Saturday, August 9, 2014

NOVEL : BILA KULI JADI ARTIS! BAB 16,17,18,19,20





BAB 16
Hari ahad merupakan hari yang paling memenatkan buat semua staf Pizza Star.Pelanggan berduyun-duyun berkunjung ke restoran untuk menjamu selera bersama ahli keluarga atau pasangan masing-masing.Mujurlah hari ini,Yuri bekerja shift pagi.Menjelang pukul enam petang tugasnya tamat.Itu pun dia terpaksa bekerja waktu tambahan selama dua jam.Badan terasa letih dan kaki terasa kejang kerana terpaksa berdiri dan melangkah ke sana sini hampir sepuluh jam lamanya.
Setelah pulang ke hostel Yuri menunaikan solat asar sebelum merebahkan diri ke atas katil bujang.Jam penggera henpon diset agar berbunyi pada pukul tujuh.Bimbang jika terus terlelap hingga terlepas waktu maghrib.Disebabkan badan yang terlalu penat,Yuri terus tertidur.
Yuri merasakan dia baru saja terlena apabila henponnya mengeluarkan bunyi nyaring. Dia menggapai henpon yang berada tidak jauh di sisi dan mematikan bunyinya.Sudah pukul tujuh petang.Dia menghela nafas panjang sebelum memisat mata yang masih mengantuk.Beberapa ketika,telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu yang menyeramkan.Bunyi yang berdecit seperti jeritan anak kecil yang sedang kesakitan.Yuri cam bunyi itu.
Dia bingkas bangun daripada baring dan terus duduk di birai katil.Dia menelan liur dan mata liar memandang ke kiri dan ke kanan.Yuri berdoa dalam hati agar ia bukan makhluk yang satu itu.Sudahlah tiada sesiapa dalam hostel saat itu.Jika makhluk itu datang,siapa mahu membunuhnya?.Jantungnya mengepam darah dengan laju dan tangan mula menggigil.
Selang beberapa minit,sesuatu yang bewarna hitam terbang melayang di atas siling bilik Yuri.Yuri yang menggelabah berlari keluar daripada bilik apabila makhluk itu melayah terbang hampir mengenai wajahnya.Sudahlah saiznya besar dan bunyinya menyeramkan.Sungguh Yuri rasa sangat takut saat itu.Apabila tiba di luar bilik,dia berdiri di hadapan chiller dan bersedia untuk berlari ke bahagian bawah Pizza Star jika makhluk itu mendekatinya.Dari kejauhan Yuri dapat melihat makhluk itu terbang memusing keseluruhan siling hostel.Mata makhluk itu tidak dapat berfungsi dalam keadaan terang.Jadi makhluk itu terbang dengan melanggar apa sahaja di hadapannya.
Jantung Yuri hampir saja tercabut apabila makhluk itu jatuh ke lantai berhampiran kakinya.Pantas saja dia berlari keluar daripada pintu yang memisahkan hostel dan bahagian Pizza Star.Takut punya pasal Yuri berlari laju menuruni anak tangga hostel tanpa memakai selipar.Tiba di pertengahan anak tangga,dia tersadung kaki sendiri dan hampir melayang menyembah lantai.Mujurlah satu tubuh yang berada di hadapan sempat menghadang dia daripada terus jatuh ke bawah.Yuri tersembam di atas dadanya dan Ervin menahan diri daripada jatuh bersama.
“Ya Allah,Yuri,apa yang awak buat ni?” Ervin bertanya cemas.Terkejut melihat buah hatinya seperti baru dikejar hantu. Yuri segera menjarakkan diri daripada terus melekat pada Ervin.
Yuri yang sedang termengkelan berasa pelik apabila melihat wajah Ervin yang bertukar merah dan pemuda itu segera berpaling ke arah lain.Mengapa wajahnya sebegitu?.Seperti malu apabila memandang Yuri.Dan Yuri memperoleh jawapannya apabila dia memandang tubuhku sendiri.Alamak,dia cuma memakai sehelai singlet dan sehelai seluar pendek!
“Kenapa awak berpakaian begitu Yuri? Kalau orang lain nampak macammana? Pergi masuk hostel .Salin baju dan seluar tu.” Ervin bersuara tegas tanpa memandang Yuri.Langsung tidak terfikir mengapa gadis itu memakai pakaian yang mengancam jiwa lelakinya.Mujurlah dia masih berfikiran waras!
“Saya takut…”
“Takut apa?”
“Ada benda dalam bilik saya.” Yuri tergagap-gagap seraya menahan malu.Tidak pernah dia berpakaian sebegitu seksi meskipun dihadapan abang-abangnya sendiri mahupun Yusof!
“Benda apa Yuri.Tolonglah pergi pakai baju awak.” Suara Ervin semakin meninggi saat itu.Bimbang yang dia akan mendengar bisikan-bisikan syaitan.
“Saya takut nak masuk bilik.Ada kelawar.” Yuri memberitahu jujur.
“Kenapanya dengan kelawar? Awak tak malu ke kalau orang lain nampak awak berpakaian macam tu.Cepat tukar pakaian.” Ervin memaksa.Tidak sanggup bertentang mata dengan gadis kesayangannya itu selagi Yuri tidak berpakaian sempurna.
“Saya takutlah! Saya geli! Saya takkan masuk hostel selagi kelawar tu ada.”
Yuri menjerit kecil memberitahu.Tiba-tiba berasa sebak sebab Ervin tidak memahami.Yuri yang tadinya berdiri duduk di atas tangga dan berpeluk lutut.Terasa malang sangat sebab kelihatan dengan pakaian sebegitu di hadapan Ervin.Entah apalah tanggapan pemuda itu ke atas dirinya.Tanpa Yuri sedari Ervin menanggalkan kemeja kerjanya dan memberikan baju itu kepada Yuri.
“Pakai kemeja saya ni.Saya takde baju lain nak bagi awak. Tak elok kalau ada staf yang lalu di sini melihat awak hanya dengan singlet.” Ervin mengendurkan suara.Cuba memahami situasi Yuri yang dalam ketakutan.Dariapda suara dan memek muka Yuri,Ervin yakin yang gadis itu tidak menipu.
Ervin tidak terkata.Untuk mengelakkan situasi janggal itu berpanjangan,Yuri cepat saja menyarung kemeja majikannya itu.Mujurlah masih berbau wangi.Jika sudah berbau tengik,mahu pengsan Yuri dibuatnya.Amboi,banyak songeh pulak kau Yuri!
 “Awak tunggu dekat sini.Saya naik atas kejap.”
Ervin memberi arahan dengan suara yang lembut dan berlalu meninggalkan Yuri.Yuri hanya terkebil-kebil memandang setiap langkah pemuda itu.Dia berdoa dalam hati agar Ervin dapat menghapuskan makhluk yang menggangu ketenangannya itu.Yuri punya bimbang saat itu seperti seorang isteri menghantar suami pergi berperang pulak!
Yuri kembali duduk di tepi tangga.Kemeja Ervin yang membalut tubuhnya terasa hangat dan mendamaikan.Apabila Yuri memakai baju pemuda itu dia berasa seolah-olah berada dalam pelukan Ervin.Mujurlah sepanjang dia duduk di tangga itu tiada staf yang terlihat kelibat Yuri.Sudahlah tangga yang dia duduki itu adalah tangga yang sama untuk menuju ke freezer dan chiller.Jika ada staf yang melihat Yuri dengan pakaian Ervin,mahu tebal berpuluh inci muka Yuri.Selang beberapa minit,Yuri bingkas bangun daripada duduk apabila melihat Ervin keluar daripada pintu hostel dan menuruni tangga.
“Er..awak buat apa kat atas?” Yuri teragak-agak bertanya apabila melihat wajah Ervin selamba sahaja.
“Saya bunuh binatang ni dekat atas.” Hampir luruh jantung Yuri apabila Ervin menunjukkan bangkai seekor kelawar yang tidak bergerak dalam sehelai plastik lutsinar.Dia mendekatkan plastik itu pada wajah Yuri dan gadis itu menjerit seriau.
“Ervin,gelilah! Jangan dekatkan bangkai itu dengan saya!.” Yuri menjerit besar sebelum berlari menaiki tangga menjauhi Ervin.Pemuda itu tergelak kecil melihat Yuri.Ingatkan rockers,rupa-rupanya penakut juga!
“Apalah awak ni.Kelawar dah mati pun nak takut lagi.” Ervin menggeleng gelengkan kepala sebelum membuang plastik yang mengandungi bangkai itu ke dalam sebuah tong sampah yang berada di kaki tangga.Kemudian dia kembali naik ke atas mendapatkan Yuri.
“Muka sampai pucat sebab takutkan kelawar.Kelakar betullah awak ni Yuri.”
Ervin ketawa lagi sambil mengusap-usap kepala Yuri.Walaupun kena peril,Yuri berasa lega.Kelawar itu sudah mati jadi dia boleh memasuki bilik.Memang Yuri fobia dengan spesies binatang yang satu itu.Ini bukan pengalaman kali pertama dia melarikan diri daripada kelawar.Sudah banyak kali sebenarnya.Selalunya Farah yang menjadi mangsa suruhan agar membunuh kelawar.Farah bukan orang yang penggeli.Jadi,dia boleh membunuh kelawar dengan menggunakan penyapu tanpa rasa takut.Hanya dengan melihat bayang kelawar Yuri sudah lari berbatu.Masakan dia boleh membunuhnya.Memang dia tidak mampu.Masih teringat dalam fikiran Yuri bagaimana hingar bingar keadaan hostel ketika kelawar itu melekat pada baju yang dia pakai.Hampir bergegar hostel dengan jeritannya ketika itu.
