BAB 31
Suasana di ruang tamu rumah Yuri agak bingit dengan suara
Yusof,anak-anak bujangnya, dan Ervin yang sedang berbual.Dua minggu lepas,Ervin
meminta kebenaran dari Yuri agar membenarkan dia berkunjung ke kampung gadis
itu.Yuri yang tahu hubungan mesra antara kedua orang tuanya denganErvin
membenarkan pemuda itu bertandang ke kampungnya.Namun,lain hal pula yang
terjadi apabila Ervin bertembung dengan ketiga-tiga orang abang Yuri yang
pulang ke kampung untuk bercuti.
Daripada hanya berkunjung,Ervin membuat keputusan untuk
menginap di rumah Yuri selama beberapa malam setelah abang-abang Yuri beria
mengajak.Tambahan lagi,dia mengambil cuti selama tiga hari dan mencutikan Yuri
daripada kerja selama tiga hari juga.Sesuka hati dia saja.Mentang-mentanglah
dia bos.Ervin kata,dia tidak suka bekerja jika dia tidak dapat melihat
Yuri.Poyo betul! Atas desakan emak dan abah,akhirnya Yuri bercuti daripada
kerja mengikut aturan Ervin.Sabar jelah.
Baru satu hari Ervin bermalam di rumah Yuri,namun hubungannya
dengan abang-abang Yuri kelihatan mesra sekali.Mereka banyak berbual tentang
impian masing-masing begitu juga dengan Yusof.Menjelang malam,abang-abang Yuri
iaitu Faizil,Azman dan Firdaus mengajak Ervin memancing.Yuri ingatkan Ervin tidak
minat memancing.Namun,sangkaannya meleset sama sekali bila Ervin membawa pulang
seekor ikan siakap tamat daripada melakukan aktiviti air itu.Abang-abang Yuri
tidak henti daripada terus memuji pemuda itu.Senanglah hati Daniel Ervin.
Keesokan harinya,Ervin meminta kebenaran daripada Yusof dan
Hasnah untuk membawa Yuri ke pantai berhampiran dengan pekan Tanjung
Sedili.Kedua orang tua Yuri memberi anak gadis mereka keizinan dan Yuri yang
tidak mampu menolak.Setibanya di pantai,mereka
berdua duduk di sebuah pondok rehat sambil memerhatikan keindahan laut
yang terbentang luas di hadapan mata.Air yang menghijau,deruan angin yang
menyegarkan dan kicauan burung yang berterbangan menggamit ketenangan jiwa.
“Yuri…”
“Em..”
“I love you.” Tiada angin tiada ribut,Ervin tiba-tiba
mengungkap kata keramat itu.Yuri kebingungan.
“Tiba-tiba je?” Yuri ketandusan bicara.
Wajah Ervin tenang merenung kekasih hatinya.Rambutnya yang
lebat beralun ditiup angin.Hati sentiasa berdebar gembira apabila dapat menatap
seraut wajah cantik itu.
“Kalau boleh setiap hari saya nak cakap yang saya cintakan
awak.”
“Sweet talker.”
“Im serious Mayurie Rosella.I love you so much.” Ervin yang
tadinya duduk tiba-tiba berdiri dan menghampiri Yuri.Tidak mahu menangguh waktu
dan dia tidak mahu berlengah lagi untuk meluahkan rasa yang terpendam lama.Yuri
tergamam apabila Ervin melutut di kakinya dan memegang kedua-dua tangannya yang
sedang duduk.Mereka berdua bertatapan mata lama dan Yuri dapat melihat sinar
keihklasan dalam mata Ervin saat itu.
“Ervin,boleh saya tahu kenapa awak cintakan saya? Saya ni
bukannya cantik .Lelaki seperti awak boleh mendapatkan perempuan yang jauh
lebih baik dan cantik berbanding saya.”
Yuri mengatur bicara,meluahkan rasa.Membiarkan lelaki itu
terus berlutut di kakinya.Sudah lama Yuri bersoal jawab sendiri tentang perkara
itu dan dia masih belum menemukan jawapan.Untuk bertanya kepada Ervin,dia
memang tidak berani.Dan sekarang… inilah waktu yang paling tepat untuk Yuri
mengetahui jawapan sebenar dari bibir Ervin.Yuri bukanlah manusia yang hidup
berpaksi pada fantasi.Jika lelaki seperti Ervin benar-benar mencintainya ,maka
dia hendak tahu sebab apa Ervin boleh jatuh hati terhadap gadis serba
kekurangan seperti dirinya.
“Cinta saya terhadap
awak bukanlah sebab awak cantik atau pun awak baik.Cuma awak ialah cinta
pertama saya.Pertama kali melihat awak, hati saya terus terpaut tanpa sebab.”
Jawapan Ervin menyebabkan kening Yuri bertaut tanda tidak mengerti.
“Pertama kali saya
melihat seorang gadis menangis untuk seorang asing dan dia mengalunkan kalimah
Allah yang indah sepanjang malam tanpa rasa penat.Saat itu,saya sudah jatuh
hati pada awak.”
Yuri bingung seketika.Apa yang Ervin merepek ni? Dia salah
orang ke? Masa bila pulak dia nampak aku menangis untuk orang asing?.Tebak Yuri
dalam hati.
“Awak salah orang ni Ervin? Pertama kali saya jumpa awak
adalah di Pizza Star masa awak makan dengan Kak Nana.” Yuri segera membuat
penyataan.Bimbang juga jika Ervin cintakan dirinya kerana dia tersilap melihat
orang.Mahu merana dia nanti!
“Saya kenal awak.Walaupun saya melihat awak sekali saja waktu
tu,tapi wajah awak kekal terpahat di hati saya.”
“Bila?” Yuri ligat berfikir.Dia pasti yang dia tidak pernah
melihat Ervin sebelum dia berkunjung ke Pizza Star kali lepas.
“Lebih kurang setahun lepas.Saya melihat awak yang berpakaian
sekolah sedang menangis di sisi Makcik Nita yang koma.Bila malam menjelma,awak
mengaji di sisi dia.Kebetulan waktu itu saya baru pulang dari luar negara dan
dapat tahu yang makcik kemalangan.Saya ingatkan saya hendak datang melawat.Tapi
kebetulan saya terlihat awak dari balik pintu.”
Penjelasan Ervin betul –betul buat Yuri terpempan.Memang dia
pernah menangis untuk Kak Nita kerana wanita itu tidak sedarkan diri setelah
dimasukkan ke dalam wad rawatan kecemasan.Walaupun waktu itu Yuri tidak
mengenali Kak Nita,namun Yurilah yang bertanggungjawab menyelamatkan
nyawanya.Jadi,sedikit sebanyak Yuri berasa sedih jika nyawa Nita melayang malam
itu.Dia mengaji Al-Quran untuk mendoakan kesembuhan Nita.Dan Yuri tidak
menyangka semua perbuatannya itu diperhatikan seseorang.
“Saya melihat awak dari jauh.Namun,saya dapat merasai
kesedihan yang awak rasakan.Saya berhasrat untuk berkenalan dengan awak
keesokan harinya.Malangnya,setiap kali saya datang melawat.Saya tidak dapat
bertembung dengan awak.”
Waktu itu Yuri mula bekerja di Pizza Star.Jadi,dia jarang
melawat Kak Nita kerana dia dimaklumkan pihak hospital ahli keluarganya sudah
ada datang untuk menjaga.
“Kak Nita tidak pernah memberitahu yang dia berhubungan
dengan awak melalui telifon dan awak adalah pelajar muzik dia.Hinggalah
pertemuan kedua kita di Pizza Star.”
Sekarang Yuri faham cerita Ervin.Adakah semua yang terjadi
ini adalah kebetulan atau takdir dari Allah?.
“Saya bertekad untuk bekerja di Pizza Star dan kebetulan papa
saya membenarkan saya menjadi pengurus di salah satu daripada outlet.Saya rasa
gembira sangat bila dapat bersua muka dengan awak.Rasa bagai impian menjadi
kenyataan.Wajah yang selalu menghiasi mimpi dan fikiran saya tiba-tiba saja
muncul di depan mata.”
Terharu dan tidak terkata.Begitu gembira sekali Ervin
mengungkap rasa.Yuri merenung wajahnya yang kelihatan seperti menahan sebak
itu.Pertama kali seorang lelaki meluahkan perasaan cintanya terhadap Yuri dan
Yuri diam tidak berkutik.
“Saya cuba dekati awak dan cuba menangi hati awak.Namun,awak
bukan jenis gadis yang mudah jatuh hati.Sampai sekarang pun,saya tidak pasti
sama ada awak mempunyai perasaan yang sama seperti perasaan saya terhadap
awak.” Ada nada sedih dalam tuturnya.
“Saya berjanji dengan awak Yuri.Kalau awak cintakan saya,saya
akan menikahi awak dan menjadikan awak yang sah di sisi saya.”
Jantung Yuri berhenti berdegup seketika.Begitu mudah Ervin
membicarakan soal kahwin.
“Saya baru 19 tahun Ervin.Tak terfikir pun soal kahwin.Masa
depan saya masih panjang dan masih banyak perkara yang ingin saya gapai dalam
hidup ini.”
Setelah lama membisu akhirnya Yuri membuka mulut.
“Saya tahu.Saya bukan nak memaksa awak berkahwin dengan saya
sekarang.Bila awak sudah bersedia saya akan meminang awak untuk dijadikan isteri
saya.Tapi buat masa ini,jika awak benar-benar cintakan saya,terimalah saya
sebagai tunang awak.”
