga ini hendak mencari pasal dengan aku.Mungkin mereka cemburu sebab Ervin cintakan aku.Cemuh Yuri dalam hati.
“Apa tujuan makcik datang rumah saya ni?”
Ervin bertanya serius dan dia dengan tiba-tiba memegang erat tanganYuri.Bimbang jika tiga perempuan di hadapannya itu melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.Zaty mendengus bengang melihat tindakan Ervin dan Wany tersenyum mengejek.Wajah Ervin yang putih kelihatan merah menahan api kemarahan.Yuri tidak sukaErvin sebegitu.Selalunya dia ceria-ceria sahaja bila bersama dengannya.Mengapalah ada saja orang yang ingin menggangu kebahagian mereka.
“Makcik,aku dengan Zaty tak restu kau ambil perempuan ni jadi menantu keluarga Dato Erwan.” Tersentap hati Yuri mendengar bicara Wani.Yuri tidak tahu mengapa Wani begitu membencinya sedangkan dia hanya sepupu Ervin.Takkanlah gadis itu sama menaruh hati pada Ervin?
“Kenapa?” Ervin bertanya pendek dengan nada penuh meluat.Yuri tahu dia cuba menahan sabar.
“Kenapa you tanya? You ingat kita orang akan restu you untuk berkahwin dengan budak gemuk dan miskin ni.You tu anak jutawan Malaysia Ervin.Mana layak you berkahwin dengan kuli yang hodoh macam dia ni.Lainlah kalau you kahwin dengan I.”
Ya Allah,kasarnya bahasa dia.Terhiris hati Yuri yang mendengar.Hina sangat ke aku ini hingga mereka tergamak mengutuk aku sedemikian rupa.Yuri menundukkan wajah kerana hati terlalu sakit untuk memandang manusia di hadapannya.Sebak bertandang di hati.Adakah tindakan dia menerima lamaran Ervin adalah satu kesilapan besar?
“Pergi mampuslah dengan restu kau orang bertiga.Apa yang aku tahu aku nak kahwin dengan Yuri.Takde siapa pun yang boleh menghalang!.”
Tempikan Ervin menyebabkan Yuri terkejut besar.Jantungnya hampir gugur dengan ledakan kemarahan pemuda itu.Namun,Ervin masih tidak melepaskan genggaman tangannya terhadap Yuri.Seperti mengalirkan satu kekuatan untuk Yuri menghadapi situasi berkenaan.
“Kau jangan nak buat malu keluarga makcik Ervin.Keluarga kita tak ada bermenantukan orang miskin macam perempuan ni!” Kutuk Datin Zah lagi.
“Amboi,amboi,amboi.Sedapnya mulut kau mengutuk bakal menantu aku.”Ervin yang tadinya ingin membidas terus menutup mulut apabila Datin Kasma yang baru pulang menyampuk perbalahan mereka.Yuri tidak perasan masa bila wanita itu melangkah masuk ke dalam banglo.Datin Kasma bersemuka dengan Datin Zah dan kelihatannya Datin Zah takut dengan mama Ervin.
“Saya bukan mengutuk kak.Cuma nak nasihatkan Ervin agar pandai memilih calon isteri.” Wah,nasihat kepala otak dia!Sesedap mulut dia menghina aku.Dia boleh kata nasihat pulak.
“Kau tak payahlah nak nasihat anak aku.Lebih baik kau nasihat anak kau yang tak tahu malu ni.” Datin Kasma menunjalkan jarinya ke dahi Zaty.Gadis itu mempamerkan muncung sedepa.
“Kenapa aunty cakap Zaty macam tu?” Zaty memprotes.
“Kenapa kau tanya? Eh Zaty,kau tak faham bahasa ke yang anak aku tak suka dekat kau.Jadi,kau tak payahlah nak terhegeh-hegeh menganggu dia.” Sembur Datin Kasma dengan wajah yang sama merah padam seperti Ervin.
“Tapi aunty..” Zaty mahu menyambung bicara penuh gediknya.