“Okeylah saya nak ambil barang dalam chiller lepas tu saya kena sambung kerja dekat bawah.” Ervin memberitahu seraya melangkah naik ke atas.Ingin menuju ke arah chiller.Pemuda itu selamba saja bersinglet.Menampakkan susuk tubuhnya yang tegap.
“Ervin,takkan awak nak bekerja dengan berpakaian macam tu je?” Yuri teragak-agak menegur.
“A,ah saya lupa.Nanti ramai pulak pelanggan yang tergoda melihat badan saya yang cantik ni.” Ervin memuji diri untuk menceriakan wajah gadis dihadapannya.Ternyata dia berjaya apabila melihat Yuri tersenyum kecil.
“Em,awak masuk bilik.Pergi tukar baju.Lepas tu pulangkan kemeja saya.Saya tunggu awak dekat depan chiller.” Ervin menyambung ayatnya apabila melihat Yuri berdiam diri.
“Okey.”
Yuri malas bertatapan lama dengan Ervin dalam keadaan pemuda itu yang bersinglet dan Yuri memakai kemejanya.Jika ada staf lain yang nampak situasi mereka berdua,mungkin lain tanggapan mereka.Jadi Yuri segera bergegas kembali ke dalam bilik dan bersalin pakaian.Dia hanya menyarung sehelai t shirt longgar lengan pendek dengan seluar track.Setelah itu dia kembali menemui Ervin.
“Terima kasih sebab pinjamkan kemeja.”
Yuri berterima kasih seraya menghulurkan kemejanya.Ervin mengangguk kecil seraya dengan selamba menyarungkan kembali kemeja itu ke atas badannya.Langsung dia tidak kisah walaupun pakaian itu pernah melekap ditubuh Yuri.
“Sama-sama.Lain kali,kalau ade berpuluh kelawar yang terbang dalam bilik awak pun,janganlah keluar dengan pakaian seksi Yuri.Tergoda iman saya melihatnya.Kalau tak sempat pakai baju biasa,awak selubung saja dengan selimut.Asalkan tertutup.”
Pesanan yang disertai dengan senyuman nakal membuatkan Yuri melopong.Ervin ini kalau tidak menyakat memang tidak sah!.Yuri bukan sengaja hendak berpakaian sebegitu di hadapannya.Takut punya pasal,dia terus melarikan diri tanpa menyedari yang dia sudah menanggalkan uniform kerja sebelum solat asar tadi.
“Yalah,saya akan ingat pesanan awak tu Ervin.Terima kasih sekali lagi sebab bagi pinjam kemeja dan tolong bunuh kelawar tu.Saya nak masuk bilik ni.Selamat bekerja.”
Yuri mahu mengelak daripada terus berada di hadapannya.Terasa wajahnya membahang apabila memikirkan semua peristiwa yang telah berlaku.Baru beberapa langkah Yuri menapak,tangannya ditarik dengan lembut dari arah belakang.Yuri terpempam dan langkahnya terhenti.Mula berfikir yang bukan-bukan.
“Kenapa dengan tangan awak ni Yuri?” Ervin bertanya cemas sambil membelek lengan Yuri.Terdapat beberapa tompokan lebam yang kecil di situ.Yuri terkebil-kebil seketika sebelum tergelak.Ingatkan kenapalah tadi.
“Love bite.”
“What?!” Membuntang mata Ervin mendengar jawapan selamba Yuri.Terus terlepas tangan gadis itu dari pegangannya.
“Awak ingat saya ni jahat sangat ke?” Yuri tergelak besar apabila melihat wajah Ervin yang memucat.Pasti pemuda itu mula bertanggapan buruk terhadapnya.
“Yuri,tolong jangan main-main.Awak menakutkan saya.” Ervin mengeluh di hujung ayatnya.Bimbang jika Yuri tidak sebaik yang disangka.
“Tangan saya ni lebab seba kena gigit dengan parasit.” Jelas Yuri ringkas.
“Parasit apa?” Ervin bertanya lagi.Jelas tidak berpuas hati.
“Em..nantilah saya cerita.Waktu maghrib dah nak habis ni.Saya belum mandi dan solat lagi.Awak pun banyak kerja nak dibuat.” Yuri cuba mengelak.Malas untuk berbual panjang dengan Ervin akan hal itu.
“Malam ni lepas saya habis kerja saya nak awak cerita.Saya nak tahu parasit apa yang gigit awak.Awak jangan tidur awal pulak.”
Ervin memberikan arahan dengan suara yang tegas.Dia mahu tahu parasit apa yang mengenakan love bite pada lengan buah hatinya.yuri termangu seketika sebelum menganggukkan kepala.Jika Yuri menolak permintaan Ervin pasti perbualan dia dan Ervin akan berlanjutan di hadapan chiller itu.Lebih teruk,mungkin mereka akan bertengkar.Jadi Yuri ikutkan saja permintaannya.














BAB 17
“Bagaimanalah awak boleh hidup bersama dengan pijat lebih daripada setahun Yuri? Saya tak faham betullah dengan awak ni.” Ervin bertanya dengan nada bimbang seraya membelek tangan Yuri lembut.Yuri tergelak kecil mendengar pertanyaannya itu.
“Alahai,bukan mati pun hidup dengan pijat.Saya cuma terpaksa menanggung rasa gatal dan kesan lebam saja.Yang lain takde hallah.” Jawapan selamba Yuri menyebabkan Ervin meluku lembut kepalanya.
“Banyaklah awak punya takde hal.Pijat tu membawa penyakit merbahaya.Awak tahu tak?!” Ervin terjerit kecil memarahi Yuri dengan wajah yang serius.Yuri hanya tersenyum senget.
Masih terbayang dalam fikiran Yuri peristiwa yang berlaku dalam 30 minit lepas.Selepas waktu kerja tamat,Kak Ima dan Farah menerpa masuk ke dalam bilik tidur mereka dan mengemas pakaian yang berselerak di sana sini.Apabila Yuri bertanya mengapa mereka berkelakuan begitu,Farah mengatakan yang Ervin ingin melihat bilik tidur mereka.Yuri yang ketika itu sedang melayari internet di atas tilam turut sama mengemaskan apa yang patut.
Ervin hanya melangkah masuk ke dalam bilik hostel mereka tidak sampai seminit.Namun,sebaik saja keluar dia mula membebel bagai bak nenek.Dia pelik bagaimana Yuri,Farah dan Kak Ima boleh tinggal dalam sebuah bilik yang sempit dan kotor.Kotor dengan najis kelawar yang jatuh  bertaburan daripada bahagian tepi siling.Siling sudah terkopak di sana sini.Lantai tidak berjubin dan kipas dalam bilik itu juga sudah rosak.Kelawar dapat masuk dengan bebas melalui kaca tingkap yang pecah dan tidak berpalang besi.Silap hari bulan,penjenayah pun boleh masuk sama!
Ervin mendapat tahu yang tangan Yuri lebam akibat gigitan pijat melalui Kak Ifa.Mengikut kata Farah,ketika bekerja,Ervin bertanya dengan Kak Ifa mengapa staf Pizza Star yang tinggal di hostel mempunyai lebam di bahagian lengan.Kak Ifa yang sudah lama mengetahui masalah mereka terus menceritakan perihal itu kepada Ervin.Sebab itulah Ervin beria mahu melihat keadaan hostel mereka dengan matanya sendiri.
Teruk juga Yuri,Kak Ima dan Farah menadah telinga mendengar bebelannya.Ervin memarahi mereka bertiga kerana tidak memberitahu keadaan hostel Pizza Star yang teruk kepadanya. Yuri bukan sengaja tidak ingin memberitahu hal itu.Sebenarnya,dia sudah malas mencuba.Sebelum ini sudah dua pengurus diberitahu tentang kepincangan keadaan dalam hostel.Namun,langsung tiada tindakan yang diambil.Mengenangkan tiada tempat lain yang mengizinkan mereka tinggal dengan percuma,jadi mereka terus bertahan tinggal di situ.
Pijat merupakan sejenis kutu yang hidup bersembunyi. Kawasan kegemaran pijat adalah di celah-celah tilam, bantal dan juga sofa. Ia hidup dengan menghisap darah manusia. Setelah digigit pijat, kita akan merasa gatal dan mengalami sedikit lebam di kawasan bekas yang digigit.Pijat juga merupakan pembawa penyakit merbahaya seperti wabak tifus dan demam berulang.Yuri tidak hairan dengan kesan lebam yang ditinggalkan pijat kerana ia bukanlah sebesar mana pun dan akan hilang selepas dibiarkan beberapa hari.
“Saya tak peduli.Mulai hari esok,saya nak kamu bertiga pindah daripada hostel.Saya akan panggil orang untuk perbaiki keadaan hostel tu.Balik daripada makan ni,terus kemas semua barang.”