Yuri melongo apabila Ervin mengeluarkan sebentuk cincin
daripada poket seluarnya dan mengajukan cincin itu kepada Yuri.Dia sedang
melamar aku ke? Tiba-tiba saja Yuri teringat adegan lakonan dia dan Farah waktu
pertama kali bertandang ke banglo Ervin.Jika Ervin melamar aku,aku akan
menerima lamarannya? Adakah aku akan berbuat begitu? Yuri canggung dengan
keputusan yang bakal dilakukan.
…………………………
Semua yang terjadi begitu pantas dan tidak dapat
diramal.Entah apa yang merasuk fikiran Yuri,selamba saja dia menerima cincin
pemberian Ervin tanda bersetuju menjadi tunangan pemuda itu.Ervin yang begitu
gembira dengan penerimaan Yuri segera saja berjumpa dengan Hasnah dan Yusif dan
menyatakan hasratnya untuk menjadikan Yuri isterinya sebaik saja Yuri tamat
menyambung pelajaran kelak.Yuri hampir saja putus nyawa bila emak,abah dan
abang-abangnya berpakat setuju dengan cadangan mengejut Ervin.
Mengikut Ervin dia sudah lama membincangkan hal itu dengan
Datin Kasma dan Kak Nana.Dia tidak sangka pula yang Yuri akan bersetuju.Dan
Yuri sendiri tidak menjangka yang dia bakal menjadi tunangan Ervin dalam usia
19 tahun.Kata Ervin mereka akan bertunang secara rasmi bulan depan.Yuri rasa
keputusannya menerima Ervin adalah salah. Namun,Yuri tidak sampai hati untuk
menolak cinta pemuda itu.Adakah ini kerana Yuri pun cintakan Ervin?
BAB 32
“Yuri,please nyanyikan satu lagu untuk saya?.Lagu yang khas
untuk saya.” Ervin merengek manja di hadapan Yuri dengan mikrofon ditangannya.
“Nyanyi jelah Yuri lagu untuk bos kita tu.Naik pekak dah
telinga akak dengar dia cakap benda yang sama dekat kamu.” Perlian Kak Ifa,Yuri
buat tidak endah.
“Kau nyanyi lagu kumpulan Wali Yuri.Lagu Cari Jodoh.” Tokok
Din pula.
“Sayang,janganlah diam je.Cepatlah nyanyi untuk saya.”
‘Woo!!!’
Agak bingit keadaan dalam bilik karaoke bersaiz besar itu
dengan bunyi sorakan daripada staf-staf Pizza Star apabila mendengar Ervin
memanggil Yuri sayang.Tadinya,sebaik tamat bekerja shift pagi,Ervin membelanja
semua stafnya makan-makan.Bila malam menjelma dia mahu berkaraoke pula.Yuri
ikutkan saja semua kehendaknya.Apa yang membuatkan Yuri bengang dia selamba
saja membuat pengumuman kepada semua staf Pizza Star yang Yuri bakal menjadi
isterinya tidak lama lagi.Sebab itulah semua sahabat baik Yuri galak menyakat.
“Nak tunggu kau nyanyi lambat sangatlah Yuri.Biar aku nyanyi
dulu.” Akhirnya,Aizul mengambil mikrofon dan mula menyanyikan lagu Cari Jodoh
yang dipilih Din.Suara Aizul bergema memenuhi ruang karaoke itu.
“Nak merajuklah macam ni.” Ervin mendengus kecil sebelum
duduk di sisi Yuri dengan mempamerkan muncung sedepa.Hendak main paksa-paksa
orang menyanyi pulak.Lagu khas apa yang sesuai aku nyanyikan untuknya?.Buat
malu muka aku saja nanti.Cemuh Yuri dalam hati.
“Awak nak pergi mana?” Ervin menarik tangan Yuri apabila
gadis itu bangun dari duduk.
“Nak pergi tandas kejap.” Yuri bergerak keluar daripada bilik
itu apabila Ervin melepaskan tangannya.
Fikiran Yuri menerawang jauh memikirkan hal Ervin untuk
seketika.Namun,langkahnya terhenti apabila terdengarkan satu suara lelaki yang
sangat merdu sedang menyanyikan lagu As long as you love me nyanyian kumpulan
Backstreet Boys.Meremang bulu roma Yuri mendengarnya.Pundi urin yang penuh
menghalang niatnya untuk menghayati lebih lama suara merdu itu.Dia segera
bergegas ke tandas.Selepas keluar daripada tandas dia cuba mengintai bilik
karaoke yang digunakan oleh lelaki bersuara merdu sebentar tadi.Dia mengeluh
hampa apabila mendapati bilik itu telah dikosongkan.Tidak sempat dia hendak
melihat wajah orang yang menyanyi lagu tersebut.Secomel Ace atau sekacak
Ervin?.
Dia berdiri di hadapan bilik karaoke itu seketika sebelum
matanya tertumpu pada sebentuk objek kecil yang bersinar atas lantai tidak jauh
di hadapan.Segera saja Yuri menapak dan mendapati objek itu ialah sebentuk
cincin platinum kosong yang tersarung dengan seutas rantai perak.Dia mengutip
objek tersebut dan membeleknya lama.Tiada sesiapa yang berada di ruang legar itu
kecuali Yuri.Siapalah yang cuai sangat hingga tercicir barang sebegitu di
tempat karaoke.Belek punya belek,dia mendapati dalam lengkungan cincin itu
terukir satu nama dengan tulisan berangkai.Adam Carl Eman.
“Yuri?” Satu suara menyapa dari arah belakang.Yuri berpaling.
“Abang?” Wajah Amri menyapa pemandangan Yuri.Wajah yang agak
suram dan tidak ceria.Mengapa dengan abang angkatnya itu?.
“Yuri buat apa dekat sini?” Soal Amri ingin tahu.
“Oh,datang karaoke dengan kawan-kawan.Abang?”
“Samalah.” Amri menjawab ringkas.
“Abang okey ke? Nampak macam ada masalah je?” Yuri bertanya
seraya tangan memasukkan rantai dan cincin yang ditemui tadi ke dalam poket
seluar.
“Takde apa-apalah Yuri.” Amri cuba menyembunyikan sesuatu
daripada Yuri.Sinar matanya jelas menggambarkan keadaan itu.
“Abang jangan nak tipu Yuri.Yuri tahu abang ada
masalah.Ceritalah.Mana tahu Yuri boleh tolong?”
“Rumah abang kena rompak minggu lepas.” Satu keluhan besar
menyusuli hujung bicaranya.
“Astagfirullah al-azim.Keluarga abang macammana okey? Banyak
ke duit yang hilang? Dah buat laporan polis?”Bertalu-talu soalan keluar
daripada mulut Yuri.Simpati tiba-tiba bertandang dalam hatinya buat lelaki itu.
“Keluarga okey-okey je.Cuma banyak juga duit yang hilang.Dah
buat laporan polis tapi perompaknya masih gagal ditangkap.”
Kesiannya dia.Tapi aku bukannya ada banyak duit untuk
menggantikan balik semua duit yang telah hilang itu.Dalam hati Yuri jenuh
menyumpah gerangan perompak yang suka benar mendatangkan masalah kepada orang
lain.Tidak pandai bekerja untuk mencari rezeki halal ke? Tak guna betul!.
“Yuri jangan bimbang.Abang okey je.”Amri menggosok-gosok
kepala Yuri dengan tangannya.Menyedari yang Yuri memandangnya dengan pandangan
bimbang.Dia tidak mahu mengusutkan fikiran adik angkatnya itu.Biarlah dia seorang
saja yang berhadapan dengan masalah itu.
“Okeylah.Abang nak balik dulu.Emak dah tunggu abang dekat
rumah.Jaga diri baik-baik.”
Yuri mengangguk-angguk kecil sebelum matanya mengiringi
langkah Amri yang semakin menjauh.Betul ke dia okey?.
“Yuri.” Satu tepukan lembut di bahu membuatkan Yuri terkejut
kecil.Wajah Ervin yang agak masam menghiasi pemandangannya.
“Awak ni mengejutkan saya jelah.” Yuri mengurut dada sendiri
sambil menghela nafas panjang.
“Abang angkat awak tu buat apa dekat sini? Nak jumpa dengan
awak ke?”
Tegas saja bunyi bicaranya saat itu.Wajah pun dah kelat
semacam.Cemburu ke?.Agaknya dia sudah mengintip kelakuan aku sedari tadi.Sebab
itulah dia nampak aku berbual-bual dengan abang Amri.Tebak Yuri dalam hati.
“Nak buat apa lagi dekat sini.Karaokelah.Saya terjumpa dia
tadi.Bual-bual sekejap.” Yuri memberi penerangan ringkas.Tidak mahu Ervin salah
faham.
Ervin terdiam lama seperti memikirkan sesuatu.Sebelum dia
memanjangkan hal itu lebih baik Yuri menyelamatkan keadaan.
“Em,saya dah terfikirkan satu lagu khas untuk awak.”
“Serius? Lagu apa?” Amboi,cepat sekali ekspresi wajahnya
berubah.Kali ini kelihatan penuh teruja.Bakal suami siapalah ni.Cewah! Mengaku
pulak yang Ervin ni bakal suami Yuri.Gila kau Yuri!.
“Supriselah.Jom.” Yuri menarik tangan Ervin kembali menuju ke
arah bilik karaoke.Soal Amri dan cincin yang ditemuinya dilupakan buat
sementara waktu.