“Kau dengar sini baik-baik.Selagi makcik masih hidup,makcik takkan sesekali benarkan kau kahwin dengan Ervin.” Datin Kasma memang hebat.Terkedu ketiga-tiga perempuan itu dibuatnya.
“Zaty ni lagi padan kahwin dengan Ervin berbanding budak miskin tu.” Wani menyampuk.
“Kau diam Wani sebelum makcik tampar muka kau.Datang rumah orang tidak diundang lepas tu memandai hendak masuk campur hal orang tua.Adab mana yang kau belajar? Makcik rasa mak bapak kau dah salah didik kau sejak kecil lagi.Terlalu manjakan kau sampai kau lupa diri.” Terus terdiam Wani mendengar kutukan itu.
“Kau tu Zah,sedar diri sikit.Dulu,kau pun merempat kat jalanan.Kalau kau tak merampas suami aku,takde maknanya kau boleh hidup senang sekarang ni.Aku malas cakap banyak dengan kau orang bertiga.Sebelum aku halau kau orang bertiga dengan penyapu,lebih baik kau orang berambus dari rumah aku sekarang!”
Jerkahan Datin Kasma menyebabkan tiga perempuan itu diam tidak berkutik.Tidak sampai seminit,mereka bertiga melangkah pergi dari banglo itu.Kelihatan mulut mereka yang terkumat kamit mengatakan sesuatu yang Yuri rasa dipenuhi dengan sumpah seranah terhadapnya.Agaknya mereka segera beredar kerana takut jika dihalau dengan penyapu.Yuri yakin yang Datin Kasma tidak bermain dengan kata-katanya.
“Mama dah agak dah yang dia orang akan cari Yuri.Si Zaty tu takkan puas hati kalau kamu tak kahwin dengan dia.Dasar perempuan gila.Maafkan mama ya sayang sebab marah-marah dekat depan kamu.”
Datin Kasma membebel kecil sebelum mengusap-usap pipi Yuri.Dia rasa terharu dengan keprihatinan wanita itu.Sejak Ervin memaklumkan niatnya untuk beristerikan Yuri,Datin Kasma mengarahkan Yuri agar memanggilnya mama.Katanya untuk membiasakan lidah Yuri  dengan panggilan tersebut kelak.
“Mereka membenci saya.” Itu sajalah yang mampu keluar dari mulut Yuri.
“Jangan pedulikan tentang kebencian mereka sayang.Buang masa je.Sekarang saya yang nak kahwin dengan sayang.Bukannya mereka.” Tukas Ervin seraya mengusap-usap kepala Yuri.
“Betul cakap Ervin tu.Mama dan papa restu hubungan kamu berdua.Jadi tiada masalah untuk melangsungkan perkahwinan.Agak-agak bila nak kahwin ni?”
Erk? Yuri menelan liur.Apa yang Datin Kasma merepek ni?.Bukan ke dia sudah bersetuju yang Ervin akan menikahi aku setalah aku tamat belajar nanti.Ini sambung belajar pun belum.Takkanlah sibuk hendak memikirkan hal kahwin?.Yuri gugup ketika itu.
“Mama gurau jelah Yuri.Mama tahu kamu muda lagi.Bila kamu dah habis belajar nanti,barulah kamu sah menjadi menantu mama.” Datin Kasma segera menyambung ayatnya apabila melihat wajah Yuri yang cuak saat itu.
“Sayang takut ke nak kahwin dengan saya cepat-cepat?” Ervin tersenyum nakal seraya berbisik di telinga Yuri.Wajah pemuda itu kembali ceria.Ervin bersyukur kerana Datin Kasma datang pada waktu yang tepat.Dia sebenarnya tidak mahu biadab dengan orang tua seperti Datin Zah.Tetapi jika wanita itu melampaui batas.Dia terpaksa bertindak.Dia tidak akan membiarkan sesiapa menyakiti gadis yang dia kasihi.
“Bukannya takut tapi ngeri.” Jawapan main-main Yuri mengundang tawa Ervin dan mamanya.Dan Yuri tersenyum senget.Hilang seketika sesak fikirannya yang memikirkan hal Datin Zah,Zaty dan Wani.
