Ervin berbicara tegas sebaik saja Kak Ima dan Farah meletakkan dulang makanan di atas meja.Tadinya,Ervin mengajak mereka makan bersama di KFC untuk membincangkan hal tersebut.Tidak sangka begitu cepat dia membuat keputusan.Senang hati Yuri jika hostel Pizza Star diperbaiki.Namun,dimana pula Yuri,Farah dan Kak Ima akan menginap buat sementara waktu.
“Kita orang bukan tak nak pindah bos.Tapi tak mampulah nak sewa rumah.Lepas tu bukan mudah nak cari rumah sewa yang berhampiran dengan Pizza Star.” Farah berkata jujur.
“Takpe.Saya ada tempat tinggal yang sesuai untuk kamu bertiga.Kemas apa yang patut.Esok petang saya bawa kamu bertiga ke rumah baru tu.” Jawab Ervin bersahaja.Yuri,Kak Ima dan Farah berpandangan sama sendiri.Biar betul bos kami ni?!
“Berapa sewanya sebulan bos?” Kak Ima bertanya pula.
“Tak payah bayar.Saya tanggung semua kosnya.” Wah,ini sudah bagus.Yuri tahulah dia pengurus Pizza Star.Banyak betul duit dia untuk menyewakan mereka bertiga sebuah rumah dengan percuma.
“Kalau bos dah cakap macam tu.Kami bertiga tak kisahlah.” Farah memberi kata putus. Yuri dan Kak Ima mengangguk-angguk kepala tanda bersetuju.Yalah,ingat senang ke hendak dapat peluang sebaik itu?.Ervin tersenyum senang apabila mereka bertiga setuju dengan cadangannya.
“Em..sedapnya!” Yuri memejamkan mata sambil menikmati keenakan cheesy wedges yang baru dibeli.Bukan beli guna duit Yuri,tapi guna duit Ervin.Dia sibuk mahu membelanja mereka bertiga.Jadi,terima sajalah dengan senang hati.
“Banyaknya awak beli cheese Farah?” Ervin menayang muka pelik apabila dia membuka dua bekas kecil plastik yang mengandungi keju bewarna kuning.Ervin ingatkan bekas itu mengandungi coleslaw.
“Yuri ni bos.Suka sangat makan cheese.” Beritahu Farah dan Yuri buat tidak endah.Ervin terkebil-kebil memandang Yuri yang duduk di sebelahnya.Memang Yuri meminta Farah membeli keju tambahan yang selalunya diletakkan sedikit sahaja di atas kentang itu.
“Keju tak baik untuk kesihatanlah Yuri.Jangan makan banyak.” Ervin membuka mulut sambil tangannya laju saja menarik kotak yang mengandungi cheesy wedges menjauhi Yuri.Yuri menjegilkan mata ke arah pemuda itu.
“Kenapa pulak tak boleh makan banyak? Takut gemuk? Saya tak kisah pun kalau gemuk.” Yuri menjawab tanpa perasaan sebelum membuka sekotak lagi cheesy wedges yang belum bersentuh.Ervin tergelak kecil melihat kelakuan Yuri.
“Saya pun tak kisah kalau awak gemuk.Orang chubby ni sedap dipeluk.”
Yuri tersedak apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut pemuda itu.Wajah terasa membahang dan tekak terasa perit.Ervin cepat menghulurkan air dan mengusap lembut belakang tubuhnya.Kak Ima dan Farah yang melihat,bantai menggelakkan Yuri.Hampeh betul!.
“Awak okey tak Yuri?” Ervin bertanya bimbang.
“Bos ni,janganlah cakap macam tu.Tak tentu pasal je Yuri tersedak.” Sela Kak Ima.
“Maaf.Saya cuma cakap perkara yang betul.Tak baik makan keju banyak sebab ia boleh meninggikan kandungan kolestrol dalam badan.Nanti kena penyakit darah tinggi atau sakit jantung.”
Yuri mencebik bibir mendengar nasihat percuma Ervin.Dia tahulah jaga pemakanan.Sibuk saja hendak membebel.Eh,tapi tadi dia kata dia cakap perkara yang betul.Apa yang betulnya?.Pasal orang chubby sedap dipeluk ke? Takkanlah dia merujuk orang chubby itu kepada Yuri?.Pastilah tidak.Ervin hanya bergurau.
Selang beberapa minit Farah mula membuka cerita tentang Yuri yang takut akan kelawar.Yuri hanya mampu mendiamkan diri apabila Ervin berdekah mengetawakan kelemahan dirinya itu.Kak Ima juga sibuk menokok tambah cerita.Kata Farah dulu dia pernah tidur dalam stor menyimpan barangan kering Pizza Star akibat takut akan seekor kelawar yang berada dalam bilik.Masakan tidak waktu itu hanya dia seorang diri berada dalam hostel.Kak Ima dan Farah bercuti daripada kerja dan pulang ke rumah masing-masing.
Ketika itu dia memang tiada pilihan lain selain berkurung dalam stor dengan membawa sehelai selimut.Menjelang pagi,barulah Farah pulang dan membunuh kelawar yang bergantungan dalam almari baju mereka.Peristiwa lain,ketika Farah dan Kak Ima berada dalam hostel,sekor kelawar terbang masuk mengitari siling bilik kami.Yuri yang ketakutan berselubung di bawah selimut.Sementara Kak Ima dan Farah selamba menonton drama Korea di laptop dan mengarahkan Yuri agar tidak mengendahkan kelawar itu.
Pada mulanya,Yuri cuba untuk tidak mengendahkan kehadiran kelawar itu seperti kata Kak Ima dan Farah.Malangnya,keadaan hostel menjadi hingar bingar apabila kelawar itu mendarat dan melekat di atas selimut Yuri.Hampir patah dua buah katil bujang dalam bilik itu apabila Yuri,Kak Ima dan Farah serentak bangun dan menerpa ke luar bilik.Terkejut punya pasal itulah jadinya.Walhal,Kak Ima dengan Farah tidaklah fobia mana dengan kelawar.Akhirnya,Farah juga yang membunuh kelawar itu.
“Alahai,kesiannya dia.Kelawar tu bukan drakula saying oi.Takut sangat dengan kelawar sampai sanggup tidur dalam stor.Tak sakit badan atau sejuk ke Yuri?”
Ervin menamatkan sisa tawanya sebelum mengusap-usap lembut kepala Yuri dengan pandangan kasihan.Yuri menolak tangannya.Hendak buat baik pulak.Tadi beria mengetawakan aku.Tak guna betul!.
“Memanglah sakit dan sejuk.Tapi berbanding berhadapan dengan makhluk yang menyeramkan tu,saya lebih rela tidur dalam stor.”
Jawapan Yuri sekali lagi mengundang tawa mereka bertiga.Yuri menyudu kentang putar masuk ke dalam mulut dengan geram.Malam ini asyik Yuri saja yang kena gelak.Panas hati betul!.Ini semua angkara Ervin tahu Yuri takut akan kelawar.Jika tidak cerita yang memalukan dirinya itu jarang diungkit kerana sudah lama berlalu.
“Awak ni memang suka makan kentang ke Yuri?” Ervin mengubah topik apabila Kak Ima dan Farah kekeringan cerita.
“Suka.” Yuri jawab pendek.Ervin pelik melihat Yuri makan dua kotak cheesy wedges dan semangkuk besar kentang putar sedari tadi tanpa menyentuh makanan lain.
“Kalau bos nak tahu,Yuri ni dia suka makanan yang lembik.” Kak Ima membocorkan rahsia.
“Lembik?” Ervin memandang Yuri.
“Yalah lembik.Macam bubur,kentang putar,bergedel dan segala jenis makanan yang dilenyek.”
Penerangan Kak Ima membuatkan Yuri tergelak.Daripada bunyinya cara Yuri makan seolah-olah dia seorang perempuan tua yang tidak mempunyai gigi.
“Beb,tengok belakang.Hensem tu!.”
Farah yang sedari tadi ralit merenung bahagian belakang Yuri segera berbisik.Yuri,Ervin dan Kak Ima sama-sama melihat arah yang dikatakan Farah.Selang dua meja daripada tempat mereka makan terdapat sekumpulan remaja belasan tahun sedang makan dan berborak riang.Mungkin umur mereka dalam lingkungan 16 atau 17 tahun.
“Yang pakai topi biru tu muka macam Justin Bieber lah.” Sampuk Kak Ima yang sama ralit merenung kumpulan remaja itu.Yuri yang kurang berminat dengan pemandangan tersebut kembali berpaling ke hadapan dan meneruskan makanan.
“Budak-budak lagilah.Not my taste.” Yuri menjawab selamba apabila Ervin memandang wajah Yuri seperti meminta dia mengatakan sesuatu.Jawapan  Yuri membuatkan Ervin tersenyum lebar dan meneruskan makan.Ervin pun nampaknya tidak berminat melihat kumpulan remaja itu.Yalah,dia kan lelaki.Takkanlah dia berminat melihat lelaki pulak.
“A,ah.Aku lupa kau tak suka lelaki yang bawah daripada umur kau.”
Farah menepuk dahi apabila terpandangkan wajah Yuri.Yuri pernah bercerita kepada dua teman biliknya itu mengenai citarasanya terhadap lelaki.Citarasa dia tidaklah setinggi mana namun dia memang tidak berimpian untuk berpasangan dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.Bagi Yuri lelaki muda kurang matang dan tidak dapat memahami perangainya.
“Ha,Yuri,cuba pusing kepala kau 180 darjah ke kanan.Yang ini hot.Pasti lebih tua daripada kau.”