……………………………
Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau Akutak mengerti
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau Akutak mengerti
Meski,Pagi itu indah tapi
Akan sunyi tanpamu,Menemani Akusepi
Akan sunyi tanpamu,Menemani Akusepi
Tanpa…Cintamu Akuresah
Tanpa…Kasihmu Akuhampa
Tanpa…Dirimu Akumati
Tanpa…Kasihmu Akuhampa
Tanpa…Dirimu Akumati
Walaupun Yuri sudah lama tamat menyanyikan lagu itu dan
kini sudah pun keluar daripada pusat karaoke,Ervin tetap menyanyi kecil lirik
lagu itu dengan senang hati.Wajahnya kelihatan berseri-seri dengan senyuman
lebar sentiasa terukir di bibir.Yuri yang berada di tempat duduk penumpang
hanya bisa menggeleng-geleng kepala melihat gelagat dia.Macam orang
angau.Angaukan siapa lagi kalau bukan Yuri.
Sebentar tadi seperti yang Yuri katakan,dia akan
menyanyikan satu lagu khas untuk Ervin.Walhal waktu itu Yuri langsung tidak
terfikirkan lagu apa yang sepatutnya fia nyanyi.Pilih punya pilih,akhirnya lagu
Tanpa nyanyian Sixth Sense menjadi pilihan.Yuri tidak menyangka yang Ervin
begitu terharu kerana dia menyanyikan
lagu itu khas buat Ervin.Agaknya Ervin menyangka yang aku sengaja
menyanyikan lagu itu kerana aku tidak boleh hidup tanpanya.Ah,gila apa aku
hendak berfikiran macam tu! Monolog Yuri dalam hati.
“Tanpa,dirimu aku resah..”
“Dah,dahlah Ervin.Bosan saya dengar awak asyik nyanyi
lagu yang sama je.” Yuri mula merungut apabila telinganya naik tuli mendengar
ulangan lagu yang sama.Ervin menoleh ke arahnya dengan senyuman manis.
“Maafkan saya.Saya cuma terlalu teruja dengan lagu khas
awak.Terima kasih sayang.”
Alahai,lagu je kut.Tak payahlah nak teruja
sangat.Mujurlah Kak Ima dan Farah menumpang kereta Aizul untuk pulang ke rumah
Ervin.Mereka tidak mahu menganggu Yuri dan Ervin yang kononnya sedang hangat
bercinta.Jika mereka ada sekali dalam kereta Ervin saat itu,mahu tebal sepuluh
inci muka Yuri.Mereka berdua terdiam sejenak dalam kereta sebelum Yuri
teringatkan sesuatu.Dia meraba sesuatu daripada beg tangan kecil yang dibawa
dan mengeluarkan sebuah kotak baldu bewarna biru.
“Apa tu sayang?” Ervin bertanya sambil memandu.
“Couple ring.” Jawapan Yuri menyebabkan Ervin membrekkan
kereta secara mengejut dan Yuri terdorong ke hadapan.
“Ervin,nak mati ke!” Sakit hati betullah dengan dia
ni.Sesuka hati saja brek kereta di tengah jalan.Mujurlah tiada kenderaan lain
waktu itu.
“Maaf,saya terkejut.Awak nak bagi saya couple ring ke?”
Mata Ervin yang membulat dan bersinar-sinar membuatkan Yuri rasa
bersalah.Mengapalah lelaki ini sering buat Yuri dalam dilema.
“Taklah,saya nak bagi lelaki lain.” Yuri menutup kembali
kotak baldu yang mengandungi dua bentuk cincin itu.Wajah Ervin yang tadinya
ceria terus berubah kelat.
“Nak bagi siapa? Abang angkat awak tu?” Soalnya tanpa
memandang wajah Yuri.
“Taklah.”
“Habis tu nak bagi siapa?”
“Em,nak bagi seorang lelaki yang mukanya dah cemberut
sebab cemburu.” Yuri cuba menarik perhatian Ervin.Dia mencebikkan bibir tanda
tidak hairan dengan kata-kata Yuri.
“Takde siapa pun nak jeles dengan awak.Pergilah bagi
couple ring tu dekat lelaki lain.” Ervin
melepaskan perasaan geram.
“Tak naklah.Saya nak bagi cincin pasangan ni untuk bakal
tunang merangkap bakal suami saya.Tapi saya lupalah siapa nama lelaki yang
cinta sangat dekat saya tu.” Yuri berpura-pura lupa dan hatinya sedikit lega
apabila melihat Ervin kembali tersenyum.Belum sempat Yuri menyambung ayat,Ervin
merampas kotak cincin itu daripada tangan Yuri .Dia membuka kotak cincin itu
dengan wajah yang tenang dan bahagia.
“Nama lelaki yang sangat mencintai awak dan bakal menjadi
tunang juga peneman hidup awak hingga ke akhir hayat ialah Daniel Ervin.”
Ervin mengungkap kata seperlahan dan seromantis mungkin
sambil menyarungkan cincin perak itu di jari manis Yuri.Kemudian Yuri
menyarungkan pula sebentuk lagi cincin di jari pemuda itu.Mata mereka bertemu
dan Yuri mengukir senyum.Sungguh indah ciptaan Allah di hadapannya itu.Dia
masih tidak percaya yang lelaki seperti Ervin akan mencintai gadis sepertinya.
Cincin pasangan itu memang sudah lama Yuri beli dan dia
berniat untuk menghadiahkannya kepada bakal suaminya suatu hari nanti.Cincin
itu murah dan biasa-biasa saja.Cuma ia membawa maksud yang besar bagi
Yuri.Cincin itu dibeli dengan wang gaji pertamaYuri sebagai staf Pizza Star.Dua
bentuk cincin yang terukir perkataan,lets our love live forever.Waktu itu Yuri
agak cemburu melihat Kak Ima dan Farah
mempunyai teman lelaki masing-masing.Tapi dia yakin dan tahu Allah akan
memberikan yang terbaik untuk hambanya.Jadi dia bertekad,jika Allah mengirimkan
seorang lelaki yang mencintai dirinya dan dia cintakan lelaki itu,dia akan hadiahkan
pemuda itu dengan cincin tersebut.
“Saya tak sangkalah malam ni sayang saya romantik
sangat.Nyanyikan lagu untuk saya lepas tu hadiahkan saya cincin pasangan lagi.”
Ervin membuka mulut apabila mereka berdua hanya
bertatapan mata sedari tadi.Ervin berdehem
kecil sebelum meneruskan pemanduan kereta yang terhenti dan Yuri membetulkan
duduk.
“Ervin,kalau saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Yuri
memulakan bicara selepas membisu seketika.
“Tanya jelah apa-apa sayang.Saya tak kisah pun.”
“Awak tak malu ke cakap dengan semua orang yang saya ni
bakal isteri awak?” Agak berat mulut Yuri untuk bertanyakan soalan itu.Bimbang
jika jawapan yang diberikan Ervin tidak sedap didengar.
“Kenapa saya nak malu pulak?” Ervin menyoal kembali.
“Yalah,kita ni bak enggang dengan pipit.Awak kaya,saya
biasa-biasa je.Awak kacak,saya biasa-biasa je.Awak berpelajaran tinggi,saya
cuma ada sijil SPM je.Awak bakal menerajui Pizza Star Holding dan saya cuma
kuli awak.” Itulah hakikat yang selama ini Yuri pendam dalam hati.
“So?” Ervin berbahasa Inggeris pulak.
“So what?” Yuri sendiri tidak faham.
“Jadi kalau betul pun saya adalah lelaki dengan semua
ciri-ciri yang awak cakapkan tadi,salah ke untuk saya mencintai seorang gadis
biasa yang bernama Mayurie Rosella?” Ervin bertanya serius.
“Ini bukan soal salah ataupun tidak.Ini soal malu ataupun
tak?” Yuri menegaskan suara sebab merasakan Ervin lari daripada topik.
“Jika saya tak salah bercinta dengan awak.Itu bermakna
saya langsung tidak malu untuk mengaku awak sebagai bakal isteri saya di
hadapan orang ramai.Buang saja pepatah enggang dan pipit awak tu.Saya langsung
tak pandang pepatah tersebut.Janganlah kolot sangat.” Ervin marah pulak.Yuri
sedikit berkecil hati.Sampai hati dia cakap aku kolot!
“Awak tahu tak Yuri,saya tahu yang awak fikir saya mampu
untuk mencari perempuan yang cantik seperti model,sama taraf dengan saya dan
berpelajaran tinggi untuk dijadikan isteri.”
Yuri kembali berpaling ke arahnya apabila Ervin mula
bersuara tenang.Semua yang diperkatakannya benar belaka.Yuri memang selalu
memikirkan hal itu.
“Tapi,saya pun nak awak tahu yang cinta dan hati saya
tidak boleh dipaksa untuk mencintai seseorang.Bila saya cakap yang saya
cintakan awak.Itu bermakna hanya awak yang bertempat di hati saya.Bila saya
cakap saya nak jadikan awak isteri saya.Saya serius dan tak bermain-main untuk
menjadi pendamping awak seumur hidup.Saya tak peduli pasal apa yang orang lain
fikirkan atau kata tentang hubungan kita.Apa yang saya tahu saya bahagia dengan
awak dan awak pun begitu.Semua hal lain saya tolak tepi.”
Terkedu dan tidak terkata.Itulah jadinya bila Ervin
meluahkan perasaannya terhadap Yuri.Yuri rasa terharu dan sebak.Inilah kali
pertama dia mendengar luahan rasa cinta yang menggebu gebu khas untuk dirinya
yang biasa.
“Tapi Yuri,awak bahagia ke bila bersama dengan saya?”
Yuri mengangguk-angguk kepala atas pertanyaan mengejut
Ervin.Dia kelihatan lega dengan jawapan yang Yuri berikan.
“Do you love me?”
Pertanyaan Ervin membuatkan badan Yuri kaku seketika.Dia
tidak tahu hendak menjawab bagaimana.Adakah bahagia,suka dan cinta itu perasaan
yang sama?.Dia tiada jawapan yang tepat bagi persoalan itu.Akhirnya Yuri hanya
mendiamkan diri dan Ervin kelihatan tidak memaksa untuk Yuri menjawab soalan
itu.