BAB 35
Sebulan berlalu dengan pantas.Sedar tidak sedar semua persiapan pertunangan Yuri dan Ervin siap dilakukan.Hanya tinggal dua hari sebelum majlis tersebut berlangsung.Jika mengikut pendapat Yuri dan keluarganya di kampung majlis pertunangan itu hendak dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.Namun,Datin Kasma membantah keras cadangan itu.Dia ingin memperkenalkan Yuri kepada semua kenalannya.Jadi majlis pertunangan dia dan Ervin akan diadakan secara besar-besaran.Hotel Paradise milik Datin Kasma adalah tempat yang dipilih untuk melangsungkan majlis pertunagan Yuri dan Ervin.
Yuri tidak membantah keputusan Datin Kasma kerana baginya itu hak mereka.Mereka ada duit.Jadi sukahati merekalah hendak buat majlis pertunangan sebesar mana pun.Dia hanya mengikut.Seminggu sebelum majlis itu berlangsung,Ervin menyuruh Yuri mengambil cuti sehinggalah majlis pertunangan mereka selesai.Katanya selepas bertunang nanti,Yuri akan kembali tinggal di hostel Pizza Star yang sudah selesai diubahsuai.Ini kerana Yusof dan Hasnah sudah berbising mengatakan tidak elok duduk serumah dengan bakal tunang walaupun Farah dan Ima ada bersama.Sekali lagi Yuri mengikut saja kata mereka.
Semakin hampir dengan tarikh pertunangan semakin Yuri rasa tidak sedap hati dan jiwanya tidak tenteram.Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.Dia sebenarnya banyak kali terfikir untuk membatalkan majlis pertunangan itu.Namun,setiap kali melihat wajah emak dan abahnya yang begitu ceria untuk menerima Ervin sebagai bakal menantu,niat Yuri mati begitu saja.Lagipun Yuri tidak sanggup mematahkan hati Ervin juga mengecewakan Datin Kasma dan Farhanah.Mereka semua terlalu banyak berbudi dan terlalu baik dengannya.Yuri bukan tidak mencintai Ervin,cuma seperti ada sesuatu yang menjadi jurang antara mereka…
“Abang dengar Yuri dah nak bertunang?”
Pertanyaan Amri mematikan lamunan Yuri.Ketika itu mereka berdua sedang makan malam di sebuah restoran.Petang tadi, Amri menelifon dan mengajak Yuri keluar untuk membincangkan sesuatu.Yuri yang daripada dulu merasakan Amri ada masalah mengikut saja permintaannya.Tanpa pengetahuan Ervin atau sesiapa,dia berkunjung ke restoran yang agak tersorok daripada pemandangan ramai. Amri sudah memesan makanan dan minuman kegemaran gadis itu sebelum dia datang.
“A,ah abang.Dua hari lagi.”
“Sampai hati Yuri tak cakap dengan abang.Tak sudi nak jemput abang ke?.” Amri kelihatan merajuk dan Yuri tersenyum hambar.Wajah yang agak berserabut di hadapannya itu ditenung lama.Apa sebenarnya masalah yang dihadapi pemuda itu? Langsung tiada secalit keceriaan di wajah itu.Apa yang Yuri lihat hanya lakonan untuk menyenangkan hatinya.
“Yuri dah cuba telifon abang banyak kali.Tapi abang tak jawab panggilan.Mesej Yuri pun abang tak balas.Jadi jangan nak salahkan Yuri pulak.”
“Yalah,yalah.Abang yang salah.” Amri meneguk air dan Yuri turut meminum jus epal di depan mata.
“Sebenarnya kenapa abang nak jumpa Yuri ni? Abang ada masalah nak kongsi dengan Yuri ke?” Yuri bertanya dengan perasaan ingin tahu.
“Em,memang pun abang nak berkongsi masalah dengan Yuri.Tapi sebelum tu,kita makan dulu.”