Kak Ima pula berbisik dengan senyuman gatal terpamer di wajah.Sekali lagi Yuri berpaling begitu juga dengan Ervin ke arah yang ditunjukkan.Kelihatan dua pemuda yang agak tampan dan berpakaian santai sedang berbual rancak di situ.Sesekali mereka tertawa dan tersenyum lebar.Umur mereka mungkin dalam lingkungan 20 an.
“Hensem.Not bad.” Yuri menggumam perlahan.Ervin yang berada di sebelah menoleh pandang ke arah Yuri dengan dahi yang berkerut.Muka macam tak puas hati saja?.
“Tapi...” Yuri menggantungkan ayat.Menongkat pipi dan menelek wajah pemuda yang berada beberapa inci sahaja di hadapannya itu.Farah dan Kak Ima masih sibuk memerhati dua pemuda yang sedang rancak berbual. Yuri langsung tidak berminat untuk melihat wajah pemuda lain.Wajah di hadapannya itu lebih memukau hati.
Mata mereka bertatapan dan jiwa Yuri terasa tenang apabila melihat wajahnya.Dia lebih kacak daripada semua pemuda yang pernah Yuri jumpa.Tiada cela di wajahnya.Tapi Yuri tidak akan memperkatakan kebenaran itu dihadapannya.Tidak mahu dia bangga diri dan riak dengan kelebihan yang diberikan Allah itu.
“Tapi apa?” Ervin bertanya dengan nada ingin tahu apabila Yuri tidak meneruskan kata.Pelik melihat Yuri merenungnya lama.Selalunya dia yang merenung Yuri dan bukan sebaliknya.Bergetar jantung Ervin apabila direnung lama oleh pujaan hati.
“Tapi saya rasa mereka berdua tu gayboy lah.Nampak macam rapat semacam saja.”
Jawapan main-main Yuri membuatkan Ervin tergelak  besar sebelum meluku kepala Yuri.Kak Ima dan Farah langsung tidak mempedulikan ulasan Yuri dan terus membelek wajah dua pemuda yang menarik perhatian mereka.Yuri tidak mempedulikan sahabatnya itu dan berbual rancak dengan Ervin.Rasa gembira sangat apabila dapat menghabiskan waktu bersama pemuda itu walaupun hanya dengan berbual kosong.



BAB 18
Sebaik saja tamat bekerja pada pukul 4.00 petang keesokan harinya,Yuri,Kak Ima dan Farah memunggah beberapa buah bagasi ke dalam bonet kereta Ervin.Yuri ingatkan Ervin tidak serius dengan apa yang diperkatakannya.Mujurlah mereka bertiga sempat berkemas sewaktu pulang dari KFC semalam.Ervin kelihatan teruja dan tidak menyabar untuk membawa mereka bertiga ke tempat tinggal baru.Beria sungguh dia mengarahkan mereka pindah keluar daripada hostel Pizza Star.
Sepanjang perjalanan menuju ke tempat tinggal baru,Ervin kelihatan ceria dengan wajah yang berseri-seri.Bila Yuri bertanya di mana lokasi rumah baru mereka.Dia tidak mahu memberitahu dan ingin merahsiakan hal itu.Akhirnya,Yuri,Kak Ima dan Farah hanya mendiamkan diri hinggalah kereta BMW 5 Seriesnya menyusur masuk ke kawasan perumahan elit di Taman Daiman Jaya.
Pada mulanya,Yuri menyangka Ervin melalui jalan itu untuk menuju ke rumah baru kami yang berada di tempat lain.Namun,sangkaan Yuri meleset sama sekali apabila Ervin memberhentikan kereta mewahnya di hadapan pagar sebuah bangle mewah dua tingkat yang terletak di hujung jalan.Tidak sampai beberapa saat dia memberhentikan kereta,pagar rumah itu terbuka dan dia selamba sahaja memarkirkan keretanya di perkarangan banglo itu.Yuri,Kak Ima dan Farah diam tidak terkata.
“Selamat datang ke rumah saya.”
Ervin membuka mulut dan mereka bertiga tersentak.Yuri menghela nafas panjang.Rupanya banglo itu rumah dia.Gila punya besar.Yuri rasa dalam taman perumahan itu,rumah Ervin yang paling besar.Yuri melihat dia menonong keluar daripada perut kereta.Mungkin Ervin mahu mengambil sesuatu barang daripada rumahnya sebelum menghantar kami bertiga ke rumah baru kami.
Yuri,Kak Ima dan Farah masih tidak bergerak dalam kereta.Mereka berfikiran sama macam Yuri.Mereka hanya melihat persekitaran banglo dua tingkat itu daripada dalam kereta. Halamannya luas dan sangat cantik.Terdapat sebuah kolam air pancut di sisi kiri dan kelihatan tidak jauh di bahagian kanan rumah itu terdapat sebuah kolam renang yang agak besar.Ervin sedang berdiri di hadapan keretanya dan bercakap dengan seseorang melalui corong telifon.Yuri tersenyum kecil.Untungnya dia dapat tinggal dalam rumah sebesar ini.
“Sayang,temenung apa lagi tu?.Ima,Farah cepat keluar daripada kereta.Jom kita masuk dalam.”
Yuri terkejut apabila Ervin membuka pintu kereta dan memandangnya pelik.Kak Ima dan Farah turut teragak-agak untuk keluar daripada kereta saat itu.Ervin hendak menyuruh kami bertiga bertandang ke rumahnya ke?Yalah kut,sebab itulah dia menyuruh kami bertiga keluar daripada kereta.Namun,sangkaan Yuri sekali lagi meleset apabila Ervin membuka bonetnya dan mengeluarkan bagasi kami bertiga.
“Kita orang nak buat apa kat sini?” Yuri mencuit lembut bahu Ervin dengan jari telunjuk.Ervin memandang Yuri pelik sebelum ketawa kecil.Kemudian tangan kanannya melingkar di atas bahu Yuri dan dia menolak tubuh gadis itu agar menghadap ke arah  banglo mewah itu.
“Mulai hari ini,awak,Ima  dengan Farah tinggal di sini.”
“What?!” Walaupun mereka bertiga jarang menggunakan bahasa Inggeris tapi itulah kali pertama mereka terjerit serentak dalam bahasa asing itu.
...............................
Sebaik melangkah masuk ke dalam banglo dua tingkat itu mereka bertiga disambut oleh mama Ervin.Orangnya kelihatan cantik dan anggun walaupun umur sudah mencecah 40 an.Dan apa yang paling menarik minat Yuri,mama Ervin yang bernama Datin Kasma itu amat peramah orangnya.Dia langsung tidak kekok bersalaman dan melagakan pipi dengan Yuri,Kak Ima dan Farah.Bebeza benar dengan watak perempuan kaya yang selalu Yuri baca dalam novel.
“Anggap jelah rumah makcik ni seperti rumah sendiri.Makcik harap kamu bertiga selesa sepanjang tinggal di sini.”
Datin Kasma menyarankan agar kami bertiga memanggilnya makcik setelah berkenalan tadi.Sungguh merendah diri mama Ervin ini.Yalah,selalunya golongan datin manalah mahu dipanggil makcik.Paling kurang pun hendak digelar aunty.Padahal maksudnya sama sahaja.Suka sangat mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa ibunda.
“Vin,mama nak tolong bibik masak dekat dapur.Kamu tunjukkanlah bilik dia orang bertiga ya?” Datin Kasma memandang Ervin yang tidak lekang daripada senyuman sedari tadi.
“Okey mama.” Ervin menjawab ringkas.Yuri sedikit terkejut apabila Datin Kasma menghampirinya dan memegang kedua belah pipinya.Sepasang mata tua itu merenungnya lama.
“Kamu ni comel betullah Yuri.Geram makcik tengok pipi kamu.”
Selamba saja wanita itu mencubit pipi kanan Yuri yang agak tembam dan menciumnya sebelum berlalu ke dapur.Yuri melopong dan tidak terkata.Yuri tahu yang dia chubby dan berpipi tembam.Tapi tak payahlah nak main cubit-cubit.Mujurlah Datin Kasma mencubit pipinya lembut.Jika kuat,ada yang kena luku dengan Yuri saat itu.
“Saya pun nak buat jugalah!” Belum sempat Yuri memikirkan perkara lain,pipi kirinya ditarik sekali lagi oleh seseorang.Apabila Yuri berpaling ke kiri Ervin mendekatkan wajahnya ke pipi Yuri dan automatic gadis itu menapak ke belakang.Dia ni dah gila ke apa?!
“Oh,lupalah.Saya tak boleh kiss pipi awak.” Ervin menyeringai apabila berjaya membuat Yuri blushing.
“Bodoh punya Ervin.” Ringan saja tangan Yuri mencubit segenap lengan Ervin yang terdedah itu hingga dia terjerit kesakitan.Kak Ima dan Farah hanya menggeleng-geleng kepala melihat gelagat mereka berdua.
“Okey.Okey.Im sorry.Jangan cubit lagi!.Sakitlah Yuri!.” Ervin menjauhkan dirinya daripada Yuri.Yuri tersenyum kemenangan apabila dapat meninggalkan kesan merah pada lengan putih kemerahan itu.Wajah Ervin berkerut-kerut menahan sakit.Puas hati Yuri.Siapa suruh cari pasal!.