BAB 33
“Okey,dah siap!”
Farhanah terjerit kecil setelah selesai menyapukan
lipstick di bibir Yuri.Sudah hampir dua jam Yuri disolek Farhanah dan akhirnya
penyeksaan itu berakhir juga.Yuri berpaling ke belakang dan melihat pantulan
dirinya dalam cermin besar itu.Seperti tidak menyangka yang pantulan itu ialah
dirinya sendiri.Sangat berbeza dengan diri asalnya! Inilah penangan mekap
kepada orang yang jarang bermekap.
“Serius Yuri,kau cantik gila malam ni.Mesti bos melopong
bila tengok kau nanti.” Farah yang mengenakan sepasang kebaya ketat bewarna emas
memuji Yuri.
“A,ah Yuri.Betul kata Farah.Inilah kali pertama akak
tengok kau pakai pakaian yang feminim.” Ima yang baru selesai mengenakan tudung
sarung penuh labuci bewarna hijau sama dengan warna gaunnya sempat memperli
Yuri.
Memang sebelum ini Yuri jarang memakai pakaian yang
feminim bagai.Mujurlah untuk majlis hari itu,Ervin menghadiahkan buah hatinya
sepasang gaun makan malam dan Farhanah berbaik hati untuk menyolek Yuri, Ima
dan Farah secara percuma.Disebabkan itulah sejak pukul lima petang tadi,mereka
bertiga memerap dalam bilik Farhanah berjam lamanya.Malam itu sebuah majlis
annual dinner antara cawangan Pizza Star seluruh Johor Bharu diadakan di hotel
Crown Prince.Justeru,semua staf Pizza Star dijemput hadir ke majlis tersebut
dengan tema pakaian Kisah Dongeng.
Gaun yang dibelikan Ervin untuk Yuri ialah sehelai gaun
bewarna putih berlengan pendek.Bahagian dadanya diperbuat daripada kapas dan
ditampal dengan bulu-bulu pelepah sama warna.Yuri lupa hendak bertanyakan
Ervin,bajunya itu membawa watak dongeng apa.Farhanh yang mempunyai butik
pakaian dan andaman meminjamkan Farah persalinan kebaya emas yang kononnya
mirip dengan persalinan Puteri Gunung Ledang.Sementara Kak Ima mengenakan gaun
yang penuh juraian daun yang membawa tema pari-pari hutan.Hanya Farhanah yang
berpakaian tidak mengikut tema.Dia hanya mengenakan sehelai gaun malam biasa
bewarna perak.Namun,dia tetap kelihatan cantik.
“Wah,cantiknya sayang saya!”
Jeritan kecil Ervin sebaik melihat kelibat Yuri keluar
daripada bilik kakaknya membuatkan wajah gadis itu kemerahan.Yuri tersipu
malu.Farhanah,Farah dan Ima masih berada dalam bilik.Jadi hanya Yuri dan Ervin
saja yang berada di situ.Yuri menghampiri pemuda itu dan merenung dia dari atas
hingga ke bawah.Ya Allah,kacaknya dia malam itu! Ervin mengenakan sepasang
pakaian bewarna putih dengan beberapa aksesori tersemat di bahu dan
dadanya.Agaknya pakaian berkonsepkan putera raja.Memang sesuai sangatlah dengan
dia.
“Ervin,baju saya ni tema apa ya?” Yuri teringat untuk
bertanyakan perihal itu.
“Em,kejap saya fikir.” Ervin mengelilingi tubuh tunang
tidak rasminya sebelum berhenti dan menguis nguis beberapa bulu pelepah yang
terlekat di bahagian bahu Yuri.
“Sebab baju awak ni diperbuat daripada bulu pelepah
ayam.Saya rasa awak ni puteri ayam.” Jawapan Ervin membuatkan Yuri
melopong.Puteri ayam? Dia ingat aku ini emak ayam ke apa?!
“Dah tahu baju ni baju mak ayam kenapa awak belikan untuk
saya.Saya tak nak pakailah.”Yuri rasa sedih tak tentu pasal.Baju punyalah
cantik tapi bertemakan ayam.Mana ada kisah dongeng puteri ayam.Emak ayam
adalah.Sampainya hati Ervin belikan dia baju yang sebegitu.Rasanya inilah kali
pertama Yuri rasa tidak bersyukur dengan pemberian orang.
“Alahai janganlah nangis.Saya tak cakap pun ini baju mak
ayam.Saya cakap ini baju puteri ayam.Cantiklah sayang.Janganlah tukar pakaian
lain.” Ervin menyambung kata yang dengan tujuan menyakat buah hatinya.Semakin
mengenali Yuri,semakin Ervin tahu sikap gadis itu.Daripada luar Yuri memang
nampak ganas,tetapi hatinya sangat lembut dan mudah terluka.
“Saya tak peduli.Saya tak nak pakai baju ni.Saya tak suka
dengan baju ayam.” Yuri membentak bak kanak-kanak kecil.Ervin menahan gelak.
“Tapi sayang kan suka makan ayam?”
“Bodohlah dia ni,apa kait mengait makan dengan pakaian.”
Laju saja tangan Yuri mencubit lengan Ervin atas kata-kata sengallnya.Ervin
tergelak besar dan menarik tangan Yuri sebelum sempat Yuri memasuki bilik untuk
berganti pakaian.Yuri mengikut langkah Ervin ke ruang tamu.
“Cuba tengok,sayang tertinggal sesuatu di situ?” Ervin
mengajukan tangannya ke arah sofa dan Yuri segera melihat.Kelihatan sebuah
objek yang agak besar bewarna putih tersadai di atas sofa itu.Yuri mendekati
dan mengambil objek itu.
“Kepak ayam?” Yuri mengajukan objek tersebut kepada
Ervin.Ervin menepuk dahi sendiri sebelum tergelak besar.Haish,sayangnya ni..tak
berhabis dengan ayam!
“Bukan kepak ayamlah sayang.Ini kan sayap.” Ervin
mengambil objek itu dari tangan Yuri dan meletakkannya di bahagian belakang
Yuri.Setahu Yuri ayam mana ada sayap.
“Ayam mana ada sayap?” Yuri bertanya lagi.Mendepakan
kedua belah tangan agar Ervin dapat mengikat reben sayap di bahunya.
“Ini bukan sayap ayamlah sayang.Ini sayap
bidadari.Bidadari bernama Mayurie Rosella kepunyaan saya.Sayap dia tertinggal
pada saya begitu juga dengan hatinya.”
Ervin yang berada di belakang berbisik lembut di telinga
Yuri penuh romantis.Setiap tuturnya membawa maksud yang mendalam bagi
yuri.Wajah Yuri terasa membahang apabila merasakan pemuda itu berada begitu
dekat dengannya.Bauan yang dipakainya kuat menyengat hidung.Yuri terbuai
seketika.Selepas berfikir sejenak,Yuri baru memahami sesuatu.Rupa-rupanya gaun
yang dia pakai itu berkonsepkan bidadari.Bukannya puteri ayam.Sepatutnya Yuri
sudah mengetahui perkara itu apabila Ervin menunjukkannya kedudukan sayap palsu
sebentar tadi.Ervin memang sengaja hendak mengakali dirinya.Yang dia pun sama
sengal boleh percaya!
“Tapi ini bukan bulu ayam ke?” Yuri masih tidak berpuas
hati akan bahan yang memenuhi bajunya malam itu.Walaupun kelihatan cantik dan
dijahit kemas dia masih bertanda tanya.
“Bukanlah.Ini bulu pelepah burung cenderawasih.Bidadari
mana boleh terbang dengan sayap bulu ayam.” Jawapan Ervin menyebabkan Yuri
menggigit bibir menahan geram.Pupuslah burung cenderawasih yang kecil molek itu
jika bulu pelepahnya diambil dan dibuat baju!
“Main-main jelah dia ni.Ervin tanggalkan sayap saya
tu.Saya tak selesalah.” Yuri rasa dia akan menghalang pergerakan semua orang
dalam dewan hotel nanti jika dia memakai sayap yang agak besar itu.Ervin
menurut permintaannya dan menanggalkan sayap yang dipakaikannya sebentar tadi
dari belakang Yuri.Itupun selepas sempat dia mengambil gambar bersama Yuri
menggunakan henponnya.
“Em,sekarang masih rasa nak tukar pakaian lagi ke?” Ervin
bertanya setelah meletakkan sayap tersebut kembali ke atas sofa.
“Tak naklah.Ini pakaian bidadari…jadi saya sukakannya.”
Ervin tersengih mendengar jawapan Yuri.Cepat betul dia
bertukar fikiran.Yalah,jika Ervin menganggap Yuri sebagai puteri ayam,dia
memang tidak akan memakai pakaian itu.Namun, pemuda itu menganggap Yuri seperti
bidadari.Jadi gilalah jika Yuri tidak mahu memakai pakaian yang dibelinya itu.
……………………………….
“Ervin,saya tak pandailah pakai heel ni.” Yuri merungut
sambil memaut lengan pemuda yang berjaya mencuri hatinya.Sudah beberapa kali
dia terpelecok sepanjang menyusuri koridor untuk menuju ke dewan utama hotel
Crown Prince.Dia bukan biasa memakai kasut tumit tinggi.Selalu hanya sneakers
dan selipar saja yang tersarung di kakinya.
“Sayang nak tukar kasut dengan saya ke?” Ervin memegang
bahu Yuri dan membantu gadis itu mengimbangkan diri.Sangat memahami kesukaran
Yuri saat itu.
“Gila apa.Ada pulak orang pakai baju bidadari dengan
kasut kulit lelaki.” Ervin tergelak dengan bebelan Yuri.