Untuk menyedapkan hati Amri Yuri cuba menghabiskan makanan secepat mungkin.Nasi goreng cili padi yang terhidang di depan mata sedikit membuka selera Yuri.Setelah makanan dan minuman dihabiskan Yuri kembali bertentang mata dengan lelaki itu.Entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup laju dan kepalanya terasa pening.Pemandangannya sedikit kabur.
“Apa masalah yang abang nak ceritakan tu?” Yuri masih bertanya walaupun dia pening-pening lalat.
“Sebenarnya masa rumah abang kena rompak dulu,duit hantaran perkahwinan abang dengan Huda dirompak sekali.” Yuri sesak nafas.Patutlah Amri kelihatan resah dan gelisah.Belum sempat Yuri menyambung pertanyaan,mulutnya terasa dipaku dan badannya tidak mampu bergerak.Dunianya hitam dan dia rebah.
“Maafkan abang Yuri.” Amri memandang sesusuk tubuh yang telah pengsan di hadapannya dengan wajah seribu penyesalan.
………………………
Bunyi nada dering henpon yang agak bingit mengejutkan Yuri daripada terus dibuai mimpi.Apabila tersedar,dia mendapati sedang berada dalam sebuah bilik yang tidak dikenali.Perkara pertama yang dilihat adalah keseluruhan tubuhnya.Alhamdulillah,pakaian masih tersarung di tempat yang sepatutnya.Namun,kepalanya masih terasa sedikit berpinar.Apa yang terjadi semalam? Mana Abang Amri? Mengapa dia meninggalkan aku di sini.Yuri mengambil henpon yang masih terjerit-jerit mengalunkan lagu Ace.
“Hello?”
“Yuri,kau dekat mana? Kenapa abah telifon banyak kali kau tak angkat?” Tengkingan Yusof daripada hujung talian membuatkan Yuri terpempam seketika.Kenapa abah nak marah-marah ni?
“Yuri baru bangun tidur abah.Kenapa?” Yuri tidak berani mengatakan yang dia telah tidur di sebuah tempat yang dia tidak tahu lokasinya.
“Kenapa kau tanya?.Eh,abah nak tanya ni.Apa yang kau dah buat dekat Ervin sampai dia nak batalkan majlis pertunangan kau orang? Apa yang telah terjadi?!”
Terasa masa berhenti berpusing.Yuri silap dengar atau dia masih bermimpi?.Yuri menampar pipi sendiri.Sakit! Sah dia tidak bermimpi!Nafas terasa sesak.Ervin membatalkan majlis pertunangan mereka? Biar betul?!
“Ayah tak tahulah apa masalah kau orang berdua.Tapi tolonglah selesai dengan baik.Mujurlah ini cuma majlis pertunangan.Kalau nak kahwin tiba-tiba tak jadi,mana abah dengan emak kau nak letak muka.Boleh ayah tahu kenapa Ervin batalkan pertunangan kamu?” Yusof mengulang bicaranya dan Yuri yakin semua itu bukan mimpi.Terasa lemah segala urat sendi.Henpon melurut jatuh ke atas lantai.Apa yang telah terjadi?.


P/S: Nak tahu sambungannya,tunggu terbitlah ye.InsyaaAllah..ade rezeki nanti terbit hujung tahun ni...Nak tahu apa2 pekembangan sila add FB Crystal Ace Bella.Thanks to all my dear follower and readers.Love u all~~
Sudi2,like share n komenlah ye <3<3<3


6 comments:

GadisPurple_slumberr said...

Ahh!!suspen giler..cpat smbung kak...please....•﹏•

RD said...

Akak sambunglah lagi... akak buat saya suspen je

RD said...

Akak cepatlah sambung lagi

Anonymous said...

Akak cpt sambung lagi

Anonymous said...

Alaaaaaaaaa , knp suspen ni? Sedih ah taktau sambungan dia hm

Anonymous said...

Akak...mana sambunganyerr???cptlhh dh suspen nieeee...