Setelah beberapa ketika,Ervin membawa Yuri,Kak Ima dan Farah naik ke tingkat dua banglo itu.Kata Ervin banglo itu mempunyai enam buah bilik tidur.Hanya tiga bilik digunakan dan mereka bertiga boleh tinggal dalam bilik tetamu.Ervin kata lebih mudah tinggal serumah dengannya.Jadi,Yuri,Kak Ima dan Farah dapat menumpang keretanya untuk pergi dan balik dari Pizza Star.
Mengikut Ervin,dia baru saja menginap di banglo itu itu sejak bekerja di Kota Tinggi. Sebelum ini dia dan keluarganya menginap di Kuala Lumpur.Dania Farhanah yang Yuri kenali sebagai Kak Nana bekerja di Johor Bharu dan menginap di sana.Setiap minggu dia akan berkunjung ke Kota Tinggi untuk melawat Datin Kasma dan Ervin.
Yuri sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa papa Ervin tidak tinggal bersama mereka.Ini kerana papanya berkahwin muda dan bekerja di Kuala Lumpur.Datin Kasma ialah isteri pertama.Jarang sekali papanya datang menjenguk keluarga mereka di Kota Tinggi. Namun,kata Ervin,dia dan mamanya tidak kisah.Agaknya mereka sudah terbiasa dengan suasana seperti itu.
Perbualan mereka terhenti apabila Ervin membawa mereka bertiga masuk ke dalam sebuah bilik yang besarnya tiga kali ganda berbanding dengan bilik hostel Pizza Star.Terdapat dua buah katil saiz Queen dalam bilik itu dengan cadar yang cantik.Ada satu set sofa,televisyen,set hi-fi,sebuah almari enam pintu,bilik air dan bilik itu berpenghawa dingin.Bilik tersebut kelihatan luas dengan cat bewarna ungu cair dan jubin bewarna sama. Bagi Yuri bilik seperti itu seperti sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.
“Macammana,okey tak sayang bilik ni?” Ervin berbisik perlahan di telinga Yuri apabila Kak Ima dan Farah merayap menjelajah keseluruhan bilik tersebut.
“Okey.” Yuri jawab ringkas.Gilalah kalau dia cakap tak okey! Bilik dekat kampungnya pun tidak sebesar itu.
“Em,kalau tak okey,awak boleh pindah masuk bilik saya.Bilik saya dua kali ganda lebih besar daripada bilik ni.Nak tak?”
Ervin bertanya dengan senyuman nakal di bibir.Yuri menunjukkan penumbuk dan Ervin tergelak kecil.Sekejap panggil sayang,sekejap Yuri,sekejap saya awak.Memang biul betullah Daniel Ervin ni!.Mujurlah sekarang ini Yuri sudah terbiasa dengan semua panggilan. Dibiarkan saja Ervin memanggilnya mengikut gelaran yang dia suka.
“Daripada saya pindah masuk dalam bilik tidur awak,lebih baik saya tinggal dekat hostel dan tidur dengan kelawar.” Yuri menjawab selamba.
“Eh,bukan awak takut dengan kelawar ke?” Ervin menunjukkan muka pelik.
“Kelawar dekat Pizza Star tu kecil je.Kalau gigit,tak mati.Tapi,kelawar yang sebelah saya ni besar sangat.Kalau gigit,darah saya kering terus.” Jawapan Yuri jelas membuatkan Ervin mempamerkan muncung sedepa sebelum ringan saja tangannya mencubit pipi Yuri.
“Sakitlah Ervin!” Yuri menepis tangannya dan dia ketawa geli hati.
“Padan muka.Ada pulak nak samakan saya dengan kelawar.Kalau saya gigit awak betul-betul nanti.Awak jangan menyesal pulak.Jaga-jaga malam ni ada kelawar besar datang nak gigit awak Yuri.” Ervin sempat mengugut sebelum berlari keluar daripada bilik apabila perasan Yuri hendak mencubit lengannya.Ish,nakal betul!.Kerja asyik hendak menyakat saja!.
Sepeninggalan Ervin dari bilik itu,Yuri,Kak Ima dan Farah mengemas semua barang yang mereka bawa daripada hostel Pizza Star.Yuri terfikir,alangkah beruntungnya mereka bertiga dapat tinggal di bilik semewah itu dengan percuma.Mujurlah staf perempuan yang tinggal di hostel Pizza Star cuma Yuri,Kak Ima dan Farah.Staf yang lain semua tinggal di rumah sendiri kerana rumah mereka berhampiran dengan Pizza Star.Hostel staf lelaki Pizza Star pula masih elok kerana baru diperbaiki tiga tahun lepas.Yuri rasa jika terlalu ramai staf Pizza Star yang tinggal di hostel, Ervin tidak akan menumpangkan mereka semua di rumahnya.
“Sayang betul bos dekat kau kan Yuri.Sampai sanggup dia suruh kita bertiga menumpang dekat rumah dia.” Bicara Kak Ima mematikan pergerakan Yuri yang sedang menggantung pakaian dalam almari.
“Maksud akak?” Yuri tidak berapa faham.
“Yalah.Bos tu suka dekat kau.Dia tak suka kau tinggal dekat hostel Pizza Star yang ada kelawar,sempit dan kotor tu.Kau tak nampak ke yang dia prihatin sangat dengan keselamatan kau?” Sela Farah dan Yuri terasa sesak nafas tiba-tiba.Yuri menghampiri mereka dan duduk di birai katil.
“Dia prihatin dengan kita semualah.Bukannya dia prihatin dengan aku seorang.Takde maknanya orang macam dia nak suka dekat aku.” Yuri cuba menidakkan dakwaan Farah.
“Ya Allah.Yuri,bos tu memang suka dekat kau.Kau tak nampak ke yang dia layan kau dengan baik.Masa kita sampai tadi,takkan kau tak perasan yang dia angkatkan semua bagasi kau? Bagasi kita orang dia tak tolong angkat pun.Dia siap panggil kau sayang lagi.”
Yuri menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Memanglah Ervin mengangkat semua bagasi dia tadi.Yuri hanya berlenggang kangkung.Namun,itu bukan bermakna yang dia tidak mahu menolong mengangkat bagasi Kak Ima dan Farah.Ervin cuma ada dua tangan.Mana boleh bawa barang banyak-banyak.Takkanlah hanya dengan sebab itu,Kak Ima kata Ervin suka Yuri?.Setakat panggil sayang,apalah sangat.Lelaki zaman sekarang memang ramai yang bermulut manis.Yuri tidak hairan pun.
“Alah,akak fikir jauh sangat tu.Ervin dengan saya kawan jelah kak.Kalau betul dia suka dekat saya,dia akan cakap Mayurie Rosella,I love you.Will you marry me?”
Yuri melutut sebelah kaki di hadapan Farah yang sedang berdiri.Melakonkan watak Ervin yang kononnya sedang melamar dirinya dengan sebentuk cincin.Farah dan Kak Ima yang melihat lakonan Yuri itu ketawa terbahak-bahak.
“Main-main jelah kau ni Yuri.” Kak Ima malas membahaskan hal itu.Dia menyambung kerja mengemas barangannya.
“Kalau aku jadi kau,bila Ervin melamar aku macam tu.Aku akan cakap,I love you too and I will marry you.” Farah berpura-pura menghulurkan tangannya kepada Yuri dan Yuri yang masih berlutut berpura-pura menyarungkan cincin.Layankan saja gila si Farah ni.Selepas itu mereka berdua tergelak besar.
“Tapi serius beb,aku suka tengok kau couple dengan Ervin.” Nampaknya Farah masih mahu mendebatkan hal itu.
“Kenapa pulak kau suka? Kau jelah yang couple dengan dia.” Yuri bertanya malas.
“Aku dah ade pakwelah.Aku takkan curang.Yalah,aku suka kau dengan dia couple sebab kau orang nampak sepadan.Kalau kau kuruskan badan,lagi bertambah padan.”
Jawapan Farah yang disertai perlian itu membuatkan Yuri mengrip kepalanya.Bila rakannya hampir lemas barulah Yuri lepaskan tangan.Menyuruh Yuri kuruskan badan,padahal Farah lebih tembam berbanding Yuri.Mereka berdua memang dua kali lima .Makan ikut selera tekak dan langsung tidak mempedulikan soal berat badan.Cuma Kak Ima yang kurus dan pandai menjaga pemakanan.Tapi,betul ke Yuri dengan Ervin nampak sepadan?






BAB 19
Usai solat maghrib,Datin Kasma menjemput Yuri, Ima dan Farah makan malam bersama. Sewaktu menuju ke ruang makan banglo dua tingkat itu,langkah mereka bertiga mati apabila terpandang akan sebuah potret besar pengasas Pizza Star yang tergantung di ruang tamu. Terfikir juga Yuri takkanlah Ervin begitu fanatik dengan Pizza Star hingga menggantung gambar lelaki berbangsa cina itu dalam rumahnya.Gila ke?