“Ataupun kita keluar sekejap.Beli kasut baru dekat
mall.Lepas tu datang sini semula?” Ervin memberikan cadangan.
“Tak payahlah.Saya okey je dengan kasut ni.Cuma awak
jangan jalan laju sangat.” Yuri memberitahu.Sebenarnya idea Ervin itu agak
bagus juga.Namun,Yuri tidak sampai hati untuk menyusahkan Ervin hanya kerana sepasang
kasut.Pemuda itu telah banyak membantunya.
“Okey my dear.Give me your hand.”
Ervin berdiri tegak di sisi Yuri sebelum menghulurkan
lengannya.Dengan teragak-agak Yuri meletakkan tangannya melingkari lengan
Ervin.Ervin tersenyum memandang buah hatinya sebelum mereka berdua beriringan
menuju ke dewan utama.Kali ini kaki Yuri tidak lagi terseliuh kerana Ervin
melangkah dengan perlahan.Mata Yuri membulat sebaik saja kaki melangkah masuk
ke dalam tempat berlangsungnya annual dinner Pizza Star.
Dewan Crown Prince telah dihias cantik dengan tema warna
emas.Candeliar mewah bergantungan di atas siling.Dinding dihiasi dengan
jambangan lily putih.Ratusan meja bulat tersusun cantik dalam dewan itu dan
sebahagian besarnya telah diduduki oleh tetamu.Namun,kecantikan dewan itu
kurang menarik perhatian Yuri jika hendak dibandingkan dengan keunikan semua
tetamu berpakaian.
“Tengok tu Ervin,kelakar betul.Berani betul dia pakai
pakaian macam tu.”
Yuri mengajukan jari telunjuknya ke arah seorang pemuda
berpakaian orang zaman batu yang berdiri tidak jauh dihadapan mereka.Dia tidak
dapat menahan gelak saat itu.Rasa lucu apabila melihat di hadapan mata ada
orang berpakaian zaman purba.Yalah,ini merupakan kali pertama Yuri menghadiri
majlis bertema sebegitu.Sebab itulah rasa teruja semacam.
“Amboi,suka pulak dia.Dahlah sayang.Jangan tengok lelaki
lain lebih-lebih.Nanti saya jeles.”
Yuri mencebik bibir apabila Ervin berkata
sedemikian.Sekarang memang Ervin sentiasa memanggilnya saying dan Yuri sudah
malas menegah.Panggilan itu buat dia rasa istimewa walaupun sering diperli
rakan-rakan lain.Belum sempat Yuri menelek lebih lama semua orang yang berada
di depan mata,Ervin menarik tangannya bergerak ke bahagian depan dewan.Di sana
dia bertembung dengan Datin Kasma yang mengenakan jubah puteri arab dan
Farhanah.Ima dan Farah berlalu duduk di
sebuah meja bulat yang dikhaskan untuk staf Pizza Star Kota Tinggi.
Datin Kasma berpelukan dengan Yuri sebelum membisikkan
sesuatu dengan anak bujangnya.Yuri menghampiriIma dan Farah sebelum langkahnya
terhenti apabila melihat kelibat Aizul,Din,Emir,Alif,Kak Ifa,Kak Ayu,Kak
Kiot,Mak Ngah dan Mak Piah sedang menuju ke arah kami bertiga.Tawa Yuri
terburai sebaik saja mereka berdiri dihadapannya.Masakan tidak,Aizul,Din,Emir
dan Alif mengenakan baju melayu dengan tanjak bak pendekar zaman melayu
Melaka.Kak Ifa,Kak Kiot dan Kak Ayu mengenakan sepasang baju kurung dengan kain
batik menutup kepala bak perempuan melayu terkakhir.
Dan yang paling buat Yuri ketawa tidak kering gusi,Mak
Piah berpakaian seperti nenek kebayan.Siap jalan terbongkok-bongkok lagi dengan
sebatang tongkat kayu.Pandai pulak orang tua itu berlakon.Mak Ngah mengenakan
sepasang cheongsam bewarna merah terang.Agaknya bertemakan Puteri Hang Li
Po.Miss Fatin Hamimah,bekas pengurus Pizza Star Kota Tinggi turut duduk semeja
dengan kami.Dia memakai sepasang kebaya nyonya.Menurut mereka,semua pakaian itu
dipinjamkan secara percuma oleh Farhanah.
“Wei,gilalah kau orang pakai baju macam ni.Apa tema baju
ni Din,Sultan Melaka ke?” Yuri bertanya dengan tawa yang masih bersisa.
“Bukanlah Yuri.AkuHang Jebat.” Jawab Din bersungguh.
“Aku Hang Tuah.” Sambut Aizul pula.
“Hang Lekiu.” Tokok Emir
“Hang Kasturi.” Alif memberitahu tanpa dipinta.Gelak Yuri
semakin kuat apabila mendengar jawapan mereka berempat.
“Hang Lekir mana? Tak cukup kuota ni?” Yuri bertanya
lagi.
“Hang Lekir dah berubah jadi bidadari.Tu yang tak dapat
join tu.” Aizul berlawak sambil memerli Yuri sebelum mengambil tempat di sisi
Farah diikuti yang lainnya.Baru saja Yuri hendak duduk sekali dengan
mereka,Ervin menarik tangannya dari arah belakang.
“Sayang,saya nak kenalkan sayang dengan papa saya.”
Tiba-tiba saja darah Yuri berderau mendengar bisikan Ervin.Papa Ervin datang ke
malam ini?
Sudahlah dia tidak pernah menemui papa Ervin sebelum ini.Adakah
papa Ervin semesra Datin Kasma.Dengan rasa takut dan hati yang berdebar-debar
Yuri mengikut langkah Ervin menuju ke sebuah meja bulat lain.Meja yang paling
dekat dengan pentas dan bersaiz paling besar.Tiba saja di situ,seorang lelaki
sebaya Yusof bangun dari duduk dan dia tersenyum manis ke arah Yuri.
“Sayang,kenalkan ini papa saya Dato’ Erwan.” Yuri sedikit
kecut perut apabila bersalaman dengan lelaki itu.Orangnya kelihatan segak
walaupun sudah berusia.Wajahnya seperti orang cina.Mungkin mengikut genetik
ayahnya.Sedikit sebanyak wajah tua dihadapan Yuri itu iras dengan Ervin.
“Papa,kenalkan ini Mayurie Rosella.My angel and my lovely
bride to be.”
Hampir gugur jantung Yuri mendengar kata-kata yang
meluncur laju keluar daripada mulut Ervin.Dato’ Erwan kelihatan tenang menerima
berita itu.Namun,apa yang membuatkan Yuri sedikit gelisah,tiga wajah lain yang
duduk di meja tersebut memandang Yuri dengan jelingan tajam.Salah seorang
daripada perempuan itu ialah Zaty Zamiera.Adik tiri Ervin.
“Tahniah Ervin.Papa gembira untuk kamu.Bidadari kamu ni
comel betul.”
Amboi,kembang semangkuk Yuri mendengar pujian Dato’
Erwan.Nampaknya,papa Ervin sama sporting seperti Datin Kasma.Apa yang Yuri
pelik,Datin Kasma dan Farhanah tidak mahu duduk semeja dengan Dato’ Erwan.Mereka
lebih senang duduk semeja dengan staf-staf Pizza Star Kota Tinggi.
“Jangan nak perasan comel sangatlah.Sedarlah diri tu
sikit.” Satu suara berkata sinis.Sakit betul hati Yuri mendengarnya.Siapa lagi
yang bermulut puaka itu jika bukan Zaty!
“Em sayang,lupa pulak saya nak cakap.Ini perempuan yang
selalu berlagak cantik.Sayang dah kenal rasanya.Nama dia Zaty Zamiera.Sebelah
dia tu mak tiri saya,Datin Zah.Dan yang buat muka macam tahi ayam tu sepupu
saya,Wani.”
Sedikit tersentak Yuri dengan pengenalan mengejut Ervin
akan gerangan tiga perempuan itu.Rupa-rupanya perempuan yang berpakaian
blink-blink itu ialah ibu tiri Ervin.Yuri berbaik hati dengan cuba menghulurkan
salam,namun salamnya langsung tidak bersambut.Sekali lagi Yuri berkecil
hati.Ervin menarik tangan kesayangannya lembut.
“Sayang tak perlu hulurkan salam pada orang-orang macam
ni.Mereka bukan tahu adab pun.Okeylah papa,Ervin dengan Yuri nak duduk dekat
tempat staf Pizza Star Kota Tinggi.” Pedas sungguh bicara Ervin ketika
itu.Dato’ Erwan hanya mengangguk-angguk kecil dan seperti tidak mengendahkan
semua bicara anak terunanya.Walhal bicara Ervin kedengaran agak biadab di
telinga Yuri.
“Vin,yang kau sibuk nak duduk dekat tempat kuli tu nak
buat apa.Kau duduk jelah dekat meja VVIP ni.Kau tu bakal pewaris Pizza Star
Holding bukannya kuli bawahan macam kebanyakkan orang yang datang malam ni.”
Berdesing telinga Yuri mendengar kiasan penghinaan yang keluar daripada mulut
sepupu Ervin bernama Wani itu.Berlagak nak mampus.Tak guna!.Megah sangat ke
dengan pangkat dan harta tu.Bukan boleh bawa masuk kubur pun.
“Kau jangan nak berlagak sangatlah Wani.Kau tu pun kuli
Pizza Star.Setakat jadi admin dekat Pizza Star Holding dah mahu berbangga
diri.Meluat aku mendengarnya.” Ervin membidas sepintas lalu sebelum mengheret
tangan Yuri meninggalkan meja itu.Tidak mahu Yuri sakit hati mendengar bicara
biadap sepupunya itu.
Yuri menoleh pandang ke arah Ervin.Jelas kelihatan wajah
tampan yang ceria sedari tadi bertukar kemerahan menahan marah.Mengapa hubungan
Ervin dengan sepupu dan keluarga tirinya nampak keruh semacam.Yuri berteka teki
dalam hati.Dia tidak berani untuk bertanyakan hal itu dengan lebih
terperinci.Tidak suka masuk campur hal keluarga orang lain.
BAB 34
Majlis annual dinner malam itu dimulakan dengan ucapan
alu-aluan daripada pengerusi majlis.Semua tetamu yang hadir menikmati makanan
yang disajikan oleh katering di meja sambil menonton persembahan daripada
beberapa orang artis tempatan.Semua artis itu telah diundang untuk memeriahkan
lagi majlis makan malam tersebut.Ada Stacy,Adam,Hafiz dan Yuna.Dato’ Erwan
selaku salah seorang daripada pemegang saham terbesar Pizza Star Holding sempat
memberikan sepatah dua kata tentang perkembangan francais warisan moyangnya
itu.
“Sayang,boleh tak jangan buat muka macam tu?” Ervin
meraup wajah Yuri dengan tangannya.Yuri terkejut seketika.
Konsentrasi Yuri yang sedang khusyuk melihat Zaty bermain
piano di atas pentas hilang begitu saja.Memang itu adalah salah satu daripada
tabiat Yuri.Apabila dia ternampak seseorang bermain sesuatu alat muzik dengan
bagus di hadapan mata,dia pasti akan melihatnya dengan mata yang tidak
berkelip.Siapa pun dia Yuri tidak ambil tahu.Sebabnya Yuri merasakan mereka
yang pandai bermain alat muzik itu sangat hebat.Dan ternyata,Zaty Zamiera yang
membencinya itu mempunyai bakat tersebut.
“Dia pandai main pianolah.Bagus betul.”
Yuri berbisik di telinga Ervin dan Ervin kelihatan
mencebik bibir.Tadinya,pengerusi majlis mengundang mana-mana tetamu yang hadir
malam itu untuk membuat persembahan di atas pentas.Zaty yang ingin menunjuk
kelebihannya kepada orang ramai merupakan orang pertama yang menawarkan diri
melakukan persembahan.Dia bermain piano sambil menyanyikan lagu Beethoven.
“Bukan bagus sangat pun sayang.Saja je tu nak
menunjuk.Zaty tu daripada sekolah rendah mula belajar main piano.Kalau dia tak
pandai main sebuah lagu Beethoven,lebih baik potong je tangan dia tu.” Kutuk
Ervin bersahaja apabila Zaty menamatkan persembahannya.
“Amboi,sesuka hati dia saja nak potong tangan orang.Okeylah
tu dia main piano.Berbanding awak..” Ayat Yuri mati begitu saja apabila Ervin
menjelingnya tajam.
Yuri agak menggelabah apabila Ervin bangun daripada duduk
dan mengheret sama tangannya menuju ke arah pentas.Dia nak buat apa ni? Ervin
kelihatan berbisik-bisik dengan pengerusi majlis dan pengerusi majlis itu
menganggukkan kepala tanda faham.
“Baiklah para hadirin sekalian.Malam ini anak teruna
Dato’ Ervan,Encik Daniel Ervin ingin mendendangkan sebuah lagu bersama bakal
isterinya.Diharapkan para tetamu dapat memberikan tepukan gemuruh buat pasangan
ini.”
Mulut Yuri melopong mendengar pengumuman yang dibuat
pengerusi majlis di atas pantas.Dalam kadar sekelip mata,semua tetamu yang
hadir malam itu tahu akan perhubungan dia dan Ervin.Gila betul!Menyesal pulak kerana
terlepas cakap tadi.Tidak menyangka Ervin jenis manusia yang pantang
dicabar.Dewan itu bergema seketika dengan tepukan para tetamu yang hadir sebaik
melihat dirinya dan Ervin melangkah naik ke atas pentas.
“Sayang nyanyi dan saya akan main piano.Sayang tengok
betul-betul kehebatan saya bermain piano.”
“Awak,saya malulah!” Yuri menarik lengan baju Ervin.Dia
tidak pernah menyanyi di hadapan orang yang tidak dikenali.Selalu suaranya
hanya didendangkan untuk kawan-kawan dan keluarga.
“Be confident sayang.Semua orang akan suka dengan suara
sayang.”
Ervin berbisik di telinga Yuri,meyakinkan gadis itu
sebelum berlalu ke arah piano.Yuri berdiri seperti patung cendana di hadapan
mikrofon.Bagaimanalah dia boleh lupa yang Ervin pandai bermain piano.Bukankah
dia pernah terpesona dengan melodi pemuda itu sewaktu dia bermain piano di
rumah Kak Nita kali lepas.Ervin memulakan intro melodinya dan Yuri cuba
menangkap lagu apa yang Ervin cuba mainkan saat itu.
Setelah mendengar dengan teliti,dia mengetahui lagu yang
perlu dia nyanyikan saat itu.Ervin memilih lagu The Climb nyanyian Miley
Cyrus.Agaknya dia tahu yang Yuri hafal lirik lagu itu kerana Yuri selalu
menyanyikan lagu itu setiap kali berkaroake.Lagu itu ialah lagu pemberi
semangat untuk Yuri ketika mengambil SPM dahulu.Yuri cuba menahan debar apabila
semua mata tertumpu ke arahnya.Dia menarik nafas panjang dan bibirnya mula
mengalunkan melodi indah.
‘The struggles I'm facing,the chances I'm taking,
Sometimes might knock me down,But no, I'm not breaking
I may not know it,But these are the moments that
I may not know it,But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going
And I, I got to be strong.Just keep pushing on
Cause there's always gonna be another mountain
And I, I got to be strong.Just keep pushing on
Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move,Always gonna be a uphill
battle
Sometimes I'm gonna have to lose.Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb!’
Tamat saja Yuri menyanyikan lagu itu,dewan yang tadinya sunyi sepi sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh para tetamu.Kebanyakkan daripada tetamu yang hadir malam itu bangun daripada duduk dan bertepuk tangan dengan wajah berseri-seri.Sungguh kagum dengan suara bakal menantu Dato Erwan!
Tamat saja Yuri menyanyikan lagu itu,dewan yang tadinya sunyi sepi sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh para tetamu.Kebanyakkan daripada tetamu yang hadir malam itu bangun daripada duduk dan bertepuk tangan dengan wajah berseri-seri.Sungguh kagum dengan suara bakal menantu Dato Erwan!
“Betul tak saya cakap tadi? Mereka semua kagum dengan
kemerduan suara sayang.” Ervin sempat berbisik di telinga Yuri sewaktu mereka
berdua menuruni pentas.Yuri tersenyum lebar hingga ke telinga.
Masakan tidak,bukan Ervin saja yang memuji Yuri.Bahkan
sewaktu dia menapak untuk menuju ke meja staf Pizza Star Kota Tinggi,ramai
tetamu yang menghulurkan salam dan memuji kemerduan suara Yuri.Rasa seronok
pulak sebab dapat menyanyikan sebuah lagu dalam majlis itu dan suaranya disukai
ramai.
…………………………….
“Bilalah agaknya aku dapat jumpa Ace ya?” Yuri
mendepangkan tangan kanannya seolah-olah menggapai wajah Ace yang terpamer
besar di atas papan iklan yang terletak tidak jauh di hadapan.Papan iklan yang
tergantung tinggi dan kelihatan baru.
“Kau ajaklah Ervin pergi konsert Ace.Dia kan banyak
duit.” Jawab Aizul seraya meneguk segelas teh tarik.Sebaik tamat majlis annual
dinner tadi,Dato’ Erwan ingin berjumpa dengan Ervin,Datin Kasma
danFarhanh.Jadi,Yuri dan staf-staf Pizza Star Kota Tinggi yang lain
berkeputusan untuk melepak di restoran yang terletak tidak jauh daripada
kawasan hotel itu.Walaupun dengan pakaian yang pelik dan beraneka ragam.Mereka
semua masih berjaya duduk dengan selesa di restoran itu.
“Ervin tak minat Ace.” Yuri memandai memberi jawapan.
“Kamu jadi penyanyi jelah Yuri.InsyaAllah dapat nanti
kamu jumpa Ace.Mak Piah selalu doakan kamu berjaya menjadi seorang penyanyi
terkenal di masa hadapan.” Mak Piah memberi pendapat bersahaja dan semua yang
berada di situ tergelak besar.
“Yuri boleh jadi penyanyi,tapi kena kuruskan badan dulu.”
Din sempat memperli.
“Betul cakap Din tu.Tapi Mak Ngah rasa Ervin takkan
benarkan bakal isteri dia jadi penyanyi.” Tokok Mak Ngah dan Yuri hanya
tersenyum hambar.
“Serius beb,kalau kau jadi penyanyi terkenal macam
Ace,kau jangan lupakan kita orang tau.” Kak Kiot mula merepek.
“Em,kalau Yuri jadi artis,akak nak hadiah yang
besar-besar masa akak kahwin nanti.” Sela Kak Ima pula.
“Mak Ngah pun nak.Dapat TV LCD 40 inci sebiji pun dah
okey.”
Sekali lagi mereka semua tergelak dengan kata-kata Mak
Ngah.Jauh betul mereka berimpian.Yuri jadi penyanyi sepopular Ace? Tunggu tujuh
keturunanlah agaknya untuk menggapai impian itu.Yuri langsung tidak memasang
angan-angan setinggi itu.
“Yuri,kalau kau kaya,kau nak buat apa dengan duit kau?”