Namun,jawapan yang diberikan oleh Datin Kasma membuatkan mata Yuri, Ima dan Farah terbeliak.Pengasas Pizza Star itu merupakan moyang papa Daniel Ervin!.Datin Kasma yang perasan mereka berminat untuk mengetahui hal itu dengan lebih terperinci bercerita dengan senang hati.Mengikutnya,mendiang Qi Wei Yi adalah datuk kepada datuk suaminya.Datuknya itu berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Rusia dan melahirkan seorang anak lelaki. Anak lelaki mereka itu ialah datuk Ervin yang memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang perempuan melayu.Datuk Ervin berperanan memperkembangkan empayar Pizza Star di Asia Tenggara sebelum meninggal dunia.Hasil perkahwinan dengan isteri tercinta,nenek Ervin melahirkan lima orang anak termasuk papanya. Sekarang,empayar Pizza Star diterajui oleh tiga orang anak lelaki yang dilahirkan oleh nenek Ervin itu.
Datin Kasma juga memberitahu yang Dato’ Evan Erwan,suaminya,mahukan Daniel Ervin menerajui empayar Pizza Star pada masa akan datang.Ervin kurang setuju dengan cadangan papanya itu namun dia tidak membantah.Ervin mengambil keputusan untuk menguruskan salah satu daripada cawangan Pizza Star sebaik saja dia pulang daripada menuntut pelajaran di luar negara dulu. Ervin  kata dia mahu menilai sejauh mana perkembangan francais warisan keturunannya itu pada masa kini dan apakah pembaharuan yang perlu dilakukannya kelak.
Selain itu,tanpa dipinta Datin Kasma juga menceritakan yang dia lebih suka jika Ervin mengambil alih perniagaan perhotelan yang diusahakan oleh keluarganya berbanding dengan menguruskan Pizza Star.Perkahwinan antara Datin Kasma dan Dato’ Evan adalah atas dasar  desakan keluarga yang bersahabat baik.Jadi sebab itulah Datin Kasma kurang endah jika Dato’ Evan berkahwin lain atau tidak mengendahkannya.Datin Kasma kata dia boleh hidup dengan hasil titik peluhnya sendiri berbanding bergantung dengan harta benda keluarga Dato’ Evan.Melalui cerita itu,Yuri yakin yang Datin Kasma amat tegas pendirian dan tabah orangnya.Alangkah beruntungnya Ervin dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya.Mamanya mengusahakan syarikat perhotelan dan papanya salah seorang daripada peneraju utama Pizza Star.Namun,dia masih seorang pemuda yang merendah diri.
“Tapi,kenapa Ervin memilih untuk bekerja di Kota Tinggi?”
Soalan itu terpacul keluar daripada mulut Yuri saat mereka berempat bergerak menuju ke meja makan meninggalkan ruang tamu.Yalah,jika benar cerita Datin Kasma,Yuri rasa lebih baik Ervin menguruskan salah satu daripada cawangan Pizza Star yang berada di Kuala Lumpur. Bukankah cawangan di sana lebih pesat membangun dan berhampiran dengan Pizza Star Holding.Senanglah dia hendak berurusan dengan papanya sekaligus membangunkan Pizza Star.
“Saya memilih Pizza Star Kota Tinggi kerana saya hendak kerja sebumbung dengan Mayurie Rosella.”
Tiba-tiba saja Ervin menyampuk dan berjalan di sisi Yuri.Datin Kasma,Farah dan Ima tersengih tidak tentu pasal.Yuri buat muka tiada perasaan.Entah sejak bilalah Ervin mendengar perbualan mereka.Sedari tadi tiada pula kelibatnya di ruang tamu.Yuri melihat dia dari atas hingga ke bawah.Ervin  mengenakan sehelai seluar khaki bewarna krim dan t shirt berleher bulat yang dihasilkan daripada benang kait bewarna coklat gelap.Dia nampak santai dengan pakaian itu.Mengikut pandangan mata Yuri,wajah Ervin tidak seiras dengan Datin Kasma.Mungkin wajah dia lebih mirip dengan Dato’ Erwan.
“Kenapa sayang tengok saya macam tu? Saya hensem sangat ya?” Ervin berbisik lembut di telinga kesayangannya apabila Datin Kasma, Ima dan Farah menapak jauh di hadapan mereka.Tidak menyangka angannya menjadi nyata.Akhirnya dia dapat duduk serumah dengan gadis itu.Semua yang berlaku adalah suratan takdir.
“Jangan nak perasan sangatlah.Boleh tak jangan panggil saya sayang.Nanti kalau mama awak dengar,entah apa pulak yang dia fikir pasal saya.”
Yuri mendengus kecil seraya memperingakan Ervin.Ervin memang jenis mulut lepas. Bercakap ikut sedap mulut tanpa mengira perasaan orang lain.Sudahlah tadi Ima mendengar yang Ervin memanggil Yuri sayang.Mujurlah Ima itu bukan jenis kaki gosip.Jika tidak habislah nama Yuri dijaja dalam Pizza Star.
“Alah,mama saya tak kisah pun kalau saya panggil awak sayang.” Ervin menjawab jujur.Individu pertama yang mengetahui perasaan sebenarnya terhadap Yuri adalah mamanya sendiri.Datin Kasma cukup memahami,tidak seperti papanya…
Sebaik tiba di meja makan,Ervin menarikkan kerusi untuk membenarkan Yuri dan mamanya duduk.Datin Kasma tersenyum melihat anak bujangnya itu dan dia duduk di bahagian kepala meja.Ervin duduk di sisi kanannya dan Yuri duduk di sebelah Ervin. Ima dan Farah duduk berhadapan dengan kami berdua.
Pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja.Ada ayam masak lemon,udang goreng mentega,sotong goreng tepung,ikan masak gulai asam pedas,daging masak lada hitam,sup sayur dan sayur kalian goreng ikan masin.Ervin tidak membenarkan Yuri menyendukkan nasi untuknya.Tetapi dia yang menjalankan tugas itu.Dia menyendukkan nasi dan menuangkan air untuk semua orang.Sebelum makan Ervin mengetuai bacaan doa.
“Sedapnya.Makcik ke yang masak semua ni?” Yuri memejamkan mata sambil menikmati rasa ayam masak lemon.
“A,ah Yuri.Mama saya memang pandai masak.Untunglah lelaki yang kahwin dengan dia nanti.”
Yuri mengerutkan dahi sambil memandang wajah Ervin.Sibuk pulak dia hendak menjawab soalan yang Yuri tujukan untuk Datin Kasma.Ervin ini hendak memerli aku ke apa?.Aku tahulah aku tak pandai masak macam mama dia.Getus Yuri dalam hati.
“Kau ni dah buang tebiat ke Ervin? Mama ni dah kahwin dengan papa kau.Kau nak suruh mama kahwin lain ke?” Datin Kasma membuka mulut dan menyebabkan anak bujangnya tersedak.
Yuri yang melopong segera menepuk lembut belakang tubuh Ervin dan menghulurkan dia segelas minuman. Datin Kasma buat muka selamba sambil meneruskan suapan.Brutal juga bahasa mama Ervin.Namun,satu perkara yang Yuri puji,Datin Kasma tidak kekok makan menggunakan tangan.Daripada pemandangan mata Yuri,gaya dia makan dan berpakaian tidak seperti mak datin.
“Apa salahnya mama kahwin lain.Papa boleh kahwin lain.Mama pun boleh.” Ervin berseloroh.
“Kepala kamu.Agama mana yang kamu belajar membenarkan perempuan Islam mempunyai dua orang suami dalam satu masa?” Yuri menahan gelak apabila Ervin kena bebel dengan mamanya.
Tidak sangka betul Datin Kasma sesempoi ini.Gaya bahasa yang dia gunakan memang sama dengan Ervin.Sekejap panggil Ervin,sekejap kau,sekejap kamu.Emak dengan anak sama sahaja.
“Vin main-main jelah mama.Janganlah serius.” Ervin mencebik bibir sambil menjeling Yuri geram.Tidak puas hati kerana gadis itu asyik menggelakannya.Kak Ima dan Farah sama menayang sengih.
“Hal kahwin ni tak boleh dibuat main Ervin.Em,lagi satu hal yang kamu cakap mama masak semua ni kenapa pulak? Mama bukan pandai masak sangat pun.Ini semua air tangan bibik.Mama tolong sikit-sikit je.”
Datin Kasma memang terbaik!.Tidak malu mengaku kekurangan diri.Perut Yuri terasa senak menahan gelak melihat wajah cemberut orang di sebelahnya.Kuat membebel mama Ervin ni.Kali ini Ervin tidak menjawab pertanyaan mamanya dan dia meneruskan suapan.Sesekali dia menyudukan Yuri lauk ayam dan daging apabila melihat lauk dalam pinggan gadis itu berkurangan.Mujurlah perut Yuri besar,jika tidak memang membazirlah semua makanan itu.
“Ervin dahlah.Saya dah kenyang.” Yuri berbisik lembut seraya menolak tangan pemuda itu yang cuba menyendukkan nasi tambah ke dalam pinggan Yuri.
 “Yuri.Kamu ni darah campuran apa ya? Makcik tengok wajah kamu iras dengan wajah Ervin.Sikit sangat iras melayunya.”
Kali ini pertanyaan Datin Kasma membuatkan Yuri yang tersedak.Ada pula dia samakan wajah aku dengan wajah anak bujangnya.Dia ingat aku lelaki ke apa? Tokok Yuri dalam hati.
Ervin menghulurkan Yuri segelas air dan mengusap-usap belakang gadis itu seperti yang Yuri lakukan padanya tadi.Kak Ima dan Farah hanya menjadi pemerhati setia sambil menayang gigi colgate mereka.