Alif,merangkap pembuat pizza menyambung
bicara.
“Kalau aku kaya mestilah aku nak senangkan hidup keluarga
aku.Hantar mak dan ayah aku pergi haji.Dirikan bisnes untuk abang-abang aku dan
hantar adik aku belajar di luar negara.” Yuri menyatakan semua impiannya secara
rambang.
“Untuk kawan-kawan pulak?” tanya Ayu berminat.
“Em,Yuri akan habiskan masa untuk joli dengan kau orang
semua.” Jawapan merepek Yuri mengundang tawa besar semua sahabatnya.
“Ehem,ehem!.Rancaknya berbual.Borak pasal apa ni?” Ervin
yang baru tiba dari arah belakang mengambil tempat duduk di sisi Yuri.
“Borak pasal kalau Yuri jadi kaya.” Ima menjawab
pertanyaan Ervin.
“Mama awak dengan Kak Nana mana?” Yuri bertanya setelah
tidak melihat kelibat dua wanita itu.
“Papa hantar dia orang balik.Maaf tahu sebab terpaksa
tinggalkan awak tadi.” Ervin berbicara selembut mungkin sambil merenung mata
Yuri.Bimbang kesayangannya kecil hati.
“Is okey.”
“Em,kalau awak kaya,awak nak bagi apa dekat saya?” Ervin
turut berminat untuk meneruskan perbualan itu.
“Nak bagi apalah.Awak tu dah kaya.Tak perlulah saya nak
bagi apa-apa pun dekat awak.” Yuri jawab malas.
“Em,tak bagi apa pun tak apa.Saya cuma nak hati awak.”
Jawapan bersahaja Ervin membuatkan wajah Yuri
membahang.Tambahan lagi dengan sorakan gamat semua staf Pizza Star yang berada
di situ.Yuri rasa hendak menyorokkan wajah di bawah meja.Daniel Ervin mana
pandai malu!
………………………..
Dua hari berikutnya saat Yuri dan Ervin pulang daripada
kerja,mereka berdua dikejutkan dengan kedatangan Datin Zah,isteri nombor dua
Dato Erwan,Zaty dan Wani.Yuri berasa tidak sedap hati apabila melihat wajah
tiga manusia itu.Mujurlah Ervin berada di sisi.Jika tidak takut juga Yuri
hendak berhadapan dengan mereka.Sudahlah kali lepas dia kena simbah air dengan
Zaty.Kali ini entah apa pulak yang akan berlaku.Kelihatan mereka bertiga
membenci Yuri walaupun mereka tidak rapat antara satu sama lain.
“Mama ingatkan Zaty bergurau bila cakap bakal isteri
Ervin adalah kuli Pizza Star.Rupa-rupanya Zaty tak tipu.”
Datin Zah memulakan bicara yang sah untuk mengutuk
Yuri.Dia memandang Yuri yang ketika itu masih memakai uniform Pizza Star dengan
pandangan menjijikkan.Macamlah gadis itu sampah dimatanya.Wanita yang berusia
30 an itu berpakaian ketat dengan mekap yang tebal beberapa inci.Sudahlah
rambut merah menyala dan kembang semacam.Seram pulak Yuri tengok.Dasar orang
tua tidak sedar diri.Zaty dan Wany biasalah dengan gaya tidak cukup kain
mereka.Mengapalah mereka bertiga ini hendak mencari pasal dengan aku.Mungkin
mereka cemburu sebab Ervin cintakan aku.Cemuh Yuri dalam hati.
“Apa tujuan makcik datang rumah saya ni?”
Ervin bertanya serius dan dia dengan tiba-tiba memegang
erat tanganYuri.Bimbang jika tiga perempuan di hadapannya itu melakukan sesuatu
yang tidak sepatutnya.Zaty mendengus bengang melihat tindakan Ervin dan Wany
tersenyum mengejek.Wajah Ervin yang putih kelihatan merah menahan api
kemarahan.Yuri tidak sukaErvin sebegitu.Selalunya dia ceria-ceria sahaja bila
bersama dengannya.Mengapalah ada saja orang yang ingin menggangu kebahagian
mereka.
“Makcik,aku dengan Zaty tak restu kau ambil perempuan ni
jadi menantu keluarga Dato Erwan.” Tersentap hati Yuri mendengar bicara
Wani.Yuri tidak tahu mengapa Wani begitu membencinya sedangkan dia hanya sepupu
Ervin.Takkanlah gadis itu sama menaruh hati pada Ervin?
“Kenapa?” Ervin bertanya pendek dengan nada penuh
meluat.Yuri tahu dia cuba menahan sabar.
“Kenapa you tanya? You ingat kita orang akan restu you
untuk berkahwin dengan budak gemuk dan miskin ni.You tu anak jutawan Malaysia
Ervin.Mana layak you berkahwin dengan kuli yang hodoh macam dia ni.Lainlah
kalau you kahwin dengan I.”
Ya Allah,kasarnya bahasa dia.Terhiris hati Yuri yang
mendengar.Hina sangat ke aku ini hingga mereka tergamak mengutuk aku sedemikian
rupa.Yuri menundukkan wajah kerana hati terlalu sakit untuk memandang manusia
di hadapannya.Sebak bertandang di hati.Adakah tindakan dia menerima lamaran
Ervin adalah satu kesilapan besar?
“Pergi mampuslah dengan restu kau orang bertiga.Apa yang
aku tahu aku nak kahwin dengan Yuri.Takde siapa pun yang boleh menghalang!.”
Tempikan Ervin menyebabkan Yuri terkejut besar.Jantungnya
hampir gugur dengan ledakan kemarahan pemuda itu.Namun,Ervin masih tidak
melepaskan genggaman tangannya terhadap Yuri.Seperti mengalirkan satu kekuatan
untuk Yuri menghadapi situasi berkenaan.
“Kau jangan nak buat malu keluarga makcik Ervin.Keluarga
kita tak ada bermenantukan orang miskin macam perempuan ni!” Kutuk Datin Zah
lagi.
“Amboi,amboi,amboi.Sedapnya mulut kau mengutuk bakal
menantu aku.”Ervin yang tadinya ingin membidas terus menutup mulut apabila
Datin Kasma yang baru pulang menyampuk perbalahan mereka.Yuri tidak perasan
masa bila wanita itu melangkah masuk ke dalam banglo.Datin Kasma bersemuka
dengan Datin Zah dan kelihatannya Datin Zah takut dengan mama Ervin.
“Saya bukan mengutuk kak.Cuma nak nasihatkan Ervin agar
pandai memilih calon isteri.” Wah,nasihat kepala otak dia!Sesedap mulut dia
menghina aku.Dia boleh kata nasihat pulak.
“Kau tak payahlah nak nasihat anak aku.Lebih baik kau
nasihat anak kau yang tak tahu malu ni.” Datin Kasma menunjalkan jarinya ke
dahi Zaty.Gadis itu mempamerkan muncung sedepa.
“Kenapa aunty cakap Zaty macam tu?” Zaty memprotes.
“Kenapa kau tanya? Eh Zaty,kau tak faham bahasa ke yang
anak aku tak suka dekat kau.Jadi,kau tak payahlah nak terhegeh-hegeh menganggu
dia.” Sembur Datin Kasma dengan wajah yang sama merah padam seperti Ervin.
“Tapi aunty..” Zaty mahu menyambung bicara penuh
gediknya.
“Kau dengar sini baik-baik.Selagi makcik masih
hidup,makcik takkan sesekali benarkan kau kahwin dengan Ervin.” Datin Kasma
memang hebat.Terkedu ketiga-tiga perempuan itu dibuatnya.
“Zaty ni lagi padan kahwin dengan Ervin berbanding budak
miskin tu.” Wani menyampuk.
“Kau diam Wani sebelum makcik tampar muka kau.Datang
rumah orang tidak diundang lepas tu memandai hendak masuk campur hal orang
tua.Adab mana yang kau belajar? Makcik rasa mak bapak kau dah salah didik kau
sejak kecil lagi.Terlalu manjakan kau sampai kau lupa diri.” Terus terdiam Wani
mendengar kutukan itu.
“Kau tu Zah,sedar diri sikit.Dulu,kau pun merempat kat
jalanan.Kalau kau tak merampas suami aku,takde maknanya kau boleh hidup senang
sekarang ni.Aku malas cakap banyak dengan kau orang bertiga.Sebelum aku halau
kau orang bertiga dengan penyapu,lebih baik kau orang berambus dari rumah aku
sekarang!”
Jerkahan Datin Kasma menyebabkan tiga perempuan itu diam
tidak berkutik.Tidak sampai seminit,mereka bertiga melangkah pergi dari banglo
itu.Kelihatan mulut mereka yang terkumat kamit mengatakan sesuatu yang Yuri
rasa dipenuhi dengan sumpah seranah terhadapnya.Agaknya mereka segera beredar
kerana takut jika dihalau dengan penyapu.Yuri yakin yang Datin Kasma tidak
bermain dengan kata-katanya.
“Mama dah agak dah yang dia orang akan cari Yuri.Si Zaty
tu takkan puas hati kalau kamu tak kahwin dengan dia.Dasar perempuan
gila.Maafkan mama ya sayang sebab marah-marah dekat depan kamu.”
Datin Kasma membebel kecil sebelum mengusap-usap pipi
Yuri.Dia rasa terharu dengan keprihatinan wanita itu.Sejak Ervin memaklumkan
niatnya untuk beristerikan Yuri,Datin Kasma mengarahkan Yuri agar memanggilnya
mama.Katanya untuk membiasakan lidah Yuri
dengan panggilan tersebut kelak.
“Mereka membenci saya.” Itu sajalah yang mampu keluar
dari mulut Yuri.
“Jangan pedulikan tentang kebencian mereka sayang.Buang
masa je.Sekarang saya yang nak kahwin dengan sayang.Bukannya mereka.” Tukas
Ervin seraya mengusap-usap kepala Yuri.
“Betul cakap Ervin tu.Mama dan papa restu hubungan kamu
berdua.Jadi tiada masalah untuk melangsungkan perkahwinan.Agak-agak bila nak
kahwin ni?”
Erk? Yuri menelan liur.Apa yang Datin Kasma merepek
ni?.Bukan ke dia sudah bersetuju yang Ervin akan menikahi aku setalah aku tamat
belajar nanti.Ini sambung belajar pun belum.Takkanlah sibuk hendak memikirkan
hal kahwin?.Yuri gugup ketika itu.
“Mama gurau jelah Yuri.Mama tahu kamu muda lagi.Bila kamu
dah habis belajar nanti,barulah kamu sah menjadi menantu mama.” Datin Kasma
segera menyambung ayatnya apabila melihat wajah Yuri yang cuak saat itu.
“Sayang takut ke nak kahwin dengan saya cepat-cepat?”
Ervin tersenyum nakal seraya berbisik di telinga Yuri.Wajah pemuda itu kembali
ceria.Ervin bersyukur kerana Datin Kasma datang pada waktu yang tepat.Dia
sebenarnya tidak mahu biadab dengan orang tua seperti Datin Zah.Tetapi jika
wanita itu melampaui batas.Dia terpaksa bertindak.Dia tidak akan membiarkan
sesiapa menyakiti gadis yang dia kasihi.
“Bukannya takut tapi ngeri.” Jawapan main-main Yuri
mengundang tawa Ervin dan mamanya.Dan Yuri tersenyum senget.Hilang seketika
sesak fikirannya yang memikirkan hal Datin Zah,Zaty dan Wani.
BAB 35
Sebulan berlalu dengan pantas.Sedar tidak sedar semua
persiapan pertunangan Yuri dan Ervin siap dilakukan.Hanya tinggal dua hari
sebelum majlis tersebut berlangsung.Jika mengikut pendapat Yuri dan keluarganya
di kampung majlis pertunangan itu hendak dilakukan secara kecil-kecilan
sahaja.Namun,Datin Kasma membantah keras cadangan itu.Dia ingin memperkenalkan
Yuri kepada semua kenalannya.Jadi majlis pertunangan dia dan Ervin akan
diadakan secara besar-besaran.Hotel Paradise milik Datin Kasma adalah tempat
yang dipilih untuk melangsungkan majlis pertunagan Yuri dan Ervin.
Yuri tidak membantah keputusan Datin Kasma kerana baginya
itu hak mereka.Mereka ada duit.Jadi sukahati merekalah hendak buat majlis
pertunangan sebesar mana pun.Dia hanya mengikut.Seminggu sebelum majlis itu
berlangsung,Ervin menyuruh Yuri mengambil cuti sehinggalah majlis pertunangan
mereka selesai.Katanya selepas bertunang nanti,Yuri akan kembali tinggal di
hostel Pizza Star yang sudah selesai diubahsuai.Ini kerana Yusof dan Hasnah
sudah berbising mengatakan tidak elok duduk serumah dengan bakal tunang
walaupun Farah dan Ima ada bersama.Sekali lagi Yuri mengikut saja kata mereka.
Semakin hampir dengan tarikh pertunangan semakin Yuri
rasa tidak sedap hati dan jiwanya tidak tenteram.Seperti ada sesuatu yang buruk
bakal berlaku.Dia sebenarnya banyak kali terfikir untuk membatalkan majlis
pertunangan itu.Namun,setiap kali melihat wajah emak dan abahnya yang begitu
ceria untuk menerima Ervin sebagai bakal menantu,niat Yuri mati begitu
saja.Lagipun Yuri tidak sanggup mematahkan hati Ervin juga mengecewakan Datin
Kasma dan Farhanah.Mereka semua terlalu banyak berbudi dan terlalu baik
dengannya.Yuri bukan tidak mencintai Ervin,cuma seperti ada sesuatu yang
menjadi jurang antara mereka…
“Abang dengar Yuri dah nak bertunang?”
Pertanyaan Amri mematikan lamunan Yuri.Ketika itu mereka
berdua sedang makan malam di sebuah restoran.Petang tadi, Amri menelifon dan
mengajak Yuri keluar untuk membincangkan sesuatu.Yuri yang daripada dulu
merasakan Amri ada masalah mengikut saja permintaannya.Tanpa pengetahuan Ervin
atau sesiapa,dia berkunjung ke restoran yang agak tersorok daripada pemandangan
ramai. Amri sudah memesan makanan dan minuman kegemaran gadis itu sebelum dia
datang.
“A,ah abang.Dua hari lagi.”
“Sampai hati Yuri tak cakap dengan abang.Tak sudi nak
jemput abang ke?.” Amri kelihatan merajuk dan Yuri tersenyum hambar.Wajah yang
agak berserabut di hadapannya itu ditenung lama.Apa sebenarnya masalah yang
dihadapi pemuda itu? Langsung tiada secalit keceriaan di wajah itu.Apa yang
Yuri lihat hanya lakonan untuk menyenangkan hatinya.
“Yuri dah cuba telifon abang banyak kali.Tapi abang tak
jawab panggilan.Mesej Yuri pun abang tak balas.Jadi jangan nak salahkan Yuri
pulak.”
“Yalah,yalah.Abang yang salah.” Amri meneguk air dan Yuri
turut meminum jus epal di depan mata.
“Sebenarnya kenapa abang nak jumpa Yuri ni? Abang ada
masalah nak kongsi dengan Yuri ke?” Yuri bertanya dengan perasaan ingin tahu.
“Em,memang pun abang nak berkongsi masalah dengan
Yuri.Tapi sebelum tu,kita makan dulu.”
Untuk menyedapkan hati Amri Yuri cuba menghabiskan
makanan secepat mungkin.Nasi goreng cili padi yang terhidang di depan mata
sedikit membuka selera Yuri.Setelah makanan dan minuman dihabiskan Yuri kembali
bertentang mata dengan lelaki itu.Entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup
laju dan kepalanya terasa pening.Pemandangannya sedikit kabur.
“Apa masalah yang abang nak ceritakan tu?” Yuri masih
bertanya walaupun dia pening-pening lalat.
“Sebenarnya masa rumah abang kena rompak dulu,duit
hantaran perkahwinan abang dengan Huda dirompak sekali.” Yuri sesak
nafas.Patutlah Amri kelihatan resah dan gelisah.Belum sempat Yuri menyambung
pertanyaan,mulutnya terasa dipaku dan badannya tidak mampu bergerak.Dunianya
hitam dan dia rebah.
“Maafkan abang Yuri.” Amri memandang sesusuk tubuh yang
telah pengsan di hadapannya dengan wajah seribu penyesalan.
………………………
Bunyi nada dering henpon yang agak bingit mengejutkan
Yuri daripada terus dibuai mimpi.Apabila tersedar,dia mendapati sedang berada
dalam sebuah bilik yang tidak dikenali.Perkara pertama yang dilihat adalah
keseluruhan tubuhnya.Alhamdulillah,pakaian masih tersarung di tempat yang
sepatutnya.Namun,kepalanya masih terasa sedikit berpinar.Apa yang terjadi
semalam? Mana Abang Amri? Mengapa dia meninggalkan aku di sini.Yuri mengambil
henpon yang masih terjerit-jerit mengalunkan lagu Ace.
“Hello?”
“Yuri,kau dekat mana? Kenapa abah telifon banyak kali kau
tak angkat?” Tengkingan Yusof daripada hujung talian membuatkan Yuri terpempam
seketika.Kenapa abah nak marah-marah ni?
“Yuri baru bangun tidur abah.Kenapa?” Yuri tidak berani
mengatakan yang dia telah tidur di sebuah tempat yang dia tidak tahu lokasinya.
“Kenapa kau tanya?.Eh,abah nak tanya ni.Apa yang kau dah
buat dekat Ervin sampai dia nak batalkan majlis pertunangan kau orang? Apa yang
telah terjadi?!”
Terasa masa berhenti berpusing.Yuri silap dengar atau dia
masih bermimpi?.Yuri menampar pipi sendiri.Sakit! Sah dia tidak bermimpi!Nafas
terasa sesak.Ervin membatalkan majlis pertunangan mereka? Biar betul?!
“Ayah tak tahulah apa masalah kau orang berdua.Tapi tolonglah
selesai dengan baik.Mujurlah ini cuma majlis pertunangan.Kalau nak kahwin
tiba-tiba tak jadi,mana abah dengan emak kau nak letak muka.Boleh ayah tahu
kenapa Ervin batalkan pertunangan kamu?” Yusof mengulang bicaranya dan Yuri
yakin semua itu bukan mimpi.Terasa lemah segala urat sendi.Henpon melurut jatuh
ke atas lantai.Apa yang telah terjadi?.
P/S: Nak tahu sambungannya,tunggu terbitlah ye.InsyaaAllah..ade rezeki nanti terbit hujung tahun ni...Nak tahu apa2 pekembangan sila add FB Crystal Ace Bella.Thanks to all my dear follower and readers.Love u all~~
Sudi2,like share n komenlah ye <3<3<3
6 comments:
Ahh!!suspen giler..cpat smbung kak...please....•﹏•
Akak sambunglah lagi... akak buat saya suspen je
Akak cepatlah sambung lagi
Akak cpt sambung lagi
Alaaaaaaaaa , knp suspen ni? Sedih ah taktau sambungan dia hm
Akak...mana sambunganyerr???cptlhh dh suspen nieeee...
Post a Comment