“Muka awak iras dengan muka saya.Maknanya kita ada jodoh.” Bisikan Ervin membuatkan wajah Yuri membahang.Baru tersedar perkara sebenar yang ingin disampaikan Datin Kasma.
“Arwah nenek saya perempuan berdarah Indonesia makcik.Yang lain-lain semua melayu saja.Saya pun dah rasa diri saya ni berdarah melayu tulen.”
Yuri menjawab jujur soalan Datin Kasma.Memang ibu kepada ayahnya berbangsa Indonesia.Arwah nenek memeluk islam sewaktu hendak berkahwin dengan atuk yang berbangsa melayu.Mereka menetap di Malaysia dan melahirkan ayahnya.Sewaktu Yuri berusia lima tahun atuk dan nenek meninggal akibat kemalangan jalanraya.Sekarang Yuri cuma memiliki seorang nenek yang merupakan ibu kepada emak Yuri.
“Oh,betullah tekaan makcik.Ha,Ima dan Farah,kamu berdua bila nak kahwin?”
Soalan mengejut Datin Kasma membuatkan Kak Ima dan Farah yang tadinya mendiamkan diri sama-sama tersedak.Yuri dan Ervin menahan gelak apabila melihat Ima dan Farah bersoal jawab dengan Datin Kasma.Agaknya Datin Kasma tahu yang Ima dan Farah lebih tua berbanding Yuri.Jadi dia tidak bertanyakan hal kahwin dengan Yuri.Yalah,Yuri baru berusia 19 tahun.Tidak terfikir lagi akan soal kahwin.
Sepanjang makan malam itu,mereka semua berbual dengan mesra.Datin Kasma memang baik orangnya.Mengikut Ervin,mamanya berperangai sedemikian kerana dia pernah hidup susah sebelum perniagaan datuk Ervin berjaya.Jadi,Datin Kasma tidak pernah memandang hina orang yang hidup susah meskipun dia kaya.Dia tetap mengamalkan gaya perempuan biasa yang tidak berbangga dengan kekayaan hidup.Ini kerana dia ingat keluarganya berasal dari kampung dan pernah hidup susah sebelum mengecap kejayaan.








BAB 20
Usai menunaikan solat subuh,Yuri cuba menyambung tidur.Jam henpon di set pada pukul 7.30 pagi.Yalah,tidur di rumah keluarga Ervin,tidak eloklah kalau Yuri bangun lewat.Nanti apa pula kata Datin Kasma.Jika tidur di hostel Pizza Star,tiada siapa pun yang boleh melarang Yuri untuk bangun lambat.Pernah sekali dia dan Farah bangun pada jam 12 tengahhari.Itu pun setelah dikejutkan oleh Kak Ima.Bunyi nada dering henpon membuatkan mata Yuri yang hampir terlelap terbuka luas.Yuri menggambil henpon yang diselitkan di bawah bantal dan menekan butang hijau. Nama yang tertera atas skrin membuatkan Yuri menghela nafas panjang.Apahal pulak mamat ini menelifonnya pagi-pagi buta.
“Selamat pagi sayangku.Dah solat subuh belum?”
Alahai,romantiknya cara dia bertanya.Macamlah aku ini orang rumah dia sahaja.Tolonglah Daniel Ervin.Jangan kau terus bermain dengan sekeping hati yang hampir cair ini. Kebelakangan ini perasaan aku pada dia rasa lain macam sangat.Sudahlah tidurku asyik disulami wajah dia.Boleh gila kalau setiap hari macam ni!.Gila bayang!. Bisik Yuri dalam hati.
“Sayang,dengar tak saya tanya ni? Tidur lagi ke tu?” Ervin bertanya lagi apabila Yuri mendiamkan diri.
“Dah solat.Saya nak sambung tidur ni.Bye.” Yuri cepat mematikan henpon.Tidak mahu suaranya mengejutkan Ima dan Farah yang sedang lena diulit mimpi.Belum sampai beberapa saat nada dering henponnya berbunyi lagi.
“Apa?” Suara Yuri naik seoktaf.
“Janganlah marah.Yuri,jom jogging.Ajak Ima dan Farah sekali.” Amboi,sesuka hati dia saja hendak mengajak aku berjoging.Ingat aku ini minat bersukan ke?.Bentak Yuri dalam diam.
“Saya malaslah.Saya nak tidur.Awak pergilah joging seorang diri.” Sekali lagi Yuri mematikan talian dan sekali lagi henponnya berbunyi. Yuri mendengus geram.
“Apa lagilah Daniel Ervin?!” Kali ini Yuri terjerit kecil akibat menahan geram mendapat panggilan daripada orang yang sama.
“Amboi,kuat betul suara kamu Yuri.” Yuri terkedu apabila mendengar suara itu.Takkan suara Ervin bertukar menjadi suara perempuan?.
“Makcik dan Ervin nak berjoging.Makcik nak kamu dengan kawan-kawan kamu temankan makcik.Berjoging baik untuk kesihatan.Walaupun kamu masih muda,kesihatan diri perlu dijaga.Jangan tunggu umur sudah lanjut macam makcik ni baru hendak berjoging.”Yuri melopong.Dahi mengalirkan peluh kebengangan.Pagi-pagi buta dapat ceramah kesihatan percuma daripada Datin Kasma.Ini semua Ervin punya pasal!
Kalau Ervin tidak menelifon Yuri pasti dia tidak kena bebel dengan Datin Kasma.Dengan perasaan sebal terpaksa juga Yuri menggerakkan Ima dan Farah bangun daripada tidur. Yalah,tuan rumah mahukan mereka bertiga menemani dia dan anaknya berjoging.Mereka bertiga terpaksalah mengikut arahan.
............................................
Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi tatkala Yuri,Farah dan Ima berlari anak melintasi beberapa buah banglo mewah yang terdapat di Taman Daiman Jaya .Ervin dan Datin Kasma berjoging jauh di hadapan mereka.Yuri memang tabik dengan mama Ervin.Santai saja dia berlari dengan pakaian sukan lengkap dan tudung sarung melekap di kepala.
Daripada jauh gaya Datin Kasma berjoging macam golongan remaja.Stamina dia kuat sungguh!.Yuri,Kak Ima dan Farah termengah-mengah.Tapi dua beranak itu masih berjoging dengan tenang.Yalah,Yuri rasa inilah kali pertama dia berjoging sejak meninggalkan zaman persekolahan.Jika tidak mengenangkan Yuri menumpang di rumah Datin Kasma,jangan haraplah dia hendak meninggalkan tempat tidur saat itu.
“Rasanya kali terakhir akak joging masa tahun terakhir dalam universiti dulu.”
Ima membuka cerita apabila mereka bertiga berpakat untuk berjalan sahaja.Kaki terasa terlalu lenguh untuk meneruskan larian.Azimah adalah pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris,UPSI.Dia bekerja di Pizza Star sementara menunggu panggilan untuk bertugas menjadi seorang guru.
“Aku rasa, kali terakhir aku joging masa balik kampung dulu.Itu pun joging 15 minit je.” Sampuk Farah sambil tergelak.Kampung Farah terletak agak jauh di Sungai Layau.Dia adalah seorang anak peneroka yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.Farah tidak berniat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat sijil kemahiran daripada sebuah politeknik di Johor Bharu.
“Em,aku pulak kali terakhir joging dengan abang angkat aku masa dekat dengan tarikh SPM dulu.” Yuri membuka mulut.Masih tergambar dalam fikirannya saat abang Amri memaksa dia untuk berjoging seminggu sebelum dia menduduki SPM.
“Oh,abang angkat kau yang hensem tu.Dia dah habis belajar belum? Kau berhubung dengan dia lagi tak” Farah yang mengetahui serba sedikit tentang abang Amri melalui cerita Yuri mula bertanya.
“Em,dia baru je habis belajar dua bulan lepas.Aku berhubung dengan dia dalam facebook je.” Yuri memberitahu jujur.
“Amri tu lelaki pertama yang kau suka kan? Takde niat untuk berpasangan dengan dia ke?” Pertanyaan Kak Ima membuatkan Yuri menggeleng-geleng kepala.
“Dia dah ade teman wanita lah kak.Lagipun,Yuri dah tak suka dia.Yuri dah anggap dia macam abang kandung je.” Yuri memandang ke arah Kak Ima yang berjalan di sisi kirinya.Kak Ima mengangguk-angguk kecil.
“Siapa yang awak anggap macam abang tu?” Pertanyaan serius Ervin membuatkan Yuri berpaling ke hadapan.Tanpa sempat dia mengelak,wajahku terlanggar dada pemuda itu.Yuri mendongak memandang wajah pemuda itu yang kelat sebelum mengundur setapak ke belakang. Entah sejak bila dia berhenti berjoging dan mendengar perbualan mereka bertiga.
“Sibuk jelah dia ni!”
Yuri menolak lembut kepala pemuda itu dengan tangannya.Ervin mendengus kecil dan berpeluk tubuh.Masih memandang Yuri dengan pandangan tidak puas hati.Kak Ima dan Farah yang berada di sebelah hanya memerhati sambil tersengih-sengih.
“Kenapa kamu sibuk nak campur hal perbualan perempuan?” Datin Kasma yang berhenti berjoging mendapatkan anak bujangnya sebelum meluku kuat kepala anaknya itu.
“Mama,sakitlah!” Ervin mendongkol geram sambil mengelak diri daripada terus diluku Datin Kasma.Yuri yang melihat tergelak kecil.Terpamer kemesraan antara dua beranak di hadapannya itu.
“Kamu bertiga ni,janganlah berjalan kaki pulak.Jom sambung joging.Barulah dapat membentuk badan yang cantik macam model.”
Datin Kasma membebel ke arah Yuri, Ima dan Farah sebelum dengan hati terpaksa mereka meneruskan aktiviti joging di pagi yang indah itu.Kali ini Ervin memperlahankan lariannya dan dia berlari di sisi Yuri.Datin Kasma tidak tentu pasal menarik tangan Ima dan Farah agar berlari di sebelahnya.Aktif sungguh wanita itu.
“Yuri,siapa yang awak anggap macam abang tu?” Ervin bertanya.
Yuri memandang Ervin daripada atas hingga ke bawah.Nampak bergaya dengan pakaian sukan lengkap Nike bewarna hitam dan putih.Orang kalau dah kacak,pakai apa-apa jenis baju pun nampak kacak.Lainlah macam Yuri.Pakai baju sukan macam gaya orang hendak berkebun.
“Mama awak aktif betullah Ervin.” Yuri berpura-pura tidak mendengar pertanyaannya.
“Siapa abang angkat awak tu?” Ervin tanya lagi.
“Saya kagum betul dengan mama awak.” Yuri membicarakan topik lain.
“Awak pernah suka abang angkat awak tu ek?” Ervin menahan perasaan cemburu dalam hati.
“Badan mama awak cantik betul.” Yuri terus memerhatikan tubuh Datin Kasma yang sedang berjoging di bahagian hadapan.Cuba tidak mengendahkan pertanyaan pemuda itu.
“Awak  rasa dia dengan saya mana lagi hensem?” Ervin tidak penat bertanya.
“Saya suka betul semangat kesukanan mama awak.” Yuri merapu.
“Awak suka mama saya tak?” Ervin beralih topik.Yuri berasa lega.
“Suka.”
“Awak suka tinggal dekat rumah saya tak?” Takkan Yuri nak cakap tak suka pulak?
“Suka.”
“Awak suka makanan yang bibik mama saya masak tak?” Ervin mula melalut.
“Suka.”
“Sayang suka saya tak?”
“Suka.” Jawapan spontan yang Yuri berikan buat Ervin tersenyum lebar.Kaki Yuri terpelecok apabila menyedari dia telah diperbodohkan.Mujurlah Ervin sempat memaut tangan Yuri.Jika tidak, sudah lama gadis itu jatuh menyembah jalan tar itu.
“Awak,okey tak?” Ervin bertanya seraya mengusap-usap kepala Yuri.Yuri menepis tangan pemuda itu sebelum meluku kepala Ervin kuat.Apabila dia mengaduh sakit Yuri segera meneruskan larian.Malas hendak melayan kerenah pemuda yang membuatkan hatinya berdebar tidak tentu pasal.Lebih baik dia menjarakkan diri daripadanya.
..................................................
Selesai bersarapan pada jam sepuluh pagi,Datin Kasma mengajak Yuri, Ima,Farah dan Ervin berkaraoke di ruang tamu.Beberapa kali Yuri dan yang lainnya menolak,namun Datin Kasma memaksa.Ervin beria menyokong mamanya untuk mendengar mereka bertiga menyanyi.Aduhai,gaya Datin Kasma macam orang muda pulak.Sepatutnya,biarlah Yuri, Ima dan Farah membantu bibik membersihkan rumah itu.Namun,Datin Kasma tidak membenarkan.
Dia kata mereka bertiga tetamu di rumah itu.Tidak perlu buat kerja dan cuma perlu berhibur dengannya.Kebetulan pula mereka bertiga termasuk Ervin bekerja pada shift petang.Jadi,dapatlah mereka bertiga menghabiskan masa bersama mama Ervin itu.Yuri  menahan gelak apabila Datin Kasma memulakan karaoke pagi itu dengan lagu Robek Hatiku nyanyian Mas Idayu.Mereka berlima duduk dalam satu bilik khas dalam banglo itu.Terdapat satu set sofa dan home teater lengkap dengan set speaker seperti dalam pusat karaoke.
Yuri tidak dapat membayangkan kalau perangai Hasnah macam mama Ervin.Mahu hingar bingar keadaan rumah Yuri dengan bebelan abah.Yalah,abah paling tidak suka dengan bunyi bising.Lagipun Hasnah bukanlah jenis perempuan yang berani melalak di khalayak ramai.Sungguh tidak sopan dalam pandangan matanya.
Ervin selamba badak mengetawakan suara sumbang mamanya sepanjang mamanya menyanyi.Selesai menyanyi,Datin Kasma mengetuk kepala Ervin dengan mikrofon.Ervin memuncungkan bibir tanda protes sebelum menggapai mikrofon daripada tangan mamanya.Yuri rasa dia hendak menyanyi.Minta-minta suara dia tidak sesumbang suara Datin Kasma.
Yuri tergelak kecil apabila Ervin menyanyikan lagu Boyfriend nyanyian Justin Bieber.Dia menyanyi dengan bersungguh dan suaranya agak merdu jika hendak dibandingkan dengan suara Datin Kasma.Namun,suaranya tidak dapat menandingi suara Ace atau mereka yang bergelar penyanyi popular.Cuma,hati Yuri berdebar tidak tentu pasal apabila mata pemuda itu tidak beralih daripada terus merenungnya sepanjang dia menyanyikan lagu itu.Seperti dalam bilik itu cuma ada Yuri dan Ervin.
If I was your boyfriend, never let you go,
Keep you on my arm girl you'd never be alone,
I can be a gentleman, anything you want,
If I was your boyfriend, I’d never let you go.’
Ervin mengeyitkan mata nakal ke arah Yuri sebaik saja dia menamatkan rangkap lagu itu.Wajah Yuri terasa membahang.Aduhai,kenapa bibir terasa hendak menguntum senyuman walaupun tiada perkara lawak yang berlaku.Yuri melayan perasaan sendiri sambil mendengar Farah menyanyikan lagu Rama-rama nyanyian Ella. Ima yang jarang menyanyi,mencuba suara dengan mendendangkan lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna.
“Yuri,giliran kamu untuk menyanyi.Makcik tak sabar nak dengar suara kamu.”
Datin Kasma mengambil mikrofon daripada tangan Ima dan menarik tangan Yuri yang sedang duduk di sofa agar berdiri.Ervin tersenyum lebar sambil menongkat dagunya dengan pandangan teruja ke arah Yuri.
“Malulah nak nyanyi.Makcik jelah yang nyanyi.” Yuri menghulurkan mikrofon pada Datin Kasma.Malangnya Yuri terjerit kecil apabila wanita itu mencubit kuat pipi tembamnya.
“Jangan nak mengada-ngada.Semua orang dah nyanyi satu lagu.Jadi kamu pun kena nyanyi satu lagu.” Bila Datin Kasma membuka mulut Yuri tidak boleh memprotes.Dengan perasaan sebal Yuri mula memilih dvd lagu yang sesuai untuk dia nyanyikan.Lagu Siti Nurhaliza menjadi pilihan.
‘Cindailah mana tidak berkias,
Jalinnya lalu rentah beribu ,
Bagailah mana hendak berhias, 
Cerminku retak seribu ,
Mendendam unggas liar di hutan ,
Jalan yang tinggal jalan berliku ,
Tilam ku emas cadarnya intan ,
Berbantal lengan tidurku .
Lagu cindai menjadi pilihan Yuri.Datin Kasma selamba saja berjoget lembut di sisi gadis itu mengikut irama tradisonal itu.Ervin, Ima dan Farah memandang Yuri tanpa berkelip.Tamat saja dia menyanyikan lagu itu mereka semua memberikan tepukan gemuruh dan Yuri menundukkan kepala.Wah,rasa macam artis pulak!.
“Ya Allah,suara kamu merdu sungguh Yuri.Ada bakat untuk jadi penyanyi terkenal.”
Pujian dari Datin Kasma membuatkan hati Yuri kembang semangkuk.Kak Ima dan Farah yang selalu berkaroake dengan Yuri sebelum ini memang selalu memberikan pujian sebegitu.Namun,Ervin tidak pula memuji Yuri.Dia hanya duduk di atas sofa dan seperti termenung memikirkan sesuatu.Datin Kasma mengambil alih tempat Yuri dan menyanyikan beberapa buah lagu lagi.Tanpa Yuri sedari Ervin meninggalkan tempat duduknya dan duduk di sisi Yuri.
“Suara awak sedap sangat tapi saya tak suka kalau awak menyanyi untuk lelaki lain.Lagi satu kenapa awak tak nyanyikan satu lagu yang khas untuk saya?.Nyanyi lagu Cindai pulak. Saya dah menyanyikan satu lagu yang istimewa untuk awak.Lagu yang menggambarkan perasaan saya.”

Yuri terkedu dan terpaku apabila mendengar bisikan Ervin.Apa yang dia cuba sampaikan? Lagu Boyfriend itu menggambarkan perasaannya? Perasaannya terhadap apa? Mengapa pula aku perlu menyayikan satu lagu khas untuknya?.Ah,bicaranya bikin Yuri pening kepala!.Sudahlah jantung ini terasa bagai hendak meletup apabila Ervin berada begitu dekat dengannya!.

No comments: